Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 6 hari yang lalu
wyd1014: 14 hari yang lalu
haykal77: 23 hari yang lalu
Kakngah: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Bersinarkah hari esok?


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Bersinarkah hari esok?

Please Mendaftar To Post


Oleh Bersinarkah hari esok?

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 22:49


Hari ini aku ingin menulis lagi. Warkah ini kutujukan kepada seorang Athies, pensyarah Cina yang tidak percaya Tuhan. Ibu dan bapanya di rumah berbeza agama, seorang beragama Buddha, dan seorang Kristian. Jika di Malaysia, kesan Pancasila Sukarno di Indonesia hanya jelas berlaku dalam keluarga yang bukan Islam. Tetapi kita melihat kebimbangan serang halus yang berlaku memunginkan akan berlaku revolusi agama di Malaysia. Bahan-bahan bakar pancasila sudah dikumpulkan, menunggu masa berlaku cetusan api sahaja. Minta dijauhkan Allah daripada berlaku kecelaruan ini di Malaysia.


Saudaraku seinsan,
Kita berasal dari sulbi datuk moyang yang sama. Dari Nur Muhammad, Tuhan semesta telah menjadikan malaikat, kemudian dijadikan manusia bernama Adam di syurga. Kemudian Adam yang dicipta daripada tanah, telah dipertontonkan kepada malaikat yang diciptakan daripada nur dan jin yang dicipta daripada api. Perkhabaran tentang manusia sudah lama diketahui oleh jin-jin ini. Yang tertinggi di kalangan mereka ialah Azazil. Ketua segala jin dan malaikat. Kebimbangan mereka bertambah, tatkala dikhabarkan suatu ketika aka nada di kalangan mereka yang derhaka kepada perintah Allah, Tuhan semesta alam. Lalu bermohonlah semua pengikut Azazil agar didoakan kepada Tuhan, supaya mereka tidak tergolong dalam kalangan penderhaka. Azazil memohon doa, tetapi lupa dirinya sendiri.

Saudara seinsan,
Ketika ditiupkan roh ke sosok tubuh Adam, tubuh kaku yang dicipta daripada tanah liat itu sedikit demi sedikit bergerak-gerak. Ketika roh itu terlekat di hidungnya, terjadi refleksi spontan lalu bersinlah Adam. Sejurus itu beliau memuji Allah dengan kalam kesyukuran, al-Hamdulillah yang bermakna segala pujian bagi Allah. Aku mahu sedarkan kepadamu, bahawa kita diciptakan oleh Tuhan yang maha mencipta. Bahawa penciptaan kita sebagai manusia bukan mainan, bukan sia-sia. Andai tiada Tuhan, khabarkan kepadaku siapakah yang menjadikan kamu? Apakah kamu berevolusi seperti karut Darwinisme? Sungguh! Hinanya manusia jika bertukar dan berubah bentuk secara berperingkat daripada seekor monyet. Dan jika pun makhluk manusia berevolusi daripada makhluk lain, maka mahkluk lain itu diciptakan oleh siapa pula? Tidakkah tiap-tiap sesuatu itu ada penciptanya? Seperti kereta yang meluncur deras, seperti kapal terbang yang membelah angkasa, seperti kapal layar yang gagah mengharung samudera, seperti mesin yang diberikan kebijakan untuk menguruskan hal-hal yang rumit, seperti komputer yang berselirat dengan analog dan digit, seperti menara tinggi yang sayup mencengkau langit, seperti ikan lumba yang bijak dijinakkan dan sejuta macam makhluk lagi.

Saudara seinsan,
Kejamnya aku. Terus-terus memperkenalkan kamu dengan Tuhanku yang satu. Mengapa. Aku selaku Muslim perlu mengkhabarkan kepadamu, bahawa aku tidak mahu mensyirikkan Allah, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta. Tahukah kamu? Setiap orang diberikan fitrah insani, rasa bertuhan. Kalam suci Tuhanku dalam kitab Quran yang aku baca, apabila manusia diuji dengan kesusahan dan kecelakaan, akan terbetik di hati kecilnya akan Tuhan! Lantas hati mereka akan membisikkan ‘Oh Tuhan!’. Demikian halnya apabila ditanyakan kepada orang-orang yang tidak mengimani Tuhan semesta alam, mereka tahu Allah yang menjadikan alam. Tetapi sedikit yang beriman. Mempercayai dan meyakini.

Saudara seinsan,
Lantas, engkau akan menyalahiku dan orang-orang seagamaku, kerana kami ralat untuk menyampaikan khabar gembira berkaitan Islam. Aku bimbang, andai di hari kiamat engkau menuding jari ke arahku sambil menyalahkan aku kerana tidak menyerumu kepada Islam. Aku amat gusar, sekiranya langkahanku ke syurga tersekat kerana tuntutanmu di hadapan pengadilan Tuhan di padang Mahsyar nanti. Sebelum semua kemungkinan itu berlaku. Aku terlebih dahulu menawarkan kepada kamu Islam. Agama suci yang dibawa oleh pembawa rahmat seluruh alam, nabi akhir zaman bernama Muhammad bin Abdullah. Nabi yang diutuskan selepas nabi Isa, yang menurut kata bapamu sebagai Jesus. Aku menawarkan kepadamu Islam, agama kesejahteraan, yang bebas dari anasir ganas dan melampau. Inilah agama fitrah yang sesuai dengan jiwa manusia di dunia ketika hidup dan di akhirat selepas meningglkan dunia fana ini.

