Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 41
Ahli: 0
Jumlah: 41




  Yang Masuk Ke Sini
sarashanee: 4 hari yang lalu
CikIzzah1992: 6 hari yang lalu
Qiamulail: 22 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Hanya Untukmu


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Hanya Untukmu

Please Mendaftar To Post


Oleh Hanya Untukmu

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 17:54


Cerita ni kesinambungan dari kisah Seredup Kasihmu..


Episod 1
********

Suasana riuh rendah di halaman rumah. Hiruk pikuk suara Mak Bedah jelas kedengaran di ruang dapur mengarahkan itu dan ini. Emak pula sibuk melayan kerenah tetamu yang hadir. Hari ini hari yang penuh debaran buat aku yang bakal bergelar seorang isteri pada seorang suami. Namun, saat yang ditunggu masih juga belum tiba.


Debaran di dadaku masih lagi belum reda. Jam sudah hampir menunjukkan ke angka empat. Sudah sejam aku menunggu bersama yang lain-lain untuk majlis akad nikah berlangsung, namun kelibat bakal suamiku masih belum kelihatan. Berkali-kali aku meminta Anis menghubungi telefon bimbit Faris namun tiada jawapan yang di terima. Hatiku resah dan gelisah, terasa baju yang aku pakai sudah basah disimbahi peluh. Anis menggenggam tanganku, memberikan semangat untuk aku terus bersabar.
“Nis..” sahutku dengan nada perlahan.
“Sabarlah Nurul, sekejap lagi sampailah Faris.” Ujarnya seakan mengerti perasaanku. Matanya tepat memandang anak mataku. Makin gelisah aku dibuatnya.
“Aku takut apa-apa terjadi pada dia.” Airmata mula bergenang, hanya menunggu saat ianya gugur membasahi pipi.
“InsyaAllah, Nurul. Tak ada apa-apa yang berlaku. Dah jangan fikir yang bukan-bukan, ok!” pujuk Anis, namun kerisauan semakin menjalar dihati bila aku terfikir perkara buruk yang mungkin terjadi padanya. Ya, Allah. Lindungilah dia untukku, bisikku perlahan-lahan.


Puas duduk. Aku berdiri. Emak, Anis, Pae dan mereka yang hadir bergilir-gilir mententeramkan hatiku yang kian resah. Berbagai-bagai andaian bermain-main di ruang fikiran. Dada terasa sebak, jantungku seakan mahu luruh rasanya. Aku meramas-ramas tanganku sendiri, menghilangkan rasa tidak keruan yang melanda di lubuk hati. Aku beristighfar beberapa kali. Emak memelukku erat, hangat kasih sayangnya mengalir ke tubuh ku. Terasa tenang seketika. Tiba-tiba, pintu bilik terkuak. Ku lihat Pak Teh melangkah masuk perlahan-lahan dengan wajah yang sugul.
“Temah, tok kadi bagitahu aku. Kalau setengah jam lagi pengantin lelaki tak sampai dia nak balik, sebab ada urusan kat tempat lain pulak.”
Mendengar sahaja kata-kata Pak Teh, terus badanku menjadi lemah. Semangatku hilang tiba-tiba. Ke mana Faris, jerit hatiku. Airmata mula menitis satu demi satu, bercucuran membasahi pipi.
“Mak..” raungku sambil memeluk emak. Aku menjadi hilang akal. Anis meluru mendapatkan aku. Dari raut wajahnya dia kelihatan bimbang.
“Nurul, jangan macam ni. Aku pasti sekejap lagi dia sampai.” Pujuk Anis.
“Betul nak, mak yakin. Faris akan sampai.” Lembut emak menyeka airmata di pipiku. Aku hanya mengangguk, tidak tahu apa akan berlaku selapas ini.


Seketika kemudian, telefon bimbitku berbunyi. Aku hanya memandang dengan pandangan yang kosong. Jiwaku saat itu hilang keyakinan. Lantas Pae menyambut panggilan yang entah dari siapa. Dalam pelukan emak, hatiku meratap sayu, memikirkan nasib aku jika Faris tidak juga sampai dalam masa yang terdekat ini. Aku menatap Anis, dia hanya tersenyum pahit sambil melurut-lurut tanganku menenangkanku.
“Kak, abang Faris!” Pae menghulurkan telefon bimbit padaku. Di wajahnya terukir satu senyuman. Lantas terus ku capai telefon bimbitku lalu ku lekapkan ke telinga.
“Hello..” suaraku seakan tidak kedengaran.
“Hello, sayang..abang ni..” sahut si pemanggil di dalam talian.
“Ris..” tangisanku kedengaran. Anis dan emak saling memandangku tidak mengerti.
“Sayang..dengar apa yang abang nak cakap ni, ok?” aku hanya mengangguk seolah-olah Faris dapat melihatku.
“Sepuluh minit lagi abang akan sampai. Maaf ye sayang, sebab terlewat. Jam tadi kat lebuhraya, sebab ada kemalangan. Abang terpaksa ikut jalan jauh. Maafkan abang kerana buatkan sayang tertunggu.” Aku mengesat airmataku.
“Habis, Kenapa Nurul telefon tak dapat tadi?”
“Kan abang dah telefon ni. Tadi tak ada line. Ok, sayang. Abang dah nak sampai ni. Dah jangan nangis. Siap-siap, ok sayang? Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam..” talian terputus. Aku hulurkan telefon bimbitku pada Anis. Termangu-mangu Anis melihat aku. Aku tersenyum memandang Anis dan emak. Pak Teh yang berdiri di sebelah Pae terkulat-kulat tidak tahu hendak buat apa.
“Macam mana ni?” soal Pak Teh sambil menggaru-garukan kepalanya. Lucu pula ku lihatnya. Pae membisikkan sesuatu ke telinga Pak Teh, lantas terukir senyuman di bibir Pak Teh. Seakan mengerti Pak Teh terus bergegas ke luar untuk menyambut pengantin lelaki. Aku memeluk emak. Aku memeluk Anis. Debaran hatiku kini bertukar kepada debaran yang bakal menjadikan aku seorang isteri.


