Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Bersalaman antara lelaki dan wanita


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Bersalaman antara lelaki dan wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Bersalaman antara lelaki dan wanita

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 09:43


SOALAN: Apa hukum berjabat tangan antara lelaki dan wanita. Saya lihat pemimpin kita ada yang bersalam dan ada yang tidak, siapa yang benar? Saya dengar ada orang mengatakan haram, bagaimana pula dengan kenalan atau kaum keluarga, pada hari-hari tertentu sempena ketibaan atau sambutan dan sebagainya?


Jawapan: Seperti juga dalam masalah lain,terutama kaum wanita berada dalam dilema dan tersepit antara dua pendapat yang melampau, seperti dalam masalah melihat wanita oleh lelaki. Ada pendapat yang terlampau tertutup dan ada pula yang terlampau terbuka.

Bagi mereka yang berpandangan tertutup tadi, tidak hairanlah kalau mereka tidak mengharuskan mereka (lelaki dan wanita yang asing) melihat kepada salah seorang antara satu sama lain.

Begitu juga bersalaman sekalipun tanpa perasaan apa-apa, pada hari tertentu atas apa alasan sekalipun. Sebab itu kaum wanita mereka , dikurung dan ditutup rapat, tidak boleh dilihat atau melihat sesiapa atau berbuat apa-apa sekalipun memandu atau mengundi dalam pilihan raya, apalagi untuk keluar bekerja dan sebagainya .

Tetapi kedua-dua pendapat ini sebagaimana yang kita tahu tidak ramai penyokongnya, sebab itu sebagaimana kata ulama kita, majoriti ulama dan para sahabat juga tabiin dan mereka yang kemudian berpendapat harus melihat atau bersalaman antara mereka bila tidak ada sebarang fitnah, perasaan atau syahwat tetapi kalau terdapat sebarang fitnah , perasaan atau keinginan maka perbuatan itu dilarang sekalipun dengan mahramnya sendiri apalagi orang lain .

Kelonggaran ini juga diberikan kepada wanita yang berumur sebab tidak diingini lagi. Sebab itu ada diceritakan bahawa Abu Bakar ada bersalaman dengan wanita yang sudah berusia. Demikian juga Abdullah bin Zubair, telah mengupah wanita tua yang dapat merawatnya ketika sakitnya, sama juga anak kecil yang belum mumaiyiz. Firman Allah s.w.t. dalam surah Annur 30 - 31 dan 60 dalam tiga ayat tersebut terdapat pengecualian yang jelas terhadap mereka tersebut, dan setelah diselidiki kata ulama, tidak ada sebarang dalil yang mengharamkan bersalaman itu apabila dilakukan dengan tujuan yang baik seperti menyambut kepulangannya dari Mekah atau sempena suatu keraian, hari raya atau dengan pemimpin atau ulama, pada sempena tertentu. Kata mereka lagi kalau tangan sudah dihulur adalah haram kita menjatuhkan maruahnya di hadapan orang ramai dengan menolaknya melainkan antara lelaki dan wanita (belia yang boleh mendatangkan kecurigaan).

Apa sebenarnya dalil mereka yang melarang itu selain dalil yang dikatakan sebagai penutup punca kejahatan daripada akar umbinya, atau atas dasar alwara’a. Ada juga mereka yang beralasan dengan perbuatan bersalaman itu tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. semasa bermubaya’ah dengan kaum wanita. Tetapi setiap perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya perbuatan itu boleh dikatakan haram, malah ada juga hukumnya makruh, atau khilaf aula sahaja, seperti daging dhab. Sebab itu tidak boleh kita mengambil dalil haram itu semata-mata ia tidak dilakukan oleh Rasulullah.

Sama juga dengan apa yang dilakukan oleh baginda itu, terus dihukum wajib, tetapi ada juga yang sunat sahaja. Firman Allah bermaksud: Allah s.w.t telah mempermudahkan untuk kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya. (al-Jathiah-13). Rasulullah ada bersabda bermaksud: Sebaik-baik agama di sisi Allah s.w.t. itu, ialah yang hanifiah (lurus dan saksama) lagi senang dan tidak terlampau sempit atau menyusahkan. (Ahmad dan Dailami)

