Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 2 hari yang lalu
Martyr: 6 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 10 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Pemakaian Tudung Mengikut Syarak


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Pemakaian Tudung Mengikut Syarak

Please Mendaftar To Post


Oleh Pemakaian Tudung Mengikut Syarak

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 14:40


Assalamualaikum

~Sekadar memberi pandangan dan penjelesan~


Sebenarnya pemakaian tudung dengan cara mengikatnya kebelakang atau memasukkannya ke dalam baju adalah cara pemakaian yang salah dan bertentangan dengan syarak, kerana syarak memerintahkan agar tudungnya dihulurkan ke paras dada.Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam Al-Quran ( Surah An-Nuur : 31 )

Ketahuilah wahai para wanita muslimah, cara pemakaian dengan mengikatnya kebelakang atau memasukkannya ke dalam baju adalah cara yang batil.Sebab cara tersebut menyimpang dari ketentuan al-Qur`an yang mewajibkan menghulurkan tudung ke atas dada ( Surah An-Nuur : 31 ).

Jadi, jika seorang wanita muslimah tidak menghulurkan tudungnya ke paras dada, bahkan mengikatnya ke belakang (mengelilingi leher) atau memasukkannya ke dalam baju, bermakna dia meninggalkan kewajipan dan berdosa. Meskipun dada mereka sudah tertutup oleh kain dari baju.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :

"Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya." (Surah An-Nuur : 31)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT tidak berfirman wal-yadhribna bi-khumurihinna (dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung mereka) lalu berhenti sekadar itu sahaja, sehingga seorang muslimah bebas memilih cara menghulurkan atau mengikat tudungnya.

Namun Allah SWT melanjutkan firman-Nya dengan tambahan ‘ala juyubihinna (ke atas dada mereka), sehingga bunyi lengkapnya adalah : wal-yadhribna bi-khumurihinna ‘ala juyubihinna (Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung mereka ke dada mereka).

Maka dengan itu, golongan wanita muslimah yang mengikuti fesyen moden pemakaian tudung masa kini, yakni tidak menghulurkan tudung ke atas dada mereka, seolah-olah telah memutuskan bacaan ayat; sebelum ayat itu selesai maknanya dengan sempurna.

Kesalahan seperti itu, sama saja salahnya dengan orang yang memutus bacaan ayat; sebelum makna ayatnya selesai dengan sempurna, pada ayat-ayat lainnya.

Misalnya, seseorang memutuskan bacaan ayat pada kalimah nothing-wailul lil mushalliin (Maka celakalah bagi orang-orang yang solat) ( Surah 107 : 4 ). Padahal sambungan ayatnya masih ada dan perlu disambungkan agar tidak tergantung maknanya, iaitu bacaan alladziina hum ‘an shalaatihim saahun (iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya) ( Surah 107 : 5 ).

Atau seseorang memutus bacaan ayat : yaa-ayyuhalladziina aamanuu lah taqrabush shalaata (hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat) ( Surah 4 : 43 ). Padahal bacaan sambungan ayat itu masih ada iaitu : wa antum sukaara (sedang kamu dalam keadaan mabuk) (Surah 4 : 43).

Dengan demikian, sudah menjadi kewajipan bagi kita bersama, khususnya wanita muslimah, untuk memahami dan mengamalkan ayat tentang tudung tersebut secara sempurna, bukan secara sebahagian-sebahagian hanya demi mengikuti fesyen moden masa kini.

Mengenai tafsir ayat wal-yadhribna bi-khumurihinna ‘ala juyubihinna ( Surah 24 : 31 ), Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam ( 2003 ) hal. 68-69 menyatakan, kata khumur adalah bentuk jamak dari khimaar, yang ertinya adalah maa yughathha bihi ar-ra`su (apa-apa yang digunakan untuk menutupi kepala).

Ringkasnya, khumur adalah tudung. Sedangkan, juyuub adalah bentuk jamak jayb, yang ertinya maudhi’ al-qath’i min al-dir’i wa al-qamish (tempat yang dipotong/terbuka pada baju atau kemeja). Ringkasnya, jayb adalah kerah/lubang baju. Jadi, perintah untuk menutupkan/menghulurkan tudung ke atas juyub, ertinya adalah adalah perintah menutupkan tudung ke atas kerah/lubang baju iaitu pada sekitar leher dan dada.

Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani –rahimahullah-- menegaskan,"Wa dharbu al-khimaar ‘alaa al-jayb layyuhu ‘ala thauq al-qamish min al-‘unuq wa ash-shadr." (Menutupkan tudung atas jayb, ertinya menghulurkan tudung itu ke atas kerah/lubang baju iaitu leher dan dada). ( Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam ( 2003 ), hal. 69 ).

