Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 78
Ahli: 0
Jumlah: 78




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 7 jam, 47 minit yang lalu
budakbesar: 6 hari yang lalu
azemi: 10 hari yang lalu
Firdaus15: 17 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 20 hari yang lalu
secureofficemovers: 21 hari yang lalu
Naqiu: 27 hari yang lalu
nawfaa79: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: teguran dr asri terhadap ahli PAS..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» teguran dr asri terhadap ahli PAS..

Please Mendaftar To Post


Oleh teguran dr asri terhadap ahli PAS..

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-07-06 18:31


SIASAH TANPA PRINSIP

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Kejayaan dakwah para anbiya ialah pada keikhlasan mereka dan istiqamah memegang dan mempertahankan prinsip. Kemenangan bukanlah suatu kemestian dalam dakwah. Ramai juga para anbiya yang tidak menang. Bahkan dalam hadith yang sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim baginda bersabda: “Ditunjukkan padaku berbagai umat. Ada nabi yang hanya bersama seorang pengikut. Ada pula bersama dua orang pengikut. Ada yang bersama sekumpulan (kurang daripada sepuluh orang). Adapula nabi yang tiada seorang pun bersamanya…”. Namun tiada seorang nabi pun yang mengubah prinsipnya kerana inginkan pengikut. Sekalipun terpaksa menghadapi suasana kontang. Lihat saja Nabi Nuh a.s. seperti yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Nuh.




Pendekatan dan cara boleh berubah. Prinsip dan inti adalah tonggak yang kekal dalam seruan. Perjuangan para anbiya ialah perjuangan menegak aqidah tauhid yang tulus dan murni dari sebarang unsur kesyirikan. Syariat yang hendak ditegakkan ialah syariat yang bertunjangkan tauhid dan perlambangan kepada pengabdian diri kepada ALLAH. Berkembanglah dari situ asas-asas keadilan untuk manusia yang merupakan penjelmaan syariat yang bertunjangkan tauhid itu. Para pengikut manhaj anbiya dan salaf bagi umat ini seiras dan seiring dalam isu prinsip ini. Mereka tidak lekang dek hujan dan tidak lapuk dek panas. Pendekatan mereka mungkin berbeza. Tetapi akidah dan prinsipnya sama.

Adalah malang, jika jamaah atau kumpulan atau individu yang tidak tahu apakah prinsip yang menjadi teras kepada perjuangannya. Maka kita lihat berpecah-pecah pendirian antara mereka dalam masalah prinsip. Mereka hanya bertemu dan seragam dalam isu-isu semasa. Seperti ada yang sokong akidah Syiah, ada Mu’tazilah, ada penyeru para wali dan yang pula berakidah ahli sunnah. Soal prinsip berbeza. Namun soal senjata nuklear, isu perundangan dan beberapa perkara semasa kelihatan sama. Ini bercanggahan dengan rupa bentuk dakwah anbiya dan generasi salaf. Mereka mungkin berbeza dalam sesuatu isu dan pendekatan, namun mereka tegas dan tegap dalam masalah prinsip.

Dalam Islam ada politik. Seperti mana adanya ekonomi, pendidikan dan selainnya. Namun teras kepada semua itu adalah akidah dan usul-usul yang menjadi prinsip Islam. Seseorang yang hendak menganut Islam, tidak boleh masuk melalui pintu siasah atau ekonomi. Dia mesti masuk melalui pintu tauhid dan mengenali prinsip-prinsip Islam.

Seorang muslim yang berdakwah hendaklah menyerukan kepada Islam sebagai al-din. Bukan Islam sebagai parti atau jemaah atau daulah. Seseorang mungkin tidak memiliki jamaah atau kumpulan atau daulah yang diidami, tetapi ia mesti memiliki akidah dan ibadah kepada ALLAH dalam wajah zahir dan batin pengabdian diri tanpa sebarang pencemaran. Pendakwah muslim gembira melihat seseorang berpegang dengan Islam, sekalipun tidak menyertai organisasinya atau menyumbang kepadanya. Dia menyeru rakyat dan pemerintah agar menerima akidah terhadap al-Quran dan al-Sunnah sebagai prinsip, kemudian diikuti dengan perlaksanaan syariat dalam diri dan masyarakat. Pendakwah muslim akan dukacita melihat seseorang meninggalkan prinsip-prinsip Islam, sekalipun orang itu adalah rakan organisasinya, atau mendakwa sealiran dengannya. Pendakwah muslim tidak mempunyai kepentingan yang mengatasi prinsip dalam dakwah. Gembira dan dukacitanya melihat orang menerima atau menolak dakwah adalah kerana soal tanggungjawab hidayah bukan kerana habuan siasah atau seumpamanya.

