Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Ahmadmohd7878
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43131

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 14 jam, 55 minit yang lalu
Ahmadmohd7878: 4 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: MUAK dengan kursus motivasi..


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» MUAK dengan kursus motivasi..

Please Mendaftar To Post


Oleh MUAK dengan kursus motivasi..

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 15:48


banyak kursus2 motivasi yang bukannya mendekatkan diri kita kepada allah..tetapi mendekatkan diri kita kepada maksiat dan dosa...

seperti yang ditulis ustaz hasrizal di

http://www.saifulislam.com/realiti.html

p/s:kursus2 motivasi yang memberikan 'lesen' untuk laki-perempuan bergaul bebas janganlah kita ikut!!
bergantung juga dengan niat kita sama ada kita hadir ke kursus2 untuk mendekatkan diri kepada allah dan menambahkan ilmu atau bercampur niat untuk mencari

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 27-07-06 16:41


hmmmmmm.... benar seperti yang dikatakan ni..... :-)
kadangkala ada yang menggalakkan pada pergaulan yang tak terbatas antara lelaki dan perempuan... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

alburtuqol
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.06.2006
Ahli No: 24988
Posting: 69
Dari: subang jaya

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 17:59


laaa..isu percampuran bebas ke..ingat apa tadi, bosan dengar ceramah ke...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alburtuqolProfil   Hantar PM kepada alburtuqol   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 19:24


ambil yang baik..tinggalkan yang buruk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

smartzul
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23005
Posting: 32
Dari: Johor Bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-07-06 20:10


Setelah baca tulisan ustaz tu, memanglah betul bahawa kursus motivasi yang diceritakan bertentangan dengan nilai akhlak kita orang Islam.

Motivasi dan inspirasi amat penting agar kita terus bersemangat untuk hidup kat dunia ni. Cuma yang perlu kita tahu adalah, tak semua kursus motivasi adalah bermanfaat, sebaliknya membawa mudharat.

Wallahu 'alam.


-----------------
Membina Perniagaan Yang DiRedhai Allah. Klik Di Sini.


Bookmark and Share

    


  Member Information For smartzulProfil   Hantar PM kepada smartzul   Pergi ke smartzul's Website   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-07-06 20:18


Pada 27-07-06 17:59 , alburtuqol posting:

!!! QUOTE !!!

laaa..isu percampuran bebas ke..ingat apa tadi, bosan dengar ceramah ke...


itu memang perangai encik jumaat... kononnya nak tarik peratian ahli ukhwah.com supaya baca posting dia... topik lain isi lain... biasaaaaaalaaaaa tu...... dia punya style.....cakap sajalah kandungan motivasi muak apahal pulak pasal pergaulan. itu isu lain wahai encik jumaat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

smartzul
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23005
Posting: 32
Dari: Johor Bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-07-06 21:22


hehe, macam tu rupanya... Saya pun konfius tadi... :roll:


-----------------
Membina Perniagaan Yang DiRedhai Allah. Klik Di Sini.


Bookmark and Share

    


  Member Information For smartzulProfil   Hantar PM kepada smartzul   Pergi ke smartzul's Website   Quote dan BalasQuote

x_yamani
Warga Rasmi
Menyertai: 15.07.2006
Ahli No: 25242
Posting: 3
Dari: bustan

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-07-06 21:44


mati-mati ingatkan kursus motivasi lah ni tak baguih

Bookmark and Share

    


  Member Information For x_yamaniProfil   Hantar PM kepada x_yamani   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 22:10


join yang dr tuah anjurkan...
banyak manfaat yang kita perolehi...
best tau....cuba ar.....
ni just cadangan lah.,..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 22:12


Pada 27-07-06 15:48 , jumaat posting:

!!! QUOTE !!!

banyak kursus2 motivasi yang bukannya mendekatkan diri kita kepada allah..tetapi mendekatkan diri kita kepada maksiat dan dosa...

seperti yang ditulis ustaz hasrizal di

http://www.saifulislam.com/realiti.html

p/s:kursus2 motivasi yang memberikan 'lesen' untuk laki-perempuan bergaul bebas janganlah kita ikut!!
bergantung juga dengan niat kita sama ada kita hadir ke kursus2 untuk mendekatkan diri kepada allah dan menambahkan ilmu atau bercampur niat untuk mencari


apa kena dengan jumaat ni..??!!
Kenapa boleh berpendapat sedemikian rupa???
lain padang, lain belalang lah....


