Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 6 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: berkenaan dengan isu oral seks...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» berkenaan dengan isu oral seks...

Please Mendaftar To Post


Oleh berkenaan dengan isu oral seks...

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 14:47


Hukum onani

Berikut ini, terjemahkan secara lengkap fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai hukum onani dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam, hal. 161.

Semoga terjemahan ini bermanfaat untuk semua.

Hukum onani
Adakalanya darah seorang pemuda itu bergelora, lalu dia menggunakan tangannya mengeluarkan mani untuk meredakan ketegangan dan menenangkan gelora syahwatnya. Cara begini dikenali sebagai `al-`adah al-sirriyah’ (onani/istimna’;).

Onani diharamkan oleh kebanyakan ulamak. Imam Malik menggunakan dalil dari firman Allah Taala:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka kecuali terhadap isterinya tau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain dari yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu’minun: 5- 7). Kerana orang yang beronani adalah melepaskan syahwat bukan pada tempatnya.

Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula berpendapat, bahawa mani adalah satu benda lebihan dari tubuh badan. Oleh itu ia boleh dikeluarkan seperti memotong daging lebih. Pendapat ini disokong dan diperkuatkan oleh Ibnu Hazmin. Fuqahak Hanbali mensyaratkan pengharusan onani dengan dua perkara:
1 . Khuatir akan melakukan zina
2 . Tidak mampu berkahwin

Kita dapat mengambil pendapat imam Ahmad ini dalam keadaan gelora syahwat memuncak dan dikhuatiri akan jatuh ke dalam perkara yang haram. Contohnya, seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di luar yang jauh dari negaranya, di mana di sekelilingnya terdapat pengaruh-pengaruh yang terlalu kuat dan dia takut akan melakukan zina. Oleh itu dia tidak berdosa menggunakan cara onani untuk memadamkan dan meredakan gelora syahwatnya dan supaya tidak menjadi melampaui batas dan gelora syahwatnya menjadi ulat.

Namun apa yang terbaik ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu hendaklah dia memperbanyakkan puasa, di mana puasa itu dapat mendidik keinginan, mengajar kesabaran dan menguatkan taqwa serta muraqabah kepada Allah Taala di dalam diri seorang muslim. Sabdanya:
"Wahai sekelian pemuda! Barangsiapa di antara kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, keran ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginya merupakan pelindung." (hari Bukari)


-----------------
iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan di buktikan dengan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 05-09-06 15:29


Bagus topik ni... Saya dah sabar nak buat kesimpulan... hehehe...
(",)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 05-09-06 15:52


erm just nak betulkan yang onani dan oral seks adalah dua perkara yang berlainan.
tajuk oral seks tapi content pasal onani.kalau rajin boleh betulkan supaya tak menimbulkan kekeliruan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 15:59


Allah...anta rabbi wa ana 'abduka..waana 'ala 'ahdika wawa'dika mastato'tu..'auzubika min syarrima sona'tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-09-06 16:27


Pada 05-09-06 15:29 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Bagus topik ni... Saya dah sabar nak buat kesimpulan... hehehe...
(",)..


apa kesimpulannye?? :-di


-----------------
pregnancy


Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 17:25


saya mita maaf andai apa yang di utarakan tersilap maklumat.. sema yang baik dtgya dr Allah mana jua kelemahan diri saya sendiri.. terima kasih sudi membetulkan apa yang patut ye.. ukhwah fillah..........asalamualaikum.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 17:38


kalau rasa posting ni patut di lock... saya terima.. mita maaf andai menyusahkan banyak pihak ye.....masalamah, ilal liqo....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 17:42


Saya sokong lock saja!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 05-09-06 17:51


3 hukum onani

http://www.al-firdaus.com/musafir/bhg43.htm


-----------------
berjihad kerana Allah swt


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 18:41


assalamualaikum wbt

onani dan seks oral adalah dua hal yang berbeza.

Onani ialah seperti yang disebut di atas. seks oral adalah seks yang bukan biasa dilakukan dimana kemaluan lelaki bertemu dengan kemaluan pasangannya seblaiknya seks oral ialah antara kemaluan dengan mulut.

Dalam istilahnya ialah blowjobs. Ia berbeza dengan onani. Onani haram bahkan dalil-dalil menunjukkan ia haram

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 18:55


http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=19523&highlight=oral&sid=5fdc995f9548f8eae12fe712bcebc4e5
1. Melihat kemaluan isteri atau suami
Hadis2 yang tidak sahih:
a. Dari Aisyah ra,” saya tidak pernah sama sekali melihat kemaluan RasuluLLah saw.
Takhreej Hadis oleh alMuhaddith alAlbani (w. 2 Okt 1999)
Jalur satu: Imam Tabrani (w. 360H, asSogheer/27), Abu Nu’aim (w.416H, Hilyah:8/247), alKhatib (w. 458H, alJami’:1/225). Tahqeeq Ibn Hajar Asqalani: Hadis Batil (w. 852H, Lisan alMizan), terdapat perawi bernama Birkah, pemalsu Hadith.

