Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 20 hari yang lalu
Kakngah: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mawi-mawi, nak buat baik pun kena perli ???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mawi-mawi, nak buat baik pun kena perli ???

Please Mendaftar To Post


Oleh Mawi-mawi, nak buat baik pun kena perli ???

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 18:28


Hiburan

M. Nasir enggan komen pendirian Mawi
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH



KERJASAMA Mawi dan M.Nasir dalam bidang lakonan bakal direalisasikan dalam filem Aduh Saliha.
--------------------------------------------------------------------------------



“SOALAN tidak relevan. Datang pejabat lah cerita panjang,” demikian jawab komposer terkenal M.Nasir selepas berakhirnya program Zoom In Bersama Mawi di Angkasapuri malam Sabtu lalu.

Apa yang nyata, M.Nasir enggan membuka mulut tentang perkembangan filem terbaru yang akan diarahnya Aduh Saliha yang bakal dibintangi penyanyi kontroversi lewat ini, Mawi.

Sukar benar untuk mengetahui cerita di sebalik pembikinan filem itu seolah menjadi rahsia negara yang terlalu besar dan sulit.

“Dalam perancangan lagi,” ulas M.Nasir pendek.

Bagaimanapun bekas pengetua Mawi di Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu tidak menafikan skrip filem tersebut sudah siap sepenuhnya.

“Komedi seram,” jawabnya ringkas.

Namun apabila menyentuh pendirian Mawi yang tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita sekiranya menceburi bidang lakonan, M.Nasir hanya melemparkan senyum kelat di wajahnya.

“Saya tiada komen,” terang M.Nasir yang terkenal dengan sifatnya yang berat mulut jika tidak kena gaya.

Juara AF3 itu, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita sebagai salah satu syarat sekiranya mahu dirinya menceburi bidang lakonan.

Hasilnya, kenyataan penyanyi yang dikatakan sudah mula berubah sikap itu menjerat dirinya sendiri.

Pelakon Rosyam Noor dan M.Rajoli tampil memberi penjelasan tentang pendirian Mawi itu.

Pelakon berkenaan terkilan seolah-olah mereka ingin sangat bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon dan mengabaikan tentang hukum bersentuhan dengan bukan muhrim.

Namun apa yang menghairankan mengapa baru sekarang penyanyi yang digelar produk mee segera itu tidak mahu bergambar dan bersentuhan dengan artis wanita. Sedangkan di awal kemunculannya Mawi tidak kisah bergambar dengan artis wanita.

Cuma pada awal pertemuan ketika mengeluarkan kenyataan itu Mawi berkata, “Kenapa saya tidak mahu? Kerana saya tidak suka. Itu sahaja.”

*Zoom In Bersama Mawi

Selesai menonton persembahan Mawi, kesimpulannya ialah peminat fanatiknya masih menyukai penyanyi yang selesa berimej kepala botak itu.

Auditorium Perdana tetap penuh sesak hinggakan segelintir sanggup duduk di tangga dan berdiri hingga ke pintu keluar sepanjang dua jam rancangan itu berlangsung.

Apa sahaja yang dituturkan Mawi walaupun bukan kelakar, penonton pasti ketawa. Malah ada segelintir penonton remaja wanita tanpa segan silu terjerit-jerit sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mawi.

Malam itu, Mawi mendendangkan lagu-lagu popular antaranya Kian, Aduh Saliha, Al-Jannah dan Perempuan.

Sementara itu M.Nasir dan Zarina turut dijemput berpadu suara bersama Mawi melalui lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta dan Cinta Di Hujung Rindu.


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 19:09


*INGATAN* Fwd: Salahkah Mawi Menjadi Baik?
    
Bukan peminat dunia artis hatta bukan jua peminat Mawi.. saja fwd komen dpd seseorang...

Salahkah Mawi menjadi baik ?

itu | Oct 10, 06 | 01:02:54 PM
Oleh Muhammad Safwan bin Hussin audara pengarang
Petang tadi saya terlihat satu tulisan di akhbar Harian Metro (7 Oktober 2006) dengan tajuknya ' Zon Abie: Industri hiburan lain macam sikit'. Saya pada mulanya tak berapa kisahkan tulisan itu kerana saya bukanlah suka sagat mengambil tahu tentang dunia hiburan. Bagaimanapun saya merasa terpanggil untuk membaca dan meneliti tulisan tersebut kerana terpampang gambar dua pelakon lelaki yang tersohor di Malaysia, M. Rajoli dan Rosyam Nor.

Isunya adalah berkaitan dengan kenyataan Mawi kepada media yang meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon. Walaupun kita sedia maklum selama ini Mawi tidak menjaga bab bersentuh ini, namun sedikit sebanyak kita berasa lega kerana tindakan Mawi ini dirasakan untuk membetulkan kesilapannya yang lalu dan untuk membuktikan, berlakon tidak salah selagi diletakkan dalam ruang lingkup syariat.

Namun saya berasa sangat kecewa dengan respon 2 pelakon lelaki tadi dengan kenyataan Mawi tersebut. Kata penulis tersebut :

"Syarat juara Akademi Fantasia 3 itu semacam memandang rendah pekerjaan yang menjadi sumber rezeki pelakon lelaki."

Sepatutnya setiap orang yang mengaku dirinya Islam berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebegini. Ini kerana syarat yang diletakkan Mawi itu bukan perkara baru. Malah itulah syarat yang diletakkan Allah SWT. Tidak timbul soal memandang rendah atau tidak pada pekerjaan golongan terbabit.

"Bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim memang hukumnya haram. Itu sudah termaktub tetapi Rosyam kata, kalau Mawi boleh bersalaman dengan peminat atau orang media (wanita), Kenapa di dalam filem tidak boleh?"

Ya, Mawi telah melakukan kesilapan dengan bersalaman dengan peminat wanita. Tapi dalam hal ini, kita sepatutnya bersama dengan Mawi untuk membetulkan kesilapannya dan menegakkan prinsip yang dipegangnya.

Tambah memeranjatkan saya ialah kenyataan dari seorang pelakon lelaki veteran yang dinyatakan penulis sebagai bekas bilal, M. Rajoli. Walaupun saya tidak menyenangi beberapa aksi di dalam lakonannya, namun pada saya setakat ini dialah antara pelakon lelaki yang 'warak'.

"Hukum berdosa atau tidak bersentuhan ini sudah ditentukan Allah. Tetapi ini kerja saya, kalau saya tidak memberi nafkah kepada anak bini, tentu lebih berdosa. Entah-entah anak boleh jadi perompak untuk hidup."