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

fishah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 20:56


emm....best cerita ni ;-) cepat-cepat sambung ye nurlynn

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishahProfil   Hantar PM kepada fishah   Quote dan BalasQuote

hangkas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 10:58


bagus dan menarik.
bolehlah jadi pengisi waktu ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hangkasProfil   Hantar PM kepada hangkas   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 07-11-06 14:22


best ar cerita ni...
cpat ar sambung...
mesti ada kisah di sebalik kisah ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 23:55


Episod 2
********


“Harap bersabar uncle, kami sudah sedaya upaya menyelamatkan keadaan abang Faris. Namun takdir Allah kita tak dapat menolaknya.” bicara Dr. Ismail menggoncang naluri ku. Pelukan mama Faris semakin kuat kurasakan.
“Maksud kau?” tanya papa Faris kurang mengerti.
“Uncle…..erm…Abang Faris sekarang berada dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan tadi. Kami tidak tahu bila dia akan sedar dari koma, tapi melihatkan keadaannya sekarang, kami rasa dia mengambil masa yang lama untuk sedarkan diri. Kemungkinan juga bila dia sedar nanti dia akan menghidap penyakit hilang ingatan, kerana otaknya telah mengalami gegaran yang kuat semasa kemalangan tersebut.” Terdiam seketika Dr. Ismail apabila melihat airmata bapa saudaranya itu mengalir membasahi pipi. Ibu saudaranya sudah terjelepok di ribaku. Aku pula sudah kekeringan airmata, hanya hati yang menangisi apa yang terjadi.


Kenapa semua ini terjadi pada aku? Kenapa? Kenapa? Batinku ini menjerit, meraung, menangisi apa yang terjadi pada hidup ku. Terasa beban yang aku tanggung semakin berat. Aku seperti kehilangan tongkat, yang dulu menjadi petunjuk jalan hidupku, yang sering menolong aku, yang menjadi harapanku selama ini. Tapi sekarang, keadaan sudah berbeza. Belum pun sempat aku bergelar isteri, Faris di timpa musibah. Sepuluh minit menunggu di dalam bilik pengantin aku di beritahu oleh Pak Teh, Faris di timpa kemalangan sejurus keluar dari keretanya. Dia diseret oleh sebuah van sehingga lima meter jaraknya dan pemandu van tersebut dikatakan melarikan diri. Oh Tuhan, dugaan apakah ini? Mengapa aku diduga sebegini?

"Sepatutnya kita menerima dan bersyukur segala apa yang terjadi. Jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” Teringat kembali akan pesanan arwah ayah. Aku beristighfar beberapa kali. rasa berdosa kerana menyalahkan takdir dan qada qadar Allah sedangkan Dia tahu apa yang aku mampu dan apa yang aku tidak termampu. Namun terselit jua rasa kepayahan dan kesusahan dalam semua ini.


Bip..bip..bip..telefon bimbitku berbunyi. Anis, getus hatiku. Taliannya ku sambut dengan nada yang sedih.
“Waalaikumsalam” ku sambut salam dari Anis untuk memulakan perbualan.
“Nurul, Faris macammana? Serius ke? Kau ok tak ni? Mak kau ada ni, dia nak cakap dengan kau. Sekejap. Aku pass kat mak kau telefon ni.” Belum sempat aku berkata apa-apa, talian kini bertukar suara.
“Nurul, mak ni, Nurul.” Suara emak seakan risau.
“Mak…” hanya itu yang mampu aku sebut. Senduku tertahan-tahan.
“Nurul, Faris macammana nak? Dia tak ada apa-apakan?” terus airmata yang ku tahan tadi mengalir membasahi pipi. Mujurlah emak tidak nampak, jika tidak dia akan kerisauan.
“Nurul, bagitaulah mak.” Ujar emak lagi.
“Mak, abang Faris sekarang koma. Nurul tak tahu bila dia akan sedar.”
“Apa?” Sebentar kemudian suasana di talian sana hingar bingar. Aku mula tidak sedap hati. Kedengaran suara Pae menangis memanggil emak, Anis seakan kalut dan sebentar kemudian talian terputus begitu sahaja.


Setelah melihatkan keadaan Faris yang terbaring kaku di katil hospital, mama dan papa Faris mahu aku pulang dan mereka tidak mahu aku risaukan Faris di sini. Kata mereka, Faris tidak akan apa-apa di sini kerana Dr. Ismail ada dan apa-apa yang akan berlaku nanti mereka akan menelefonku dengan segera. Aku merasa lega mendengar semua itu, sekurang-kurangnya walaupun Faris berada dalam keadaan koma namun dia ada Dr. Ismail dan keluarganya untuk menjaganya. Kak Laila beria-r.a mahu menghantar aku pulang ke kampung apabila mengetahui keadaan yang kecoh petang tadi. Tapi aku tidak mahu menyusahkan dia. Aku akan pulang dengan menaiki bas.
“Aku datang lagi ye Ris. Assalamualaikum.” Bisikku ke telinganya sebelum aku melangkah keluar dari bilik tersebut dengan langkah yang berat.


Dalam perjalanan ke kampung aku merasa tidak sedap hati dengan perbualan telefon petang tadi. Seakan-akan perkara buruk telah berlaku. Aku cuba menelefon Anis di kampung namun dia tidak menjawab panggilanku. Aku juga cuba menelefon dengan telefon rumah, tetapi tiada sesiapa pun yang menjawabnya. Aku benar-benar merasakan keadaan yang tidak enak berlaku di kampung. Namun aku cuba menenteramkan hati ini yang kian resah. Semakin dekat perjalanan ku ke rumah semakin terasa sesuatu di hati, degup jantung pula bertambah kuat. Ya Allah, selamatkanlah semuanya, bisikku.


