Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 15 hari yang lalu
wyd1014: 23 hari yang lalu
haykal77: 31 hari yang lalu
Kakngah: 31 hari yang lalu
lidah-penghunus: 33 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Pejuang Hizbullah isytihar menang!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Pejuang Hizbullah isytihar menang!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Pejuang Hizbullah isytihar menang!!!

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 13:30


Pejuang Hizbullah isytihar menang


BEIRUT: Kumpulan pejuang Hizbullah semalam mendakwa mencapai kemenangan dalam pertempurannya dengan Israel di Lubnan, selepas berkuatkuasanya gencatan senjata mulai pagi semalam waktu tempatan.


Negara Yahudi itu pula enggan beralah dengan sebaliknya mengakui sudah dapat mematahkan Hizbullah yang didakwanya kini tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya di bumi Lubnan.

Kumpulan Hizbullah mempamerkan keyakinannya mengakui kemenangan pertempuran yang meletus sejak 12 Julai lalu itu dengan mengedarkan poster dan risalah mengenai kejayaan manis yang disifatkannya adalah ketentuan Tuhan.

Tindakan kumpulan pejuang Lubnan itu dibuat ketika ribuan penduduk Lubnan yang menjadi pelarian di tanah air sendiri, mula kembali ke rumah masing-masing yang cuma tinggal runtuhan.

Kepulangan mereka disambut laungan kegembiraan salah seorang daripada dua ahli Parlimen Hizbullah dalam kerajaan Lubnan, Hassan Fadlallah.

“Sudah semestinya semua penduduk akan kembali ke rumah mereka. Namun, langkah mereka akan lebih yakin dan berbangga kerana kejayaan Hizbullah menumpaskan Israel. Ini satu kemenangan manis buat kita semua,” katanya kepada wartawan.

Fadlallah dikelilingi barisan pejuang yang berdiri di tengah-tengah runtuhan bangunan yang dimusnahkan bedilan bom Israel.

Sambil memegang bendera kuning Hizbullah, Fadlallah dengan bangganya mengisytiharkan kemenangan kumpulan pejuang berkenaan.

“Hizbullah pasti menang.”

Di sudut lain di pinggir Beirut, poster besar pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah tersenyum lebar dengan kata-kata ‘Kemenangan Yang Diberkati’ tertera di bawahnya.

Poster pejuang Hizbullah membawa pelancar roket turut diedarkan kepada pelarian yang rata-ratanya berasal dari kawasan selatan Lubnan yang menjadi sasaran utama serangan Israel.

Pejuang Hizbullah terbabit dalam pertempuran sengit dengan askar Yahudi dan dilaporkan melancarkan kira-kira 4,000 roket sepanjang konflik sebulan itu. Roket Hizbullah itu menyebabkan 158 rakyat Yahudi terbunuh, termasuk 117 askar rejim Zionis berkenaan.

Pada masa sama, hakikatnya, angka korban Lubnan jauh lebih ketara dengan sekurang-kurangnya 1,150 orang, kebanyakannya penduduk awam mati dibunuh tentera Yahudi. Selain itu, sekurang-kurangnya 900,000 orang menjadi pelarian di negara sendiri.

Tetapi, kerajaan Israel yang disokong hebat sekutunya Amerika Syarikat biarpun dikecam negara lain dunia, dengan bongkaknya mendakwa kehebatan tenteranya dapat menumpaskan Hizbullah.

Kumpulan pejuang Lubnan itu juga katanya, menjadi sasaran kecaman masyarakat antarabangsa. – AFP

“Kami mempunyai kelebihan diplomatik kerana Hizbullah kini di bawah teropong dan pengawasan antarabangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar Israel Yigal Palmor.

“Apa yang penting, baik secara politik dan ketenteraan, Hizbullah tidak lagi dapat bertindak sesuka hatinya di Lubnan.” - AFP


-----------------
Be a good Muslim or die as Syuhada!


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

ucu_nuriman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6663
Posting: 59
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 15-08-06 13:47


Alhamdulillah....kepada kawan-kawan semua marilah kita berdoa si Kafir itu berhenti terus dari memerangi umat islam. sama-samalah kita buat sembahyang hajat dan Qiamullail bertahajud berdoa supaya umat islam terus menang. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin

Bookmark and Share

    


  Member Information For ucu_nurimanProfil   Hantar PM kepada ucu_nuriman   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 14:03


Memang dah diduga Hizbullah mesti menang.
Jangan percaya berita TV sebab kebanyakan berita diambil dari media Barat yang sentiasa berat sebelah.