Kenyataannya ini sangat berbahaya kepada orang awam. Lebih-lebih lagi yang tidak memahami Islam. Dari kenyatannya ini dia sendiri mengakui yang dia Ttahu bersentuhan itu haram. Namun kaedah yang diguna pakainya itu amat-amat tidak kena dan bercanggah dengan prinsip syariat. Adakah pekerjaan di Malaysia ini hanya berlakon?

Saya kira kalau hujah beliau ini diguna pakai, maka para pelacur juga boleh menggunakan hujah sedemikian rupa. Mengambil satu mudarat untuk mengelak mudarat yang lebih besar kononnya, maka mereka melacur untuk mengelak anak-anak merompak. Tidak sepatutnya seorang 'bekas bilal' mengeluarkan komen yang menampakkan kedangkalan beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa Allah SWT memberi kita peluang untuk mencuci dosa bahkan turut memberi perumpamaan yang tidak relevan. Dia mengambil contoh kita membuang air besar, kalau tidak dicuci, ia akan bertambah busuk. Tetapi kalau dicuci selepas setiap kali membuang, ia akan sentiasa bersih.

Bolehkah taubat diumpamakan dengan mencuci najis selepas membuang air besar? Kalau inilah perumpamannya, maka pada dia segala dosa yang kita lakukan itu hanyalah seperti membuang air besar sahaja.

Tidak tahukah dia bahawa syarat taubat itu ialah menyesali dosa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meninggalkan terus perlakuan maksiat itu, dan berazam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi. Seolah-olahnya pada dia pada malam hari kita bertahajud, solat taubat sambil mata menangisi dosa-dosa yang dilakukan, dan siang hari pula kembali mengulangi dosa tersebut. Dia juga menyatakan :

"Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atib jalankan tugasnya"

Bukankah banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis nabi SAW yang menerangkan kewajipan untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Pekerjaan kita bukanlah untuk mengira amalan orang lain. Tetapi setiap yang salah harus diperbetulkan.

Maksud sabda Nabi SAW "Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegahnya dengan tangan. Kalau tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan lidah. Dan kalau tidak mampu juga, hendaklah ia menecegahnya dengan hati. Dan itulah selemah-lemah iman".

Saya bukanlah peminat Mawi. Tapi pada saya respon yang diberikan oleh dua pelakon terbabit terhadap syarat Mawi ini agak keterlaluan. Keterlaluan terhadap Mawi dan keterlaluan terhadap aqidah kita sebagai seorang muslim. Saya tidak nampak sebarang niat tidak baik daripada Mawi semasa mengeluarkan kenyataan ini, jauh sekali memandang rendah terhadap pekerjaan orang lain.

Saya sendiri secara peribadi tidak menghina pekerjaan mereka sebagai pelakon. Tapi bila dibiarkan kenyataan-kenyataan jahil keluar di media, maka orang yang tidak faham Islam akan menjadi lebih keliru. Sedangkan jarang-jarang sekali dipaparkan kenyataan-kenyataan alim ulama', melainkan kenyataan-kenyataan yang kontroversi untuk diputarbelitkan.

Cukuplah Islam dihina di luar negara, oleh musuh-musuh Islam. Janganlah pula ada umat Islam yang jahil dan menambahkan kejahilan orang lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 04:48


Analisis: RTM, Mawi cetus 'fenomena tak bertarawih?



Mon | Oct 09, 06 | 02:24:12 PM
Oleh Azamin Amin KUALA LUMPUR, 9 Okt - Saluran Dua Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Sabtu lalu, menyiarkan siaran secara langsung 'Zoom In Bersama Mawi' kira-kira jam 8.30 malam, didakwa sebagai pencetus 'fenomena tidak bertarawih' di kalangan umat Islam pada Ramadan ini.

Ramai berpendapat, RTM dan Mawi, tidak sensitif dalam suasana Ramadan ini, kerana sanggup mengalihkan perhatian peminat dan orang ramai khususnya umat Islam daripada melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Islam.

Apakah suatu yang boleh 'dibanggakan' kerana Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi telah berjaya menghimpun ratusan hadirin di studio Angkasapuri malah ribuan umat Islam seluruh Malaysia untuk 'khusyuk' dan 'tawaduk' melihat persembahannya?

Sedangkan ramai berpendapat waktu sebegitu, sebaik-baiknya umat Islam menumpukan kepada ibadah solat tarawih secara berjemaah yang dituntut oleh agama.

Sewajarnya dengan kematangan serta pengetahuan agama yang ada, Mawi menghormati bulan Ramadan Al-Mubarak ini dengan menolak tawaran atau undangan untuk menyanyi di RTM, malah lebih menarik dan murni sekiranya Mawi turut melibatkan diri dengan kegiatan agama seperti bertadarus al-Quran dan paling baik turut bersolat tarawih bersama peminat.

Begitu juga RTM di bawah Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin, sewajarnya lebih menumpukan usaha untuk memperbanyakkan program-program berbentuk agama dan 'membeku' program hiburan yang melalaikan seperti rancangan 'Zoom In' tersebut.
RTM seoalah-olah tidak peka dengan suasana Ramadan ini, demi kegilaan terhadap persaingan mendapat 'rating' yang tinggi, sanggup mengadakan program hiburan pada bulan mulia ini, dan ramai kecewa dengan sikap Mawi juga dilihat sebagai seorang yang berkepentingan, demi keuntungan dan tuntutan komersial, Mawi sanggup mengenepi hal sedemikian.

Fenomena tak bertarawih ini tidak dimonopoli oleh RTM, malah beberapa hotel terkemuka juga turut menjemput Mawi untuk mempersembahkan nyanyiannya di kala sebahagian besar umat Islam berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk berbuka secara berjemaah seterusnya bersolat tarawih.

Tidak salah kiranya, pada bulan yang mulia ini, Mawi bercuti sepenuh masa, atau melibatkan diri dengan program agama di samping dapat mengajak masyarakat menumpukan kepada suruhan dan larangan Tuhan seperti yang dianjurkan oleh al-Quran yang dibacanya untuk rakaman TV setiap kali masuk waktu berbuka.

Sepanjang tahun Mawi telah menunaikan kewajipan dan memenuhi tuntutan peminat termasuk tuntuntan keuntangan, dan sepatutnya limpahan rezeki yang diperolehi yang menururtnya sebagai anugerah Allah,dibalas dengan melaksanakan ibadah dengan berlipat kali ganda dan bukannya bersikap tamak seterusnya mengheret ramai kalangan umat Islam meninggalkan tuntutan agama.

