Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-10-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




  Yang Masuk Ke Sini
aye: 9 jam, 9 minit yang lalu
tereturubuzu: 8 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 20 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Tolong saya..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Tolong saya..

Please Mendaftar To Post


Oleh Tolong saya..

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 09-09-06 00:47


Saya dikenalkan dengan seorang sahabat baik abang saya, yang nyatanya bukan satu fikrah dengan saya.. Memang susah kalau kahwin bukan sefikrah, tapi ternyata pemuda itu terlalu mengharap..macamana ye nak buat?


-----------------
Pernikahan menginsafkan kita..
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha..
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan..
Susah mendatang tempuh


Bookmark and Share

  


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 00:54


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah tahniah ada seorang abang yang prihatin dan bertanggungjawab. Seelok-eloknya anakanda istikhorah mohon petunjuk dan hidayah Allah SWT ya. Usah buat andaian atau commit apa apa pada peringkat awal ni. Taaruf secara syarak dan elak dari berdua-duaan ya sama ada lalu telefon atau bertemu tanpa mahram.

InsyaAllah bab fikrah tu memanglah antara kriteria bagi yang faham tetapi memandangkan belum taaruf maka istikhorah dan taaruf terlebih dulu ya. Semoga tenang dalam menghadapi liku-liku dan tahap kehidupan yang sunnatullah ini.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Sayiddina Ali ra : "Didiklah anak-anak untuk keperluan zamannya". Pepatah Arab pula ada menyebut:"Kualiti sesuatu bangsa itu masih kekal kualitinya selagi akhlaknya dipertahankan, jika akhlak tidak dipertahankan, bangsa itu akan runtuh".

Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 00:56


Apa maksud sefikrah tu?saya tak tau lah..Boleh tolong explain tak?

Bookmark and Share

  


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 09-09-06 00:59


Syukran ya Ummi...andainya ana istikharah dan pilihannya bukan dia, adakah ana perlu menolak..tapi bagaimana caranya?

Andai pula dia jodoh ana, apa yang ana perlu buat? Ummiii...ana betul-betul bingung..

Bookmark and Share

  


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 09-09-06 01:12


Hmmm...susah nak diterangkan..contohnya, perbezaan politik..kalau seorang PAS, seorang lagi bukan PAS, bukan sefikrah namanya..Wallahua'lam..hope sailormoon faham..

Bookmark and Share

  


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 01:13


sefikrah ialah... sematlamat hidup dan mempunyai satu perjuangan yang sama ketika di dunia dan seterusnya di akhirat.

macam begitu lah.. huhu

kalau nak tolak, biar tegas.


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 09-09-06 01:15 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 01:28


Macam tu rupanya...Baru tahu..(^^,)

Bookmark and Share

  


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 01:44


mungkin boleh ambil iktibar dari cerpen ni.bagus juga lah....dah pasal thread ni macam tu...jadi tak post lah kat bahagian cerpen..harap tak kisah....:-)

Adib menggerakkan kesepuluh jarinya ke belakang, menyisir rambut di
kepala. Ikalnya seketika kusut. Wajahnya pula sedikit sugul. Satu
helaan nafas panjang, menandakan kegelisahan hatinya, juga tatapan
mata yang hanya berputar-putar tanpa ada titik perhatian yang bererti.

" Aku penat, Muaz", keluh Adib.

Muaz, sahabat baik Adib yang sekarang menjadi `tong sampah' menatap
Adib dengan kasihan.

" Kau menyesal?"tanya Muaz.

Adib mengangkat wajahnya. Matanya menerawang sesaat. Ragu.

" Entahlah. Kalau ya sekalipun…untuk apa lagi. Aku tidak mungkin akan
meninggalkannya. Semua orang akan mentertawakanku, menghinaku", keluh
Adib lagi. " Aku…"

" Dia pilihan kau sendiri. Aku masih ingat lagi, kau cakap…kau
terlanjur menaruh hati. Kamu berdua terlalu dekat. Sebab tu kau nak
sangat berkahwin dengan dia. Malah kau berusaha sungguh-sungguh agar
dia akrab dengan akhawat-akhawat yang sudah sekian lama berkecimpung
dalam dakwah. Kau mengharap sangat dia menjadi seperti mereka, minimum
mungkin, dan mula faham dunia itu. Kau juga menolak keras ketika aku
dan juga sahabat-sahabat kita yang lain, bahkan ustaz sendiri,
menawarkan pilihan lain", Muaz seolah-olah mengingatkan kembali
peristiwa itu.

" Ya. Aku tidak lupa semua tu. Habis macam mana? Kami dah lama kenal,
sama-sama menjadi ahli jawatankuasa belia kat kampung kami tu, dan
terlanjur hubungan kami pula terlalu akrab. Malah aku terlanjur
bertanya tentang kesudiannya menjadi pendampingku. Dia pula tidak
menolak. Keluarganya pula sudah tahu kalau aku ni berniat untuk itu.
Mereka tidak lagi menganggap kami ini sekadar teman biasa, tapi lebih
dari itu. Habis…kalau aku berkahwin dengan orang lain macam mana
pula…", Adib menisir rambutnya lagi.

Muaz semakin kasihan. Ah, satu pelajaran paling berharga untuknya yang
masih belum menggenapkan dien. Jangan sebarangan melakukan hubungan
dengan perempuan, lebih-lebih lagi memberikan harapan. Yang jelas
jangan sebarang memilih pasangan.

Adib sudah mendirikan rumah tangga. Isterinya walaupun bertudung rapi,
namun bukanlah seorang yang faham tentang dinamika dakwah dan
pergerakannya. Dia tidak mampu memahami segala kesibukan suaminya yang
kadang-kadang perlu pulang lewat malam malah kadang-kadang perlu
menginap di tempat lain. Dia juga sukar diajak ke program-program
dakwah yang digerakkan oleh bekas aktivis dakwah kampus. Malah dia
tidak suka berbual soal fenomena dan keadaan dakwah apatah lagi
tentang permasalahan umat. Itulah yang Adib keluhkan ketika ini. Dia
berasa bosan dan penat untuk berhadapan dengan semua itu.

" Kau ni pelik", rungut Muaz.

" Maksud kau", kening tebal Adib bertemu seolah-olah pelik dengan
kata-kata Muaz.

" Sepatutnya bila kau dah tahu ini jadinya, Kenapa pula kau nak
mengeluh sekarang? Tugas dan tanggungjawab kaulah nak memahamkan dia,
nak fahamkan dunia dakwah kau tu", tegas Muaz.

