Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 20 hari yang lalu
Kakngah: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: BERSANDING


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» BERSANDING

Please Mendaftar To Post


Oleh BERSANDING

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 20:39


...ada sesiapa yang boleh bantu ana huraikan tentang hukum bersanding...?dan bagaimana untuk buat majlis perkahwinan yang berkat...?bagaimana pula kalau berbeza pendapat dengan ibu ayah yang inginkan kita bersanding sedangkan kita kurang setuju dengan cara begitu...?bantu ana...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 09-09-06 20:50


bersanding ialah adat
diambil dr cara hindu

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 09-09-06 20:53


1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. ada Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5, dan Yunus: 107.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: hari Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (* pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (hari Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

wallahualam


-----------------
berjihad kerana Allah swt


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 20:57


syukran....tapi bagaimana ya ingin dijelaskan pada ibu dan ayah...?agak sukar apatah lagi jika anak perempuan tunggal..


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 21:28


huhu..risau juga kalau perkara ini terjadi kepada diri sendiri...
hmmm..try print tentang persandingan ini dan bagi kepada ibubapa.ataupun minta tolong ustaz terangkan ke.tapi kalau tak jadi juga,buat-buat lah kata terlupa nak tempah untuk design kerusi persandingan tu..terlupa nak beli barang ke apa ke padahal memang tak beli pun...huhu

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 21:37


:roll: :-? :-( :-|
bagaimana....sahabat2...ummiq...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 21:47


bersaning bukannya adat kita...dalam islam pun tak benarkan bersanding sebab takut menjadi bahan umpatan dan fitnah...
yang lebih afdhal buatlah solat sunat nikah lepas akad nikah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Minur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 22:52


Assalamualaikum...
cubale berbincang dengan parents anti dengan baik..
cuba ajak mereka berkumpul ramai-ramai lepas itu cakap baik2 dengan mereka
kalau boleh ajakla ustaz2 or family yang faham agama unutk berbincang sekali
Insya-Allah... Allah akan akan membuka hati mereka untuk berfikir kembali
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinurProfil   Hantar PM kepada Minur   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 23:44


emm..
bersanding ni adat yang kita tiru dari orang hindu..
islam memang tak galakkan..
nak besanding boleh tapi jangan di khlayak umum..
uat kat bilik pengantin just untuk ahli kelurga sahaja..
insyaallah...dengan niat yang baik dan ihklas..

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 03:27


bincang2la dengan penuh hikmah.. terangkan pada mereka dengan hati-hati, jangan sampai tersinggung.. walau dalam zaman moden hari ni.. masih ramai lagi yang masih kuat berpegang pada adat dan kebiasaan.. malah, dalam isu bersanding, ada juga pemikiran karut yang kononnya boleh menentukan status dara seseorang.. jadi.. bincangla sebaik mungkin dengan ibubapa.. dengan penuh kasihsayang, mengharapkan redha mereka dalam majlis penuh barakah.. semoga Allah meredhai majlis yang dilangsungkan.. insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 09:29


betul cakap fatin tu, bincang dengan penuh hikmah..
nobody knows everything..kita yang paham inilah kena bagitahu mereka yang tak paham...InsyaAllah, Allah sentiasa membantu hambaNya...
majlis yang berkat adalah majlis yang tidak ada pembaziran & mengikut guideline Islam...tak dicampuri dengan perkara2 yang bertentangan dengan Islam..
hidup perlu sentiasa berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah..InsyaAllah berkat...

p/s:tapi saya konpius juga, ada juga family yang pilih tarikh perkahwinan megikut ramalan (macam adat cinalah pulak) mereka kata, kalau buat majlis hujung tahun, jodoh akan kekal...konpius2...parah...
[ Telah diedit oleh: amira_aqilah pada 10-09-06 09:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25632
Posting: 113

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-09-06 10:49


memang parah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimah-azzahraProfil   Hantar PM kepada fatimah-azzahra   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 13:35


bersanding tu diambil daripada adat orang india...
ada orang kata bersanding tu haram.ana tak thla.tapi Kalau tengok pada artikel yang nuraisha bagi tu..
ada unsur khurafat kan...
hah sudah terang lagi bersuluh...
memang tak boleh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 15:25


syukran sahabat-sahabat semua...
ana sedang mengumpulkan kekuatan untuk berbincang sebaik mungkin...
bakal zauj tak mahu sebarang kompromi dan tegas untuk tak mahu bersanding...begitu juga ana..
ibu dan ayah ingin membuat majlis mengikut adat..bagaimana kalau nak ikut adat sedangkan pada masa yang sama kita nak dapatkan berkat dan redha daripada Allah...?bukan sekadar semasa kahwin juga penting selepas kahwin...
...doakan ana...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 10-09-06 15:29


semoga Allah swt kurniakan kekuatan kepada raudhah84 dan lembutkan hati parents, insyaAllah

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 16:21


bagaimana jika tak bersanding tapi tetap ada pelamin hanya untuk mengambil gambar bersama keluarga sebagai kenangan??
minta pendapat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

an_nuur2005
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24428
Posting: 25
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-09-06 18:00


Kalau dah buat masa dulu-dulu. bertaubat lah......
Tapi kalau tengok sekarang anak ustaz, pak imam ,bilal....pun buat jugak....ana bukan tuduk semua....
mengaku salah saja lah. wallahhuaklam

Bookmark and Share

    


  Member Information For an_nuur2005Profil   Hantar PM kepada an_nuur2005   Quote dan BalasQuote

asma_husna
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25817
Posting: 63
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 10-09-06 19:30


kalau nak buat itu buatlah dalam bilik dan hanya di pertontonkan kepada ahli keluarga sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For asma_husnaProfil   Hantar PM kepada asma_husna   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 19:46


setahu ana tak elok bersanding...

tapi ramai umat islam sekarang ini yang berkahwin
mesti buat majlis persandingan...

