Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 272
Ahli: 0
Jumlah: 272




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 36 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: ketahuilah tentang DARA...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» ketahuilah tentang DARA...

Please Mendaftar To Post


Oleh ketahuilah tentang DARA...

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 15:35


Pengenalan:
Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.

APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua macam dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malam dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

hidayah_grasio
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23571
Posting: 146
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 19:45


Masya Allah... Satu pembelajaran yang baru telah saya pelajari hari ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayah_grasioProfil   Hantar PM kepada hidayah_grasio   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 21:18


syukran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 21:25


kamu ni studen scine ek?

selalu juga saya terbaca artikel2 macam ni dalam majalah...

setiap yang berlaku adalah ketentuan-Nya..
tak perlulah kita pertikaikan...

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 23:13


ada juga yang kata selaput dara ni boleh pecah kalau seorang perempuan tu aktive bersukan.. betul ke..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

helmirohayakassim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22154
Posting: 84
Dari: Setiu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 23:25


satu pengetahuan yang sangat berguna. Sebelum ni saya pun tak berapa tahu pasal ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For helmirohayakassimProfil   Hantar PM kepada helmirohayakassim   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 00:24


ye... saya pernah baca pasal benda dulu-dulu... saya ingat semua ni lagi sampai sekarang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

ummi_solehah
Warga Rasmi
Menyertai: 17.10.2006
Ahli No: 26997
Posting: 11
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 03:37


satu info baru bagi saya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_solehahProfil   Hantar PM kepada ummi_solehah   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 17-10-06 10:08


Pada 16-10-06 23:13 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

ada juga yang kata selaput dara ni boleh pecah kalau seorang perempuan tu aktive bersukan.. betul ke..


Kenapa tak percaya ke ad-din ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 17-10-06 11:05


Pada 14-10-06 15:35 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!


ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malam dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.


:lol: :-di :lol:
:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 14:15


Pada perempuan benda ni tak rigid sangat tetapi bagi segelintir lelaki dan mak2 mertua yang memegang fahaman lapuk tu yang menyebabkan benda ini jadi isu besar. Bahagia atau tidak bukanlah terletak pada daranya seseorang itu ataupun tidak tetapi bagaimana komunikasi antara pasangan tersebut dalam membina kebahagiaan mereka. Menerima kekurangan diri pasangan masing-masing. Tetapi yang memang dah ditebuk tupai tu lain cerita lah..itupun kadang-kadang bukan kemahuan si perempuan terjadi perkara sedemikian...jadi buka hati dan bukalah minda.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

pinky_sakura
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16577
Posting: 21
Dari: kuala langat

Selangor  


posticon Posting pada: 18-10-06 16:54


kekadang takut juga kalau berbincang pasal DARA ni...
tapi setelah saya baca kat majalah atau bahan bacaan lain serta bertanya kepada org yang lebih berpengalaman...saya dah faham...asalkan kita tahu siapa kita,apa yang kita baut sepanjang hidup ini,semua ini tak jadi masalah...yang penting kaite perlu redha dengan apa yang dah terjadi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For pinky_sakuraProfil   Hantar PM kepada pinky_sakura   Pergi ke pinky_sakura's Website   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-10-06 17:07


Pada 16-10-06 23:13 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

ada juga yang kata selaput dara ni boleh pecah kalau seorang perempuan tu aktive bersukan.. betul ke..



ye..benar..terutamanya sukan berkuda dan gimnastik...

apa yang nak dibimbangkan,kalau kita tak buat apa-apa yang terlarang atau sepatutnya dibuat sebelum tiba masa,semuanya selamat...kita lebih tahu tentang diri kita...ALLAH lebih mengetahui...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 08:34


syukran, good info.
tapi rasa semacam pula bila dibincangkan secara umum.
segan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

fazleena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26860
Posting: 214
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 09:50


em, betul tu...tapi lelaki pun perlu sangat tahu perkara ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fazleenaProfil   Hantar PM kepada fazleena   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-10-06 13:58


Pada 19-10-06 08:34 , nurhaziqah posting:

!!! QUOTE !!!

syukran, good info.
tapi rasa semacam pula bila dibincangkan secara umum.
segan.


