Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: Sepak takraw dianak tiri di bumi sendiri


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Sepak takraw dianak tiri di bumi sendiri

Please Mendaftar To Post


Oleh Sepak takraw dianak tiri di bumi sendiri

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 10:18


SAYA terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya tentang keadaan terkini sukan sepak takraw tanah air kita yang bagi saya seolah-olah dipinggirkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan badan-badan korporat di negara kita serta pihak media.

Saya rasa terkilan setelah membaca luahan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM),Datuk Ismail Ahmad dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Ogos lepas yang mahu melepaskan jawatan tersebut kerana ‘penat’ melayan kerenah KBS dan MSN.

Saya bersetuju dengan luahan beliau kerana apa yang saya perhatikan sekian lama di mana sukan sepak takraw yang kita ketahui merupakan sukan tradisi rakyat kita (dahulu dikenali sebagai sepak raga) sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka seolah olah dipandang rendah dan tidak mendapat perhatian pihak KBS dan MSN.

Alangkah terkilan dan kecewa apabila KBS dan MSN tidak menyenaraikan sukan sepak takraw ke dalam kelompok elit sukan teras di Malaysia sebagaimana sukan teras lain.

Pihak media juga seolah-olah kurang memberi liputan terhadap perkembangan sukan sepak takraw ini.

Cuba kita perhatikan berapa kalikah kita dapat menonton siaran langsung kejohanan-kejohanan sepak takraw yang telah dilangsungkan di negara kita sendiri?

Bagi saya amat menyedihkan kerana tiada satu pun liputan siaran langsung yang dibuat oleh pihak media pada kejohanan sepak takraw. Tidak seperti sukan lain seperti bola sepak, badminton, squasy, hoki malah perlumbaan motosikal dan kereta pun mendapat liputan meluas di kaca TV.

Dari segi peruntukan dan penajaan pula, sepak takraw dilihat amat susah sekali untuk dapat penajaan oleh pihak KBS dan MSN jika dibandingkan sukan lain yang mewah ditaja malah pemain-pemainnya dilayan seperti ‘artis’. Itu belum dilihat dari segi kebajikan pemainnya.

Oleh itu saya menyarankan agar semua pihak yang terbabit terutama KBS, MSN, PSM dan badan-badan korporat yang ada di negara kita ini agar bekerjasama memartabatkan semula sukan sepak takraw ini ke peringkat tertinggi kerana apa yang saya bimbangkan pada suatu hari nanti, disebabkan pihak kita sendiri yang gagal menaikkan imej sukan ‘warisan’ kita ini, negara-negara lain seperti Jepun, Korea malah Brazil dan negara-negara Eropah pula akan mendominasi sukan sepak takraw ini dan kita sebagai ‘negara pengasas’ sukan ini akan terus menerima aib oleh negara lain.

Seperti harapan Datuk Ismail Ahmad, saya juga berharap pelihara dan jagalah martabat sukan tradisi kita ini kerana sepak takraw juga berpeluang menikmati keistimewaan sama rata dengan sukan lain malah sepak takraw juga merupakan antara penyumbang utama pingat kepada negara dalam sukan besar dunia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

jauhtapi_dekat
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.11.2006
Ahli No: 27220
Posting: 24
Dari: indera kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 06-11-06 13:59


sukan yang bukan gred 'A' ni susah lah sikit,payah nak buat duit sapa nak bagi duit

Bookmark and Share

    


  Member Information For jauhtapi_dekatProfil   Hantar PM kepada jauhtapi_dekat   Quote dan BalasQuote

husna_493
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.07.2005
Ahli No: 17529
Posting: 32
Dari: dari sini

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 14:54


saya pun pelik. Kenapa bola sepak yang entah bila akan pulih lebih diberi perhatian.tak adil,kan? paling gembira masa skuad negara berjaya kalahkan team Thailand masa Sukan SEA tahun lepas(Kalau tak silap lah...). sampai mengalir air mata lepas Putra berjaya matikan servis player Thai tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_493Profil   Hantar PM kepada husna_493   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.534888 saat. Lajunya....