Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 4 hari yang lalu
wyd1014: 12 hari yang lalu
haykal77: 20 hari yang lalu
Kakngah: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: nak kawal blog


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» nak kawal blog

Please Mendaftar To Post


Oleh nak kawal blog

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-08-06 08:30


assalammualaikum
apa pandangan antum berkaitan kabinet nak kawal blog? adakah blog yang ada 10,000 di internet di negara kita sekarang ni boleh dipantau.?semalam di akhbar katanya kita perlu berhemah guna internet, sebab ianya hampir mustahil untuk di pantau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

aqli
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2005
Ahli No: 19625
Posting: 83

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 09:16


waalaikumsalam...
pendapat saya..
kebebasan kita untuk bersuara, memberi pandangan, berkongsi ilmu dan bertukar fikiran akan terbatas..
mugkin golongan yang nak memantau dan mengawal blog yang tumbuh bagaikan cendawan ni...mula berasa takut dan tak selamat dengan kebangkitan gelombang suara rakyat...
berani kerana benar..takut kerana salah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqliProfil   Hantar PM kepada aqli   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 09:21


Media nak kawal! ceramah nak kawal! buku nak kawal! sms nak kawal! ni blog pula nak kawal! pasni maybe ukhwah.com pula nak dikawalnya! esok2 tah anak bini orang pun nak kawal! ini tak boleh jadi ini!! Tah2 bagaimana lah agaknya tiba-tiba kerajaan kata nak kawal ukhwah.com!! teruk lah begini!!

#Gejala sosial, rasuah, penubuhan IFC tak nak kawal pula!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 10:00


hari itu kata nak telus..ni siap nak ugut rakyat pula..dah duit dekat nak habis,ugut rakyat kata nak naikkan tarif air....cover pak menteri yang berjalan saja ke luar negara..bedah hidung pun pergi kat Australia..duit sapa tu ek....pilihanraya nanti...kita tengok siapa yang menang...dan mungkin terdapat gelombang perubahan terhadap parti yang menang....tak kira parti mana pun asalkan Islam dan bersemangat patriotik dan ingin memajukan Malaysia.bukannya menjual Malaysia....


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 03-08-06 10:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

aqli
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2005
Ahli No: 19625
Posting: 83

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 10:47


tapi pelik nya...
rakyat macam tak tau berfikir..
ataupun suara-suara mereka ditutup oleh ****
fikir lah wahai rakyat jelata.
selamatkanlah masa depan generasi islam..
bertindak lah sekarangggg!!!!!!!
serangggg!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqliProfil   Hantar PM kepada aqli   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 09:48


KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dicabar mendedahkan terlebih dahulu nama-nama individu dan syarikat yang berkepentingan menyokong regim Yahudi yang berada di dalam syarikat beliau ECM Libra Avenue sebelum mengeluarkan senarai produk lain yang menyalurkan bantuan kewangan kepada Israel.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang mengemukakan cabaran terbuka berkata, ECM Libra Avenue yang mana Khairy adalah pemegang saham keempat terbesar serta mempunyai kepentingan dalam syarikat Pantai Holding telah dimiliki oleh Syarikat Parkway Holding daripada Singapura dalam satu pengambialihan 26 Mei lalu.

"Salah seorang pemegang syarikat Parkway Holding adalah Richard pergi belum iaitu seorang warganegara Amerika dan isterinya iaitu Senator Dianne Feintein yang merupakan pelobi kepada regim Israel," dakwa beliau.


Kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, belum turut terlibat di dalam beberapa syarikat dan badan seperti CB Richard Ellis Group, Richard C belum & Associates, belum Capital Partners, L.P Northwest Corporation, Glenborough Realty Trust Incorporated, URS Corporation, Playtex Product dan Newbridge Capital LLC.


Salahuddin turut mendakwa, ECM Libra Avenue juga memegang 29.2 peratus kepentingan dalam syarikat Westcombe yang dipercayai menasihati syarikat Newbridge iaitu sebuah syarikat milik yahudi membeli 26 peratus kepentingan dalam syarikat Parkway Holding bernilai S$312 juta.

