Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 203
Ahli: 0
Jumlah: 203




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Manakah antara dua lelaki ini patut diterima?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Manakah antara dua lelaki ini patut diterima?

Please Mendaftar To Post


Oleh Manakah antara dua lelaki ini patut diterima?

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 21:51


kepada sahabat-sahabat ukhwahians sekalian..

seorang sahabat saya kini berada dalam kesempitan antara dua pilihan.

dia seorang yang baik, peramah, cantik, bertudung litup dan labuh, memegang tampuk pimpinan, student U, menuntut di dalam bidang profesional, dan aktif dalam gerakan Islam.

dia tersepit antara nak menerima insan sefikrah dengannya untuk kebaikan mereka berdua dan demi agama Islam, ataupun nak menerima seorang insan yang tiada sesiapa yang dapat memberi sokongan dan bimbingan pada dirinya. insan ni juga sedang menderita sakit. 9 bulan sebelumnya dia baru lepas dari koma. ibu bapanya tak memberi sokongan padu. dia ni juga perlukan seseorang yang dapat bimbingnya ke jalan Allah. dia seperti tiada sesiapa lagi dalam dunia dan jika tidak dapat sahabat saya ni, katanya dia akan berputus asa... dan didoakan supaya mati saja...

jadi, sahabat saya ni tidak pasti manakah jalan yang patut dia pilih. sama ada jalan yang memberi kebahagiaan pada dirinya dan terus menerus aktif dalam gerakan dakwah Islam dan jemaah, atau mengorbankan dirinya untuk menolong insan yang memerlukan itu...

jadi, apa pendapat sahabat2 semua? boleh bantu dengan apa-apa nasihat?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-09-06 22:00


fuuuhh.....lelaki yang baru lepas koma itu psyco betul....mengada-ngada.

kalau naruto-san....naruto-san cadangkan....lelaki berkenaan rajin2 pergi ke masjid, pergi ke kuliah2 pengajian yang diadakan...banyak tempat2 pengajian sekarang kat malaysia....cuba imarahkan kuliah2 pengajian....jangan anggap belajar ragama bila dah pencen saja.

kepada wanita....bukan bermaksud...mengenepikan soal dakwah....tapi...dalam soal berkahwin ini....Rasulullah SAW sendiri menasihatkan....utamakan yang BERAGAMA......ambik bakal suami yang berilmu agama.

suami nanti...tanggungjawabnya adalah menjadi ketua keluarga, mendidik ahli2 keluarga.

wallahua'lam

p/s: ini hanya pandangan peribadi naruto-san
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 14-09-06 22:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 22:03


assalammualaikum wbt.

sokong sangat-sangat naruto-san!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

yushidayaKISAS
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.01.2005
Ahli No: 13627
Posting: 62
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 15-09-06 02:05


buatlah istikharah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yushidayaKISASProfil   Hantar PM kepada yushidayaKISAS   Pergi ke yushidayaKISAS's Website   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 02:27


fikirkan masa depan anda

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-09-06 02:28


Pada 15-09-06 02:05 , yushidayaKISAS posting:

!!! QUOTE !!!

buatlah istikharah...


betul!! baru nak cadangkn macam tu


-----------------
2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 08:27


dktkan diri dengan Allah moga Allah bagi petunjuk....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 15-09-06 08:48


istikharah yang terbaik....

tapi, kalau ana, ana pilih lelaki yang pertama...
ye lah as wanita, bagaimana hebat pun kita, kita still nak lelaki yang boleh membimbing kita, andai, ada yang kurang pada lelaki tu, kita cuba untuk saling melengkapi....
lelaki kedua... nampak sangat terlalu bergantung harap pada manusia, sedangkan kita sebagai hamba Allah hanya patut pergantung pada Allah, bukan pada manusia!!.... ye lah walaupun sakit... patutnya insaf2 kanlah diri.... ini doakan keburukan buat diri sendiri pula... dah tu nak berputus asa pula.... bagaimana kita nak jadi hambaNya, klaau qada dan qadar pun kita tak boleh nak terima.... lepas tu caranya bagaikan mahu mengugut org pula agar menerimanya..... itu bukannya ikhlas kerana Allah... tapi kerana seorang wanita.... kasihan betul kat lelaki tu.... lemahnya hanya kerana seorang wanita....
kepada lelaki lain, kalau dapat, dekatilah lelaki yang ke 2 ini dan anda bantulah lelaki ini ke arah jalan yang diredhai, kerana Allah Taala.... bukan tugas seorang wanita yang bukan mahramnya untuk membantu dan membawanya secara rapat (hubungan itu) kearah jalan yang Allah redha....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 15-09-06 08:55


