Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 162
Ahli: 0
Jumlah: 162




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 5 jam, 39 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Kenderaan
Topik: Naik motosikal bahaya?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Kenderaan
    »» Naik motosikal bahaya?

Please Mendaftar To Post


Oleh Naik motosikal bahaya?

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 00:34


86 penunggang motosikal maut dalam 6 bulan


KUALA LUMPUR: Sebanyak 86 kes kematian nahas jalan raya membabitkan penunggang motosikal di sekitar ibu negara dicatatkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 39 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Salleh Yusup, berkata peningkatan kes yang ketara itu sangat membimbangkan dan langkah drastik termasuk operasi sentiasa dilaksanakan polis trafik dalam menangani masalah itu.

imej
DEMI KESELAMATAN: Astaman memakaikan topi keledar kepada
Nur Fatehah Mat Rejab di PPR Cochrance Perkasa pada
majlis pelancaran Kempen Penggunaan Topi Keledar, semalam.


Salleh yang juga Yang Dipertuan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, berdasarkan statistik yang sama seramai 149 pelumba haram ditangkap yang mana 54 daripadanya membabitkan individu di bawah umur.

“Operasi yang dijalankan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dilaksanakan sepanjang masa terutama mereka yang menyertai perlumbaan haram.

“Ibu bapa bertanggungjawab dalam memastikan anak remaja mereka yang tidak mempunyai lesen atau di bawah umur tidak menunggang motosikal atau memandu kenderaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Topi Keledar Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kawasan Parlimen Titiwangsa di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abd Aziz. Pada majlis itu, Astaman turut mengagihkan lebih 60 topi keledar kepada penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa.

Dalam pada itu, Salleh berkata, sejumlah 1,661 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar manakala 172 saman kerana tidak memakainya dengan kemas.

“Tahun lalu, sejumlah 331 operasi mencegah lumba haram dijalankan dengan 298 tangkapan dibuat. Daripada jumlah itu 290 membabitkan penunggang motosikal dan 45 daripadanya adalah di bawah umur.

“Kesalahan ketara yang kerap dilakukan penunggang dan pembonceng motosikal termasuk tidak memakai topi keledar ataupun tidak memakainya dengan kemas seperti mana dikehendaki udang-undang,” katanya.

Sementara itu, Astaman berkata, kempen penggunaan topi keledar itu diadakan secara berperingkat di kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutama yang mempunyai majoriti penduduk menggunakan motosikal.

Katanya, kerajaan mengambil beberapa langkah serta strategi untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya khususnya di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Antara strategi dilaksanakan termasuk menerapkannya menerusi pendidikan dan menambah modul sedia ada, memperkasa teknologi kejuruteraan selain mengguna pakai tenaga pakar bagi mengurangkan masalah kecuaian di kalangan pengguna jalan raya.

“Bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pengguna, kerajaan sendiri menganjurkan kempen keselamatan jalan raya secara berterusan berpandukan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010,” katanya.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060904090214/Article/

----------------------------------

saya suka sesangat naik motosikal sebab jimat minyak dan boleh elak jam, tapi betul ke risikonya untuk kemalangan terlalu tinggi? setakat ni saya tak pernah accident lagi maybe sebab berhati-hati tapi kadan2 risau juga...

apa pendapat sahabat2? jom bincang...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 05-09-06 00:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 05-09-06 08:40


pada saya risiko naik motosikal ni sangat tinggi.as medical student saya dah pernah tengok dan dengar banyak kes yang melibatkan penunggang motosikal ni.

kalau naik motor,bila accident kita akan jatuh dan risiko cedera tulang belakang sangat tinggi.dan semua orang tau kalau ada masalah kat tulang belakang boleh akibatkan lumpuh.then banyak lagi kecederaan lain yang boleh berlaku sebab penunggang motor ni memang tak ada perlindungan fizikal macam naik kereta.

masalahnya banyak juga kemalangan yang bukan salah penunggang motor.so kalau macam mana kita berhati-hati pun boleh jadi orang lain yang rammed into us.

memanglah tak banyak terjadi,cuma my point is bila dah terjadi kemalangan tu,risikonya kecederaannya tinggi.to me its better safe than sorry.