Aku tiba di kampung habis sahaja waktu Maghrib. Ketika sampai di rumah dari jauh lagi aku lihat ramai orang datang ke rumah ku. Sebaik sahaja kakiku menjejak tangga rumah, Pae meluru ke arahku, terus memelukku erat. Tangisannya kuat membuatkan hatiku tertanya-tanya.
“Kak..” esak tangis Pae kedengaran lagi.
“Pae..apa yang terjadi? Mana mak Pae? Kak Anis mana?” Pae terus menangis dan menangis. Aku membawa Pae ke dalam rumah, kemudian Anis pun muncul. Di matanya tergenang air mata. Di dalam bilik emak, kedengaran bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yasin. Aku meleraikan pelukan Pae terus aku mengatur langkah ke bilik emak. Dadaku mula terasa sebak, airmata juga mula bertakung. Saat aku menyelak kain langsir pintu, terpandang aku sekujur tubuh kaku di selimuti kain berwarna biru. Mereka yang hadir ada yang memerhatikan aku dan ada yang terus membaca ayat suci Al-Quran. Aku tercegat di situ, tidak percaya dengan apa yang aku lihat di depanku kini. Perlahan-lahan aku bersimpuh di sebelah tubuh itu, kemudian membuka selimut yang menutupi wajah orang yang ku sayang. Wajah emak tenang dan bersih, dan seakan tersenyum padaku.
“Mak….Mak…ni Nurul mak, bangun mak…Nurul ni..” aku menyentuh pipi emak, sejuk. Aku menggoncang bahunya perlahan.
“Mak..mak.. Nurul ni, bangun lah mak…jangan tinggalkan Nurul dengan Pae..” aku mula menangis dan menjerit. Tak tertahan dengan apa yang berlaku, sungguh aku tidak percaya, sekelip mata emakkku pergi meninggalkan aku dan Pae dalam keadaan begini. Aku tidak menduga semua ini berlaku dengan tiba-tiba. Oh Tuhan, dugaan apakah ini? Mengapaku di uji sebegini? Satu persatu pergi meninggalkan ku. Mengapa? Mengapa? Orang yang selama ini menjadi nadi hidupku telah pergi meninggalkan ku. Pada siapa lagi untuk aku menumpang kasih. Terasa perjalanan di hadapanku semakin kelam. Hidupku takkan seceria dahulu lagi. Mengapa semua ini terjadi padaku? Mengapa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 12:38


best...cepatlah sambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 10-11-06 13:52


seday nya....
sambung lah cpat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

puteri_islamiah04
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.09.2005
Ahli No: 18815
Posting: 116
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 16:37


menarik betul lah cerita ini.......sambungla
tak sabar nak tahu kisah selanjutnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_islamiah04Profil   Hantar PM kepada puteri_islamiah04   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-11-06 16:45


panjangnye hehehe! tak jadi nak baca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 19:05


Episod 3
********

Seminggu berlalu. Aku masih di kampung. Menyelesaikan segala pusaka yang di tinggalkan arwah emak untuk kami berdua. Anis masih setia menemaniku di rumah ini. Dialah kini yang boleh aku harapkan, pada siapa lagi yang boleh aku mengadu domba selain dia kerana aku tiada sesiapa lagi di dunia ini.
“Nurul..” lamunan ku terhenti bila Anis menyapaku. Tidak aku menyedari kehadirannya di sebelahku. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh kami berdua. Padi yang kini sedang menguning terbentang luas di hadapan. Sungguh indah pemandangan ciptaan Yang Maha Esa.
“Kau buat apa kat sini? Pae mana?” soalku sebaik sahaja dia duduk.
“Aku cari kau kat rumah tadi, sebab tu aku datang sini. Manatau agaknya-agaknya kau buat benda-benda yang bukan-bukan pula. Pae ada kat rumah.” Ujar Anis.
“Buat benda yang bukan-bukan? Maksud kau?” aku mengerutkan dahi tanda kurang memahami.
“yelah, manalah tahu kau kecewa, sedih dengan apa yang terjadi. Aku takut kau buat sesuatu pada diri kau saja.”
“Hurm…terima kasih Nis, kau sangat mengambil berat akan aku dan Pae. Aku tak dela sampai nak buat macam tu sekali. Aku masih waras lagi lah. Aku tau itu semua takdir Allah. Kita yang masih hidup ni harus teruskan hidup walau apa pun yang terjadi. Aku terima semua ini dengan ikhlas, Nis. Aku redha dengan ujian yang Allah beri pada aku. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah sabar dan tabah.” Setitis airmataku menitis di pipi lalu cepat ku menyapunya.
“Nurul. Aku dah anggap kau macam keluarga aku. Pae tu dah macam adik aku. Arwah mak kau tu macam mak aku dah. Kau tahu kan. Aku pun anak yatim piatu, tak ada sesiapa di dunia ni. Kaulah saudara aku.” Anis memeluk ku erat. Tangisan mula kedengaran.
“Nis, dah. Jangan lah nangis.” Aku menyeka airmatanya. Dia hanya menganggukkan kepala. Kemudian suasana senyap seketika.
“Nurul..”
“Ye Nis.” Aku berpaling padanya.
“Lepas ni macam mana? Kau nak tinggal kat sini ke?”
“Aku rasa aku nak bawa Pae tinggal di Kuala Lumpur, dengan kita. Lagipun apalah yang ada di kampung ni lagi. Segala-galanya sudah tiada. Aku akan buat pertukaran sekolah untuk Pae. Tak lama lagi dia akan menduduki PMR. Aku tak mahu pelajaran dia terganggu.”
“Aku rasa ok juga macam tu. Kalau Pae tinggal seorang kat sini tak ada sesiapa nak tengokkan dia.”
“Pak Teh cadangkan kat aku hari tu. Dia nak Pae tinggal dengan keluarga dia. Tapi, tak ke menyusahkan Pak teh saja, kan Nis. Baik Pae ikut aku tinggal kat sana. Lagipun senang aku jaga dia.”
“oh, betul tu. Aku pun boleh tengokkan Pae juga.” Dia tersenyum.
“Faris..” aku terdiam, rinduku pada Faris sering bertandang. Bagaimana keadaannya sekarang.
“Sabarlah Nis. Kita doakan dia semoga dia cepat sedarkan diri. InsyaAllah dia akan sedar.” Ujar Anis menenangkan hatiku.


Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tersergam gah di hadapan ku. Baru sebentar tadi aku, Anis dan Pae melawat Faris di sana. Kebetulan semasa aku melawat Faris, kak Laila dan juga mama Faris ada di samping Faris. Keadaannya masih tidak berubah. Hanya kaku tidak bergerak. Cuma kata Dr. Ismail kesihatannya bertambah baik. Bila Faris akan sedarkan diri Dr. Ismail pun tidak tahu.
“Nurul, petang nanti jemput ke rumah mama ye. Ada sesuatu yang papa dan mama hendak bincangkan dengan Nurul.” Mama Faris menyentuh tanganku tatkala aku hendak bangkit dari kerusi untuk memberi ruang kepada mama Faris duduk. Aku terkejut dengan kata-kata mama Faris.
“Bincang?” Mama Faris hanya menganggukkan kepala seraya tersenyum. Aku masih tidak faham, apa yang perlu di bincangkan lagi. Hubungan antara aku dengan Faris tetap sebagai tunang. Takkan terputus pertunangan ini hanya semata-mata kerana kemalangan itu. Takkan mama Faris mahu memutuskan ikatan pertunangan antara aku dengan Faris? Tidak. Aku takkan benarkan. Tidakkah mama Faris dan papa Faris tahu bahawa kami saling menyayangi?
“Tak ada apa yang perlu Nurul khuatirkan. Hubungan Faris dan Nurul takkan terputus.” Bicara mama Faris lagi apabila dia melihat aku hanya mendiamkan diri seolah-olah dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran ku ini.
“Baiklah mama, petang nanti Nurul datang.” Terasa pahit senyuman yang ku ukir.


“Ris, sedarlah. Jangan biarkan aku sendirian di sini. Aku perlukan kau. Aku sayangkan kau.” Bisikku dalam hati. Satu persatu memori indah aku dengan Faris terbayang di ruang mataku. Alangkah bahagianya jika kemalangan itu tidak berlaku, sudah tentu aku kini gembira bersama Faris, dan emak sudah pasti masih ada.
“Eh Nurul, kita nak kemana ni?” kata-kata Anis mengejutkan aku dari bayangan Faris. Aku memandang jalan yang penuh sesak. Anis tenang dengan pemanduannya. Pae sudah terlena di kerusi belakang. Penat agaknya. Maklumlah, pagi tadi kami sibuk menguruskan dia dengan pertukaran sekolahnya. Selepas itu terus pergi membeli sedikit peralatan untuk dia memulakan sekolah di sini kemudian terus ke hospital.
“Hurm..” aku mengeluh.
“Kita pergi makan ya. Dah pukul dua ni. Pae tentu lapar tu.” Anis memberi cadangan. Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangannya.
“Nak makan kat mana?” soalnya lagi.
“Kedai mak Piah.” Anis tersenyum. Sudah lama aku tidak makan di kedai mak Piah. Apa khabar agaknya mak Piah sekarang ni. Makin debab ke mak Piah, getusku.


“Nurul. Aku tanya kau sesuatu boleh tak?” ujar Anis tanpa melihat ke arahku. Dia menumpukan sepenuhnya pada pemanduan.
“Tanya apa?”
“Kau sekarang dah banyak berubah. Tak macam dulu. Aku suka dengan perubahan kau sekarang ni. Faris berjaya mengubah kau.”
“lah..tadi kau nak tanya. Yang kau cakap tu ayat penyata.”
“Ehehe…ingatkan kau dah tak pandai loyar buruk dengan aku dah.” Tepis Anis padaku. Aku hanya tersenyum. Benar kata Anis. Aku kini sudah berubah. Semua perubahan ini disebabkan Faris. Alhamdulillah, perubahan dari tomboy kepada seorang perempuan sejati membuatkan hatiku tenang. Kak Laila juga banyak membantu aku dalam mencari identiti aku dan juga dalam soal agama. Mereka banyak membantu aku.
“Apa yang kau nak tanya kat aku ni?”
“Hurm.. mama Faris nak bincang apa dengan kau petang ni?”
“Entahlah. Aku pun tak tahu.”
“Kau nak aku hantar ke petang ni?”
“Hurm..Tak payahlah Nis, susahkan kau saja. Aku boleh naik bas. Lagipun kau boleh tolong tengokkan Pae kat rumah.”
“Boleh saja. Kau jangan risaukan Pae. Aku kan ada. ok?”
“Eh Nis..! Kau dengan Johan apa cerita? Dah lama dia tak berhubung dengan kau. Dah dua bulan.” Aku cuba mengorek rahsia Anis. Sebenarnya aku naik hairan juga dengan hubungan Anis dan Johan, sekejap putus sekejap sambung balik.
“Aku dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan lagi dah.”
“Kau pasti ke? entah-entah lepas ni hubungan kau dengan dia bersambung balik.”
“Aku pasti. Ni kata putus terakhir. Lepas ni kalau dia merayu dan menangis airmata darah sekali pun aku tetap takkan terima dia balik. Dah bosan aku dengan dia. Bila ada perempuan lain senang-senang saja tinggalkan aku, bila perempuan tu tinggalkan dia, datang balik cari aku. Huh..” keluh Anis.
“Aku rasa dia belum menyayangi kau sepenuh hati. Dah lah Nis, tak payah lah kau tunggu dia lagi. InsyaAllah. Aku pasti ada yang lebih baik dari dia yang kau akan jumpa lepas ni.” Aku cuba memujuknya.
“Ha, dah sampai pun kedai mak Piah, jom makan. Perutku dah berkeroncong. Kau kejutkanla si Pae tu.”
“Yerla mak cik..” gurau ku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 16-11-06 01:26


erm...penuh dengan suspen dan sedih cerita ni...adakah sinar bahagia untuk nurul nanti...huhu cepat-cepat sambung ye... ;-)


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

mechaboyz87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27308
Posting: 94
Dari: -ump->> kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 16-11-06 10:27


...
kalau boleh bagi lebih banyak lagi cerita ek..
best ar

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechaboyz87Profil   Hantar PM kepada mechaboyz87   Pergi ke mechaboyz87's Website   Quote dan BalasQuote

nuhasolehah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25365
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 16-11-06 10:50