Hal ini berbeza dengan orang politik kepartian. Dia suka jika musuhnya buat kesalahan. Supaya ada isu yang boleh diperkatakan dan menguntungkan kerja buat politiknya. Dia tidak gembira jika musuhnya berbuat positif kerana itu merugikannya. Dia akan tafsirkan kebaikan itu dengan wajah kejahatan, atau sekurang-kurang dia akan kata ‘ada udang di sebalik batu’. Jika hal yang sama dilakukan olehnya, penafsirannya berbeza. Niat musuh selalunya busuk, niatnya didakwa selalu jujur. Bagaimana dia berfikir, demikian dia menyangka orang lain juga. Semua parti politik yang goyah prinsipnya hampir semazhab dalam hal ini. Maka dalam politik musuh sekelip mata boleh bertukar menjadi kawan. Kawan dalam sekelip mata boleh bertukar menjadi musuh. Sekalipun kawan ataupun musuh tadi belum pun menukar prinsipnya. Apa yang penting, sesiapa yang menguntungkan cita-cita politik ‘kerusi’ maka dia akan dianggap kawan. Sekalipun dasar dan pegangannya berbeza. Sesiapa yang dirasakan tidak menguntungkan hasrat politiknya, maka dia musuh. Sekalipun prinsip dan pegangannya sama. Orang dakwah yang berprinsip tidak demikian. Mereka sebaliknya. Mereka bersatu atas prinsip. Lalu maaf dan memaafi perbezaaan. Mereka bercerai kerana prinsip. Sekalipun ada kepentingan luar yang sama.

Hal ini membezakan antara pendakwah dan ahli politik ala jahaliyyah. Maka orang dakwah mungkin berpolitik demi dakwah. Tetapi tidak akan berdakwah untuk kepentingan politik. Politik bagi mereka apa yang mendekatkan diri kepada Islam. Bukan mendekatkan diri kepada Islam untuk politik. Seperti tidak mungkin mendekatkan diri kepada ALLAH untuk bersolat. Namun, bersolat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Hal ini mesti difahami..

Saya seorang yang tidak pandai dalam politik kepartian. Namun saya sering menumpang dengar dan baca tentang hal ‘orang parti’. Parti apa pun sama. Hal mereka kadang-kadang lucu. Kadang-kadang pelik. Kadang-kadang menyebabkan kita marah. Dalam banyak keadaan, saya yang teramat-amat daif ini melihat kerenah mereka, rasa syukur kerana bukan ahli politik dan menyebut seperti firman ALLAH Surah al-A’raf ayat 43: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah kepada kami. Tidak sekali-kali kami akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami”.

Saya ada sahabat yang kuat politiknya. Dia selalu emailkan kepada saya berbagai isu politik. Entah berapa banyak yang telah saya perolehi, jumlahnya tidak terhitung. Emailnya sebelum ini selalu mencerca dan mengutuk habis-habisan mantan perdana menteri. Baginya tidak ada nilai baik walaupun sedikit. Kadang kala dia semacam mengkafirkan. Atau sekurang-kurang dihukum kekal neraka sebelum keputusan Mahsyar. Namun ada perkembangan yang memeranjatkan. Saya pun hairan dan teramat pelik. Kebelakangan ini dia memuji kembali. Dia mengkritik PM sekarang kerana enggan mendengar nasihat bernas mantan perdana menteri berkenaan.

Namun apabila saya renungi, ini adalah cara hidupnya barangkali. Dahulu ketika mantan Timbalan Perdana (DSAI) berada dalam kerajaan, dia menuduh tokoh tersebut sebagai munafik, jual agama, ingin cuci najis dari dalam tong dan lain-lain. Pantang ada yang dia nampak silap melainkan dihentamnya. Apabila berlaku krisis, DSAI dibuang, dia marah-marah. Katanya; nampak sangat Dr M anti-Islam. Sebabnya, DSAI baginya adalah pejuang yang ingin menegak Islam dan memerangi rasuah. Apa sahaja perkataan yang boleh dicerca Dr M dicercanya Kutukan untuk DSAI sudah tidak kedengaran lagi. Bahkan gambar DSAI diletakkan di sana-sini. Apabila Tun Mahathir bersara, dia begitu marah PM sekarang. Dia katakan ‘Pak Lah’ boneka Tun dan hanya meneruskan dasar-dasar lama yang jahat. Apabila Tun tampil memberikan kritikan kepada PM sekarang, suatu lagi kejutan berlaku. Dalam email-emailnya dia menyokong Tun. Dia marah PM sekarang kerana tidak mendengar nasihat Tun. Tun lebih jujur dan berpengalaman, katanya. Sekarang dia kata ‘dosa lalu akan dimaafkan’. Bahkan Tun layak jadi ketua pembangkang sekarang. Saya tanya: Kenapa berubah?. Dia kata : “yang penting kita bersatu lawan kerajaan”.

Dalam kebingungan itu, saya cuba mencari jawapan kepada fonomena ini. Setelah saya renung, maka fahamlah saya bahawa prinsip perjuangannya –walaupun dia agak pro Islam- ialah ayatnya: “yang penting kita bersatu lawan kerajaan”. Maka dia berubah-ubah berdasarkan pegangan itu. Apapun dapat digadaikan selagi memenuhi prinsip tersebut. Oleh kerana dia kuat parti tertentu, saya pernah bergurau dengannya: enta ni mana yang mazhab, mana yang agama? Islam tu mazhab, parti tu agama ke, atau macam mana?!. Dia jawab: enta tidak faham. Apa pun kena menang dulu, nanti kita bincang!. Saya senyum dan memohon perlindungan dari ALLAH yang Maha Memberi hidayah.