Adib menghela nafas panjang. Dia juga tahu semua itu. Tetapi sekarang
tugas tersebut terasa begitu berat dan terlalu membebaninya. Wahida
bukanlah isteri yang tidak cekap mengurus rumah tangga, juga bukan
seorang yang suka membangkang. Cuma dia hanya berasa cukup dengan itu
sahaja. Padahal Adib mahukan isterinya berubah. Dia mahukan isterinya
seperti akhawat-akhawat yang dia kenal, yang mempunyai visi tentang
dakwah, aktif, dan sudah pasti mampu berkomunikasi dengannya tentang
permasalahan dakwah.


" Kau tak kasihankan aku ke, Muaz? Ketika ikhwah-ikhwah lain sudah
bergerak ke sana ke mari. Aku masih lagi perlu menjelaskan pada
Wahida, mengapa aku perlu begini. Ketika kamu semua sedang sibuk
membangunkan mimpi. Aku masih lagi terkujat dengan partnerku yang juga
kuajak membangun mimpi. Seandainya…"

" Seandainya kau berkahwin dengan akhawat yang memahami, yang se idea,
jelas kau tidak perlu melakukan semua itu. Malah boleh jadi, isteri
kau membuatkan kau semakin laju. Begitu?" Muaz terus menyambung
kalimat Adib yang tergantung.

" Ya. Bukan fikiran yang salah, kan? Kesempatanku masih ada lagi tiga
kali", kata Adib dengan nada putus asa.

Muaz menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Ta'adud bukan pelarian. Dalam keadaan sebegini. Aku sangsi kau tidak
mampu berlaku adil. Lupakan semua itu dulu", tegur Muaz.

Sekumpulan akhawat melintas di hadapan mereka. Kata-kata ustaz ketika
dia mengkhabarkan tentang perkahwinannya, seketika terngiang-ngiang di
telinga Adib.

" Mengapa dia? Antum mahukan akhawat yang macam mana? Insya Allah ana
akan carikan. Yang kaya? Yang cantik? Yang cerdas? Yang sudah
bekerja?" tanya ustaz.

" Afwan, ustaz, Saya sudah ada pilihan", tegas Adib.

" Akh Adib…akhawat kita yang sudah berumur dan sudah bersedia
berkahwin, ramai. Mereka menunggu kamu semua, para ikhwah. Antum tahu,
secara kuantitinya, perkembangan kader ikhwah dan akhawat, selalunya
lebih ramai di kalangan akhawat. Sebab itu…seharusnya setiap ikhwah
bersedia untuk berkahwin dengan mereka", jelas ustaz sabar.

" Wahida memang tidak seperti akhawat-akhawat lain, tapi dia sangat
baik", jelas Adib.

Ustaz tersenyum. Beginilah kalau terlalu mengikutkan hati.

" Ana tidak menolak itu semua. Tetapi sebuah rumah tangga dakwah
harakiyah, memerlukan lebih dari sekadar baik. Baik sahaja tidak
cukup. Isteri antum perlu orang yang faham konsep tersebut. Dia
sentiasa bersiap sedia bersama antum di dalam dakwah dan pergerakan.
Malah dia bersedia menanggung beban dan pengorbanan. Ini bukan dalam
tempoh masa setahun dua tahun, Akh. Proses membentuk karakter seperti
ini juga memerlukan waktu yang panjang. Antum perlu menyediakan
sesuatu input dan waktu khusus untuk membawa isteri antum ke sana.
Entah berapa lama. Jadi…mengapa tidak menikahi sahaja yang sudah jelas
kualitinya?" desak ustaz.

" Afwan ustaz. Sekali lagi, saya sudah menetapkan pilihan. Saya datang
ke mari bukan untuk minta pertimbangan tetapi sekadar pemberitahuan",
tegas Adib.

Sekarang? Kata-kata ustaz terbukti sudah. Walaupun Adib yakin ustaz
tidak mengolok-olokkan dia, malah dia mahu membantu, tetapi Adib tidak
ada keberanian untuk datang dan menceritakan masalahnya.
Rasanya…seperti tidak tahu mahu letak mukanya di mana. Sebab itu dia
mencari Muaz.

" Kalau kau tak terlalu mengikut perasaan dan berfikir labih jauh,
juga mempunyai keberanian, kamu mampu sahaja mebatalkan pinangan tidak
rasmi kamu tu dulu.kau bagitau sajalah kau dah ada kriteria tertentu
tentang calon isteri, ya memang agak risiko. Tapi itu akan seiring
berjalannya waktu. Yang jelas kamu bukan seperti sekarang", Muaz
berandai-0andai.

" Muaz, itu cerita lama. Sekarang ni aku mahukan penyelesaian untuk
keadaan diriku sekarang!", ujar Adib kecewa.

Muaz ketawa. Hati Adib benar-benar menjadi marah.

Deringan telefon berbunyi membuatkan Adib tersentak seketika. Wajahnya
berubah tiba-tiba ketika menatap skrin telefonnya.

" Waalaikumusslam. Abang dengan Muaz ni. Kenapa? Ya, lepas abang
selesaikan urusan abang, abang kan balik. Walaikumusslam", Adib
mengakhiri perbualannya.

" Siapa? Isteri kau ye?"tanya Muaz.

Adib mengangguk.

" Dia selalu saja mahu tahu ke mana aku pergi. Manja. Mahu aku ni
bersama dengan dia saja", keluh Adib.

" Kau ni mengeluh lagi. Bagaimana dengan cinta yang dulu yang kau
jadikan alasan? Kau masih mencintainya, kan? Begitu juga dia?" pancing
Muaz.

Adib tersenyum samar. Cinta. Benarkah? Apakah dulu layak disebut
cinta? Jangan-jangan hanya sekadar suka. Yang ada waktunya itu hanya
perasaan ingin menjadikan orang yang setiap ketika dia mendekati. Bisa
ia dipandangi. Entah apa itu namanya.

" Jangan bicara soal cinta. Aku juga sedang mencarinya", jelas Adib
pasrah.

Suara azan Asar mengejutkan kedua-duanya. Muaz menepuk bahu Adib,
mengajaknya segera solat. Semoga selesai menghadapNya, mereka mampu
melihat jalan keluar dan titik yang lebih terang dalam permasalahan
ini. Ternyata selepas solat, Adib mengambil keputusan untuk pulang.
Dia tidak mahu isterinya merajuk kerana terlalu lama menunggu. Dalam
keadaan normal, Adib biasa pulang darin pejabatnya pukul satu,
bertepatan dengan waktu makan. Muaz hanya mengangkat bahunya.

" Kalau kau masih mahu menceritakan masalah kau. Aku bersedia untuk
mendengarnya, Adib! ", Jerit Muaz ketika motorsikal Adib laju
meninggalkan halaman masjid. Adib hanya melambaikan tangan.

