Oleh |
petua murahkan rezeki.............. |
mawardah23
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2006 Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 05-09-06 14:02
ASALAMUALAIKUM, Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadahkepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri sayabelum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencarirezeki. Tetapi mengapa saya selalu malangdan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan berubahlah rupa mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya. Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yangdingin dan wajah cerah,Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasihsayang. Anda ingin beramal soleh...? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal. ----------------- iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan di buktikan dengan amalan
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 13-09-06 17:25
|
mawardah23
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2006 Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 13-09-06 17:32
hehehe.... te lupa lah...............
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 13-09-06 17:34
betul tu.....walau banyak mana masalah...kita kena banyakkan senyum
|
muslimah105
Warga Rasmi Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23936
Posting: 13
Dari: kelantan
|
Posting pada: 13-09-06 17:38
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 13-09-06 18:57
Dari Ali bin Abi Talib ra daripada Nabi saw mafhumnya: "Siapa yang suka agar umurnya dipanjangkan dan rezekinya diluaskan dan dihindarkan dari mati mengejut maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan silaturrahim" (hari Abdullah bin Ahmad, Al Bazzar, At Tabarany - menurut Syeikh Ahmad Muhammad Syakir - Sanadnya soheh)
|
farina_haikal
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea
|
Posting pada: 14-09-06 18:27
senyum selalu ye....sabar dengan segala masalah..
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 14-09-06 19:58
kena sentiasa sabar.... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 19-09-06 16:16
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah Ramadhan al Mubaraq bakal menjelang jadi beramal dan berdoa agar diperluaskan rezeki ya. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya . (Hadits Hasan riwayat At-Tirmidzi dan lainnya)
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 20-09-06 00:16
"Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan (infaqkan) maka Allah akan menggantikannya dan Dia-lah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya." mafhum Surah sabar'/34: 39) Imam Ibnu Katsir berkata ketika menafsirkan ayat di atas: Apapun yang kamu belanjakan (nafkahkan), apa yang disuruh oleh Allah atau yang dibolehkan-Nya, maka Dia akan menggantikannya di dunia lagi, dan di akhirat pula tersedia ganjaran dan pahala sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Hadis. "Tidaklah hamba-hamba (manusia) memasuki suatu hari melainkan turunlah dua malaikat (dari langit) iaitu berkatalah salah seorang daripadanya : Ya Allah berilah gantian kepada orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan berkata pula orang yang seorang lagi: Ya Allah, binasakanlah harta orang menahan (tidak menafkahkan hartanya di dalam jalan Allah)." (hari Bukhari) Menurut Al Syed Muhammad Rasyid Redha: Doa di atas bermakna bahawa di antara Sunnah Allah (ketetapan Allah) ialah Allah akan mengganti untuk orang yang menafkahkan hartanya dengan mempermudahkan baginya jalan-jalan atau sebab-sebab untuk mendapat rezeki dan sebaliknya menyempitkannya daripada orang-orang yang bakhil.
|
mawardah23
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2006 Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 20-09-06 08:45
alhamdulillah... sama-samalah kita mngingati ye...........
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 20-09-06 08:56
salam.. syukran untuk info..berdasarkan pengalaman ana masa cari kerja dulu,ana mengamalkan bacaan ayat seribu dinar 21x sehari atau sekurang2nya 3x sehari disamping itu kena percaya dan letakkan yaqen hanya Allah yang beri rezeki,yang memudaratkan dan yang memeberi manfaat...insyaAllah kita azam...untuk mengelakkan mati mengejut,amalkanlah makan garam sebelum makan nasi (bukan sesudu tapi hujung jari sahaja)...insyaAllah
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 20-09-06 09:18
|
ibnutuki
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 20-09-06 17:58
|
PuteriDesa
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih
|
Posting pada: 20-09-06 18:20
|
alqibtiaz
WARGA SETIA Menyertai: 31.07.2004 Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 20-09-06 18:27
Kalau dah muka susah senyum nak buat bagaimana tu?
|
shinobi
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...