Dengan demikian, ayat yang mulia di atas paling tidak menunjukkan dua hal, iaitu :

Pertama, bahawa leher dan dada adalah aurat wanita yang wajib ditutupi ( Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam, Beirut : Darul Ummah, 2003, hal. 68; lihat juga Imam Suyuthi, Al-Iklil fi Istinbath at-Tanzil, Kairo : Darul Kitab al-‘Arabi, Kairo, 1373 H, hal. 162; Tafsir al-Baidhawi, Beirut : Darush Shadir, hanya IV hal. 78 ).

Kedua, bahawa wajib hukumnya menutupkan/mengulurkan kain tudung ke atas leher dan dada. Jadi, tudung tidak hanya berfungsi menutupi kepala, namun sekaligus juga menutupi leher dan dada itu. ( Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam, Beirut : Darul Ummah, 2003 hal. 69; lihat juga Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Tafsir wa Bayan Kalimat al-Qur`an al-Karim, Beirut-Damsyiq : Darul Fajr al-Islami, 1994, hal. 353 ).

Jelaslah, fesyen moden pemakaian tudung muslimah masa kini, yakni tudung hanya difungsikan untuk menutup kepala, lalu diikat ke belakang atau dimasukkan ke dalam baju, serta tidak dihulurkan menutup dada, adalah trend atau fesyen yang batil kerana bertentangan dengan al-Qur`an.

Kaum wanita muslimah berdosa jika mengikuti cara pemakaian tudung seperti itu, sebab mereka telah meninggalkan kewajipan, yakni menghulurkan tudung hingga menutupi ke paras dada mereka.

Para pereka dan pencetus cara pemakaian tudung muslimah mengikut fesyen moden ini, juga turut berdosa kerana mereka merancang, merekacipta,membuat dan mempopularkan cara bertudung yang menyalahi al-Qur`an tersebut.

Saya menyeru kaum wanita muslimah agar meninggalkan fesyen pemakaian tudung seperti itu kerana bertentangan dengan perintah Allah yang telah dijelaskan di dalam firmannya tersebut.( Surah 24 : 31 )



Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa memberi contoh yang baik (sunnah hasanah), maka baginya pahala kebaikannya dan pahala orang-orang yang mengikutinya. Dan barangsiapa memberi contoh yang buruk (sunnah sayyi`ah), maka baginya dosa keburukannya dan dosa orang-orang yang mengikutinya…" ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

heejazi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.11.2006
Ahli No: 27484
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 17:04


Pada 27-11-06 14:40 , Nur_Humaira_1342H posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa memberi contoh yang baik (sunnah hasanah), maka baginya pahala kebaikannya dan pahala orang-orang yang mengikutinya. Dan barangsiapa memberi contoh yang buruk (sunnah sayyi`ah), maka baginya dosa keburukannya dan dosa orang-orang yang mengikutinya…" ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



ASSALAMUALAIKUM!!!

TERIMA KASIH ATAS JAWAPAN YANG SAUDARI BERIKAN.

:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For heejaziProfil   Hantar PM kepada heejazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 18:42


satu saja yang saya nak tanya saudari:

1- kalau tudung seseorang perempuan itu dah cukup labuh dan dah pun menutupi dadanya, lepas itu dia nak naik motosikal lalu dipakainya sweater kat luar tudung tu, dan tudung tu dimasukkan ke dalam sweater, adakah itu juga tak boleh?

sebab saya tengok para ustazah yang "kaki motor" banyak buat macam tu, dan bagi saya terlalu berat kalau nak hukumkan itu juga sebagai haram, sedangkan tanpa sweater itu tudungnya dah pun menutupi dada.

p/s: saya orang lelaki, saja bertanya bagi pihak perempuan :-D


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 27-11-06 18:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 19:08


Assalamualaikum,

kalau org yang mengikat tudung sehingga nampak dada sebab fashion itu memang saya rasa sangat-sangat salah.Sebolehnya memang dilabuhkan tudung ke dada seperti kata ibnu musa, dalam keadaan seperti bawah?

seperti org yang kerja makmal boleh ke tudung dibiarkan labuh begitu sahaja? Kerja yang melibatkan air.

Kerja2 yang menggunakan mesin (tak semestinya bekerja, kalau kat universiti yang kursus yang lasak2), kalau tak pakai jaket di atas tudung sangat merbahaya.

org yang tinggal di musim sejuk, selalu tudung letak dalam jaket atau sweater sebab leher jaket sweater tu tebal... Bagaimana pula org yang pakai jubah (pakaian luar sama fungsi seperti jaket musim sejuk) atas tudung???

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094269 saat. Lajunya....