Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 169
Ahli: 0
Jumlah: 169




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Hukum berpuasa selepas 15 Syaaban


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Hukum berpuasa selepas 15 Syaaban

Please Mendaftar To Post


Oleh Hukum berpuasa selepas 15 Syaaban

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 10:14


Bersama: MOHD. YUSSOF ABAS
SOALAN: Ada kawan yang melarang untuk kita berpuasa selepas lima belas Syaaban. Kata mereka amalan tersebut adalah haram kalau tidak dihubungi dengan puasa pada hari-hari sebelumnya atau amalan puasa itu sudah menjadi amalan kebiasaannya seperti puasa Isnin dan Khamis, sedangkan ramai di kalangan kita berpuasa selepas tarikh tersebut. Apa hukum sebenarnya?

– Nisdawati, Taman Wahyu, Sarawak.

JAWAPAN: Benar sebagaimana pandapat kawan tersebut iaitu kalau tidak bersambungan puasa tersebut dengan hari sebelum atau selepasnya, maka setelah pertengahan Syaaban tidak dibenarkan sesiapa berpuasa sunat lagi. Ini untuk memisahkan puasa Ramadan dengan puasa yang lain, dan untuk kita benar-benar bersedia menghadapi puasa Ramadan tersebut. Ini kerana ada hadis yang melarang amalan tersebut seperti dalam sabda Baginda yang bermaksud Bila masuk pertengahan Syaaban maka jangan!

Tetapi kata sesetengah ulama hadis itu tidak perlu diterima, jadi dalam mazhab kita tidak dibenarkan melakukan puasa lagi bila sudah pertengahan Syaaban. Menurut pendapat ini haram berpuasa sunat pada masa tersebut, kecuali bersambungan dengan hari-hari sebelum atau selepasnya. Pendapat tersebut mendapat sokongan ramai para ulama dan kalau ingin berpuasa juga kenalah berpuasa hari-hari tersebut, atau jadikan amalan wirid. Tetapi kata mereka, kalau tanpa bersambungan atau sebagai wirid tadi, tidak dibenarkan berpuasa lagi, Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

musafir_solehah
Warga Rasmi
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26054
Posting: 10

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 10:18


saya masih belum mampu memahami perkara ini secara mendalam, ada sesiapa mampu menghurai lebih lanjut tentang hal ini.



Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_solehahProfil   Hantar PM kepada musafir_solehah   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 27-08-06 12:10


terima kasih atas informasi

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

abuyahya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.07.2006
Ahli No: 25126
Posting: 57

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 09:56


Sungguh berpuasa dalam bulan sya'ban adalah sunnah

‏و حدثني ‏ ‏عبد الله بن محمد بن أسماء الضبعي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏مهدي وهو ابن ميمون ‏ ‏حدثنا ‏ ‏غيلان بن جرير ‏ ‏عن ‏ ‏مطرف ‏ ‏عن ‏ ‏عمران بن حصين ‏ ‏رضي الله عنهما ‏
‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال له ‏ ‏أو قال لرجل وهو يسمع ‏ ‏يا فلان ‏ ‏أصمت من سرة هذا الشهر قال لا قال فإذا أفطرت فصم يومين ‏


Hadis riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda kepadanya atau kepada orang lain (dan ia mendengarnya): Apakah engkau berpuasa pada hari-hari akhir bulan Syakban. Aku menjawab: Tidak. Beliau bersabda: Kalau begitu, maka berpuasalah dua hari
(HS MUSLIM NO 1975)

ah..ah macam mana manusia-manusia salafi ni.....yang sunnah pun dinafikannya......sungguh mengecewakan cara mereka berhujah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuyahyaProfil   Hantar PM kepada abuyahya   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 10:02


Daripada Abu Hurairah lah.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tinggal separuh bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat.â€

(at-Tirmidzi)