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....


Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 22:39


Pada 27-07-06 19:24 , great_teacher posting:

!!! QUOTE !!!

ambil yang baik..tinggalkan yang buruk...


motivasi terbaik ialah dengan care keluar buat dakwah,belajar tentang agama,cerita tentang kebesaran Allah..sediakan diri 2jam setengah dengar bayan kat markas sri petaling...pahala dapat ilmu pun dapat...insyaAllah


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 22:41


ana dah banyak pergi kursus motivasi...gunekan positif thinking untuk pick point yang penting2 sahaja...kursus motivasi jadi bosan sebab antum tak tumpukan perhatian dan ambil point utama motivasi tersebut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 22:45


betul tu ustazd

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 22:46


sebenarnya, motivasi ni bagus untuk pembangunan sahsiah diri kita....
jumaat perlu ubah mindset lu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 22:52


ustaz hasrizal satu kelas dengan ana.....

dia ambil master dalam History & civilization kat UIA ni....

kita masih memerlukan kursus motivasi sebagai didikan jiwa....ubah mind-setting anda...cuba husnuzzon dengan apa yang nak disampaikan dalam kursus tu.....melihat dari pelbagai sudut...



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 01:48


agar tak muak , yang nak bagi motivasi harus pelbagai cara nya

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 02:28


Assalamualaikum...



Dulu saya amat membenci kursus motivasi. Apabila ada di kalangan kawan yang bekerja di syarikat yang mengendalikan kursus motivasi, saya mudah mencebikkan mulut. Hmm, berniaga air liur! Itulah yang selalu menjadi komen ringkas saya.



Kebencian saya kepada kursus motivasi itu ada asasnya. Selepas banyak mengikuti kursus sedemikian rupa, semenjak di usia sekolah menengah, hinggalah kepada beberapa siri kursus membina patriotisma diri terhadap negara, apa yang saya temui hanyalah agenda yang kosong, cakap merapu dan yang paling menyinggung diri adalah soal dosa pahala. Peserta sering diajak agar berbuat dosa dengan penuh semangat lagi berjemaah. Akhirnya, semacam ada trauma dalam diri saya terhadap kursus-kursus motivasi, tanpa mengira apa nama yang diberikan kepada kursus tersebut.



FLASHBACK



Semenjak di Jordan lagi, saya beranggapan bahawa karier terbaik saya adalah sebagai pensyarah. Kalau boleh biarlah menjadi pensyarah universiti. Tapi jika tiada rezeki, di kolej pun sudah memadai. Atau jika tiada peluang sekali pun, sekurang-kurangnya menjadi guru.



"Kalau boleh biarlah ada anak emak yang jadi cikgu", kata ibu saya.



Ibu saya adalah seorang guru. Dia guru pertama saya di rumah, dan guru pertama di sekolah. Namun tiada adik beradik saya yang menampakkan kecenderungan untuk menjadi guru. Guru adalah suatu tugas yang saya kira sangat mulia. Hanya doktor dan guru sahaja yang dipanggil di pangkal namanya dengan profesyen mereka. Dan selepas lebih 15 tahun ibu saya bersara, beliau masih dipanggil dengan nama CIKGU.



Ya, sekurang-kurangnya biarlah saya menjadi guru.



