Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Mahathir, Anwar sertai Forum Keamanan Dunia


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Mahathir, Anwar sertai Forum Keamanan Dunia

Please Mendaftar To Post


Oleh Mahathir, Anwar sertai Forum Keamanan Dunia

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 10:05


JAKARTA 12 Ogos - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad serta bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyertai Forum Keamanan Dunia selama tiga hari yang bermula di sini Isnin ini.

Mereka adalah antara kira-kira 50 pemimpin agama dan tokoh politik dari 28 negara yang menyertai forum itu bagi membincangkan perkara berkaitan ketidakadilan sejagat dan bagaimana nilai kemanusiaan, matlamat bersama serta tanggungjawab insan dapat dijadikan kuasa penyatu dalam menjamin keamanan sejagat.

Forum berkenaan yang bertemakan ‘Satu Umat Manusia, Satu Matlamat, Satu Tanggungjawab’ bertujuan mencapai beberapa objektif termasuk mengukuhkan jalinan rangkaian dialog antara peradaban bagi meningkatkan sifat tolak ansur dan saling hormat- menghormati, di samping mencari jalan bagi membolehkan pelbagai peradaban bekerjasama dalam menyebarkan seruan keamanan.

Dalam buku cenderamata yang diterima Bernama di sini hari ini, penganjur bersama forum itu, Muhammadiyah, pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia dan Persatuan Pelbagai Budaya yang berpejabat di sini berkata Dr. Mahathir akan menyampaikan ucaptama pada simposium antarabangsa itu di Hotel Hilton di sini pada Selasa.

Anwar pula, jelas buku itu, akan menjadi antara anggota panel pada sesi perbincangan bertajuk Satu Tanggungjawab: Berusaha Ke Arah Keamanan Dunia bersama pemimpin dari Rusia, Indonesia, Australia dan Singapura.

Sempena penganjuran forum itu yang akan dirasmikan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, satu pameran bertajuk ‘Mesej Keamanan Sejagat Laksamana Cheng Ho’ akan diadakan di hotel berkenaan, yang mempamerkan bahan dari Muzium Cheng Ho Malaysia, Muzium Cheng Ho Semarang, Surabaya, Aceh dan Muzium Nasional Jakarta.

– Bernama
:-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 12:52


:-di Baguslah tu......semua sokong keamanan....tapi.....

:oops: :roll: apa akan jadi kalau Tun Dr. Mahathir masuk PAS.....Dato' Seri Anwar Ibrahim memang tak akan masuk sebab dia sendiri dah cakap yang dia tak akan masuk PAS..... :-o


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.179703 saat. Lajunya....