Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 88
Ahli: 0
Jumlah: 88




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 4 hari yang lalu
Martyr: 8 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 12 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: TEKNIK MENGESAN PEMBOHONGAN


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» TEKNIK MENGESAN PEMBOHONGAN

Please Mendaftar To Post


Oleh TEKNIK MENGESAN PEMBOHONGAN

zunah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2003
Ahli No: 3189
Posting: 207
Dari: malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 01:49


Assalamualaikum..

Ana nak kongsi sartikel yang ana dapat dari mail mengenai...

Teknik Mengesan Pembohongan

Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah, menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Pinocchio". Teori ini terbukti dalam kes Presiden Clinton. Dalam segmen video 23 minit berkaitan skandal seks dengan Monica Lewinsky, Clinton telah menyentuh hidungnya lebih kurang sekali dalam setiap empat minit. Ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan keadaan beliau ketika bercakap benar, beliau langsung tidak menyentuh hidungnya sama sekali.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan suatu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka-cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba menyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tand tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan 'tidak senang duduk' apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulanya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Cara Untuk Memerangkap Orang Yang Berbohong

Salah satu caranya ialah dengan meminta butiran 'cerita' dengan lebih lanjut. Pada lazimnya 'cerita' yang sedia direka dalam kepala si pembohong hanya setakat tertentu sahaja. Apabila ditanya mengenai butir-butir terperinci, mereka kerap terperangkap kerana belum bersedia. Inilah taktik yang biasa digunakan oleh para peguam dalam menyoalbalas saksi-saksi di mahkamah.


(diubahsuai daripada petikan dalam Mutiara Malaysia, Ogos 1999)

;-)

P/S: Kesimpulannya dcni janganlah suka berbohong... tapi macam MANA ye NAK MENGESAN PEMBOHONGAN DI INTERNET??? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zunahProfil   Hantar PM kepada zunah   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 07:46


syukran alaik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 30-06-06 08:03


semoga dapat memberi pengajaran kepada kita semua...time kacih 4 di tips!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 23:06


emmm macam tu ek...
senang lah kalau saya nak berbohong..
saya cuma perlu elakkan buat apa yang dinyatakan :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 23:52


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah pandainyerr anakanda ana_anua ya nak elak :). Sebenarnya pergerakan itu spontan jadi insyaAllah mudah di kesan.
Secara umum semua orang tidak gemar bila dibohongi. Jadi usahlah berbohong ya. Katakan yang benar walau pahit namun dalam Islam telah disarankan agar berhikmah. Sebab itu perlu mencari ilmu agar setiap niat, perkataan dan perbuatan kita selaras dengan Al Quran dan As Sunnah sehingga natijahnya adalah kebaikan belaka.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Siakap senohong gelama ikan duri
     Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 03-07-06 00:02


salam..
info yang sangat bermanfaat... thank you banyak-banyak :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 00:09


posting yang bagus. ada lagi tak?


-----------------
JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 03-07-06 17:33


!!! QUOTE !!!

Posting pada: 02-07-06 23:52


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah pandainyerr anakanda ana_anua ya nak elak . Sebenarnya pergerakan itu spontan jadi insyaAllah mudah di kesan.
Secara umum semua orang tidak gemar bila dibohongi. Jadi usahlah berbohong ya. Katakan yang benar walau pahit namun dalam Islam telah disarankan agar berhikmah. Sebab itu perlu mencari ilmu agar setiap niat, perkataan dan perbuatan kita selaras dengan Al Quran dan As Sunnah sehingga natijahnya adalah kebaikan belaka.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Siakap senohong gelama ikan duri
     Bercakap bohong lama-lama mencuri.


:-)
acah saja ummimq :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

nazran7
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 19:40


syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazran7Profil   Hantar PM kepada nazran7   Quote dan BalasQuote

syahadah_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16078
Posting: 106
Dari: kualakangsar

Perak  


posticon Posting pada: 03-07-06 20:17


:)


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahadah_muslimah pada 03-07-06 20:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadah_muslimahProfil   Hantar PM kepada syahadah_muslimah   Pergi ke syahadah_muslimah's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 21:37


jauhkanlah diri dari berbohong...
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

alan36963
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 22:16


Owhh.. Ni senang lah nak kena kan orang yang berbohong..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alan36963Profil   Hantar PM kepada alan36963   Quote dan BalasQuote

alan36963
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 22:29


Tapi macam mana kalau orang yang kita tanya kata "tak ada"

Contohnya, sahabat saya buat salah dan saya dapat rasa sesuatu berlaku, bila saya tanya, dia kata tak ada buat apa-apa pun.. macam mana nak tau dia buat salah tak?
Maaf bertanya...


-----------------
Jarang orang malas itu berjaya,
Jarang orang rajin itu gagal...



