Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 144
Ahli: 0
Jumlah: 144




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Mengapa Muslim tak dibenar bela anjing


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Mengapa Muslim tak dibenar bela anjing

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa Muslim tak dibenar bela anjing

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 13:45


Bersama:MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN
SAYA tertarik dengan soalan dan jawapan mengenai hukum haram anjing dan bab*. Saya mempunyai soalan lanjut mengenai hal tersebut.

Saya menetap di sebuah negara bukan muslim. Sekali-sekala, apabila bersiar-siar di taman atau melawat rumah rakan-rakan bukan muslim, terdapat anjing jinak yang merapati diri saya. Memandangkan saya telah dididik sejak kecil agar mengelakkan daripada menyentuh anjing, saya sedaya-upaya melarikan diri daripada anjing-anjing tersebut.

Hal ini secara tidak langsung meninggalkan pandangan buruk masyarakat bukan Islam terhadap sikap umat Islam yang memandang hina terhadap haiwan-haiwan ini. Sebagai seorang muslim, saya berasa bertanggungjawab untuk memberikan ulasan terbaik kepada mereka tentang hal ini agar Islam tidak dipandang serong. Apakah cara terbaik untuk saya menjelaskan hal ini?

JAWAPAN

Islam agama kesihatan, kesejahteraan dan keharmonian. Sebab itulah agama Islam mengajar penganutnya supaya berwaspada dalam setiap tindak tanduk supaya tidak menghampiri sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya.

Kadang-kadang kita menganggap masyarakat Barat itu mempunyai kehalusan budi dan perikemanusiaan yang tinggi serta menaruh kasih-sayang kepada semua binatang yang hidup. Mereka menganggap, bahawa Islam itu bersikap keras terhadap binatang yang dapat dipercayai, tunduk dan amanah.

Di dalam mencari jawapan terhadap persoalan ini, saya kira jawapan oleh Dr. Muhammad Yusof Qaradawi adalah yang terbaik. Apa yang dinyatakan dalam kitab Halal dan Haram. Beliau membawa penjelasan berdasarkan kepada kajian saintifik seorang sarjana Jerman. Huraian dijelaskan dalam sebuah artikel mengenai bahaya yang akan timbul kerana memelihara anjing.

Beliau menyatakan: “Bertambahnya musibah yang diderita umat manusia pada tahun terakhir yang disebabkan oleh anjing, memaksa kita untuk memerhatikan secara khusus tentang betapa bahaya yang nampak sekali disebabkan oleh anjing, lebih-lebih situasinya bukan terbatas kerana memelihara tetapi sampai kepada bermain-main dan mencium serta mengusap-usap anjing dengan tangan oleh anak-anak kecil dan orang-orang dewasa.

“Bahkan banyak sekali anjing-anjing itu menjilat bekas-bekas makanan yang ada di piring orang tempat menyimpan makanan dan minuman manusia.â€

Apa yang dijelaskan ialah sejenis cacing yang dikenal pasti dengan nama ‘cacing pita’ yang berpindah ke dalam tubuh manusia melalui gigitan, jilatan atau usapan, apatah lagi kalau dicium dan dibawa tidur seperti mana yang dilakukan oleh orang Barat. Cacing pita ini bentuknya sangat kecil sekali. Cacing ini akan nampak pada diri manusia dalam bentuk jerawat.

Cacing ini terdapat juga pada binatang-binatang lain terutama bab* tetapi pertumbuhannya tidak secepat cacing pita pada anjing. Terdapat juga pada anak-anak anjing hutan dan serigala tetapi jarang ada pada kucing.

Cacing-cacing ini tidak dapat tumbuh pada diri manusia dan haiwan, melainkan berupa jerawat-jerawat dan bisul-bisul baru yang satu sama lain sangat berbeza dengan cacing pita itu sendiri. Kebanyakan bisul ini menyerang hati manusia dan akan nampak dalam bentuknya yang berbeza-beza tetapi kebanyakan kemudian pindah pada paru-paru, lengan, limpa dan anggota yang lain. Semua ini dapat berubah bentuk maupun keadaannya dengan perubahan yang besar sekali, sehingga dalam waktu relatif pendek sukar untuk dapat dibezakan dari yang biasa.

