Oleh |
Alahai kedai mamak, apa nak jadi niii... |
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 22-10-06 01:41
Restoran mamak mencemar kehadiran Ramadhan dan umat Islam Wed | Oct 18, 06 | 08:47:31 AM Oleh Ahmad Perdous, Jelapang, Ipoh Saudara Pengarang Saya adalah seorang kakitangan kerajaan di sebuah institusi latihan kemahiran awam di Ipoh. Saya ingin memaklumkan tentang sikap biadap beberapa pengusaha Restoran Mamak yang terdapat di sekitar kawasan Jelapang dan Silibin, Ipoh. Pada 11 Oktober 2006 yang lepas, kami telah menangkap 6 orang pelajar Institut kami yang membeli makanan dan minuman pada waktu tengahari untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang engkar menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam untuk berpuasa. Apabila disoal-siasat didapati pelajar-pelajar ini membeli makanan dari beberapa Restoran mamak dan restoran-restoran lain yang terdapat di Silibin dan Jelapang (Restoran Rahim, Restoran Saro Maju). Pada 16 Oktober 2006 pula, saya telah terserempak dengan 2 orang pelajar institut saya sedang membeli makanan dan minuman pada sekitar waktu tengahari secara terang di sebuah restoran mamak di Jelapang. Saya telah memarahi pelajar-pelajar institut saya (kerana mencemarkan kesucian Ramadhan dan menjatuhkan nama Institut) dan juga pekerja di restoran tersebut Kenapa menjual makanan dan minuman kepada pelajar institut saya. Bagaimanapun, mereka tidak memperdulikan saya sambil diperhati seorang dua pelanggan bukan Islam di restoran tersebut. Tujuan saya ialah untuk mendedahkan betapa ada pengusaha restoran mamak di Malaysia ini tidak peduli dengan dengan sensitiviti umat Islam terutama di bulan Ramadhan ini mentelah lagi terhadap orang Islam Melayu. Mereka sedia untuk menghancurkan orang Islam dengan perbuatan biadap mereka iaitu menggalakkan generasi Islam untuk melanggar perintah Allah secara terang. Saya percaya kebanyakan pekerja restoran seperti ini di Malaysia tidak berpuasa pada hakikatnya walaupun memakai kopiah di kepala apatah lagi untuk bersolat Jumaat atau mengerjakan ibadat lain di dalam Islam. Saya menyeru umat Islam yang prihatin untuk memboikot mana-mana restoran seperti ini yang sanggup menggadaikan agama kerana kepentingan dunia yang sedikit. http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4848&Itemid=48----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 22-10-06 01:46
di tempat saya sendiri, bila lalu kedai cina yang jual arak, lega rasanya sikit tak payah nak tahan nafas bulan2 puasa ni sebab pelanggan mereka hanya dibenarkan makan dalam kedai saja, meja2 di luar semua dah tak ada, seolah-olah menghormati umat Islam di bulan Ramadhan ni. sebaliknya, ada kedai mamak yang "Islam" langsung tak hormati bulan Ramadhan ni, nama saja restoran Islam tapi dibiarkan saja pelanggan2 makan di meja luar tempat orang lalu lalang, geram saja rasanya bila lalu, depa ni tak ada sensitiviti langsung, nama saja orang Islam (rasa2la). ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 22-10-06 01:46
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 22-10-06 06:37
Pada 22-10-06 01:46 , dmz posting:!!! QUOTE !!! ASSALAMMUALAIKUM... Mamak bisalah...dia orang fikirkan untung jeeee...dah untung wang semua dikirim kat India..........
assalamualaikum wbt adakah org melayu tak fikir keuntungan. jgnlaj cuba bersikap perkauman hatta sesama islam. ----------------- http://www.islamqa.com/enhttp://lobaitampin.blogspot.com/
|
xeeL
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2006 Ahli No: 26838
Posting: 105
|
Posting pada: 22-10-06 12:52
Pada 22-10-06 01:46 , dmz posting:!!! QUOTE !!! ASSALAMMUALAIKUM... Mamak bisalah...dia orang fikirkan untung jeeee...dah untung wang semua dikirim kat India..........
KENYATAAN YANG SUNGGUH.. DAN TERAMAT SANGAT HINA LAGI KURANG AJAR... ENTAH SUNNAH NABI MANA YANG DIIKUTNYA !!!
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 22-10-06 13:18
bukan semua mamak macam tu..tapi bukan nak kata...kat bukit mertajam..saya selalu jumpak seorang mamak ni pergi makan dekat kedai siam ..kebetulan kami pulak nak buka puasa kat situ...tak tau malu betul...
