Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Sekolah
Topik: Wajarkah pelajar dihukum buang sekolah?


Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Wajarkah pelajar dihukum buang sekolah?

Please Mendaftar To Post


Oleh Wajarkah pelajar dihukum buang sekolah?

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 10:11


TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar baru-baru ini mendedahkan sejumlah 7,000 pelajar dibuang sekolah sementara kira-kira 15,000 yang lain digantung persekolahan pada tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai perbuatan salah laku termasuk ponteng.

Jumlah itu sebenarnya cukup memeranjatkan. Malah jika dicampurkan dengan jumlah pelajar yang dikenakan tindakan sama pada tahun-tahun sebelumnya, angkanya tentu lebih membimbangkan.

Kebimbangan itu bagaimanapun diredakan dengan kenyataan Noh kemudian bahawa jumlah tersebut menurun pada tahun ini. Namun perlu diingat, kita masih ada kira-kira tiga bulan lagi sebelum cuti penghujung tahun.

Apa pun persoalan yang wajar dikemukakan sekarang ialah di mana mereka kini? Jika mereka meneruskan kehidupan dengan bekerja, itu tidak menjadi soal tetapi yang dikhuatiri ialah penglibatan mereka dengan kegiatan-kegiatan jenayah atau yang mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Malah sejak kebelakangan ini, kita sering dipaparkan dengan banyak kejadian seperti ragut, dadah dan lumba haram. Penglibatan terbesar dalam gejala-gejala ini terdiri daripada generasi muda. Mengaitkan apa yang berlaku dengan situasi semasa, tidak mustahil mereka yang terlibat terdiri daripada golongan yang sama.

Lantas apa tindakan kita? Adakah kita sekadar melihat kegiatan kurang sihat ini berkembang atau mengambil pendekatan proaktif ke arah mengatasi kemelut yang bakal membunuh masa depan generasi kita sendiri?

Presiden Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia, Norizan Shariff ketika dihubungi turut mengemukakan persoalan yang serupa.

“Apa isu besar yang timbul? Adakah tindakan buang sekolah ini lebih buruk atau lebih baik. Ini yang harus dijawab.

“Saya nampak tindakan ini betul dari sudut disiplin tetapi dari sudut lain ia akan memburukkan keadaan kerana pelajar yang dibuang ini akan terjebak dalam kegiatan-kegiatan yang merosakkan diri dan masyarakat,” katanya.

Jelas Norizan, kemungkinan pelajar-pelajar berkenaan menjadi beban kepada keluarga dan negara agak besar ekoran rekod yang ada pada mereka akan membataskan peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

“Kita kena lihat semula pendekatan ini kerana bimbang ia akan menimbulkan masalah lain,” katanya.

Antara tindakan yang boleh difikirkan untuk menyelamatkan golongan muda ini menurut Norizan ialah menempatkan mereka di sekolah-sekolah khas atau sekolah pemulihan akhlak.

“Saya kurang bersetuju kalau persekolahan mereka ditamatkan begitu sahaja. Mungkin mereka ini boleh ditukarkan ke pusat-pusat pemulihan. Budak yang kita kata “jahat” ini sebahagiannya cemerlang, mereka cuma nakal dan kenakalannya melebihi tahap dibenarkan,” ujar beliau.

Beliau berharap Kementerian Pelajaran dapat menyediakan sekolah-sekolah khas ini yang lebih menekankan faktor disiplin dan kawalan lebih tinggi. Yang penting mereka masih berpeluang belajar seperti di sekolah biasa.

Norizan percaya, ibu bapa dan masyarakat sendiri tidak sanggup untuk melihat masa depan golongan muda ini rosak begitu sahaja selain yakin pelajar-pelajar terbabit akan mengubah sikap mereka apabila meningkat dewasa.

