Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Karya Chomsky kritik AS


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Karya Chomsky kritik AS

Please Mendaftar To Post


Oleh Karya Chomsky kritik AS

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 13:44


PRESIDEN Venezuela, Hugo Chavez semasa berucap pada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mengkritik keras dasar luar Amerika Syarikat (AS) dan menyifatkan George W. Bush sebagai ‘iblis’.

Semasa berucap, Chavez memegang sebuah buku Noam Chomsky yang mengkritik AS. Memang nama Chomsky tidak menyenangkan benak pemerintah AS, terutama bagi mereka yang terlibat dalam menentukan dasar luar negara itu.

Ini disebabkan Chomsky selalu mengkritik dasar luar dan kebijakan kuasa besar itu yang sentiasa menindas. Bahkan kini, kritikan tersebut sudah menjadi semacam trademark bagi Chomsky yang sentiasa “berlawanan arah” dengan dasar kebijakan luar AS.

Chomsky bahkan berani berhujah untuk membetulkan dasar luar AS yang dilihatnya sentiasa merugikan negara lain.

Antara sekian banyak isu yang melibatkan Amerika yang dikritik oleh Chomsky ialah tentang penggunaan ‘bahasa terorisme’ dalam perspektif AS. Menurut Chomsky, istilah terorisme pada mulanya bererti tindakan kekerasan dan sadisme untuk menakut-nakutkan. Akan tetapi, dalam ‘kamus’ negara kuasa besar, terorisme adalah tindakan protes yang dilakukan oleh negara-negara atau kelompok-kelompok kecil. Pembunuhan tiga orang Israel di Lanarca adalah terorisme, sedangkan pembantaian di Sabra dan Satila adalah “pembalasan atas tindakan teror”.

Begitu juga pembunuhan terhadap orang awam di Afghanistan yang tidak berdosa oleh tentera AS adalah serangan balas, walaupun dilakukan tanpa bukti.

Dalam sebuah bukunya yang menarik, Pirates and Emperors: International Terrorism in the Real World, Chomsky cuba menunjukkan bahawa AS adalah teroris dan penganjur terorisme. Menurut Chomsky, AS tidak pernah henti-henti ‘bergelumang’ dengan aksi teroris baik ketika menyokong rejim teroris Gracian di Guatemala mahupun melaksanakan aparteid di Afrika Selatan. Begitu juga menyokong terorisme yang berlaku di Israel, sekutu kesayangan Amerika, terhadap rakyat Palestin.

Ironisnya, aksi teror yang dilakukan oleh sekutu Amerika ini tidak dikategorikan sebagai terorisme. Dengan kata lain, sebutan teroris sering merupakan alat untuk menggambarkan lawan politik yang dianggap membahayakan AS. Setelah Rusia ‘jatuh’, Amerika memandang Islam sebagai lawan berikutnya.

Noam Chomsky sebenarnya amat prihatin dengan keadaan sebegini. Mengapa? Kerana rasional manusia itu telah dikendalikan oleh kekuatan raksasa AS. Fikiran manusia telah dikuasai melalui penggunaan kata-kata dan pemberian makna-makna tertentu.

Chomsky menyebutnya the American Ideological System, satu sistem yang mampu merancang dan menghasilkan kata-kata dan ungkapan baru yang indah seperti ‘tata dunia baru’ atau the New World Order. Chomsky juga menyebutnya dengan meminjam istilah George Orwell sebagai Newspeak.

Sejumlah Newspeak telah dirancang untuk membatasi pandangan anda tentang realiti. Sekarang ini, anda mempunyai dua dunia: Dunia yang sebenarnya dan dunia yang terbentuk dalam fikiran anda atau dunia real dan dunia Newspeak. Chomsky telah menghimpun sejumlah kata atau ungkapan yang maknanya telah disimpangkan. “Proses perdamaian” bererti “susulan perdamaian yang ditunjukkan oleh AS”.

Susulan usaha perdamaian yang dikemukakan oleh negara-negara Arab apalagi Palestin (betapa pun realistiknya) dianggap sebagai “penolakan”. Untuk itu diciptakan kata baru buat susulan yang tidak sama dengan susulan Amerika yakni rejectsionisme. Melalui pengendalian makna seperti itu, kita akan bersimpati dengan Amerika yang selalu bersusah payah menciptakan perdamaian. Pada saat yang sama, kita membenci negara-negara Arab yang selalu menolak perdamaian.

