Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 3 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: MENJAGA KEBERSIHAN HATI


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» MENJAGA KEBERSIHAN HATI

Please Mendaftar To Post


Oleh MENJAGA KEBERSIHAN HATI

Raidenz-
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10272
Posting: 47
Dari: Kota Tinggi Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-06 08:39


HATI manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih,
jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan
membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama
ada bersih atau kotor mempunyai pertal
ian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam mengingatkan mengenai kepentingan menjaga
hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu
ada seketul darah, jika ia baik, maka baik
lah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh
diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem
komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia
dijangkiti, seluruh badan akan rosak.

Di dalam Al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati dengan pelbagai
istilah. Melalui ayat-ayat itu juga diterangkan, hati dapat dijaga dan
diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah Subhanahu
Wataala.

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh
perkara. Pertama, seseorang itu menjaga lisan atau lidahnya jauh daripada
Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

Kedua, dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan
kebaikan sebagaimana api memakan kayu.

Selain itu, pandangan juga dipelihara daripada melihat perkara-perkara
haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu berpalinglah daripada
melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati. Bagaimanapun
diharuskan kita memandang dengan penuh keinsafan
atau untuk mengambil iktibar.

Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat
akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.

Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan
pekerjaan-pekerjaan haram.

Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat
kepada Allah Subhanahu Wataala. Seeloknya bila melangkah keluar disertai
dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara
mungkar.

Yang terakhir, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu
semata-mata untuk mencari keredaan Allah Subhanahu Wataala serta takut
kepada sifat-sifat riak dan munafik.

Hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah Subhanahu Wataala
amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya
memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hati amat penting
kerana apabila rosak, ia menggambarkan pegangan a
gama kita juga turut rosak.

Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara
anggota-anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin
yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala dengan Syurga.

Hati yang bersih dan luhur memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan
syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan
syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika
syaitan berjaya menguasai hati, ia aka
dan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah
Subhanahu Wataala. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak
berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur-unsur kemalaikatan, dengan
sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada
Allah Subhanahu Wataala, warak, sentiasa mengingati-Nya dan bersyukur.

Di dalam Surah Al-A'raaf ayat 200-201 Allah berfirman yang tafsirnya : "an
jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah
perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yan
pergi bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari
syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka
nampak (jalan yang benar)."

Allah Subhanahu Wataala mengangkat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai
seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa, apabila hati Baginda
dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada
Tuhan, tetapi keimanan kepada-Nya tid
ak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan seratus peratus dan
sentiasa digoda syaitan.

Tuhan memilih Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk membawa
urusan-Nya. Maka semestinya utusan Allah Subhanahu Wataala mempunyai
sifat-sifat istimewa, antaranya hati yang bersih. Dengan hatinya yang
bersih itu, orang-orang kafir dan Quraisy terta
wan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati
Baginda yang bersih. Malah orang-orang kafir sendiri mengakui kemuliaan
hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali seorang yang keras hati dapat dilembutkan
hatinya, bukan dengan kekerasan, tetapi apabila mendengar bacaan
Al-Quran, hatinya tertawan dan akhirnya mengubah pegangan serta corak
hidupnya.

Berzikir dan mengingati kembali hakikat kejadian manusia adalah antara
cara mengubat hati supaya beriman kepada-Nya. Dengan berzikir contohnya,
hati-hati yang keras sekalipun dapat dilembutkan. Tidak perlulah membaca
ayat-ayat Al-Quran yang panjang. Cukup
lah sekadar mengingati Allah Subhanahu Wataala kerana Dia telah berjanji
akan mengingati-Nya.

Dalam perjalanan hidup kita ini juga, cubalah beramal dengan kerja-kerja
yang mendatangkan pahala. Contohnya pertingkatkan amalan-amalan sunat
yang diberi ganjaran pahala yang banyak. Cemburulah kepada mereka yang
berjaya membuat banyak ibadah agar kita j
uga turut bersaing menghapuskan bintik-bintik hitam di dalam hati dan
seterusnya melakukan ibadah sebanyak mungkin.

Untuk mendidik hati dan menaikkan taraf kepada golongan muttaqin pula,
kita hendakah menyerahkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala. Mulakan
dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh, malah lebih elok sehingga
dapat menitiskan air mata.

Taubat sebenar datang daripada hati dan memberi kesan mendalam sehingga
dapat merasa diri hampir dengan Tuhan, seterusnya mengubah sikap. Hati
yang insaf dan kuat akan menimbulkan rasa takut serta dapat menahan
kesabaran dan hawa nafsu.

Jika keimanan dapat ditingkatkan melalui hati, alhamdulillah, kita akan
menjadi seorang yang bertakwa.

-----------------
DUNIA DICIPTAKAN BAGI MANUSIA
MANUSIA DICIPTAKAN BAGI MENUJU AKHIRAT

Bookmark and Share

    


  Member Information For Raidenz-Profil   Hantar PM kepada Raidenz-   Pergi ke Raidenz-'s Website   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-06 11:29


~hati yang bersih tempat jatuhnya pandangan Allah,
sebaliknya hati yang kotor hanya dihasuti bisikan syaitan semata2~

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

Raidenz-
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10272
Posting: 47
Dari: Kota Tinggi Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-06 16:39


:) ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Raidenz-Profil   Hantar PM kepada Raidenz-   Pergi ke Raidenz-'s Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-06 18:36


Baguslah, thanks atas tazkirah ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah22
Warga Rasmi
Menyertai: 27.10.2005
Ahli No: 20122
Posting: 17
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-04-07 11:17


Kebersihan hati dapat memberi kehidupan yang lebih tenang..
mampu melahirkan sifat sayang ,
membuat seseorang mampu untuk berdakwah kerana Allah kerana sayangnya pada Allah serta Rasulullah S.A.W
wallahuaam

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah22Profil   Hantar PM kepada muslimah22   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.335802 saat. Lajunya....