just my 2 pence

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 05-09-06 09:16


betul cakap hyunckel_asyraf
tapi kalau kita memandu motor kita dengan berhati-hati
risiko untuk kemalangan rendah
saya bawak juga motor ke kuliah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 10:19


masih belum mampu nak pakai keter..
insyaAllah..
saya selalu hati-hati bawa motor...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 05-09-06 11:08


kalau naik moto memang mudah kita jatuh..
setiap orang mesti pernah jatuh moto kan..?
walaupn tak serius,tapi kecil2 pun mesti kita pernah..
saya pun bawa moto..
apapun, sentiasa kita berhati-hati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 05-09-06 11:11


saya pernah jatuh motor
sakit tu
selamat tak ada apa-apa

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 22:20


saya pernah tumpang naik motor tak pakai helmet dari PWTC sampai PJ, pukul 11 malam.. (balik daripada International Islamic Fair-jadi AJK). hukhuk... mak ayah tahu ini matilah saya.

pernah jugak balik daripada Ampang naik motor, pukul 11 malam juga. On the way balik, tayar pula pancit tgh2 highway...... mak ayah tahu ini pun matilah saya... huhuhuh

dan banyak lagi pengalaman yang tak boleh diketahui mak ayah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 05-09-06 22:29


selalu naik tanpa lesen kat kampung
tapi bukan kat jalan besar lah
;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 05-09-06 23:13


Apa2pun, kalau dah ajal, tengah tidur pun boleh mati...tawakal..

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-09-06 01:36


assalamualaikum......

moto ni memang bahaya.... maksud bahaya ni, boleh ditakrifkan sebagai risiko yang kita akan berdepan dengan menunggang motosikal dan membonceng motosikal lebih tinggi berbanding kereta...

saya sendiri sekarang ni, tangan masih lagi bersimen dan menanggung kesakitan kerana kemalangan motosikal pertengahan bulan 8 yang lalu. tangan patah dan tulang yang patah tu hancur..... jadinya sekarang ni masih dalam tempoh pemulihan..

jadi, berhati-hatilah ketika memandu terutama diwaktu hujan kerana saya kemalangan waktu hujan. bahaya sangat-sangat...

harap ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku pada saya.. memang lah mati tu kat mana saja boleh kalau ajal dah tiba. tapi, apa salahnya kita sentiasa beringat dan berusaha untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya...

yang paling penting, ketika menaiki kenderaan, jangan lupa baca doa safar.. mohon perlindungan daripada Allah.. jadi lepas ni, apa nak jadi pun, mungkin ada hikmah dan tarbiyah dari Allah....

wallahu 'alam..........

-------------------------------

** PILIHAN RAYA KAMPUS DAH NAK BERMULA.. AYUH BANGKIT SEMUA KITA TEGAKKAN YANG HAK DAN HAPUSKAN yang BATIL.....HAK-HAK MAHASISWA PERLU KITA FIKIRKAN DAN PELIHARA.. jangan JADIKAN DIRI KITA SEBAGAI BONEKA...."

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 11-09-06 06:34


Sepupu ana baru-baru ini dilanggar lari oleh sebuah kereta yang ingin membuat pusingan U. Pemandunya hanya melihat kepada lori dan langsung tidak mengendahkan kehadiran motosikal sepupu ana, yang juga pembayar cukai jalan.

Kawan ana yang sedang menolak motornya yang kehabisan minyak di tepi jalan maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu terlalu laju...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 09:03


salam~
memang bahaya..
bahaya sungguh..
saya tak brni nak bawak moto..
hehe...pernah belajar bawak tapi kejap saja..
belajar tu pun abah tatau..
bila abah tahu dah kena..
adeh..
lepas itu tengok eksiden depan mata,fobia pula nak naik or bawak moto..
lesen kereta pun tak ambil sebab tak yakin..
tapi naik kereta tu yakin lah..
hmm..
wasalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 11-09-06 09:09


Kepada yang bermotor.... berhati-hati lah.... moga Allah melindungi...insyaAllah... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 11-09-06 09:21


penunggang motosikal terdedah kepada bahaya sama ada dia berhati-hati ataupun tidak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

daei_fi_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 11-09-06 10:43


memang bahaya kalau tak berhati-hati....TUNGGANG DENGAN CERMAT, INGAT ORANG YANG TERSAYANG......