Natijahnya, bahawa bisul ini kalau aktif sangat boleh mengancam kesihatan manusia dan menjadikan kehidupan seseorang itu menderita kesakitan. Sampai hari ini belum ada jalan untuk mengubatinya. Cuma kadang-kadang cacing-cacing ini akan mati dengan sendirinya dan kadang-kadang antibodi seseorang itu akan melawan dan bertindak mematikan racun-racun cacing pita tadi.

Justeru, demi menjaga kesihatan dan kelangsungan hidup manusia, jangan bermain-main dan berdekatan dengan anjing. Begitu pula anak-anak supaya tidak membiasakan bergaul dengan anjing. Jangan biarkan tangannya dijilat anjing dan jangan dibenarkan anjing-anjing itu tinggal di tempat permainan anak-anak. Sebab sangat disesalkan, sering kita lihat ada beberapa anjing yang berkeliaran di tempat-tempat olahraga anak-anak.

Di samping itu, harus disediakan pula bejana-bejana khusus untuk makanan anjing. Jangan dibiarkan anjing-anjing itu menjilat piring-piring yang biasa digunakan oleh manusia. Jangan pula dibiarkan anjing-anjing itu keluar dan masuk di kedai-kedai makanan, pasar-pasar umum, warung-warung dan sebagainya. Semua orang harus mengambil bahagian khusus untuk menghindarkan anjing daripada apa saja yang bersentuhan dengan makanan dan minuman manusia.

Dengan demikian, maka kita dapat tahu betapa Rasulullah melarang kita untuk bergaul dengan anjing dan memperingatkan kita jangan sampai bejana-bejana kita itu dijilat oleh anjing serta melarang memelihara anjing, kecuali kerana diperlukan. Betapa pula kesesuaian ajaran Muhammad dengan pengetahuan moden dan ilmu perubatan yang mutakhir!

Allah s.w.t. mengingatkan kita bahawa apa sahaja yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah wahyu daripada-Nya.

Muhammad tidak berbicara yang keluar dari hawa nafsunya. Tidak lain yang dikatakan itu melainkan wahyu yang diwahyukan. (an-Najm: 3-4)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-11-06 14:58


mmm..rupanya macam itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

hazi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2006
Ahli No: 27127
Posting: 146
Dari: malaysia

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 04-11-06 15:08


Sesuatu benda yang Allah haramkan pasti bersebab...
Islam itu indah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For haziProfil   Hantar PM kepada hazi   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 04-11-06 15:51


Pernah sekali berlaku pada ana ketika berjalan balik dari sekolah, seekor anjing datang menghampiri ana.
Anjing dari jenis yang besar juga.
Ana tenung tajam-tajam anjing tu supaya dia lari.
Kemudian, seorang lelaki (tuan dia agaknya) panggil anjing tu.

Dan, yang paling tak best berlaku.
Masa anjing tu pusing belakang (U-turn) terpercik air liur dia kat seluar ana.
Hampeh betul. Tak pasal² ana kena samak seluar ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 16:06


em.. anjing antara najis yang berat..( mughallazah)
so..bila terkena.. kena samak..

ana pernah kena gigit anjing..huhu..
teringt masa tahun 6..
naik basikal dengan adik..
tiba-tiba anjng yang hitam..+ yang brown seekor..
kejar ana..huh.. terkial-kial kayuh..

last..dia ngapp kaki kiri ana.. :-( :-(
dipendekkan cerita.. jumpa doktor..kena injection..
last.. dah baik.. samak...kaki..
hehehe


:lol: :-di :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 17:23


memang dah terbukti kat anjing dan b*b* ada sejenis cacing pita..sebab tu umat islam dilarang bela anjing sebab ada keburukannya..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 04-11-06 19:15


Pada 04-11-06 16:06 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

em.. anjing antara najis yang berat..( mughallazah)
so..bila terkena.. kena samak..

