Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
halawatuliman: 4 hari yang lalu
nabilah: 4 hari yang lalu
aye: 5 hari yang lalu
tereturubuzu: 14 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 25 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Suami pilihan hati...baca jangan tak baca


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Suami pilihan hati...baca jangan tak baca

Please Mendaftar To Post


Oleh Suami pilihan hati...baca jangan tak baca

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-10-06 15:25


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung agaknya?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Bookmark and Share

  


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 07-10-06 17:14


assalammualaikum...

rimbabara
terharu biru saya baca atikel ini..betullah apa yang dikatakan..
pastinya setiap muslimah mengharapkan sesuatu yang terbaik dan semestinya calon suami sebegini yang diharapkan..namun bukan mudah untuk didapati dizaman ini..agak2 satu dalam seribu..so kaum adam kat luar semua kena buat persediaan untuk jadi calon suami soleh..dan muslimah pulak buatlah persediaan untuk menjadi calon isteri solehah..insyaAllah jilsah rabbani mampu dilahirkan penegak ummah dimasa akan datang...

moga ada lagi pewaris khadijah dizaman serba canggih ini...

wa Allah hu a'lam..


-----------------
hidup ini jihad menuju ilahi


Bookmark and Share

  


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

ayra
Warga Rasmi
Menyertai: 15.09.2006
Ahli No: 26376
Posting: 13
Dari: ulu selangor

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-10-06 19:18


isteri awak tntunya sangat btuah
memang benar mgikut cerita awak,awak adalah suami pilihan hati..

Bookmark and Share

  


  Member Information For ayraProfil   Hantar PM kepada ayra   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 19:52


ada sambungan tak?

Bookmark and Share

  


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 22:41


:)

Bookmark and Share

  


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-06 22:53


:-) ...suami pilihan hati.....


-----------------
'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'


Bookmark and Share

  


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 12-10-06 09:22


bahagia nya Kalau dapat suami macam ni....

Bookmark and Share

  


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 09:24


rasa macam dah pernah baca artikel ni kat forum..

Bookmark and Share

  


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-11-06 22:55


ARTIKEL NI sudah 4 kali di bincangkan............. tapi baik juga..dakwah perlu berterusan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

p6_vi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15864
Posting: 29
Dari: haa?!i?

philippines   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 01:09


adoi...
bagus bangat...!

Bookmark and Share

  


  Member Information For p6_viProfil   Hantar PM kepada p6_vi   Pergi ke p6_vi's Website   Quote dan BalasQuote

jue_86
Warga Rasmi
Menyertai: 02.01.2007
Ahli No: 27983
Posting: 14
Dari: batu pahat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 08:49


suami pilihan hati yang sukar dicari....1 dalam 1000...:)

Bookmark and Share

  


  Member Information For jue_86Profil   Hantar PM kepada jue_86   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 09:18


salam...
huuhuh...terharaunyer baca kesah ini....
suami pilihan hati....sukar ditemui....
moga Allah pelihara....

Bookmark and Share

  


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 09:19


yang banyak keluar artikel selalunya isteri solehah , muslimah impian , tapi tak banyak artikel pasal lelaki soleh , muslim soleh. tu pasal payah agaknya nak cari yang soleh sekarang ni.pasal tatau macam mana yang dikatakan lelaki soleh tu

takkan perempuan saja yang kena solehah,laki pun kena juga.sesamalah kita berusaha untuk menjadi soleh dan solehah.

insyaAllah...


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 04-01-07 09:20 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 09:21


layak ke ana dapat suami sebaik ini?

Bookmark and Share

  


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

maya_sakura
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2006
Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-01-07 10:36


aman rumahtangga dapat suami macam ni...

......................................................

CINTA ITU SUATU ANUGERAH, PELIHARALAH IA dengan SEBAIKNYA..

Bookmark and Share

  


  Member Information For maya_sakuraProfil   Hantar PM kepada maya_sakura   Quote dan BalasQuote

nuhasolehah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25365
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 04-01-07 12:45


moga-moga dapat suami yang soleh begini...amin... :)

Bookmark and Share

  


  Member Information For nuhasolehahProfil   Hantar PM kepada nuhasolehah   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 04-01-07 15:08


mudah2an ana pun dapat suami yang sebegini..
insyaallah..
suami pilihan hati..
insyaallah bahagia hidupku..huhu..

Bookmark and Share

  


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 15:11


mudah-mudahan dapek isteri lelaki begini...