"Adakah syarikat yang dimiliki Khairy juga terlibat dalam membantu Israel? Apakah tindakan pemuda Umno terhadap ECM Libra Avenue yang menyokong Israel? Adakah agen regim Israel berada di dalam ECM Libra Avenue ini untuk menyokong tentera Israel membunuh rakyat Palestin dan Lubnan," katanya dalam sidang medianya di sini.

Ketua Pemuda PAS itu juga meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan Khairy yang kononnya ingin menjadi jaguh kampong apabila mengetuai bantahan terhadap kekejaman Yahudi.

Sebelum ini Khairy dilaporkan berkata, pihaknya (Pemuda Umno) akan menyenaraikan nama syarikat di negara ini yang dipercayai jelas menyalurkan bantuan kewangan serta menyokong AS dan Israel.

ps*:ehehehehe...dah takut lah tu agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

nurul_islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8027
Posting: 38
Dari: BUMI ALLAH

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 04-08-06 10:37


Tapi yang peliknya blog2 yang lucah dan yang bawa kepercayaan karut tu tak lah jadi polemik kepada masyarakat dan pemerintah khususnya...sepatutnya itu yang perlu dititikberatkan dalam mengislah gaya pemikir yang kritis...sekarang kita tidak punya masa untuk terus mencanangkan gosip2 dan isu-isu murahan.dunia sekarang begitu memberi kekangan terhadap Islam...Kenapa mesti kita menghadkan suara keadilan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_islamProfil   Hantar PM kepada nurul_islam   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-08-06 10:59


bila blog seperti ukhwah ini disekat maka maklumat tak dapat disebarkan, sepatutnya nak sekat-sekatlah website yang tak bermanafaat seperti lucah, judi, cerita artis yang tak berfaedah. menyaluran maklumat penting untuk kita faham isu semasa, pergerakan arah tuju kerajaan, penyalur ilmu. saya harap pantau blog yang tak berfaeadah saja. saya diberitahu oleh sepupu saya yang bos dia (kerja di agensi semi government) pergi mesyuarat di shanghai bulan lepas, bulan ni mensyuarat di manila.
saya pernah kerja di public listed company. dimana senior manager dia pergi jumpa syarikat di filipina, tahu kemana dia orang entertain, mereka pergi ke kelab penari bogel yang berlambak di filipina, tahu cerita pekerja di ladang, di filipina boleh dibayar untuk dapat khidmat sex, tu sebab di filipina tak habis dilanda gunung berapi, bagi kurang sikit orang kafir, sebab muslim di Iraq, afghanistan, lubnan banyak yang meninggal dunia, jadi Allah nak balance jumlah muslim dengan kafir, tu sebab bala berlaku, baru ni bas di Perak accident , banyak kafir hindu mati, menurut laporan kafir hindu ni nak pergi kuil. Allah yang menentukan segalanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

empirez
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.07.2006
Ahli No: 25113
Posting: 30
Dari: Pulau Mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 11:02


Subhanallah..
takjub seketika saya terbaca komen Saifuddin

Bookmark and Share

    


  Member Information For empirezProfil   Hantar PM kepada empirez   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 11:19


em.. bagaimana lah gayenye nanti ye..?
bayangkan.. semua blog dalam alam maya ni.. dikawal??

:roll: :roll: :roll:

isshh... bukan ke MALAYSIA negara demokrasi??
so.. kita ada hak untuk bersuara...
kenapa pulak nak disekat blog??

blog hanya monolog seseorang.. sama ada meluahkan isi hati..
publish bahan ilmiah.. bahan tazkirah..berita..dll..

sepatutnya.. laman ponografi & sewaktu dengannya disekat dan delete statusnye!! :-| :-|

ada ke patut...?? blog ditamatkan perkhidmatannyer??
haa.. jawab..jawab....
:roll: :roll: :roll: :-? :-?


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 11:31


ana sokong!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 11:36


Yang penting kerajaan jangan kawal ukhwah.com

kalau tak, tak dapat lah ana nak posting lagi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 04-08-06 11:44


Hehe .. blog bukan takat monolog, tapi kadang-kadang terkeluar daripada monolog.