...best... tak sabar nak tahu kisah selanjutnyer.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhasolehahProfil   Hantar PM kepada nuhasolehah   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 12:59


Episod 4
*******


Suasana hening seketika di ruang tamu milik keluarga Faris. Aku buntu, tidak tahu apa yang harus aku utarakan setelah mendengar apa yang papa Faris cakapkan sebentar tadi. Kakiku menguis-nguis permaidani di atas lantai, fikiranku melayang entah ke mana.
“Mama dengan papa berharap sangat supaya Nurul menerima tawaran kami ni. Hanya Nurul saja yang boleh membantu. Si Laila tidak mampu menguruskan syarikat tu. Nurul kan banyak tahu mengenai syarikat tu.” Ulas mama Faris setelah melihat aku hanya membuntukan diri.
“Tapi mama..”
“Tiada siapa lagi yang layak menjadi pengurus syarikat tu selain Nurul. Papa tidak mahu mana-mana pihak mengambil peluang atas apa yang terjadi ini. Nurul pun ahli keluarga kami juga, dan Nurul juga berhak ke atas syarikat Astero Enterprise ni. Jangan kecewakan papa dengan mama.” Tegas sekali papa Faris berbicara, matanya tepat memandang mataku. Serba salah aku dibuat bakal mertua aku ini. Seboleh-bolehnya aku mahu menolak permintaan mereka. Aku tidak mahu menjadi pengurus syarikat itu. Aku tidak mahu nanti ada yang menuduh dan menfitnah aku setelah aku menjadi pengurus walaupun sementara. Manalah tahu ada yang cuba memburukkan nama aku. Argghh..buntu aku, buntu, jerit hatiku. Papa dan mama Faris terlalu mengharapkan aku. Takkan aku mahu menghampakan mereka.
“Erm..Nurul minta masa untuk fikirkan dulu, boleh?” aku memandang wajah papa Faris. Terdiam dia seolah-olah berfikir.
“Baiklah, papa hanya bagi tempoh tiga hari untuk Nurul fikirkan.”

    
Malam ini giliran aku pula menemani Faris. Inilah kali pertama aku menemani dia. Sebelum ini sekalipun aku tidak sempat untuk menemani dan menjaga Faris. Tentu dia rindukan aku. Bilalah dia akan sedarkan diri, sedarlah Faris. Aku tidak boleh memikul tanggungjawab kau di syarikat tu. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Aku tidak berhak dan sekaligus tidak layak untuk duduk di kerusi itu.
“Ris. Aku perlukan kau. Keluargamu juga memerlukan kau. Sedarlah Faris. Betapa aku merindui setiap gurauan mu, betapa aku merindui gelak tawamu, betapa aku merindui segala-galanya tentang mu. Tidakkah kau tahu semua ini.” Bisikku ke telinganya.
“Tentu kau masih ingat, ketika aku dan kau pertama kali bertemu. Aku tertumpahkan air di bajumu. Tika itulah detik perkenalan antara kita berdua. Ris, kau dah lupa? Saat kau menghulurkan tanganmu tanda bermulanya persahabatan kita, saat itulah aku jatuh cinta padamu. Saat kau membisikkan kata sayang padaku, saat itulah aku cinta padamu. Saat kau memayungiku dalam hujan, tika itulah aku cintakanmu. Sebenarnya. Aku tidak tahu bilakah aku jatuh cinta padamu. Dan cinta yang aku bawa ini hanya untukmu. Sedarlah Ris, untukku. Untuk hubungan kita yang lebih bermakna.” Ku biarkan airmata gugur perlahan-lahan mengalir di pipi. Sepi aku memandang wajahnya yang tenang di sebalik tidurnya.
“Aku rindukan kau!” bisikku perlahan.


“Kak Nurul…”
“.. Eh…Maaf..!” aku tersedar dari lena bila di kejutkan oleh Dr. Ismail.
“Tak mengapa. Akak bersihkanlah diri dahulu. Saya nak periksa abang Faris kejap.”
“Err..baiklah.” dalam keadaan yang separuh sedar aku melangkah ke bilik air. Selesai membersihkan diri. Aku kembali semula ke bilik Faris. Sekembalinya aku ke bilik itu, mama Faris dan kak Laila pun tiba. Dr. Ismail masih lagi memeriksa keadaan Faris sambil di bantu dua jururawatnya. Sempat aku berborak dengan mama Faris dan kak Laila seketika sebelum dipanggil Dr. Ismail ke biliknya.
“Perkembangan Abang Faris amat memberangsangkan. Kesihatannya pulih sepenuhnya, namun tahap untuk dia sedarkan diri kami tidak pasti. Abang Faris perlukan sokongan dari semua terutamanya insan yang dia cintai.” Pandangan Dr. Ismail terjun ke mataku. rasa terkesima dengan kata-kata Dr. Faris membuatkan aku merasa malu. Mama Faris dan kak Laila hanya tersenyum.
“So Auntie, abang Faris boleh pulang bila-bila masa. Kalau ada apa-apa, boleh call Is. Is akan ke rumah auntie dengan segera.” Mama Faris mengganggukkan kepala.
“Bagaimana pula dengan ubat-ubatan dia?” soal kak Laila.
“Buat masa ni Is akan suruh seorang jururawat untuk merawat dia di rumah. Dia akan membekalkan ubat pada abang Faris. InsyaAllah, mungkin tidak lama lagi abang Faris akan sedar.” Ujar Dr. Ismail. Hati ini mula berbunga keriangan apabila mendengar kata-kata Dr. Ismail. Ya, mudah-mudahan kau akan sedar Ris. Kembalilah padaku!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 26-11-06 09:36


eh..mana smbungannye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-06 12:33


huhu..sedih bangat cerita ini..sambung lah cepat..jangan lah faris mati pula..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-11-06 14:21


salam..
ala...sedih lah cerita ini..tak sangup lah nak baca...
endingnyer bagaimana....huhuhuhuh...sedih....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

abah-we-ma
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26484
Posting: 108
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-12-06 21:20


memang best cerita ni........