Hizbullah menang sebab mereka menggunakan strategi peperangan yang digunakan oleh Rasulullah berserta taktik gerila mereka.

Mesti ingat -- inilah satu-satunya tentera di muka bumi ini yang berjaya menghalau Israel pada tahun 70'an dulu. Bila Israel menawan ia tak mungkin akan berundur sebaliknya makin meluaskan jajahannya seperti yang berlaku di Palestin semasa pemerintahan PLO. Sebab itulah bila HAMAS menang ia satu rahmat dan harapan baru!

Jangan lupa -- Yahudi adalah satu bangsa yang pengecut tetapi bijak. Dalam hal ini bijak 'cover'. Mana ada selama ini Israel akur bila diadakan gencatan senjata? Kerana dah kalah dan 'tak boleh makan' buat-buat terima gencatan senjata.

Ahli politik Israel sendiri mengakui sendiri kekalahan tetapi Perdana menterinya masih cover tak mahu malu:

!!! QUOTE !!!

As Israeli politicians called the war a “failure,” Israel Prime Minister Ehud Olmert noted there were “deficiencies” in the way the war was conducted.


Dan macam biasa Bush tak mengakui kemenangan Hizbullah tetapi yang peliknya dia tak mengaku pun Israel atau Amerika menang. Macam perang Vietnam jugak.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

rabiah_al-adawiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2006
Ahli No: 23868
Posting: 56

yemen  


posticon Posting pada: 15-08-06 14:05


alhamdulillah...mudah2an kejayaan terus milik Islam...namun di sebaliknya...hendaklah kita berhati-hati kerana puak2 yahudi ini tak akan puas dan tidak pernah puas..mereka akan terus merancang dan merancang untuk menjatuhkan islam...Oleh itu..bantulah Islam dengan menguatkan kepercayaan dan akidah umat islam itu agar islam terus gemilang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiah_al-adawiahProfil   Hantar PM kepada rabiah_al-adawiah   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 14:55


ALLAHU AKBAR!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 16:03


berdasarkan fakta sejarah,hizbullah memang pernah menewaskan israel...mereka halau rejim zionis di sempadan lubnan....mereka menang bukan semata-mata kerana doa,solat hajat...dll tapi mereka menyahut seruan al-quran .....menyediakan sebarang kekuatan untuk menewaskan musuh islam...................dengan iman dan akidah yang mantap..........berjuang tanpa gentar memburu syahid............

apabila media dikuasai musuh ,itulah caranya..propaganda...........yang sedihnya media massa malaysia ikut rentak media antarabangsa yang diketuai musuh islam.......sebab itu umat islam perlu KUASAI MEDIA.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 19:17


Mara SyahiD!
Undur Kafir...

Allahuakbar!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 19:21


Allahuakbar!!!=) Jihad fisabilillah jalanku, syahid idamanku..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-06 23:39


Secara umum, analisis perang menunjukkan 152 orang terkorban di pihak Israel, dan lebih seribu orang termasuk orang awam terbunuh di Lubnan. Angka kematian di pihak Israel memanglah sedikit, kerana Hizbullah berperang dengan tentera. Manakala tentera Yahudi Israel membuat serangan membuta tuli membabitkan orang awam yang tidak berdosa. Dari segi moral, Hizbullah telah berjaya kerana mematuhi etika perang yang digariskan selaras dengan tuntutan perang dalam Islam.

Selain analisis umum di atas, terdapat satu laporan akhbar COMES bertarikh 17 Ogos 2006 yang lebih menggemparkan.

Satu laporan Amerika berkenaan kerugian Israel di Lubnan bocor kepada beberapa diplomat Lubnan dari Tel Aviv. Menurut laporan itu, sejak perang 12 Julai hingga 7 Ogos seramai 343 orang tentera rejim Zionis terbunuh dan 617 orang tercedera.

Kerugian ini disebabkan oleh roket Hizbullah yang menyerang dan menghujani peralatan tempur Israel. Bahkan laporan tersebut menyebutkan bahawa sebanyak 118 kereta kebal Israel musnah dalam keadaan terbakar, 46 rosak teruk dan 96 trak pengangkut tentera terbakar, selain sebuah Jeep dan sebuah jentera penolak yang musnah.

