Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 11 hari yang lalu
wyd1014: 19 hari yang lalu
haykal77: 27 hari yang lalu
Kakngah: 27 hari yang lalu
lidah-penghunus: 29 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Anak siapa ini..??


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Anak siapa ini..??

Please Mendaftar To Post


Oleh Anak siapa ini..??

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 12:18


Hari tu, selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala
Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama.
Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.


Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir
pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -
berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.


'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya. "Tak
apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawab saya ringkas

.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih
kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri
pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.


Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... "
Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek
budi bahasanya!


Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum
dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.


Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu
saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka
pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya
menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman.


Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih
kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya
untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.


Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kasihan
di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.


" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya
berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima
kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya
gembira dapat membantunya.


Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa, bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata
saya tanpa menjawab pertanyaannya.


"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat
tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu
saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,
mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya,
saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.


Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu.


"Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah
saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan
satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.


Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
statusnya. Anak yatim kah??


Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya
satu penghormatan.


Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan
saya, siapa kita sebenarnya!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 16-10-06 13:30


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 16-10-06 14:07


macam pernah ku baca.....
tapi dimana ya??????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 15:54


bagus nya......



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10649 saat. Lajunya....