Bookmark and Share

  


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 15:34


kalau kita ikhlas dalam kehidupan...
walau apapun yang jadi, pasti semua ni dapat kita harungi...
banyak kisah kita masing-masing yang boleh dikongsi lagi kan...

Bookmark and Share

  


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

FauziAnuar
Warga Rasmi
Menyertai: 25.11.2006
Ahli No: 27477
Posting: 3
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 19:15


Assalamu`alaikum...

Isteri bukan dicipta dari tulang kepala untuk dijunjung juga bukan dari tulang kaki untuk ditindas.Tapi dia dicipta dari tulang sisi kita(lelaki) untuk disayangi,dibelai serta dididik mengikut acuan ILAHI wa Rasuli...

Pokok kekuatan kehidupan kita di dunia yang penuh dugaan&pancaroba pada diri adalah kekuatan IMAN.Dengannya membantu kita semua berjalan pada landasan menuju ILAHI dengan seperti yang ditunjukkan Rasul kita bagi kaehidupan kita di bumi... Salam `alaikum

Bookmark and Share

  


  Member Information For FauziAnuarProfil   Hantar PM kepada FauziAnuar   Pergi ke FauziAnuar's Website   Quote dan BalasQuote

arsyie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 19:33


manalah nak dapat lelaki macam ni....subhanallah...

ana paling suka dialog dalam satu filem melayu ni..

"isteri bukannya hak milik ,tapi adalah anugerah ....."

wah2..cairrrrrrrrrrrrr.............................

Bookmark and Share

  


  Member Information For arsyieProfil   Hantar PM kepada arsyie   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 20:54


subhanallah....
ya Allah, kurniakanlah aku suami sebegini,
agar aku bisa terus berjalan menyusuri pahit maung dan kesukaran dalam mencari kasihMu ya Allah.... :'(

Bookmark and Share

  


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 13:10


Pada 09-01-07 19:33 , arsyie posting:

!!! QUOTE !!!

manalah nak dapat lelaki macam ni....subhanallah...

ana paling suka dialog dalam satu filem melayu ni..

"isteri bukannya hak milik ,tapi adalah anugerah ....."

wah2..cairrrrrrrrrrrrr.............................



dah jumpa ke "lelaki" ?? kalau dah jumpa suruh lah dia jadi macam tu .. lelaki-2 lain pun belajar lah juga ...



Bookmark and Share

  


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

fazleena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26860
Posting: 214
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 16:32


oh..sweentye..subhanaAllah..ada lagikah lelaki begini..
Kalau jumpealangkah bagusnya kan?.
tapi susahnye nak jumpa..

Bookmark and Share

  


  Member Information For fazleenaProfil   Hantar PM kepada fazleena   Quote dan BalasQuote

fazleena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26860
Posting: 214
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 16:34


"Semoga Engkau menganugerahkan yang terbaik untuk hamba-Mu ini'"
AMIN~

Bookmark and Share

  


  Member Information For fazleenaProfil   Hantar PM kepada fazleena   Quote dan BalasQuote

eyu_extra
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.11.2006
Ahli No: 27251
Posting: 65
Dari: johor

Melaka  


posticon Posting pada: 10-01-07 16:47


syahdunya....

Bookmark and Share

  


  Member Information For eyu_extraProfil   Hantar PM kepada eyu_extra   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 19:22


Pada 09-01-07 20:54 , saussan_saffanah posting:

!!! QUOTE !!!

subhanallah....
ya Allah, kurniakanlah aku suami sebegini,
agar aku bisa terus berjalan menyusuri pahit maung dan kesukaran dalam mencari kasihMu ya Allah.... :'(


:-)
hee..cik saussan hasanah
insyaAllah sama-sama berusaha agar dapat suami
begini... :-D

Bookmark and Share

  


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 19:39


Berusaha jadi macam tu.. insyaAllah.. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 20:46


hm...boleh ke ana jadi suami yang macam ni?....hm...kena belajar ni..

Bookmark and Share

  


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 10:27


Pada 10-01-07 16:32 , fazleena posting:

!!! QUOTE !!!

oh..sweentye..subhanaAllah..ada lagikah lelaki begini..
Kalau jumpealangkah bagusnya kan?.
tapi susahnye nak jumpa..



kalau benar-2 berkeinginan doakan saja ... sebelum berkahwin memang sukar nak tau adakah bakal suami anda nanti akan berkelakuan sedemikian ... walaupun pernah bercouple dan kenal hati budi, itu pun sebenarnya masih belum cukup kerana belum lagi pernah duduk sebumbung ... ramai orang yang sebelum berkahwin, ketika bercouple atau bertunang, tidak menonjolkkan keperibadian dia yang sebenar ...

tu terpulang pada sikap suami/isteri selepas berkahwin nanti dan sejauh mana suami/isteri mahu berikan yang terbaik ..