Sabdanya lagi: Kamu sebenarnya diutuskan untuk menyenangkan bukan menyusahkan. (Saikhan dan lain). Sebab itu ulama kita daripada kalangan mazhab Syafii berpegang dengan kaedah yang mengatakan “asal sesuatu itu adalah halal sehingga terdapat dalil yang mengharamkannya, kaedah ini disokong dengan hadis Rasulullah yang mengatakan. Apa yang halal dan disuruh itu hendaklah kamu laksanakan dan apa yang diharamkan atau ditegah itu hendaklah kamu jauhinya, dan apa yang tidak disentuh atau ditinggalkan bukan kerana lupa itu, adalah semata-mata kemaafan daripada-Nya jangan kamu sengaja mengada-ngada (atau cari pasal). (riwayat Jama’ah)

Berlainan dengan orang lain yang berpegang dengan kaedah mereka yang mengatakan asal sesuatu itu adalah haram sehingga terdapat dalil yang menghalalkannya. Mereka berdalil dengan hadis yang lain, mengikut fahaman masing-masing. Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25632
Posting: 113

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-09-06 10:05


salam.. selama saya hidup, saya hanya tahu bersalam lelaki perempuan yang halal dinikahi adalah haram. namun begitu, jikalau sudah dihulur tangannya untuk berjabat tangan, haruslah disambut untuk menjaga maruah org yang menghulur.. wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimah-azzahraProfil   Hantar PM kepada fatimah-azzahra   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 14:02


!!! QUOTE !!!

salam.. selama saya hidup, saya hanya tahu bersalam lelaki perempuan yang halal dinikahi adalah haram. namun begitu, jikalau sudah dihulur tangannya untuk berjabat tangan, haruslah disambut untuk menjaga maruah org yang menghulur.. wallahua'lam.


inginn menambah sikit..
namun begitu.. apabila sudah dihulur tggnya..
bagi yang bukan muhrim..
moleklaa kita beralaskn dengan kain tudung kita.. -bagi yang muslimah.

so.. kita masih lagi menjaga batasan kita..

ataupun.. kadangkala kita perlu menudukkan kepala..
tanda kita tidak perlu bersalam dengannya.. dan senyum sikit.. insyaallah ada juga yang memahami maksud sedemekian..

hait..hait..hehe.. macam ala-ala jepun tu..
itu satu komunikasi bukan lisan..
wallahualam'... :roll: :lol: :-di


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 15:35


http://geocities.com/muslimz87/salamjantantino.html
Ahli Hadis dan atsar atau manhaj salafiya berdiri di atas hukum
haramnya berjabat salam antara lelaki dan perempuan non-mahram.
Pendapat ini menepati ahli usyul dengan kaedah: Sadd adzZara'iy (menutup
pintu2 fitnah)

Jika sebelum ini Islam membahaskan peraturan menutup aurat (misalnya
AQ 24: anNuur :31, kemudian membahaskan bab adab berserius dalam
pertemuan antara lelaki dan perempuan (AQ 33 alAhzab: 32) dan selepas
itu adab 'menahan pandangan' (misalnya AQ 24: 30), maka adab
seterusnya ialah adab menjauhi memegang tangan perempuan..
Dalil sahih:

1. "Zina tangan adalah meramas" (sahih Muslim : kitab taqdir jld 8/52
dari Ibn Abbas ra.
2. " bahawa ditusuk kepala dengan jarum besi lebih baik dari
memegang-megang perempuan yang tidak halal baginya." atTabrani dari
Ma'qil bin Yassar ra (disahihkan oleh alAlbani, sahih aljami'/4921)

3. "Tidak demi Allah, tangan Rasul tidak pernah menyentuh tangan
perempuan sama sekali dalam berbai'at." syaikhan (bukhari-Muslim)
dari Aisyah ra

4. "Tidak. Aku tidak mahu berjabat tangan dengan perempuan." hari Malik,
Nasa'iy, Ibn Majah dan Ahmad dari Umaymah bte Raqiqah (disahihkan oleh
alAlbani dalam silsilah alSahihah no 529 jld 2)

Pendapat yang mengatakan harus menurut madzhab Hanafi itu adalah tidak
sah kerana madzhab Hanafi menetapkan haram hukum berjabat salam dengan
perempuan (alKasani dalam Bada'i'us Sana'iy Jld 6/259)

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 15:37


Pada 24-09-06 10:05 , fatimah-azzahra posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. selama saya hidup, saya hanya tahu bersalam lelaki perempuan yang halal dinikahi adalah haram. namun begitu, jikalau sudah dihulur tangannya untuk berjabat tangan, haruslah disambut untuk menjaga maruah org yang menghulur.. wallahua'lam.


assalamualaikum wbt

kadangkala kita sering bertoleransi, cuma hairan adakah selepas salam itu anda akan katakan kepada yang menghulur tangan bahawa haram bersalaman dengan bukan mahram. Beranikah melakukan sedemikian?

