Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: azrin80
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43100

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
wadud: 3 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 21 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu
kasih_kekasih: 26 hari yang lalu
syahidatul: 29 hari yang lalu
raudhahasanah: 31 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Hubungan seks tanpa rela isteri boleh dipenjara?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Hubungan seks tanpa rela isteri boleh dipenjara?

Please Mendaftar To Post


Oleh Hubungan seks tanpa rela isteri boleh dipenjara?

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 23:22


Hubungan seks tanpa rela isteri boleh dipenjara?    
Mon | Jul 10, 06 | 05:38:26 PM
Oleh Maslan Yusoh


PENGKALAN CHEPA, 10 Julai (Hrkh) - Benarkah apabila anda sebagai suami 'melakukan hubungan seks' dengan isteri tanpa kerelaannya, ia boleh dikategorikan sebagai merogol dan disabitkan hukuman penjara 20 tahun dan sebat.

Tanpa disedari banyak pihak ia sebenarnya terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat minggu ini.

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Haron berkata, berdasar kepada kanun tersebut, seseorang suami yang ingin bersama isteri tanpa kerelaannya boleh ditafsir sebagai merogol.

"Kanun ini jelas bercanggah dengan prinsip Islam kerana semua orang maklum, suami berkuasa penuh ke atas isteri mengikut batas-batas ditetapkan agama.

"Namun apa yang bakal berlaku apabila rang undang-undang itu diluluskan, suami boleh dikenakan tindakan di bawah kategori merogol apabila isteri tidak rela di atas perbuatan suaminya," katanya pada ijtimak pilihan raya jentera Helwa di Putik, kelmarin.

Dewan Rakyat pada mesyuarat kedua, penggal pertama Parlimen Ke-11, 20 Julai 2004 telah membuat ketetapan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

Jawatankuasa itu diberi tanggungjawab mengkaji kedua-dua rang undang-undang berkenaan dengan memberi pandangan serta membuat syor ke atas peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Ia dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan dianggotai Dato' Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong), Devamany a/l S Krishnasamy (Cameron Highlands), Tan Ah Eng Gelang Patah), Donald Peter Mojuntin (Penampang), Che Min Che Ahmad (Pasir Puteh) serta Teresa Kok suruh Sim (Seputeh).

Bagaimanapun menurut Abdul Fatah anggota Parlimen Pasir Puteh sebagai seorang berkelulusan agama dianggap gagal memainkan peranan bagi mengemukakan pandangan dalam konteks agama semasa rang undang-undang tersebut digubal.

"Zaman Perdana Menteri sekarang bermacam-macam undang-undang yang jelas bertentangan dengan Islam dilulus, sedangkan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diketahui umum mempunyai latar belakang agama," katanya.

Rang undang-undang kanun keseksaan itu menyebut kesalahan mengadakan hubungan seks dengan memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj atau dubur seseorang. Kesalahan itu terkandung dalam seksyen baru 377CA yang dicadangkan dalam rang undang-undang tersebut.

Hukuman yang dicadangkan bagi kesalahan terbabit iaitu penjara sehingga 20 tahun dan hukuman sebat.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Hajah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tiada lagi masa untuk jentera pilihan raya muslimat berehat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 bakal diadakan tidak lama lagi.


sumber: http://202.186.86.214/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=3137&Itemid=29


p/s: hairan bin ajaib, dunia dah nak terbalik, last2 ada juga istilah rogol isteri? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 10-07-06 23:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 10-07-06 23:56


bagus jugak tapi tengok jugak keadaan macam mana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

muslim_boy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2006
Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 00:38


hairan bin ajaib, dunia dah nak terbalik, last2 ada juga istilah rogol isteri?..
saya rasa sebenarnya something yang berlaku..
takkan xrela pula melalukan hubungan intim..
susahla saya nak cakap..
lagipun saya sendiri belum kahwin lagi..
yang pasti, mesti ada something yang tidak kena..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim_boyProfil   Hantar PM kepada muslim_boy   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 11-07-06 00:42