Malam berjalan menuju separuhnya. Suara cengkerik dan sesekali selaan
bunyi burung hantu, menimbulkan suasana khas yang terkadang
menegangkan. Adib menyandar ke dinding, menatap sosok tubuh yang
sedang nyenyak tidur.

Wajah itu belum banyak berubah. Juga senyumannya. Sesuatu yang sempat
menggetarkan perasaan Adib. Bahkan menimbulkan keinginannya untuk
selalu menatap. Sekarang? Entahlah. Padahal, mereka baru sahaja
berkahwin diua tahun.

Mungkinkah kerana Wahida tidak lagi berubah seperti yang diharapkan?
Atau Adib mula penat dengan semua hal yang dia fikir mampu
dimaklumkan? Atau….Adib mula putus harapan? Bukankah dia sering iri
hati ketika melihat pasangan ikhwah dan akhawat yang bersemangat
datang ke program-program meraka. Juga ketika melihat ummahat yang
aktif menguruskan yayasan, lembaga, atau sarana dakwah lainnya. Oh,
bahkan dia sempat bergetar perasaannya ketika bekerja sama dengan
akhawat yang masih bujang, ketika sama-sama menguruskan beberapa kerja
dalam program dakwah. Kadang-kadang dia rasa macam mahu menutup
telingannya ketika teman-teman sepengajiannya bercerita tentang
dinamika rumah tangga mereka yang tidak pernah terlepas dari dakwah
dan ibadah. Adib mengeleng-geleng.Resah.

Ditatapnya wajah Wahida kembali. Wajah yang sering mengundang rasa
sayang. Perasaan yang tidak pernah tega. Bukan seperti wajah para
akhawat yang dia kenal. Wajah mereka tegas dan penuh kepercayan pada
diri. Hanya kadang-kadang saja dia mampu menikmati kelembutan atau
kemanjaan yang seolah-olah sengaja disembunyikan.

Astaghfirullah…Adib mengusap wajahnya. Mengapa aku tidak mampu
bersyukur? Mengapa aku menumpahkan semua penyebab kerisauan hati
kepada Wahida? Benarkah dia tidak bersalah sama sekali? Tidak. Jangan
–jangan , sikap Wahida yang begitu lambat berubah, kerana sikap Adib
sendiri. Boleh jadi Adiblah yang terkesan memaksakan
kehendaknya.Mengajaknya menembusi dunia yang jauh berbeza, tanpa ada
tahapan. Benar kata ustaz, Adib perlu menyediakan input terbaik dan
waktu yang lebih, jika benar-benar mahu Wahida seperti yang dia
kehendaki. Dan, kesabaran adalah kunci utama dalam proses panjang itu.
Sebagaimana Adib sendiri mengalaminya sejak sekolah menengah dulu.

Jelas, Adib mengenal Islam lebih mendalam sejak di tingkatan enam
rendah di sekolah menengah, kemudian mula aktif di kampus sehinggalah
sekarang , dalam dunia pekerjaan. Proses itu terus berjalan. Berapa
tahun? Tujuh tahun! Bagaimana mungkin dia mahuklan Wahida sepertinya
dalam hitungan satu dua tahu ini? Secerdas dan seaktif apapun Wahida,
dia tetap tidak akan mampu dipenuhi.Kata-kata Ustaz benar.Kenapa kita
perlu memilih akhawat yang sudah menjadi? Yang sudah sama siap
berlari? Ini untuk matlamat dakwah yang panjang…

Tiba-tiba…

Satu tepukan lembut memutuskan perenungan Adib. Wahida menatapnya
penuh tanda tanya. Adib tersenyum tipis.

" Abang tak dapat tidur, Penat sangat rasanya.Tadi tengah
bersih-bersihkan komputer", jelas Adib sebelum Wahida sempat membuka
mulut.

" Abang nak Wahida picit? Atau abang nak minum?" tawar Wahida dan siap
sedia bangun.

" Tak payahlah. Abang…nak solat. Insya Allah lepas ni lebih
bersemangat". Adib menepuk bahu isterinya dan bergegas ke bilik mandi.

" Wahida nak ikut", Wahida menyusul. " Wahida nak solat sama-sama
dengan abang. Mudah-mudahan kita cepat dikurniakan anak", ujar Wahida
manja.

Adib tersenyum lalu mengangguk.

Wahida berdoa agar mereka dikurniakan zuriat penyambung generasi
rabbani. Adib berdoa agar diberikan kesabaran dan kekuatan dalam usaha
membimbing keluarganya. Lebih-lebih lagi apabila nanti mereka
benar-benar mendapatkan amanah. Dia sudah tahu, tidak ada lagi jalan
mundur. Dia harus maju. Dan sebagai seorang qowwam, dia tidak mungkin
maju sendiri-sendiri. Itulah bentuk tanggungjawabnya.

Malam semakin pekat dan dingin. Bunyi cengkerik berirama layaknya
seperti okestra. Adib merasakan dadanya lebih lapang dan tenang.

SETAPAK INDAH
24 MEI 2006

:-)


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

  


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 09-09-06 10:52


Hmmm...syukran trouver_99..memang kisah sebegitu betul-betul terjadi pada saya..cuma kami belum berkahwin..dan saya adalah perempuan..memang tak dinafikan saya memang menuggu ikhwan..tapi saya kasihan pada pemuda ini..memang terus terang saya katakan,dia tak sekacak mana,dan tak ada wanita lain yang sudi menerimanya..jalan terbaik,saya...hanya nak memudahkan..

Bila difikir2..memang saya sayangkan dakwah..saya mahu dia juga terlibat dalam dakwah kalau mahukan saya..saya betul-betul bingung..

Bookmark and Share

  


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 09-09-06 10:59


tak dapat den nak menolong nya

Bookmark and Share

  


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 09-09-06 11:00


berterus terang lah

Bookmark and Share

  


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 13:53


tak payah pening2 kepala.. istikharah adalah jawapannya.. dan Allah pasti akan tujukkan jalan.

seperkara lagi, jangan menerima seseorang itu kerana perasaan kasihan, kerana ia hanya menipu diri anda juga insan itu.

Bookmark and Share

  


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 14:04


kena istikhorah ....
bimbang nasi kalau nasi dah jadi bubur...
akan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya....


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

  


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 14:38


nak cerita yang perempuan punya? hehe, ada. since trouver_99 dah letak yang cerita Adib, saya letak cerita Nitrah ni pula.. macam pengalaman husna_nasiha....

