Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang bodoh hanya berdiam diri, tetapi orang yang paling bodoh adalah yang bercakap perkara yang dia sebenarnya bodoh
-- -- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Haruman Kasturi Bagi Pencinta Sunnah Nabi


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Haruman Kasturi Bagi Pencinta Sunnah Nabi

Please Mendaftar To Post


Oleh Haruman Kasturi Bagi Pencinta Sunnah Nabi

Uwaimir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2288
Posting: 57

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-07-06 23:04


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt..

Tulisan ini adalah sebagai tanggapan untuk menjawab qalam2 yang batil yang menuduh para dai' sunnah dengan tuduhan yang tidak ada pada mereka bahkan bersama penuduh tersebutlah segala apa yang mereka lontarkan kepada kami.

Ana menemui ramai orang yang sebahagian besar dari mereka tidak menaruh perhatian yang besar kepada ilmu bahkan mereka berpada dengan apa yang ada. Jika mereka bukan dari aliran agama maka wawasan keilmuan agama mereka hanya sebatas apa yang mereka belajar sehingga silibus tingkatan 5 dan jika mereka tergolong sebagai orang-orang yang malas maka sebatas itulah pengetahuan mereka yang akan mereka gunakan sebagai pedoman sepanjang hayat. Dan sebahagian dari mereka bila ingin berkahwin barulah mengunjungi kedai2 buku agama untuk membaca serba sedikit sebagai persiapan untuk menjadi ketua keluarga atau ibu kepada putra-putri Islam. Itu pun buku yang berkaitan dengan perkahwinan dan mereka menelaahnya tanpa sebarang filter kerana mereka juga membeli buku2 tanpa sebarang filter yang natijahnya mereka sambar sahaja mana-mana buku yang berkenan di hati(atau yang cantik covernya). Bahkan lebih jauh dari itu di saat2 akhir majlis perkahwinan barulah mereka sedar bahawa di hujung kota tersebut terdapat kedai menjual buku itu..baru sekarang mereka sedar walhal kedai tersebut telah wujud di situ 10 tahun yang lalu!Kemudian mereka berpedoman sahaja dengan buku yang mereka sambar itu (kerana itu buku agama) yang natijahnya mereka beramal dengan hadith2 yang maudhu'(palsu) yang banyak mengisi buku2 tersebut tanpa mereka sedar(kerana tidak adanya perhatian yang serius kepada ilmu2 agama) dan ini sungguh menyusahkan hidup mereka sedang mereka menyangka bahawa itulah kebenaran kerana ianya dari buku agama! Demikian satu contoh ringkas sebahagian orang yang tidak memberi perhatian yang serius kepada ilmu agama dan hanya menjenguknya bila berkepentingan. Alangkah indahnya jika mereka itu adalah orang-orang yang menjadikan agama sebagai perhatiannya yang paling utama kerana kemudiannya mereka akan kembali menemui Allah Azza wa Jalla berbekalkan amal saleh yang tidak lain mesti berpijak kepada ilmu yang sahih (dan niat yang ikhlas).

Dan salah satu kategori penentang dai' Sunnah adalah dari kategori ini. Mereka menghamburkan kebencian kepada kami berdasarkan khabar2 dari burung bukan berdasarkan penelitian ilmu terhadap kitab2 muktabar. Mereka adalah orang-orang yang tidak pernah membelek kitab2 besar jauh sekali meneliti sedang dalam masa yang sama mereka menjadi penyambung lidah pemfitnah.