Apabila negara-negara Arab mengikut kehendak Amerika, mereka disebut sebagai moderate. Bila mereka menolaknya, mereka tentu saja disebut ekstremis. Tidak hairanlah bila dalam benak anda sekarang, ketika anda merujuk kata “ekstremis”, anda akan memasukkan ke dalamnya Hamas, Hizbullah, Pertubuhan Pembebasan Palestin, Libya, Iran dan Syria.

Bila beberapa orang Palestin mengarahkan pesawat penumpang ke tujuan tertentu, mereka dikatakan melakukan hijacking, tetapi apabila Angkatan Tentera Laut Israel menambak kapal-kapal kecil milik orang Islam, mereka dikatakan sedang melakukan “penangkapan” atau interception. Dalam buku ini, Chomsky melaporkan peristiwa-peristiwa ‘penangkapan’ yang dilakukan oleh Amerika dan Israel. Dan, ternyata hijacking lebih sering dilakukan oleh Amerika dan Israel berbanding dengan negara-negara kecil.

Dalam buku ini, Chomsky secara tegas dan berani menuduh Amerika sebagai “kekuatan teroris utama dunia”. Melalui permainan ‘bahasa’, Amerika sebenarnya menentukan hala tuju dunia menurut kehendak mereka. Tidak hairanlah Chomsky muncul sebagai sosok yang dibenci oleh pemerintah Amerika.

Siapakah sebenarnya Noam Chomsky? Chomsky sebenarnya seorang pakar bahasa atau linguistik yang luar biasa dan mempunyai “kelas” tersendiri di kalangan intelektual Amerika. Chomsky meraih Ph.di di Universiti Pennsylvannia untuk kajian linguistik, matematik dan falsafah. Kajiannya tentang generative grammar telah meletakkan Chomsky pada kelas tersendiri dalam bidang linguistik. Penemuan itu bermula daripada perhatiannya yang tinggi pada dasar-dasar logik moden dan matematik. Hasil penemuan itu diaplikasikan dalam bentuk deskripsi dalam bahasa-bahasa secara alamiah. Bagi Chomsky, bahasa adalah fenomena generative tinggi yang sifatnya abstrak.

Di Massachusetts Institute of Technology, Chomsky memegang kerusi Ferrari P. Ward untuk bahasa moden dan linguistik. Beliau menerima berbagai penghargaan akademik dari universiti ternama dunia, antaranya, Universiti London (1969), Universiti Chicago (1960), Universiti Oxford dan Universiti California Berkeley.

Kecemerlangannya dalam dunia akademik tidak membuat fikiran-fikirannya terbelenggu dalam lingkungan terbatas. Esei-eseinya yang terkumpul dalam buku American Power and the New Mandarins menjadi sebuah jawapan yang bermakna bagi penentangannya terhadap dasar luar Amerika pada Vietnam.

Kritik yang muncul pada 1965 itu makin meneguhkan sosok Chomsky sebagai penganalisis politik luar Amerika yang bukan saja berani bicara berbeza tetapi juga lantang mengecam setiap kesalahan yang ada.

Kecenderungannya dalam politik juga telah memberi warna tersendiri pada bidang linguistik yang dikuasainya. Sejak kritikannya terhadap pemerintah AS pada tahun 1965, tidak kurang daripada 30 buah buku lahir dari tangannya dengan ragam dan tema yang makin meneguhkan kepakarannya dan kejernihan fikirannya tentang kebijakan dasar luar negara Amerika.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 02-12-06 01:05


chomsky nak tekankan kat sini bahawa perkataan terrorism ada kaitan dengan minda...macam psycholinguistics...barat mendidik minda dengan bahasa yang stereotaip dan meguasai dunia yang mengikut telunjuk mereka...yang mengikut telunjuk pula banyak negara2 islam...
kan best kalau chomsky masuk islam...tapi karya agungnya semua mesti dilupus dari sejarah penemuan...penemuan2nya memang bagus dan kreatif tapi payah sikit nak ingat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086056 saat. Lajunya....