------------------------------

Sunyi malam membuatkan hati Nitrah semakin gelisah. Dia termenung di jendela biliknya. Angin lembut yang masuk melalui jendela biliknya terasa dingin sekali. Sesekali Nitrah memeluk tubuhnya dengan kedua-dua belah tangannya. Walau Nitrah tahu cuaca malam ini sejuk, dia tetap tercegat di hadapan jendela biliknya. Menikmati malam yang penuh ketenangan. Namun..hatinya teringat kembali peristiwa pagi semalam.

'Assalamualaikum..

' Waalaikumusslam..boleh saya tahu siapa yang bercakap?
Tanya Nitrah ingin tahu.

' Saya Marwan. Saudara Mak Cik Salmah'. Beritahu lelaki itu. Nitrah terkejut. Marwan, lelaki yang telah diperkenalkan oleh Mak cik Salmah kepadaku dua bulan yang lalu. Menurut ibu, Marwan ingin memperisterikan aku. Itulah hasratnya yang telah dia khabarkan kepada Mak Cik Salmah. Aku tidak menyangka jemputan Mak Cik Salmah ke rumahnya dua bulan yang lalu bertujuan untuk memperkenalkan aku dengan Marwan. Lidahku kelu dengan tiba-tiba. Hari ini Marwan sudah berani menelefonku.

'Nitrah..maafkan saya kalau saya mengganggu awak. Saya rasa awak sudah tahu apa tujuan saya menelefon awak ni. Saya inginkan kepastian daripada awak sendiri.'luah Marwan.

Nitrah mula mengatur ayat untuk bercakap dengan Marwan.

'Saya tidak boleh buat keputusan sekarang. Saya bukan macam perempuan lain. Itu awak kena faham'. Balas Nitrah dengan nada suara yang agak tersekat.

'Maksud awak, keputusan awak nak kahwin ni kena tanya murabbi awak dulu. Saya faham. Kakak angkat awak telah menjelaskan kepada saya. Saya rasa itu tidak menjadi masalah. Saya ikhlas nak memperisterikan awak. Semua yang berlaku dalam diri awak saya mampu untuk menerimanya'. Jelas Marwan dengan penuh harapan.

Nitrah tergamam seketika. Hatinya tiba-tiba berdebar-debar.

' Saya harap awak beri masa kepada saya. Saya tidak boleh buat keputusan. Saya buntu sekarang'.

'Baiklah. Namun, saya mengharapkan suatu yang terbaik daripada awak. Assalamualaikum..

' Waalaikumussalam..', balasku lemah.

Perasaan Nitrah semakin tidak tentu arah. Dia teringat kata-kata Marwan. Hatinya tiba-tiba terdetik dan merasakan suatu perasaan yang luar biasa. Adakah aku??? Ya Allah..betulkah keputusan yang akan aku buat ini. Aku terus mencapai telefon bimbitku yang kuletakkan di atas meja.

'Kak Azilah, ada hal mustahak saya nak bincang. Boleh kita jumpa', mesej yang telah kuhantar kepada Kak Azilah terus dibalasnya.

'Insya Allah, malam ni akak free. Datanglah rumah akak',

Hatiku semakin berdebar ketika bertemu dengan Kak Azilah. Kak Azilah sekadar tersenyum melihat gelagatku. Dia memandang wajahku penuh bermakna. Wajahnya tidak putus-putus tersenyum Adakah dia sudah tahu segalanya? Hatiku tertanya-tanya. Kak Azilah duduk di sebelahku. Dia memegang tanganku lembut.

'Ada apa yang nak bincang dengan akak?' tanya Kak Azilah sambil menggenggam erat tanganku.

Lidahku tiba-tiba kelu. Aku tertunduk. Aku cuba bina kekuatan.

'Akak, bolehkah kalau kita kahwin dengan lelaki yang bukan satu fikrah dengan kita, tapi dia faham apa yang kita buat selama ini', tanya Nitrah dengan nada yang bersahaja.

'Boleh tu boleh. Tapi sebaiknya jika kita nak memilih pasangan, kita perlu pilih yang satu fikrah dengan kita. Sebab apa? Sebab dia lebih memahami diri kita. Dia lebih tahu matlamat hidup kita. Kalau dia bukan sefikrah dengan kita, sejauh mana dia mampu menerima keadaan diri kita, Kerja-kerja yang kita lakukan selama ini. Cakap memang senang Nitrah. Dia boleh cakap dia mampu menerima keadaan Nitrah, tapi sejauh mana?

Aku diam seketika dengan jawapan Kak Azilah. Namun hatiku kini semakin berat untuk menerima Marwan. Aku pasti jika itu yang Allah berikan kepadaku, itulah lelaki yang terbaik untuk aku.

'Tapi, saya yakin akak dengan jawapan dia, dengan kesungguhan dia. Dia benar-benar ikhlas mahu menerima saya dan juga penerusan tarbiyah saya. Dia juga mengharapkan ada orang yang dapat mentarbiyah dia. Kalau saya tak kahwin sekarang bila lagi akak?' jawabku penuh yakin.

Kak Azilah memandang aku dengan satu pandangan yang begitu tajam. Aku tidak pasti apakah yang ada di kotak fikiran kak Azilah. Adakah jawapan aku itu telah mengecewakan dia. Aku diam dan tunduk ke lantai.

'Nitrah, akak nak tanya seikhlas mungkin dari dalam hati Nitrah sendiri. Nitrah dah bersedia nak mendirikan rumahtangga, Nitrah bersedia nak menerima lelaki tu dalam hidup Nitrah walaupun bukan satu fikrah dengan kita', tanya Kak Azilah sambil memegang bahuku.

Aku mengangguk tanda setuju. Kak Azilah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia juga mengangguk. Tapi jelas di wajahnya ada raut kekecewaan dengan keputusan yang kubuat. Tapi inilah keyakinanku dengan keputusan yang telah kubuat.

Perjalanan majlis pertunanganku dengan Marwan berjalan lancar. Seminggu lagi majlis perkahwinan kami akan dilangsungkan. Hanya seminggu kami bertunang. Marwan tidak mahu kami bertunang terlalu lama. Baginya, kalau boleh majlis perkahwinan kami cepat-cepat dilangsungkan.

'Akak datang ye majlis perkahwinan saya nanti', jemput Nitrah dengan penuh kegembiraan.

'Insya Allah. Jika tidak ada apa-apa kami semua akan datang. Semoga semuanya selamat ye', balas Kak Azilah.

Majlis perkahwinanku sungguh meriah. Ramai sahabat-sahabatku yang datang. Ini sudah cukup membuatkan aku rasa restu mereka dengan perkahwinanku. Aku tidak dapat menahan sebak apabila melihat Kak Azilah. Dia menghampiriku dan memelukku.