Saudara seinsan,
Aku tidak mahu berbangga dengan Melayu, bangsa yang dimomokkan sebagai Islam atau Islam itu hanya untuk Melayu. Sahabat nabi Muhammad, bernama Saad bin Abi Waqash pernah diutuskan ke China. Tanah besar China merupakan leluhur bangsamu yang melimpah ruah manusianya ke sebelah benua Asia ini. Pada tahun 1409, Maharaja Meng telah menghantar Sembilan armada mengelilingi dunia. Laksamana Cheng Ho yang dikenal dalam sejarah, seperti yang kita pelajari ketika tingkatan satu dahulu sebenarnya bernama Muhammad Mustapha Cheng Ho. Beliau mengetuai delegasi besar menuju ke Melaka. Paramewara, maharaja Melayu yang memerintah Melaka pada ketika itu masih belum menemui sinar Islam. Laksamana Muhammad Mustapha Cheng Ho menjadi tetamu Parameswara sambil tidak lupa menyampaikan Islam kepada mereka. Itulah urusan sampingan selain perdagangan yang dilakukan oleh mereka. Dua tahun kemudian, apabila seruan dakwah menjadi marak, terbukalah hati Parameswara untuk menerima Islam. Baginda memilih nama Raja Iskandar Shah, dan berbondong-bondonglah pula orang Melayu memeluk Islam. Maka terjawab sudah, bahawa Islam bukan diistimewakan untuk bangsa Melayu sahaja. Rentetan itu, 1411 sehingga sekarang, kami menerima Islam sebagai agama.

Saudara seinsan,
Jika saudara mahu, cubalah belek buku sejarah Islam di Tanah Besar China. Budaya, senibina, adat dan kehidupan orang-orang Cina tidak dikesampingkan. Islam menerima semua adat dan unsur kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Mereka bebas memakai Cheongsam, menggunakan stik ketika makan, menyambut Tahun Baru Cina dan lain-lain yang bertepatan dengan kehendak Islam. Lihatlah Guang Zhou. Sinar Islam terang menerangi daerah permukiman manusia bebangsamu, mereka masih kekal dengan tradisi dan identiti bangsa Cina. Satu hal yang merungsingkan kamu, tentunya berkaitan nama. Oh! Jangan gusar, namamu boleh sahaja dikekalkan jika tidak mahu menggunakan nama-nama kearaban atau kemelayuan. Seperti Ann Wang Seng mengekalkan nama asalnya apabila memilih Islam. Kamu mungkin belum kenal Ann Wang Seng, tetapi dialah salah seorang daripada ribuan orang-orang Cina yang memilih Islam sebagai agama di bumi bertuah ini. Kamu boleh sahaja dikenali dengan nama asalmu Thye Ee Lee.

Saudara seinsan,
Warkah ini sarat dengan harapan. Seperti harapanmu kepinginkan rasa bertuhan. Sedari awal aku telah pecahkan tembok kepercayaan tidak bertuhanmu kepada keyakinan bahawa Tuhan itu wujud. Kemudian aku lantas melompat ke dalam asas ketuhanan dalam Islam. Aku semacam tergesa-gesa memperkenalkan kamu kepada Islam dan sedikit sejarah kedatangannya ke Malaysia ini. Aku memohon maaf, kerana inilah yang termampu aku ceritakan buat ketika ini. Jika seleramu sudah terbuka. Aku akan hidangkan lagi santapan roh yang lebih lazat kepadamu pada masa hadapan. Aku juga mahu kamu mempelajari sesuatu daripada pengalaman orang lain sepertimu. Aku hadiahkan bersama-sama warkah ini sebuah buku berjudul ‘Mengapa Saya Memilih Islam?’ buat renunganmu. Moga-moga keazamanmu untuk mengenal Islam akan bersemarak dengan motivasi pengislaman mereka.


Kulipat warkah yang ditulis kemas, lalu disisipkan di dalam bungkusan berwarna coklat untuk diposkan. Thye Ee Lee sedang bercuti sambil belajar di Universiti Leeds pernah menyatakan hasratnya untuk mengenal Islam kepadaku. Jika bukan sekarang, bila lagi. Dan jika bukan aku yang berusaha mengajaknya, siapa lagi? Dia akan pulang tiga bulan lagi, semoga kan terbuka hatinya menerima gemerlap sinar Ilahi. Aku mahu membawanya menemui Unit Dakwah Darul Syifa, untuk menerangkannya Islam dengan lebih baik. Apakah kan ada sinar buat hari esok?


:)


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/
[ Telah diedit oleh: MohdHanafi pada 20-10-06 12:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 15-10-06 07:47


matahari akan tetap memberikan sinarnya pada bumi ciptaan Allah ini.....

tetapi...ingatlah.....esok belum pasti ada untuk kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087205 saat. Lajunya....