Dengan bakat dan 'aura' yang ada, sebaik-baiknya Mawi mengambil kesempatan mendidik, mengajak para peminatnya melakukan ibadah yang mulia di samping menghayati bulan Ramadan ini dengan pelbagai amal ibadat seperti mengaji al-Quran , bertazkirah, dan menunaikan solat sunat Tarawih.

Namun sewaktu rancangan tersebut, lain pula jadinya apabila Mawi melafazkan kata, "Di bulan yang baik dan di bulan yang mulia ini, marilah bersama-sama kita menghayati lagu ini..." di hadapan ratusan hadirin termasuk sejumlah ramai penonton TV pada malam tersebut dan antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mantan qari al-Quran ini ialah 'Al-Jannah', 'Kau Kekasih Awal dan Akhir', 'Intifada', 'Yang Tercinta' dan 'Beautiful Maria'.

Sesetengah pemerhati mendakwa, nilai-nilai agama yang dimiliki Mawi disifatkan sebagai lakonan semata-mata untuk mengaburi masyarakat untuk terus meminati dan menyokong beliau sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seperti contoh, Mawi mengajak dan menarik perhatian umum apabila membaca ayat suci al-Quran yang membariskan kalimah-kalimah Allah, perintah serta larangan-Nya sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila dalam masa yang sama beliau mengadakan persembahan yang secara tidak langsung mengalihkan perhatian ramai para penonton dan peminatnya daripada melaksanakan perintah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Begitu juga dan sikap 'lakonan' Mawi dalam prinsipnya, beliau dilaporkan menolak sekeras-kerasnya jika diminta berlakon untuk watak romantik, adegan panas ataupun berpegangan tangan dengan wanita dan kali terakhir Mawi memegang tangan dan ditonton oleh orang ramai semasa dia dipertemukan oleh RTM dan Astro dengan bekas tunangnya Ina. Ketika itu Ina bersalaman dan mencium tangan Mawi.
Selain itu, beliau dilaporkan juga bimbang perbuatannya itu akan mengguris hati peminat setianya.

Namun yang mengecewakan, menari dan menyanyi bersama penari latar yang berpakaian seksi dan dengan gaya yang menghairahkan, tidak pula menjadi halangan bagi Mawi dan tidak termasuk perilakunya yang sering mengundang fitnah dan gosip oleh media massa yang jelas merendahkan imej seorang yang disifatkan ada nilai agama.

Ada kalangan yang menyimpulkan Mawi ikon yang dilihat punya nilai-nilai atau 'simbol' agama melakukan sikap dan tindakan yang mengelirukan ramai pihak apabila persoalan haram dan halal serta membabitkan hukum-hakam 'diadun' secara bersama baik dari sudut tindakan mahupun perkataan yang dilafazkan.

Fenomena yang dicetus oleh Mawi seharusnya diperhalusi supaya natijahnya tidak merosakkan fikrah dan akhlak para remaja khususnya yang beragama Islam malah pengiktirafan terhadap beliau sebagai ikon dan (lebih tersasar lagi) memiliki salasilah para wali,harus dipertimbangkan semula dan difikirkan dengan hati yang tenang dan waras. - lanh

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 07:27


hairan, kenapa laaa peminat mawi hatta makcik2 yang dah tua terlalu taksub dengan mawi tu... apa aura mawi tu boleh terangkan kubur dari bergelap ke....
tak tau lah apa nak jadi dengan orang melayu ni, artis diangkat martabat hingga melebihi para ulamak. tambah sedih pula bila golongan makcik2 ni terlalu membela mawi hingga tak boleh dikata mawi tu salah....

bila lah minded org melayu islam ni nak berubah, dari menyanjung artis kepada menyanjung ulamak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 14-10-06 07:31


ASSALAMMUALAIKUM...
MAWI...????
Hmmmmmm....sukar nak komen sebab dalam web ni pun mungkin ramai peminatnya...tapi saya bersetuju salah satu pandangan dalam harakahdaily tu...
http://www.geocities.com/tadikaislamalhusna/


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 10:25


buang masa saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

husna_493
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.07.2005
Ahli No: 17529
Posting: 32
Dari: dari sini

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 10:44


apa kllassnye mawi? Kenapa ramai sangat yang suka dia? baik sangatkah dia? baikke kalau orang panggil sampai tiga kali buat tak endah saja? ramai lagi orang lain yang lagi baik dari mawi tu... tapi Kenapa lah ramai yang hanya nampak kebaikan mawi???? bagi saya mawi tidak warak pun. dia seperti seorang yang hipokrit. sebelum ni bersalam, bergambar dengan perempuan boleh saja.. buat persembahan masa bulan Ramadan. macam mana tu? bukannya tak boleh kalau tak terima semua undangan masa bulan mulia ni. penyanyi lain tak miskin pun bila tak ada show bulan Ramadan ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_493Profil   Hantar PM kepada husna_493   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 12:11


hhehehe...baik sangat ke mawi 2????

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

adibahazrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-06 12:43


rezeki masing-masing....

Bookmark and Share

    


  Member Information For adibahazrahProfil   Hantar PM kepada adibahazrah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 15:06


tulah kan bdaya hedonisme mnular

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-10-06 15:37


memang hipokrit

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 15:53


alahai malaysiaku....
ambillah islam secara keseluruhan,
jangan ambil yang ni, tinggal yang tu.
jangan cedok yang ni, tuang yang tu.
inilah yang berlaku kalau islam diamalkan secara cedok-mencedok sahaja....
nak buat macam mana kan....
dah memang malaysia macam tu...
=P

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 17:59


Abu Hurairah and Ka'b Bin Malik (Allah be pleased with them) reported that the Prophet (peace be upon him) said,
"The parable of a believer is that of a fresh and moist plant; the wind tilts it this way and that way; and so is the believer; he continues to be subject to affliction. And the parable of a hypocrite is that of a firm cedar tree; it does not shake, until it is uprooted all at once."
(Al-Bukhari and Muslim)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 22:08


mawi oh mawi..entah lah..kita tak boleh nak nilai org secara keseluruhan..hanya ALLAH yang tahu..maybe mawi dah try bagi contoh yang terbaik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 22:11


biasa lah tu...
kalau dah namanya dia tu semua orang kenal...
ada pulak gosip sana sini...
hmmmmm.....

tapi kalau niat dia betul..
niat dia ikhlas kerana Allah,
biarlah...
tu urusan dia dengan Allah...

yang kita nak tambah dosa nak
bercakap2 pasal hal dia Kenapa?

tak pasal2 tambah dosa di bulan puasa ni...
hehehe :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

affenry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 01:17


salam................
hehehehehehehe
sana sini mawi.......
Kenapa ye ramai yang suka sangat kat mawi tu????
bukan apa.........
cb sahabat2 bayangkan.........
ramai org sggp bhabis duit untuk beli tiket, album, dan macam lagi.....
tapi Kenapa untuk sedekah kat msjd or org mskin pun susah sangat??????
persoalannya...
adakah beli tiket, album,sms tu lebih penting dan afdal daripada sedekah pada fakir yang menderita kelaparan?????
tidak sempurna iman seseorang selagi ada kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat andai nya yang tidur dalam kelaparan kerana kemiskinan.....................
fikir2 kan lah........
salam...................