Demikian juga mereka yang belajar agama dengan cara taklid dan berpada sekadar untuk lulus periksa. Mereka tidak pernah mahu meluaskan wawasan ilmu dengan membedah kitab2 muktabar hingga ada di antara mereka yang menyandarkan suatu kitab lain kepada Imam yang lain.Yang menyedihkan mereka mengatakannya dengan yakin. Ada juga yang taasub kepada sesebuah kitab dan pengarangnya hingga langsung tidak boleh disentuh dengan sebarang kritikan walaupun kritikan ilmiah tersebut adalah dinukil dari Imam2 yang juga muktabar bahkan sebahagiannya lebih muktabar dan namanya dicatatkan dengan tinta emas dalam lipatan sejarah dek kerana sumbangannya yang begitu besar kepada dunia Islam dengan karya2 monumentalnya yang menjadi khazanah yang amat berharga yang tiada tolok bandingnya. Misalnya mereka yang menelaah Ihya untuk tatapan sepanjang hayat hingga ternafi khazanah2 yang lain atau dalam perkataan yang lain mereka yang hanya membaca kitab ihya semata dan menutup pintu kepada yang lain dek kerana kemasyhuran Hujjatul Islam Imam al-Ghazali(w. 505 H) bila dikatakan kepada mereka bahawa di dalam Ihya terdapat hadith yang dhaif, dhaif jiddan, juga maudhu' dan paling banyak hadith yang tidak mempunyai asal usul lantas orang ini membentak "Engkau siapa dan Imam al-Ghazali siapa?" Bila dijelaskan bahawa kita berpedoman dengan takhrij hadith oleh al-Hafiz al-Iraqi (w. 806 H) dan siapa yang menelaah Ihya amat perlu untuk melihat takhrij hadith yang dibuat al-Hafiz al-Iraqi ini, namun yang terjadi orang ini terus membentak " siapa al-Iraqi? siapa al-Ghazali? Demikianlah kejahilannya menjadi benteng utknya melihat kebenaran. Kemudian bila dijelaskan bahawa al-Iraqi adalah gurunya kepada al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani(w. 852 H) dan al-Hafiz al-Haithami pengarang kepada Majma az-Zawaid. Lantas orang ini bertanya siapa mereka? siapa al-Ghazali? Demikianlah ketidaktahuan mereka benar-benar menjadi penghalang kepada kebenaran. Sedangkan al-Hafiz al-Iraqi adalah orang yang paling menguasai hadith pada zamannya dan muridnya al-hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani kemudiannya mencapai martabat amirul mukminin fi al-hadith yakni tingkatan tertinggi dalam hadith pada zaman belakangan, sedangkan untuk zaman2 awal gelar ini pernah disandang oleh al-Imam Sufian at-Tsaury, Syu'bah al-Hajjaj, al-Imam Ahmad b. Hanbal, al-Imam al-Bukhari(w. 256 H), al-Imam Muslim dll. Dan karya2 beliau seperti Fathul Bari diakui sebagai kitab syarah terbaik kepada Sahih al-Bukhari sehingga al-Imam Asy-Syaukani bila diminta untuk mengarang kitab syarh kepada Sahih Bukhari membacakan hadith "Tidak ada Fathu setelah Fathul Makkah" sebagai isyarat akan ketinggian dan kegemilauan kitab ini. Demikian kitab2 beliau yang lain seperti Tahzib at-Tahzib, Taqrib at Tahzib, Lizan al Mizan, al Isobah dll semuanya hari ini menjadi kitab muktabar. Demikianlah lautan ilmu dan kegemilauan Shaikh al Islam al Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani yang setiap pencinta ilmu pasti akan mengenalinya. Demikian juga karya al Hafiz Ali bin Abu Bakr al Haithami yakni Majma az-Zawaid (bukan al allamah al faqih Ibnu Hajar al-Haithami...sebahagian orang terkeliru dan menyandarkan kitab Majma az-Zawaid kepada beliau) terhitung sebagai kitab yang sangat penting bahkan sama penting dengan kitab sunan yang empat(an-Nasai',Abu Daud, Tirmizdi, Ibnu Majah) kerana kitab Majma az-Zawaid ini menghimpunkan hadith2 yang belum ada di dalam kitab hadith yang enam yang terhimpun di dalam Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, sunan Abu Yala' al Mushaili, sunan al-Bazzar dan 3 Mu'jam at-Thabarani (al-Kabir, al-Ausath dan al-saghir).

Al Imam al-Ghazali memang merupakan salah seorang tokoh umat terbilang namun beliau tidak terlepas dari kesilapan. Orang2 yang objektif dan tidak taksub akan mengakui akan hal ini dan ketokohan beliau tetap berada pada tempatnya atas segala sumbangan yang amat besar kepada dunia Islam bahkan beliau merupakan seorang mujaddid yang telah menyelamatkan dunia Islam dari serangan dan pengaruh falsafah Greek dan Yunani terutama dari Aristotle yang begitu membahayakan aqidah umat Islam pada zamannya. (Baca karya beliau al munqiz dan satu lagi karya monumentalnya yakni Tahafut al Falasifah). Dan kitab beliau al Mustashfa terhitung sebagai kitab Usul feqh muktabar yang sangat masyhur di samping al-risalah karya Imam asy-Syafii', al Burhan karya al-Juwaini dll.Demikianlah kehebatan Imam al-Ghazali, beliau bersinar dalam falsafah, usul Feqh dan Tasawuf namun tidak sempat mendalami ulum al-hadith kerana beliau memasuki bidang ini di akhir usia dan wafat dengan Sahih Bukhari di atas dada. Justeru kepada seluruh pencinta ihya termasuk dai' sunnah takhrij al-hafiz al-'Iraqi amat diperlukan ketika menelaah ihya dan ini sekali2 tidak menggugah ketokohan al Imam al-Ghazali. Yang terjadi hanyalah ilmu yang diletakkan pada tempatnya dan ini disedari oleh mereka yang mengetahui lagi objektif dalam pencarian ilmu tidak seperti sangkaan sebahagian orang yang menuduh kami dengan gelar yang batil...

Tulisan ini adalah satu tulisan yang telah lama ana tulis untuk menjawab sebahagian qalam2 batil yang menghujat kami para dai' sunnah. Barangkali ada relevannya dengan tuduhan2 lama yang diberi nafas baru
yang dilontar kembali ke tengah public atas kepentingan2 tertentu.Tulisan di atas hanya menyentuh mengenai sikap segelintir orang yang meninggalkan ilmu yang kemudiannya menjadi musuh kepada sesuatu yang ia tidak memiliki ilmu mengenainya...


Talhah al-Atsari
Batu Rakit, Terengganu.
(Sekarang di Melaka)

Bookmark and Share

    


  Member Information For UwaimirProfil   Hantar PM kepada Uwaimir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.317469 saat. Lajunya....