' Nitrah, tahniah. Ingat ye. Nitrah sekarang sudah menjadi isteri orang. Banyak-banyak berdoa moga Allah permudahkan perjalanan tarbiyah Nitrah seterusnya. Jangan menangis. Tak elok menangis di hari yang baik ni', nasihat Kak Azilah membuatkan aku terus menangis. Dia mengelap air mataku dan terus berlalu pergi.

Kini sudah hampir dua bulan perkahwinanku dengan Marwan. Dalam tempoh itu juga aku tidak bertemu dengan Kak Azilah dan sahabat-sahabatku. Rinduku pada mereka terlalu mendalam. Malam itu. Aku seperti mahu menangis mendengar kata-kata Marwan.

'Tak payahlah pergi program tu. Duduk saja berehat kat rumah. Awak tu bukan sihat sangat. Kalau awak nak, abang boleh belikan buku-buku agama untuk awak baca. Sama juga kalau tak pergi programpun. Dapat juga ilmu dengan baca buku tu�, kata Marwan lalu mencapai kunci keretanya. Tinggallah aku keseorangan di rumah. Tiba-tiba wajah-wajah sahabat-sahabatku terbayang di pandangan mata. Kak Idah, Nusaibah, Alia, Mala, Ju dan Ziha yang banyak membantu aku. Hubungan ukhwah yang dulu kini aku rasakan terlalu jauh. Malam itu Kak Azilah telefon.

'Assalamualaikum..Apa khabar?

'Waalaikumussalam..Sihat. Akak sihat? Rindunya saya pada akak dan sahabat-sahabat yang lain'. Balasku.

'Ye ke rindu. Lama tak dengar cerita. Ingatkan dah lupa pada kami. Program kitapun dah lama tak datang', kata-kata Kak Azilah membuatkan aku terasa. Terasa seolah-olah aku tidak sensitif dengan apa yang berlaku pada aku sekarang. Pentarbiyahan aku selama ini terhenti begitu sahaja. Dek kerana sebuah perkahwinan. Adakah perkahwinan aku ini penyebab penghalang untuk aku meneruskan tarbiyah? Ya Allah, silap akukah ya Allah.

'Rindu dan kasih saya tak pernah hilang pada akak dan sahabat-sahabat. Macam mana saya nak cakap dengan akak ye. Saya malu dengan akak dan diri saya sendiri', jawabku dalam tangisan.

'Nitrah, sabar. Cuba Nitrah ceritakan pada akak. Apa yang membuatkan Nitrah rasa malu pada akak dan diri Nitrah sendiri'. Pujuk Kak Azilah.

'Betul cakap akak dulu. Kita kena pilih lelaki yang sama fikrah dengan kita. Sekarang baru saya sedar. Saya silap membuat keputusan menyebabkan tarbiyah saya terbantut dan terhalang. Saya rasa kosong sekarang akak. Saya tak kuat akak. Saya lebih banyak mengalah dengan Marwan,'beritahuku dan terus menangis.

'Nitrah, Jangan salahkan sesuatu yang telah berlaku. Ini dah jodoh awak. Tapi, dalam hal tarbiyah ni awak kena bijak. Nitrah perlu banyak berbincang dengan suami. Banyakkan doa kepada Allah moga Allah tunjukkan jalan. Berikan keyakinan kepada Marwan bahawa tarbiyah ini perlu diteruskan. Akak doakan moga Allah mudahkan Nitrah', pesan kak Azilah membuatkan hatiku bertambah hiba.

Aku termenung di meja makan. Air sejuk yang kutuangkan ke dalam gelas tidak mampu aku minum. Aku teringat sahabat-sahabatku dan Kak Azilah. Hari ini mereka dan sahabat-sahabatku yang lain berrehlah di Taman Tasik Permaisuri. Aku minta keizinan dari Marwan untuk menyertai mereka. Namun, Marwan tetap tidak benarkan aku pergi. Katanya, ibu dan bapa mertuaku akan datang dari kampung. Aku menangis lagi. Menangis dengan keadaan yang berlaku kepada diriku. Aku rindu gelak tawa dan tangisan sahabat-sahabatku. Aku rindu semua itu. Aku juga tahu,sudah pasti mereka juga merindui aku. Namun. Aku sedikitpun tidak menyangka keadaan ini akan berlaku dalam hidupku dari awal perkahwinan sehinggalah aku kini mengandung tiga bulan.

'Abang, esok saya ada program kat rumah Kak Azilah. Saya nak minta izin abang untuk pergi ke sana?' kataku dengan suara yang lembut sekali. Marwan memandang aku dengan pandangan yang cukup tajam.

' Tak payahlah. Awak tu kan mengandung. Tak kan mengandung pun nak pergi juga. Apa-apa yang berlaku nanti abang juga yang susah. Dahlah awak tu alah teruk. Berehat saja lah kat rumah�, balas Marwan. Aku terus menangis. Esakku kali ini lebih kuat. Aku sedih dengan jawapan Marwan. Ternyata sehingga sekarang dia masih tidak mampu memahami keadaan diriku. Matlamat hidupku. Marwan menjadi serba salah apabila melihat aku terus menangis. Dia memeluk bahuku. Aku menepis dan berlalu pergi. Marwan mengekoriku dari belakang.

'Kenapa ni? Menangis macam tu sekali. Tak baik orang mengandung ni banyak menangis. Nanti anak tu pun menangis macam ibu dia juga. Siapa yang susah, abang juga yang susah�, kata Marwan kononnya mahu membuat lawak denganku. Namun tangisanku tak mampu aku hentikan. Dia mula gelabah dan cuba memelukku. Kali ini lebih kuat dan lebih erat. Aku tidak mampu melepaskannya.

'Jangan buat macam ni?' pujuk Marwan.

'Abang, tolonglah faham keadaan diri Nitrah ni. Mana janji abang dulu. Abang…Nitrah ada sahabat-sahabat yang Nitrah rindui. Nitrah rindu program-program seperti Nitrah ikuti dulu sebelum berkahwin dengan abang. Tapi abang tidak pernah memberi peluang untuk Nitrah bersama-sama dengan mereka. Nitrah sedih. Nitrah kecewa dengan abang', luah Nitrah sambil memandang wajah Marwan.

Marwan tidak mampu berkata apa-apa. Pelukannya dilepaskan.