something yang tak kena macam mana itu? apa-apapun kepada bakal2 isteri carilah bakal suami yang memahami....yang dah kawin kalau ada pengalaman begitu saya pun taktau macam mana...mesti ada orang nak kondem kenyataan begini kan? apapun hukuman sampai same macam hukuman rogol tu tak patutlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

amirez
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.01.2006
Ahli No: 21578
Posting: 54
Dari: Universiti Selatan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 01:10


tak patut. isteri wajib mengikut kehendak suami dalam hubungan intim melainkan perkara2 yang dilarang. walaupun isteri tak rela..tapi menjadi t/jawab isteri untuk penuhi tuntutan batin suami. seelok2nya carilah suami yang memahami isteri untuk elak masalah antara suami isteri

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirezProfil   Hantar PM kepada amirez   Pergi ke amirez's Website   Quote dan BalasQuote

Subuhku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8613
Posting: 209

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 01:31


Em memang tak tak patut...Sedangakan malaikat melaknat isteri yang menolak kemahuan suami selagi mana tidak dimaafkan oleh suami tersebut..Dah lah halal tapi bila nak buat hubungan dengan isteri tiba-tiba isteri tak rela suami kena charge rogol dah nak terbalik dunia ni.Ya Allah Lindungilah Hamba Ni Di zaman Penuh Kifitnahan ini Aminn

Bookmark and Share

    


  Member Information For SubuhkuProfil   Hantar PM kepada Subuhku   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 07:24


Inilah bahana corak pemikiran Islam liberal yang tidak disekat.Zaman dahulu sehingga mengeluarkan pendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk , zaman sekarang pula meminda apa yang telah ditetapkan oleh Allah pula.

Hebatnya manusia sehingga terlupa bahawa dahulu dirinya tercipta dari setitis air mani yang hina (36;77)

Akal manusia yang tidak mahu tunduk kepada perintah Allah hanya kerana merasakan diri sudah mencapai kemuncak kemuliaan hidup di bumi dengan pelbagai teknologi yang canggih menyebabkan timbul perasaan ego lantas menganggap bahawa Tuhan tidak diperlukan lagi sehingga membuat undang-undang yang bertentangan dengan Islam.Mungkin manusia terlupa,siapakah yang menghasilkan gempa bumi , tsunami dan awan puting beliung.

(12 ; 103-107)

Mengapa orang yang boleh berbicara pasal undang-undang atau guaman hanya diam menikus takut untuk melawan.Bukankah para peguam dan hakim Islam ini mempunyai kelebihan didalam bidang tersebut?Aduhai,janganlah takut untuk menegakkan sesuatu yang benar kerana Allah yang memberi rezeki bukannya makhluk.
(29;2-3)

Mengapa orang yang mempunyai kuasa didalam parlimen juga tidak bangun membantah untuk mempertahankan kebenaran?Bagaimana mahu menegakkan Islam seperti yang sering dilaungkan sedangkan tidak berani untuk membantah apabila perkara yang jelas bertentangan dengan Islam berlaku dihadapan mata?Apakah memang betul-betul menggunakan nama Islam itu hanya untuk kepentingan politik?

(18 ; 103-106)

Sudah terlupakah kita dengan kisah Nabi Yusuf sehingga tercatat didalam Al-Quran iaitu (12;28 )

Lelaki dan wanita memang harus saling memahami , tetapi bukankah Allah sudah memberi tugas kepada lelaki iaitu (4;34).
Mengapakah mahu mempertikaikan lagi?

Mungkin inilah bahana ideologi ciptaan barat untuk menjauhkan umat Islam dari panduan hidupnya dan ideologi mereka berjaya.Undang-undang seperti ini yang terdapat di negara US hasil daripada pemikiran feminisme dan diakui,ianya menjalar sedikit demi sedikit dikalangan pemikiran Islam sehingga terpengaruh dan terlupa panduan dan ideologi yang sebenarnya iaitu Al-Quran.

wallahu'alam


:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 08:38


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Wal iyyazubillahi min zalik terhadap para muslimah yang bergelar isteri untuk mengadu dirinya dirogol suami.