Jalur dua: Imam Ibn Majah (w. 273H, asSunan:1/226), Ibn Sa’ad (w. 240H, Tabaqat: 8/136) Tahqeeq oleh alBusyiri (alZawaid), Hadis Dha’ef kerana terdapat dalam sanadnya maula Aisyah yang majhul (tidak dikenali)

Jalur tiga: Imam Abu Syaikh (w. 369H, Akhlaq anNabi: 251) Hadis dha’ef kerana mata sanadnya terdapat Abu Salih yang dha’ef.

b. Dari Utbah bin Abd Salami,” apabila seseorang mendatangi isterinya, maka hendaklah ia menutupi kemaluannya dan jangan keduanya telanjang bulat.”

Jalur 1: hari Ibn Majah (Sunan: 1/592). Dha’ef menurut alBusyiri.

Jalur 2: hari anNasa’iy (w. 303H, Isyrat anNisaa’: 1/79) Ibn Adi (w. 365H, alKamil: 2/149) dari Abdullah bin Sarjis. Dha’ef menurut alIraqi (w. 806H, Takhreej alIhya')

c. Hadis yang berbunyi, "apabila salah seorang kamu mendatangi isterinya atau hambanya, janganlah melihat kemaluannya kerana akan menyebabkan kebutaan.” Hadis Maudhu’ (Albani, alAhaadith adDha’efah wal Maudhu’ah,# 195) Juga oleh Ibn Jauzi dan Ibn Daqeeq al'Id.

Hadis2 yang sahih, yang membolehkan melihat kemaluan keduanya:

a. Dari Aisyah ra, “ saya pernah mandi berdua dengan RasuluLlah saw dari satu wadah (takungan air)..” (muttafaq ‘alaih) Ibn Hajar Asqalani (Fat-hul Bari: 1/290) dari AdDaudi. Hadis ini menjadi dalil bolehnya melihat kemaluan (baik suami atau isteri)

b. Dari Mu’awiyah bin Haidah ra,” peliharalah auratmu kecuali terhadap isteri dan hamba wanitamu.” hari seluruh ahli Sunan kecuali anNasa’iy. Sanadnya hasan, disahihkan oleh alHakim, azZahabi dan dikuatkan oleh Ibn Daqeeq alIid.
Hukum yang rajih: Rumusan Ibn Hajar (Fat-hul Bari: 1/307), HARUS melihat kemaluan isteri atau suami.

2. Hukum menjilat kemaluan isteri. Dalam istilah seksologi Barat ia dinamakan ‘cunnilingus’ yakni teknik yang baru, bizzare dan dianggap luar biasa bagi orang Timur.

Bagi masyarakat yang sudah biasa dengan teknik2 yang tradisional (kemasukan zakar ke dalam faraj), ingin pula mencuba sesuatu yang luarbiasa, maka seks oral (cunnilingus), suami menjilat faraj ini dianggap luarbiasa, kerana ia tidak pernah dibincangkan dan tidak dilakukan oleh orang kebanyakan. Oleh kerana ia isu baru dan luarbiasa, maka tidaklah dibincangkan dalam kitab2 Fiqh klasik kerana tingginya akhlak dan budaya zaman salaf (sahabat dan tabi’in), maka keputusannya (harus atau tidak, kita serahkan pada ANDA.

Anda adalah sebaik-baik hakim. Yang paling penting anda tahu cara2 melakukannya dengan saintifik, hygenic dan tiada unsur paksaan dan kedua-dua pasangan suami isteri itu menyukainya dan ianya memberi kenikmatan kepada mereka berdua. Terdapat cecair pembersih faraj yang secara terbuka dijual di Farmacy kerana di zaman kita saya rasakan berlaku perubahan drastik pada uruf dan penyibaran informasi terutama internet tentang seks. WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 18:57


Assalamualikum, Berhubung dengan masalah suami menj**** kemaluan isteri ada disebut dalam kitab Tafsir al-Jami' li Ahkam al-Quran ketika al-Imam al-Qurtubi menafsirkan ayat 31 surah a-Nur beliau menyebut pendapat Imam Asbagh yang dinukilkan daripada Imam Ibn Arabi: اختلف الناس في جواز نظر الرجل إلى فرج المرأة؛ على قولين‏:‏ أحدهما‏:‏ يجوز؛ لأنه إذا جاز له التلذذ به فالنظر أولى‏.‏ وقيل‏:‏ لا يجوز؛ لقول عائشة رضي الله عنها في ذكر حالها مع رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏(‏ما رأيت ذلك منه ولا رأى ذلك مني‏;)‏ والأول أصح، وهذا محمول على الأدب؛ قال ابن العربي‏.‏ وقد قال أصبغ من علمائنا‏:‏ يجوز له أن يلحسه بلسانه‏.‏ وقال ابن خويز منداد‏:‏ أما الزوج والسيد فيجوز له أن ينظر إلى سائر الجسد وظاهر الفرج دون باطنه‏.‏ وكذلك المرأة يجوز أن تنظر إلى عورة زوجها، والأمة إلى عورة سيدها‏.‏ iaitu kenyataan Imam Asbagh: يجوز له أن يلحسه بلسانه‏ yang bermaksud: Harus baginya (suami) menjilatnya (kemaluan isteri) dengan lidahnya. . rjk: http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=136&CID=151#TOP
[ Telah diedit oleh: masri2 pada 05-09-06 18:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.202459 saat. Lajunya....