Oleh itu, saya berusaha keras untuk berkembang di line akademik. Tetapi semacam ada satu halangan ghaib yang menyekat saya untuk terus membina karier di situ. Saya menghabiskan ijazah pertama di Jordan dengan pelbagai dugaan dan rintangan yang sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Cita-cita untuk buat Master di Turki juga terhalang oleh pelbagai senario yang saya tiada upaya untuk mengelaknya. Bahasa sudah, pengalaman sudah, semangat tinggi, dan minat pun tak hangus dibakar api, tapi cita-cita saya itu terhalang... oleh tembok ghaib yang saya katakan tadi.



Ketika di UK, saya bekerja keras cuba mengumpul wang untuk memenuhi keinginan menyambung pelajaran. Tetapi apalah sangat gaji seorang pencuci pinggan berbanding taraf hidup di Kota London. Akhirnya saya melarikan diri ke Belfast. Tiba di Belfast, saya ditawarkan pula bekerja di Belfast Islamic Centre. Bebanan kerja yang maha dahsyat, menyebabkan saya lupa seketika. Selepas setahun bekerja, saya telah diterima masuk untuk menyambung Master di bidang Sosiologi Agama di The Queen's University, tempat saya bertugas sebagai Muslim Chaplain. Tetapi saya membatalkan niat untuk belajar kerana duit yang masih di tahap mustahil.



Cita-cita untuk tidak pulang ke Malaysia kecuali selepas menggenggam ijazah peringkat Master, menyebabkan saya cuba bertahan. Umur sudah mencecah akhir 20'an ketika itu. Saya tidak boleh balik ke Malaysia, dan bekerja cuba-cuba. Untuk menjadi pensyarah, saya memerlukan sekurang-kurangnya ijazah di peringkat Master, kalau tidak PhD. Lantas selepas berpindah ke Galway, saya mendaftarkan diri di The Open University of United Kingdom untuk membuat Master di bidang Pendidikan (Kajian Kurikulum). Pengajian rancak berjalan, supervisor juga begitu baik hati. Pertemuan sebulan sekali sama ada di Dublin, atau Limerick, penuh dengan tiupan semangat untuk saya mengejar cita-cita.



Malangnya, saya ditimpa penyakit. Paling menyedihkan, pengajian saya terbengkalai dan saya terpaksa menangguhkannya.



Tahun berikut, saya menyambung kembali pengajian. Sekali lagi ia terbengkalai apabila isteri saya dipanggil balik ke Malaysia untuk berkhidmat. Saya pulang ke Malaysia tanpa Master. 'Tembok ghaib' itu sekali lagi gagal saya lepasi.



SETIBANYA DI MALAYSIA



Setibanya saya di Malaysia, saya didesak oleh bapa saudara saya agar segera bekerja dan beliau menyuruh saya memohon masuk ke program J-QAF di bawah Kementerian Pelajaran. Tarikh tutupnya, pagi esok! Kelam kabut saya memohon dan saya sendiri tidak pasti apa yang saya pohon. Lagi pun ketika itu saya masih kelam kabut dengan Naurah yang baru lahir, serta ibu saya yang ditahan di wad selama sebulan. Rupa-rupanya yang saya pohon itu adalah pekerjaan sebagai guru... di sekolah rendah. Saya tergamam. Mampukah saya mengajar di sekolah rendah? Pagi temuduga, saya keletihan mengangkat barang kerana baru berpindah ke rumah di Cheras. Menjelang zohor, baru saya tersedar yang saya terlepas temuduga J-QAF pagi itu. Menyesal atau bersyukur? Entahlah...



YANG DIBENCI AKHIRNYA JADI PILIHAN



Akhirnya saya diperkenalkan oleh seorang rakan kepada Fitrah Perkasa . Saya berasa sedikit sangsi kerana pekerjaan itu adalah di bidang yang amat saya musuhi, MOTIVASI. Tetapi semacam ada suatu dorongan untuk saya hadir ke temuduga. Saya ditemuduga selama kira-kira 30 minit dan akhirnya bersetuju untuk menerima tugasan dengan permulaan gaji RM1000.