ana pernah kena gigit anjing..huhu..
teringt masa tahun 6..
naik basikal dengan adik..
tiba-tiba anjng yang hitam..+ yang brown seekor..
kejar ana..huh.. terkial-kial kayuh..

last..dia ngapp kaki kiri ana.. :-( :-(
dipendekkan cerita.. jumpa doktor..kena injection..
last.. dah baik.. samak...kaki..
hehehe


:lol: :-di :roll:




pendapat yang kuat ialah, ANJING TIDAK NAJIS,
ini merupakan pendapat maulana Asri Yusuf, IMAM MALIK..dan jangan terkejut..ini juga merupakan pendapat Yusuf al-Qardhawi.



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 04-11-06 20:00


Pada 04-11-06 19:15 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-11-06 16:06 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

em.. anjing antara najis yang berat..( mughallazah)
so..bila terkena.. kena samak..

ana pernah kena gigit anjing..huhu..
teringt masa tahun 6..
naik basikal dengan adik..
tiba-tiba anjng yang hitam..+ yang brown seekor..
kejar ana..huh.. terkial-kial kayuh..

last..dia ngapp kaki kiri ana.. :-( :-(
dipendekkan cerita.. jumpa doktor..kena injection..
last.. dah baik.. samak...kaki..
hehehe


:lol: :-di :roll:




pendapat yang kuat ialah, ANJING TIDAK NAJIS,
ini merupakan pendapat maulana Asri Yusuf, IMAM MALIK..dan jangan terkejut..ini juga merupakan pendapat Yusuf al-Qardhawi.



Kali pertama ana ingin bersuara tentang perkara yang sudah lama ana pendam, yang nampaknya semakin menjadi trend.

Mungkin ana tidak layak untuk bersuara, ana jahil, ana tahu, anda semua juga tahu, tapi pada ana portal ini adalah lebih untuk mereka yang disebut "awam". Kenapa kita Melayu terlalu sukakan perbezaan?

Sudah jelas pada kita umat Islam di Malaysia bermazhab Syafi'i, apa kejadahnya kita bersuara tentang mazhab lain di portal awam?
Masih banyak perkara pokok yang perlu kita bincang.

Apa yang kita belajar di sekolah, air liur anjing adalah najis berat. Titik.

Perbezaan yang ada hanya akan menambahkan kekeliruan.
Analoginya ialah, apa gunanya mengajar teori Poisson untuk mereka yang baru pandai membilang?

Guru ana dulu melarang kami daripada membaca qiraat selain daripada Hafs ketika menjadi imam berdasarkan alasan yang sama.

Ana pernah menghadiri kuliah 'Maulana' Asri; ana bukan bercakap kosong.

Maafkan ana jika ada yang tidak bersetuju dengan ana.
Pendirian ana jelas, setiap perkara ada masa dan limitnya, dan kita hanya boleh berkata apabila kita dan audiens bersedia.
3M adalah silibus untuk sekolah rendah, dan Sejarah Peradaban Dunia adalah untuk sekolah menengah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 04-11-06 21:39


sesungguhnya orang awam itu tidak bermazhab..
tidak perlu berbalah soal khilafiah..
orang awam bebas untuk memilih pendapat mana yang kuat...


Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 22:11


Pada 04-11-06 21:39 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

sesungguhnya orang awam itu tidak bermazhab..
tidak perlu berbalah soal khilafiah..
orang awam bebas untuk memilih pendapat mana yang kuat...


Wassalam

cakap tak serupa bikin, kalau tak perlu berbalah soal khilafiah, Kenapa nak bangkitkan juga pendapat mana yang anda lebih suka?

biarlah rakyat Malaysia yang bermazhab syafi`i menganggap anjing itu najis, orang awam tak belajar mazhab 4, mereka juga amat bergantung kepada fatwa mufti setempat, so jangan dikelirukan lagi.