ini bukan bermakna yang kedua itu tidak boleh jadi baik, or maybe dia boleh jadi yang terbaik di kemudian nanti...siapa tahu..

mohonlah petunjuk Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 09:06


Terlebih dulu nak tanya - Hati dia lebih cenderung ke arah mana ?

Pertama .... kalau betul nak memilih lelaki yang dengannya boleh "terus menerus aktif dalam gerakan dakwah Islam dan jemaah" maka hendaklah dipastikan bahawa matlamat nak terus berdakwah tu akan betul-2 tercapai ... kadang-2 ada juga student U yang aktif berkokok ketika di kampus tapi bila keluar rentaknya diperlahankan mungkin disebabkan kesibukan kerja atau sengaja mencicirkan diri ... tapi rasanya lelaki yang dimaksudkan kawan awak ni InsyaAllah ok ...

Kedua ... jika betul benar-2 mahukan bimbingan banyak lagi cara lain ... jalan untuk Islah/perubahan menuju ketaqwaan tak semestinya hanya dengan berkahwin perempuan yang baik dan alim ... ada lagi cara lain .. mungkin kawan awak tu boleh bersama-2 dengan lelaki pertama tadi setelah mereka mendirikan rumahtangga untuk membantu lelaki kedua ini ... kalau betul-2 nak berubah janganlah kerana ada udang di sebalik batu ... inilah "tapisan" pertama untuk berubah - betulkan niat ...

Di sini saya TIDAK BERANI MEMPERSOALKAN KEIKHLASAN MANA-2 PIHAK baik lelaki pertama atau kedua ... kita tak tau mungkin yang kedua lebih baik dari pertama atau mungkin sebaliknya ... tapi dalam soal kawin ni buatlah keputusan sebaiknya ... fikir masak-2 lepas tu baru istikarah ...

Kes macam ni sering terjadi dan saya selalu juga memikirkan tentang perkara seumpama ini .. antara simpati dan matlamat hidup ... kalau cerita hindustan/tamil rasanya lelaki kedua ni agaknya yang akan dapat kredit ...

Lastly .. cuba renungkan balik yang ni ...

"dia seperti tiada sesiapa lagi dalam dunia dan jika tidak dapat sahabat saya ni, katanya dia akan berputus asa... dan didoakan supaya mati saja..."

fikir dan nilai sendiri kenyataan seperti di atas ...

Pada 15-09-06 08:55 , Annursyam posting:

!!! QUOTE !!!

ini bukan bermakna yang kedua itu tidak boleh jadi baik, or maybe dia boleh jadi yang terbaik di kemudian nanti...siapa tahu..

mohonlah petunjuk Allah...


ya .. memang betul .. tapi untuk menjadi seorang yang baik bukan hanya ada satu jalan ... dan untuk menolong seseorang agar dia berubah tak semestinya hanya dengan satu cara ...
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 15-09-06 09:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

khazinatulsyouqoh
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19897
Posting: 209
Dari: on earth