Buka minda...buka hati...kenali diri..... (Budiman Zaman)

;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-06 16:04


saya pun baru tau benda ni....tapi lmbat lagi lah kahwin

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-10-06 18:19


sebenarnya, apa yang penting sangat pasal dara ni?? maksud anis, Kalau kita pilih pasangan yang baik(solehah), Kenapa boleh ada keraguan dalam soal dara...tapi kalau pasangan yang kita pilih memang dari bohsia2, lain lah..
lagi satu,pernikahan, takkan bahagia kalau suami tu aim nak pastikan isteri dia ada dara atau tak. zaman sekarang ni, anak dara bukan sama macam anak dara zaman dulu yang dok kat rumah saja.. anak dara sekarang pun lasak, so tak payah lah nak pertikai bab dara.... buat anak2 dara pula, ingat lah kita perlu juga membataskan kita dari aktiviti terlalu lasak, bukan dara saja nak kena jaga, bahagian dalaman kita ni, tak seperti lelaki, silap haribulan kena tanggung kesan jangka masa panjang..
ALLAHU A'LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-10-06 00:05


dah belajar tentang perkara ni..tapi,apapun,saya dapat maklumat yang lebih detail lagi setelah membaca posting ni...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 24-10-06 02:22


No komen..... Jika saya nak kahwin saya akan priority pada solat istikharah..kalau petunjuk baik maka baiklah. Walaupun kawan saya tidak menggalakkan saya mngambil perempuan yang telah trlanjur berzinar... tapi niat saya nak selamatkan agamanya, ni hanya niat saya sahaja macam mana pun saya akan rujuk pada Istikharah dan ustaz terlebih dhulu sebelum buat keputusan.

     Tetapi, ada tapi juga ni... memandangkan keperluan agama meningkat ramai org murtad dan rosak akhlak maka saya idamkan isteri seorang HAFIZAH spy saya dapat lahirkan anak2 hafiz untuk jadi ustaz serta DA'IEEE...., pagi ANAK pergi SEKOLAH, PETANG UMMINYA AJAR HAFALAN, MALAM TURN SYLAH MENGAJAR ANAK AKEDEMIK.

SEMOGA ALLAH MMPERMUDAHKAN SERTA MENGKABULKAN IMPIAN ANA...
AMIN.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

peija
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2006
Ahli No: 27093
Posting: 3
Dari: shah alam

Kedah  


posticon Posting pada: 26-10-06 12:32


yang lepas tu biarlah lepas. yang penting kehidupan selepas sesebuah masjid itu dibina. kebahagiian sesebuah ikatan itu bukan bergantung pada dara ataupun tidak. asalkan ada tanggungjawab memainkan peranan masing-masing, saling bertolak ansur, memahami antara satu sama lain tanpa memikirkan ego memasing, insyaAllah...selamat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For peijaProfil   Hantar PM kepada peija   Quote dan BalasQuote

shim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20362
Posting: 30
Dari: kuala kangsar, perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-10-06 17:41


erm...syukran..
dapat info baru...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimProfil   Hantar PM kepada shim   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 27-10-06 05:10


syukran atas info ini..rasa segan juga..tapi inilah ilmu semua kena terbuka untuk bincang..sebab makin hari makin banyak fatwa dan pkr baru berlaku dan para alim dan bijak pandai memang kena berdiskus banyak pkr..teruskan usaha anta rimbabara...


-----------------
hidup ini jihad menuju ilahi


Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-10-06 11:59


yerlah baru saya tahu hari ini..thank you.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-10-06 18:11


Pada 24-10-06 02:22 , siswa posting:

!!! QUOTE !!!

No komen..... Jika saya nak kahwin saya akan priority pada solat istikharah..kalau petunjuk baik maka baiklah. Walaupun kawan saya tidak menggalakkan saya mngambil perempuan yang telah trlanjur berzinar... tapi niat saya nak selamatkan agamanya, ni hanya niat saya sahaja macam mana pun saya akan rujuk pada Istikharah dan ustaz terlebih dhulu sebelum buat keputusan.

     Tetapi, ada tapi juga ni... memandangkan keperluan agama meningkat ramai org murtad dan rosak akhlak maka saya idamkan isteri seorang HAFIZAH spy saya dapat lahirkan anak2 hafiz untuk jadi ustaz serta DA'IEEE...., pagi ANAK pergi SEKOLAH, PETANG UMMINYA AJAR HAFALAN, MALAM TURN SYLAH MENGAJAR ANAK AKEDEMIK.

SEMOGA ALLAH MMPERMUDAHKAN SERTA MENGKABULKAN IMPIAN ANA...
AMIN.................



Samala dengan saya...semoga dikurniakan isteri yang HAFIZAH....tapi sekurang2nya walaupun tak hafizah, dia seorang yang solehah.....


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-10-06 18:12


Pada 24-10-06 02:22 , siswa posting:

!!! QUOTE !!!