imam syafi`i tak bodoh dalam meletakkan hukum sesuatu perkara, beliau juga dah kaji, berlapang dadalah dalam perkara furu`iyyah.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 04-11-06 22:54


lah....kan dah kata...
kalau orang awam dah rujuk pada ulama' muktabar,
ulama' kata macam tu...macam tu lah jawapannya..
saya juga orang awam,tapi saya rasa pendapat kenajisan anjing itu mazhab lain lebih kuat,suka hati saya lah ,nak bangkitkan atau tidak...
bukankah ilmu patut dikongsi....atau anda ada agenda lain...


p/s:tidakkah anda bertaqlid dengan al-Qardhawi dalam masalah syiah..
Kenapa bab anjing anda tolak pendapat al-Qardhawi.padahal benda ni jauh lebih ringan dari isu syiah yang melivbatkan akidah. (jangan keegoan makan diri).jawab jangan tak jawab....hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 05-11-06 12:11


Sebagai kesimpulan saya dalam bab ini, perhatian kepada orang awam (termasuk saya) dan Ibnu_musa :

Disini saya ingin tegaskan, orang awam bebas memilih mana-mana pendapat yang kuat, dalam bab ini saya memilih pendapat maulana asri yusuf,Imam malik,al-Qardhawi, Hafiz firdaus dan yang seangkatanya dengannya, dan terpulang kepada orang awam lain termasuk Ibnu Musa untuk memilih pendapat imam syafie. kalau boleh jangan lah tulis perkataan 'BODOH',
guna perkataan lain.....
saya hanya menyebarkan Ilmu yang saya rasa wajar Untuk di ketengahkan,dan kalau tak nak hormati saya sekalipun, hormatilah pandangan org yang mengatakan Anjing itu tidak najis.

!!! QUOTE !!!

imam syafi`i tak bodoh dalam meletakkan hukum sesuatu perkara
, adakah Imam lain yang bercanggah dengan Imam Syafie diaggap bodoh??

sebagai penutup saya quotekan sebahagian tulisan al-Qardhawi dan saya sertakan bukti yang menunjukkan anjing itu tidak najis:sila baca dan lihat video kuliah ini dengan pemikiran yang terbuka dan berlapang dada, nak terima atau tidak itu cerita lain.....

!!! QUOTE !!!

Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah, dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan."

Sekian al-Qaradhawi dalam bukunya yang terbaru – Fiqh al-Thaharah (edisi Indonesia atas judul yang sama, al-Kautsar, Jakarta 2004), masa. 21-22. Perhatikan juga bahawa kata-kata terakhir al-Qaradhawi tentang kajian ilmu kedoktoran – sama ada berpenyakit atau tidak air liur anjing – merupakan pendapat beliau yang terbaru, membatalkan pendapat beliau yang lama dalam al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.


link video kuliah bab hukum jilatan anjing :

http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15068

link soal jawab bab kenajisan anjing :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=29524


sekian.
p/s: terikat dengan 1 mazhab akan MERUGIKAN umat Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 12:35


Sheikh Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shinqiti, Director of the Islamic Center of South Plains, Lubbock, Texas, states the following:

    If the dog is taken for Islamically acceptable purposes such as guarding and hunting or protecting one's soul and property, there is nothing wrong with doing so and it does not take away any good deeds. Allah has praised the people of the cave and among what has been mentioned about them is (Al-Kahf 18:18) and the Qur'an mentions the dog three times in Surat Al-Kahf.

    Also, the Prophet (peace and blessings be upon him) allowed taking dogs for protecting cattle and for hunting.

    However, taking a dog only as a pet is forbidden in Islam and doing so has a lot of harms. According to the authentic hadith, "It would decrease his good deeds by the equivalent of one piece of land" (Muslim).

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 12:37


As for the impurity of the dog, the great scholar Ibn Taymiyyah mentions three views of jurists regarding the impurity of the dog:

The First View: The first view is that of the Maliki scholars, who hold that a dog is pure even its saliva.

The Second View: The second view is attributed to the Shafi`i school and one of two narrations from Imam Ahmad Ibn Hanbal. They are of the opinion that a dog is impure even its fur.

The Third View: The third view is ascribed to the Hanafi school and the other narration from Imam Ahmad. They maintain that a dog's saliva is impure while its fur is pure.