Johor  


posticon Posting pada: 15-09-06 09:29


salam

untuk umat islam, kita ini sebnrnya amat istemewa kerana jika tersepit antara dua pilihan, tuhan sediakan jalan untuk kita buat keputusan dalam hadap, apa yang ana mksudkan adalah "istikharah"
tiada lain selain itu, yang dapat memberikan pertolongan hanyalah Dia, kerana daripadaNYa lah segala ujian itu datang, dan daripadaNya jugalah segala penawar......
jika suatu hari nanti ianya terjdi pada diri sendiri, sejujurnya sya mengatakan istkharah adalah jalan trbaik, bukan terus memilih hanya kerana kecantikkan luaran, ana bukan ingin bersikap prejudis terhadap pilihan pertama, tetapi dizman material yang pernuh tipu daya kadangkala kita tidak dapat mengagak apa akan terjadi kepada hidup seseorang walaupun asalnya dia adalah pejuang agama, bgtu juga dengan orang yagn langsugn tidak berpgag dengan ajaranNya, mana tahu suatu hari dilimpahkan hidayah olhNya agar sentiasa mengabdikan diri padaNya, lihat saja mualaf2 ramai yang mengejar ilmu agama keperingkat lebih tinggi sehingga ada yang bergelar dr dan sebagainya..........takdir itu selalunya sesuatu yang kita tidak jangka......kebaikkan kan akhlak seseorang bukanlah penentu kebahagian selagi dia belum mencintai tuhanNya...oleh itu jangan kita cepat melatah dan terus membuat pilihan apabla melihat yang terbaik hanya dari kaca mata seorang hamba....Dia sentiaas bersama kita.....padahal kerana itulah juga segala ujian diturunkan kerana menyeru agar kembali kepadaNya memohon pertolongan bukan mgikut kehendak sendiri yang disangka baik....
buat syahidatul, tahniah kerana anda telah membuktikan diri sebgai seorang sahabat yagn baik, ya sahabat anda mungkin seorag pejuang agama namun dia tetap seorang menusia yang sentiasa perlukan sokongan dalam kadangkala membuat keputusan yang kritis...insyallah ana percaya sekiranya pnyelesaian yang diberkati tuhan yang diigini sahabat anda nescaya tuhan takkan sekali-kali mengecewakannaya.....
nasihat ini utuk kamu dan untuk ana sendiri......

Bookmark and Share

    


  Member Information For khazinatulsyouqohProfil   Hantar PM kepada khazinatulsyouqoh   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 15-09-06 10:00


Kalau saya....saya akan pilih yang mampu membimbing kita ke jalan allah taala....
sebab suami adalah tempang untuk kita bergantung harap...bukan kita yang dijadikan tempat bergantung....
tapi...apa-apa pun tanya pada hati....Kalau dah suka,apa pun sanggup....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 10:15


Pada 15-09-06 09:29 , khazinatulsyouqoh posting:

!!! QUOTE !!!

..........takdir itu selalunya sesuatu yang kita tidak jangka......kebaikkan kan akhlak seseorang bukanlah penentu kebahagian selagi dia belum mencintai tuhanNya...oleh itu jangan kita cepat melatah dan terus membuat pilihan apabla melihat yang terbaik hanya dari kaca mata seorang hamba....


Saya ada sesuatu nak argue berdasarkan kenyataan di atas ni ... tapi tak jadi pasal saya sedar, pusing ikut mana pun kesimpulannya ialah - lakukanlah solat istikarah ...

Memang istikharah adalah jalan mencari penyelesaian yang terbaik ... kesimpulannya buat istikharah .. mana tau barangkali dalam petunjuk tu tiada dua-2 lelaki ni, sebaliknya org lain pula .. :-di
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 15-09-06 10:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 15-09-06 10:34


Susah jugak ni.... Rasanya kalau yakin dengan yang pertama, teruskan, JIka yakin dengan yang kedua dan percaya kita boleh membantu dia, teruskan.. Sebab, jika kita berjaya bantu dia dan dia menjadi seorang yang terbaik dengan bantuan kita ( bukan kerana kita ), kita akan mendapat balasan yang mahal dari Yang ESA...
Tapi dari awal2 lagi dia dah mengaku akan putus asa, tak terfikir ke anda, satu hari nanti, dia akan terus bersikap macam tu.. Dia akan mengugut si wanita tersebut... Kalau dari awal dia dah cakap nak putus asa, baik lupakan saja lah dia tu.. Maksud saya, baik pilih yang terbaik untuk diri kita dan masa depan kita di SANA kelak...
Bukan nak pentingkan diri, tetapi kita bantu diri sendiri dengan cara itu.. Sedangkan dengan yang kedua itu, belum tentu dia mampu memimpin kita... Namun, dalam hal ini, kita juga jangan terlalu memandang yang sempurna kerana yang sempurna itu tak selalunya yang terbaik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 10:55