Walaupun wataknya itu sangat jelek, namun perkara seperti ini boleh menjadikan kita lebih faham nas-nas agama. Antaranya, mengapa ALLAH s.w.t menyebut dalam Surah al-‘Asr (maksudnya): Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula pesan memesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Pesan memesan kepada kebenaran diiringan dengan pesan memesan kepada kesabaran. Ini kerana, menegakkan kebenaran memerlukan kesabaran berpegang dengannya dan menghadapi kerenah penentangnya. Jika tidak, prinsip berubah kerana kebenaran yang sudah tidak dapat dipertahankan dek jiwa yang tidak sabar dan tamakkan kemenangan. Untuk apa menang, jika prinsip tergadai?!! Namun orang politik sentiasa rasa sempit dada. Ini seacuan dengan seruannya yang sempit dan kerusi yang sedikit lagi menjadi rebutan. Jika partinya tewas dan kerusinya hilang, maka dia seakan hilang segala-galanya. Penyeru kepada Islam yang lengkap tidak demikian. Bahkan dia selalu merasai tidak sempat masa untuk menyeru dan menyempurnakan keluasan itu. Bermula soal akidah, ibadah, pendidikan, muamalat kewangan, munakahat dan segala macam yang perlu diberikan penjelasan kepada umat dan masyarakat umum. Apatah lagi di era kabur dan keliru ini. Jika ada perkembangan penerimaan dalam mana-mana bahagian Islam, dia amat gembira dan merasai keberhasilannya. Sekalipun nama tidak disebut, habuan tidak dihulurkan. Pusat daftar dirinya di langit. Pemantauan langit tidak pernah silap. Janji pahala sentiasa menanti. Dia tidak memerlukan nama partinya disebut atau nama diukir. Sebaliknya, seperti riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w. dalam surat-surat baginda kepada pembesar Rom dan Parsi menulis: “Islamlah nescaya kamu selamat. ALLAH berikan kamu dua pahala”. Bukan soal ingin kuasa. Tapi soal hidayah dan saluran menyampaikan al-Kitab dan al-Sunnah. Peperangan hanya tercetus pabila suasana ruang diplomasi sudah terhapus. Politik Nabi s.a.w tidak bermula dengan konfrantasi terhadap individu pemerintah. Konfrantasinya hanya terhadap sistem yang dianuti. Jika demikian untuk pemerintah yang kafir, apatah lagi untuk pemerintah muslim dalam iklim hari ini. Dunia Barat selalu inginkan kita porak peranda. Namun mengampu pemerintah adalah dilarang sama sekali. Itu adalah kejahatan dan pengkhianatan terhadap negara dan rakyat. Demikian juga sentiasa kontra dengan pemerintah dalam semua perkara, bukanlah ajaran Islam. Bahkan itu adalah golongan sesat yang berjiwa khawarij.

Lagipun sikap melampau dalam membenci dan suka amat dilarang oleh agama. Orang politik suka orang lain taksub kepadanya. Demikian dek masa depan kuasanya. Tidak begitu RasululLah s.a.w. Baginda membantah orang yang melampau memujinya kerana dibimbangi syirik.

Al-Quran melarang kebencian yang melampau. Firman ALLAH dalam Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

Hinanya kita umat ini apabila kita menjadi tidak berprinsip. Demikian ajaran al-Quran. ALLAH menyebut dalam Surah al-Nisa ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.



Nabi mengingatkan kita perkara ini. Daripada Thauban, katanya: Sabda RasululLah s.a.w.: “Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan (menjamah hidangan makanan) . Seorang sahabat bertanya "apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab "bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha` (sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit al-wahn." Seorang sahabat bertanya pulak " Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu?" Jawab Rasulullah "cinta dunia dan takut mati" (Riwayat Abu Daud. Al-Albani mensahihkannya ( Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. 2/647 Riyadh: Maktabah al-Ma`arif).

Jumlah banyak tanpa prinsip tidak memberi manfaat dan faedah kepada umat. Bagaikan buih yang boleh dipukul ke sana ke mari. Seperti yang saya sebutkan, saya bukan pandai politik kepartian ini. Namun saya ingin berkongsi perasaan yang dirasai oleh kebanyakan orang awam seperti saya. Janganlah kita hairan jika suatu hari kumpulan-kumpulan yang berlebelkan Islam ini dipinggirkan dek kerana kepercayaan yang hilang. Alangkah baiknya, jika bersederhana dalam semua hal. Jujur terhadap prinsip dan pegangan. Jika tidak, nanti kelihatan seperti apa yang disifatkan ALLAH dalam Surah al-Nahl ayat 92: (maksudnya) “Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya”.

