Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 267
Ahli: 0
Jumlah: 267




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Peralatan
Topik: Rakam video dan imej pegun serentak


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Rakam video dan imej pegun serentak

Please Mendaftar To Post


Oleh Rakam video dan imej pegun serentak

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-10-06 16:01


/
BENTUKNYA yang nipis dan butang merekod yang berada di tengah mengurangkan gegaran kamera semasa beroperasi.

TENTU saja pengguna mengimpikan tayangan video yang jelas biarpun ditayangkan pada skrin televisyen lebar, terutama selepas merakam kenangan manis di hari raya.

Dan kini dengan Xacti C5 MPEG-4 segalanya telah menjadi kenyataan. Pengguna kini boleh merakamkan sehingga 60 minit klip video dengan resolusi tinggi (640 tak 480 piksel, 30 fps) - kira-kira enam kali lebih panjang berbanding kamera digital biasa.

Bukan itu saja, Xacti C5 juga boleh mengambil gambar pegun, merakam suara dengan lensa high-zoom serta mempunyai monitor LCD yang lebar.

Saiznya yang comel dengan lebar 23 milimeter (mm), isipadu 124 sentimeter padu (cc) dan beratnya hanya 145 gram (tidak termasuk bateri dan kad memori SD).

SANYO telah membangunkan enjin berkelajuan tinggi yang membenarkan anda merakamkan 5.1 megapiksel pegun dan tayangan filem MPEG-4 serta-merta.

Semasa merakamkan gambar video resolusi tinggi (VGA/30fps), anda masih boleh mengambil gambar pada resolusi 5.1 megapiksel - anda tidak akan dapat melepaskan peluang mengambil gambar semasa merakam tayangan.

Butang rekod dan main semula terletak di bahagian atas pemegang agar lebih mudah beroperasi.

Bentuknya yang nipis dan butang merekod yang berada di tengah mengurangkan gegaran kamera semasa beroperasi.

Xacti C5 menjadikan subjek sebagai fokus dengan mengubah kedudukan bingkai gambar secara berterusan dan menjadikan rakaman dilakukan dengan perubahan yang minimum serta menghasilkan gambar yang jelas.

Model berkenaan juga boleh membezakan antara gegaran kamera yang tidak sepatutnya dengan pergerakan kamera justeru mengubah gegaran kepada gambar yang lebih jelas.

Rakaman filem pada Xacti C5 dijalankan bersama-sama dengan 48 kHz, 16 bits bunyi stereo.

Terdapat juga mod pilihan untuk mengurangkan bunyi bising yang disebabkan oleh angin semasa penggambaran bagi membantu mencipta ilusi di kawasan penggambaran.

Pada Xacti C5, anda boleh menyambungkan pilihan footage atau bahagian filem bersama-sama atau mengubah footage di dalam kamera dan mengosongkan ruang dalam kad memori kamera.

Ciri-ciri utama

* 5.26 megapiksel CCD

* Penstabilan imej bina dalam bagi rakaman tepat dan jelas

* Resolusi tinggi 5.0 megapiksel imej pegun

* 10.0 mod megapiksel (pilihan) memberikan masa sebenar

* Video MPEG-4 dan imej pegun dirakamkan dalam kad memori SD

* Rakaman video berkualiti tinggi MPEG-4 sehingga satu jam (pilihan) 1 Gigabait kad memori SD (VGA: 640x480 / 30fps)

* Lensa digital 5x optikal zoom, 12 tak zoom digital (gabungan sehingga 58x)

* Autofokus bagi rakaman gambar dekat atau jauh tanpa perubahan mod makro (Min: 10 macam, Maks. Infiniti) tanpa perlu mengubah Macro Mode

* Skrin warna TFT LCD trans-reflective 2.0-inci membenarkan penglihatan dalam cahaya terus

* Fungsi merakam suara membenarkan pengguna merakamkan nota audio dan memo selama sejam

* Pilihan tujuh babak membenarkan pengguna memilih mod terbaik bagi setiap babak

* Fungsi kamera web

* Bateri Lithium-ion padat dan nipis memberikan 60 minit rakaman kualiti tinggi

* Dimensi: 2.7 inci tak 0.9 inci tak 4.3 inci

* Berat: lebih kurang 155 gram (termasuk bateri dan kad SD).

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085251 saat. Lajunya....