Bookmark and Share

    


  Member Information For abah-we-maProfil   Hantar PM kepada abah-we-ma   Quote dan BalasQuote

cipoi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.05.2006
Ahli No: 24504
Posting: 242
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-06 02:11


asik sambungan saja....hentian lah pulak

Bookmark and Share

    


  Member Information For cipoiProfil   Hantar PM kepada cipoi   Pergi ke cipoi's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-06 10:34


assalamualaikum...
maaf ye, ana tak sempat nak online dan post sambungan yang selanjutnya..
maklumlah final exam mggu depan..
insyaAllah, ana akan post sambungannya bila habis final..
doakan ana ye.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nursolehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.04.2004
Ahli No: 8420
Posting: 72
Dari: depan pc

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-12-06 18:14


ala...lambatnya dia nak abeh final..cepat lah sambung..kita da tak sabar nak tau ending..ending jangan lah sdih2 sangat ye..eheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursolehahProfil   Hantar PM kepada nursolehah   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-06 09:26


Episod 5
********

    Dua bulan berlalu, pelbagai perkara telah berlaku. Pae sudah pun menduduki Peperiksaan Menengah Rendah, sekarang ini dia sedang menjalani kelas pengukuhan Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Dia memang minat dalam mempelajari bahasa. Aku tidak kisah asalkan dia tidak terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat. Anis, sahabat dan saudaraku sibuk dengan projek syarikat tempat dia bekerja. Selalu sahaja berulang alik dari Sarawak dan Kuala Lumpur. Kadang-kadang dua, tiga hari dia di sana. Alhamdulillah, Faris pula sudah menunjukkan tanda-tanda dia akan sedar. Mama dan papa Faris selalu mengkhabarkan perkhabarannya pada aku. Kadang-kadang aku juga menemani dan menjaga Faris di rumahnya. Menurut Dr. Ismail, InsyaAllah, tak lama lagi dia akan kembali sedar. Betapa aku gembira dengan perkembangan Faris dan aku tidak sabar menunggu untuk dia sedar dari komanya.

    Aku kini memegang jawatan sebagai pengurus sementara di syarikat kepunyaan Faris. Aku lakukan semua ini semata-matanya untuknya. Aku tidak mahu syarikat yang dia usahakan ini terbengkalai begitu sahaja. Alhamdulillah, segala masalah dalam syarikat dapat aku atasi dengan izinNya.

Entah mengapa semenjak akhir-akhir ini. Aku begitu rapat dengan Zamarul anak Tan Sri Mansur. Tan Sri Mansur adalah kawan rapat papa Faris dan sekarang syarikat Faris dengan syarikat Tan Sri Mansur sedang bekerjasama dalam satu projek pembangunan. Zamarul dan akulah yang bertanggungjawab ke atas projek itu. Kami sering kelihatan bersama untuk menguruskan projek tersebut. Dari situlah aku mula rapat dan aku tahu dalam diam Zamarul menaruh hati padaku.

“Masuk!” pintu bilik pejabatku terkuak. Tiba-tiba terpacul Zamarul di hadapanku.
“Hai Nurul! Jom, I belanja you lunch.” Senyuman terukir di bibir Zamarul. Aku diam membisu, mengemas apa yang ada di atas meja. Ku lihat jam di pergelangan tangan, pukul satu sepuluh minit tengahari.
“Tak boleh, I kena balik.”
“Erm..rumah Faris?” aku menganggukkan kepala.
“I dah janji dengan mama Faris. I minta maaf ye.” Bicaraku tanpa melihat wajahnya sambil membetulkan tudung yang ku pakai.
“Ok, tak mengapa. I keluar dulu.” Bergegas dia keluar dari bilik pejabat ku. Di hempasnya pintu membuatkan aku tersentak. Marahkah dia padaku?


    Tengahari itu. Aku ke rumah Faris. begitulah rutin harianku selama ini. Kalau tiada mesyuarat atau temujanji dengan pelanggan. Aku akan ke rumah Faris menjenguk keadaan dia di sana. Kedatangan aku sentiasa dialu-alukan oleh mama dan papa Faris. Aku tidak mahu menghampakan mereka. Bagi aku mereka umpama ayah dan emakku sendiri.
“Nurul, pagi tadi Ris gerakkan jari-jari. Mata dia pun berkedip-kedip.” Ceria nampaknya mama Faris tengahari itu. Belum sempat aku menghulurkan tangan untuk bersalam terus dia menceritakan apa yang berlaku pagi itu.
“Iyer ke mama? Alhamdulillah.” Syukurku pada Ilahi.
“InsyaAllah mama, Ris akan sedar nanti. Kita sama-sama doa ya mama.”
“InsyaAllah Nurul. Ah..jom masuk. Tentu Nurul lapar. Kita makan sama-sama ya.”
Mama Faris membawa aku menuju ke ruang makan. Kebetulan papa Faris juga ada, kami kemudiannya makan bersama-sama.