No komen..... Jika saya nak kahwin saya akan priority pada solat istikharah..kalau petunjuk baik maka baiklah. Walaupun kawan saya tidak menggalakkan saya mngambil perempuan yang telah trlanjur berzinar... tapi niat saya nak selamatkan agamanya, ni hanya niat saya sahaja macam mana pun saya akan rujuk pada Istikharah dan ustaz terlebih dhulu sebelum buat keputusan.

     Tetapi, ada tapi juga ni... memandangkan keperluan agama meningkat ramai org murtad dan rosak akhlak maka saya idamkan isteri seorang HAFIZAH spy saya dapat lahirkan anak2 hafiz untuk jadi ustaz serta DA'IEEE...., pagi ANAK pergi SEKOLAH, PETANG UMMINYA AJAR HAFALAN, MALAM TURN SYLAH MENGAJAR ANAK AKEDEMIK.

SEMOGA ALLAH MMPERMUDAHKAN SERTA MENGKABULKAN IMPIAN ANA...
AMIN.................



Samala dengan saya...semoga dikurniakan isteri yang HAFIZAH....tapi sekurang2nya walaupun tak hafizah, dia seorang yang solehah.....


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

fainis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2004
Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah

Selangor  


posticon Posting pada: 14-12-06 02:35


terima kasih....new important info!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainisProfil   Hantar PM kepada fainis   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 14-12-06 05:18


virginity tu tak boleh reclaim ke? kan bagus kalau setiap malam macam mlm pertama..... :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 14-12-06 05:20


org perempuan tak boleh reclaim their virginity ke?

kan bagus kalau setiap malam adalah malam pertama.... :lol: :lol: :lol: :lol:

p/s: Sorry lah, saya memang jahil benda-benda macam ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 07:38


ibnutuki..watch your mouth..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 07:48


Pada 27-10-06 18:12 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-10-06 02:22 , siswa posting:

!!! QUOTE !!!

No komen..... Jika saya nak kahwin saya akan priority pada solat istikharah..kalau petunjuk baik maka baiklah. Walaupun kawan saya tidak menggalakkan saya mngambil perempuan yang telah trlanjur berzinar... tapi niat saya nak selamatkan agamanya, ni hanya niat saya sahaja macam mana pun saya akan rujuk pada Istikharah dan ustaz terlebih dhulu sebelum buat keputusan.

     Tetapi, ada tapi juga ni... memandangkan keperluan agama meningkat ramai org murtad dan rosak akhlak maka saya idamkan isteri seorang HAFIZAH spy saya dapat lahirkan anak2 hafiz untuk jadi ustaz serta DA'IEEE...., pagi ANAK pergi SEKOLAH, PETANG UMMINYA AJAR HAFALAN, MALAM TURN SYLAH MENGAJAR ANAK AKEDEMIK.

SEMOGA ALLAH MMPERMUDAHKAN SERTA MENGKABULKAN IMPIAN ANA...
AMIN.................



Samala dengan saya...semoga dikurniakan isteri yang HAFIZAH....tapi sekurang2nya walaupun tak hafizah, dia seorang yang solehah.....



Saya pun memasang impian yang sama dengan anda berdua.. Isteri yang solehah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat...amin..


-----------------
http://azymechanical.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: aL-azyM pada 14-12-06 07:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 09:46


Pada 14-10-06 15:35 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

Pengenalan:
Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.

APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua macam dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malam dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

8-)


salam...
saya pernah baca sebelum mana...alhamdulillah...
bagus info ini...untuk kita buka minda kita dan jangan terlalu berfikiran kolot seperti zaman nenek moyang kita itu...jadikan minda kelas pertama...
semoga kita semua terpilhara hendanNya....
Lelaki yang baik..untuk wanita-wanita yag baik..begitu sebaliknya...
apa pun mohon petunjuk kepada Allah..Dia lah lebih Maha Mengetahui...Insya Allah...