Bookmark and Share

    


  Member Information For affenryProfil   Hantar PM kepada affenry   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 19-10-06 01:57


mawi poyo...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 248
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 19-10-06 07:58


Sedih-sedih, sedih dengan kenyataan artis-artis kita. Bimbang jika pendapat mereka dipetik sebagai hujjah oleh anak-anak kecil dan remaja yang tak begitu faham..

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 08:40


Mawi ini siapa ya? penyanyi ya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 09:36


salam...

mengapa akhir zaman ni banyak artis2 dipuja2...wajarkah malaysia yang dikatakan sebagai negara islam yang hebat,yang mempertahan dan memperjuangkan islam mengajurkan bermacam jenis rancangan realiti yang melahirkan artis2 yang sedikit pun meningkatkan ekonomi negara dan orang melayu khasnya...taubatlah...ulama dibuang artis disanjung...ulama bercakap orang membantah dan tutup telinga,artis bercakap orang dok ikut perkembangan sampai jadi fitnah yang merosakkan umat...masyaAllah...ana rasa tidak wajar artis2 dijadikan role model terutamanya mawi...siapa role model kita sebenarnya tuan2?? nabi S.A.W,tiada tolok bandingnya sifat dan tingkah lakunya...sedarlah wahai warga ukhwah yang mulia,dunia diambang kehancuran,umat islam ditindas hebat,pencabulan agama semakin berleluasa,perpecahan umat sedang berlaku disana sini...mengapa kita dok sokong benda-benda yang menjurus kepada maksiat..sanggup berhabisan untuk makhluk yang langsung tak ada kuasa langsung,yang tak boleh bagi manfaat mahupun mudarat...na'uzubillah...ya Allah selamatkanlah dan jauhilah kami dari azab nerakaMu....amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 09:45


ana memang tak faham mengapa orang dok minat sangat dengan mawi tu??nak kata dia pendokong agama...bukan...nak kata dia pendakwah...pun bukan...ana risau sangat dengan keadaan umat yang semakin hanyut asbab artis2 yang hanya merosakkan dan mencemarkan agama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 09:48


bagi ana mawi bukanlah ikon yang baik dan memang tak sesuai dijadikan contoh...bukan saja mawi tapi semua yang dinamakan artis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 10:10


kenapalah ramai orang suka kutuk2 mawi ni?
ana ni bukanlah peminat mawi
tetapi secara peribadi, ana rasa dia lebih baik berbanding artis2 lain.
teringat cerita azmil mustapha (ali setan), dia kata masa jadi artis dulu, jangan kata nak solat, solat pun dah tak ingat macam mana, al-fatihah pun dah lupa, tetapi Allah itu maha pengasih, Allah telah beri dia taufik dan hidayah...

apa yang berlaku kepada mawi ni sebenarnya dugaan Allah tehadap dia untuk menguji sejauh mana keimanan dia terhadap Allah.

kita semua ni belum diuji lagi keimanan....jangan mengata orang lebih-lebih pulak! kita pun tak tahu sama ada kita mati ni dalam islam atau kafir!

oleh itu, sama-samalh kita berdoa agar Allah memelihara iman kita dan matikan kita dalam Islam.
dan sebaik-baiknya berdoalah agar mawi berubah ke arah yang lebih baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-10-06 12:08


tak ada topic lain ke......baik lah banyakkan zikir dr dok fikir pasal mawi tu.....tak pasal2 dapat dosa kering,sedangkan mawi tu sendiri tak kenal pun siapa kita ni.....kita sendiri tak tahu keadaan kita di akhirat nanti......adakah kita terlalu sempurna.....tepuk dada tanya iman.......

sama-sama kita berdoa agar dia sempat bertaubat sebelum mati.....dan untuk kita juga...semoga mati dalam iman

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 12:26


Adakah kita tengah menfitnah atau mgupat ???? tidak sheikh... kita muzakarah... bagi mcari jalan pnyelesaian dalam realiti kita sekarang......
"Allah itu cantik, dan Dia suka kepada kecantikan" cantik disini termasuk juga seni.... so, berhibur itu tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, yang salah..............??????
Kitalah yang bsaklah kerana tak pandai memilih dan berlebih-lebihan....
Hendolisme adalah kanser yang paling kronik untuk umat islam.... nak tak nak kita tpaksa menghadapinya.... caranya yang paling bkesan....??

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-10-06 14:00


boleh nak muzakarah....tapi jangan sampai sebut nama orang tu.....dah termasuk dalam mengaibkan orang tu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 14:07


bukankah krj Kelantan akan jemput mawi sekali lagi sempena ulangtahun MPKB-BRI yang pertama?

nak tahu, apa juga pendapat ahli ukhwah yang kritik2 mawi ni, dengan tindakan krj negeri?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 19-10-06 14:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 22:48


saya bukanlah peminat mawi..tapi pendapat saya setiap orang ada kelebihan dia,kekurangan dia..
tapi sayang mawi yang dulunya tak sama dengan mawi sekarang..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-10-06 01:17


assalamualaikum...

agaknya Mawi terlupa malam tu malam dalam bulan Ramadhan, tak begitu?... :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 20-10-06 06:06


mawi world.
mawi mars.
sering bersiul,
jadi malas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-10-06 07:32


Pada 19-10-06 08:40 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

Mawi ini siapa ya? penyanyi ya?


mawi belum pemes lagi nampaknya


-----------------
"Whenever there is justice, There is a life" ... HUndred Beast Sentai ! Gaoranger !!


Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 09:11


bukan mengumpat, tapi bila kemungkaran berlaku depan mate walaupun dilakukan oleh orang yang berperawakan baik, patutke kita berdiam diri?????
anis taknak jadi syaitan bisu...
kat mana baiknya mawi tu kalau nak dibandingkan dengan artis2 lain????
dia tak salam perempuan???dia tak nyanyi (buat konsert?)dalam bulan ramadan????berapa ramai yang tinggal sembahyang nak tengok konsert yang WORLD tu???? memang nak WORLD saja lah agaknya, bawaklah WORLD jumpa malaikat dalam kubur sok kalau tak boleh jawab soalan mungkar dan nakir.......
tu lah manusia akhir zaman, kesalahan walaupun depan mate, boleh dikatekan baik????
astaghfirullah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 09:35


Hi fathurrahman..macam tak setuju saja kerajaan klatan jemput mawi.... program yang lepas mmang ada jemput mawi...dan ana sdiri boleh berikan hujahnya/motifnya...
untuk prgram akan datang belum confirm lagi.... so buat apa kita nak pertikai lagi... entah jadi entah tidak ??? Anta ni... tak habis2 nak padang sinih pada org... dalam pas ada Dewan Ulama'... so pkr sbegini pasti akan dbahaskan sebelum dputuskan... anta jadi ulama' lah kalau nak turut serta dalam bbahas juga...Kaji quran.. jangan kaji hadis smata2..

Ttng muzakarah/mgata.... ada stegah ustaz mgatakan dharuskan untuk individu/ kumpulan ttentu demi sebagai fazakkir kepada org awam... contoh dalam al-quran banyak dceritakan kburukan firaun, karom, haman, sehingga abu lahab....begitu juga sekarang ini.. boleh kita sebagai org wam muzakarah, individu ttentu seperti ustaz2/ ilmuan2... sebab kmugkinan dia mbawa kesesatan/ kkeliruan kepada kita dan sahabat kita... contoh Abuya& ayah pin...
kemudian invidu idol/pujaan seperti artis juga perlu kita bbincang tentang kbaikan & kburukkan nya..agar kita dapat jadikan sempadan..
kalau kumpulan tetentu juga perlu... demi kmaslahatan bersama... seperti krajaan... kita tegur/ ingatkan tentang amanah yang masih terabai dan sebagainya.. kmmudian kumpulan seperti TNB, petronas, telecom etc... demi kmaslahatan bersama agar ia tak mbebankan kita.... Ok, kita dapat mnilai....
apapun islam mpunyai pengukur... iaitu wasatiah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 09:48


Apapun bagi ana mawi agak baiklah bbanding artis2 / pnyayi2 lain......(yang bukan bteraskan islamlah) jangan samakan kumpulan nasyid pulak...
maaf bukan bmaksud ana pminat mawi tau..cuma lagu seroja ana hafallah..tapi vesi ustaz akil haiy...

Ttng mawi ana takut.... dia mjadikan islam sebagai penyamaran dalam kariernya... sebab pminatnya mgangap dia islamik... so ana takut pkr ini menjadi salah tafsir tentang islam dalam mindset anak2 muda kita... shingga mugkin lahir M.Rajoli kdua... harap taklah..

Cuma kita sebagai saudara seagama, sama-sama kita beri hidayat agar mawi adalah asmawi sebelum jadi juara AF3... kita bdoa agar dia kembali kepada pangkal jalan... kerana ini tidak mustahil.... kalau kita tengok dah ramai ustaz2 yang dahulunya artis dan sekarang jadi pceramah2 seperti ustz akil haiy, ustz azmil mustafa, ustaz sheqal, ustaz ito dan banyak lagi....
dan ramai juga artis2 lain yang tlah turut sama berubah macam wardina, uji amad daud, ema fatima dan banyak lagi...
tak mustahil slepas ini mawi dan siti.... insya'Allah..mungkin berkat bulan ramadhan mereka brubah....tanda-tanda awal dah nampak.. macam mawi tak nak bsentuhan semasa blakon... siti nak pakai tudung slepas balik haji... so.. kita doakan mereka dberi kekuatan... setiap pjuangan pasti bhadapan dengan mehnah dan tribulasi...
Takbir !!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 16:07


semua org fitrah smulajadi inginkan kebaikan... macam tu juga, misha omar.. dia pun nak juga anak angkatnya menjadi seorang anak yang beriman..
...............................................................................................
Hiburan

Misha Omar mahu jadi ibu susuan Adam Emir
Oleh WANDA IDRIS



Misya mendukung erat anak angkatnya, Muhammad Adam. Emir
--------------------------------------------------------------------------------



SYAWAL ini merupakan sambutan hari Lebaran yang paling istimewa lagi membahagiakan bagi Misha Omar. Masakan tidak, dia bukan sahaja menyambut kedatangan Syawal bersama keluarga tercinta.

Lebih penting, buat pertama kalinya, Lebaran ini, dia sudah bergelar ibu.

Muhammad Adam Emir, empat bulan, merupakan cahaya cinta baru Misha yang bukan sahaja menceriakan dirinya tetapi juga keluarga Misha.

“Dia buah hati saya. Dua tahun saya mencari dan hasrat mengambil anak angkat sering tidak kesampaian kerana pelbagai sebab.

“Rupa-rupanya rezeki saya adalah untuk Adam. Pertama kali menatap wajah Adam (ketika usianya dua hari), saya mengalirkan air mata.

“Hari Raya ini saya begitu teruja untuk membawa Adam menziarah sanak saudara di kampung dan paling lucu, Mimi (kakak dan pengurus Misha) yang paling beria-ia menyediakan persiapan raya Adam. Tak boleh nampak barangan bayi, pasti dia akan beli,” kata Misha berkongsi cerita dengan Mega.

Biarpun ketika ini Muhammad Adam Emir dijaga oleh ibu Misha di Kota Bahru, Kelantan, tetapi Misha sendiri akan memelihara anaknya itu apabila usianya meningkat lapan bulan.

“Saya gembira mempunyai anak. Saya merasakan kehidupan bukan sahaja lebih sempurna, malah lebih bertanggungjawab,” kata penyanyi yang kini semakin popular dengan single terbarunya, Nafas Cahaya.

Sekalipun hanya bergelar ibu angkat, Misha menegaskan tetap ingin merasai nikmat menjadi ibu sebenar dengan menjadi ibu susuan Muhammad Adam Emir.

Justeru, Misha telah mencuba pelbagai kaedah termasuk bertemu pakar untuk merealisasikan impiannya itu.

“Malangnya setelah menjalani prosedur yang sepatutnya dan mengambil pil yang diberikan doktor, saya masih gagal menjadi ibu susuan.

“Bagaimanapun saya bersyukur, kerana kebetulan adik saya, Shafikah baru saja melahirkan anak lelaki dan saya menjadikannya sebagai ibu susuan Adam,” jelas Misha.

