Assalamualaikum wbt.
Irama nasyid sama ada klasik atau kontemporari telah
diterima oleh masyarakat secara menyeluruh setelah meletupnya
album Puji-Pujian oleh kumpulan nasyid kontemporari Raihan.
Melalui lirik yang jelas, mudah difahami dan irama yang ber-
sahaja serta gabungan suara merdu mereka, Raihan telah men-
cipta dan mencetuskan sejarah tersendiri dalam dunia muzik
tanahair.
Rentetan itu, kumpulan Rabbani dan Hijjaz menuruti
langkah Raihan dengan masing-masing bergabung dengan syarikat-
syarikat rakaman terkenal seperti EMI dan BMG. Hasilnya kini,
nasyid telah menjadi salah satu irama yang diminati daripada
kanak-kanak hinggalah golongan dewasa. Pendek kata nasyid kini
tidak dapat dipisahkan dari minda masyarakat hari ini.
Sungguhpun begitu nasyid juga tidak sunyi dari kontro-
versi dan gosip-gosip liar. Persoalannya kini, haruskah mereka
yang mengalunkan irama mengagungkan ciptaan Ilahi, kesyukuran
kepadaNya mengharungi situasi-situasi ini? Jawapannya mereka
harus menerimanya. Mengapa? Kerana irama nasyid kini telah di-
peralatkan bukan menjadi alat untuk menyampaikan mesej dakwah.
Namun ia sebenarnya tidak melibatkan semua kumpulan nasyid,
tetapi kerana setitik nila ini, telah rosak susu sebelanga.
Sebagai contoh, konsert-konsert yang telah diadakan
oleh kumpulan-kumpulan nasyid popular telah mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada peminat terutamanya remaja. Tetapi
apa yang dikesalkan ialah cara dan sikap penerimaan peminat
nasyid tiada beza dengan peminat irama pop, rock, R & B dan
lain-lain lagi. Irama yang sepatutnya mendidik peminatnya
kini tiada beza dengan peminat-peminat irama lain.
Memang tidak dinafikan kita tidak mampu untuk mendidik
seluruh manusia menjadi sempurna, namun apa yang diperhatikan
ialah kadangkala kesilapan sikap peminat ini yang rata-ratanya
itu bertudung malah bertudung labuh bagi yang wanita dan ber-
ketayap atau bersongkok bagi lelaki berpunca daripada akhlak
yang dipersembahkan oleh ahli kumpulan nasyid tersebut.
Contoh lain ialah kewujudan kumpulan-kumpulan nasyid
remaja, sebenarnya telah memeriahkan lagi persada dunia nasyid,
namun begitu segelintir daripada mereka menjadikan irama ini
sebagai batu loncatan. Setelah bergelar artis, mempunyai
peminat-peminat yang tersendiri mereka berubah akhlak dan budi
pekerti yang kadangkala sangat memalukan. Tidak dinafikan, kita
harus mempunyai sifat terbuka kerana peminat-peminat adalah
terdiri dari pelbagai ragam manusia, namun akibat alasan inilah
kumpulan-kumpulan nasyid ini terus hanyut dan akhirnya matlamat
dakwah Islam mereka terjejas kerana diri tidak terdidik.
Ingatlah rakan-rakan sekelian, apabila kita telah ber-
sedia untuk komited dengan dakwah, melalui cara apa sekalipun,
kita diperhatikan sama ada akhlak, budi pekerti, penampilan,
gaya dan segala yang berkaitan dengan tubuh badan. Sedikit ke-
silapan yang kita lakukan, Allah akan tunjukkan kerana mesej
dakwah melalui nasyid ini telah menyeluruh dan telah meng-
gambarkan isi dan kulit Islam terutamanya kepada orang bukan
Islam apatah lagi orang Islam.
Kumpulan-kumpulan nasyid terutamanya yang masih remaja,
diingatkan jangan merasakan nasyid yang suci boleh dipisahkan
dengan budi pekerti dan akhlak. Contohilah mereka yang lebih
awal seperti Raihan, Rabbani (sekadar menyebut beberapa
kumpulan) yang sentiasa memastikan akhlak mereka sentiasa ter-
pelihara. Prinsip "matlamat tidak menghalalkan cara" wajib
dipelihara, agar roh dakwah Islam lebih berkesan kepada se-
luruh masyarakat.
Wassalam...