“Nurul, macammana projek kita dengan syarikat Tan Sri Mansur?” sebaik sahaja selesai makan, papa Faris mengutarakan soalannya.
“Alhamdulillah papa, semuanya berjalan lancar.”
“Baguslah macam tu. Hurm..” Nada bicara papa Faris membuatkan aku tertanya-tanya sendirian.
“Kamu dengan Zamarul nampak makin mesra.” Aku terkejut dengan teguran mama Faris. Tidak tahu apa yang harus aku katakan. Aku hanya menyepikan diri. Apa yang mereka fikirkan tentang diriku dengan Zamarul. Aku tidak tahu. Mudah-mudahan mereka tidak mensyaki aku apa-apa. Aku tidak ada apa-apa hubungan pun dengan Zamarul, hanya berkawan. Mungkin hubungan aku dengan Zamarul terlalu rapat dan boleh dikatakan mesra.
“Mama dan papa bukan mahu menyekat hubungan Nurul dengan Zamarul, tapi ingatlah Nurulkan tunang Faris. Apa kata orang sekeliling bila melihat Nurul dengan Zamarul nanti. Tidakkah mengundang fitnah. Mulut tempayan bolehlah ditutup, tapi ni mulut orang.” Tegas sekali mama Faris bertutur. Kata-katanya menyedarkan aku.
“Nurul tahu mama, papa. Tapi percayalah, Nurul dan Zamarul tidak ada apa-apa hubungan. Kami hanya berkawan semata. Papa kan tahu dia juga terlibat dalam projek itu, kan?”
“Itu papa tahu. Sebab itu papa dengan mama bagi nasihat dan teguran. Jagalah batas pergaulan kamu.” Aku terkedu mendengar hujah papa Faris dan hanya anggukkan kepala sahaja yang dapat aku lakukan menandakan aku memahami bicara mereka berdua.
“Papa, mama. Nurul ke atas dulu. Nak jenguk Ris.” Pintaku.
“Baiklah. Nurul jangan pula tersinggung dengan kata-kata mama dan papa. Kami hanya risaukan kamu saja.” Aku hanya tersenyum memandang mama dan papa Faris lalu aku berlalu menuju ke kamar Faris.


“Assalamualaikum…Ris. Aku datang ni…” bicaraku tulus di telinga Faris. Terasa syahdu di lubuk hati, ingin ku tangisi segala apa yang terjadi namun airmata ini sudah kekeringan. Siapalah aku untuk menolak takdir yang di tentukanNya. Kisahku masih panjang dan aku tidak tahu di mana penghujungnya. Bahagiakah aku dengan Faris di akhir cerita atau sebaliknya? Ingin ku bercerita pada Faris tentang apa yang berlaku, namun itu hanya akan membuatkan dia sengsara.
“Ris, cepatlah kau sembuh.” Bisikku ke telinganya.
“Banyak perkara yang aku ingin cerita pada kau. Tentang aku, tentang Pae, tentang kita.”ujarku lagi.
“Oh ya Ris, bila kau cepat sedar, bolehlah kita kahwin cepat.” Usikku. Faris tetap begitu. Tiada tanda-tanda dia bertindak balas dengan kata-kataku. Aku mengeluh perlahan memikirkan apa lagi yang harus aku ceritakan padanya di saat ini. Aku memutuskan untuk mengembalikan kenangan-kenangan lalu padanya, kemudian satu persatu aku bercerita sambil berharap dia mendengar dan masih mengingati detik-detik kami bersama.
“Ris. Aku sayangkan kau!”

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 17:55


Episod 6

    Hari itu aku pulang lewat ke rumah. Nasib baik Anis tidur lebih awal, kalau tidak habislah aku akan di marahinya. Pae pula sibuk dengan pelajaran bahasanya. Setelah mengucapkan salam dan terima kasih kepada Zamarul kerana menghantarkan aku pulang, tiba-tiba dia mengeluarkan sekuntum bunga lalu memberikan padaku. Aku serba salah dan terpaksa juga aku menerima bunga yang sekuntum itu demi menjaga hati dan perasaannya. Aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah selepas itu.

    Aku merebahkan badanku ke atas katil. Bunga yang diberikan Zamarul ku letakkan di sebelah ku. Zamarul! Desis hatiku. Apa yang bermain difikiranku ini sekarang mengapa dia harus memperlakukan aku begini sedangkan dia tahu aku tunangan orang. Semakin aku mengenali Zamarul semakin tenggelam Faris dalam hatiku. Aku tahu dia menyukai aku, dan aku mengakui aku juga mula menyukai dia. Apa semua ini Ya Allah. Aku tidak mengerti Kenapa tiba-tiba hadir perasaan sayang aku pada Zamarul. Dalam masa yang sama aku menyintai Faris. Dugaan apakah ini Ya Allah. Ketika perasaan aku berkecamuk tiba-tiba pintu bilikku terkuak.
“Nurul, baru balik?” Anis tiba-tiba terjengul di bilikku. Aku hanya menggangguk menandakan jawapan bagi pertanyaannya.
“Aku ingat kau belum balik lagi. Eh, siapa bagi bunga tu kat kau?” terus dia bersimpuh di sebelah ku.
“Zamarul.” Kataku sepatah.
“Hah..! Zamarul?” Keningnya di angkat menandakan dia terkejut.
“Iya, dia yang bagi..hurm..”
“entah-entah dia suka kat kau tak?”
“entah. Aku rasa pun macam tu.” Aku mengeluh tidak tahu apa yang harus aku katakana pada Anis. Ingin sekali aku memberitahu Anis tentang perasaan aku sekarang ini. Tapi sebelum sempat aku bersuara tiba-tiba Pae menjengah masuk.
“Kak, Pae nak duit. Pae ada dua ringgit saja lagi nak tambang bas esok.”
“Yerlah, nanti pagi esok akak bagi sebelum Pae pergi tuisyen, ok?”
“Ok kak.” Jawab Pae sambil menggaru kepalanya.
“Dah lewat ni, kenapa tak tidur lagi? Pergi tidur, kan esok bangun lewat pulak.” Ujar Anis.
“Pae nak tidur lah ni kak Anis. Pae tidur dulu ye kak, Assalamualaikum.” Terus Pae berlalu menuju ke bilik tidurnya. Sebentar kemudian terdengarlah dengkuran Pae.

“Aku ada nak bagitau kau sesuatu ni Nis.” Sayu mataku memandang wajahnya. Nampak sangat Anis mengantuk. Tak sampai hati aku ingin suruh Anis bersengkang mata semata-mata mendengar luahan hatiku ini.
“..tak mengapalah.”
“lah, kau ni. Cakap lah cepat.”
“Esok sajalah ek..esok kan cuti..”
“Ha..yerlah…” Anis terus berlalu sambil menutup mulutnya. Aku menutup pintu bilik kemudian kembali berbaring. Kipas ligat berpusing, terasa pula tubuhku melekit. Terus ku capai tuala di kerusi lalu menuju ke bilik air.
    