Sepatutnya dalam hal ini kita bertegas. jangan menarik muka masam ketika mereka menghulur tangan. anggap sahaja mereka tak tahu. Buatlah isyart seperti meletak tangan di dada sebagai tanda selamat datang etc.

dan katakan secara lembut kepada yang menghulur tangan itu bahawa haram menyentuh bukan mahram.

wasalam wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-09-06 16:09


Pada 24-09-06 10:05 , fatimah-azzahra posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. selama saya hidup, saya hanya tahu bersalam lelaki perempuan yang halal dinikahi adalah haram. namun begitu, jikalau sudah dihulur tangannya untuk berjabat tangan, haruslah disambut untuk menjaga maruah org yang menghulur.. wallahua'lam.


Hhmm....daripada mana pulak datangnya hukum HARUS berjabat tangan dengan bukan mahram/ berlainan jantina bila mana mereka sudah menghulurkan tangan??....demi menjaga maruah mereka???

sudahlah...tak perlalulah nak jaga2 maruah mereka.....tak habis2 masyarakat Islam malaysia ini terlalu baik hati.....baik hati tak bertempat.....baik sampai tak berani berlaku tegas dalam mencegah maksiat (ada sesiapa kat sini anggap bersalam dengan bukan mahram tu bukan maksiat??)...takut dengan kata-kata jaga tepi kain org.....kubur masing-masing...

nasihat naruto-san.....kita umat Islam kena bertegas dalam hal ini....sampai bila asyik ktie nak bagi muka kat mereka2 ini....daripada dulu zaman sek. naruto-san hinggalah sekarang.....semua org cakap jaga maruah....walhal pandangan tersebut tak ada langsung berdalilkan mana-mana ayat al-Quran ataupun hadis Rasulullah SAW.

cuba tegas sikit....jangan sambut tangan2 mereka yang bukan mahram ini dan .....cuba kata..."saya hanya boleh bersalaman dengan suami saya dan mahram2 saya sahaja.....encik/tuan/datuk/tan sri/ dato' bukan mahram saya....so, saya tak boleh salam dengan encik"

p/s: confirm lepas ini ada yang nak cuba tulis...."cakap berapi bolehlah depan keyboard, depan monitor, dah cuba ke kat dunia reality"

;-) well...naruto-san dah pun aplikasikan KETEGASAN ini....bila menerima hadiah yang disampaikan oleh datin, isteri kepada ADUN (sekarang dah tak jadi ADUN dah) suatu ketika dahulu semasa dalam majlis penyampaian di sek. naruto-san....hahaha, habis senyap satu dewan....tapi lepas itu ramai pulak cikgu2, ustazah2 dan mak2 bapak kawan-kawan setuju dan puji tindakan tegas naruto-san.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-09-06 16:20


ana pun pernah buat..dengan menteri mana entah...dah lupa nama dia. (sebenarnya nak jaga nama dia)merah muka dia...=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-09-06 16:24


Pada 24-09-06 16:09 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-09-06 10:05 , fatimah-azzahra posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. selama saya hidup, saya hanya tahu bersalam lelaki perempuan yang halal dinikahi adalah haram. namun begitu, jikalau sudah dihulur tangannya untuk berjabat tangan, haruslah disambut untuk menjaga maruah org yang menghulur.. wallahua'lam.


