Pada 21-09-06 12:57 , faizzuddin posting:!!! QUOTE !!!
hari raya hari kemenangan
hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
dilimpahi seri
memang dinanti
ada maksud yang lebih hakiki
pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
pada fikiran di sinar nur dan sabar
pada hati bersih
disolat terawih
apakah semuanya sudah dimiliki
puasa mengajar erti kepayahan
pengikat berlandaskan iman
puasa penghijab yang sangat maknawi
antara hamba dengan ilahi
Puasa sempurna mengajar rohani dan rasa
puasa sebenarnya menahan kita dan juga anggota....
......
......
Dalam RTM -unic siapa boleh sambung tafaddhol lah eaa..
saya update sikit setakat saya boleh tangkap:
MUHASABAH RAMADHAN - UNIC
Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mihnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki
Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat terawih
Apakah semuanya telah dimiliki
Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Ilahi
Chorus:
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita, adakah masih di tahap lama
Lalu muhasabah di hujung ramadhan
Sudahkah terbangun (?)
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa duri angkara
Ketika bertahmid bertakbir bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padanya segala takdir
p/s: ketika bertahmid bertakbir bertasbih, terasakah kita hamba Ilahi?
-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 07-10-06 18:56 ]