Dan secara berseloroh, Misha berkata: “Kalau ditakdirkan saya berkahwin suatu hari nanti, bakal suami saya perlulah bersikap terbuka dan memahami bahawa diri ini sudah ada ‘orang lain’ sebelum dirinya.

“Kerana selepas ini, saya merancang untuk mengambil seorang anak angkat perempuan pula,” kata Misha yang telah menyiapkan nama bakal anak perempuan angkatnya itu sebagai Lara Mustika.

Misha yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama ibunya, Zainab Mt. Nor pada 13 Oktober lalu juga memberitahu:

“Ketika di sana saya berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan kepada Adam. Saya berdoa agar Adam menjadi anak yang beriman, mendengar kata dan pintar.”

Misha dan ibunya mengerjakan umrah selama dua minggu sejak 28 September lalu.

“Sebenarnya saya bercadang untuk mengerjakan umrah sejak Ramadan tahun lepas tetapi ketika itu saya dan keluarga sibuk dengan urusan perkahwinan adik yang dilangsungkan semasa musim Aidilfitri.

“Kemudian saya mendapat Adam dan hasrat itu dipendamkan sekali lagi memandangkan Adam masih bayi.

Bercerita tentang album barunya pula, kata Misha, ia masih dalam pembikinan dan dijadualkan berada di pasaran selewat-lewatnya awal tahun depan.

Setakat ini, proses rakamannya telah siap 60 peratus dan antara komposer yang terlibat dalam penerbitan album kali ini ialah M.Nasir, Cat Farish, Ajai dan Tam Spider.

Mengakui proses pembikinan albumnya kali ini agak memakan masa.

“Kami cuba menyajikan sesuatu yang baru dan belum pernah didengar.., sesuatu yang segar dan indah.

“Justeru, ia memerlukan masa untuk direalisasikan dan saya perlu bersabar untuk melihat hasilnya,” jelas Misha yang telah memulakan proses rakaman sejak beberapa bulan lalu.

Diterbitkan oleh Ramli masa, Misha juga gembira apabila lagunya Nafas Cahaya, ciptaan M. Nasir dan lirik nukilan Loloq yang unik melodinya itu semakin mendapat perhatian pendengar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 18:24


Pada 20-10-06 09:35 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Hi fathurrahman..macam tak setuju saja kerajaan klatan jemput mawi.... program yang lepas mmang ada jemput mawi...dan ana sdiri boleh berikan hujahnya/motifnya...
untuk prgram akan datang belum confirm lagi.... so buat apa kita nak pertikai lagi... entah jadi entah tidak ??? Anta ni... tak habis2 nak padang sinih pada org... dalam pas ada Dewan Ulama'... so pkr sbegini pasti akan dbahaskan sebelum dputuskan... anta jadi ulama' lah kalau nak turut serta dalam bbahas juga...Kaji quran.. jangan kaji hadis smata2..

apa masalah kamu? kalau nak jawab, jawab sajalah. kalau tak mahu tak payah jawab, ana pun tak paksa. Kenapa dada kamu penuh dengan prasangka?

kamu berhujah sana sini dengan membawakan ayat2 Quran, tapi malangnya kamu sendiri tak ambil peduli isi ayat yang kamu copy & paste tu. cakap tak serupa bikinlah!


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain......" (QS 49: 12)


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 20-10-06 18:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 23:49


S: Mawi-mawi, nak buat baik pun kena perli ???

J: siapa suruh dia jadi Mawi sangat :lol:

tentang kerajaan kelantan nak jemput mawi sekali lagi tu apa nak kecoh, siapa yang dijemput tak penting, yang penting adalah kalau ada konsert, perjalanan konsert tersebut sama ada bertepatan dengan Islam atau tidak?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 00:10


Pada 20-10-06 23:49 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!


tentang kerajaan kelantan nak jemput mawi sekali lagi tu apa nak kecoh

kecoh ke? pertanyaan ana hanya sebaris saja, cuba ibnu_musa baca elok-elok

ana tujukan pertanyaan tersebut pada mereka yang kritik mawi macam nak rak, sampai dia nak berubah pun kamu kata hipokrit (hebat betul tahap ilmu ahli ukhwah ni, kasyaf2 belaka). sejak bila kamu belajar baca isi hati org lain?

cuba ikut contoh TGNA, masih nampak kebaikan yang ada pada mawi & mahu dimanfaatkan pada lorong yang betul. siapa tahu suatu hari nanti mawi akan berubah

yang mengutuk macam nak rak & tuduh org hipokrit tu, cermin2 lah diri. kamu tak kena lagi ujian yang Allah timpakan pada mawi. esok lusa jika kamu kena, belum tentu kamu lebih baik daripada mawi

fikir2 kanlah

p/s: ana bukan penyokong mawi, tapi nak kritik org pun berpada-padalah. sampai pertikaikan niat dalam hati org lain tu melampaulah


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 21-10-06 07:24


kadang-kadang bila baca artikel ibnu musa ni,nampak orang yang pandai bercakap....tapi itulah,bila banyak sangat bercakap ni,jadi siru...benda yang yang sepatutnya berbalah pun jadi berbalah...mm,banyak kali jugak saya tengok..tak apa,mudah2an satu hari nanti kita berjumpa...saya nak tengok siapa dia ibnu musa ni...:-) hebat sangat ke orang nya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 07:48


Pada 21-10-06 07:24 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

kadang-kadang bila baca artikel ibnu musa ni,nampak orang yang pandai bercakap....tapi itulah,bila banyak sangat bercakap ni,jadi siru...benda yang yang sepatutnya berbalah pun jadi berbalah...mm,banyak kali jugak saya tengok..tak apa,mudah2an satu hari nanti kita berjumpa...saya nak tengok siapa dia ibnu musa ni...:-) hebat sangat ke orang nya?

ish, apa maksud kata-kata ni?

siapa yang berbalah kat sini, cuba bagi list nama2 orang yang berbalah dalam tajuk ni, nak tau juga...

atau saudara sendiri yang nak cari gaduh niii? :lol:

p/s: masa baca posting tu cubalah berhusnul-zhan, baca dengan tenang dan jangan cepat berprasangka buruk, okay?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

muslimah_girl
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2006
Ahli No: 27012
Posting: 53
Dari: depan pc

italy  


posticon Posting pada: 21-10-06 17:29


buang masa saja cakap pasal ni....... jomlah kita beribadat kepada Allah sebelum muncul bulan yang baru......insyaallah mudah-mudahan Allah akan memberi kita hidayahnya dan rahmat.......