Jika ada rakan politik yang terasa, dipohon kemaafan. Saya bukan pesaing mereka di medan tersebut. Jangan bimbang, anda tidak tergugat kerana tulisan ini. Namun yang menggugat anda ialah pendirian yang berbolak-balik mengikut arus tanpa paksi yang teguh. Kembalilah kepada Islam tulen. Tulisan ini hanya lontaran seorang insan awam yang tidak pandai sepak terajang orang politik. Namun sedikit sebanyak pengetahuan Islam yang pernah dipelajari menjadikan saya yakin jalan yang anda tempuhi wajar dibetulkan.

Apakah ertinya kemenangan, jika kita tiada prinsip sejak perjuangan dilancarkan?!! Kemudian, dalam kesibukan kita ke sana dan ke sini dengan segala macam aktivitinya, mungkin kita lupa bertanya, kerana siapa kita berjuang?! untuk siapa pula perjuangan ini?!! Dan atas manhaj siapa kita lusuri perjuangan ini?!

Justeru baginda Nabi s.a.w selalu menyebut: “Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu” (Sahih, Riwayat al-Tirmizi). Jika demikian baginda, betapa insan lain memerlukan lebih lagi doa istiqamah. Sebelum hendak beristiqamah dia perlu memahami dengan jelas, apakah prinsip yang dipegang untuk dia beristiqamah dengannya?! Jika tidak istiqamah hanya menjadi slogan kosong tanpa erti. Ada orang selalu sebut “saya istiqamah dengan perjuangan”. Namun apabila ditanya: apa yang anda perjuangkan?! Jawabnya: Islam. Ditanya:Islam yang bagaimana yang anda perjuangkan. Hari ini semua menyebut slogan yang sama. Dia tergamam untuk menghuraikan. Atau dia mungkin terkeliru, antara maksud istiqamah di atas Islam yang tulen, dengan aktif dalam sesebuah organisasi!.

Kejelasan prinsip yang bertunjangkan Islam tulen akan menjadikan wajah Islam jelas di hadapan mata, berlapang dada demi prinsip, dapat membezakan setiap isu dengan ukuran prinsip, nampak hala tuju, tidak berputar-putar pendiriannya, sedia mengakui kesilapan demi prinsip, mengenal dengan baik antara sahabat dan bukan, amanah terhadap ilmu dan berbagai lagi. Kita mungkin tersilap dalam tindakan, amalan dan akhlak. Tetapi kita tidak boleh tersilap hingga menggadaikan akidah dan prinsip. Terhoyong-hayang tanpa panduan.

Kita pasti pulang kepada ALLAH. Justeru, jadikanlah segala percaturan yang mengundang keletihan dan kepenatan ini mendapat pahala. Untuk saya, jika mampu saya ingin jadi pendakwah kepada Islam yang tulen. Ingin mempelajari bagaimana berpegang dengan prinsip. Saya masih berusaha.

Adapun siasah, jika berubah-ubah pegangan manusia kerananya, pohon perlindungan dengan ALLAH dari siasah yang seperti itu. Tidak mengapalah jika tidak pandai siasah kepartian selagi tiada menjual pendirian dan hilang panduan. Orang politik! saya pohon kemaafan..

-al-qayyim.net-

Bookmark and Share

  


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-07-06 18:43


kalau dr asri tu benar-benar handal. pergilah tegur TG Nik Aziz tu...pergilah kalau berani....jangan nak tunjuk berani pada Astora Jabat saja!!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-07-06 09:30


Dr Asri tegur sebahagian ahli PAS.
TG Nik Abdul Aziz lebih alim dan berpengalaman dari Dr Asri, dan Dr Asri tak perlu tegur untuk Guru sebab Dr Asri respek untuk Guru, betul tak abang Imam. sepatutnya Dr Asri tegur Abuya Ustaz Ashaari al Arqam, betul tak antum semua.jangan duduk perguna anak-anak kecil menjaja kismis di merata bandar. kasihan mereka tu perlu belajar , bukan menjaja setiap hari di panas terik mentari.

Bookmark and Share

  


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 10:00


Hidayah di tangan Allah. Kalau dah hati batu, memang sampai bile2pun takkan terima nasihat dan teguran orang. inilah jadinya bila sifat kibir merajai hati-hati segelintir pendukung gerakan islam di Malaysia. Dia saja nak betul, langsung tak nak dengar dan berfikir

Bookmark and Share

  


