Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 218
Ahli: 0
Jumlah: 218




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kehidupan romantis dalam rumah tangga digalakkan


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kehidupan romantis dalam rumah tangga digalakkan

Please Mendaftar To Post


Oleh Kehidupan romantis dalam rumah tangga digalakkan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 10:15


SOALAN: Apakah peraturan hubungan suami dengan isteri kerana selera sudah banyak berubah di kalangan umat manusia yang berlainan negara dan iklimnya. Ini kerana ada sesetengah tempat itu agak bebas hubungan mereka seperti apabila hendak melakukan hubungan, mereka selalunya menanggalkan pakaian semua sekali, dan melihat kepada tempat sulit pasangan masing-masing. Apa pandangan tuan dalam perkara ini?

– Supian Ahmad, Kota Damansara.

JAWAPAN: Islam tidak pernah malu atau ketinggalan dalam soal kehidupan atau hubungan suami isteri, yang dianggap jijik oleh sesetengah umat Islam sendiri kerana mereka merasakan bahawa hubungan seks itu adalah perbuatan dan amalan syaitan. Ada di kalangan para sahabat sendiri pernah terkeliru sedemikian apabila Baginda ada bersabda bermaksud: “Pada kemaluan saorang kamu itu terdapat pahala sedekah,”

Tanya mereka, “Apakah seseorang itu bila mendatangi syahwatnya (melepaskan nafsunya) dapat pahala juga?

Jawab Rasulullah s.a.w, “Kamu tak fikirkah kalau seseorang itu mendatangi syahwatnya pada tempat yang dilarang (bukan isteri) tidakkah dapat dosa? Jawab mereka: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”, lalu sabda Baginda s.a.w, “Begitu juga kalau diletakkannya syahwat itu pada tempat yang dibenarkan lagi halal (isterinya sendiri) sudah tentulah dapat pahala .”

Islam datang sesuai dengan seluruh manusia di setiap masa dan tempat, bukan untuk satu-satu bangsa atau tempat tertentu atau masa-masa tertentu sahaja, seperti bangsa Arab atau bangsa Timur. Maka akan jadi sempitlah apa yang telah diperluaskan Allah s.w.t dan susahlah apa yang telah dipermudahkan Allah s.w.t, dan jadi liarlah apa yang disuruh oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

Kita perlu berhati-hati dan mengingatkan kawan kawan yang melampaui batas dalam fatwa mereka, lalu terus mengharamkan cara hubungan mereka itu , kerana semata-mata lain dari cara biasa mereka atau lain dari adat tempat mereka, terutama dalam masalah halal haram ini.

Marilah kita kembali kepada anjuran al-Quran yang bermaksud, “Mereka bertanyamu tentang haid, maka katakanlah ianya adalah suatu yang keji (kotor) maka asingkanlah wanita itu semasa dalam keadaan haid, jangan kamu menghampiri mereka sehingga mereka bersih, dan apabila mereka sudah membersih diri, maka datangilah mereka menurut ajaran yang ditentukan oleh Allah s.w.t wanita (isteri kamu itu) adalah ladang untuk kamu, maka datangilah ladang kamu itu mengikut bagaimana suka hati kamu.” (al-Baqarah -222-223)

Dalam hal ini kita lihat ada ulama yang membolehkan dan mengharuskan pasangan itu melihat kemaluan pasangannya dengan nafsu atau tanpa nafsu keinginan. Malah kata mereka lagi kalau cara itu lebih menambah keseronokan maka ianya tidak dilarang atau dicela seperti mana firman-Nya yang bermaksud: “Orang yang berjaya itu dan mereka yang menjaga kemaluan mereka melainkan terhadap para isteri mereka atau hamba yang mereka miliki maka mereka tidak dicela”. (al-Mukminun: 5-6), (al-M’aarij: 29-30).