Pasal Mawi??? kita jangan ngumpat boleh tak??

1 soalan

apakah persediaan anda semua menghadapi mati?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_girlProfil   Hantar PM kepada muslimah_girl   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 17:40


!!! QUOTE !!!

S: Mawi-mawi, nak buat baik pun kena perli ???

J: siapa suruh dia jadi Mawi sangat

tentang kerajaan kelantan nak jemput mawi sekali lagi tu apa nak kecoh, siapa yang dijemput tak penting, yang penting adalah kalau ada konsert, perjalanan konsert tersebut sama ada bertepatan dengan Islam atau tidak?


bunyi nya.. seperti melawak sahaja..
itu bagi jawapan J

** ana bukan memihak ibnu musa pula..
nawaitu tu.. boleh tanya pada ibnu musa..
em.. kadangkala kata-kata kita terlontar spontan..
walaupun realiti sebenarnya..kita bukan bermaksud demikian..

tentang kelantan..
em.. ye lah..
hiburan mendidik jiwa..
tak salah hiburan ni..
cuma.. kena ada cara yang betul....
so.. dgrlaa lagu raihan..

berhibur tiada salahnya..
kerna hiburan itu indah..
hanya pabila salah memilihnya..
membuat kita jadi bersalah...
:roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 17:56


!!! QUOTE !!!

kadang-kadang bila baca artikel ibnu musa ni,nampak orang yang pandai bercakap....tapi itulah,bila banyak sangat bercakap ni,jadi siru...benda yang yang sepatutnya berbalah pun jadi berbalah...mm,banyak kali jugak saya tengok..tak apa,mudah2an satu hari nanti kita berjumpa...saya nak tengok siapa dia ibnu musa ni... hebat sangat ke orang nya?


ait..bunyi.. macam marah saja ni..
sabaq..sabaq..

don't judge macam tu..
semua insan.. ada kelebihan..kekurangan masing-masing..
kita berkongsi ilmu yang ada..
tak baik. riak.. bongkak.. sombong dan kedekut ilmu..

cuma..kita kena pastikan.. ilmu itu dari sumber yang sohih...
jangan pula dari sumber yang sesat..au..yang was-was..

rasanya.. topik mawi ni.. tak perlu dibesarkan lagi..
biarlaaa apa yang nak jadi pada dia..
rezeki dia..

em.. maaf.. pada yang peminatnye..
ana tak minat bebudak AF ni..huhu..

so... betul apa yang muslimah-girl tu war-warkan..
dari kita dok kecek pasal mawi ni..
bukan nya dapat paedah punnn.. baik cakap benda yang perlu..
laghooo jee... em..em..

samihni..
ini ayat ana.. kalam ana..
so.. maafkan ana kalau ada yang terguris dengan kalam ana..
wallahua'alam..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-10-06 18:14


!!! QUOTE !!!

kat mana baiknya mawi tu kalau nak dibandingkan dengan artis2 lain????
dia tak salam perempuan???dia tak nyanyi (buat konsert?)dalam bulan ramadan????berapa ramai yang tinggal sembahyang nak tengok konsert yang WORLD tu???? memang nak WORLD saja lah agaknya, bawaklah WORLD jumpa malaikat dalam kubur sok kalau tak boleh jawab soalan mungkar dan nakir.......
tu lah manusia akhir zaman, kesalahan walaupun depan mate, boleh dikatekan baik????
astaghfirullah....


hehe...
c... betul tu..

memang sejak mula.. dia masuk AF..
boleeh lah agaknya.. nak cakap dia ok..
then.. dah lama-lama.. haaa...

* ana tak tengok AF.. tapi.. ramai kawan dok cerita..
ana dengar begitu saja..

mawi ni.. boleh juga nak jadi ikutan remaja..
ada juga ciri islamik tu..
cuma.. kena molekkan lagi...

kalau dulu.. tak salam dengan kaum muslimah..
biarlaaa ianya still sampai bila-bila..
bukan hanya sementara saja..

tonjolkan sifat ISLAM dengan sebaiknya..

!!! QUOTE !!!

cuba ikut contoh TGNA, masih nampak kebaikan yang ada pada mawi & mahu dimanfaatkan pada lorong yang betul. siapa tahu suatu hari nanti mawi akan berubah

yang mengutuk macam nak rak & tuduh org hipokrit tu, cermin2 lah diri. kamu tak kena lagi ujian yang Allah timpakan pada mawi. esok lusa jika kamu kena, belum tentu kamu lebih baik daripada mawi

fikir2 kanlah


setiap insan.. ada kebaikan.. ada juga kekurangan nya..
so.. kita ambil..kita ikut yang baik..
yang kurang baik tu.. kita janganlaa p ikutt juga..
em..em.em..

dah laaa.. penat cakap pasal mawi ni..
sampai bila pun..tak habis.
nanti macam-macam lagi ceritanya..
masuk pula ina....bla..bla..bla..

wallahua'alam.....

:roll: :roll: :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-10-06 17:33


Syukran fathurrahman, kerana menegur ana jangan cakap tak serupa biking...atau biking tak serupa cakap.....hehe... mudahan ana insaf....semoga diampunkan...dan telepas dari golongan yang dmaksudkan dengan ayat ini...
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan"
as-saff ayat 2-3...

Ana juga harap anta pun bkeadaan sama....jangan nak mbangkang tak tentu pasal saja...ok, sorry...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 10:38


Salahkah Mawi Menjadi Baik?
    
Bukan peminat dunia artis hatta bukan jua peminat Mawi.. saja fwd komen dpd seseorang...

Salahkah Mawi menjadi baik ?

itu | Oct 10, 06 | 01:02:54 PM
Oleh Muhammad Safwan bin Hussin audara pengarang
Petang tadi saya terlihat satu tulisan di akhbar Harian Metro (7 Oktober 2006) dengan tajuknya ' Zon Abie: Industri hiburan lain macam sikit'. Saya pada mulanya tak berapa kisahkan tulisan itu kerana saya bukanlah suka sagat mengambil tahu tentang dunia hiburan. Bagaimanapun saya merasa terpanggil untuk membaca dan meneliti tulisan tersebut kerana terpampang gambar dua pelakon lelaki yang tersohor di Malaysia, M. Rajoli dan Rosyam Nor.

Isunya adalah berkaitan dengan kenyataan Mawi kepada media yang meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon. Walaupun kita sedia maklum selama ini Mawi tidak menjaga bab bersentuh ini, namun sedikit sebanyak kita berasa lega kerana tindakan Mawi ini dirasakan untuk membetulkan kesilapannya yang lalu dan untuk membuktikan, berlakon tidak salah selagi diletakkan dalam ruang lingkup syariat.

