Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: atbar1981
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43128

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Yang Masuk Ke Sini
atbar1981: 3 hari yang lalu
muslimin23: 5 hari yang lalu
z_tornado: 5 hari yang lalu
sarashanee: 12 hari yang lalu
CikIzzah1992: 14 hari yang lalu
Qiamulail: 29 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad

Please Mendaftar To Post


Oleh Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 06-11-06 05:37


Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad


IPOH 5 Nov. – Azham Mansor, abang sulung kepada pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor, hari ini menafikan adiknya itu sudah murtad dan tinggal di Australia.

Ahli perniagaan berusia 56 tahun itu menegaskan, Azhar masih beragama Islam dan kini tinggal di Langkawi kerana menguruskan perniagaannya di sana.

Katanya, mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel yang tersebar luas mengatakan Azhar sudah menganut agama Kristian serta membaptiskan ramai pelajar adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

‘‘Saya sebagai abang Azhar mahu menjelaskan bahawa SMS itu menipu dan tidak benar sama sekali. Setahu saya adik saya bekerja keras menjalankan perniagaan di Langkawi.

‘‘Saya pasti dan tahu Azhar seorang Islam. Saya minta tolonglah jangan ganggu dia lagi, sejak semalam saya cuba hubungi dia tapi tak dapat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Azham berkata, dia datang ke Gereja Lady of Lourdes di sini semata-mata mahu memastikan kesahihan SMS yang tersebar dan bersyukur kerana ia terbukti palsu.

Menurutnya, bapanya ada menghubungi Azhar dan dimaklumkan bahawa dia kini berada di Langkawi.

‘‘Kerajaan sepatutnya ambil tindakan terhadap penyebaran SMS ini dari awal kerana kerajaan lebih tahu apa yang patut dibuat. Mungkin saya akan jumpa Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria untuk berbincang dengannya.

‘‘SMS ini disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Atas niat apa, itu saya tak tahu tetapi jelas dia nak burukkan nama mufti, Azhar, keluarga kami dan kita semua (umat Islam),” katanya yang dukacita dengan fitnah yang menimpa adiknya itu.


-----------------
lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang, tapi di dalam hati terpendam persoalan......................


Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 06-11-06 10:08


dunia hari ini...
mana satu nak percaya tau

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

kdinx
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.01.2006
Ahli No: 21823
Posting: 69
Dari: Moscow

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-11-06 13:27


tak apa lah begitu,selagi tuan empunya sendiri belum mengaku murtad,kita tak boleh tuduh dia murtad kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kdinxProfil   Hantar PM kepada kdinx   Quote dan BalasQuote

InginTahu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2006
Ahli No: 25067
Posting: 116
Dari: malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-11-06 14:21


baru beberapa hari lepas dapat SMS mengenai dato azhar telah memurtadkan pelajar politeknik kat perak(nauzubillah) dan perkara ini telah didedahkan oleh mufti perak...

ana dapat sms ini tapi ana tidak sesekali menyebarkannya...

sesuatu perkara yang tak SAHIHnya... akan menjadi satu FITNAH.. berat tuu...

jika benar ada pihak yang memang tidak bertanggungjawab..menyebarkan perkara ini biarlah Allah swt yang menghukumnya dan kita sebagai umat Islam, janganlah terlalu 'kalut' sehingga 'cepat-cepat' menyebarkannya - konon2nya dialah yang paling awal mendapat sms begitu.. hati-hati..

*Tunaikanlah solat 5 waktu.. tunaikanlah solat... tunaikanlah solat dan berdoalah agar ditetapkan iman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For InginTahuProfil   Hantar PM kepada InginTahu   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 15:29


kes berat ni....

peringatan buat diri dan sahabat2 fillah...

jangan cepat sebarkan sesuatu berita yang kita tak tau kesahihannya.... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

fiza_fizi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2005
Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-11-06 15:37


kes murtad dah makin mengncam umat islam.

ini mungkin berpunsca daripada pelembagaan negara yang terlalu mengikut undang undang barat.

dah tiba masanya kita ikut undang undang islam.

masalah selesai apabila kita berpegang kepada ajaran islam.

IsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiza_fiziProfil   Hantar PM kepada fiza_fizi   Pergi ke fiza_fizi's Website   Quote dan BalasQuote

perak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2006
Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 16:04


erm...bahaya kalau jadi fitnah..
besar lagi dosa org yang menaburkannya. tak tahulah macam mana keadaan org 2 nanti..
tapi kalau perkara ni betul dan ada sahihnya,jangan pula kita berdiam diri...TAKBIR!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For perakProfil   Hantar PM kepada perak   Pergi ke perak's Website   Quote dan BalasQuote

masliya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16260
Posting: 23
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 06-11-06 16:38


sama ada SAHIH ATAU TIDAK BERITA ITU, LEBIH ELOK KITA TANYA AZHAR MANSOR SENDIRI.TAK BAIK SEBAR BERITA SEANDAINYA BERITA ITU BELUM SAHIH LAGI.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masliyaProfil   Hantar PM kepada masliya   Quote dan BalasQuote

faisaltehlipot
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27175
Posting: 95
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 16:40


betul fakta yang sahih sumber yang benar sebagai rujukkan amat di perlukan

Bookmark and Share

    


  Member Information For faisaltehlipotProfil   Hantar PM kepada faisaltehlipot   Pergi ke faisaltehlipot's Website   Quote dan BalasQuote

fiza_fizi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2005
Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-11-06 16:48


rasa takut menular terus ke urat saraf setelah baca artikel yang pasal umat islam yang murtad.

risau takut terkena dengan sedara mara.

nauzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiza_fiziProfil   Hantar PM kepada fiza_fizi   Pergi ke fiza_fizi's Website   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 07-11-06 05:15


kenapa lah dr azhar tu tak hendak dedah sendiri ek...

dia tak rasa tergugat ke dengan fitnah macam ni fitnah berat ni.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

hangkas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 09:08


jangan cepat mempercayai khabar angin yang tiidak tahu dan diraguan kebenarannya.
siasat dahulu dan carilah kebenaran walaupun sesukar mana.
Moga Alah sentiasa memberi kekuatan kepada saudara kita dari bahana fitnah di akhir zaman ini.


-----------------
cinta yang sejati dan kekal hanya pada Allah, cinta pada makhluk adalah sementara dan keduniaan.
[ Telah diedit oleh: hangkas pada 07-11-06 09:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hangkasProfil   Hantar PM kepada hangkas   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 09:09


salam~
sebenarnya da banyak saya dengar pasal azhar mansor ni ada kaitan dengan kristian..tapi saya tak sebarkan sebab saya tak tahu ni cerita betul atau tidak...
jadi saya diam saja..
kebenaran akan terbukti jugak nanti..time tu kita tahu lah apa yang betul org salah..tapi saya memang tak tau apa-apa lah..
wassalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 09:11


salam~
azhar mansor patut tampil ke depan buat sidang akhabar ke dan jelaskan perkara ni..dr dy berdiam diri..org fikir bukan2...dy sendiri kena buat kenyataan tentang hal ni..betul atau salah..
wassalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 09:32


org yang difitnah,,,dianiayai...akan ditolong ALLAH....
pastikan kesahihan dulu sebelum sebarkan sesuatu berita.....
jangan buat fitnah...

tapi kalau 'fitnah' itu bukan fitnah...jelas kesahihannya..terbukti kebenarannya.....jangan ragu2 lagi.....selamtkan dia....

dalam forum agama indonesia..geng2 murtad memang mendakwa azhar mansur telah murtad....tapi dinafikan dalam kebanyakan web di malaysia.......

untuk mengelak fitnah,hubungi keluarga terdekat..rakan-rakan azhar mansur.......dan dengar dari mulut azhar mansur sendiri............

fitnah itu lebih besar dari pembunuhan!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 09:58


Pada 07-11-06 09:11 , lamyanunalif_mursyidah posting:

!!! QUOTE !!!

salam~
azhar mansor patut tampil ke depan buat sidang akhabar ke dan jelaskan perkara ni..dr dy berdiam diri..org fikir bukan2...dy sendiri kena buat kenyataan tentang hal ni..betul atau salah..
wassalam~


betul tu....tak dela tambah dosa org yang menyebarkan berita tu kalau berita tu palsu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 23:56


Pada 06-11-06 15:37 , fiza_fizi posting:

!!! QUOTE !!!

kes murtad dah makin mengncam umat islam.

ini mungkin berpunsca daripada pelembagaan negara yang terlalu mengikut undang undang barat.

dah tiba masanya kita ikut undang undang islam.

masalah selesai apabila kita berpegang kepada ajaran islam.

IsyaAllah.


nak buat hukum islam macam mana...alasan negara kita negara berbilang kaum,berbilang agama tak sesuai nak jalankan hukum islam..hukum Allah tak nak laksana,hukum barat boleh lah pulak..sayang bteul pemimpin dulu tak kaji betul-betul perlembagaan negara sendiri yang akhirnya bawa masalah pada bangsa sendiri..

kes murtad ni kadang-kadang jadi isu besar bila libatkan golongan kenamaa,menteri2..pernah dapat sms macam tu tapi takkan nak percaya 100%..
apa yang penting kita berpegang teguh pada agama Allah taala dan bagi mereka yang murtad,doakanlah semoga hati mereka kembali pada islam,bukannya dikecam habis habisan..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-06 01:22


hari ni datuk azhar mansor dah keluar paper..dia memang terkejut bila dikatakan dia mengkristiankan sekumpulan pelajar islam di ipoh.pada masa yang sama dia mengatakan dia berada di langkawi.


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 09-11-06 11:03


bila anda ditanya ...adakah anda seorang moslem? susah ke nak jawab ..saya seorang moslem..malu ke nak mengaku moslem..sampai cakap berbelit belit dihadapan wartawan..



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-06 06:05


Polis panggil Azhar Mansor beri keterangan – Musa
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor telah dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai cubaan pihak tertentu membaptiskan umat Islam di sebuah gereja di Perak pada Ahad lepas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa berkata, pelayar itu memberikan keterangan bagi membantu polis dalam siasatan penyebaran SMS itu disifatkan berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

Katanya, tujuh orang yang disyaki terlibat dalam penyebaran SMS itu juga telah diambil keterangan mereka.

“Saya masih menunggu hasil siasatan sebelum sebarang cadangan disampaikan kepada Peguam Negara,” katanya di sini hari ini.

Berikutan penyebaran SMS itu, sekumpulan aktivis Islam dari parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di perkarangan sebuah gereja di Ipoh Ahad lalu untuk mendapat kepastian mengenai upacara membaptiskan lebih 300 pelajar Islam di situ.

Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Akta Hasutan 1948 selepas menerima tiga laporan masing-masing daripada polis, Pemuda UMNO Perak dan pihak gereja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-06 06:07


Azhar Mansor tidak pernah pergi ke Ipoh sejak 4 tahun
LANGKAWI 9 Nov. – Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor mendakwa tidak pernah pergi ke Ipoh, Perak untuk sebarang urusan sejak empat tahun lalu.

Berikutan itu, Azhar hairan bagaimana timbul dakwaan kononnya beliau sering berulang-alik ke Ipoh sebagai seorang paderi untuk tujuan membaptiskan sejumlah orang Islam di kawasan itu.

‘‘Kali terakhir saya ke Ipoh ialah pada tahun 2002 untuk menghadiri satu majlis dan sejak itu saya tidak pernah ke sana untuk apa juga tujuan apatah lagi untuk melakukan kerja-kerja yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.

‘‘Saya juga tidak pernah mengenali Lina Joy sebagaimana yang didakwa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Telaga Harbour Park Sdn. Bhd. (Telaga Harbour Park) di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua Azhar membuat sidang akhbar berhubung kiriman SMS yang mendakwa beliau membaptiskan sejumlah orang Islam di sebuah gereja di Ipoh, Ahad lalu.

