Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 10 hari yang lalu
lidah-penghunus: 12 hari yang lalu
muslimin23: 20 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: 7,000 pelajar dibuang sekolah


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» 7,000 pelajar dibuang sekolah

Please Mendaftar To Post


Oleh 7,000 pelajar dibuang sekolah

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 13:04


PUTRAJAYA 16 Ogos – Sejumlah 7,000 pelajar dibuang sekolah sementara kira-kira 15,000 yang lain digantung persekolahan pada tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai perbuatan salah laku termasuk ponteng, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar.

Beliau bagaimanapun menarik perhatian bahawa situasi itu bertambah baik tahun ini.

“Pada tahun ini setakat hari ini saya tengok ada penurunan sebanyak lebih kurang separuh (daripada kedua-dua jumlah itu),” katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Buku Teks 2006, di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Noh mencadangkan supaya Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menganggotai Jawatankuasa Permuafakatan Menangani Masalah Salah Laku Pelajar di peringkat daerah masing-masing.

Beliau berkata, penglibatan mereka dalam jawatankuasa itu penting supaya dapat bekerjasama dengan pihak pegawai pelajaran dan polis menangani masalah pelajar ponteng sekolah.

Katanya, kerjasama daripada YDP perlu bagi mengawal serta mencegah pusat-pusat hiburan yang dilesenkannya dari dikunjungi pelajar.

“Masalah (mengenai pelajar) yang berlaku di luar (sekolah) misalnya ponteng tidak ada undang-undang yang boleh diambil tindakan kepada pelajar melainkan dia ponteng di pusat-pusat hiburan.

“Sebab itu kita nak kena bawa Yang Dipertua masuk (menganggotai Jawatankuasa Permuafakatan),” katanya.

Jawatankuasa Permuafakatan yang ditubuhkan di peringkat Pusat dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 13:11


assalamualaikum wmt wbt..

ummu tak hendak ulas panjang2 tentang hal ni.. cuma.. sebagai salah seorang warga pendidik.. memang berasa terkesan dengan masalah melibatkan pelajar2 masa kini...

moga diberi kekuatan untuk meneruskan usaha mendidik dan melahirkan generasi rabbani... :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-08-06 13:39


Assamualaikum,

Rasanya kebanyakkan yang kena buang itu adalah dari kalangan anak bangsa kita sendiri Melayu dan Islam. Kemanakah arah tuju mereka ini apabila tiada berilmu.

Masalah ini lebih serius bilamana palajar tersebut dari golongan yang bermasalah dan mempunyai taraf hidup dari keluarga miskin ataupun sederhana.

Bukannya bermakna bila mereka dibuang sekolah, maka mereka terus di anggap tidak berguna ataupun nakal. Mereka seharusnya diberi peluang dan kesedaran untuk terus memperbaiki diri dan cuba membina masa depan agar tidak terus bermasalah.

Saya amat-amat berharap agar pihak yang bertanggungjawab atau ada badan2 yang prihatin menyediakan satu tempat dan ruang dalam membantu mereka.

Semoga isu ini di pandang serius oleh pimpinan kita sekarang .

Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.173053 saat. Lajunya....