Cuaca pagi itu redup, seredup hatiku yang resah. Pagi-pagi lagi Pae keluar dari rumah untuk ke kelas bahasa yang diambilnya. Sebelum itu. Aku sempat memberikan wang saku kepadanya. Anis sibuk di dapur mengemas apa yang perlu. Aku ingin menolongnya tapi katanya hanya sedikit sahaja yang perlu dikemaskan. Dia tidak mahu menyusahkan aku, katanya. Rajin betul anak dara ni seorang, rugi betul si Johan ni. Rungutku dalam hati. Aku lantas ke ruang tamu, alat kawalan jauh ku capai dan terus siaran televisyen kedengaran. Ku tekan siaran televisyen TV3, ku tekan pula siaran lain. Nampaknya tiada rancangan televisyen yang mampu menarik minatku. Anis keluar menuju ke arahku. Di tangannya ada dua gelas air. Perlahan-lahan dia meletakkan gelas itu di atas meja dihadapanku. Satu lagi di pegangnya. Aroma kopi menerjah hidungku menarik aku untuk meminumnya. Nyanyian lagu Jalur Gemilang berkemundangan di televisyen.
“Eh minah, cerita apa yang kau tengok ni?” soal Anis seraya meletakkan gelasnya ke meja.
“Tak ada rancangan menarik lah mak cik. Aku hentam saja.” Ujarku sambil menghidu aroma kopi. Ingin meneguk, air kopi itu masih panas.
“Pae mana?”
“Dah pergi kelas.”
“Oh…lupa pula dia ada kelas pagi ni.”
“Apa yang kau ingat? entah-entah kau dah ada pak we kat Sarawak tak?” Usikku.
“Hei, mana ada lah. Tak nakla aku orang jauh. Kau apa cerita? Faris macammana?” Alahai dia dah ubah topik lah pula, getus hatiku.
“, Faris alhamdulillah. Aku rasa tak lama lagi dia akan sedar. Tak sabar rasanya menunggu dia akan sedar semula. Suasana di ruang tamu itu kembali hening. Hanya kedengaran bunyi peti televisyen. Fikiran ku melayang-layang sarat dengan satu perasaan yang aku kurang fahami. Aku menyintai Faris tapi Kenapa mesti ada satu perasaan terhadap Zamarul. Mungkin juga Zamarul kerap menemani aku ketika ini sedangkan Faris tidak bisa melakukan demikian.
“Minah, Kenapa dengan kau ni?” termangu-mangu aku dengan pertanyaan Anis yang secara tiba-tiba itu.
“Err, tak ada apa-apalah.”
“Aku lihat lain macam saja kau sekarang ni.”
“lain macam apa?”
“Yerla, kau banyak diam saja sejak akhir-akhir ni. Sebelum ni kan kau banyak mulut. Itu ini semua kau nak cerita. Kau ada masalah ke?” Patutkah aku beritahu Anis perkara ini? Atau hanya mendiamkan sahaja perkara ini?
“Hurm..Aku tak tahula nak cerita macammana Nis.”
“Ni mesti pasal Faris, tak pun Zamarul.”
“Err.. aku..aku ….” Buntu aku dibuatnya.
“Cakaplah. Aku sudi mendengarnya.”
“Sebenarnya Nis. Aku rasa, hurmm. Aku rasa aku sukakan Zamarul!” terkedu aku melihat Anis waktu itu. Betul ke apa yang aku cakap ni? Betul ke aku sukakan Zamarul?
“Kau biar betul minah oii..kau tu tunang Faris, macam mana kau boleh tersuka dengan si Zamarul ni?”
“Entahla Nis. Aku keliru sekarang. Semakin dekat dan semakin lama aku kenal Zamarul aku rasa aku dah mula menyayangi dia. Tapi aku cintakan Faris. Aku perlukan Faris, Nis. Aku perlukan dia dalam hidup aku, bukan Zamarul.” Anis beristighfar mendengar penerangan aku.
“Aku tahu kau sayangkan Faris. Aku tahu.” Anis cuba menenangkan aku.
“Nis, Zamarul melayan aku dengan baik. Tidak pernah dia berkeras dengan aku. Itu yang membuatkan hatiku menyukainya. Dan aku tahu dia juga sukakan aku. Tapi Nis. Aku tidak mahu melupakan Faris. Aku sayangkan Faris, Nis. Aku tidak mahu perasaan aku pada Zamarul berterusan. Tolong lah aku Nis.”
“Tenang Nurul. Mungkin aku tahu Kenapa kau suka kat Zamarul.”
“Apa dia Nis?” pintaku padanya agar dia memberitahu aku Kenapa aku menyukai Zamarul.
“Sebab dia yang selalu menemani kau. Fariskan tak dapat menemani kau sekarang ni, dan Zamarul pula sentiasa ada untuk kau di saat Faris tiada. Kan?” Aku terfikir, keadaan aku sebelum mengenali Zamarul dan keadaan aku setelah mengenalinya. Kemudian kami bertambah rapat, kami sentiasa berdua, itupun ketika bekerja dan sebagainya. Ketika aku bersamanya, ingatan aku pada Faris hilang entah ke mana. Memang aku juga menyangka demikian.
“Lalu apa yang harus aku lakukan, Nis?”
“Cubalah kau menjauhi dia seberapa yang kau boleh. Dan kau harus tahu kau tunang Faris. Bataskan pergaulan kau dengan dia. Jangan kau buat mama dan papa Faris meragui kau.” Aku terdiam, terimbas semula kata-kata mama dan papa Faris beberapa hari yang lepas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

Nafizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 03-01-07 20:33


Waaaa...best...cpat sambung ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NafizatulProfil   Hantar PM kepada Nafizatul   Quote dan BalasQuote

helmirohayakassim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22154
Posting: 84
Dari: Setiu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 21:05


best sangat... cepat lah sambung
saya tak sabar nak baca ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For helmirohayakassimProfil   Hantar PM kepada helmirohayakassim   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 14-01-07 16:32


bagusnya..cepat-cepat lah sambung ek..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-07 07:57


hmm.. baru terperasan cerpen ni..
menarik juga...
good pula nurlynn

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125266 saat. Lajunya....