Entah Kenapa, sepanjang temuduga, perkataan 'motivasi' tidak pernah digunakan oleh Tuan Haji Ahmad Salim Omar dan rakan. Apa yang banyak ditekankan adalah soal membawa Islam dalam kerangka reengineering serta rebranding mesej dan pendekatan. Sungguh menghairankan, saya bekerja di bidang motivasi dengan gaji yang begitu mencabar tetapi saya mendapat kepuasan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Saya terlupa yang saya pernah membenci kursus motivasi.



Sehinggalah baru-baru ini, saya mengendalikan kursus Fitrah Perkasa dengan sebuah organisasi. Di tempat yang sama, ada beberapa organisasi lain yang sedang berkursus di bawah penyeliaan syarikat yang lain. Tiba-tiba sahaja darah saya menyirap dan perasaan bengang itu muncul kembali. Saya tersedar kembali yang saya pernah membenci kursus motivasi. Membenci kursus motivasi seperti yang sedang saya saksikan di depan mata.



MALU VS. SEGAN



Kursus Team Building tersebut bercita-cita untuk mewujudkan semangat regu kerja yang tinggi di kalangan ahli organisasi. Pada mereka, halangan regu kerja adalah tiada keyakinan diri dan sifat 'malu' pada kakitangan terutamanya wanita. Lantas dua halangan inilah yang diserang di sepanjang kursus tersebut.



Peserta-peserta wanita (anak dara, bini orang, dan makcik-makcik) berdiri sambil menutup mata di atas kerusi hakim sepak takraw dan kemudiannya merebahkan diri secara terlentang ke bawah. Tubuhnya disambut oleh peserta lelaki yang menunggu dengan penuh 'semangat regu kerja' dan ya... tepukan gemuruh untuk si gadis ini kerana berjaya memperolehi keyakinan diri!



Peserta-peserta wanita ini bertudung belaka. Mulanya mereka malu-malu dan segan. Tetapi selepas dipujuk dengan 'kata-kata mutiara' dan perangsang, mereka telah berjaya membuang rasa malu tersebut. Akhirnya benarlah sindiran Nabi SAW:



"Wahai anak Adam, jika sudah tiada rasa malu, buat sahajalah apa yang kamu mahu"
(روى شعبة عن منصور بن ربعي عن أبي منصور البدري )



Sifat malu atau (haya') itu adalah benteng iman. Kerana kita malu kepada Allah, malu kepada manusia dan kepada diri sendiri, maka kita terhalang dari menjatuhkan maruah diri dengan perlakuan maksiat. Terbuka atau tersembunyi... Sifat malu itulah yang menjadi self defence kita daripada suasana persekitaran yang merosakkan iman.



Apa yang perlu dibuang itu adalah 'rasa segan' dan bukannya malu. Segan itu adalah (khajal) yang dibahasakan kita sebagai 'malu tak bertempat'. Segan nak bertanya, segan nak cakap depan orang ramai, segan nak berusaha gigih, segan, segan dan segan hingga akhirnya jadi segan Kedah, iaitu penyegan (pemalas)! Sifat ini mesti dibuang dari lelaki dan perempuan agar kita semua tidak terkandas di dalam melaksanakan tugas masing-masing.



Tapi yang dibuang dari kursus Team Building ini bukannya SEGAN, sebaliknya MALU. Apabila lelaki dan perempuan duduk dalam satu pasukan tanpa MALU, maka jadilah ia gelanggang ZINA. Saya tidak keterlaluan untuk menyebut hal ini kerana walaupun zina itu tidak berlaku di depan mata, namun muqaddimahnya sudah diselesaikan belaka. Tanpa malu, lelaki bebas memegang perempuan, perempuan bebas dipegang lelaki, berakit dan berkayak bersama-sama dalam keadaan basah kuyup, semua yang tidak pernah dilihat, dapat dilihat oleh rakan kerja semahu-mahunya.