Akibat kiriman SMS itu, beberapa individu telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai penyebaran SMS tersebut.

Azhar yang bertugas sebagai Pengurus di Telaga Harbour Park Sdn. Bhd. di sini bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan beliau telah murtad dengan menganut agama Kristian.

Beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan tersebut dan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menyelesaikan kes tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 10-11-06 07:54


tapi kan, kenapa dia tak nak membuat pengakuan bahawa dia belum lagi murtad?
jika benar masih Islam, apa salahnya hendak mengaku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 08:33


salam... tuan yang mulia,kelemahan kita dalam menyampai dakwah kepada saudara kita asbab terkesan dengan keseronokan dunia..ramai yang tak dapat amal agama dan tak dapat maksud agama...inilah asbab lemah iman dan ramai saudara kita yang murtad..nau'zubillah...kita kena doa nangis2 minta pada Allah beri kita kekuatan untuk amal agama dan sampaikan dakwah kembali pada sahabat2 kita yang murtad...semoga Allah beri hidayah pada mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 08:37


sabda Nabi S.A.W:
"keluar pagi dan petang untuk berjihad fi sabilillah itu lebih afdhal daripada bumi dan seisinya dan berdiri seseorang dalam barisan jihad itu lebih utama daripada ibadat enam puluh tahun."
tuan yang mulia kita kena pertahankan agama kita dan hapuskan semangat kebangsaan yang terang-terang salah menurut ulama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 23:18


tapi bila ditanya status agamanya,dia tak nak bagi sebarang komen..alasan tak nak perkara ni diperbesarkan lagi..malu nak mengaku diri tu beragama islam?!


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 23:46



    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 11-11-06 02:10


Pada 10-11-06 23:18 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

tapi bila ditanya status agamanya,dia tak nak bagi sebarang komen..alasan tak nak perkara ni diperbesarkan lagi..malu nak mengaku diri tu beragama islam?!



betul tu...apa sangat susah nak mengaku islam...kalau dia enggan mengaku lebih banyak orang akan syak wasangkan dengan status agamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 03:18


Azhar Beragama Islam, Kata Shahidan

KANGAR, 10 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Azhar Mansor di pejabatnya di sini berkata pelayar solo negara itu tetap beragama Islam.

"Dia tetap menunaikan solat termasuk solat sunat Tarawih sepanjang Ramadan lalu dan (kekal) dengan segala ajaran Islam. Bagaimana boleh dikatakan dia menukar agama?" kata Shahidan kepada para pemberita selepas menerima kunjungan Azhar di pejabatnya di sini.

Turut serta dalam pertemuan selama hampir sejam itu ialah Mufti Kerajaan Negeri, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, namun Azhar enggan menemui wartawan yang sudah menunggu lama di luar pejabat Menteri Besar itu.

Azhar sebelum ini dikaitkan dengan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai cubaan pihak tertentu membaptiskan 300 umat Islam di sebuah gereja di Perak Ahad lalu.

Penyebaran SMS itu mengakibatkan sekumpulan aktivis Islam berkumpul di perkarangan sebuah gereja di Ipoh pada hari berkenaan untuk mendapat kepastian mengenainya, dan ia mendorong kepada tiga laporan, masing-masing dari polis, Pemuda Umno Perak dan pihak gereja, membawa kepada kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun dalam sidang media semalam, Azhar yang akan mencapai usia 50 tahun pada Februari tahun depan, menafikan sebarang pembabitan dengan apa yang didakwa dalam SMS yang disebarkan itu.

Shahidan berkata kehadiran pelayar kelahiran Perlis yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar "Jalur Gemilang" pada 1999 itu hanya merupakan kunjungan sesama umat Islam sempena Syawal.

"Selalunya Azhar datang menemui saya pada hari raya, tetapi kerana sibuk dengan perniagaan di Pulau Langkawi, dia hanya dapat datang pada hari ini," kata Shahidan.

