Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Petua Warisan
Topik: Air dalam tubuh pengaruhi kesegaran kulit


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» Air dalam tubuh pengaruhi kesegaran kulit

Please Mendaftar To Post


Oleh Air dalam tubuh pengaruhi kesegaran kulit

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 09:47


SATU daripada tips kesihatan dan kecantikan yang selalu kita dengar ialah amalan minum banyak air. Biasanya, pengambilan air dikaitkan dengan kelembapan dan kesegaran kulit.

Bagaimanapun, sering timbul persoalan berapakah jumlah air yang diperlukan tubuh kita sehari? Betulkah setiap orang harus mengambil lapan gelas air sehari?

Sama ada kita sedar atau tidak, saban tahun kajian yang dibuat menyentuh keperluan pengambilan air dan memberi pelbagai saranan tetapi hakikatnya keperluan air dalam tubuh banyak bergantung kepada banyak faktor termasuk kesihatan, berapa aktif anda dan di mana anda tinggal.

Walaupun satu formula tidak mungkin sesuai untuk semua orang, mengetahui keperluan anda kepada cecair akan membantu anda menentukan jumlah air yang perlu diambil setiap hari.

Air adalah komponen kimia badan yang secara purata merangkumi 60 peratus daripada berat badan. Setiap sistem tubuh bergantung kepada air. Contohnya, air membantu membuang toksin daripada organ, membawa nutrisi kepada sel dan membekalkan sekitaran lembap pada telinga, hidung dan tisu kerongkong.

Jika air dalam badan kurang, ia menyebabkan anda mengalami masalah kekurangan air (dehydration), keadaan yang terjadi apabila anda tidak mengambil jumlah air yang cukup untuk tubuh berfungsi.

Soalnya, berapa banyak air yang anda perlukan? Setiap hari anda kehilangan air melalui bernafas, berpeluh, membuang air kecil dan pergerakan usus. Untuk tubuh berfungsi dengan sempurna, anda perlu menambah bekalan air dengan pengambilan makanan dan minuman mengandungi air.

Faktor yang mempengaruhi keperluan air dalam tubuh

Anda perlu mengubahsuai keperluan pengambilan cecair bergantung kepada berapa aktif anda, bagaimana iklim tempat tinggal, status kesihatan dan sama ada anda hamil atau menyusukan bayi. Selain itu, ada beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi keperluan air dalam tubuh anda.

A) Senaman: Semakin kerap bersenam, lebih banyak cecair yang anda perlukan untuk memastikan bekalan air dalam tubuh mencukupi. Meminum satu atau dua cawan lebih daripada pengambilan biasa mungkin membantu tetapi ia hanya bertahan untuk beberapa ketika jika anda bersenam dalam tempoh waktu yang lama misalnya bermaraton dalam masa lebih dari sejam.

Berapa banyak cecair tambahan yang diperlukan bergantung kepada berapa banyak anda berpeluh ketika senaman. Tetapi secara umum, dua atau tiga cawan dalam tempoh sejam mungkin sudah mencukupi.

Ketika melakukan senaman intensif dalam tempoh yang lama, bagus jika anda memilih minuman khas untuk aktiviti sukan yang mengandungi sodium. Ini boleh membantu menggantikan kehilangan sodium ketika berpeluh dan mengurangkan peluang terjadinya hypothermia, keadaan suhu badan terlalu rendah yang boleh mengancam nyawa.

B) Persekitaran: Cuaca yang panas dan terik boleh membuatkan anda berpeluh dan memerlukan tambahan cecair. Cuaca panas yang terkurung (dalam bilik misalnya) menyebabkan kulit hilang kelembapan terutama ketika musim sejuk. Ditambah pula jika anda berada dalam altitud sekitar 2,500 meter yang menyebabkan anda kerap membuang air kecil. Kekerapan itu akan mengurangkan simpanan air dalam tubuh.