Peserta-peserta wanita ini tidak mahu membeli gambar yang ditangkap sepanjang kursus. Walaupun ia gambar kenangan, mereka takut gambar itu dilihat oleh suami masing-masing. Saya menangkap perbualan ini apabila meja makan kumpulan kami terletak bersebelahan dengan mereka dan ia amat mendukacitakan saya.



Saya tidak nafikan bahawa aktiviti out door itu penting dan menjadi sebahagian daripada proses. Namun proses mesti bermula dengan input yang sahih. Siapakah yang menyatukan hati-hati manusia? Syaitan dan hawa nafsu atau Allah?







"Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Anfaal 8 : 63)



MASALAH KOMUNIKASI: KUNCINYA APA?



Kalaulah ditanya, apakah alat komunikasi tercanggih hari ini, pasti ramai yang menjawab, "telefon 3G". Pada saya, itu bukan jawapannya. Alat komunikasi tercanggih, sebenarnya adalah HATI. Jika hati enggan berhubung, telefon 3G itu pun akan dipicit butang merahnya untuk switched off atau menolak panggilan. Tetapi jika hati mahu berhubung, bersalin bas loncat lima kali pun, Insya Allah seseorang itu sanggup melakukannya, asalkan dapat bertemu.



Ya, ia soal HATI. Kenapa komunikasi yang menjadi teras team building berkait dengan hati? Jawabnya mudah sahaja. HATI itu adalah rumah iman. ukhwah, persaudaraan yang hakiki dan tulen, adalah hasil iman. Iman berkadar terus dengan ukhwah. Tanpa iman tiada ukhwah. Tanpa ukhwah, tiada komunikasi. Maka, mahu tidak mahu, persoalan TEAM BUILDING mesti diselesaikan dengan formula yang sama iaitu KEMBALI KEPADA ALLAH.



Alhamdulillah, apabila orang atasan dan bawahan, sama-sama kami ajak kepada menghayati hakikat diri sebagai hamba Allah, banyak masalah selesai. Ada sebuah organisasi yang dua orang pekerjanya duduk bersebelahan meja tetapi sudah 2 tahun tidak bertegur sapa. Mereka berdamai atas kerelaan diri sendiri di hujung kursus kerana yang menjadi dorongannya adalah Allah.



Seringkali, fasilitator dianggap oleh pekerja bawahan sebagai tali barut orang atasan. Kami dibayar untuk brainwash orang bawahan agar mereka berubah, dan bolehlah terus dieksploitasi oleh pihak atasan. Ya, saya tidak menyalahkan peserta kerana memang ramai fasilitator begitu. Namun kami adalah pendakwah. Pendakwah yang memilih untuk berdakwah di medan training. Duit itu hanya keperluan tetapi tidak sekali-kali menjadi tujuan.



"Apa yang ustaz dah cakapkan tu, memang amat bagus. Tapi kami tak nak berubah sebab kami tak mahu dipergunakan oleh orang atasan seandainya kami berubah dan bekerja keras. Orang bawah sahaja yang berubah, habis orang atasan bagaimana?", seorang peserta kursus pernah melemparkan buah kerasnya kepada kami.



Mereka menyampaikan mesej ini dalam bentuk bahasa tubuh. Muka masam, masuk kelas lambat, tanya tak jawab, buat lawak sememeh, dan enggan berbual dengan kami semasa makan. Insya Allah selepas lebih 16 ribu peserta yang ditemui, mesej ini tidak sukar untuk kami memahaminya.



Namun, apakah kerana kita marah kepada orang atasan, kita buat perkara-perkara yang mengundang Allah marah dan murka kepada kita? Orang atasan ego dengan menindas orang bawah, orang bawah pula ego dengan membuat sabotaj. Dua-dua mencari murka Allah dan sebuah pejabat yang dilimpahi kemurkaan Allah akan penuh krisis dan tragedi.



