Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 222
Ahli: 0
Jumlah: 222




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 51 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Teknologi
Topik: Kemunculan Segway generasi baru


Carian Forum

Moderator: Administrator, Martyr
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Teknologi
    »» Kemunculan Segway generasi baru

Please Mendaftar To Post


Oleh Kemunculan Segway generasi baru

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 10:38


/
Model prototaip Segway Centaur yang sedang dibangunkan

SEBUT sahaja Segway, mungkin ramai yang masih ingat mengenai ciptaan alat ‘pengangkutan manusia’ (Human Transporter) ciptaan Dean Kamen yang memberi satu revolusi dalam dunia gajet dan pengangkutan peribadi.

Alat yang pada awalnya dikenali sebagai Segway HT iaitu ringkasan daripada Human Transporter itu menjadi semakin popular di Amerika Syarikat dan beberapa negara maju kerana digunakan untuk tujuan rekreasi atau rondaan oleh pihak berkuasa.

Kenderaan seperti skuter yang memerlukan penggunanya berdiri itu dijana oleh kuasa elektrik dan dikawal oleh sistem pengkomputeran yang mengikut pergerakan badan manusia.

Jika badan kita diberatkan ke depan, ia akan berjalan ke hadapan dan jika memberatkan badan ke kiri, ia akan membelok ke kiri dan begitu seterusnya untuk ke kanan atau belakang.

Segway Inc. baru-baru ini mengumumkan pelancaran generasi terbaru alat yang kini dikenali sebagai ‘Pengangkutan Peribadi’ (PT) menggunakan dua teknologi terbaru - LeanSteer dan kawalan InfoKey wayarles.

Pengenalan teknologi baru itu selaras dengan pelancaran dua produk Segway terbaru iaitu Segway itu untuk kegunaan bandar dan Segway x2 yang boleh digunakan di lereng bukit.


Selain itu, terdapat enam lagi produk Segway yang dibangunkan khusus mengikut keperluan dan kesesuaian pengguna.

LeanSteer merupakan peningkatan kepada sistem antara muka kawalan Segway PT tetapi ia kelihatan lebih menarik dan mampu mengikut ‘gerak hati’ penunggangnya.

Sensor pada alat ini mampu mengesan pergerakan badan penggunanya dengan lebih baik untuk mencari arahnya dan pengguna langsung tidak perlu bergantung kepada pusingan hendal yang dipegang.

Dengan reka bentuk terbaru dan perisian terkini, Segway PT terbaru itu mampu membezakan antara sudut pergerakan penunggang dan kecondongan yang wujud ketika berada di lereng bukit.

Ia kemudiannya akan membuat perkiraan dan cuba memberikan kedudukan paling selesa untuk penunggang walaupun ketika beroperasi pada kawasan yang tanahnya tinggi-rendah.

InfoKey tanpa wayar merupakan satu alat yang menjadi pusat maklumat untuk membolehkan penunggangnya mengawal kelajuan Segway PT, meter kelajuan, meter jarak perjalanan dan meter bateri.

InfoKey juga akan menghidupkan sistem keselamatan apabila Segway tidak digunakan. Jika ia diganggu ketika sistem keselamatan telah dihidupkan, tayar akan dikunci dan juga membunyikan bunyi amaran.

Dalam masa yang sama, satu pesanan amaran akan dihantar kepada alat kawalan InfoKey yang dibawa oleh pengguna. Alat tersebut boleh dibawa dengan diletakkan pada rantai kunci atau diletakkan di dalam poket.

“Matlamat kami dalam pembangunan Segway PT generasi baru ini ialah ia menjadi produk yang benar-benar memahami pergerakan badan manusia,’’ kata Ketua pegawai teknologi, Segway Inc., Doug Field.

Beliau berkata, dengan teknologi LeanSteer, Segway PT akan memberi respons dengan segera kepada sebarang pergerakan di tubuh penunggangnya.

“Teknologi LeanSteer telah memberikan kumpulan pereka pembangunan untuk mengubah reka bentuk produk bagi menjadikan ia kelihatan lebih elegan dan menarik,’’ tambahnya.

Katanya, sementara, penggunaan teknologi wayarles pula membolehkan pembangunan Segway PT baru berada di hadapan dalam evolusi pembangunan produk-produk Segway.

Naib Presiden Pemasaran Segway, Klee Kleber pula berkata, prestasi selama lima tahun Segway PT yang digunakan di seluruh dunia membuktikan ia merupakan produk yang tahan lama dan boleh dipercayai.

“Dalam pembangunan produk generasi baru ini, para pencipta kami memberi tumpuan kepada meningkatkan keseronokan menunggang dan meningkatkan keupayaan produk.

“Kami juga memberi fokus kepada menghasilkan reka bentuk yang bergaya dan pada masa yang sama tidak mengabaikan komitmen kepada keselamatan dan kualiti produk,’’ kata Kleber.

Segway itu terbaru merupakan pilihan yang sesuai untuk kegunaan di bandar besar atau kecil dan ia juga boleh digunakan di dalam atau luar bangunan.

Memandangkan saiznya yang kecil, ia boleh disimpan di tempat barang dalam kereta atau dibawa menaiki kenderaan awam.

Model itu mempunyai kelajuan maksimum 20 kilometer sejam (kami/j) dan boleh beroperasi untuk perjalanan sejauh 38.6 kilometer (kami) untuk setiap caj terhadap bateri litium-ion yang digunakannya.

Pengguna boleh membuat dua pilihan warna iaitu saduran hitam atau putih berkilat dan ia dijual dengan harga RM18,440 di Amerika Syarikat .

Sementara itu, model x2 pula sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan juga penunggang yang mahukan Segway lebih berkuasa ketika menaiki bukit.

Penggunaan tayar jenis kegunaan bukit membolehkan ia mengharungi lumpur, rumput atau pasir dengan mudah dan penggunaan hendal bersepadu memudahkan ia diangkat daripada kenderaan.

x2 juga mempunyai kelajuan maksimum 20 kami/j dan boleh beroperasi untuk perjalanan sejauh 19 kami. untuk setiap caj. x2 akan berada di pasaran mulai bulan depan dan dijual dengan harga RM20,286 di Amerika Syarikat.

Menjelang akhir tahun ini, Segway akan memperkenalkan enam lagi Segway mengikut kesesuaian pengguna seperti itu Commuter, itu Police, itu Commercial Cargo, x2 Golf, x2 Police dan x2 Adventure.

Sementara itu, pasukan pencipta di Segway juga telah membina sebuah prototaip kenderaan empat roda yang dikenali sebagai Centaur yang mempunyai reka bentuk terkini dengan profail berbentuk tak.

Produk ini akan memanfaatkan teknologi yang terdapat di Segway PT di samping sistem pecutan dan pergantungan terkini yang akan menjadikan ia sebagai kenderaan peribadi yang dinanti-nanti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 27-12-06 10:51


lah, segway 4 tayar pulak, yang 2 tayar tu dah lah susah nak kawal, setere2 bush tu pun boleh jatuh.
hah ha ha.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087415 saat. Lajunya....