Hhmm....daripada mana pulak datangnya hukum HARUS berjabat tangan dengan bukan mahram/ berlainan jantina bila mana mereka sudah menghulurkan tangan??....demi menjaga maruah mereka???

sudahlah...tak perlalulah nak jaga2 maruah mereka.....tak habis2 masyarakat Islam malaysia ini terlalu baik hati.....baik hati tak bertempat.....baik sampai tak berani berlaku tegas dalam mencegah maksiat (ada sesiapa kat sini anggap bersalam dengan bukan mahram tu bukan maksiat??)...takut dengan kata-kata jaga tepi kain org.....kubur masing-masing...

nasihat naruto-san.....kita umat Islam kena bertegas dalam hal ini....sampai bila asyik ktie nak bagi muka kat mereka2 ini....daripada dulu zaman sek. naruto-san hinggalah sekarang.....semua org cakap jaga maruah....walhal pandangan tersebut tak ada langsung berdalilkan mana-mana ayat al-Quran ataupun hadis Rasulullah SAW.

cuba tegas sikit....jangan sambut tangan2 mereka yang bukan mahram ini dan .....cuba kata..."saya hanya boleh bersalaman dengan suami saya dan mahram2 saya sahaja.....encik/tuan/datuk/tan sri/ dato' bukan mahram saya....so, saya tak boleh salam dengan encik"

p/s: confirm lepas ini ada yang nak cuba tulis...."cakap berapi bolehlah depan keyboard, depan monitor, dah cuba ke kat dunia reality"

;-) well...naruto-san dah pun aplikasikan KETEGASAN ini....bila menerima hadiah yang disampaikan oleh datin, isteri kepada ADUN (sekarang dah tak jadi ADUN dah) suatu ketika dahulu semasa dalam majlis penyampaian di sek. naruto-san....hahaha, habis senyap satu dewan....tapi lepas itu ramai pulak cikgu2, ustazah2 dan mak2 bapak kawan-kawan setuju dan puji tindakan tegas naruto-san.


tahniah,anda memang tegas...harus dipuji....bagus...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25632
Posting: 113

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-09-06 12:29


Pada 24-09-06 16:09 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-09-06 10:05 , fatimah-azzahra posting:

!!! QUOTE !!!

salam.. selama saya hidup, saya hanya tahu bersalam lelaki perempuan yang halal dinikahi adalah haram. namun begitu, jikalau sudah dihulur tangannya untuk berjabat tangan, haruslah disambut untuk menjaga maruah org yang menghulur.. wallahua'lam.


Hhmm....daripada mana pulak datangnya hukum HARUS berjabat tangan dengan bukan mahram/ berlainan jantina bila mana mereka sudah menghulurkan tangan??....demi menjaga maruah mereka???

sudahlah...tak perlalulah nak jaga2 maruah mereka.....tak habis2 masyarakat Islam malaysia ini terlalu baik hati.....baik hati tak bertempat.....baik sampai tak berani berlaku tegas dalam mencegah maksiat (ada sesiapa kat sini anggap bersalam dengan bukan mahram tu bukan maksiat??)...takut dengan kata-kata jaga tepi kain org.....kubur masing-masing...

nasihat naruto-san.....kita umat Islam kena bertegas dalam hal ini....sampai bila asyik ktie nak bagi muka kat mereka2 ini....daripada dulu zaman sek. naruto-san hinggalah sekarang.....semua org cakap jaga maruah....walhal pandangan tersebut tak ada langsung berdalilkan mana-mana ayat al-Quran ataupun hadis Rasulullah SAW.

cuba tegas sikit....jangan sambut tangan2 mereka yang bukan mahram ini dan .....cuba kata..."saya hanya boleh bersalaman dengan suami saya dan mahram2 saya sahaja.....encik/tuan/datuk/tan sri/ dato' bukan mahram saya....so, saya tak boleh salam dengan encik"

p/s: confirm lepas ini ada yang nak cuba tulis...."cakap berapi bolehlah depan keyboard, depan monitor, dah cuba ke kat dunia reality"

;-) well...naruto-san dah pun aplikasikan KETEGASAN ini....bila menerima hadiah yang disampaikan oleh datin, isteri kepada ADUN (sekarang dah tak jadi ADUN dah) suatu ketika dahulu semasa dalam majlis penyampaian di sek. naruto-san....hahaha, habis senyap satu dewan....tapi lepas itu ramai pulak cikgu2, ustazah2 dan mak2 bapak kawan-kawan setuju dan puji tindakan tegas naruto-san.


salam alaik'.. alhamdulillah banyak respon nampak.. terima kasih atas komen-komen saudara/i sekalian.


-----------------
'tuhan ganjarkan upaya untukku menyusuri jalan Mu agar tak tersasar haluan kiblatku oh, tuhan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimah-azzahraProfil   Hantar PM kepada fatimah-azzahra   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 14:34


:roll: Setahu saya tak boleh....tetapi ramai org buat...terutama nya para pemimpin tinggi......