According to Ibn Taymiyyah, the third view is believed to be the most correct. Accordingly, if one's clothes get wet from touching a dog's fur, this doesn't render them najis (impure), while if a dog licks a pot or a container, what it touches must be thrown away and the container should be washed off. Also, if one touches the dog's fur after making wudu', it does not break the wudu', but if one gets touched with dog's saliva, then one has got tainted with najasa (impurity) which must be removed.

The late Sheikh Sayyed Sabiq (may Allah bless his soul) also gave preference to the opinion of the Hanafi school. He states in his book, Fiqh-us-Sunnah:

"Dogs are considered impure. Any container that a dog licks must be washed seven times, the first time with pure soil. Abu Hurayrah reported that the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: "Purifying a container that a dog licks is done by washing it seven times, the first time with pure soil (that is, water mixed with earth until it becomes muddy)." (Reported by Muslim, Ahmad, Abu Dawud, and Al-Bayhaqi). If a dog licks a pot that has dry food in it, what it touches and what surrounds it must be thrown away. The remainder may be kept, as it is still pure. As for a dog's fur, it is considered pure."

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 12:41


fatwa2 di atas di ambil dr web www.islam-online.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 12:41


al-ahkam.net
alJawab:

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda," Barangsiapa mmelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath." Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi'iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu', IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha' seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yang mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi'at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, tak/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha' mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, " kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (hari atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 12:43


Pada 04-11-06 22:54 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

tidakkah anda bertaqlid dengan al-Qardhawi dalam masalah syiah..
Kenapa bab anjing anda tolak pendapat al-Qardhawi.padahal benda ni jauh lebih ringan dari isu syiah yang melivbatkan akidah. (jangan keegoan makan diri).jawab jangan tak jawab....hehehe

anda ni kan, bila masa pula saya bertaklid dengan al-Qaradawi, ada saya cakap? suka sangat ye main tuduh2 orang ni...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 05-11-06 12:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 12:49


assalamualaikum wbt

bgmana pula jika kita tak pasti sama ada pakaian or anything telah dijilat oleh anjing or not.

maka kembali pada hukum asal iaitu segala sesuatu adalah suci.

ini adalah antara kaedah dan ia juga bertepatan dengan kaedah 'yakin xdihilangkan dengan syak'.

sila rujuk jawapan sheikh abdl karim al-khudair
http://islam-qa.com/index.php?ref=10949&lain=eng&txt=dog


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/



[ Telah diedit oleh: masri2 pada 05-11-06 12:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 21:28


Ini baru pasal anjing.... Satu contoh jelas.... perbezaan pendapat tak pernah membawa sebarang rahmat!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 06-11-06 21:57


Pada 06-11-06 21:28 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

Ini baru pasal anjing.... Satu contoh jelas.... perbezaan pendapat tak pernah membawa sebarang rahmat!!!!


siapa yang kata perbezaan pendapat membawa rahmat???
adakah anda tahu erti rahmat??


p/s: janganlah kita sempitkan 'rahmat' itu...



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 06-11-06 23:20


anjing ada air liur yang tak boleh mati kumannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 07-11-06 00:21


Pada 06-11-06 23:20 , sahibul posting:

!!! QUOTE !!!

anjing ada air liur yang tak boleh mati kumannya...

kemukakan buktinya .,..

dalam al-Quran pun ada disebutkan boleh berburu dengan Anjing yang dilatih...
tentulah anjing akan menggigit binatang buruan tersebut. dan mustahil air liur tak akan melekat pada binatang buruan.