Jika kita masih ingat, pernah suatu ketika banyak pihak mempertikaikan tentang sistem pendidikan kita yang dikatakan lebih berorientasikan peperiksaan daripada pembelajaran. Keadaan itu dikatakan menjadi antara faktor pendorong kepada pelajar tidak tertarik untuk ke sekolah lalu menyumbang kepada gejala ponteng.

Malangnya apa yang disuarakan oleh pihak-pihak tertentu tersebut tidak banyak berubah dan hasilnya, fenomena membimbangkan ini terus berlarutan.

Mengulas keadaan ini, Presiden Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (Mapin), Prof. Mohd. Ali Hassan berkata, masalah ponteng tidak akan berlaku jika semua pihak faham dan bersedia mengakui sistem pendidikan itu sebagai satu proses pembelajaran sepanjang hayat, dan hal ini sepatutnya telah diterima sejak lama dulu.

Dalam masa sama jelasnya, guru-guru tidak seharusnya merasa selesa kerana mereka harus sedar perlu berhadapan dengan terlalu banyak cabaran sekarang.

“Usaha untuk menarik minat pelajar meminati pelajaran yang diajar adalah tanggungjawab mereka. Jika cabaran ini berjaya diatasi, secara tidak langsung ia akan meningkatkan tahap profesionalisme mereka juga,” katanya.

Bagaimanapun Mohd. Ali berharap, pihak sekolah dan guru-guru peka dengan keadaan persekitaran mereka kerana tahap umur pelajar yang berbeza memerlukan pendekatan yang juga berbeza.

“Inilah cabaran-cabarannya. Kegagalan kita menanganinya memcerminkan kurangnya kecekapan kita,” katanya sambil menambah, “Generasi muda sekarang semakin sukakan cabaran dan guru perlu mengikut rentak para pelajar.”

Menyentuh tentang peranan generasi muda, Prof. Mohd. Ali berkata, mereka adalah aset terpenting negara. Walaupun telah melakukan kesilapan, golongan ini tidak harus dibiarkan terumbang-ambing sebaliknya tanpa teragak-agak beliau menegaskan mereka patut diberi peluang kedua.

Kaunseling dan permuafakatan yang digembleng antara tenaga pendidik, penjaga, ibu bapa dan pihak berkuasa dilihat antara kaedah penyelesaian terbaik yang boleh diambil. Yang penting penyelesaian itu satu penyelesaian jangka panjang dan bukannya secara ad-hoc seperti selama ini.

“Mungkin membina asrama harian di sekolah biasa dapat mengekang masalah ponteng sekolah atau mendorong mereka terjebak dengan kegiatan tidak sihat. Maksudnya kita beri khidmat penuh dan penyelenggaraan berterusan.

“Kita tidak boleh ambil jalan ringkas misalnya beri sekali bantuan dan lepaskan mereka berjalan sendiri,” ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Prof. Mohd. Ali berkata, terlalu banyak sebab yang mendorong masalah ini berlaku antaranya faktor sosioekonomi, masalah keluarga, pelajar kurang minat, pengaruh kawan dan sikap guru sendiri.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau melihat semua pihak perlu mendalami setiap permasalahan yang berlaku daripada pelajar, guru, institusi sekolah dan persekitaran mereka. “Kita perlu bijak mengawal situasi,” ujarnya.

Dalam masa sama, Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, Azam Md. Atan menyokong langkah Kementerian Pelajaran mewujudkan pasukan anti ponteng (Jawatankuasa Permuafakatan Menangani Masalah Salah Laku Pelajar) yang melibatkan pihak ibu bapa, guru-guru, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak berkuasa tempatan dan polis.

Beliau berkata, fahaman serong yang berlaku sekarang seolah-olah semua tanggungjawab menjaga disiplin pelajar terpikul di bahu pihak sekolah sedangkan cabaran kepada dunia pendidikan ketika ini terlampau banyak.

“Kalau semua pihak bertanggungjawab dan sanggup ambil bahagian, mungkin masalah boleh dibendung dengan baik,” katanya.