Bookmark and Share

    


  Member Information For daei_fi_islamProfil   Hantar PM kepada daei_fi_islam   Pergi ke daei_fi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 12:22


8-) sekarang ini macam-macam boleh jadi......so kita kena berhati-hati selalu......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ghaznawi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2833
Posting: 158
Dari: taiping

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 13:09


naik motosikal memang bahaya kena lah berhati-hati . kita berhati-hati orang lain pula yang cuai terjadi juga kemalangan dah takdirnya bergitu. naik motor banyak kelebihannya dari naik kereta tak ada nak tersangkut di kesesakan maklum lah jalanraya di kl ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaznawiProfil   Hantar PM kepada ghaznawi   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 13:12


betul tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 13:27


bawak tu kena lah hati-hati...jangan ikut nafsu saja...
tapi ramai juga penunggang moto yang mati akibat xcdent kan....
sebab kurang selamat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

umairah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 11:16


Assalamualaikum..

Ana pernah jatuh motor masa mula-mula belajar dengan adik dulu..
Sekarang ni, da jadi fobia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairah86Profil   Hantar PM kepada umairah86   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 11:24


naik motor pun masih lagi slow-slow...hehe...takut!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 13:34


:oops: kadang-kadang bahaya juga.....kita dah beringat,tapi org lain pula yang datang langgar kita......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 13:34


:oops: Jadi,ingatlah,IKAT JANGAN TAK IKAT.... ;-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

mysarra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20903
Posting: 91

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 15:48


Kita memang seharusnya berhati-hati semasa membawa motor.........Bak kata pepatah 'Malang tak berbau' kan..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For mysarraProfil   Hantar PM kepada mysarra   Quote dan BalasQuote

permataputih
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2005
Ahli No: 19510
Posting: 10

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 14:13


berhati-hati di jalan raya...ingatla org tersayang...
[ Telah diedit oleh: permataputih pada 12-10-06 14:13 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For permataputihProfil   Hantar PM kepada permataputih   Quote dan BalasQuote

permataputih
Warga Rasmi
Menyertai: 02.10.2005
Ahli No: 19510
Posting: 10

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 14:13


berhari2 di jalan raya...ingatla org tersayang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For permataputihProfil   Hantar PM kepada permataputih   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-10-06 14:17


Pada 12-10-06 14:13 , permataputih posting:

!!! QUOTE !!!

berhari2 di jalan raya...ingatla org tersayang...

hehehe, berhati-hati kan...

, orang yang naik motorsikal...ni macam timun....dia langgar orang pun, dia yang teruk....tapi Kalau orang langgar dia pun, dia teruk.....

macam saya, naik mtr....ke lab. sebelum naik tu, atau semasa naik...kita baca bismillah, zikir ke...insyaallah, tak ada apa-apa

yang penting, kat minta doa...dan tawakal padaNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 22:45


alin sokong budak_melaka... alin pun naik motor dalam uum ini... bila kita dosa dan tawakal... insya allah kita selamat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 22:58


pandulah ikut peraturan...bukan ikut suka saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 23:19


Pada 14-09-06 13:34 , eme86 posting:

!!! QUOTE !!!

:oops: kadang-kadang bahaya juga.....kita dah beringat,tapi org lain pula yang datang langgar kita......



erm..betul itu...naik motor ini,kadang-kadang bila kita berhati-hati pun..orang lain cuai..kita juga yang kena teruk..ye lah...kenderaan lain semuanya besar2..