Namun saya berasa sangat kecewa dengan respon 2 pelakon lelaki tadi dengan kenyataan Mawi tersebut. Kata penulis tersebut :

"Syarat juara Akademi Fantasia 3 itu semacam memandang rendah pekerjaan yang menjadi sumber rezeki pelakon lelaki."

Sepatutnya setiap orang yang mengaku dirinya Islam berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebegini. Ini kerana syarat yang diletakkan Mawi itu bukan perkara baru. Malah itulah syarat yang diletakkan Allah SWT. Tidak timbul soal memandang rendah atau tidak pada pekerjaan golongan terbabit.

"Bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim memang hukumnya haram. Itu sudah termaktub tetapi Rosyam kata, kalau Mawi boleh bersalaman dengan peminat atau orang media (wanita), Kenapa di dalam filem tidak boleh?"

Ya, Mawi telah melakukan kesilapan dengan bersalaman dengan peminat wanita. Tapi dalam hal ini, kita sepatutnya bersama dengan Mawi untuk membetulkan kesilapannya dan menegakkan prinsip yang dipegangnya.

Tambah memeranjatkan saya ialah kenyataan dari seorang pelakon lelaki veteran yang dinyatakan penulis sebagai bekas bilal, M. Rajoli. Walaupun saya tidak menyenangi beberapa aksi di dalam lakonannya, namun pada saya setakat ini dialah antara pelakon lelaki yang 'warak'.

"Hukum berdosa atau tidak bersentuhan ini sudah ditentukan Allah. Tetapi ini kerja saya, kalau saya tidak memberi nafkah kepada anak bini, tentu lebih berdosa. Entah-entah anak boleh jadi perompak untuk hidup."

Kenyataannya ini sangat berbahaya kepada orang awam. Lebih-lebih lagi yang tidak memahami Islam. Dari kenyatannya ini dia sendiri mengakui yang dia Ttahu bersentuhan itu haram. Namun kaedah yang diguna pakainya itu amat-amat tidak kena dan bercanggah dengan prinsip syariat. Adakah pekerjaan di Malaysia ini hanya berlakon?

Saya kira kalau hujah beliau ini diguna pakai, maka para pelacur juga boleh menggunakan hujah sedemikian rupa. Mengambil satu mudarat untuk mengelak mudarat yang lebih besar kononnya, maka mereka melacur untuk mengelak anak-anak merompak. Tidak sepatutnya seorang 'bekas bilal' mengeluarkan komen yang menampakkan kedangkalan beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa Allah SWT memberi kita peluang untuk mencuci dosa bahkan turut memberi perumpamaan yang tidak relevan. Dia mengambil contoh kita membuang air besar, kalau tidak dicuci, ia akan bertambah busuk. Tetapi kalau dicuci selepas setiap kali membuang, ia akan sentiasa bersih.

Bolehkah taubat diumpamakan dengan mencuci najis selepas membuang air besar? Kalau inilah perumpamannya, maka pada dia segala dosa yang kita lakukan itu hanyalah seperti membuang air besar sahaja.

Tidak tahukah dia bahawa syarat taubat itu ialah menyesali dosa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meninggalkan terus perlakuan maksiat itu, dan berazam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi. Seolah-olahnya pada dia pada malam hari kita bertahajud, solat taubat sambil mata menangisi dosa-dosa yang dilakukan, dan siang hari pula kembali mengulangi dosa tersebut. Dia juga menyatakan :

"Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atib jalankan tugasnya"

Bukankah banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis nabi SAW yang menerangkan kewajipan untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Pekerjaan kita bukanlah untuk mengira amalan orang lain. Tetapi setiap yang salah harus diperbetulkan.

Maksud sabda Nabi SAW "Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegahnya dengan tangan. Kalau tidak mampu, hendaklah ia mencegah dengan lidah. Dan kalau tidak mampu juga, hendaklah ia menecegahnya dengan hati. Dan itulah selemah-lemah iman".

Saya bukanlah peminat Mawi. Tapi pada saya respon yang diberikan oleh dua pelakon terbabit terhadap syarat Mawi ini agak keterlaluan. Keterlaluan terhadap Mawi dan keterlaluan terhadap aqidah kita sebagai seorang muslim. Saya tidak nampak sebarang niat tidak baik daripada Mawi semasa mengeluarkan kenyataan ini, jauh sekali memandang rendah terhadap pekerjaan orang lain.

Saya sendiri secara peribadi tidak menghina pekerjaan mereka sebagai pelakon. Tapi bila dibiarkan kenyataan-kenyataan jahil keluar di media, maka orang yang tidak faham Islam akan menjadi lebih keliru. Sedangkan jarang-jarang sekali dipaparkan kenyataan-kenyataan alim ulama', melainkan kenyataan-kenyataan yang kontroversi untuk diputarbelitkan.

Cukuplah Islam dihina di luar negara, oleh musuh-musuh Islam. Janganlah pula ada umat Islam yang jahil dan menambahkan kejahilan orang lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 31-10-06 12:12


salah tu tak salah
tapi kena paham paham sendirilah
jangan terlalu TAKSUB sudahlah
apalah kita dapat.
Hanya mengabih kan boreh dan current saja.
lebih baik kita menyanjung NABI MUHAMMAD S.W.A
lagi banyak faedahnya.
jangan marah ya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 12:37


Pada 18-10-06 22:11 , qibtiyah posting:

!!! QUOTE !!!

biasa lah tu...
kalau dah namanya dia tu semua orang kenal...
ada pulak gosip sana sini...
hmmmmm.....

tapi kalau niat dia betul..
niat dia ikhlas kerana Allah,
biarlah...
tu urusan dia dengan Allah...

yang kita nak tambah dosa nak
bercakap2 pasal hal dia Kenapa?

tak pasal2 tambah dosa di bulan puasa ni...
hehehe :-)


betul tu... sema hamba Allah kan.... buruk baik dia Allah yang nilai kan... kita cerita kat sini kan makin tambah dosa kita pulak .... biasalah org nak buat baik ni memang payah dapat sokongan org kan......2


-----------------
iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan di buktikan dengan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

hazi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2006
Ahli No: 27127
Posting: 146
Dari: malaysia

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 01-11-06 13:17


buat apelah kita nak sibuk bercerita pasal artis..
kan banyak lagi benda yang berfaedah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For haziProfil   Hantar PM kepada hazi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.178577 saat. Lajunya....