Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 20 hari yang lalu
Kakngah: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Kenangan manis anda di Hari Raya 1427 H...Ceritalah...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Kenangan manis anda di Hari Raya 1427 H...Ceritalah...

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenangan manis anda di Hari Raya 1427 H...Ceritalah...

serbanmerah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22522
Posting: 40
Dari: UiTM Shah Alam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-10-06 13:04


27 Oktober 2006

Assalamualaikum w.b.t...

     Rasanya belum terlambat untuk diri ini mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini walau di mana sahaja kalian berada...

     Aku memohon maaf dengan setulus hati dan sepenuh keihlasan atas segala salah dan silap, terkasar bahasa, tersinggung perasaan, dan dosa yang kulakukan pada kalian yang mungkin diri ini tidak sedari mahupun yang disedari...

     Di kesempatan ini juga ingin aku maafkan pada sesiapa yang aku kenali yang ada membuat dosa padaku, sama ada secara langsung dan tak langsung seperti mengumpat, mengeji, mengata , menganiaya dan seangkatan dengannya.. Aku maafkan segala dosa-dosa anda padaku..

     Aku tidak mahu ada musuh.. Kalau kita pernah bergeseran, tak puas hati aku dah maafkan kesalahan kalian sekalipun kalian yang bersalah padaku...Aku ingin jadi sahabat kalian sekalipun kalian membenci diriku (kalau adalah yang benci aku secara diam-diam)..

Harapan dariku sempena Idilfitri...

     "Bersahabat biar berjuta... Bermusuh jangan seorang pun..." Itu falsafah dan moto diriku... Jadi aku harap penulisan artikel ini merungkai segala keserabutan perhubungan antara kita... Aku sayang kalian semua wahai saudaraku, sahabatku...

     Kerana kita adalah seakidah.. Tauhid Ilallah..Kita tidak perlu bermusuh di atas perkara furuk, remeh dan berbeza pendapat kerana musuh utama kita adalah musuh Islam Laknatullah seperti Yahudi Laknatullah dan pihak Kuffar yang sangat membenci Islam.. Kita sesama Islam perlu bersatu padu dan tidak perlu saling dengki mendengki dan gaduh bergaduh...

     Raya Idilfitri kali ini penuh kesayuan.. Sebabnya aku masih lagi merindui kenangan sebulan di Bulan Ramadhan. Sampai ke hari ini jam loceng biologi kepala dah set kat otak pukul 4.30 pagi mesti tersedar dan rasa lapar. Waktu siang tak lapar.. Pelik betullah...

     Rindu betul aku pada Ramadhan Kareem Al-Mubarok sebabnya di bulan Ramadhan surau-surau dan masjid meriah. Kini kat masjid dan surau kembali suram. Dulu di Ramadhan surau dan masjidnya subuhnya penuh dengan jemaah kali ni tinggallah Tok Imam, Tok Siak and the geng saja yang tinggal..

     Sepanjang sebulan di Bulan Ramadhan boleh dikatakan 3/4 hari-hari di bulan Ramadhan kali ini dihabiskan di Shah Alam. Happy sungguh berpuasa di bulan Ramdhan sebabnya Surau Al-Islah di seksyen 7 yang berhadapan di rumah sewa ku cukup meriah sekali dengan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Ramadhan.

Kenangan di Surau Al-Islah Seksyen 7 Shah Alam...

     Di Surau Al-Islah... Imam-imam untuk tarawih 20 rakaat adalah Ustaz-ustaz hafiz Quran. Jamuan berbuka puasa juga disediakan dengan cukup lazatnya macam kat rumah. Area ss 7 kat rumah sewa aku tempat golongan profesional ramai jadi mereka sangat bermurah hati menderma duit di surau untuk jamuan berbuka puasa dan moreh selepas tarawih...

     Selepas solat Subuh pula setiap hari di Ramadhan ada kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuddin (aktivis ABIM dan WADAH). Beliau mengajar Kitab Qanun As-Syariah. Setiap hari selepas solat Isyak sebelum tarawih pula ada Tazkirah Ramadhan selama 15 minit disampaikan secara bergilir-gilir oleh Ustaz Rusli, Ustaz Ghafarullah (Lecturer UiTM jiran sebelah rumah aku) dan Ustaz Rahimi (Pengarah Pusat Islam UiTM).

     Selain itu, di Surau Al-Islah Seksyen 7 juga ada membuat iktiqaf dan qiamulail yang biasanya diketuai oleh Ustaz Shamsuddin pada 10 malam terakhir yang bermula setiap 3.00 pagi hingga 4.30 pagi. Sayangnya disebabkan ada sedikit kesulitan dan kelalaian diriku sendiri aku tak dapat join qiamulail tersebut.