'Buku saja tidak mampu mengisi kekosongan hati Nitrah ni. Nitrah tahu Nitrah isteri abang sekarang. Nitrah perlu taat kepada abang. Tapi, abang juga sebagai suami perlu memahami hati dan perasaan Nitrah. Dulu sudah Nitrah katakan pada abang, Nitrah bukan macam perempuan lain. Nitrah ada tanggungjawab lain selain tanggungjawab Nitrah pada abang. Mengandung bukan penghalang untuk Nitrah tidak melakukan kerja-kerja seperti dulu. Nitrah harap abang faham keadaan Nitrah�, Kata Nitrah untuk cuba memahamkan hati dan diri Marwan.

Marwan menghampiri Nitrah. Dia menggenggam tangan Nitrah erat.

' Baiklah, kalau itu yang Nitrah mahu. Terserahlah. Abang izinkan Nitrah pergi esok', hanya itu kata-kata Marwan dan dia melepaskan genggaman tangannya dan berlalu pergi. Nitrah menarik nafas panjang. rasa kepuasan ada dalam hatinya walaupun dia merasakan jawapan Marwan tadi dalam nada kekecewaan. Kini, Nitrah hanya mampu berdoa agar permulaan yang sedikit ini akan memberikan satu kesedaran kepada Marwan untuk memahami keadaan dan matlamat hidupnya. Hidup dan matinya untuk Islam.

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 15:10


husna, macamana? mesti terasa benar dengan cerita ni. tapi kan husna, katakanlah.. jodoh husna adalah dengan insan yang bukan sefikrah. jika itu berlaku, husna kena sentiasa yakin yang setiap perkara yang berlaku tu benar-benar ada hikmahnya. kalau kita tak nampak hikmahnya sekarang, masa depan. kalau tak masa di dunia, di akhirat, insya-Allah. Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Mungkin sekarang yang husna nampak, perkara negatif saja. Contohnya husna tak dapat bergiat aktif dalam dakwah lagi dah macam sebelum2 ni, seandainya akhirnya berkahwin macam Nitrah.

Sebenarnya banyak juga positifnya. Kerana berdakwah itu tak semestinya dengan cara berdakwah di dalam gerakan jemaah. Berdakwah, dalam mendidik suami, dalam mendidik anak-anak kelak.. Ha, ni bukan senang.. ni barulah tarbiyyah yang sebenar!! Kita tak dapat mengharap agar dia faham seperti kita dalam masa yang singkat. Membimbing dirinya adalah yang lebih utama... Banyaknya tugas orang2 yang faham ni. Segala peluang yang ada, perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Hatta jika berkahwin dengan orang bukan sefikrah sekalipun. Perkara ni betul-betul perlu dimainkan peranan oleh seorang isteri. Jangankan kita nak dakwah masyarakat saja. Tapi, yang dekat2 dengan kita ni? Mungkin kita boleh ajak dia ikut kita ke program-program amal, mengeluarkan derma, kita boleh buat home tuition, mengaji dll.. apa-apa sahaja cara yang boleh kita sumbangkan dengan cara tersendiri mengikut kemampuan..

Jika difikirkan, sekiranya semua orang yang ada fikrah nak kahwin dengan orang-orang yang sefikrah sahaja.. Apakah ini tidak akan mengguriskan hati dan perasaan orang lain? Ahli2 jemaah seolah-olah meletakkan diri mereka di makam yang tinggi. Jika begitulah keadaannya, kasihan lah kat orang-orang di luar sana, siapa yang dapat membimbing mereka?... mereka dengan mereka saja, kita dengan kita saja? Ni belum lagi sebut pasal mualaf2 yang perlukan bimbingan di luar sana..

Tak semestinya jihad itu hanya di luar. Di dalam rumahtangga juga seseorang isteri itu boleh berjihad. Saya berpendapat, sekiranya salah seorang suami/isteri itu hebat di luar, apalah salahnya sekiranya salah seorang lagi suami/isteri itu berikan tumpuan pada keluarga, seperti menguruskan anak2, akademik anak2, perbelanjaan, makan pakai, ibu bapa, mertua, kerjaya, rumah, kereta dan sebagainya... ha, kan banyak tu...

Kesimpulannya, Allah hanya memberi kita sesuatu tanggungjawab itu sesuai dengan kemampuan kita. Jika kita mampu buat lebih, maka lebihlah yang Allah akan bagi. Setiap muslim itu ada kecenderungan yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, setiap muslim itu juga saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.. So, kita boleh pilih mana-mana yang sesuai dengan keadaan kita dan kredibiliti kita. Tak perlu kita terlalu obses dengan 'nak kawin sefikrah'... ikut lah keadaan...

apa-apa pun, fikir semasak-masaknya ya... Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk Husna.. dan masa depan husna..


All the best.

Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 09-09-06 17:08


Assalamualaikum...
Isu fikrah....sukar juga untuk ditafsirkan dan dijelaskan. Naqib saya juga selalu mengigatkan tentang betapa pentingnya memilih orang yang sefikrah dengan kita sebagai pasangan hidup. Tapi, kadangkala saya terfikir banyak perkara regarding daripada kenyataan tersebut. Bagaimana dengan orang2 di luar sana yang tiada fikrah dalam kehidupan mereka? Siapa yang boleh membantu mendekatkan mereka ke jalan dakwah? Bagaimana dengan masyarakat luar jika kita terlalu asyik dengan fikrah kita sahaja? Isunya hanya fikrah sahaja. Itu belum lagi dibincangkan antara fikrah yang ini dengan yang itu...Keduanya tak boleh bertembung. Bayangkanlah betapa banyaknya jemaah yang ada di Malaysia ni. seolah-olah fikrah ni adalah perkara yang perlu diutamakan pula..Bagaimana masyarakat ingin bersatu padu andainya masing-masing hanya ingin memikirkan tentang fikrahnya sahaja...Sedangkan dalam pemilihan seorang isteri mengikut sunnah Rasulullah adalah agama sebagai tunjang utama bukannya fikrah...Tak salah ada fikrah ni, kerana ia juga satu keperluan untuk memudahkan jalan dakwah kita. Tapi, jika kita lihat sendiri isteri2 Rasulullah,yang datangnya dari pelbagai bani dan suku kaum ketika itu..Apa tujuannya Rasulullah yang kita imani itu lakukan? Untuk menyatukan manusia sebagai satu umat di bawah panji2 Islam. Jadi bagi saya, janganlah terlalu dimomokkan dengan isu fikrah. Boleh untuk dipertimbang tetapi biarlah rasional...Jalan terbaik, mintalah petunjuk Allah.

Sekadar pendapat....

Bookmark and Share

  


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 19:35


ana suka cara tu...
maksud ana anti tak mencari sendiri & tak berdating sana sini...hmmm...

ingat pesan ummiq..

buat istikharah...

yakin pada ALLAH..

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

kadang-kadang perkara yang kita tak suka itu adalah
yang terbaik buat kita...

just thinking positive..