Tetapi istilah tersebut sebenarnya bermula dari barat bukan dari Islam. Pedoman Islam ialah Al Quran dan As Sunnah. Jadi tidak ada masalah sekiranya jelas menurut panduan dalam kedua wasiat peninggalan baginda Rasulullah saw itu.

Umi pernah mendengar dalam satu seminar dimana seorang peguam wanita Islam tersohor di negara ini menyebut maksud 'rogol isteri' itu ialah sebenarnya 'penderaan dari segi mental, fizikal dan ruhani' isteri itu.

Jadi para suami yang beriman usahlah risau selagimana tidak mendera maka istilah tersebut tidak perlu digunakan dalam pengaduan di mahkamah.

Bagi anakanda trouver_99 sebenarnya Islam adalah Islam. Tidak ada Islam liberal. Macam mana nak Islam dan juga Liberal? Islam kan maknanya 'selamat dibawh lindungan Allah' dan Liberal pula bebas dari sebarang peraturan.

Ramai menggunakan istilah tersebut namun kita hendaklah jelas agar kita tidak jadi pak turut juga ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Al Islamu ya'lu wala yu'lah 'alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 11-07-06 08:58


apala punya setan sekarang....

dah lah kepimpinan sekarang dkritik hebat.....

paklah memang pengkhianat agama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 11-07-06 09:00


Ana pernah dengar hadist...yang bermaksud "Seandainya tubuh seorang suami penuh dengan nanah lantas dijilati oleh isteri sekujur tubuh itu maka belum cukup pengabdian seorang isteri pada suaminya" ( Hadist Ahmad )

Menjilati nanah jelas lebih hina dari pada dipaksa melakukan hubungan intim suami isteri...

Kes rogol isteri suatu istilah baru yang tidak pernah dikenal oleh generasi salaf...kalau dirogol Kenapa masih dipangilan isteri????
Macam macam saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 09:21


terima kasih ummimq kerana menegur.
mungkin saya juga terpengaruh kerana sering terbaca mengenai Islam liberal.Tetapi corak aliran mereka adalah lebih kurang sama dengan golongan muktazilah.kemungkinan untuk menghilangkan nama muktazilah ini maka terciptalah suatu nama lain iaitu Islam liberal.

wallahu'alam

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

husyafiqah_izzati
Warga Rasmi
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20971
Posting: 19
Dari: cyberjaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 10:26


assalammualaikum
carilah suami yang memahami ....
cuma kekadang ...nasib wanita ni...sebelum kahwin..nampak macam memahami ...tapi selepas...tak ada pulak tolak ansur....so....
para suami/bakal suami......pimpinlah keluarga menjadi keluarga islam....dan para isteri/bakal isteri....ingat lah...syurga kita letaknya dimana....mungkin lebih beerti kalau kita lebih bersabar....dan akan lebih bermakna andai hidup sekeluarga di rahmati

Bookmark and Share

    


  Member Information For husyafiqah_izzatiProfil   Hantar PM kepada husyafiqah_izzati   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 11:10


memang tak patut!kawin untuk apa sebenarnya Kalau macam tu???

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

ibn_wanza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 11-07-06 13:20


tak patut.tak patut..suami mana nak seksakan isteri.( yang pasti kena cari suami mutadayyin ).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wanzaProfil   Hantar PM kepada ibn_wanza   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 13:28


Wa'alaikumussalam wbt...

Pasni jangan pelik lah pulak kalau ada yang senget sikit dok kata, "So boleh lah buat hubungan seks janji rela", tak kira laki bini or bukan...


-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...




Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 11-07-06 14:26


lepas ni isteri2 yang tak puas hati dengan suami boleh lah sesuka buat report malam tadi saya di rogol suami...saya tak rela..dia paksa saya...



p/s; kalau suami nak minta kahwin dua cepat-cepat report kata dia rogol... selamata lah dr bermadu..heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 14:26


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Astaghfirullahal Azeem! Anakanda Islamicboy ni bawalah bersabar. Masa dulukan Imam Ahmad bin Hambal pernah diseksa oleh tiga orang pemimpin Islam tetapi beliau redha dan tidak menyuruh pengikutnya bertindak sembarangan. Beliau hanya berkata bertaqwalah kepada Allah dan takutlah pada darah. Maksudnya usahlah sampai menimbulkan huru hara dan menimbulkan tumpah darah yang akan memudharatkan lagi orang Islam untuk teruskan kehidupan harian.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai Pak Lah tidak pernah putus wudhu' dan beliau tidak lekang memberi salam terlebih dulu serta mengingatkan untuk solat dalam waktunya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - sabar itu sebahagian dari iman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 11-07-06 14:32


Hmmm.... bila mana semua perkara dikaji semata-mata menggunakan logik akal dan persamaan hak... maka ini lah jadinya.... masyaAllah... :-)
Allah mengetahui setiap inci diri kita.... setiap sesuatu yang diwajibkan atau diharamkan mempunyai hikmah2 yang amat besar..... Allahuakbar.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 11-07-06 17:24


Kalau jadi dikuatkuasakan, boleh bikin panas. apa punya undang2 lah. Hukum hudud tak nak dilaksanakan pulak. Bertambah kacau jiwa dibuatnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

ummuwijdan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.12.2005
Ahli No: 21383
Posting: 23

netherlands   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 18:01


Pada 11-07-06 14:26 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Astaghfirullahal Azeem! Anakanda Islamicboy ni bawalah bersabar. Masa dulukan Imam Ahmad bin Hambal pernah diseksa oleh tiga orang pemimpin Islam tetapi beliau redha dan tidak menyuruh pengikutnya bertindak sembarangan. Beliau hanya berkata bertaqwalah kepada Allah dan takutlah pada darah. Maksudnya usahlah sampai menimbulkan huru hara dan menimbulkan tumpah darah yang akan memudharatkan lagi orang Islam untuk teruskan kehidupan harian.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai Pak Lah tidak pernah putus wudhu' dan beliau tidak lekang memberi salam terlebih dulu serta mengingatkan untuk solat dalam waktunya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - sabar itu sebahagian dari iman.


Pak Lah yang tak putus wudhu' dan pembawa Islam Hadhari itu juga dikatakan sedang bermain golf di Australia ;-)
dan menggunakan kemudahan kerajaan untuk pergi bercuti ke sana.
;-) dah nasib kita berpemimpin dunia

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuwijdanProfil   Hantar PM kepada ummuwijdan   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 20:12


Saya rasa undang2 ni telak digazetkan di barat.orang-orang besar kita hanya kopi saja. Sedar tak sedar ramai juga dikalangan kita dipegaruhi sekularisme dan hanya banyak kopi apa yang datang dari barat.Adakah apa yang mereka lakukan tu menguntungkan Islam dan umatnya..??? harap-harap masih ramai yang bertanggungjawab dan sayangkan agama menyatakan bantahan dan highlight bahawa barat bukan lah contoh yang baik dan mereka sebenarnya membenci Islam
Jika sebahagian orang-orang besar negara kita tak sanggup untuk tolak pengaruh barat ni ...harap-harap kita yang dibawahnya berusaha menyedarkan rakyat akan bahaya pergaruh barat dan agenda penjajahan mereka serta kesannya terhadap agama dan budaya kita.harap-harap kita sama-sama menulis di media massa untuk sedarkan rakyat terutama ruangan surat/forum.Haprap juga pertubuhan2 Islam berusaha mengadakan kursus penulisan bagi melahir golongan Islamic yang berkebolehan dalam penulisan secara berkualiti.Jika kita tidak bejaya ubah pendirian orang besar2 tu apa salahnya kita cari alternatif lain dengan menyedarkan rakyat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 20:38