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 26-07-06 11:04


Islam merupakan agama praktikal yang sesuai diamalkan untuk setiap zaman dan tempat.Jangan memandangnya sebagai agama yang sempit dan jumud serta tidak perlu mengikut kehendak zaman.Oleh yang demikian,keperluan jamaah ataupun parti islam merupakan terbaik buat zaman ini bagi menegakkan dan menyebarkan syariah islamiah.5 prinsip asas syariah yakni menjaga agama,nyawa,harta,maruah dan nasab keturunan merupakan tuntutan Islam yang terpenting bagi menjaga kemaslahatan ummah.Semua ini memerlukan kepada satu bentuk kepimpinan dan daulah yang menjunjung perintah Al-Quran & As-Sunnah tersebut.Sampai bila kita mahu melihat undang-undang barat & sekular bermaharajarela disanjung.Tidak kah kita kasihan kepada para hakim dan peguam yang akan menerima balasan neraka diakhirat kelak.Bukan lah cara nya untuk menegakkan syariah islamiah itu melalui cara kekerasan dan saling membunuh sesama muslim .Semua ini sangat-sangat ditegah dalam agama suci ini.Sanggupkah kita sebagai pendakwah islam tidak berbuat apa-apa terhadap perintah Illahi atau kah kita sanggup meninggalkan perjuangan perit Rasul junjungan menegakkan agama ini di bumi Madinah.Ya Allah berilah kekuatan kepada seluruh jamaah islamiah seluruh dunia untuk terus memperjuangkan agama-MU biarkpun kami diperli,dihina,ditindas,dibunuh sekalipun kerana kami yakin perjuangan ini pasti akan sampai kemenangan dari-Mu."
Sahabat2ku janganlah kalian sengaja membutakan penghilatanmu,memekakkan pendengaranmu dan membisukan mulutmu terhadap kezaliman ini kerana nanti pasti Allah akan menutup pintu hatimu dari jalan kebenaranNya.Firman Allah"Summun Bukmun Umyun Fahum lah Yarjiuun"..

Jamaah Islamiah Seluruh Dunia:
1.Ikhwanul Muslimin
2.Hamas
3.Hizbullah
4.Parti Islam Semalaysia(PAS)

Takbir 3x AllahuAkbar

Bookmark and Share

  


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 15:20


tujuan saya buka topik ini ialah untuk menyedarkan ahli PAS bahawa banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki supaya dakwah PAS lebih berjaya...

Bookmark and Share

  


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 10:15


saya tak tengok ahli2 Pas, tapi saya tengok dasar2 perjuangan parti dan orang2 atasan, kalau tengok ahli2nya pasti ada yang baik dan ada yang tidak baik.

sama juga kalau orang kafir nak peluk Islam, mereka kena tengok dasar2 agama Islam itu sendiri, kaji Al-Quran, kalau tengok orang2 Islam pasti ada yang baik dan ada yang tidak, maka susah nak jumpa jawapannya.

terpulang sama ada pelihat itu nak celikkan mata ke tidak, kalau dah ditakdirkan "buta" atau rabun terpulanglah...

p/s: ahli2 Umno taknak tegur??? :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 28-07-06 19:58 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 13:18


Kita... bila ada orang tegur, terima sajalah! Ini tidak, eh! dia tu lebih teruk, Kenapa tak tegur dia? orang tu lagi hancusss... dia yang patut di tegur!!!! Kenapa jadi macam tu ha?

Bookmark and Share

  


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 15:41


Wa'alaikumussalam wbt...

!!! QUOTE !!!

Kita... bila ada orang tegur, terima sajalah! Ini tidak, eh! dia tu lebih teruk, Kenapa tak tegur dia? orang tu lagi hancusss... dia yang patut di tegur!!!! Kenapa jadi macam tu ha?


Bilamana merasakan diri sendiri lebih baik daripada orang lain maka begitulah jadinya. Namun itu hanya kemungkinan. Walau apa pun tuan empunye diri yang menegur dan ditegur lebih berhak menghakimi diri sendiri memandangkan melakukan itu adalah antara dia dengan Allah. Sedang yang menegur itu terpulang, tak perlu kita judge dia apa.

Bila seseorang manusia yang mengakui diri sebagai HAMBA namun pada dirinya ada sifat atau perasaan yang sedemikian rupa maka mana mungkin pertolongan Allah akan sampai padanya. Sepatutnya ilmu yang ada menjadikan dia lebih tawadu' terhadap apa sahaja teguran sebab melalui itu Allah ingin menguji orang-orang yang berilmu.

Once bila ditegur lalu seseorang itu cepat melatah maka ketahuilah ada orang yang boleh identify what type are you dengan melihat keadaan tu. So pikirkanlah...

Manusia ni takkan ada yang maksum melainkan Rasulullah SAW serta para nabi dan rasul.

Akhirul kalam... Allahua'lam...

p/s: api patut dilawan dengan air, bukan dengan api...


-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...


[ Telah diedit oleh: MeowHidayah pada 28-07-06 15:48 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 19:53


Pada 28-07-06 13:18 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

Kita... bila ada orang tegur, terima sajalah! Ini tidak, eh! dia tu lebih teruk, Kenapa tak tegur dia? orang tu lagi hancusss... dia yang patut di tegur!!!! Kenapa jadi macam tu ha?
saya bukan ahli pas, Kenapa saya nak terima pula??? tak ditujukan kepada saya pun...

lebih2 lagi dalam artikel di atas tak disebut pun nama parti apa... :-?

kalau mawa ahli Pas, dan bersifat dengan sifat2 di atas, terima sajalah teguran itu, jangan anda pula yang melatah. kalau anda orang umno pula, anda sebenarnya yang lebih banyak perlu diperbaiki... :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 28-07-06 19:59 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

afiqah_afaf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2004
Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura

egypt  


posticon Posting pada: 28-07-06 22:11


Pada 28-07-06 13:18 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

Kita... bila ada orang tegur, terima sajalah! Ini tidak, eh! dia tu lebih teruk, Kenapa tak tegur dia? orang tu lagi hancusss... dia yang patut di tegur!!!! Kenapa jadi macam tu ha?

ni untuk siapa sebenarnya????