Bookmark and Share

  


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

zain_annur
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2006
Ahli No: 26260
Posting: 3
Dari: sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 09-09-06 20:13


assalamualaikum...
pasal fikrah tu kan...memang ada betulnya, kalau nak cari pasangan hidup kena cari yang sama fikrah...kalau tak sama fikrah takut - takut nanti bergaduh pulak kalau dah kawin...tapi tak lah semestinya macam tu...kita boleh cari orang yang berlinan fikrah..misalnya orang yang kita cari tu fikrah islam nya kurang kan ...dari situ kita boleh permantapkan lagi fikrahnya tentan islam...kita kena ingat thruq adda'wah ni banyak kan...jadi terpulang kepada kita nak pilih ....hanya pandangan...kalau silap tegur ye...

Bookmark and Share

  


  Member Information For zain_annurProfil   Hantar PM kepada zain_annur   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 20:49


istikharah...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

  


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 21:14


kalau rasa nak kahwin dengan orang yang kurang fikrahnya berbanding dengan kita pun boleh.tak ada masalah pun.tapi rasanya perlu kesabaran yang tinggi untuk sentiasa memperingatkan antara satu sama lain.contohnya,mungkin isteri beranggapan bahawa aurat itu perkara yang remeh lalu menutup aurat hanya ala kadar sahaja.dan suami yang kuat fikrahnya perlu sabar dalam menasihati isteri sedemikian.malah kemungkinan,boleh tercabar.

bukan maksud hendak membezakan antara manusia tetapi semangat roh perjuangan itu yang seharusnya sentiasa dihidupkan.kalau rasa boleh mengawal keadaan macam tu,dipersilakan dan semoga dapat mengubah pasangan supaya ke arah fikrah yang sama.kalau rasa tak cukup yakin,pohonlah pertolongan dari Allah dalam membuat sebarang keputusan.besar pahala kalau kita dapat meniup semangat Islam kepada yang lain agar sentiasa beristiqamah.tambahan pula di zaman yang banyak cabaran sekarang ini.

wallahu'alam

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

  


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

honest
Warga Rasmi
Menyertai: 16.10.2006
Ahli No: 26983
Posting: 13
Dari: wilayah persekutuan

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-10-06 09:56


dalam nak meneruskan sesuatu hubungan..kalau kita dah buat istikharah..dah buat solat hajat dan hasilnya tidak memihak pada kita tapi ingatan dan perasaan ni masih kuat..macam mana ek?

Bookmark and Share

  


  Member Information For honestProfil   Hantar PM kepada honest   Quote dan BalasQuote

kdinx
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.01.2006
Ahli No: 21823
Posting: 69
Dari: Moscow

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-10-06 10:29


Assalamualaikum
Kenapa anda memandang pada kekurangan fikrahnya sahaja...pandanglah pada kelebihannya yang lain...contohnya kerja dia bagus ke,akhlak dia ok ke, pandai menghibur ke,matang ke ,dll. Kalau nak kawin sedari kena terima semua sekali apa yang baik dan apa yang buruk daripada pasangan anda.besarkanlah akan kelebihannya,tutuplah mata mata akan keburukannya...

Bookmark and Share

  


  Member Information For kdinxProfil   Hantar PM kepada kdinx   Quote dan BalasQuote

ukhti_sarah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19992
Posting: 22
Dari: kelate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 12:09


Pada 09-09-06 10:52 , husna_nasiha posting:

!!! QUOTE !!!

Hmmm...syukran trouver_99..memang kisah sebegitu betul-betul terjadi pada saya..cuma kami belum berkahwin..dan saya adalah perempuan..memang tak dinafikan saya memang menuggu ikhwan..tapi saya kasihan pada pemuda ini..memang terus terang saya katakan,dia tak sekacak mana,dan tak ada wanita lain yang sudi menerimanya..jalan terbaik,saya...hanya nak memudahkan..

Bila difikir2..memang saya sayangkan dakwah..saya mahu dia juga terlibat dalam dakwah kalau mahukan saya..saya betul-betul bingung..


assalamualaikum...
ya ukhti,jika kita mencintai hamba Allah itu jangan sesekali memaksanya mengikut gerak geri kita,maksud saya mengikut kemahuan kita amnya dan husna tidak boleh mencintainya kerana kasihan,kelak akan membawa keburukan.saya sarankan husna minta petunjuk dariNya terlebih dahulu seblm bertindak,maafkan ukhti_sarah jika terlanjur kata :roll: :roll:


-----------------
ukhwah yang terjalin ini terlalu indah jika dimulai dengan kalimahNYA dan diakhiri kalimahNYA jua(",)


Bookmark and Share

  


  Member Information For ukhti_sarahProfil   Hantar PM kepada ukhti_sarah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 15:37


topik seumpama ini sering juga muncul dalam ukhwah .. dan jawapan terbaik yang dipersetujui semua ialah "solat istikharah" ... harap-2 lepas ni tak muncul lagi persoalan seumpama ini kerana jawapannya semua dah sedia maklum ...

Bookmark and Share

  


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 16:00


Pada 09-09-06 17:08 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
Isu fikrah....sukar juga untuk ditafsirkan dan dijelaskan. Naqib saya juga selalu mengigatkan tentang betapa pentingnya memilih orang yang sefikrah dengan kita sebagai pasangan hidup. Tapi, kadangkala saya terfikir banyak perkara regarding daripada kenyataan tersebut. Bagaimana dengan orang2 di luar sana yang tiada fikrah dalam kehidupan mereka? Siapa yang boleh membantu mendekatkan mereka ke jalan dakwah? Bagaimana dengan masyarakat luar jika kita terlalu asyik dengan fikrah kita sahaja? Isunya hanya fikrah sahaja. Itu belum lagi dibincangkan antara fikrah yang ini dengan yang itu...Keduanya tak boleh bertembung. Bayangkanlah betapa banyaknya jemaah yang ada di Malaysia ni. seolah-olah fikrah ni adalah perkara yang perlu diutamakan pula..Bagaimana masyarakat ingin bersatu padu andainya masing-masing hanya ingin memikirkan tentang fikrahnya sahaja...Sedangkan dalam pemilihan seorang isteri mengikut sunnah Rasulullah adalah agama sebagai tunjang utama bukannya fikrah...Tak salah ada fikrah ni, kerana ia juga satu keperluan untuk memudahkan jalan dakwah kita. Tapi, jika kita lihat sendiri isteri2 Rasulullah,yang datangnya dari pelbagai bani dan suku kaum ketika itu..Apa tujuannya Rasulullah yang kita imani itu lakukan? Untuk menyatukan manusia sebagai satu umat di bawah panji2 Islam. Jadi bagi saya, janganlah terlalu dimomokkan dengan isu fikrah. Boleh untuk dipertimbang tetapi biarlah rasional...Jalan terbaik, mintalah petunjuk Allah.