|
Posting pada: 20-09-06 18:47
senyumlah kita hanya kerana Allah... .... tetapi senyum jangan di salah guna...lalala... "petik dari lagu raihan-senyum"
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 21-09-06 07:46
"Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai". (Mafhum Surah Nuh/ 71: 10 - 12) Di antara kesan istighfar dalam ayat di atas ialah :- 1. Allah Maha Pengampun ke atas semua dosa. 2. Allah akan menurunkan hujan dengan lebat. 3. Allah akan memperbanyakkan harta dan anak. 4. Allah akan menganugerahkan kebun-kebun untuk mereka. 5. Allah akan menjadikan sungai-sungai untuk mereka. Imam Al Qurtuby menyebut tentang Ibnu Subaih katanya: Seorang lelaki telah datang kepada Al Hassan Al Basry lalu mengadu kepadanya tentang kemarau panjang, lalau Al Hassan menasihatkan agar orang tersebut ISTIGHFAR. Kemudian datang pula orang lain mengadu tentang kesempitan hidup (fakir) lalau ia menasihatinya agar ISTIGHFAR. Demikian juga kepada yang lain mengadu kerana tidak dapat zuriat (mandul) juga dinasihati agar ISTIGHFAR. Maka Ar Rabi' bin Subaih berkata kepada Hasan Al Basry: "Telah datang kepda tuan beberapa orang yang mengadu bermacam-macam masalah, tapi semua mereka tuan hanya suruh beristighfar?" Dan Al Hassan menjawab: "Aku tidak mengatakannya berdasarkan pandanganku semata-mata tetapi kerana Allah SWT telah berfirman di dalam surah Nuh ... lalu beliaupun membaca ayat di atas. Jelas ISTIGHFAR boleh membantu kita untuk mendapat keluasan rezeki biiznillah.
|
mawardah23
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2006 Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 21-09-06 08:50
terima kasih ummimq........
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 21-09-06 17:08
kasih di terima
|
junaidi
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.04.2005 Ahli No: 16182
Posting: 111
Dari: kedah
|
Posting pada: 21-09-06 18:43
|
ctkhadijah
Warga Rasmi Menyertai: 20.02.2004 Ahli No: 7428
Posting: 18
Dari: kuantan
|
Posting pada: 21-09-06 19:32
nak kongsi pengalaman sikit.. biasa kalau pergi beli mknan,mesti kawan-kawan jeles..sebab saya biasanya dapat hrga murah.hehe.. alhamdulillah,rezeki tu tuhan luaskan.biasanya saya amalkan baca ayat al-mulk dengan asma ul husna tu. lagi satu tips nak dapat hrga murah..senyum2 lah sikit kat mk cik/pak cik yang jual tu.macam mana lah nak dapat hrga murah kalau buat muka msm,kan?..
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 23-09-06 16:58
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anakanda ctkhadijah. Selalunya yang berkaitan dengan rezeki ialah apabila kita baca surah al waqiah (rujuk tafsir Al Quran yang ada hadis berkaitan). Surah Al Mulk pula selalu dikaitkan apabila seseorang yang selalu membacanya akan mendapat sahabat di kubur kelak iaiatu surah tersebut. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - " Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037)
|
jah6352
Warga Rasmi Menyertai: 30.09.2006 Ahli No: 26676
Posting: 5
|
Posting pada: 01-10-06 08:31
berzikir ,bertasbih dan bertahmid dan berserahlah kepada allah dan redha lah dengan ujian yang diberinya-amin
|
zaitihamdan
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2006 Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak
|
Posting pada: 03-10-06 00:09