Kebanyakan blog yang ada sekarang lebih kepada komentar sosial. dan kadang-kadang, isinya tidak disukai oleh sesetengah pihak.

Blog lucah dan seumpanya tidaklah dipantau. Itulah kita melihat kedaifan sesuatu undang-undang yang hendak diperketatkan.

Jom buat blog ramai-ramai, biar penat sikit si pemantau tu. Rajin sangat nak pantau.


jom lawat http://singabeng.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 15:17


Dikemaskini pada jam 2249:
Datuk yang berblog, TokRimau menyebut:

Pun begitu, penulis blog diharap tidak melenting dengan kenyataan bapak menteri yang berupa gema dari kenyataan bapak-bapak menteri lain. Di sebalik ancaman, tentu ada peluang. Lihatlah secara positif, sekurang-kurangnya kini jumlah hit kita bertambah sebab orang-orang kementerian aktif memantau blog.
Ya, TokRimau memang bijak. Dan TokRimau menawarkan khidmat Ceramah dan Latihan Menulis dan Membaca Blog kepada para YB.

Kepada YB Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) atau mana-mana pegawai MITI yang melawat blog ini, sukacita dimaklumkan kebanyakan hosting blog diimport dari luar negara. Blogger. Blogsome. Blogdrive. Diulangi, import. Maka sekiranya kabinet memutuskan agar permit diperlukan oleh para blogger Malaysia suatu hari nanti, jangan lupa berikan semua hak AP hosting blog luar negara kepada pakdi. Pakdi pun nak jadi raja AP jugak ;)

Dikemaskini pada jam 2057:
Apa agaknya undang-undang blog dan sms yang bakal dikenakan?

1. Akta Blog 2007
Sekysen 5 (3): Blogger Malaysia perlu mendapatkan lesen berblog selama setahun daripada Menteri secara bertulis.

Seksyen 7 (c): Blogger tidak dibenarkan menulis sesuatu yang menunjukkan sokongan kepada gerakan sekerja, parti politik, NGO dan apa-apa pertubuhan tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri.

Sekysen 15(1): Blog yang berkait ideologi dan prinsip sesuatu parti politik, perlu memastikan hanya ahli parti sahaja yang melayarinya.

Seksyen 20(1): Mana-mana blog yang mengumpulkan lebih 5 orang pelawat dalam satu masa perlu mendapatkan permit polis.

Seksyen 20(2): Mana-mana blog yang mengumpulkan lebih 5 komen dalam sesuatu entri, perlu mendapatkan permit polis.

Sekyen 37 (2)(a): Mana-mana blog yang ingin menyentuh isu berkaitan kaum dan agama, perlu mendapat kelulusan daripada Menteri secara bertulis.

2. Akta SMS 2007
Seksyen 4 (1) SMS yang diforwardkan melebihi 5 orang dalam satu2 masa tanpa permit akan didakwa.

Catatan Asal
Terima kasih kepada semua pengundi Barisan Nasional kerana hadiah yang diberikan kepada kami semua. Dari kenaikan harga minyak, jambatan indah tak jadi, kegagalan OIC bertindak pantas dan terkini, blog-blog akan dipantau.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat,
Ini prinsip Islam Had-hari?
Keyboard dikunci mouse diikat...

First Class Infrastructure, Third Class Mentality:
Kabinet mahu blog internet dipantau

http://www.pakdi.com/blog/

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 03:21


Lagi perihal tentang 'ketajaman' keyboard komputer.

Assalamualaikum.

Nampaknya isu kawalan terhadap penulis laman web dan blog ini masih lagi diperkatakan bukan sahaja oleh pihak pemerintah, media-media arus perdana, malahan oleh penulis-penulis blog sendiri.

Melihat kepada respon daripada menteri-menteri kabinet dan perdana menteri sendiri terhadap blog pada akhbar hari ini, memperlihatkan kepada kita bahawa kebimbangan pemerintah terhadap kebanjiran penulis-penulis atau lidah maya ini bukan sahaja atas sebab menjaga kestabilan negara, di samping itu juga untuk menjaga survival politik mereka.