Dalam arahan ini, tidak ada sebarang pengecualian lagi sama ada melihat menyentuh atau menyetubuhi mereka. Adapun dalil-dalil yang menyempitkan dalam pergaulan ini amatlah rendah mutunya, tambahan pula ianya diambil dari seorang wanita yang tidak dapat dikenali. Daripada Aisyah katanya, yang bermaksud: “Aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah sekali-kali”, malah kita dapat menolak athar tersebut dengan hadis yang lebih kuat. Riwayat Bukhari: “Daripada Ibnu Abbas lah.a, daripada Maimunah katanya aku pernah menutupi Rasulullah s.a.w yang sedang mandi lalu dibasuh dua tangannya kemudian dicucur dengan kanannya atas tangan kirinya, lepas itu dibasuh kemaluannya tanpa menyentuhnya” dan Baginda pernah pula mandi bersama para isterinya.” (Bukhari). Daripada hadis tersebut ulama mengatakan harus melihat aurat pasangan masing-masing. Ulama ada menceritakan bahawa Abu Yusof pernah bertanyakan Abu Hanifah mengenai suami yang menjamah (menyentuh) kemaluan isterinya, dan sama-sama melakukan sentuhan tersebut untuk lebih seronok, adakah apa-apa kesalahan, jawabnya tidak!. Malah aku harap akan lebih besar lagi pahalanya.

Begitulah keterbukaan yang telah ditunjuk oleh ulama besar kita. Mereka tidak mudah mengatakan sesuatu itu haram atau halal melainkan ada nas yang jelas, terutama bila berhadapan dengan umat yang baru berjinak-jinak atau mengenali Islam, apa lagi masyarakat yang biasa dengan pendedahan atau diserang penyakit kesejukan seks dan sebagainya.

Kehidupan yang romantis dalam rumah tangga ini, amatlah dialu-alukan agama untuk mempereratkan hubungan kasih sayang antara suami dan isteri. Ada diceritakan bahawa Baginda pernah berbaring di atas pangkuan isterinya Aisyah lah.a, sedangkan isterinya pula mengurut-ngurut rambut dan janggut Baginda. Demikian sekali mesranya kehidupan atau hubungan rumah tangga Baginda yang dikatakan ‘rumahku syurgaku’. Walahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 27-08-06 12:56


Syukran Jazilan untuk maklumat ini.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 27-08-06 13:40


wanita-wanita kat malaysia ini kena ubah mindthinking....wanita-wanita Islam kat malaysia kena ubah budaya......hanya tahu bergaya bila di luar rumah, tapi dalam rumah pakai pakaian halai balai saja.

kena tiru macam wanita-wanita arab....di luar rumah aurat dijaga dengan rapi....tapi bila di rumah mereka bergaya habis.....amat2 berlainan dan berbeza dengan wanita-wanita Islam di malaysia.

di rumah....wanita-wanita arab mengenakan pakaian2 yang seksi2 dan anggun....pakai baju ketat...seluar ketat...pakai skirt....pakai baju spegatti....pakai pakaian ala evening gown.....ala-ala hendak pergi ke majlis cocktails....rambut disikat rapi...diikat dengan pelbagai jenis ikatan rambut yang menawan....kekadang pakai topi ala-ala wanita-wanita british....semuanya dibuat bila di rumah...bila bersama-sama dengan suami....semua untuk suami tercinta.

kalau buat macam wanita-wanita arab....barulah suami tak cari wanita-wanita kat luar.

then....ajak suami berdancing/ menari kat dalam rumah atau dalam bilik tidur....waktu menari itu kenakan baju yang anggung (evening gown)...si suami pulak kalau bekemampuan, pakai tuxedo...tapi actually pakai baju t-shirt tie in pun dah ok dah....dah nampak handsome dan smart.

then bila keluar rumah....make sure sentiasa berpegang-pegang tangan.....tak kisah dah berapa tahun kahwin pun....yang penting....mesti berpegang tangan bila keluar shopping satu family dengan anak2....