Kerana itulah kami mengajak orang atasan dan bawahan kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh menyatukan kita. Circle of Influence kita adalah diri kita sendiri, maka mulakan perubahan dengan mengubah diri. Bukan mengubah orang lain. Dan motif perubahan mesti berkait rapat dengan soal Iman, dosa, pahala, syurga dan neraka. Jangan buat dosa di tempat kerja!



Selepas input-input penting diberikan, maka barulah aktiviti luar menjadi proses yang berkesan. Dalam masa yang sama, input yang baik tidak akan menghasilkan output yang baik, jika prosesnya cemar. Maka aktiviti luar juga tidak terlepas dari peraturan syarak.



Demi Allah, kami mengukur kesan kursus hanya melalui solat Jamaah. Jika organisasi tersebut berjaya meluruskan saf, merapatkan saf dan bergerak selaras berpandukan Imam, maka PASTI organisasi tersebut akan pulang dari kursus dengan kesan yang optimum. Tetapi jika sampai hari kedua masih liar dan enggan bekerjasama melurus dan merapatkan saf, kami ada banyak ulasan yang bakal dikongsi bersama pegawai hari. Ia bukan modul yang kami reka, sebaliknya ia adalah kaedah Rabbani yang Allah tetapkan untuk menilai team building hamba-hamba-Nya.



PETANDA KERJAYA SESUAI DENGAN PERANAN KHALIFAH



Saya mendapat kepuasan bekerja di bidang training ini dan ia cukup menghairankan saya. Masakan tidak, dulu saya membenci training dan motivasi tetapi kini saya pula menjadi pelaksananya, dengan penuh kepuasan. Saya berpendapat, kita sudah bertemu dengan kerja yang Allah mahu kita berada di situ apabila:



1. Kita berasa puas melakukannya

2. Kita dapat memberikan yang terbaik ketika melakukannya

3. Manusia mendapat manfaat paling banyak daripada kita ketika kita melakukannya.



Dan saya memperolehi ketiga-tiganya melalui pekerjaan saya di bidang training ini. Akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa selama ini saya bukannya berminat menjadi pensyarah akademik. Tetapi saya sebenarnya berminat dan mungkin didestinasikan Allah ke bidang mendidik manusia. Dan training adalah medan yang efektif untuk itu, tanpa saya perlu terlibat di dalam urusan clerking Universiti yang meletihkan ramai rakan saya yang menjadi pensyarah.



Inilah kali pertama, saya menyambung pelajaran di peringkat Master dengan mind-setting yang baru iaitu bukan untuk menempatkan diri di kerjaya akademik, tetapi untuk memenuhi minat diri yang mendalam terhadap Sejarah, dan memulangkan manfaatnya kepada orang ramai. Jika ditakdirkan ada peluang menjadi pensyarah sekali pun, Insya Allah bidang training akan terus menjadi sebahagian peranan saya sebagai Khalifah Allah di bumi ini.



Saya mahu mengembangkan training yang mengacukan manusia dengan acuan Allah, bukannya dengan resepi maksiat dan zina seolah-olah umat Islam tiada rujukan sendiri dalam bab membangunkan modal insan.



Perhatikan isteri, suami dan anak-anak anda jika mereka terpaksa pergi ke program motivasi dan Team Building. Pastikan kursus itu merawat SEGAN dan bukannya membunuh MALU. Kerana tanpa MALU, bekas peserta akan berani melakukan apa sahaja dalam hidupnya!



Wassalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh.



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

56000 Cheras, 26 Julai 2006

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 12:54


nak bermotivasi ke nak bermaksiat??terpulang pada niat masing-masing

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 13:06


semangat itulah motivasi!
kita buat apapun kena bersungguh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 13:10


solat dulu!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120454 saat. Lajunya....