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 22-10-06 15:53
. kat tempat saya ni boleh dikatakan hampir semua kedai mamak beroperasi di hari siang. yang sedihnya ada antara mereka ini juga sering menyumbang jamuan2 di surau.
|
syamil87
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.03.2005 Ahli No: 15218
Posting: 70
Dari: ipoh
|
Posting pada: 22-10-06 18:18
dengar cerita harga yang dikenakan kendai mamak untuk org tak puasa ini mahal...ana pernah dengar 2 bungkus nasi kandar di cas rm15!erm,mungkin kasi pengajaran kut pada org yang tak puasa ini...wallahuallam
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 23-10-06 02:20
Pada 22-10-06 12:52 , xeeL posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-10-06 01:46 , dmz posting:!!! QUOTE !!! ASSALAMMUALAIKUM... Mamak bisalah...dia orang fikirkan untung jeeee...dah untung wang semua dikirim kat India..........
KENYATAAN YANG SUNGGUH.. DAN TERAMAT SANGAT HINA LAGI KURANG AJAR... ENTAH SUNNAH NABI MANA YANG DIIKUTNYA !!! hehe, kenyataan yang kedua ni pun apa kurangnya... p/s: banyakkan bersabar di bulan puasa ni. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
xeeL
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2006 Ahli No: 26838
Posting: 105
|
Posting pada: 23-10-06 08:16
Pada 23-10-06 02:20 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-10-06 12:52 , xeeL posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-10-06 01:46 , dmz posting:!!! QUOTE !!! ASSALAMMUALAIKUM... Mamak bisalah...dia orang fikirkan untung jeeee...dah untung wang semua dikirim kat India..........
KENYATAAN YANG SUNGGUH.. DAN TERAMAT SANGAT HINA LAGI KURANG AJAR... ENTAH SUNNAH NABI MANA YANG DIIKUTNYA !!! hehe, kenyataan yang kedua ni pun apa kurangnya...
p/s: banyakkan bersabar di bulan puasa ni.
Terima kasih atas nasihat saudara... Tapi saya tidak kira itu sebagai biadap kerna saya cuma menegur dengan keras... sebagai tanda perbuatan si folan yang memang tidak betanggungjawab. Saudara pasti kenal dengan peribadi sahabat nabi... saudara Umar ra bukan?
|
miss_farhana
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan
|
Posting pada: 23-10-06 08:18
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 23-10-06 15:36
Pada 23-10-06 08:16 , xeeL posting:!!! QUOTE !!! Terima kasih atas nasihat saudara...
Tapi saya tidak kira itu sebagai biadap kerna saya cuma menegur dengan keras... sebagai tanda perbuatan si folan yang memang tidak betanggungjawab.
Saudara pasti kenal dengan peribadi sahabat nabi... saudara Umar ra bukan? wah, nak mendabik dada yang kita ni bersifat seperti `Umar al-Khattab lah ni ye. satu soalan dari saya: adakah `Umar suka lempar kata-kata kesat kat orang? adakah `Umar seorang yang tidak bermoral? jawapannya: tidak. sekian, wassalam. p/s: cermin diri sendiri dulu sebelum nak cerminkan orang lain. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 23-10-06 15:37 ]
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 23-10-06 15:46
assalamualaikum wbt Kenapa nak generalize mamak. sebut secara umum ada gerai org islam sendiri yang xhormat ramadhan cukuple. awak ingat mamak tu kafirke, ingat melayu lagi mulia dr mamak. perangai assobiyyah, perkauman yang sepatrutnye lenyap bila dah jadi islam.
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 23-10-06 16:00
maaf saudara masri, bukannya nak bersikap asabiyyah. tapi berdasarkan artikel di atas, ia memang berlaku di kedai mamak. dan yang mendatangkan masalah di bulan ramadhan juga adalah kedai mamak, masalah tersebut tak berlaku di kedai muslim yang lain. sebab kalau kita tengok mana ada restoran melayu yang buka pada siang hari bulan ramadhan, melainkan ketika nak berbuka. kedai mamak walaupun di bulan puasa tapi masih open 24 hour. ikut sukalah kalau depa nak niaga kat orang kafir, masalahnya bila mereka tak jaga sensitiviti kita dan tak hormati bulan Ramadhan dan lebih2 lagi orang Islam itu sendiri. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
xeeL
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2006 Ahli No: 26838
Posting: 105
|
Posting pada: 23-10-06 20:29
Pada 23-10-06 15:36 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! wah, nak mendabik dada yang kita ni bersifat seperti `Umar al-Khattab lah ni ye.
satu soalan dari saya: adakah `Umar suka lempar kata-kata kesat kat orang? adakah `Umar seorang yang tidak bermoral?