Bookmark and Share

    


  Member Information For alan36963Profil   Hantar PM kepada alan36963   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-07-06 19:15


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah apabila berlaku sesuatu pertembungan maka jalan keluarnya ialah berdoa. Berdoalah depan orang itu dan sebut -

"Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kepadaku akan kebenaran kata-kata si polan ini sama ada dia berkata benar atau tidak."

Umi rasa si polan tu akan ketakutan kalau masih ada iman dalam hatinya dan kalau selamba juga maka biarkanlah Allah yang memberi ganjaran setimpal dengan pembohongannya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak diterimanya".

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 00:08


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah anakanda alan36963 dah cuba buat ke?

Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - sekali bohong maka akan terus berbohong sebab nak tutup bohong yang pertama itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-07-06 00:17


Pada 03-07-06 22:29 , alan36963 posting:

!!! QUOTE !!!

Tapi macam mana kalau orang yang kita tanya kata "tak ada"

Contohnya, sahabat saya buat salah dan saya dapat rasa sesuatu berlaku, bila saya tanya, dia kata tak ada buat apa-apa pun.. macam mana nak tau dia buat salah tak?
Maaf bertanya...



Di atas hanya tips saja..rasanya tips ini pun valid pada orang yang tak biasa menipu, so bila dia nak tipu memang ada unsur2 diatas...tapi zaman sekarang penipu semua taraf profesional...ehehehe..memang tak boleh detect nya dia tipu kita...dalam kata lain...ayat manisss saja...
kalau dah sampai tahap macam ini, tak boleh buat apa lah..serah lah pada ALLAH melalui doa, kalau kita teraniaya Mudah-mudahan ALLAH bantu kita tapi jangan lah nak dok bersangka macam-macam..nak dok 'rodok' jugak supaya dia mengaku dia bersalah...kalau dia kata tak apa-apa...tak ada apa-apa lah itu..bersangka baik lah...yang lain serah pada ALLAH..Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 07-07-06 01:06


great info..thanks 2 all...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

mardhoti
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.07.2005
Ahli No: 17396
Posting: 201
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 02:40


ya betul :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mardhotiProfil   Hantar PM kepada mardhoti   Pergi ke mardhoti's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-06 06:56


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah nak ingatkan diri dan juga pada yang sudi baca bahawa Kenapa mesti nak berbohong? Mana ada istilah bohong sunat kecuali dalam peperangan dan juga yang dibolehkan apabila suami yang berpoligami demi kebaikan rumahtangga?

Bercakap benarlah kerana apabila mati orang tidak akan ingat lain kecuali baik budi bahasa termasuk tidak berbohong.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Akhlak mulia adalah lambang Islam sejati

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-06 12:42


posting yang bagus...info yang ada manfaat...teruskannn....ana sokong 100%++

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 08-07-06 13:01


ye ke..tapi ada lagi satu tektik kalau berbohong....taktik dia dia diam saja.....siapa lah agaknya tu ek????

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

jejakaislam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 08-07-06 13:52


kalau terpaksa boleh ke bebohong...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For jejakaislamProfil   Hantar PM kepada jejakaislam   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-06 19:33


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah masih ingat tak kisah Imam Syafe'i pergi mengaji dan dibekalkan wang yang diikat dalam bajunya tu? Apabila pencuri bertanya dia beritahu tentang wang tersebut sebab dia ingat pesan ibunya supaya jangan berbohong. Dan akhirnya pencuri itu menjadi seorang Islam yang baik.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Tiada paksaan dalam agama ditujukan kepada orang yang baru nak mengenal Islam bukan yang sudah mengucap dua kalimah syahadat lama sejak lahir!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

alan36963
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 11:17


Terima kasih ummimq sebab beritahu.. Sebenarnya perkara tu tak terjadi lagi tapi senario tu terlintas di fikiran yang sempit ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alan36963Profil   Hantar PM kepada alan36963   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 21:44


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

hangkas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 13:18


terima kasih sahabat. nasihat dan kenyataan mu mengajar erti hidup bersahabat. moga-moga ana berhati-hati dalam mengungkap kata dan becakap. Wallahu alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hangkasProfil   Hantar PM kepada hangkas   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 27-08-06 13:33


jangan lah berbohong

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 13:26


orang yang bohong bila kita tanya dia balik apa yang dikata pada kita,pasti jawapannya tak sama!!! mesti berbelit punya kalau kita tanya dia berkali kali...dan jawapan kali kedua takkan sama dengan jawapan yang pertama..it's truth!!!
so,jangan sekali kali cuba nak berbohong..sekali kita bohong,orang takkan percaya pada kita


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 13:56


siakap senohong....gelama ikan duri.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.289584 saat. Lajunya....