Padahal menurut laporan ini pasukan rejim Zionis menggunakan bekalan persenjataannya hingga 90% dari peralatan yang dimiliki militan Israel. Laporan itu juga menyatakan bahawa pasukan rejim Zionis yang terlibat dalam perang kali ini mencapai 40 ribu orang, 15 ribu di antaranya adalah pasukan simpanan. Bahkan dalam minggu pertama pasukan Amerika membekalkan pasukan rejim Zionis dalam operasi di Maron Rose dan Bent Jebail pelbagai jenis bom termasuk bom senyap digunakan. Tentera Amerika juga dilaporkan terlibat dalam operasi serangan udara dengan F16 di sebelah selatan Lubnan dan sebahagian daripada mereka tewas dalam pertempuran namun keluarga mangsa di Amerika diberitahu bahawa mereka terbunuh sewaktu bertugas di Iraq.

Al-Jazeera pula melaporkan sebagai berikut; sekurang-kurangnya 4 helikopter Apache, sebuah jet pejuang, dan 124 buah kereta kebal Merkava yang setiap satunya berharga 4.4 juta dolar berjaya dimusnahkan oleh tentera Hizbullah.

Pada awalnya, dunia mengetahui bahawa perang ini merupakan peperangan proksi. Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel sebenarnya mahu mengheret Iran ke dalam kancah peperangan. Amerika Syarikat mendakwa Hizbullah mempunyai hubungan yang rapat dengan Iran, dan menyangka Iran akan turut serta membantu Hizbullah. Nampaknya perangkap untuk mencapai cita-cita keanarkian AS tidak berjaya. ANARKI bermaksud penghapusan sesebuah tamadun bangsa oleh kuasa besar menggunakan apa jua cara yang difikirkan sesuai termasuklah perang.

Persoalan sekarang, apakah keamanan blok Asia Barat akan menjadi nyata? Dalam suasana perang yang meletus, dunia dikejutkan penutupan loji penapisan petroleum di Alaska. Penutupan ini menyebabkan AS kekurangan 400 ribu tong minyak sehari. Walhal sebelum penutupan loji Alaska, kadar penggunaan petrol di AS sudah tidak seimbang. Penjajahan AS ke atas negara-negara yang kaya dengan minyak adalah strategi penjajahan sumber tenaga ini. Maka, atas alasan keamanan AS sanggup melancarkan perang bagi mencapai maksud mereka. Apabila negara yang kaya dengan minyak dikuasai melalui pembentukan kerajaan boneka, mudahlah bagi AS menampung keperluan petroleum di negaranya.

Memang menjadi tujuan AS untuk menguasai Iran kerana Iran menjadi negara ke-2 terbesar dalam senarai negara pengimport petroleum (OPEC). Isu nuklear yang digembar-gemburkan hanyalah isu sampingan yang dibuat untuk menyembunyikan niat asal. Buktinya amat jelas. Korea Selatan dan India yang menghasilkan bom nuklear tidak disekat, malah AS mengadakan usahasama bagi menjayakan program nuklear dalam kedua-dua negara tersebut.

Rentetan daripada peperangan ini, banyak kemusnahan harta benda dan jiwa yang berlaku. Puluhan rakyat yang tidak berdosa menjadi pelarian. Penderitaan dan kesusahan yang mereka alami amat memeritkan. Mereka yang menjadi mangsa kehilangan tempat tinggal, sumber pendapatan, hilang pekerjaan, hilang suami atau isteri, anak-anak dan sanak saudara. Mereka juga diancam krisis kebuluran, wabak penyakit, dan trauma perang.

Mengenang semua kesusahan yang dialami, kita rasa terpanggil atas dasar persaudaraan Islam. rasa terpanggil itu boleh dibuktikan dengan menghulurkan bantuan berupa doa dan sumbangan wang ringgit. Jika kita menyertai misi pengaman, rasa terpanggil itu dipenuhi dengan pemergian ke tempat yang dilanda perang. Selain doa dan harapan, kita masih mampu menghulurkan bantuan kewangan untuk memenuhi keperluan mangsa perang.


ditulis pada 18/8 - 0030.

Tetapi 5 hari kemudian, tentera Israel bertempur lagi......
Tiada kedamaian bagi Israel, kerana gencatan senjata yang dicadangkan hanya memastikan sejata di pihak lawan Israel diluputkan, sedangkan mereka tidak. Adilkah begitu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 03-09-06 23:55


Alhamdulillah..perjuangan Hizbullah memang patut kita contohi..tapi setahu saya,mereka syiah..jadi jangan terlalu fanatik sampai terikut pula mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 08:14


dalam soal ni tidak timbul soal fanatik....

takkan husna_nasiha lebih bagus daripada Dr. Yusof al-Qardhawi dalam hal ini? (sila baca fatwa mu'asyarah beliau) berkaitan sokongan kepada Hizbullah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126106 saat. Lajunya....