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 00:27


Pada 06-11-06 21:57 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-11-06 21:28 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

Ini baru pasal anjing.... Satu contoh jelas.... perbezaan pendapat tak pernah membawa sebarang rahmat!!!!


siapa yang kata perbezaan pendapat membawa rahmat???
adakah anda tahu erti rahmat??


p/s: janganlah kita sempitkan 'rahmat' itu...


yang mana satu pendapat ulama', dan yang mana satu pendapat bukan ulama' ni? :-?

ke sendiri2 nak jadi ulama' :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 00:32


Pada 06-11-06 21:28 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

Ini baru pasal anjing.... Satu contoh jelas.... perbezaan pendapat tak pernah membawa sebarang rahmat!!!!

perbezaan pendapat memang tak membawa rahmat kepada yang tak pandai menjaga adab2 berikhtilaf.

para ulama' dulu relax saja walaupun banyak berlaku ikhtilaf, tak ada gaduh2 atau kutuk sesama sendiri walaupun bercanggah pendapat.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 07-11-06 00:37


sebab itulah bila kita bawa pendapat yang berbeza dari Mazhab Imam syafei
janganlah kita cepat melenting, kononnya tidak sesuai untuk orang awam,
padahal mazhab lain pun ada orang awam jugak....


Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 00:43


Pada 07-11-06 00:37 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

sebab itulah bila kita bawa pendapat yang berbeza dari Mazhab Imam syafei
janganlah kita cepat melenting, kononnya tidak sesuai untuk orang awam,
padahal mazhab lain pun ada orang awam jugak....

memang mazhab lain ada orang awam, tapi orang awam di negara kita bermazhab syafi`i, jangan dikelirukan mereka dengan perkara furu` macam ni.

jangan samakan kita yang belajar ni dengan orang awam yang tak belajar dan terpaksa bertaklid dengan satu mazhab, biarlah kita taknak pegang mazhab pun, tapi mereka mudah keliru kalau bercampur aduk.

mufti kita sendiri pun berhukum dengan mazhab syafi`i dulu, baru tengok mazhab lain, kalau dia rasa hukum dalam mazhab syafi`i tak sesuai untuk sesuatu perkara dengan suasana kita biar mufti yang tentukan, bukan kita yang memandai nak suruh masyarakat ikut pendapat mazhab lain, nanti mereka lebih keliru.

jangan risau, negara kita ada mufti, setiap negeri pun ada mufti sendiri, tugas keluarkan fatwa adalah tugas mufti bukan orang awam.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 07-11-06 00:46 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 00:55


bercakap pasal fatwa, ni ada satu fatwa yang berkaitan dengan anjing, cuba relate apa pegangan masyarakat kita tentang anjing:


Kategori : Lain-Lain    
Tajuk :

Penubuhan Unit Anjing (SAR) dalam Pertahanan Awam
Isu :
Hukum angota pertahanan awam yang beragama Islam berlatih bersama-sama anjing SAR pertahanan awam
Keputusan :


Alhamdulillah Fatwanya seperti berikut:


Penubuhan Unit Anjing SAR Pertahanan Awam adalah diharuskan sekiranya ada keperluan yang mendesak seperti pengawalan keselamatan, mengesan penjenayah, mengesan mayat yang hilang dan sebagainya.

Keharusan ini dengan syarat-syarat dan displin-displin yang tertentu yang ketat. Ini bagi mengelakkan ada golongan yang mengambil kesempatan dan fitnah yang akan timbul serta kekeliruan yang akan berlaku terutama dikalangan masyarakat awam. Diantara displin-displin dan syarat tersebut adalah seperti berikut:-

i. Pegawai yang terlibat hendaklah mengetahui hukum hakam berhubung dengan status najis mughalazah ini, sama ada dari segi penggunaannya, pergaulannya, penyuciannya dan sebagainya.

ii. Tidak ada unsure kezaliman terhadap binatang tersebut, seperti mempastikan makan minumnya, kebersihannya serta tempat tinggal dan tidak mendera dan sebagainya.

iii. Sekiranya binatang tersebut sakit, hendaklah diberi rawatan yagn sepatutnya.

iv. Hendaklah binatang ini diajar, dilatih, sebagai anjing yang mualam ((معلم dan pada akhirnya terlatih, terarah, terpimpin dan mengikut arahan.

v. Hendaklah dipastikan binatang tersebut tidak menganggu keselamatan dan ketenteraman awam terutama jiran tetangga yang paling hambir.