biarkan anak2 jalan kat depan....suami isteri jalan kat belakang berpegang-pegang tangan....ini tak....dulu masa sebelum akad nikah (masih haram bersentuhan), bercinta sakan...pegang tangan ke hulu hilir...berpeluk2 atas motosikal....tapi bila dah kahwin (dah halal bersentuhan).....cehh....suami jalan 1 meter kat depan....isteri 1 meter kat belakang dengan anak2....ataupun....suami kat belakang pegang barang2 shopping, si isteri jalan lenggang kangkong kat depan.....

then....solat berjemaah dengan isteri dan anak2 kat rumah....baru ada aura kepimpinan dalam keluarga....anak2 akan dengar cakap....isteri2 pun rasa hormat kat suami.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 27-08-06 14:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-08-06 13:53


Pada 27-08-06 13:40 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

wanita-wanita kat malaysia ini kena ubah mindthinking....wanita-wanita Islam kat malaysia kena ubah budaya......hanya tahu bergaya bila di luar rumah, tapi dalam rumah pakai pakaian halai balai saja.

kena tiru macam wanita-wanita arab....di luar rumah aurat dijaga dengan rapi....tapi bila di rumah mereka bergaya habis.....amat2 berlainan dan berbeza dengan wanita-wanita Islam di malaysia.

di rumah....wanita-wanita arab mengenakan pakaian2 yang seksi2 dan anggun....pakai baju ketat...seluar ketat...pakai skirt....pakai baju spegatti....pakai pakaian ala evening gown.....ala-ala hendak pergi ke majlis cocktails....rambut disikat rapi...diikat dengan pelbagai jenis ikatan rambut yang menawan....kekadang pakai topi ala-ala wanita-wanita british....semuanya dibuat bila di rumah...bila bersama-sama dengan suami....semua untuk suami tercinta.

kalau buat macam wanita-wanita arab....barulah suami tak cari wanita-wanita kat luar.

then....ajak suami berdancing/ menari kat dalam rumah atau dalam bilik tidur....waktu menari itu kenakan baju yang anggung (evening gown)...si suami pulak kalau bekemampuan, pakai tuxedo...tapi actually pakai baju t-shirt tie in pun dah ok dah....dah nampak handsome dan smart.

then bila keluar rumah....make sure sentiasa berpegang-pegang tangan.....tak kisah dah berapa tahun kahwin pun....yang penting....mesti berpegang tangan bila keluar shopping satu family dengan anak2....

biarkan anak2 jalan kat depan....suami isteri jalan kat belakang berpegang-pegang tangan....ini tak....dulu masa sebelum akad nikah, bercinta sakan...pegang tangan ke hulu hilir...berpeluk2 atas motosikal....tapi bila dah kahwin.....cehh....suami jalan 1 meter kat depan....isteri 1 meter kat belakang dengan anak2....ataupun....suami kat belakang pegang barang2 shopping, si isteri jalan lenggang kangkong kat depan.....

then....solat berjemaah dengan isteri dan anak2 kat rumah....baru ada aura kepimpinan dalam keluarga....anak2 akan dengar cakap....isteri2 pun rasa hormat kat suami.

wallahua'lam


tambah satu lagi...

jangan lupa time makan, tak kira lah time breakfast ke, time lunch ke, time dinner ke...minum petang or bla..bla...pendek kata time makan....biar secara berjemaah dengan ahli2 keluarga.....dipercayai dapat mengeratkan dan mengukuhkan tali ikatan siraturrahim dalam sebuah institusi kekeluargaan.....elakkan makan bersendirian dalam rumah sendiri...


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....


Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

atiqahsyahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.11.2005
Ahli No: 20514
Posting: 79
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 17:35


emm...jarang wanita islam dapat berbuat sedemikian...mengagongkan budaya barat ramailah...


-----------------------------------
sentiasa memuhasabah diri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiqahsyahidahProfil   Hantar PM kepada atiqahsyahidah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105141 saat. Lajunya....