Ibu bapa dan masyarakat umum perlu faham tindakan buang sekolah terhadap para pelajar bukan dibuat atas dasar suka-suka tetapi ia adalah hukuman terakhir yang diambil oleh pihak sekolah.

Sikap tidak mahu menjaga tepi kain orang lain kerana dianggap bukan masalah mereka menyebabkan gejala yang pada mulanya tidak membimbangkan bertukar kepada masalah besar kepada negara.

“Kita perlu faham, pelajar sekarang terdedah kepada banyak benda – Internet, snooker, semua ini mendorong mereka ponteng sekolah dan menyebabkan pihak sekolah terpaksa ambil tindakan tegas.

“Sepatutnya masyarakat yang mengetahui aktiviti tidak sihat pelajar ini dapat membuat laporan sama ada pada pihak sekolah atau terus kepada pihak-pihak bertanggungjawab yang lain,” katanya.

Selain peranan ibu bapa dan masyarakat, kata Azam, mereka yang memilih profesyen perguruan perlu bersedia menerima cabaran dan memikul tanggungjawab kerana itu adalah pilihan mereka sendiri.

Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan cadangan untuk menempatkan pelajar bermasalah ini ke sekolah-sekolah khas kerana itu akan menimbulkan masalah lain.

“Langkah terbaik ialah terpulang kepada guru-guru itu sendiri. Kalau caranya betul, pelajar akan tersedar kesilapan yang mereka lakukan.’’

Dalam merenung masa depan generasi muda, memang ini masanya kita perlu bertindak segera. Jika permasalahan akar umbi ini dibiarkan, kita bimbang arah tuju negara tidak seperti yang diharapkan. Kita juga tidak mahu dalam keghairahan kita menepuk dada mengatakan kita masyarakat maju, dari satu segi lain, kita sebenarnya gagal!

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Hujimy
Warga Rasmi
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20539
Posting: 7

turkmenistan  


posticon Posting pada: 23-08-06 23:04


tak sokong.........................erm....mereka ini nak kemana kalau tak skolh....sepatutnya di sekolahlah tempat mendidik...tapi sekarang kita dapat tengok skolh hanya tempat belajar.............parents hntar anak saja sekolh adalah untuk dididik....tapi sebahagian pula hantar untuk belajar & marah pula kalau anak kena pukul.........bagaimana erk????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For HujimyProfil   Hantar PM kepada Hujimy   Quote dan BalasQuote

raul_gonzalez
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1321
Posting: 396
Dari: .::Kuala Terengganu::.

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-08-06 23:09


assalamualaikum...
ana tak sokong tindakan buang sekolah ni... kalau mereka di buang sekolah, macam mana pembelajaran mereka.. mereka akan jadi, sampah masyarakat..

ana rasa, jalan penyelesaian yang terbaik ialah, kumpulkan mereka di satu sekolah yang mempunyai peraturan dan disiplin yang ketat.. insya-ALLAH, pelajar sebegini akan berubah menjadi lebih baik..
wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raul_gonzalezProfil   Hantar PM kepada raul_gonzalez   Pergi ke raul_gonzalez's Website   Quote dan BalasQuote

hosni_mubarak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.11.2005
Ahli No: 20411
Posting: 104
Dari: kelana jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 23:19


janganla mereka dibuang sekolah.....
cara terbaik untuk mereka adalah dengan cara berhikmah......
guru-guru perlu mempunyai ciri-ciri 4M berikut kalau pelajar nak jadi baik :
1. mudarris (pengajar)
2. murabbi (pendidik)
3. muaddib (penunjuk adab)
4. .... tak ingat lah pulak.....

nanti kalau saya ingat saya tolong beritahu anda semua...

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hosni_mubarakProfil   Hantar PM kepada hosni_mubarak   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.481078 saat. Lajunya....