Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 119
Ahli: 0
Jumlah: 119




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 17 jam, 14 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Ukhwah
Topik: NISA' dan hijrah seorang artis


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» NISA' dan hijrah seorang artis

Please Mendaftar To Post


Oleh NISA' dan hijrah seorang artis

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 19:00


Penyanyi Aishah rasmi kempen cegah Jenayah Nisa' - 29 Julai 2006

berita lanjut klik sini:
Aisyah merasmikan program NISA'



29 Julai 2006, bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur, satu lagi detik bersejarah pada Nisa' Malaysia yang sudah 'rebranding' kelab mereka setahun yang lalu. Masih dengan visi dan misi mendekati masyarakat terutama yang muda, dan membantu mereka, Nisa' melangkah setapak lagi. Kali ini perkara yang menjadi masalah utama negara iaitu jenayah, khasnya jenayah pada wanita.

Kenapa Nisa' tiba-tiba mahu berkempen mencegah jenayah? Ramai yang hairan dengan pendekatan baru Nisa' ini memandangkan majoriti ahli Nisa' semuanya bekerjaya dan dari golongan profesional. Apa cara mereka mencegah jenayah? Kuatkah mereka?

Tidak kurang yang merasakan hajat Nisa' ini terlalu tinggi. Cegah jenayah bukankah tugas penguatkuasa, fikir mereka dengan penuh negatif.

"Kami bersama laman web www.jendelaku.com menganjurkan program ini buat julung-julung kalinya, bergabung dengan pertunjukan fesyen busana muslimah," jelas Pengarah Nisa' Malaysia, Puan Mastura Muhamad yang mesra dipanggil Kak Mas. "Setiap hari dipaparkan di dada akhbar tentang jenayah, terutama yang melibatkan wanita. Kita lihat ia semakin meningkat, tidak berkurang pun. Ini cukup merisaukan. Nisa' merasakan perlu menghulurkan tangan dan caranya, beginilah. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bagaimana caranya kita boleh menghindar atau menyelamatkan diri." Tambahnya lagi dalam ucapan kepada lebih 100 peserta yang hadir hari itu.

Nisa' yang prihatin merasakan sudah tiba masanya jenayah wanita tidak ditutup sebaliknya disedari secara terbuka dan serius kerana jenayah tidak memilih mangsa, tidak kira bangsa atau agama apa. Tua atau muda. Nisa' menjemput penganalisa jenayah Kamal Affandi Hashim untuk membantu, memberikan ilmu berguna tentang bagaimana menyelamatkan diri.

Menurut Kamal Affandi, dengan bertudung, wanita mempunyai kelebihan 7-8 saat menyelamatkan diri dari menjadi mangsa jenayah rogol. Waktu itu mungkin terlalu singkat, tetapi jika tahu caranya, tujuh saat itu boleh memberikan masa kepada kita membuat sesuatu. Walau wanita lemah namun ada cara-cara, yang jika kita tidak panik, boleh dipraktikkan. Hari itu Kamal menunjuk beberapa cara dan ternyata kebanyakan langsung tidak diketahui oleh peserta.

Walau cara ceramahnya santai dan lucu, Kamal memberikan matlumat terperinci dan effektif kepada seluruh peserta yang kebanyakan tidak menyangka, banyak kesilapan yang memungkinkan mereka diragut atau dirogol bermula dari kecuaian diri sendiri. Jenis-jenis bag tangan dan bahayanya juga diterangkan.

Sebelum itu peserta dapat mendengar ceramah dari pakar perunding mata, Dr Che Muhaya Muhamad yang mengaitkan setiap perubatan dengan doa dan taubat kepada yang Esa. Pengalaman beliau yang diminta membuka tudung ketika belajar di luar negara juga diceritakan. "Jangan malu menegakkan pendirian kita sebagai seorang muslim. Jika anda diminta menghadiri mesyuarat jam 7 malam, jangan teragak-agak meminta waktu itu ditunda ke jam 8 malam dan beritahu dengan lembut dan berhemah bahawa waktu itu adalah waktu kita umat Islam solat Maghrib."

Hijrah Aishah
Aishah tampil ayu bertudung yang katanya baru 8 bulan beliau berpenampilan baru. Popular dengan lagu Janji Manismu, Aishah juga bercerita pemula bagaimana hatinya terbuka untuk menutup aurat. Disamping hasrat ingin berubah setelah berumur 40, dia juga mula melihat betapa cantik dan istimewanya wanita yang menutup auratnya. Lantas dia mengambil langkah yang sama.

"Semuanya berkait-kait dan bagaikan ada hikmahnya yang tersendiri. Jika tidak, takkanlah dapat kita berjumpa hari ini dan saya dijemput merasmikan program ini. Saya juga tidak sabar-sabar hendak melihat fesyen busana muslimah dan bagaimana cara-cara mengikat tudung yang akan ditunjuk oleh Nisa' nanti," katanya yang mengakhiri ucapan dengan ungkapan tahniah kepada Nisa' dan kemudian merasmikan masjlis dengan melancarkan montaj Cegah Jenayah dan menandatangani 'bunting' bersama Dr Che Muhaya dan Kamal Affandi.

Banyak ilmu yang dapat dikongsi Nisa' dengan para peserta sepanjang program yang berjalan 3 jam itu. Selain itu, hadirin nyata terhibur dengan aturcara majlis seperti cara-cara mengikat tudung panjang dan empat segi serta pertunjukan fesyen busana muslimah. Setiap satunya diatur dan digayakan oleh ahli-ahli Nisa' sendiri yang ternyata semuanya berbakat dan bekerja keras menjayakan program berguna itu.

maklumat lanjut tentang NISA'--> www.webnisa.net.
berdaftarlah sebagai ahli NISA sekarang! :)


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

ibn_wanza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 02-08-06 20:52


mulia..istiqamah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wanzaProfil   Hantar PM kepada ibn_wanza   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 02-08-06 20:58


alamk..rugi tak pergi hari tu.....program rebranding nisa,

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 22:06


best sangat program rebranding NISA' tu..... rugi tak pergi....



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

nur_namia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 00:18


emm interesting...mudah2-an ramai artis ikut jejeak langkah penyanyi ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_namiaProfil   Hantar PM kepada nur_namia   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 08:03


bagus.....istiqamah pasni ok./...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

ummuazzahra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.07.2006
Ahli No: 25096
Posting: 31
Dari: utara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 20:21


Assalamualaikum....

maju Nisa' untuk agama dan negara...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuazzahraProfil   Hantar PM kepada ummuazzahra   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 20-08-06 20:47


alhamdulillah
semoga ramai yang mengikut jejak langkahnya
dan beristiqamah dan ikhlas

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 23:03


nak join nisa'!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 23:20


Pada 20-08-06 23:03 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

nak join nisa'!


nak join? ahlan wa sahlan.. ala mabruk ilaiki. untuk maklumat lebih lanjut tentang NISA' boleh jenguk website ni : www.webnisa.net.

untuk sebarang bantuan dan pertanyaan boleh hubungi ana di [email protected]. ana boleh bantu ukhti dan sahabiah2 lain untuk jadi ahli NISA'. insya Allah


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12091 saat. Lajunya....