Sekadar pendapat....


bila cakap pasal fikrah rasa tertarik hati ini nak kongsi apa yang telah dipelajari...sometime memang betullah apa yang syatetapsaya katakan if kita pandang fikrah kita saja sampai bilapun dakwah takkan berjalan pada org yang tak sefikrah dan adakalanya kita yang ada fikrah ini kena korban sikit untuk laksanakan jalan dakwah.kalau kita tengok isteri2 rasulullah pun dr pelbagai bani ini kerana jalan dakwah atau uslub dakwah yang nabi cuba bawa,jadi tak salah if kita nak terima yang tak sefikrah ini cuma dari satu sudut dalaman dan pendekatan kita dengan Allah mesti betul-betul mantap.sebab perempuan memang tak mampu nak mengubah suaminya namun adakalanya tangan yang halus ini jua mampu menggoncang dunia..jadi if husna rasa mampu untuk buat teruskan disamping minta petunjuk Allah,seperkara lagi istiqhoroh bukanlah satu pkr yang mudah ianya bilamana kita memang dah tak ada pilihan dan semua pandangan ahli keluarga kita dah dengar..jadi jalan akhir minta petunjuk Allah dan tak boleh buat sekali saja kena buat banyak kali disamping solat hajat.bukan mudah nak tentukan jodoh ini.

dan lepas itu apa yang Allah takdirkan terimalah seadanya mungkin itu yang terbaik buat kita..tolak tepi dulu seandainay apa yang Allah tetapkan buat kita yang tak berfikrah kerana cuba kita fikir balik Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita..dan jadikan ini sebagai landasan untuk meneruskan dakwah bukan sebaliknya...yang penting agamanya kerana org mentaati agama dalam diri dia ada dzat yang baik dan hanya mereka2 yang ada dzat yang baik akan dapat hidup bersama mereka yang baik jua..seperti mana firman Allah dalam alquran..:lelaki yang baik untuk perempuan2 yang baik...jadi janganlah risau janji Allah itu pasti berlaku...
moga husna bertemu jalan keluar..
waAllah hu a'lam...
waassalam..


-----------------
hidup ini jihad menuju ilahi


Bookmark and Share

  


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 17:20


jangan lupa buat istikharah...

Allah tak suka hamba-hambaNya
meminta-minta pada hamba-hamba yang lain...

tapi Allah sangat suka pada
hamba-hamba yang meminta padaNya...

Bookmark and Share

  


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

hidayah_grasio
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23571
Posting: 146
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 19:44


assalamualaikum

sefikrah means seperndapat..

nasihat saya, buat lah istiharah sebaik mungkin... pohon kepada Allah sebaik mungkin supaya memberi petunjuk yang betul....

lepas istiharah, baru buat keputusan ya...

selamat mencuba..

wassalamualaikum wr. wb

Bookmark and Share

  


  Member Information For hidayah_grasioProfil   Hantar PM kepada hidayah_grasio   Quote dan BalasQuote

hazi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2006
Ahli No: 27127
Posting: 146
Dari: malaysia

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 04-11-06 14:53


jodoh & pertemuan Allah dah tetapan..
mintalah petunjuk dariNYA..Insya Allah

Bookmark and Share

  


  Member Information For haziProfil   Hantar PM kepada hazi   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 04-11-06 15:05


Pada 17-10-06 15:37 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

topik seumpama ini sering juga muncul dalam ukhwah .. dan jawapan terbaik yang dipersetujui semua ialah "solat istikharah" ... harap-2 lepas ni tak muncul lagi persoalan seumpama ini kerana jawapannya semua dah sedia maklum ...


sokong 100%


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....


Bookmark and Share

  


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 04-11-06 16:13


Pada 04-11-06 14:53 , hazi posting:

!!! QUOTE !!!

jodoh & pertemuan Allah dah tetapan..
mintalah petunjuk dariNYA..Insya Allah


Pendapat di sokong.....

~ Tak perlu sefikrah sebab, kalau kita asyik nak yang sefikrah saja...susah jugak..Tak kan kita nak biarkan yang kurang taqwa tu hanyut tanpa petunjuk..

~ Berkorban di dunia, kelak di SANA, kita akan dapat hasilnya...

~ Fikrah tak semestinya dalam kummpulan kita sendiri, sesama ahli keluarga juga boleh...Suami/isteri/anak2

~ Kalau hati tak nak terima, terus terang saja...Biar luka sekarang kerana masih senang di ubati..Jangan luka kemudian hari kelak merana diri.......Kalau hati suka, teruskan... Tak guna simpan jika tak suka...Kecewa simpan jika dah berkenan....
[ Telah diedit oleh: Akhi_Arab pada 04-11-06 16:14 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 17:18


Pada 09-09-06 01:12 , husna_nasiha posting:

!!! QUOTE !!!

Hmmm...susah nak diterangkan..contohnya, perbezaan politik..kalau seorang PAS, seorang lagi bukan PAS, bukan sefikrah namanya..Wallahua'lam..hope sailormoon faham..


:-) Bismillahirrahmanirrahim...

ye lah husna_nasiha, memang kalau bab perbezaan politik ni susah sangat-sangat...kita tak nak ikutnya,dia pula tak nak ikut kita dengan PAS...itulah yang paling rumit..
anti buat lah solat istikharah banyak-banyak dan mohon dengan Allah bersungguh2,insyaallah anti akan dapat petunjuk yang tepat.

lepas tu jika keputusannya bukan dia,maka anti cakaplah dengannya berterus terang dan jangan pula sampai buat hatinya terasa..tolak secara baik dan berhikmah..insyaallah,si dia akan terima keputusan anti jika dia benar-benar lelaki yang baik.

ana doakan kebahagiaan anti!!!

wallahua'lam.


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

  


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 21:05


istikharahlah...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

  


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

shoutul_miji
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2006
Ahli No: 26845
Posting: 104
Dari: bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 30-12-06 11:47


mmm...buat lah apa yang terbaik dalam hidup awak...yang penting Allah dan
agama-Nya tidak dilupakan dan perlu dijadikan panduan hidup...

Bookmark and Share

  


  Member Information For shoutul_mijiProfil   Hantar PM kepada shoutul_miji   Quote dan BalasQuote

wee
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27872
Posting: 33

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-12-06 13:02


:-D Betul tu.......... :-o

Bookmark and Share

  


  Member Information For weeProfil   Hantar PM kepada wee   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145 saat. Lajunya....