Memang dalam kenyataan mereka tidak disebutkan tentang penulisan blog yang menyentuh isu politik, namun saya percaya ianya juga mampu untuk menakut-nakutkan penulis-penulis blog berunsur politik terutama sekali yang tidak sealiran dengan pemerintah. Bak kata pepatah, "marahkan anak, sindir menantu" Penulis blog yang berunsur perkauman dan hasutan yang dimarah, penulis blog politik juga terkena tempiasnya.

Pada pemerhatian saya, mungkin ianya kebetulan atau memang hakikat, cadangan kawalan terhadap blog ini timbul sejak diletakkan webstat pada satu blog yang saya kira memang terkenal di kalangan pemilik blog dan laman-laman web alternatif. Boleh dikatakan setiap bloggersbloggers dan laman web yang berunsurkan politik meletakkan blog ini dalam pautan laman web mereka.

Statistik menunjukkan bahawa blog ini dikunjungi oleh tidak kurang daripada seribu pengunjung sehari dan pernah mencecah hingga hampir tiga ribu pengunjung dalam satu hari dan hingga ke saat ini blog ini masih menduduki tempat pertama dalam carta blog yang dianjurkan oleh sebuah laman web komuniti.

Mungkin inilah yang menyebabkan pihak pemerintah bimbang tentang sambutan kepada blog-blog yang kritis terhadap isu semasa ini. Sebelum ini mungkin pihak pemerintah menyangka bahawa masyarakat kita masih lagi dihanyutkan dengan laman-laman web yang hanya memaparkan tentang gossip artis, Siti Nurhaliza, Mawi dan sebagainya.

Namun begitu ianya hanyalah pendapat daripada pemerhatian saya. Apapun hakikatnya kebimbangan yang diutarakan oleh pemerintah pada akhbar tersebut tidak pun menyebut tentang kebanjiran laman-laman web lucah secara khusus. Sedangkan laman-laman web sebeginilah yang telah menyumbang kepada peningkatan jenayah seksual di negara kita akhir-akhir ini yang makin meruncing.

posted by lidah penghunus @ 10:42 PM

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 22:20


nak tunggu media bagi liputan tentang kes lina joy...haprak...
alhamdulillah ada ukhwah, forkad yahoogroups, myislam network & etc..

all media hanya tau psal hiburan...hiburan...hiburan...
kebenaran disimpan...

untukku agamaku..no compromise at all...
[ Telah diedit oleh: myway pada 05-08-06 22:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-06 02:40


Assalamualaikum.

betul kata mymay tu. isu kawalan terhadap blog ini ada dibicarakan di http://www.wtv8.tv pada minggu ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-06 04:25


assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat bertemu kembali....

tentang blog blogger's yang akan dikawal oleh pihak kerajaan saya rasa kerajaan sudah takut dengan adanya suara2 rakyat yang akan menandakan dan melabelkan status kerajaan dan melihat akan keadaan ini maka kerajaan telah membuat satu taktik yang dikira kotor untuk memantau dam membatasi pergerakan blogger'z yang aktiif diperingkat tanah air.

Sedih juga saya mendengar berita ini di bumi anbiya ini, disinilah baru saya tahu apa itu blog dan keberkesanan blog itu sendiri bagi diri kita yang mahu menjadikan ia sebaran maya dan monolong bagi terapi diri dan muhasabah semua.Banyak ilmu yang boleh kita perolehi darinya.

Sepatutnya kerajaan memantau blog2 berunusur maksiat yang akan meruntuhkan generasi kita dan perlu bagi mereka pihak kerajaan menghapuskan sama sekali itulah yang perlu.

Nampak sangat pihak kerajaan takut akan bayang2 sendiri.Apa yang hendak ditakutkan jika diri kita benar betul tak!!! Kalau rasa dirii bersalah beginilah yang akan dihadapi oleh sesiapa sahaja.

Semoga Blogger'z akan mempertahankan hak yang sudah dicemari oleh mereka yang tidak sepatutnya.Kebebasan perlu ada tapi dilihat akan kebaikannya.

ilalliqa maa salamah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13094 saat. Lajunya....