Shahidan seterusnya mengakui bahawa Mufti Kerajaan Negeri sudah berjumpa dengan Azhar dan kenyataan lebih lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya Isnin ini.

Katanya dalam perjumpaan tersebut, Azhar yang berbaju kemeja putih dan berseluar jeans berkali-kali menegaskan yang beliau adalah seorang Islam dan isterinya juga tinggal bersamanya di Pulau Langkawi.

Menurutnya dalam pertemuan itu Azhar berkata beliau hanya berserah kepada Allah dalam menghadapi segala bentuk fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

-- BERNAMA


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 11-11-06 09:35


Azhar Mansor masih beragama Islam – Shahidan
KANGAR 10 Nov. – Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor masih beragama Islam dan dakwaan kononnya beliau telah menganuti agama lain tidak benar sama sekali.

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menerima kunjungan Azhar di pejabatnya, di sini hari ini memberitahu, pelayar tersebut yang berasal dari Perlis telah menjelaskan segala-galanya kepada beliau.

Menurutnya, Azhar juga melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam termasuk menunaikan solat waktu dan sembahyang Jumaat, malah mengerjakan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan lalu.

‘‘Khidmat pesanan ringkas (SMS) itu tidak betul, Azhar seorang Islam,” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) ketika merujuk mengenai SMS yang mendakwa Azhar telah menganut agama lain dan cuba mengkristiankan orang Islam di Ipoh baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini selepas menerima kunjungan tersebut, Shahidan berkata, Azhar kini menguruskan perniagaan di Langkawi dan banyak berurusan dengan orang asing yang membuat pelaburan di pulau pelancongan itu.

Ditanya Kenapa Azhar sendiri tidak menafikan dakwaan beliau murtad, Menteri Besar menjawab:

‘‘Apa yang orang nafi dalam surat khabar yang orang tidak kata balik. Perdana Menteri nafi pun orang kata... tak, tak betul. Itu Perdana Menteri, dia (Azhar) sebagai orang biasa, bayangkan kalau dia nafi dan orang kata tidak betul.”

Azhar juga katanya, enggan memberi penjelasan berhubung isu SMS baru-baru ini kerana tidak mahu ia disalahertikan dan terus menjadi isu.

Tambahnya, pelayar negara itu juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat tentang penyebaran SMS tersebut dan berserah kepada Allah dalam isu berkenaan.

Perjumpaan tersebut berlangsung kira-kira dua jam dan turut dihadiri oleh Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin.

Bagaimanapun Azhar enggan berjumpa dengan wakil media selepas kunjungan itu dan menurut Shahidan, kerajaan negeri akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan Isnin ini.

‘‘Pejabat Mufti juga tidak menyiasat Azhar, kami hanya berjumpa. Kami tidak pernah tuduh apa-apa pun (terhadap Azhar),” ujarnya.

Mengenai penyebaran dakwaan terhadap Azhar yang dikatakan murtad di internet, beliau mengingatkan bukan semua laporan dalam Internet itu betul, malah beliau sendiri pernah menjadi mangsa seperti itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 06:21


saya pun dapat SMS tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 15-11-06 04:54


Azhar Mansor buat laporan polis
LANGKAWI 14 Nov. - Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor membuat laporan polis berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengaitkan namanya membaptiskan sejumlah orang Islam di sebuah gereja di Ipoh.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini semalam, kata pelayar kelahiran Perlis itu semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di sini hari ini.

Azhar yang akan mencapai usia 50 tahun pada Februari depan berkata, laporan itu dibuat berikutan terdapat pihak tertentu membuat kenyataan secara terbuka selepas SMS itu tersebar hingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Saya menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang ingin tahu perkara sebenar,” kata Azhar yang mencipta rekod mengelilingi dunia secara solo menggunakan kapal layar ‘Jalur Gemilang’ pada 1999.