8-) Belajar tinggi-tinggi.....tapi tak tahu ke mana......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 14:54


"Yang Halal itu sudah jelas dan nyata, dan yang haram itu juga sudah jelas dan nyata" hadis...
Al-Quran dan Hadis sudah cukup menjelaskan tiada berkompromi dalam soal aurat dan batasan pergaulan termasuk bsentuhan kulit antara ajnabi...

Cuma satu situasi yang sukar dielakan sering berlaku,,, iaitu hari majlis konvoksyen... kita tpaksa bersalam dengan sultan (censelor) atau pro-censelor.... 2 mggu lepas ana konvo.... ana betul-betul kasihan tengok muslimat satu jemaah...mereka tpaksa myambut hulur tangan dr sultan atau pro-censelor.... tapi yang dah ready alhamdullah, walaupun sarung tangan lab pun jadilah... janji blapit....tapi yang bratus2 lagi yang lain..... So macam mana sahabat2 ????
pkr ini akan terus berlaku mungkin dseluruh IPT DAN KOLEJ.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2003
Ahli No: 1384
Posting: 165
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 16:11


Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih ramai risau pasal ni.... Perkara macam sudah dianggap satu perkara yang biasa.... huhu.. memang menyedihkan.. Kadang-kadang ana rasa pelik sangat-sangat, tak boleh ke salam sesama mahram saja.... kalau nak tunjuk keramahan pun, tak kan sampai melanggar perintah Allah... :roll: :-?


-----------------
http://mujahidah1505.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For solehahProfil   Hantar PM kepada solehah   Pergi ke solehah's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 16:27


Pada 29-09-06 14:54 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Cuma satu situasi yang sukar dielakan sering berlaku,,, iaitu hari majlis konvoksyen... kita tpaksa bersalam dengan sultan (censelor) atau pro-censelor.... 2 mggu lepas ana konvo.... ana betul-betul kasihan tengok muslimat satu jemaah...mereka tpaksa myambut hulur tangan dr sultan atau pro-censelor.... tapi yang dah ready alhamdullah, walaupun sarung tangan lab pun jadilah... janji blapit....tapi yang bratus2 lagi yang lain..... So macam mana sahabat2 ????
pkr ini akan terus berlaku mungkin dseluruh IPT DAN KOLEJ.....


Betul tu..masa ana konvo pun ana salam dengan canselor, iyalah, takkan tak nak salam agaknya sebab dah prosedurnya macam tu tapi salam hujung jari saja sebab tak sediakan sarung tangan...tapi canselor tu cina..memang rasa berdosa sangat, semoga Allah mengampuni dosa ana.....sepatutnya pihak IPT tidak mewajibkan salam kepada wanita Islam.


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 16:31


kebetulan tadi kawan ana dia baru balik dari meeting dengan PM, so dia cerita dia salam dengan PM, so ana tanyalah Kenapa salam?
dia kata dia ada baca, kalau tak ada perasaan atau berniat apa-apa dibolehkan untuk bersalam dengan pemimpin..

sebenarnya boleh ke?

setahu ana, kalau dengan Agong tak apa sebab baginda ketua agama Islam dan boleh jadi wali kepada rakyatnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 17:15


MUngkin boleh agaknya sebab PM kan AMIRUL ISLAM HADHARI.... So Pak Lah boleh buat hukum sendirilah...yang mana salah yang mana betul....sebab tu ada disko halal, ada disko haram... ada kelab judi halal dan ada kelab judi haram... semua kelulusan kerajaan halal dan yang tak ada lesin haram... hatta ustaz ceramah agama sekalipun perlu ada tauliah dari JAIS/JAKIM... Inilah islam malaysia badawi...
Semoga Allah perlihara kita dari kemungkaraNya...

Apa yang ana tahu semua haram bsetuhan kcuali kepada muhrim kita, time darurat (prubatan) atau dberi klongaran thadap mereka yang dah bkuasa untuk kahwin, macam pakcik@ makcik yang dah nyanyok atau tak bmaya tu...