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

  


  Member Information For afiqah_afafProfil   Hantar PM kepada afiqah_afaf   Quote dan BalasQuote

Marziana_
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20064
Posting: 96
Dari: Bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 22:38


Pada 26-07-06 11:04 , Ibn_hafidz posting:

!!! QUOTE !!!

Jamaah Islamiah Seluruh Dunia:
1.Ikhwanul Muslimin
2.Hamas
3.Hizbullah
4.Parti Islam Semalaysia(PAS)

Takbir 3x AllahuAkbar


Assalamualaikum..

Takbir 3x AllahuAkbar... :-)


-----------------
Benarlah tiada IMAN tanpa ISLAM,dan benarlah tiada ISLAM tanpa IMAN.

Membangun bersama ISLAM.
Takbir! ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

  


  Member Information For Marziana_Profil   Hantar PM kepada Marziana_   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 10:44


!!! QUOTE !!!

saya bukan ahli pas, Kenapa saya nak terima pula??? tak ditujukan kepada saya pun...

lebih2 lagi dalam artikel di atas tak disebut pun nama parti apa...

kalau mawa ahli Pas, dan bersifat dengan sifat2 di atas, terima sajalah teguran itu, jangan anda pula yang melatah. kalau anda orang umno pula, anda sebenarnya yang lebih banyak perlu diperbaiki...


Tu diaaa...

Umum, sendiri mahu ingat laaa....

Bookmark and Share

  


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 30-07-06 14:14


hmm... tak salah pun kalau nak terima teguran demia teguran. tak kiralah datangnya dari siapapun. masalahnya sekarang ramai nampak itu salah, itu tak betul dan sebagainya. tapi mereka yang menegur ini tak mendekati mereka yang tegur. setakat tengok buat apa. lepas tu tegur. itu salah, ini salah. itu kena dibetulkan, ini kena dibetulkan. soalnya begini.. Kenapa orang hanya tegur ahli tak tegur pimpinan. TG Nik Aziz, Hj Hadi, Dr. Harun Din ke... sekurang2nya kita bersyukur ada juga ahli2 yang disebutkan diatas sedar perjuangan Islam. baik tak baik tu lain cerita.

Bookmark and Share

  


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 30-07-06 18:36


Pada 25-07-06 18:31 , jumaat posting:

!!! QUOTE !!!

SIASAH TANPA PRINSIP

Seorang muslim yang berdakwah hendaklah menyerukan kepada Islam sebagai al-din. Bukan Islam sebagai parti atau jemaah atau daulah. Seseorang mungkin tidak memiliki jamaah atau kumpulan atau daulah yang diidami, tetapi ia mesti memiliki akidah dan ibadah kepada ALLAH dalam wajah zahir dan batin pengabdian diri tanpa sebarang pencemaran. Pendakwah muslim gembira melihat seseorang berpegang dengan Islam, sekalipun tidak menyertai organisasinya atau menyumbang kepadanya. Dia menyeru rakyat dan pemerintah agar menerima akidah terhadap al-Quran dan al-Sunnah sebagai prinsip, kemudian diikuti dengan perlaksanaan syariat dalam diri dan masyarakat. Pendakwah muslim akan dukacita melihat seseorang meninggalkan prinsip-prinsip Islam, sekalipun orang itu adalah rakan organisasinya, atau mendakwa sealiran dengannya. Pendakwah muslim tidak mempunyai kepentingan yang mengatasi prinsip dalam dakwah. Gembira dan dukacitanya melihat orang menerima atau menolak dakwah adalah kerana soal tanggungjawab hidayah bukan kerana habuan siasah atau seumpamanya.


Persoalannya pada situasi politik negara pada masa ini adakah kita mampu untuk menegur apatah lagi mengubah sikap dan kesilapan pemimpim melalui cara nasihat dan berlemah lembut???? Jika ayat AlQuran:"Udu' ila sabili robbika bilhikmah walmauizotil hasanah " disalahtafsirkan itulah kesannya.Menegur dan membawa ke jalan kebaikan yang dituntut Islam bukan semestinya melalui lembut lidah dan membiarkan jika ia menolaknya walhal pada hakikatnya agama ini perlu ditegakkan hatta dengan sedikit kekerasan sekalipun selagi tidak mencemari batas syariat. Inilah yang dikatakan kekhilafan yang masyru'(dibolehkan) untuk menjadikan kebenaran tetap pada landasannya.