Dilema memang dilema, selain istikharah, kawan saudari tu boleh minta nasihat dari ibu bapanya sebab restu mereka penting dalam hidup seharian kita ataupun bertanya pada yang pakar...InsyaAllah, kekusutan ini pasti terlerai...


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

Nilam_sejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2005
Ahli No: 19480
Posting: 205
Dari: Tg Karang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 11:26


saya belum pernah buat istikharah, tapi kalau saya dalam dilema, biasanya saya sembahyang hajat, minta ketenangan fikiran dan permudahkan jalan hidup. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar dan tak kusutkan kepala.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nilam_sejatiProfil   Hantar PM kepada Nilam_sejati   Pergi ke Nilam_sejati's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 13:09


Pada 15-09-06 10:15 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-09-06 09:29 , khazinatulsyouqoh posting:

!!! QUOTE !!!

..........takdir itu selalunya sesuatu yang kita tidak jangka......kebaikkan kan akhlak seseorang bukanlah penentu kebahagian selagi dia belum mencintai tuhanNya...oleh itu jangan kita cepat melatah dan terus membuat pilihan apabla melihat yang terbaik hanya dari kaca mata seorang hamba....


Saya ada sesuatu nak argue berdasarkan kenyataan di atas ni ... tapi tak jadi pasal saya sedar, pusing ikut mana pun kesimpulannya ialah - lakukanlah solat istikarah ...

Memang istikharah adalah jalan mencari penyelesaian yang terbaik ... kesimpulannya buat istikharah .. mana tau barangkali dalam petunjuk tu tiada dua-2 lelaki ni, sebaliknya org lain pula .. :-di

masyaALLAH...
na'am, sama dengan pendapat ana...
ALLAH juga sebaik-baik perancang kerana Dia Maha Mengetahui... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 15:06


ana pun sokong naruto-san
hidup naruto-san!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 15:06


ana pun sokong naruto-san
hidup naruto-san!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 16:20


Maaf atas kemunculan saya yang berkali-2 .. menarik topik ni ...

Di sini ada satu persoalan .. jika ingin membantu lelaki kedua mestikah dia mengahwini lelaki tersebut .. bukankah ada lagi saluran yang lain ?

Jika terdetik dalam fikirannya untuk memilih lelaki kedua bukankah itu bermakna yang telah terdetik juga dalam hatinya rasa kasih pada lelaki kedua itu? Perasaan hadir tanpa diduga ... Kalau kita ada rasa simpati pada seseorang, simpati itu boleh bertukar menjadi cinta dan sayang ...

Kalau dia benar-2 mahu terus istiqomah dalam perjuangan maka sudah pasti dia takkan fikirkan tentang kemungkinan bersama dengan lelaki kedua itu(provided that she had to "mengorbankan dirinya untuk menolong insan yang memerlukan itu...") ... sebaliknya terus dengan hasratnya mencari teman sejati yang dapat sama-2 berjuang ...

memang betul dengan memilih lelaki kedua dia masih boleh berjuang dalam gerakan ... cuma persoalannya ialah :

"jika ingin membantu lelaki kedua mestikah dia mengahwini lelaki tersebut?"

dan

"adakah kemungkinan hatinya terdetik untuk memilih lelaki kedua adalah kerana sudah mula berputik dalam hatinya suatu perasaan yang dinamakan cinta?"