Jadi doakan sajalah supaya segalanya baik dan selamat untuk kita ...



Bookmark and Share

  


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

hanan_nur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2007
Ahli No: 28138
Posting: 110

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 10:50


Ya Allah,
kurniakan kami pasangan serta zuriat yang menjadi penyejuk di mata dan jadikan kami sebagai pemimpin di kalangan oarang2 yang bertaqwa....

Bookmark and Share

  


  Member Information For hanan_nurProfil   Hantar PM kepada hanan_nur   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 12:53


amin..

Bookmark and Share

  


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

ainabalqis
Warga Rasmi
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14346
Posting: 5
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-01-07 15:48


assalamualaikum...
emm...memang terharu m'bacanye...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ainabalqisProfil   Hantar PM kepada ainabalqis   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 15:55


sapa yang tak nak suami macam ni... :-? :-D

Bookmark and Share

  


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-01-07 15:10


Pada 10-01-07 16:32 , fazleena posting:

!!! QUOTE !!!

oh..sweentye..subhanaAllah..ada lagikah lelaki begini..
Kalau jumpealangkah bagusnya kan?.
tapi susahnye nak jumpa..



insyaAllah..
sama-sama lah berdoa..smge Allah menemukan kita dengan jodoh yang soleh, beriman, bertanggungjawab..insyaAllah..mudah-mudahan

'wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..

:-) :-)
[ Telah diedit oleh: Nadiahsolehah pada 19-01-07 00:36 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

fiezan
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2004
Ahli No: 11836
Posting: 13

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-01-07 16:28


bahgienye dapat suami begini...
kalau lah semua lelaki kat dunia macam rimbara..
bahagia nya perempuan2 kat dunia ni..
terharunye..
insyaallah kekal bahagia selamanye...

Bookmark and Share

  


  Member Information For fiezanProfil   Hantar PM kepada fiezan   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 19-01-07 00:42


:-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 19-01-07 01:15


Hehehe...Perkara yang baik memang semua orang nak tapi payah nak dapat...Kalau dapat suami sebagus tu syukur Alhamdulillah...Tapi kalau dapat yang 'kurang sikit' terima sajalah kekurangannya dengan hati yang terbuka...Tak ada manusia yang 'perfect'...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

  


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-01-07 07:28


mudahan ditemukan dengan suami yang dapat jadi pembimbing pada diri ini dan menjadi ketua keluarga yang cemerlang..insyaallah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

MuzzamMiL1444
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26950
Posting: 90
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-07 11:13


!!! QUOTE !!!

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita.



!!! QUOTE !!!

Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.




Jakallah akhi RimbaBara, ana sebenarnya segan nak reply topik ni sebab ana bukan kaki jiwang karat.. :-D

Cuma iktibar buat diri sendiri.. banyak yang saya belajar.
Jika kisah ni adalah pengalaman sebenar akhi, ana ucapkan tahniah kerana beroleh 'bintang timur'.

Hmm, cuma berkongsi rupanya nasib enta lebih hebat banding ana.
Ana pun ada hobi merenung bintang waktu malam, terutama bila bulan Ramadhan, dan pasang angan-angan yang entah tercapai entahkan tidak..

Wallahualam.

Undur diri.


-----------------
"Kemenangan abadi adalah kemenangan yang bermaruah"


Bookmark and Share

  


  Member Information For MuzzamMiL1444Profil   Hantar PM kepada MuzzamMiL1444   Pergi ke MuzzamMiL1444's Website   Quote dan BalasQuote

Afina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26223
Posting: 219
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-01-07 11:37


Pada 15-01-07 10:50 , hanan_nur posting:

!!! QUOTE !!!

Ya Allah,
kurniakan kami pasangan serta zuriat yang menjadi penyejuk di mata dan jadikan kami sebagai pemimpin di kalangan oarang2 yang bertaqwa....


Amin...

Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami, bimbing lah kami, jadilah kami diantara golongan orang-orang yang soleh/solehah...semoga kami layak mendapat suami/isteri yang baik lagi bertakwa.....

Amin....

Bookmark and Share

  


  Member Information For AfinaProfil   Hantar PM kepada Afina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.146619 saat. Lajunya....