TRY BACA ARTIKEL ANA tentang APABILA KEMUNGKARAN MENJADI LUMRAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 29-09-06 17:21


Pada 29-09-06 16:27 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-09-06 14:54 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Cuma satu situasi yang sukar dielakan sering berlaku,,, iaitu hari majlis konvoksyen... kita tpaksa bersalam dengan sultan (censelor) atau pro-censelor.... 2 mggu lepas ana konvo.... ana betul-betul kasihan tengok muslimat satu jemaah...mereka tpaksa myambut hulur tangan dr sultan atau pro-censelor.... tapi yang dah ready alhamdullah, walaupun sarung tangan lab pun jadilah... janji blapit....tapi yang bratus2 lagi yang lain..... So macam mana sahabat2 ????
pkr ini akan terus berlaku mungkin dseluruh IPT DAN KOLEJ.....


Betul tu..masa ana konvo pun ana salam dengan canselor, iyalah, takkan tak nak salam agaknya sebab dah prosedurnya macam tu tapi salam hujung jari saja sebab tak sediakan sarung tangan...tapi canselor tu cina..memang rasa berdosa sangat, semoga Allah mengampuni dosa ana.....sepatutnya pihak IPT tidak mewajibkan salam kepada wanita Islam.



ana dulu berslm dengan datin siti hasmah time convo. rasa tak apa kan, lagipun dia dah pangkat nenek/moyang dengan ana


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 17:44


Kisah-tak kisah itu hak Allah... yang pasti kita telah mengikari suri tauladang yang dilakukan oleh junjungan besar nabi kita... PKR SEBEGINI PERNAH DILAKUKAN OLEH SAHABAT TAK???
TAK KAN??? Saidina Aisah ada bsalaman dengan anak-anak muda sebelum kewafatan beliau???? so.. siapa kita nak ikut???
Yang dah lepas adalah titik hitam dalam riwayat hidup kita.... namun pasti ia akan di perhitungkan di hadapan Rabbul jalil....
so bebanyakkan kita beristifar dengan sebenar2nya pada Nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-09-06 17:50


sami'na wa ato'na....kami dengar dan kami taat

kata-kata di atas sepatutnya menjadi basic thing, pegangan kepada kita umat Islam....Islam dah tentukan dah.....lelaki perempuan yang bukan mahram, tak boleh bersentuhan/bersalaman.....so, ikut sajalah.

setuju dengan pendapat aye.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 08:52


Ya setuju juga...

Walau apa alasan sekali pun yang haram tetap haram.

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 09:22


Walau apa alasan sekali pun yang haram tetap haram.

Itulah yang berlu kita pegangi.....bukannya tangan yang bukan muhrim kita......betu tak???

Tapi alhamdulillah....Allah sangat menyayangi hamba2Nya...sehingga Dia beri kita Ruksah...contoh dalam situasi darurat....seperti perubatan atau pertolongan...tapi ada batasannya yang perlu djaga...


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-10-06 09:36


Betullah tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 10:11


Assalamualaikum..

Ana pun sebenarnya menghadapi dilema bersalamn dengan bukan mahram ni. Terlalu banyak percanggahan dengan agama kita. Sampai satu saat ana rasa nak letak jawatan. Kerja ana ni memang terpaksa berurusan dngan non-muslim. Ada yan hulurkan tangan tapi ana senyum saja dengan dia walaupun kita tahu kita dah malukan dia tapi nak buat macam mana,hukum tetap hukum.

Tapi di kalangan bos2 ana yang beragama islam bersalam selamber saja dengan wanita-wanita cina. Ana pernah attend beberapa kali mesyuarat dengan YB-YB yang perempuan,agama islam, pakai tudung, siap baca doa fasih lagi, ana tengok dia salam setiap orang ternasuk lelaki. Ana sedih sebab benda-benda ni ditunjukkan seolah-olah tiada apa-apa yang salah dari segi agama kita. Orang yang kurang faham agama pula, oh, benda tu dibolehkan. Yang jadi mangsa, kita yang nak kena jaga batasan dianggap ekstrem..

Satu lagi bila ana kena berurusan dengan pesakit HIV. Ya Allah tuhan saja yang tahu. Seorang pesakit dikenalkan pada ana. Dia lelaki. Bila dia hulur tangan, ana angkat tangan saja tanda hormat tapi adalah hamba Allah tu dah buat muka sebab seolah ana jijik nak pegang pesakit tu sedangkan ana akan salam kalau dia perempuan...

Satu hal lagi bila tersilap salam dengan maknyah sebab ana memang perlu berurusan dengan pertubuhan NGO yang berurusan dengan HIV/AIDS. Ana hari tu memang terkonfius dan ana dah tersalam. Bila dia buka saja suara ya allah, ana tak tahu nak cakap yang dia tu sebenarnya lelaki...Pas peristiwa tu ana cukup berhati-hati bila nak salam dengan orang..