Shah Alam Bandaraya Islam...

        Aku hanya sempat membuat iktikaf dan qiamulail bersama sahabat baikku, dunia akhirat saudara Rezwan di Masjid Negeri pada 27 Ramadhan. Ramai betul hamba Allah lain yang beriktiqaf bersama-sama kami di Masjid Negeri. Lepas subuh di Masjid Negeri ada pengajian Tafsir, Kitab Fiqh dan tazkirah umum sehingga 8 pagi.

         Bertuah betul aku dapat tinggal di Shah Alam Bandaraya Islam. Suatu hari nanti aku bercadang ingin berkeluarga, bekerja dan menetap di Shah Alam. Tempat pengajian agama dan kitab-kitab sangat-sangat banyak dan aktif di sini. Malahan hiburan maksiat juga seperti panggung wayang, kelab malam tiada di Shah Alam...

     Selain itu, Bandaraya Shah Alam tiada kesesakan lalu lintas. Sultan Selangor juga bersemayam di Istananya di Shah Alam. Menteri Besar Selangor dan barisan exco-exco juga menetap di Shah Alam. Shah Alam sangat tersusun aturan bangunan dan jalannya.

     80% penduduknya orang Islam Melayu. Di Shah Alam juga banyak pemandangan indah dengan tasik-tasiknya dan kehijauan pokok dan udara bersih dan tidak tercemar. Kawasan bandar juga bersih dan kemas. Ada Muzium Al-Quran, Masjid Negeri, Muzium Negeri, Perpustakaan Negeri dan Institusi Pengajian tinggi yang banyak sekali...

Lagi cerita mengenai surau kesayanganku Surau Al-Islah ss7...

         Pengurusan Surau Al-Islah ini sangat tersusun dan profesional. Diketuai oleh Dr. Hakim (Lulusan PHD luar negara dalam finance jiran selang 5 rumah sewa aku juga) sebagai Pengerusi Surau dan AJK surau juga ramai golongan profesional.

     Surau ni asalnya pakai kipas biasa kini sudah berhawa dingin juga menjadi tempat pengajian adik-adik tahfiz seramai hampri 30 orang. Semuanya kecil-kecil dan comel-comel belaka..Asrama adik-adik tahfiz ini juga selang 4 rumah dari kanan rumah sewaku.

     Rumah mereka diubahsuai jadi asrama. Sebenarnya rumah kami ini betul-betul berhadapan surau. Kiranya pintu pagar rumah bertentangan betul-betul depan pintu pagar utama surau...Alhamdulillah...

Terlerainya ikatan...

     Dulu masa Ramadhan ramai orang sibuk membanyakkan ibadat.. Kalau kat UiTM pula ramai juga budak-budak perempuan yang pakai sopan yang dikurangkan ketat dan sendatnya (walaupun masih lagi under category ketat dan sendat) kerana menghormati Ramadhan..

     Kini budak-budak perempuan seksi mula menunjukkan taringnya kembali...Masa Ramadhan budak lelaki cukup pandai menahan dan mengekang hawa nafsu mengeluarkan asap-asap rokok yang menipiskan ozon... Kini selepas berlalunya Ramadhan udara di luar tercemar kembali..

     Waktu petang-petang pula kembali happeninglah tasik-tasik di Shah Alam, taman-taman bunga di seluruh negara dan panggung-panggung wayang di shopping complex dengan couple-couple yang kegersangan dan kerinduan kerana bulan puasa takut nak buat maksiat sebab nak hormati bulan Ramadhan...

Aktiviti-aktivitiku di hari-hari raya...

     Raya pertama aku menziarahi nenek atuk di Cheras dan Ampang.. Bertemu sepupu sepapat yang dah besar-besar, handsome-handsome dan cantik-cantik belaka... Raya berikutnya pula lepak-lepak saja di rumah jadi penunggu rumah melayani tetamu-tetamu yang datang...

     Waktu-waktu malam pula ada juga lah study untuk final exam sikit.. Layan Yahoo Messenger dan guna YM telefon kawan-kawan di England dan adik-adik ex-Iqrak Circle (group Diskusi Intelektual di Intec sebelum mereka flight ke England) guna komputer aku...Selain tu... Ada jugalah call dan sms Si Dia Cahaya Kesempurnaanku (seronok dan meriah betul dia beraya kat kampung dia di Kelate)...