sekadar berkongsi pengalaman ana : kalau ana pulak berdasarkan pengalaman dan amalan, ana sentiasa baca surah yasin tak kira tempat atau masa..alhamdulillah setakat ni rezeki murah sangat-sangat..tapi bagi ana yang penting nawaitu kita dalam memulakan sesuatu kerja tu penting dan menjadi faktor sebab pekerjaan yang diberkati Allah akan membuahkan rezeki yang tidak disangka-sangka...selalu beristigfar dan memohon keampunanNya kerana terkadang tu kita tak lari dari niat duniawi dalam melakukan sesuatu pekerjaan..sebagai contoh: tunjuk rajin depan bos sebab nak naik pangkat cepat atau nak naik gaji ke...(tu contoh saja lah ye...) dan selalu ingatkan diri sendiri bahasanya setiap benda, rezeki tu Allah dah agihkan kepada setiap makhlukNya dan jangan ingat apa yang kita miliki tu adalah hak kita...ingatlah bahawasanya yang empunya segala2nya di alam semesta ni ialah Allah swt...jangan lokek untuk bantu mereka yang memerlukan...dan keep this in mind ALWAYS..."barangsiapa yang sentiasa merasa cukup dengan kurniaan Allah maka Allah akan mengadakan baginya sesuatu yang dia tidak akan sangka-sangka" & ""jika kamu sentiasa mengingatiKu di masa lapangmu, nescaya Aku akan sentiasa bersamamu di masa sempitmu" actually banyak lagi yang ana nak share tapi rasanya cukup dulu buat setakat ni...rasanya ramai lagi pendapat lain yang boleh kita sama-sama ketengahkan dan ambil pengajaran sebab "banyak kepala" lagi baik dari "satu kepala"...maksud ana pendapat ramai-ramai lagi bernas dari pendapat seorang-seorang betul tak ukt2? yang baik datangnya dari Allah 'Azzawajalla, yang buruk itu datang dari kelemahan ana sebagai hambaNya.. ----------------- ~Don't ever leave the one you love for the one you like,because the one you like will leave you for the one they love~ [ Telah diedit oleh: zaitihamdan pada 03-10-06 00:17 ]
|
side
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.02.2007 Ahli No: 28639
Posting: 52
Dari: Bumi pimpinan ulama'
|
Posting pada: 23-02-07 00:26
... ana pun nak tambah sikit... sematkan dalam hati kita bahawa ALLAH itu maha kaya dan jangan kedekut untuk mengeluarkan duit @ harta di jalan ALLAH... sesiapa yang amalkan petua ni pasti takkan papa di dunia insyaALLAH... ...salam ukhwah untuk semua... ----------------- "Ukhwah ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik dan tak perlu mewah, yang penting kita bahagia di dalamnya"
|
Mutiara
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.08.2004 Ahli No: 10684
Posting: 47
Dari: Johor
|
Posting pada: 23-02-07 09:05
... Betul tu. Kita kena banyak senyum. InsyaALLAH murah rezeki. Kerana dengan senyuman, orang akan mudah mendampingi kita.
|
nike_007
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20933
Posting: 125
Dari: pasir mas
|
Posting pada: 07-05-07 01:10
|
xehar
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.05.2005 Ahli No: 16318
Posting: 81
Dari: Bumi
|
Posting pada: 07-05-07 03:02
oo begitu ke...baru tahu...
|
akmal17
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.02.2007 Ahli No: 28839
Posting: 23
Dari: MESIR
|
Posting pada: 07-05-07 11:22
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 07-05-07 14:48
salam.. senyum itu kan sedekah..dengan senyuman hidup akan ceria..tak begitu
|
harlique
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26495
Posting: 258
Dari: shah alam
|
Posting pada: 07-05-07 15:11
|
hanisahani
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai
|
Posting pada: 03-06-07 16:43
Senyum seindah suria ,,kan membawa bahagia,, ku tersenyum,,kau tersenyum,, terjalinlah ikatan,,,=)
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 03-06-07 19:31
assalamualaikum..syukrn...yup seyumlah selalu...
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 03-06-07 20:38
Pada 20-09-06 08:56 , Ustadz posting:!!! QUOTE !!! salam..
syukran untuk info..berdasarkan pengalaman ana masa cari kerja dulu,ana mengamalkan bacaan ayat seribu dinar 21x sehari atau sekurang2nya 3x sehari disamping itu kena percaya dan letakkan yaqen hanya Allah yang beri rezeki,yang memudaratkan dan yang memeberi manfaat...insyaAllah kita azam...untuk mengelakkan mati mengejut,amalkanlah makan garam sebelum makan nasi (bukan sesudu tapi hujung jari sahaja)...insyaAllah petua makan garam ni belum pernah dengar lagi.. syukran atas info ni.. tapi dari mana datangnya petua ni...
|