Harap NGO2 islam kita pergi lah jumpa Pak Lah dan menteri2 terlibat ...nyatakan dukacita umat islah terhadap undang yang dikopi dari barat tu.Lagi pun banyak buruknya ...jika anda gaduh dengan isteri ...dia orang boleh pekenakan anda dengan mendakwa bahawa anda merogolnya ...saja kena 20 tahun penjara.Tu Kalau isteri jahat lah.
Dah undang2 tu dah bagi luang bagi orang jahat nak buat jahat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

din_bisnes
Warga Rasmi
Menyertai: 11.07.2006
Ahli No: 25161
Posting: 1
Dari: pulau indah

Selangor  


posticon Posting pada: 11-07-06 22:01


ana setuju

Bookmark and Share

    


  Member Information For din_bisnesProfil   Hantar PM kepada din_bisnes   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 22:10


macam-macam dunia sekarang!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 22:21


erkk...tak pernah baca/jumpa pula hukuman ni dalam Al-Quran @ Hadith...agama islam tu da cukup indah... :-)
[ Telah diedit oleh: amira_aqilah pada 11-07-06 22:22 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 11-07-06 22:59


Salam...........
memang diakui lelaki berkuasa penuh ke atas isteri dan sebagai seorang isteri wajib menunaikan permintaan suami tetapi sebagai seorang suami juga,mereka perlulah ada sikap bertolak ansur terhadap isteri mereka.bagi saya hubungan kelamin ni memerlukan kerjasama antara dua pihak.maaf jika saya tersilap cakap tetapi pengetahuan mengenai hal ini saya perolehi daripada majalah mingguan wanita.sikap tolak ansur perlu ada.istilah rogol isteri disini bermaksud memaksa isteri melakukan hubungan kelamin tanpa kerelaan mereka.sebenarnya banyak keburukan jika kita memaksa isteri melakukan *** antaranya mereka akan menjadi pendendam,stress,ketakutan dll lain.hidup mereka tertekan dan tidak tenteram.saya bercakap based on fact,reality from the peoples i know.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-07-06 23:22


Assalamualaikum...

memanglah seks dengan isteri perlukan kerjasama dua pihak...tapi takkan suami yang nak seks dari isteri ditakrif sebagai rogol...teruk sangat tu...melampau...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-07-06 23:22


Assalamualaikum...

memanglah seks dengan isteri perlukan kerjasama dua pihak...tapi takkan suami yang nak seks dari isteri ditakrif sebagai rogol...teruk sangat tu...melampau...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 23:27


dalam Islam, tiada istilah suami rogol isteri!

menurut kamus dewan:

rogol: perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan: berlakulah perkara-perkara sumbang seperti ~ dan zina;

merogol: memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan: kesalahan seperti menipu, ~, dan sebagainya adalah menjadi kesalahan jenayah;


Firman Allah s.w.t.: "Wanita-wanita (isteri-isteri) kamu adalah ladang ternakan bagi kamu, maka datangilah ladang ternakan kamu dengan apa cara yang kamu kehendaki." (Surah al-Baqarah, 2: 223)

hubungan seks antara suami dan isteri adalah sah menurut Islam, dan menjadi kewajipan isteri untuk memuaskan nafsu suaminya selagi melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak (yang dilarang adalah liwat).

selain itu, taat kepada suami juga adalah satu kewajipan ke atas isteri, jadi tidak berbangkit si suami boleh didakwa mencabul kehormatan isterinya yang memang sudah menjadi haknya menurut Islam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 11-07-06 23:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 23:46


saya petik dari kitab al-Fiqh al-Manhaji:

Perkara-perkara yang tertakluk ke atas akad nikah yang sah, dari segi hak-hak dan kewajipan (saya petik 2 sahaja):

1- Halal melakukan persetubuhan sesama suami isteri dari segi syarak. Firman Allah s.w.t.: "Wanita-wanita (isteri-isteri) kamu adalah ladang ternakan bagi kamu, maka datangilah ladang ternakan kamu dengan apa cara yang kamu kehendaki." (Surah al-Baqarah, 2: 223)

2- Wajib si isteri mengikut suaminya, mentaatinya, merelakan dirinya untuk suaminya, dan menjaga rumah suaminya.