vi. Pakaian yang digunakan semasa bertugas, berlatih dengan unit anjing SAR hendaklah pakaian yang bersesuaian dan ditanda dan diasingkan daripada pakaian-pakaian lain, juga penyuciannya diasingkan dengan pakaian-pakaian lain dan cara penyuciannya dipastikan mengikut kaedah sebenarnya terutama tempat terkena basahan (air liur) najiz mugallazah.

vii. Penggunaan unit ini hendaklah dibataskan untuk tujuan menjalankan tugas atau latihan biasa atau kemahiran bukan tujuan untuk hiburan dan bersiar-siar.

viii. Penempatan unit ini hendaklah di penempatan tersendiri dan dipastikan najisnya tidak bersepah dimerata-rata, bahkan najisnya hendaklah ditempatkan dan dibuang ditempat tertentu.

ix. Disyaratkan juga binatan ini mengikut syarat-syarat binatang yang dibuat pemburuan ( الكلب المعلم )

Baca : 311

Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor

sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=437


wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 07-11-06 00:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 07-11-06 01:02


harapnya Ibnu Musa melihat kuliah video terlebih dahulu...
tak pun baca tulisan al-Qardhawi yang saya quotekan...
saya tak paksa orang tukar mazhab pun...
tapi saya rasa rugi lah bila Ilmu melatih anjing ni jatuh kat orang bukan Islam...
Kenapa Ibnu musa tak terima pendapat al-Qardhawi ye...sedangkan Isu Syiah Ibnu Musa terima.....


p/s: perlu dingat nak pelihara anjing ni kena ada syarat2nya bukan suka-suka

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 07-11-06 01:07


sesetengah hukum akan berubah dengan zamannya..
tapi kena pengajian yang lebih mendalamla....

sebab itu fatwa pun boleh berubah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 01:16


Pada 07-11-06 01:02 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa Ibnu musa tak terima pendapat al-Qardhawi ye...sedangkan Isu Syiah Ibnu Musa terima.....


p/s: perlu dingat nak pelihara anjing ni kena ada syarat2nya bukan suka-suka

saya pelikla dengan anda ni, salah ke saya nak ikut pendapat imam syafi`i dalam perkara ni? salah ke rakyat awam Malaysia nak ikut pendapat mazhab syafi`i?

kalau ikut satu pendapat al-Qaradawi, kena ikut semua ke? :-?

!!! QUOTE !!!

sebab itu fatwa pun boleh berubah....

memang boleh berubah, tapi yang keluarkan fatwa tetap mufti, bukan saudara tanpanama, serahkanlah pada yang hak.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 07-11-06 01:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 07-11-06 01:21


lah....
tak salah pun anda nak ikut mazhab mana pun....
kan dah kata saya tak paksa....

tapi salahke saya nak sebarkan apa yang saya tau...bukan ajaran sesat pun...
bahkan bagi saya ini yang lebih baik untuk umat Islam masa kini...

terpulang pada sesiapa pun nak menerima pakai,dengan menilai sendiri kuliah video tu dan tulisan yang saya telah berikan....
masing-masing ada akal untuk menilai sendiri....

bahkan orang yang mempertahankan mazhabnya yang mencelarukan keadaan....(kononnya mazhab dia lah yang terbaik)

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 01:26


saudara belajar tinggi kan, saudara nak ikut mazhab lain terpulanglah, cuma orang awam jangan dikelirukan, itu pointnya, nanti bila tersentuh anjing mereka jadi keliru dan was2 nak kena samak ke tidak, silap2 boleh bergaduh sesama sendiri pula.

nama pun orang awam...

ingat, di negara kita ada institusi mufti, jangan kita sebarkan kepada masyarakat sesuatu yang bercanggah dengan fatwa para mufti kita, melainkan kalau ternyata fatwa tersebut salah.

serahkan pada yang hak, pendapat mazhab syafi`i ni pun dah elok, apa yang kurangnya, tak ada mudharat pun.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 01:36


!!! QUOTE !!!

bahkan orang yang mempertahankan mazhabnya yang mencelarukan keadaan....(kononnya mazhab dia lah yang terbaik)

anda nak kata institusi mufti di negara kita mencelarukan keadaan?