Beliau berkata, sebarang kenyataan berhubung perkara itu perlu dibuat oleh pihak atasan atau pihak berkuasa dan bukan orang ramai.

“Kita bukan nak kira siapa betul siapa salah, kita nak tahu puncanya, berilah masa kepada polis untuk membuat siasatan,” katanya.

Azhar berkata, walaupun SMS itu mengganggu ketenangannya, namun beliau tetap bertekad untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap perniagaan industri kapal layarnya.

Beliau kini mengendalikan Telaga Harbour Sdn. Bhd., syarikat yang mengendalikan tempat berlabuh kapal layar dari seluruh dunia, di Pantai Kok, Langkawi.

Mengenai rumah terbuka itu, Azhar gembira kerana dapat beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan dan orang ramai dalam suasana berhari raya.

– Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 18-11-06 07:05


Azhar Mansor masih Islam’
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isu mengenai status agama Datuk Azhar Mansor tidak perlu ditimbulkan lagi kerana pelayar solo negara itu, masih seorang Islam.

‘‘Azhar menjelaskan bahawa dia seorang Islam dan isu itu tidak perlu ditimbulkan lagi,’’ katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, hari ini.

Perdana Menteri juga mengingatkan bahawa sesiapa yang menuduh orang lain sebagai kafir sedangkan dia seorang Islam, maka Allah akan menimpa dosa ke atasnya.

Sebelum ini, timbul kontroversi yang mendakwa Azhar telah murtad dan mengkristiankan orang Islam di Ipoh, baru-baru ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 18-11-06 07:06


Saya masih menjalankan tanggungjawab kepada Allah’
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Pelayar negara, Datuk Azhar Mansor yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dulu setelah berjaya belayar mengelilingi dunia secara solo, hari ini mengakui beliau masih seorang Islam.

Azhar berkata, beliau seorang Melayu dan dilahirkan sebagai seorang Islam.

‘‘Saya punya faith (keimanan) masih kekal dan saya masih menjalankan tanggungjawab kepada Allah ... jangan soal lagi.’’ katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Setelah berdiam diri sejak isu penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengaitkannya dengan isu murtad, Azhar hari ini membuka mulut untuk menjelaskan status agamanya.

Penjelasan Azhar itu merupakan reaksi pertama beliau secara terbuka setelah timbul kontroversi yang tersebar mendakwa beliau telah keluar dari Islam dan mengkristiankan orang Islam di Ipoh, baru-baru ini.

‘‘Saya merupakan anak Melayu Islam yang lahir di Perlis. Bapa, ibu, abang, saudara saya semuanya Islam, saya hairan Kenapa soalan ini boleh timbul,” jelasnya.

Azhar yang hadir mengikuti Perhimpunan Agung UMNO ke-57 di PWTC turut ditemani Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman; Setiausaha Kerja UMNO, Jen (B) Datuk Husainay Hashim dan Penasihat Agama Negeri Perlis, Datuk Panglima Jahaya Hussin pada sidang akhbar tersebut.

Pada sidang akhbar itu juga, Azhar turut menjelaskan isu berhubung status agamanya bukan merupakan perkara baru dan telah menjadi perbualan ramai sejak beliau masih belayar pada 1999 lagi.

Katanya, beliau tidak boleh menghalang tanggapan orang lain terhadapnya dan tidak mempedulikan hal itu kerana menganggap ia sebagai perbuatan mereka yang tidak ada kerja.

Tetapi, apabila isu berhubung SMS itu tercetus sehingga terjadinya protes melibatkan orang ramai, beliau mengambil langkah membuat laporan polis kerana ia mengganggu ketenteraman orang awam.

‘‘ Saya sedang tunggu siasatan polis, saya hendak tahu apa agenda orang yang buat benda (penyebaran SMS) ini, yang lain saya tak mahu ulas,’’ katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-11-06 07:23


jangan fitnah2 saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 18-11-06 10:45


ASSALAMMUALAIKUM...
Hmmm....entahlah, tak tau sapa yang BENAR...


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.334105 saat. Lajunya....