-----------------
kembara mencariNYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_jilbab
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 584
Posting: 84
Dari: bumi serambi mekah+ KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 10:15


!!! QUOTE !!!


salam...
saya pernah baca sebelum mana...alhamdulillah...
bagus info ini...untuk kita buka minda kita dan jangan terlalu berfikiran kolot seperti zaman nenek moyang kita itu...jadikan minda kelas pertama...
semoga kita semua terpilhara hendanNya....
Lelaki yang baik..untuk wanita-wanita yag baik..begitu sebaliknya...
apa pun mohon petunjuk kepada Allah..Dia lah lebih Maha Mengetahui...Insya Allah...




ada...dalam Majalah Wanita...selalu keluar pasal isu virginity ni..orang lelaki pun sesuai jugak sebenarnya baca majalah wanita..info dia tak khusus untuk wanita saja..tapi untuk lelaki pun boleh..kalau nak tambah pengetahuan lah.. :-D :-D


-----------------

**Aku Hidup,Aku Berjuang,Aku mati kerana Islam**



Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_jilbabProfil   Hantar PM kepada srikandi_jilbab   Pergi ke srikandi_jilbab's Website   Quote dan BalasQuote

sephia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.07.2004
Ahli No: 9843
Posting: 70
Dari: kota bharu.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 11:07


good info terutama untuk lelaki yang nak tahu pasal ni. maklumlah cakap depan-depan malu pulak.

tapi kan,dr pengalaman yag sama baca dari majalah,perempuan yang terlanjur akan mengalami satu perasaan depression yang amat sangat terutama bagi perempuan-perempuan yang asalnya baik tetapi terlalu mengikut hati kerana percayakan lelaki. depress mengganggu mereka bila mereka ditinggalkan. penyesalan terjadi tapi ibarat yang kita sedia tahu,sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian tak berguna.
at this time,fungsi masyarakat fokusnya pada lelaki sepatutnya memberi mereka ruang. bukan menghukum pada satu keadaan lampau..

pada dara-dara,mencegah sebenarnya lebih baik dari mengubah..allahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sephiaProfil   Hantar PM kepada sephia   Quote dan BalasQuote

aisya_azkiya88
Warga Rasmi
Menyertai: 30.11.2006
Ahli No: 27551
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 12:48


Alhamdulillah ana dapat pelajaran baru hari ini...betul tu..lelaki tak boleh tipikal dalam soal ini..jangan tuduh melulu...cerita pasal DARA..Kenapa tak diperkatakan juga tentang TERUNA?pasti ke semua calon suami yang ingin dikahwini itu masih teruna?jangan hanya nak pertikaikan dara isteri saja...diri sendiri tak terjamin juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_azkiya88Profil   Hantar PM kepada aisya_azkiya88   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 13:41


:-) Assalamualaikum....


     Syukran for this info....tak tau nak komen apa... :-D


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

jiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 13:48


majalah anis banyak info yang bguna...
malu biar pada tmptnya...tak salah bncang isu wanita...kadag2 ada wanita yang jahil tentang diri sdiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihaProfil   Hantar PM kepada jiha   Quote dan BalasQuote

zatie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 20:08


Pada 16-10-06 23:13 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

ada juga yang kata selaput dara ni boleh pecah kalau seorang perempuan tu aktive bersukan.. betul ke..


erm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zatieProfil   Hantar PM kepada zatie   Quote dan BalasQuote

zueliea
Warga Rasmi
Menyertai: 26.11.2006
Ahli No: 27499
Posting: 11
Dari: kedah

egypt  


posticon Posting pada: 15-12-06 21:31


assalammualaikum

terima kasih kepada rimbabara tentang info tersebut.ana pernah baca artikel tentang DARA ni melalui buku2 agama dan majalh kewanitaan.Dengan info tersebut,sekurang2 nya kaum Adam dapat maklumat mengenainya.jangan terlalu kejam menghukum kaum Hawa sekiranya masih mengamalkan fahaman kuno bahawa wanita yang tidak mengeluarkan darah mlm pertama dianggap tidak suci.jangan meruntuhkan masjid yang suci di bina dengan sewenangnya.percayalah,setiap yang ALLAH tentukan ada Hikmah.cukup sekadar kita memilih wanita yang solehah perkara yang remeh diperbesarkan.
kebahagian rumah tangga bukan berlandaskan dara seorang isteri tetapi kesefahaman dan saling menghormati pasangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zuelieaProfil   Hantar PM kepada zueliea   Quote dan BalasQuote

ana_muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26242
Posting: 49
Dari: depan pc

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 22:28


ow

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_muslimah89Profil   Hantar PM kepada ana_muslimah89   Quote dan BalasQuote

jasadkudisini
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2006
Ahli No: 25763
Posting: 221
Dari: sinGgaHsaNa..

germany   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 08:51


takut juga....he2

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasadkudisiniProfil   Hantar PM kepada jasadkudisini   Pergi ke jasadkudisini's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 17-12-06 14:40


jangan memandang kesucian seseorang wanita dengan pemikiran yang kuno dan kolot..
sesungguhnya setiap ciptaan allah itu ada hikmahnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138633 saat. Lajunya....