Huraian
Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya Oleh itu ia tidak menggalakkan umatnya melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat pada diri atau menimbulkan rasa berat atau malas untuk menjalankan kewajipan yang diperintah. Contohnya, kita tidak digalakkan untuk berpuasa sunat, sama ada sunat hari Isnin atau Khamis dan lainnya selepas 15 Syaaban, kecuali puasa qadha’ dan orang yang sentiasa melakukan amalan puasa sunat yang bertepatan dengan hari berkenaan. Hikmah larangan tersebut adalah untuk mengelak orang-orang yang tidak biasa melakukan puasa sunat daripada merasa terlalu letih apabila mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan yang muncul selepas bulan Syaaban itu.

Sumber : Jakim

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 10:05


Berkata Imam asSyawkani (Nailool Awthor, Jld 3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas 15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis dha'ef.

Sumber : http://www.mail-archive.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

kasturi_19
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.10.2004
Ahli No: 11562
Posting: 60
Dari: KOE - IIUM

Selangor  


posticon Posting pada: 28-08-06 10:11


Seminar Perpaduan Ummah & Pemurnian Pemikiran Islam 2006

2 - 3 September 2006
9 - 10 Sya'ban 1427
Pusat Aktiviti Kebudayaan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Gombak


Anjuran Bersama,
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

dan

Yayasan Sofa Negeri Sembilan

http://www.iiu.edu.my/mosque/file/seminar_perpaduan_islam.pdf


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasturi_19Profil   Hantar PM kepada kasturi_19   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 10:38


Pelik Kenapa dengan salafi pulak..abuyahya..


APAKAH NABI SAW BERPUASA PENUH SEBULAN DALAM BULAN SYAABAN ?

Terdapat dua hadith yang saling bertentangan di dalam masalaah ini.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَامَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلا أَنَّهُ كَانَ يَصِلُ شَعْبَانَ بِرَمَضَانَ

Maksudnya: “Dari Umm Salamah lah.’anha katanya : Tiada aku melihat Rasulullah saw berpuasa dua bulan berturut-turut, melainkan baginda menyambung (puasa, dalam bulan) Sya’ban dengan Ramadhan.†(Hadith riwayat Ahmad 26022, Abu Daud 2336, al-Nasa-ie 2175, Ibn Majah 1648. Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih al-Nasa-ie)


Di dalam lafaz yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يَصُومُ مِنْ السَّنَةِ شَهْرًا تَامًّا إِلا شَعْبَانَ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ

Maksudnya : “Bahawa Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam setahun sebulan penuh, melainkan (dalam bulan) Syaaban, baginda menyambungkannya dengan Ramadhan.†(Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih Abi Daud, bil 2048)

Dua hadith di atas ini secara zahirnya menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh di dalam bulan Syaaban dan Ramadhan. Namun terdapat hadith yang lain yang menyatakan Nabi saw berpuasa dalam kebanyakan hari pada bulan Syaaban melainkan sedikit sahaja. Hadith tersebut ialah :

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ ، وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلا قَلِيلا

Maksudnya : Dari Abi Salamah katanya : Aku bertanya kepada ‘A-isyah lah.’anha tentang puasa Rasulullah saw. Beliau menjawab : Baginda berpuasa sehingga kita akan menyangka baginda sentiasa berpuasa, dan baginda berbuka (tidak berpuasa) sehingga kita menyangka baginda sentiasa berbuka (tidak berpuasa), dan aku tidak melihat baginda berpuasa dalam belan yang lain lebih banyak dari puasa baginda dalam bulan Syaban. Adalah baginda berpuasa dalam bulan Sya’ban keseluruhannya, adalah baginda berpuasa dalam bulan Sya’ban melainkan sedikit (beberapa hari baginda tidak berpuasa) (Hadith riwayat Muslim 1156)