Imam Muslim telah meriwayatkan: dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seorang isteri tidur meninggalkan katil suaminya, para malaikat melaknatnya sehingga pagi."

Dan dalam riwayat lain: "Apabila seorang suami memanggil isterinya ke katilnya, maka dia (isteri) tidak mendatanginya, maka dia (suami) tidur dalam keadaan marah kepadanya (isteri), para malaikat melaknatnya (isteri) sehingga pagi."


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 11-07-06 23:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fi_shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah

croatia  


posticon Posting pada: 12-07-06 04:15


Pada 11-07-06 22:21 , amira_aqilah posting:

!!! QUOTE !!!

erkk...tak pernah baca/jumpa pula hukuman ni dalam Al-Quran @ Hadith...agama islam tu da cukup indah... :-)






itulah hakikatnya..

:-)


-----------------
Impianku menjadi lelaki acuan Al-Quran..
Doa-doakanlah ek..
Hidup dan matiku kerana ilahi..


Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_shattirProfil   Hantar PM kepada fi_shattir   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 12-07-06 10:23


ISLAM HADARI

I inilah Dunia
S uka membelakangkan Islam
L eka dengan kemajuan
A lpa dengan dengan Keamanan
M embelakangkan Hukum Allah
.....................................................

H alal jadi Haram dah Haram Jadi Halal

A merika lah Dalangnya

Dalam diam meracuni pemikiran kita

A khirnya kita yang hanyut tak bermaya

rasa menyesal tak berguna lagi

I srael pasti tersenyum bangga, agendanya telah berjaya
[ Telah diedit oleh: Akhi_Arab pada 12-07-06 10:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 19:14


Pada 11-07-06 22:59 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

Salam...........
memang diakui lelaki berkuasa penuh ke atas isteri dan sebagai seorang isteri wajib menunaikan permintaan suami tetapi sebagai seorang suami juga,mereka perlulah ada sikap bertolak ansur terhadap isteri mereka.bagi saya hubungan kelamin ni memerlukan kerjasama antara dua pihak.maaf jika saya tersilap cakap tetapi pengetahuan mengenai hal ini saya perolehi daripada majalah mingguan wanita.sikap tolak ansur perlu ada.istilah rogol isteri disini bermaksud memaksa isteri melakukan hubungan kelamin tanpa kerelaan mereka.sebenarnya banyak keburukan jika kita memaksa isteri melakukan *** antaranya mereka akan menjadi pendendam,stress,ketakutan dll lain.hidup mereka tertekan dan tidak tenteram.saya bercakap based on fact,reality from the peoples i know.


    Hmmm kalau memaksa isteri melakukan hubungan kelamin dari segi psikologinya akan menyebabkan isteri strees,pendendam ketakutan dll.Dari pihak suami pulak kalau tak dapat mengadakan hubungan kelamin di waktu rasa nak tu maka rasa stress,marah...juga mungkin dendam dan tak tenang.Sebab tu Nabi bersabda Malaikat melaknat perempuan yang tak layan suami bila suami ajak mengadakan hubungan.
W/apa pun adakah patut suami dikategorikan sebagai perogol dan mungkin akan dikenakan hukuman 20 tahun penjara.Bagaimana pula bila berlaku perselisihan ketara antara keduanya kemungkinan isteri boleh pekenakan suami dengan tuduhan rogol.Adakah anda sebagai orang Islam rasa patut dengan undang2 yang dikopi dari barat ini...???
Saya percaya anda menpunyai banyak alasan sama ada setuju atau sebaliknya ...... tapi cuba fikirkan tentang keadilan dan kesan terhadap agama dan budaya???.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.158023 saat. Lajunya....