Allahuakbar 3x



-----------------
ISLAM4LIFE


Bookmark and Share

  


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 21:10


Subject: Penting …Petition bantah-IFC

wrbt
For those yang belum sign the above petition, you
can do it online at the following address :-
sign di sini -->

http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/


Pengenalan PEMBELA
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam
(PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO
Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-
isu berkaitan dengan kedudukan Islam di
Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah
memutuskan untuk menubuhkan gabungan
tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama
organisasi Islam di Malaysia.
Laman web rasmi: http://www.myislamnetwork.net

Bookmark and Share

  


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 15:08


Kalau PAS ada kelemahan, Ustaz Asri pun ada kelemahan jugak...

Kelemahan ustaz asri ialah tak tegur umno...

tidakkah ada hadith yang menyebut

" Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar pada pemimpin yang zalim "

Zalim paling besar ialah tidak melaksanakan hukum Allah SWT.

Saya akan sokong ustaz.Asri kalau dia berani berkata-kata macam Dato' Harussani...

Bookmark and Share

  


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

Tolhah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19532
Posting: 104

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 16:44


Dari satu sudut, komen ustaz.Asri lebih kepada "sikap dan pegangan individu" kerana contoh yang dia tunjukkan ialah kawan dia sendiri yang dalam PAS.

Memang tak dinafikan, dalam PAS ada juga 'orang politik'... i.e. mereka yang lebih kepada politik berbanding dakwah... Kebetulan ustaz.Asri terserempak dengan 'orang politik' dalam PAS, maka itulah komen beliau... dalam PAS, ada macam-macam... Ada orang politik, orang dakwah, orang tasauf, orang tabligh pun ada...

Tetapi, kalau nak komen PAS, sepatutnya dia kena tengok penjelasan wakil rasmi PAS, bukan individu.

Bookmark and Share

  


  Member Information For TolhahProfil   Hantar PM kepada Tolhah   Pergi ke Tolhah's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 17:31


!!! QUOTE !!!

Hal ini berbeza dengan orang politik kepartian. Dia suka jika musuhnya buat kesalahan. Supaya ada isu yang boleh diperkatakan dan menguntungkan kerja buat politiknya. Dia tidak gembira jika musuhnya berbuat positif kerana itu merugikannya. Dia akan tafsirkan kebaikan itu dengan wajah kejahatan, atau sekurang-kurang dia akan kata ‘ada udang di sebalik batu’. Jika hal yang sama dilakukan olehnya, penafsirannya berbeza. Niat musuh selalunya busuk, niatnya didakwa selalu jujur. Bagaimana dia berfikir, demikian dia menyangka orang lain juga. Semua parti politik yang goyah prinsipnya hampir semazhab dalam hal ini. Maka dalam politik musuh sekelip mata boleh bertukar menjadi kawan. Kawan dalam sekelip mata boleh bertukar menjadi musuh. Sekalipun kawan ataupun musuh tadi belum pun menukar prinsipnya. Apa yang penting, sesiapa yang menguntungkan cita-cita politik ‘kerusi’ maka dia akan dianggap kawan. Sekalipun dasar dan pegangannya berbeza. Sesiapa yang dirasakan tidak menguntungkan hasrat politiknya, maka dia musuh. Sekalipun prinsip dan pegangannya sama. Orang dakwah yang berprinsip tidak demikian. Mereka sebaliknya. Mereka bersatu atas prinsip. Lalu maaf dan memaafi perbezaaan. Mereka bercerai kerana prinsip. Sekalipun ada kepentingan luar yang sama.

!!! QUOTE !!!

Politik Nabi s.a.w tidak bermula dengan konfrantasi terhadap individu pemerintah. Konfrantasinya hanya terhadap sistem yang dianuti. Jika demikian untuk pemerintah yang kafir, apatah lagi untuk pemerintah muslim dalam iklim hari ini. Dunia Barat selalu inginkan kita porak peranda. Namun mengampu pemerintah adalah dilarang sama sekali. Itu adalah kejahatan dan pengkhianatan terhadap negara dan rakyat. Demikian juga sentiasa kontra dengan pemerintah dalam semua perkara, bukanlah ajaran Islam. Bahkan itu adalah golongan sesat yang berjiwa khawarij.

!!! QUOTE !!!

Al-Quran melarang kebencian yang melampau. Firman ALLAH dalam Surah al-Maidah: 8, maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

Alhamdulillah, baik sekali teguran Dr. MAZA. walaupun diceritakan pengalaman beliau bersama seorang sahabatnya, tetapi sebenarnya Dr. MAZA menyindir secara halus SIKAP & CARA BERPOLITIK (bukan dasar parti) sebahagian besar pemimpin2, ahli2 & penyokong2 parti politik, tak kiralah daripada parti mana sekalipun

apa yang disebutkan sememangnya realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian. kalau antum rajin masuk ke mana-mana forum politik, antum akan saksikan kebenaran kata-kata Dr. MAZA ini


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 02-08-06 17:33 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 01:02


kata-kata dr asri

"Namun apabila saya renungi, ini adalah cara hidupnya barangkali. Dahulu ketika mantan Timbalan Perdana (DSAI) berada dalam kerajaan, dia menuduh tokoh tersebut sebagai munafik, jual agama, ingin cuci najis dari dalam tong dan lain-lain. Pantang ada yang dia nampak silap melainkan dihentamnya."