C) Keadaan kesihatan: Masalah kesihatan seperti demam, muntah, cirit-birit membuatkan tubuh hilang simpanan cecair. Dalam keadaan ini anda patut minum lebih air. Tetapi dalam keadaan kesihatan seperti masalah buah pinggang atau hati anda perlu mengurangkan pengambilan air.

di) Hamil atau menyusukan bayi: Wanita hamil atau menyusu memerlukan lebih air. Simpanan air dalam tubuh akan hilang dalam jumlah yang banyak terutama jika menyusu. Wanita hamil perlu minum 2.4 liter (10 cawan) air setiap hari manakala ibu menyusui bayi perlu mengambil tiga liter (12.5 cawan) sehari.

Menambah simpanan air dalam tubuh tidak bermaksud anda hanya perlu bergantung kepada apa yang anda minum. Apa yang anda makan juga boleh memenuhi simpanan air dalam tubuh. Secara purata makanan membekalkan 20 peratus daripada keseluruhan pengambilan air, sementara 80 peratus lagi datang daripada air minuman.

Contoh, banyak buah-buahan mengandungi air begitu juga jika anda menikmati minuman selain air kosong. Tembikai dan timun mengandungi 100 peratus air. Minuman seperti susu dan jus juga mengandungi banyak air. Jika anda menikmati teh, kopi atau minuman soda juga menyumbang kepada simpanan air dalam tubuh tetapi perlu diingat jenis minuman ini tidak sepatutnya menjadi sumber utama pengambilan air anda. Air kosong adalah pilihan terbaik kerana ia bebas kalori dan murah.

Kehilangan air (dehydration) dan komplikasi.

Gagal memenuhi keperluan air tubuh membawa kepada masalah kehilangan air. Malah kehilangan air walaupun pada tahap yang lemah - iaitu hilang satu atau dua peratus - akan membuatkan anda mudah letih. Punca biasa masalah kehilangan air termasuklah muntah, cirit dan berpeluh.

Tanda-tanda mengalami masalah kehilangan air
Dahaga atau dahaga yang berlebihan


Pening

Sakit kepala

Mulut kering

Air kencing yang sedikit

Otot lemah

Pening

Sakit kepala melihat lampu/cahaya terang

Secara umum, rasa dahaga bukanlah idea terbaik untuk menjadi panduan bilakah anda perlu minum. Ketika anda dahaga, kemungkinan anda sudah pun berhadapan dengan masalah kehilangan air. Apatah lagi jika usia sudah meningkat badan tidak lagi berupaya sepenuhnya mengesan kehilangan air dan menghantar isyarat ke otak. Dahaga yang keterlaluan dan kekerapan membuang air kecil mungkin tanda kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal. Berjumpa dengan doktor untuk maklumat selanjutnya.

Panduan

1) Minum segelas air sebelum makan atau selepas makan
2) Minum sebelum, ketika dan selepas bersenam
3) Buang tabiat menikmati minuman tidak sihat seperti arak dan soda

4) Jika minum air dari botol, basuh dan ganti botol minuman secara kerap kerana botol plastik tidak dihasilkan untuk diguna secara kerap. ~ Sumber: Healthyahoo.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Cda_Ibtihal
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26225
Posting: 87
Dari: Sungai Besar,Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 15:07


utamakan kesihatan!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Cda_IbtihalProfil   Hantar PM kepada Cda_Ibtihal   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 09-09-06 16:37


mulakan harimu dengan seteguk air

sunnah Rasulullah saw, minum seteguk air sebaik saja bgn dari tidur, sebelum gosok gigi

amalan ini telah terbukti ada kesan terhadap kesihatan
pengidap masalah buah pinggang digalakkan mengamalkannya
jadi, baik cegah dari merawat, kan
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 18:47


minumlah air yang banyak...bukan saja untuk kesihatan tapi untuk kecantikan juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-09-06 18:54


soda tak boleh juga ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 09-09-06 18:57


ye...betul...kita kena minum air banyak2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 13-09-06 17:20


mari minum.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087244 saat. Lajunya....