-----------------
'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'


Bookmark and Share

    


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

selangor
Warga Rasmi
Menyertai: 24.08.2006
Ahli No: 26039
Posting: 17
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 17:21


assalamualaikum......

moto ni memang bahaya.... maksud bahaya ni, boleh ditakrifkan sebagai risiko yang kita akan berdepan dengan menunggang motosikal dan membonceng motosikal lebih tinggi berbanding kereta...

saya sendiri sekarang ni, tangan masih lagi bersimen dan menanggung kesakitan kerana kemalangan motosikal pertengahan bulan 8 yang lalu. tangan patah dan tulang yang patah tu hancur..... jadinya sekarang ni masih dalam tempoh pemulihan..

jadi, berhati-hatilah ketika memandu terutama diwaktu hujan kerana saya kemalangan waktu hujan. bahaya sangat-sangat...

harap ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku pada saya.. memang lah mati tu kat mana saja boleh kalau ajal dah tiba. tapi, apa salahnya kita sentiasa beringat dan berusaha untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya...

yang paling penting, ketika menaiki kenderaan, jangan lupa baca doa safar.. mohon perlindungan daripada Allah.. jadi lepas ni, apa nak jadi pun, mungkin ada hikmah dan tarbiyah dari Allah....

wallahu 'alam..........


-----------------
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For selangorProfil   Hantar PM kepada selangor   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 12-11-06 20:08


berhati hati dalam apa jua..doa kunci kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 12-11-06 20:44


Ana pernah berbincang panjang tentang tajuk ini.

Pada ana, menunggang motosikal memang bahaya di Malaysia kerana sistem jalan raya kita lebih untuk kenderaan beroda empat atau lebih. Lihat sahaja kebanyakan jalan di Malaysia tiada laluan untuk penunggang motosikal.
Anda terpaksa menumpang di laluan kereta.

Sangat normal jika ana dihon oleh pemandu kereta, lori, bas, dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya hanya kerana ana menunggang motosikal pada laluan mereka.
Persoalannya, penunggang motosikal juga membayar cukai jalan, dan berhak menggunakan laluan tersebut.
Ana juga menunggang motosikal, dan ana tahu apa perasaan penunggang yang dihon.
Kerana itulah dihadapan stering ana cuba untuk sekurang-kurangnya menghormati hak seorang penunggang motosikal berlesen yang membayar cukai jalan.
Ana tidak bercakap kosong tentang pemandu yang tidak mengendahkan penunggang motosikal.
Contoh terbaru berlaku pada cuti summer lalu: sepupu ana yang menunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang keluar daripada simpang kerana pemandunya membutakan mata pada sebuah motosikal.
Mungkin anda boleh berkata sepupu ana juga salah jika kemalangan itu berlaku depan-depan, tapi apabila dia dilanggar dari sisi, was was tiada lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

najdahsuraya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35253
Posting: 36
Dari: sepanyol

mexico  


posticon Posting pada: 08-10-08 09:58


berhati-hati di jalan raya...
anda mampu mengubahnyer....8-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For najdahsurayaProfil   Hantar PM kepada najdahsuraya   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 10:43


Pada 05-09-06 08:40 , hyunckel_asyraf posting:

!!! QUOTE !!!

pada saya risiko naik motosikal ni sangat tinggi.as medical student saya dah pernah tengok dan dengar banyak kes yang melibatkan penunggang motosikal ni.

kalau naik motor,bila accident kita akan jatuh dan risiko cedera tulang belakang sangat tinggi.dan semua orang tau kalau ada masalah kat tulang belakang boleh akibatkan lumpuh.then banyak lagi kecederaan lain yang boleh berlaku sebab penunggang motor ni memang tak ada perlindungan fizikal macam naik kereta.

masalahnya banyak juga kemalangan yang bukan salah penunggang motor.so kalau macam mana kita berhati-hati pun boleh jadi orang lain yang rammed into us.

memanglah tak banyak terjadi,cuma my point is bila dah terjadi kemalangan tu,risikonya kecederaannya tinggi.to me its better safe than sorry.

just my 2 pence


salam..setuju dengan pdapat sahabat-sahabat di atas..dulu masa mula-mula dok bangi abang bagi motor untuk gerak p mn2..terima kasih abag..masa 2mmg tak ada lesen, tapi nak p kerja punya pasal, sanggup bawa..tapi ikut jalan taman perumahan sebab sedar diri tak ada lesen..berbulan2 juga lah tak ada lesen 2..dah lah roadtax mati huhuuu...

