Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 212
Ahli: 0
Jumlah: 212




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 53 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: doa sewaktu sujud ...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» doa sewaktu sujud ...

Please Mendaftar To Post


Oleh doa sewaktu sujud ...

aliflamra
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-08-03 16:08


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan
Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita
sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"

Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"



KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas
sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.

Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


Allahu Ta'la A'lam

-----------------
Get graphics at Nackvision.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For aliflamraProfil   Hantar PM kepada aliflamra   Quote dan BalasQuote

nroid
Warga Rasmi
Menyertai: 25.08.2003
Ahli No: 3086
Posting: 3
Dari: 91007

Sabah  


posticon Posting pada: 28-08-03 22:23


semekom...
doa tu, baca dlm hati ke atau baca mulut ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nroidProfil   Hantar PM kepada nroid   Pergi ke nroid's Website   Quote dan BalasQuote

haryana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2008
Ahli No: 36356
Posting: 74
Dari: Jaybee

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-02-09 15:10


Assalamualaikum ,

doa tu boleh ke baca masa solat Fardhu waktu sujud?
:roll:


-----------------
~~winter cool~~
@@permulaan sabar pahit tapi manis akhirnya~~~


Bookmark and Share

    


  Member Information For haryanaProfil   Hantar PM kepada haryana   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-02-09 16:12


salamun alaik..

berdoa dalam sujud memang digalakkan kerana waktu itu kita paling hampir dengan Allah berdasarkan posisi kita..berdoa tak perlulah dibaca dengan kuat..cuma mnyatakan dengan hati sahaja..jika kita membaca doa selain bacaan dalam sujud dikhuatiri batal solat kerana berkata2..ini berdasarkan kefahaman ana..wallahuallam..lazimnya dikatakan doa dalam sujud lebih makbul jika kita berdoa sepenuh hati..insyaAllah.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 23-02-09 16:21


Assalamualaikum
ada ustaz cakap,kalau nak berdoa ketika sujud, kena doa dalam bahasa arab...kalau doa dalam bahasa melayu,nanti solat kita terbatal sebab campur dengan bahasa melayu...wallahua'lam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 24-02-09 10:58


walau pun dengan bahasa arab..tetap batal...
orang2 arab pun tak boleh bercakap2 tengah solat kan..??mereka juga gunakan bahasa arab..

kalau nak do'a..do'alah dalam hati...bahasa melayu pun tak apa...lagi bagus sebab faham apayg diminta...tapi jangan masa solat berjama'ah..
sebab masa solat jama'ah..,kita wajib ikut imam..orang dah bangun dan kita masih sujud lama..tu riya' namanya...kalau nak sujud dan solat lama2..solatla dalam bilek soarng2 yang tak ada orang tengok dan perhatikan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-09 13:07


masa sujud boleh baca doa dalam arab yang ada dalam al quran.
kalau dalam bm, just dalam hati sahaja.
moga-moga amalan diterima Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

annisa11
Warga Rasmi
Menyertai: 14.11.2007
Ahli No: 31686
Posting: 8
Dari: perak

ecuador   avatar


posticon Posting pada: 07-10-09 19:13


ooo begitu rupanya..patutlah ramai yang sujud lama-lama time solat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For annisa11Profil   Hantar PM kepada annisa11   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106269 saat. Lajunya....