MAAF ATAS POSTING SAYA KALI INI .. BUKAN UNTUK BERSANGKA BURUK TAPI SEKADAR MEMBERI SUATU PENDAPAT (ATAU LEBIH TEPAT PERSOALAN)YANG MUNGKIN DAPAT DIJADIKAN IKTIBAR UNTUK DISAMPAIKAN PADA MUSLIMAT YANG BERKENAAN ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-09-06 01:37


alhamdulillah.

tak sangka saya. ramainya yang berikan pendapat. (selalunya kalau saya buat topik baru tak ada sambutan). terima kasih banyak...

sebenarnya, kita cakap memanglah senang... tapi yang mengalaminya ni bukan kita tapi sahabat saya ni.. jika ya dia akan pilih lelaki pertama, dia mesti ada rasa bersalah ke atas lelaki ke-2. andainya lelaki tu benar-benar tak dapat diberi support ataupun kita tak dapat tunjukkannya jalan ke arah tu, tak ke rasa bersalah dan sedih yang amat? sebab kita yang menyebabkan lelaki ke-2 itu gagal (Allah yang tentukan. wallahua'lam. tapi kita still tak tahu apa akan berlaku).

sahabat saya memang ya kemungkinan besar akan terus bergiat aktif. dia memang pandai dan berani bercakap, berhujah, dan suka lah buat kerja2 gerakan. pendek kata, orang yang berpotensi.

apa pun, syukran kepada semua atas pendapat dan idea masing-masing. terima kasih.... betul-betul saya berterima kasih.

honestly, saya mahu sahabat saya terima lelaki pertama. tapi dalam masa yang sama kita tak nak lihat lelaki kedua ni jatuh dan kecundang di dalam hidupnya... mungkin kena settle kan lelaki ke-2 ni barulah dapat diterima lelaki pertama.

transmissionline, thanks atas minat saudara. tentang cinta yang berputik tu, saya tak tahu. tapi tak mustahil juga. kerana lelaki ke-2 sentiasa menghubungi sahabat saya ni kerana dari situlah timbul semangatnya untuk terus hidup... sahabat saya kalau boleh tak mahu terima lelaki ke-2 tapi dia pernah mengatakan hasratnya untuk mengorbankan dirinya dengan menerima lelaki itu. jadi saya fikir cinta itu tidak ada. yang ada hanyalah simpati.

tentang persoalan "adakah untuk membantu lelaki kedua itu caranya hanyalah dengan berkahwin?", saya tak tahu. tapi boleh jadi juga. kerana bila dah halal bolehlah sahabat saya membantu support dari segi luar dan dalam kepada lelaki ke-2 tersebut. sebab sepertimana telah saya sebutkan, lelaki itu tiada kenalan rapat yang lain dan ahli keluarganya tidak begitu menghiraukannya. tapi, sepatutnya perkara ni kita boleh bantu, kan? jadi, memang benar bahawa tak semestinya dengan cara berkahwin saja kita dapat bantu lelaki tu. perlu ada orang lain yang sanggup membimbingnya juga, tapi siapakah yang willing dan mampukah atau mahukah lelaki itu menerima kehadiran orang lain? tak kira lah sesiapa, of course that orang lain is a muslimin.

jadi, saya rasa saya nak cadangkan kepada sahabat saya ni untuk carikan orang lain atau seorang ustaz yang boleh dipercayai untuk pergi dekat kepada lelaki ke-2 tu dan berikan support seadanya... memang sukar saya rasakan, sebab ada ke yang sanggup melakukan pengorbanan ni? ini barulah tarbiyyah dan islah yang sebenar, namun tidak ramai yang sanggup menyahut bebanan ini.. wallahua'lam...

saya tahu lepas ni macam biasa ada orang yang akan kata, "baik istikharah sajalah". bak kata transmissionline, pusing ikut mana pun kesimpulannya adalah itu juga...


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 16-09-06 01:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

dibaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 22-09-06 17:44


Pada 15-09-06 02:05 , yushidayaKISAS posting:

!!! QUOTE !!!

buatlah istikharah...


setuju sangat lah itu...


-----------------
jadilah diri sendiri...kerna apa yang ada dalam diri kita adalah satu keistimewaan yang tiada pada orang lain...


Bookmark and Share

    


  Member Information For dibaaProfil   Hantar PM kepada dibaa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.217373 saat. Lajunya....