Jadi, moral of the story di mana-mana pun kita kan berhadapan masalah macam ini. Tak kuat pegangan kita pun akan jadi terbiasa sebab orang keliling dah biasa salam lelaki perempuan..wallahuallam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

miezaaziz
Warga Rasmi
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10218
Posting: 7
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 10:30


one thing that i got from saudara rimbabara's post, perempuan yang sudah berumur boleh bersalam dengan lelaki yang bukan muhrim.macam mana pula kalau lelaki yang sudah berumur...boleh ke dia bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim, sama ada tua, dewasa remaja,atau pun budak kecik?

wassalam...


-----------------
apa yang kamu tidak suka itu boleh jadi baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka itu belum tentu elok untuk kamu.


Bookmark and Share

    


  Member Information For miezaazizProfil   Hantar PM kepada miezaaziz   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 04-10-06 10:34


Pada 29-09-06 16:27 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-09-06 14:54 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Cuma satu situasi yang sukar dielakan sering berlaku,,, iaitu hari majlis konvoksyen... kita tpaksa bersalam dengan sultan (censelor) atau pro-censelor.... 2 mggu lepas ana konvo.... ana betul-betul kasihan tengok muslimat satu jemaah...mereka tpaksa myambut hulur tangan dr sultan atau pro-censelor.... tapi yang dah ready alhamdullah, walaupun sarung tangan lab pun jadilah... janji blapit....tapi yang bratus2 lagi yang lain..... So macam mana sahabat2 ????
pkr ini akan terus berlaku mungkin dseluruh IPT DAN KOLEJ.....


Betul tu..masa ana konvo pun ana salam dengan canselor, iyalah, takkan tak nak salam agaknya sebab dah prosedurnya macam tu tapi salam hujung jari saja sebab tak sediakan sarung tangan...tapi canselor tu cina..memang rasa berdosa sangat, semoga Allah mengampuni dosa ana.....sepatutnya pihak IPT tidak mewajibkan salam kepada wanita Islam.


mujur time saya konvokesyen hari 2...
yang perempuan memang dah di ingatkan awal2 yang perempuan tak boleh bersalam dengan lelaki...
masa 2 yang bagi sijil 2 timbalan menteri besar pahang...
Kalau tak memang saya tak tahu nak buat bagaimana....
bagus pihak kolej saya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-10-06 10:47


Pada 29-09-06 16:31 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

kebetulan tadi kawan ana dia baru balik dari meeting dengan PM, so dia cerita dia salam dengan PM, so ana tanyalah Kenapa salam?
dia kata dia ada baca, kalau tak ada perasaan atau berniat apa-apa dibolehkan untuk bersalam dengan pemimpin..

sebenarnya boleh ke?

setahu ana, kalau dengan Agong tak apa sebab baginda ketua agama Islam dan boleh jadi wali kepada rakyatnya....


assalamualaikum wbt

cuba bagi dalil dr al-quran dan hadsis yang kita boleh salam pemimpin yang tak sama jantina?

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 04-10-06 12:08


emm..........bersentuhan antara lalaki dan perempuan yang bukan muhrim tu haram....memang nampak buruk pun bersalam dengan berlainan jantina yang bukan muhrim.yang lebih utama ia berdosa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 10:48


memang betul lah so bila MNYAmbut raYA naNTI jangan pula Ambil kesempaTAn bersaLAmaN dengan BUKAn mahram. :-di


-----------------
IsWaRa miRaGe TuRbO cHaRGer 4g63.


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

sahabat_hijjaz86
Warga Rasmi
Menyertai: 05.10.2006
Ahli No: 26774
Posting: 1
Dari: perak

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-10-06 11:26


itulah..
bersalam antara lelaki dan perempuan bukan muhrim memang haram mengikut mazhab shafiee,cuma dalam keadaan darurat kita diharuskan bersalam untuk mengelakkan kita menjatuhkan air muka org yang kita tak nak salam itu..
tetapi,kalau dah selalu kita buat contohnya dalam majlis konvokesyen bukan darurat dah namanya,,
mana mufti2x ini..
apa komen mereka???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_hijjaz86Profil   Hantar PM kepada sahabat_hijjaz86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.144344 saat. Lajunya....