nak tanya balik lah sama dr asri,

bila PAS buat salah,DR asri kata mereka ni BERSIASAH TANPA PRINSIP..rasanya kita nak kata dia hentam PAS ke?atau nak nasihat PAS?..

masa anuar jadi menteri atau dr mahathir jadi perdana menteri,dr asri tak tau ke yang pas pun pernah puji mereka,pas akui BN banyak bawa kemajuan ini,itu..tapi bila mahathir dan anuar buat salah,orang pas pun tegur lah..tapi yang jadi masalah mahathir dan anuar time tu DEGIL tak nak dengar teguran..maka PAS pun hentam lah guna platform politik..kalau kerajaan sekarang bagi lesen JUDI&ARAK&DISKO&ISA&KONSERT MAKSIAT&PESTA TARI MENARI YANG TAK HENTI-HENTI, dll, dr asri berani kah nak pergi tegur kerajaan????atau diam saja????kita dah 50 tahun merdeka..takkan tak boleh lagi nak haramkan yang sememangnya pasti HARAM.....buat apa lagi nak berlembut dengan golongan sebegini..kenapa??kiat ni penakut ke???takut masuk ISA ke bila tegur secara keras??atau taku hilang jawatan???atau takut gaji beribu-ribu tu turun pergi beratus-ratus????atau takut tak boleh nak masuk tv lagi???atau takut keluarga di ugut polis SB-SB????atau takut tak boleh kerja dengan kerajaan lagi???atau takut tak boleh buat program yang mewah2 sebab tiada peruntukan???atau takut kena gam dari berceramah???dan banyak lagi lah jenis takut..

kalau kamu masi takut,jangan lah nak HENTAM PAS ,orang2 PAS dah banyak yang hilangkan ketakutan yang saya sebutkan tadi..

kalau lah nak nasihat PAS,buat lah dengan cara yang betul...kita sama-sama nak bawa ISLAM,takkan nak HENTAM PAS di dalam majalah I ,bukan semua pembaca majalah I orang PAS,..saya boleh katakan bahawa dr asri cuba hentam PAS,bukan nak nasihat PAS,pasal dia buat artikel ni kepada pembaca majalah I,

Bookmark and Share

  


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 01:31


!!! QUOTE !!!

Politik Nabi s.a.w tidak bermula dengan konfrantasi terhadap individu pemerintah. Konfrantasinya hanya terhadap sistem yang dianuti. Jika demikian untuk pemerintah yang kafir, apatah lagi untuk pemerintah muslim dalam iklim hari ini. Dunia Barat selalu inginkan kita porak peranda. Namun mengampu pemerintah adalah dilarang sama sekali. Itu adalah kejahatan dan pengkhianatan terhadap negara dan rakyat. Demikian juga sentiasa kontra dengan pemerintah dalam semua perkara, bukanlah ajaran Islam. Bahkan itu adalah golongan sesat yang berjiwa khawarij.

saya dah baca dari awal sampai akhir pendapat Dr. Asri. tapi saya tertarik dengan kenyataannya di atas, seperti dia kata perjuangan Pas adalah salah, tak betul, seelok2nya kita semua kena sokong Umno baru betul.

maybe dia memang sokong Umno agaknya, sebab tu tak tegur mereka tapi tegur orang Pas, sedangkan yang lebih patut ditegur adalah kerajaan sekarang, Pas hanya cuba mendaulatkan Islam, tanpa Pas mereka akan bermaharajalela dengan sewenang2nya.

adakah memang orang2 salafi ni tolak gerakan parti politik Islam sebagaimana wahabi di Tanah Arab? sebab saya tengok mereka ni suka sangat nak kritik jemaah Islam, dalam ukhwah pun mereka ni yang banyak menghentam.

antara Dr. Asri & Nik Aziz, saya lebih kagum dengan perjuangan Nik Aziz dalam Pas. beliau bukan hanya bercakap saja tanpa buat apa-apa, tapi beliau cuba daulatkan Islam melalui politik. tanpa Pas adakah Kelantan boleh jadi seperti Kelantan pada hari ini di bawah pemerintahan Umno? Dr. Asri boleh buat?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 03-08-06 01:39 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 01:51


ana setuju dengan pendapat ibnu musa....kita sebagai seorang muslim haruslah menyokong utnuk mengakkan kerajaan islam....ini kerana umat islam sekarang ini lemah iman ...sebab itulah ramai umat Islam di tindas...jadi kita harus menjadi seperti pejuang2 Hizbullah dan hamas yang berjuang untuk agama Islam....yang mana sehingga sekarang tentera yahudi tidak dapat menaluki Lubnan walaupun menggunakan kelengkapan senjata yang lengkap.....Kenapa?...ha rahsianya semua pejuang2 di sana berjihad untuk agama Allah.....takbir..............allahuakbar....

Bookmark and Share

  


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127199 saat. Lajunya....