jawapannya: tidak. sekian, wassalam.
p/s: cermin diri sendiri dulu sebelum nak cerminkan orang lain.
ek eleh.. apa hal mamat ini... nak tegur pun salah ke. Dah memang cara saya tegur kasar... itu saya akui tapi tidak lah sampai menggunakan kata-kata kesat atau yang tidak bermoral. Salah ke kalau tegur org dengn cara yang kasar. tak salah wahai kawanku... tak salah.... tak dosa pun.. terutamanya jika kita hendak menyatakan kebencian kita terhdap kesalahan yang dibuat oleh orang yang kita tegur. saya tidak lah sampai keluarkn pedang dan ugut untuk bunuh kepada org yang saya tegur... fikir2 kan.... Jangn lah telalu emosional... cuba kaji kata-kata org yang saya tegur tu... dengn hati yang tenang... dan cuba baca teguran saya dengan hati yang tenang... jangan emosional... ok. dah lah.. jangan bawa forum lari dari topik asal... fokus2 p/s: cara umar tak sama dengan cara abu bakar... tapi kedua-duanya tak salah.. kerana masing-masing mempunyai matlamat yang sama.. cuma cara mungkin berbeza
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-10-06 11:07
ASSALAMMUALAIKUM.......... Terdapat sebuah kisah seorang yang boleh dikatogorikan sebagai ulamak berdoa kepada Allah untuk melihat wajah mulia Rasulullah saw dalam mimpi. Maka pada satu malam ulamak tersebut bermimpi menunggu Rasulullah keluar dari masjid. Sejurus kemudian dia melihat kelibat Rasulullah dan sahabatnya hampir keluar melalui pintu masjid. Namun rasa hormatnya ulamak tersebut terhadap Rasulullah saw maka ulamak tersebut tunduk mengambil capal Rasulullah untuk diletakkan didepan Rasulullah untuk dipakai oleh baginda. Setelah menyarungkan capal ke kakinya, Rasulullah terus berlalu diikuti oleh para sahabatnya. Sedangkan ulamak yang tunduk untuk mengambil capal Rasulullah tidak sempat mendongak untuk melihat wajah mulia Rasulullah saw. Dia cuma dapat melihat sahabat Rasulullah yang berbadan besar dan tegap yang dalam fikiran ulamak itu ialah Saidina Umar. Namun ulamak tersebut juga tidak dapat melihat wajah Saidinia Umar, tetapi hanya mampu melihat belakang Saidina Omar yang mengiringi Rasulullah pergi. Maka setelah sedar dari mimpi berkenaan, ulamak tersebut berfikir, mungkin tahap ilmu dan amalan yang tidak tinggi menyebabkan dia gagal melihat wajah mulia Rasulullah saw. Cuma mampu mengambil capal Rasulullah saw sahaja. Malah mungkin juga tahap ilmu dan amalannya yang rendah juga menyebabkan dia gagal melihat wajah Saidina Omar sahabat yang mulia, cuma dia dapat melihat bahagian belakang Saidina Umar sahaja. Jadi saya juga sedar...dengan tahap ilmu dan amal yang dimiliki oleh tubuh saya yang serba daif ini...mana mungkin sesuai untuk membandingkan diri yang kerdil ini dengan ulamak yang bermimpi itu, dan jauh sekali dapat membandingkan diri ini dengan sahabat Rasulullah saw yang mulia Saidina Omar itu...... ----------------- http://studiouniversiti.blogspot.com/
|
xeeL
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2006 Ahli No: 26838
Posting: 105
|
Posting pada: 28-10-06 12:46
Hmm.. betul tu.. memang kita tak boleh nak bandingkan diri kita dengan amal para sahabat.. apatah lagi rasulullah saw.. tetapi... kita boleh cuba meniru sikap atau amalan mereka. Itu tidak salah... kalau itu salah... maka, mana mungkin kita boleh mengamalkan sunnah rasul kerana perbezaan tahap amal dan ilmu yang teramat jauh... ye lah kan.. kalau nak cuba tiru sahabat rasul pun tak boleh... ini kan pula rasulullah saw. so.. tak salah kan kalau kita nak cuba tiru mereka...? fikir2 kan lah ye.... p/s: terima kasih dmz untuk cerita di atas...
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 28-10-06 16:30
minta maaf, tak bermaksud nak buruk2an komuniti mamak. cuma realilti yang kita lihat sendiri di tempat sendiri. inilah tidak bermaksud mereka semuanya tidak baik. satu lagi dah tajuk nya pun sentuh pasal kedai mamak. apapun diharapkan mereka akan sedar bahawa ini adalah suatu yang tidak baik.
|