?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 10:07


Alhamdulillah,
semoga pendapat yang diberikan oleh sahabat/biah
sebelum/akan ini sedikit sebyk dapat membantu ukhti.

Sedih, kerna masih ramai
yang tidak ambil pusing tentang hal yang satu ini;
adat istiadat agama lain diikuti,
syariat agama sendiri diabaikan.

Astaghfirullahal adzhim...

Berbincang lah dengan ahli kluarga ukhti dengan bijaksana,
insyaALLAH mereka akan faham dan redha.
Kerna ibubapa mana yang tidak mahu melihat hidup anak nya bahagia.

Berdoa lah pada ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan.
Perkhawinan itu biarlah sekali dalam seumur hidup,
berkekalan, diredhai dan diberkati NYA.

ALLAHualam :-)

p/s: jangan mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan ALLAH.
* ALLAHuma ajirna minan naar. *


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 11-09-06 10:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-09-06 10:41


Pada 09-09-06 20:57 , raudhah84 posting:

!!! QUOTE !!!

syukran....tapi bagaimana ya ingin dijelaskan pada ibu dan ayah...?agak sukar apatah lagi jika anak perempuan tunggal..


Salam
saya rasa ada eloknya saudari printkn saja ulasan dr nuraisha yang ada diatas sana..minta ayahnda nd bonda baca..dan boleh minta ustaz atau ustazah (mahupun sesiapa yang arif) beri pandangan dan brckap sendiri pada ayah dan bonda raudhah84 tentang hal ni..semoga mereka faham..


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.08.2006
Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam

Pahang  


posticon Posting pada: 11-09-06 12:35


ana kalau kawin pun taknak sanding..bid'ah saja..tapi kalau belah perempuan nak buat jugak tak tau lah..belah mereka kan..tapi ana try request lah tak payah buat ..macam mana?

Bookmark and Share

    


  Member Information For raisul_muhaddissinProfil   Hantar PM kepada raisul_muhaddissin   Pergi ke raisul_muhaddissin's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 06:05


cuba tunjuk kat parents artikel di Utusan Malaysia (10 Sept. 2006), temuramah dengan Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz dalam artikel bertajuk Cukur Jambul Amalan Bidaah orang Melayu :

!!! QUOTE !!!

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.



-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 12-09-06 06:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ainur_hidayah
Warga Rasmi
Menyertai: 14.06.2006
Ahli No: 24807
Posting: 18
Dari: temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 12-09-06 10:35


Pada 09-09-06 20:53 , nuraisha posting:

!!! QUOTE !!!

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. ada Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5, dan Yunus: 107.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: hari Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (* pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (hari Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

wallahualam


alhamdulillah...
sekarang ana dah pasti dengan hukum bersanding dengan adanya bukti2 yang disertakan
syukran


-----------------
usah didamba teman setaman YUSOF andai diri xseseMPurna ZULAIKHA,
jangan didamba teman semulia MUHAMMAD andai diri xsebaik KHADIJAH
JADILAH DIRI


Bookmark and Share

    


  Member Information For ainur_hidayahProfil   Hantar PM kepada ainur_hidayah   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 15:48


Pada 11-09-06 10:07 , mas2ra posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah,
semoga pendapat yang diberikan oleh sahabat/biah
sebelum/akan ini sedikit sebyk dapat membantu ukhti.

Sedih, kerna masih ramai
yang tidak ambil pusing tentang hal yang satu ini;
adat istiadat agama lain diikuti,
syariat agama sendiri diabaikan.

Astaghfirullahal adzhim...

Berbincang lah dengan ahli kluarga ukhti dengan bijaksana,
insyaALLAH mereka akan faham dan redha.
Kerna ibubapa mana yang tidak mahu melihat hidup anak nya bahagia.

Berdoa lah pada ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan.
Perkhawinan itu biarlah sekali dalam seumur hidup,
berkekalan, diredhai dan diberkati NYA.

ALLAHualam :-)

p/s: jangan mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan ALLAH.
* ALLAHuma ajirna minan naar. *



syukran mas2ra...
sedikit sebanyak melegakan hati ana...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 15:50


Pada 12-09-06 06:05 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

cuba tunjuk kat parents artikel di Utusan Malaysia (10 Sept. 2006), temuramah dengan Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz dalam artikel bertajuk Cukur Jambul Amalan Bidaah orang Melayu :

!!! QUOTE !!!

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.




syukran fathurrahman dan sahabat2 semua...
insyAllah kami sedang cuba berbincang sebaik mungkin...
doakan moga dipermudahkan segala urusan kami...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 13-09-06 09:41


cuba lah buat alternatif lain macam panggil kumpulan nasyid @penceramah untuk tarik perhatian tetamu yang hadir.pengantin sekadar memakai pakaian yang menyerlah untuk membezakan dengan tetamu yang datang.dah ramai orang yang buat macam ni agak berkesan lah jugak(:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 15:34


syukran atas pandangan sahabat-sahabat semua... :-)


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.147211 saat. Lajunya....