Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 175
Ahli: 0
Jumlah: 175




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Tips Memilih Sahabat


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Tips Memilih Sahabat

Please Mendaftar To Post


Oleh Tips Memilih Sahabat

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 14-09-06 13:35


Bukan mudah untuk kamu memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu. Ikuti tips berikut, ternyata ia dapat membantu kamu dalam mencari seorang teman sejati!

1. Boleh berkongsi apa saja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.
• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.


2. Memahami
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa... 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri mu sahaja!


3. Profesional
Sedang kamu mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;
• Dia bijak mengawal emosi mu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!


4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:
• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu...
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!

Hindari diri darinya!
1. Teman yang menjatuhkan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Gemar mencari kesalahan orang lain.
• Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.
• Dia tidak memiliki ramai kawan!


2. Teman yang memiliki pengaruh negatif
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
• Dia mengajak kamu melakukan sesatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
• Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!


3. Teman yang mempergunakan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan mu.
• Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepenuh perhatian padanya.
• Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindakbalas.

4. Teman yang tikam dari belakang
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Apa yang kamu miliki, akan turut dimilikinya sama.
• Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan mu.
• Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri mu.

5. Teman yang suka meniru kamu!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lain juga sama dengan mu.
• Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
• Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Kamu bagaikan KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 14:36


salam~
ha..dah tahu tips2 ni..pilih jangan tak pilih...
okay?
by the way,terima kasih kak puteri fuza...
wasalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 14:55


Alhamdulillah....boleh di jadikan tips yang baik dalam mencari sahabat....
Insya Allah....bersahabat atas kerana Allah....
Ukhwahfillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

mysarra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20903
Posting: 91

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 15:20


Syukur alhamdulillah..........
Hendak-hendak lah kita memperolehi sahabat yang sejati dengan adanya tips2 yang diberi oleh puteri......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mysarraProfil   Hantar PM kepada mysarra   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 17:00


Dalam memilih kawan, Luqman berpesan: "Hai anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya."


Semalam, sahabat ana marah kepada ana kerana 2 hari lepas ana ada meminjam CD nya, kemudian malam tadi dia mencari CDnya itu, kebetulan ana telah tidur...sahabat ana telah mengejutkan ana untuk bertanyakan pasal CD tersebut, maka ana dalam keadaan mamai itu, cakaplah....kemudian dia terus mancari CD nya di tempat ana katakan tetapi malangnya tidak juga jumpa...
ana sebenarnya ambik masa untuk terlelap balik, so ana dengarlah bunyi2 campak2 barang semasa proses pencarian itu..menakutkan sungguh, siap bunyi merengus tak puas hati....
lepas tu siap bagi tau sahabat ana yang lain bahawa " aku tak boleh terima hakikat kalau apa yang aku rancang tak jadi.."
dan yang paling ana terkesan dia menggunaka kata ganti bagi nama ana "perempuan itu"....mungkin kerana terlalu marah sebab biasanya dia memanggil ana kak .......

dan, esoknya bila ana bangun dr tidur, ana terus nampak CD tersebut berdekatan dengan tempat yang ana bagi tau...tak payah susah2 cari (sebenarnya kalau betul-betul hilang ana sedia gantikan balik)...cuma CD tu terjatuh....mungkin sebab tu tak jumpa agaknya...

Entahlah...sahabat ana akan memaafkan ana atau tidak?
semoga sahabat ana memaafkan ana, jika tidak, ana tidak akan mempersaudarakannya.....
bukanlah bermaksud tidak berkawan langsung tetapi mesti berhati-hati bila berkawan dengannya.......(bukan sahabat sejatilah...)

wasalam.


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.
[ Telah diedit oleh: triptofana pada 14-09-06 17:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 19:02


:-) Waaaa....baguslah.....sekarang dah tahu dah.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09432 saat. Lajunya....