     Free saja guna Yahoo Messenger call dia orang yang berada kat luar negara. Jimat betul duit walaupun kawan-kawan yang dihubungi sangat-sangat jauh di perantauan... Dia orang kat oversea raya lagi kasihan.. Tiada cuti pun.. Rendang, lemang dan ketupat memang susahlah nak cari...Waktu petang pula sempat jugalah main bowling dengan adik bongsu aku kat Ampang Point...

Penutup cerita...

    Aku sangat-sangat merindui Ramadhan Kareem Al-Mubarok...Mungkin pendapatku melawan arus sedikit... Bagiku Bulan Ramadhan lebih best dari Bulan Syawal...Aku harap dapat lagi kita ketemu wahai Ramadhan di tahun hadapan... Aminn...InsyaAllah...

Akhirul kalam...Wassalam...


Effendy bin Zulkifly                                                                                
Sepagi di bilik di Rumah Family,
Ampang Bandar Satelit...

My blog:-
http://serbanputih.blogspot.com
http://jutawan35.blogs.friendster.com/my_inspirations/

My Yahoo Messenger and Friendster:-
[email protected]




P.S:-

2,4,6,8 dan 26 November ini bermulalah peperangan hebat di Final Exam...Kumohon kawan-kawan sekalian doakan diriku diberi ketenangan dan kejayaan menghadapi final exam di UiTM Shah Alam...Doakan kejayaanku ye...Aminn


Bookmark and Share

    


  Member Information For serbanmerahProfil   Hantar PM kepada serbanmerah   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-06 16:09


panjangnya ..
tak terbaca semua... :di

kenangan manis?...
erm.. entah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-06 20:53


kenangan manis?entahlah...tapi yang seronoknya dapat berkumpul dengan semua adik beradik....masa ni lah dapat berkumpul semua kalau tak susah nak jumpa dan duduk dalam rumah sekali...masing-masing belajar jauh,kerja dan dah kawin....tapi yang tak bestnya....raya kedua seharian tidur disebabkan tak sihat....tak dapat jalan2 pergi rumah sedara....sedih tol....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

jiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-10-06 21:54


tahun sebelum ni memang meriah...dapat anak buah 2 org sekali gus...lemag ketupat tak boleh tggal, yang paling hepy dapat kmpul duit raya.
tahun ni sedih rumah ana bnjir...siap ad titi(jalan kecil di prbuat dr kayu) lagi. anak buah saja yang hepy...balik raya boleh kubang kat laman rumah...xsgka laman rumah ana jadi swiming pul. pntang lepe semua hilag sbuk tangkap ikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihaProfil   Hantar PM kepada jiha   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 30-10-06 07:54


dapat duit raya
hahaah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 30-10-06 08:37


mm,main mercunla....lepas itu pergi beraya rumah cikgu2 lama...sahabat2 lama....:-) bestnya bila dapat berkumpul sama-sama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-06 12:37


malam raya rumah banjir..........mula mula tu menjadi kenangan pahit ,tapi apabila di kenang kenang bertukar menjadi manis......

syok tau rumah banjir time malam raya...he.he.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 30-10-06 14:38


rasa tahun ni ar paling tak seronok raya..
dah ar mak ayah tak ada..
adik beradik semua balik rumah mentua..
tggal ar aku yang bachelor ni menumpang duduk rumah akak....
yang best dapat duit raya ar.... :lol:
[ Telah diedit oleh: kembara_girl pada 30-10-06 14:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 10:48


salam~
best???hmm..yang best dapat buat stu jenis kueh ni kat kampung..tapi tak tau apa nm dy..dy macam muruku tapi besar..
ehe..
pes time tu buat kueh tu..guna acuan dy bapok beratnye..
lgstu..rasa segan+malu dapat duit raya..kalau beersalam tu kalau boleh nak yang last sekali lmbt2..
memang segan sungguh lah..
yelah da 18 tahun..
tapi kalau di kalangan adik beradik,org tak sangka saya anak sulung..
sebab yang adik no 4 org cakap sulung..
saya org teka yang no 4..
kadang-kadang org tanya..ni yang mana satu sulung ni??
ehe..
tapi yang best..tahun ni dapat bagi duit raya kat adik2..
adik2 saja lah..
yang lain tunggu da stabil sikit hehe..
wasalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

hazi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2006
Ahli No: 27127
Posting: 146
Dari: malaysia

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 04-11-06 01:01


Best raya sebab dapat cuti lama kat rumah..Best ah dapat jumpa mak ayah dan semua family setelah sekian lama tak jumpa...terubat rindu di hati..dan paling best dapat makan lemang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For haziProfil   Hantar PM kepada hazi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110597 saat. Lajunya....