Para ulama berbeza pendapat dalam usaha menyatukan dua hadith ini. Sebahagian ulama berpendapat hadith ini menunjukkan masa yang berlainan, dengan maksud kadang-kala Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan Sya’ban pada tahun-tahun yang tertentu. Manakala pada tahun-tahun yang lain baginda berpuasa pada kebanyakan hari dalam bulan Syaban dan baginda tidak berpuasa dalam sebahagian kecil harinya. Al-Syeikh Abdul ‘Aziz Abdullah bin Baz memilih pendapat ini. Sila lihat Majmu’ Fatawa al-SYeikh Ibn Baz 15/416

Sebahagian ulama lain pula berpendapat, Nabi saw tidak pernah berpuasa penuh dalam sebulan melainkan dalam bulan Ramadhan sahaja. Ulama yang berpandangan sebegini memahami hadith dari Ummu Salamah di atas (Tiada aku melihat Rasulullah saw berpuasa dua bulan berturut-turut, melainkan baginda menyambung (puasa, dalam bulan) Sya’ban dengan Ramadhan.) membawa maksud baginda hanya berpuasa kebanyakan hari dalam bulan Syaaban, tidak keseluruhan hari. Mereka memahaminya sebegini kerana berdasarkan bahasa Arab apabila didapati seseorang banyak berpuasa dalam sesuatu bulan melainkan beberapa hari sahaja yang ia tidak berpuasa, orang sebegitu disebut : “Dia telah berpuasa keseluruhannya.â€

Al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata : “(Tentang hadith ‘A-isyah) Ia menerangkan maksud dalam hadith Ummu Salamah (Adalah baginda tidak berpuasa dalam setahun satu bulan penuh melainkan Syaaban, baginda menyambungkannya dengan Ramadhan), yakni : Adalah baginda berpuasa kebanyakan harinya (dalam Syaaban). Al-Tirmizi menukilkan dari Ibn al-Mubarak yang berkata : Harus di dalam kalam ‘Arab, jika seseorang berpuasa dalam kebanyakan hari dalam sebulan, dia dikatakan telah berpuasa keseluruhanya.â€

Al-Tibi (الطِّيبِيُّ;) : Difahami bahawa Baginda telah berpuasa dalam bulan Syaban keseluruhannya kadang-kadang (sebahagian tahun) dan baginda berpuasa kebanyakan hari dalam Syaban yang lain (tidak puasa penuh) semoga tidak dianggap ianya wajib sepertimana Ramadhan.â€

Al-Hafidz Ibn Hajar berkata : “Dan (pendapat) yang pertama itu adalah yang benar.†Yakni Nabi saw tidak pernah berpuasa penuh di dalam bulan Syaaban, melainkan kebanyakan harinya sahaja. Beliau berdalilkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (746), dari ‘A-isyah lah.’anha katanya :

وَلا أَعْلَمُ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَرَأَ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فِي لَيْلَةٍ ، وَلا صَلَّى لَيْلَةً إِلَى الصُّبْحِ ، وَلا صَامَ شَهْرًا كَامِلا غَيْرَ رَمَضَانَ

Maksudnya : Dan tidak aku ketahui Nabi saw pernah membaca al-Quran keseluruhnya dalam satu malam, dan baginda tidak pernah sembahyang sepanjang malam hingga ke Subuh, dan baginda tidak pernah berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan.â€

Al-Sindi (السندي;) ketika mensyarahkan hadith Ummu Salmah di atas berkata : (Maksud : Baginda menyambungkan Syaaban dengan Ramadhan) yakni baginda berpuasa dalam dua bulan itu keseluruhannya. Zahirnya menunjukkan Baginda berpuasa dalam bulan Syaaban keseluruhannya…. Akan tetapi terdapat dalil yang menyalahinya, maka kerana itu difahami atasnya bahawa Baginda hanya berpuasa kebanyakannya (hari-hari dalam bulan Syaaban), sehingga seolah-olah baginda berpuasa keseluruhannya dan baginda sambungkan dengan Ramadhan.â€

--------

Abdul Kadir

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121245 saat. Lajunya....