para mufti di negara kita mengutamakan pendapat mazhab syafi`i, kalau tidak sesuai dirujuk kepada mazhab hanafi, maliki dan hanbali, jika masih tidak sesuai barulah diputuskan sendiri oleh mufti dengan ijtihad. adakah ini mencelarukan keadaan? atau kita sememangnya tidak perlukan mufti?

yang pastinya, dalam persoalan anjing, para mufti kita ambil pakai pendapat mazhab syafi`i bahawa anjing itu najis, dan ia diamalkan di seluruh Malaysia.

wassalam.

p/s: kita kan dah ada orang sehebat tanpanama di Malaysia... :roll:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 07-11-06 01:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 08:52


salam...

tuan yang mulia tanpanama dan ibnu_musa,ana perhati care antum menbincangkan perihal hukum hakam ini tak ubah seperti perbincangan ahli fiqh dan sufi yang mana suka berbalah dan menafi..nabi pernah bersabda,janganlah menuntut ilmu itu dengan tujuan untuk menunjukkan rasa riak takbur seperti mana ahli2 fiqh yang suka berbalah dan dengan tujuan bangkang membangkang sehingga menyebabkan perpecahan umat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 08:57


ini bukan caranya tuan yang mulia..cukuplah kita diperangi oleh orang kafir laknatullah asbab umat islam tidak bersatu,inikan pula sesama muslim berbalah pasti saja orang-orang kafir bertepuk tangan dan bersorak jika mengetahui perkara ini...muzakarahlah dengan adab2nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 09:01


salam~
berbincang lah secara aman damai...
wassalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 09:52


Pada 07-11-06 01:26 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

saudara belajar tinggi kan, saudara nak ikut mazhab lain terpulanglah, cuma orang awam jangan dikelirukan, itu pointnya, nanti bila tersentuh anjing mereka jadi keliru dan was2 nak kena samak ke tidak, silap2 boleh bergaduh sesama sendiri pula.

nama pun orang awam...

ingat, di negara kita ada institusi mufti, jangan kita sebarkan kepada masyarakat sesuatu yang bercanggah dengan fatwa para mufti kita, melainkan kalau ternyata fatwa tersebut salah.

serahkan pada yang hak, pendapat mazhab syafi`i ni pun dah elok, apa yang kurangnya, tak ada mudharat pun.

wassalam.


saudara ustadz, saya ada guna bahasa kasar ke? tak ada kan?

memang ahli fiqh dan sufi dulu berbalah2, tapi ahli fiqh sesama sendiri berlapang dada dalam ikhtilaf perkara furu`iyyah, tak timbul kata pendapat mazhab lain salah atau lemah.

saya cuma sentuh tentang kepentingan orang awam saja, kalau belajar tinggi kita boleh buat pentarjihan sendiri, tapi masih perlu ambil kira apa kata mufti.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 23-11-06 00:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 07-11-06 10:48


saya tidak mahu berbalah dalam isu ini...
saya akan berdiam diri....tapi terpulang sama ada nak terima atau tidak...
sesiapa yang nak tau betul-betul hukum kenajisan anjing ni...selidikla sedikit sebanyak...Insya Allah anda tidak akan rugi.....


Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 15:00


Jika sesuatu datang bukan dari Allah, nescaya akan ada perselisihan diantaranya!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

tudung_kelabu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2005
Ahli No: 18250
Posting: 234
Dari: sha aramu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-11-06 10:49


**********************

seronok baca topik ni....:D :D
masing-masing nak pertahankan benang sendiri..
time ni lah masa untuk keluarkan seegala ilmu yang ada..
org lain pun akan dapat ilmu juga...
cuma yang baik tu tauladan yang jauh tu sempadan lah..

nota kaki: terima yang sudah sedia ada..kerana saya org awam..:D:D

**********************

Bookmark and Share

    


  Member Information For tudung_kelabuProfil   Hantar PM kepada tudung_kelabu   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-06 17:03


anjing ni susah nak di jaga...tengok saja anjing polis..kena bersih selalu...dan segala...walaupun macam tu masi lagi ada kuman..
:-D


-----------------
IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.281323 saat. Lajunya....