Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cuti-Cuti Luar Malaysia
Topik: Makkah indah dengan keunikan Madinah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cuti-Cuti Luar Malaysia
    »» Makkah indah dengan keunikan Madinah

Please Mendaftar To Post


Oleh Makkah indah dengan keunikan Madinah

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 10:02


/

ADA ketikanya terfikir juga mengapa sesetengah umat Islam negara ini lebih suka melancong ke Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, China dan Korea pada hal mereka belum berziarah ke Makkah dan Madinah.

Alangkah ruginya mereka tidak mengunjungi ke tempat suci itu kerana selain berpeluang menunaikan ibadat haji dan umrah, mereka juga boleh mengunjungi tempat menarik yang ada kaitan dengan sejarah Islam.

MENIKMATI makanan ringkas
di depan masjid
kota Makkah.

Di Makkah misalnya, selain Masjidil-Haram, umat Islam boleh menziarahi Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Masjid Kucing, Mudzalifah dan Mina, manakala di Madinah, selain beribadat di masjid Nabawi, umat Islam juga boleh menziarahi Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Perkuburan Jannatul-Baqi, Masjid Tujuh, Pasar Kurma dan Kilang Mencetak al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani, bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan fardu haji ke Baitullah al-Haram di Tanah Suci Makkah dan tidak menziarahi aku (di Madinah), sesungguhnya ia menjauhkan dirinya daripada aku".

Ekoran daripada sabda itu, hampir semua umat Islam yang menunaikan ibadat haji, umrah atau berziarah akan berkunjung ke Madinah untuk beribadat, berzikir dan solat di Masjid Nabawi, selain berkunjung ke beberapa masjid dan tempat sejarah lain.

Madinah atau nama lamanya Yathrib, adalah kota yang perlu diziarahi setiap jemaah haji dan umrah apabila tiba di Arab Saudi kerana di situ terletaknya makam kekasih Allah, Nabi Muhammad.

Makam Rasulullah terletak di kawasan Raudah (Taman Syurga) dalam masjid itu, bersebelahan dengan makam sahabat karib Baginda, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khatab.

Makam Baginda terletak di bawah kubah besar berwarna hijau dan dipagari dinding yang dihiasi ukiran ayat suci al-Quran berwarna keemasan.

Menjejakkan kaki Masjid Nabawi yang begitu luas terutama di kawasan Raudah, kesyahduan dan kesedihan terhadap kehilangan kekasih Allah itu tetap dirasai. Hanya doa dan bacaan ayat suci yang mampu disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhamad.

Raudah mengikut sejarah adalah halaman rumah Rasulullah, yang diisyaratkan oleh Rasulullah sebagai Taman Syurga. Masjid Nabawi turut mengalami proses pembangunan untuk menambah keluasannya di bawah pemerintahan Raja Fahd Abdul Aziz, termasuk meruntuhkan bangunan lama di sekeliling masjid berkenaan.

Projek pembangunan moden pertama dilaksanakan 50 tahun lalu, manakala yang projek kedua bermula pada 1985 dan siap pada 1992. Keluasan masjid berkenaan bertambah daripada 16,850 meter persegi kepada 98,500 meter persegi pada peringkat kedua bagi menampung jumlah jemaah haji sehingga satu juta jemaah pada satu masa.

Pelbagai kemudahan juga disediakan bagi menjamin keselesaan jemaah termasuk sistem pembesar suara, kamera litar tertutup dan sistem pendingin hawa yang dikendalikan di bawah masjid berkenaan, selain 4,000 tandas bagi kemudahan jemaah haji.

Masjid Nabawi juga mempunyai keistimewaannya iaitu terdapat 12 payung gergasi yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik dalam tempoh seminit di dalamnya.

Kira-kira 4,000 petak kereta turut disediakan di bahagian bawah Masjid Nabawi. Sistem pengendalian elektrik, pendingin hawa dan pembesar suara di masjid itu adalah yang kedua tercanggih di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah.

GAMBAR (atas): QASR al-Farid
di utara Arab Saudi
menarik perhatian pelancong.
GAMBAR (bawah): PAYUNG
khas di Masjid Nabawi
boleh dibuka secara
eletronik.

Selain Masjid Nabawi, pengunjung akan digalakkan melawat Masjid Quba, kira-kira 4.8 kilometer dari masjid utama. Inilah masjid pertama yang dibina Rasulullah bersama sahabat Baginda ketika tiba di Madinah.

Satu lagi masjid yang harus dikunjungi ialah Masjid Qiblatain yang agak luar biasa kerana satu daripada mihrabnya menghadap ke Kaabah manakala satu lagi ke Masjidil Aqsa. Menurut riwayat, ketika baginda Rasulullah sedang solat di dalam masjid ini, wahyu turun agar baginda menukar kiblat dari dari Baitul Maqdis ke Kaabah di Makkah.

Ada beberapa masjid lain yang boleh dikunjungi jika ada kesempatan iaitu Masjid al-Ghamamah (Masjid Awam yang terletak di perjalanan menuju ke Madinah), Masjid Al-Ayams berhampiran Masjid Quba dan tidak berbumbung.

Masjid ini digelar Masjid Matahari kerana terletak di tanah tinggi dan apabila matahari naik, masjid ini lebih awal mendapat cahaya matahari.

Masjid Al-Fath (Masjid Kemenangan) pula terletak di tempat tinggi sedikit daripada masjid sekitarnya. Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersolat tiga hari berturut-turut di masjid itu. Lazimnya, pengunjung digalakkan melakukan solat sunat dua rakaat, berzikir dan berselawat apabila mengunjungi masjid-masjid itu.

