Pernahkah anda menerima / memanjangkan (forward) email seperti ini atau seumpamanya......
Send this kalimat to 12 nice persons and your financial position improves within 12 hrs.100% gerenti. Memang aneh tapi NYATA!
Pekara ini adalah menyalahi syara' dan HARAM disebarkan
1. Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang murni berdasarkan firman Allah: Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan.
2. Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu menyalahi syara' (hukum Allah). contohnya: kita disuruh berusaha menghilangkan dahaga TETAPI janganlah berusaha dengan cara minum arak. Kita disuruh berusaha menghilangkan sakit TETAPI janganlah dengan cara menggunakan jin/ syaitan/jembalang. Kita disuruh berusaha mencarai rezeki TETAPI janganlah mencuri @ merompak @ peras ugut.
Demikianlah dalah perkara ini, kita disuruh berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.
3. Apa yang membimbangkan ialah kalimah
SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL
POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERENTI.MEMANG ANEH TAPI NYATA,
dah ada tuhan lain ke yang makbulkan doa kita?????.
suatu kalimah yang boleh membawa kepada 'khurafat' dan 'syirik'.
4. Oleh itu , berhati-hati dan hentikan 'kerja yang tidak berfaedah ini'.
Jangan menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.
5. Jika ada yang mempercayai kata-kata tersebut,Siapa yang sanggup menjawab di hadapan ALLAH Ta'ala.
Firman Allah
"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya.
(Surah Al-Isra': 36)
6. Sila 'forward'kan e-mel ini kepada mereka yang saudara/saudari telah hantar perkara tersebut atau saudara/saudara akan menjawabnya di hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala nanti.
Sekian.
copy paste...
-----------------
Ya Allah,layakkah ana untuk merindui syurgaMu di mana syaitan dan hawa nafsu sentiasa membisikkan ana supaya melupakan suruhan2MU.Ya Allah,selamatkanlah ana