nak dijadikan cerita berlaku kemalangan masa otw p mengajar..di langgar kereta yang baru keluar dari simpang 3...
syukur alhamdulillah, tak ada apa-apa kaki saja sakit ket...nasib baik kkk yang bawa kereta 2 xmarah2 or nak tengok lesen..naya wehh...tapi yang geram nya, kkk 2 salah kan saya lakk...panjang lebar juga lah dia bebel...org nak cepat p sekolah jadi makin lambat..

tapi sekarang ni dah ok lesen dah ada tapi mampu lagi nak beli kereta :-(
bila try2 bawa kereta gigil semacam saja kaki..nak p mn2 jadi lagi lambat bila bawa kereta :-p so, nak mudah bawa motor..

kepada semua rider, kalau di fikirkan bahaya, memang bhy naik mtr seorang-seorang bila malam2 terutamanya perempuan..tapi yang penting hati-hati, bawa dengan berhemat, pakai topi keledar, ikat kemas..ingat orang tersayang..anda mampu mengubahnya..insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 12:29


hmm.. memang berbahaya membawa motor...
tapi.. itulah saja yang mampu buat masa ni... itupun atas ehsan ayah... adess..:malu:

paling menggerunkan, bila jalan raya dipenuhi lori-lori kontena... (dah namanya pelabuhan)...
adess... terbayang2 eksiden motor kena seret dengan kontena... uhuk...
bila nak p port klang saja... rasa nak demam... :malu:

p/s: bilalah nak ada lesen B2 ni... lambat betul sekolah memandu ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 21:26


A'a...bagi ana memang naik motosikal lebih bahaya dr naik kereta..Spanjang hdup ana, dah 2 kali ana eksiden time naik mtor..satu teruk, satu biasa-biasa...Alhamdulillah Allah masih nak panjangkan lagi umur ana sampai sekarang...

Harap pihak berkuasa percepatkan pembinaan lorong untuk motosikal di jalan raya...Sedih tengok makin hari makin ramai yang menjadi korban jalan raya..:(


-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::


Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 10-10-08 14:32


Pada 08-10-08 12:29 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

hmm.. memang berbahaya membawa motor...
tapi.. itulah saja yang mampu buat masa ni... itupun atas ehsan ayah... adess..:malu:

paling menggerunkan, bila jalan raya dipenuhi lori-lori kontena... (dah namanya pelabuhan)...
adess... terbayang2 eksiden motor kena seret dengan kontena... uhuk...
bila nak p port klang saja... rasa nak demam... :malu:

p/s: bilalah nak ada lesen B2 ni... lambat betul sekolah memandu ni...


:-( betul tu ismi..islamic_gil pun sama.kadan tu rasa kenderaan2 besar ni macam saja nak ambil nyawa kita yang bermoto or saja nak nakut2kan orang yang bawa moto,lg22 kalau perempuan yang menaiki moto.saya dengan kakak saya hanya mampu bermotor saja..itulah kenderaan nak mencari rezeki..ke tempat kerja..INSYAALLAH ada rezeki..naik kereta.tapi lambat lagi :cry: :-( :-( :-( :-(


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 16:19


moto moto moto..ish2...hati-hati lah ketika nek moto 2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-08 02:01


kadang-kadang penunggang motor ni dah berhati-hati ketika membawa motor, tapi disebabkan sikap driver kereta yang langsung tak hiraukan keselamatan orang lain telah mnyebabkan yang tak bersalah menjadi mangsa.

Pada malam raya baru ni di tempat ana seorang penunggang motor telah terbunuh bila motosikal yang dia bawa dilanggar oleh sebuah kereta yang mana pemandunya tengah mabuk time tu. Arwah telah dilanggar di atas jambatan hingga terjatuh ke atas tanah di bawah jambatan. kejadian ni berlaku di atas jambatan Kuala Ibai, Terengganu.

Al-Fatihah untuk arwah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Abahh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31212
Posting: 33
Dari: kl

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 15:16


motor ni umpama mentimun....
melanggar dia punah.....dilanggar dia musnah....
dari tu hati-hati bawa moto......

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbahhProfil   Hantar PM kepada Abahh   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130373 saat. Lajunya....