Lazimnya, selepas umat Islam menyempurnakan ibadah haji dan umrah serta berziarah, jemaah akan membeli ole-ole untuk dibawa pulang seperti tasbih, kopiah, kurma, minyak atar, jubah dan air zamzam.

Namun, bagi jemaah Malaysia, mereka tidak menghadapi masalah tawar menawar kerana kebanyakan jurujual boleh bercakap Melayu dan mata wang Rial (SR) pula hampir sama dengan Ringgit Malaysia (RM).

Saya sendiri dapat menyaksikan sendiri suasana kemeriahan di deretan kedai dan gerai menjual cenderahati baik di Makkah mahupun Madinah dengan orang ramai berurusan dalam bahasa Arab dan Melayu.

Boleh dikatakan semua kedai dan gerai dimiliki orang Arab, tetapi kebanyakan pekerjanya warga asing seperti dari Bangladesh, Pakistan, India, Myanmar dan Indonesia. Mereka telah diminta belajar cakap Melayu untuk memudahkan urusan.

Bahasa Melayu boleh dianggap antara bahasa utama di Makkah dan Madinah selain Arab, Turki dan Urdu. Bahasa Inggeris kurang mendapat tempat kerana tidak ramai jemaah berkulit putih dari Amerika Syarikat dan Britain.

Namun, di hotel, gedung perniagaan terutama di Jeddah selain di lapangan terbang, bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa komunikasi.

Ada juga jemaah Melayu menggunakan bahasa `ayam dan itik' apabila bercakap dengan orang Arab. Kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk membeli dan tawar menawar sesuatu barang.

Barang cenderahati yang dijual tidak terlalu mahal. Tasbih, misalnya boleh dibeli pada harga RM1 hingga RM4 setiap satu (di luar musim haji). Begitu juga kopiah yang dijual RM3 hingga RM10, manakala jubah untuk lelaki dan wanita pula lebih murah berbanding di Malaysia.

Air zamzam pula tidak perlu dibeli. Jemaah cuma dikehendaki membeli bekas plastik lima dan 10 liter pada harga RM3 hingga RM5 sebelum mengisinya menerusi puluhan paip yang disediakan berhampiran pintu masuk Masjidil Haram.

Kurma pula boleh dibeli di mana-mana termasuk di tepi jalan. Ada yang berpendapat, kurma di Madinah lebih baik dan murah. Di Madinah, memang ada satu tempat kompleks menjual pelbagai jenis kurma. Lazimnya dijual pada harga RM7 hingga RM12 sekilogram, tetapi yang menjadi pilihan, walaupun mahal ialah kurma Nabi yang disebut Ajwah.

Harga kurma Ajwah memang mahal antara RM40 dan RM60 sekilogram, tetapi di Malaysia terutama pada bulan Ramadan, harga kurma jenis itu mencecah RM150 hingga RM180 sekilogram.

/

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 15:43


Pada 19-08-06 10:02 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

ke Makkah dan Madinah.

destinasi utama ana... insyaALLAH...:-)

********************************************************

Ya RasulALLAH
Munsyid : Raihan

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Kami rindu padamu

ALLAHumma sholli 'alaa Muhammad
Ya RABBI sholli 'alaihi wassalim


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Ummati ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Terimalah kami sebagai ummatmu
Ya RasulALLAH, Ya HabibALLAH
Kurniakanlah syafa'atmu

********************************************************

~> di Makkah al Mukarammah... Masjidil Haram...

kaabah

~> di Madinah Al Munawarrah... Masjidil Nabawi...

makam

masyaALLAH... :-)
wassalam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 20-08-06 18:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-08-06 18:25


assalamualaikum.....

saya dah 2 kali berpeluang menziarah ke sana....
memang benar apa yang diperkatakan....
tiada tempat yang lebih indah dan menenangkan melainkan di mekah dan madinah saja...
peluang yang paling indah bila berada di raudhah, dapat ziarah maqak rasulullah dan mengucup hajarul aswad...
insyaallah...kalau ada peluang dan rezeki lebih...teringin nak kunjung ke sana lagi.insyaallah....

kalau nakkan ketenangan, tak perlu lah ke melbourne australia. ke mekah dan madinah..lagi tenang kerana di sana kita akan berasa lebih hampir padaNYA......

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 22:53


masyaAllah..
teringin nak ke sana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-08-06 23:08


insyaallah.... broshahir pasti ada peluang ke sana...kadang kala kita perlu bijak dan peka merebut peluang yang ada. jadi, fikir-fikirkanlah kata-kata saya ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-08-06 05:17


Pada 20-08-06 18:25 , azzahrawi posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum.....

saya dah 2 kali berpeluang menziarah ke sana....
memang benar apa yang diperkatakan....
tiada tempat yang lebih indah dan menenangkan melainkan di mekah dan madinah saja...
peluang yang paling indah bila berada di raudhah, dapat ziarah maqak rasulullah dan mengucup hajarul aswad...
insyaallah...kalau ada peluang dan rezeki lebih...teringin nak kunjung ke sana lagi.insyaallah....

kalau nakkan ketenangan, tak perlu lah ke melbourne australia. ke mekah dan madinah..lagi tenang kerana di sana kita akan berasa lebih hampir padaNYA......

alaikum salam...

alhamdulillah,
insyaALLAH... :-)
amin ALLAHuma amin.


wassalam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 26-08-06 05:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-08-06 05:19


Pada 20-08-06 22:53 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

masyaAllah..
teringin nak ke sana...

insyaALLAH... :-)
amin ALLAHuma amin.


wassalam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095031 saat. Lajunya....