Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 149
Ahli: 0
Jumlah: 149




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 43 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: UMNO isytihar perang terhadap Dr Mahathir??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» UMNO isytihar perang terhadap Dr Mahathir??

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh UMNO isytihar perang terhadap Dr Mahathir??

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 20:18


Nazri isytihar perang terhadap Dr Mahathir
Oleh Wan Hazmir Bakar dan Sazarina Shahrim


Nazri bidas sikap Dr Mahathir cepat lupa


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar), semalam mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup merendahkan kedudukannya sebagai bekas Presiden Umno untuk bersekongkol dengan pembangkang yang pernah menggelarnya Firaun.

imej
Sehubungan itu, beliau mengisytiharkan perang terbukanya dengan Dr Mahathir dan menyarankan bekas Perdana Menteri itu menyertai pembangkang jika ingin terus mengkritik kerajaan.

“Pembangkang tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kami. Beliau (Dr Mahathir) yang menimbulkan masalah. Pembangkang kini lemah, tetapi beliau pula yang membangkang.

“Sekarang duduk dalam parti pun macam pembangkang, lebih baik jadi jantan, keluar dan bangkang kita terus dan senang saya nak hentam. Sekarang kalau nak lawan dia, saya teragak-agak kerana dia bekas presiden kita (Umno),” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab kritikan terbaru Dr Mahathir terhadap kerajaan pada majlis dialog anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan Rakan Media Alternatif di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Sabtu lalu.

Hadir sama pada majlis itu ialah empat pemimpin kanan Pas – Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa Pusat Mahfuz Omar.

Turut hadir ialah Bendahari Parti Keadilan, Rahman Osman, Ketua Penerangan DAP, Ronnie Liu, bekas menteri pusat dan bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff.

Nazri berkata, beliau hairan Kenapa Dr Mahathir sanggup berkongsi platform dengan orang sama yang pernah menyerang dan menggelarnya Firaun serta mahu menghancurkan Umno.

“Malah, Dr Mahathir memperlekehkan Islam Hadhari di depan pemimpin Pas. Menyerang Islam Hadhari adalah taktik murahan untuk menarik sokongan Pas,” katanya.

Beliau berkata, Umno bagaimanapun tidak terlintas untuk membuang bekas presidennya dan percaya desas-desus itu dimulakan Dr Mahathir sendiri selepas menyedari tindakannya menghentam kerajaan sebagai kesalahan besar.

“Saya fikir beliau sedar apa yang dilakukannya adalah dosa besar dan dia tunggu masa untuk dibuang. Kita dalam Umno tidak langsung terfikir nak buang dia, agaknya dia makan cili, dia rasa pedas. Kalau nak keluar pun tak halang,” katanya.

Nazri berkata, beliau kecewa kerana Dr Mahathir melanggar segala janji dengan kerajaan sekarang dan nasihat yang pernah diberikannya kepada pemimpin Umno lain sebelum melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tidak faham, dulu bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno kita menangis cakap Melayu mudah lupa. Sekarang siapa lupa? Melayu lupa atau dia lupa? Dia yang nasihat dulu sayanglah parti, jangan sokong dia secara peribadi tetapi sokong sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Dulu dia kata ikut Presiden, sekarang dia marah Datuk Seri Najib Razak sebab ikut apa saja yang Presiden cakap. Dulu apabila Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Musa (Tun Musa Hitam) lawan dia, dia buang, dia marah. Sekarang bila Datuk Seri Najib sokong Pak Lah dia marah.

“Nampaknya dia dulu tak ikhlas. Saya fikir air mata yang keluar dulu palsu saja,” katanya merujuk peristiwa Dr Mahathir menangis ketika mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan.

Nazri juga menjelaskan, Abdullah tidak akan menjawab persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir kerana menjaga adab ketimuran, lebih-lebih lagi perkara berkenaan sudah dijawab menteri atau pengurusan syarikat berkaitan.

Sebaliknya, katanya, beliau akan sentiasa menjawab segala kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap kerajaan supaya rakyat mengetahui perkara sebenar.

“Bukan Perdana Menteri yang kena jawab, menteri berkenaan kena jawab. Kalau Proton, pengurusan Protonlah jawab. Ini berbeza dengan Tun dulu, dia jawab semua. Dia ada kecenderungan diktator, sebab itu dia jawab semua tetapi Perdana Menteri amalkan sikap liberal dan beri kepercayaan kepada Menteri atau pentadbiran syarikat jawab,” katanya.

Beliau turut mempertahankan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang didakwa menjadi sasaran Dr Mahathir.

“Saya tidak boleh menerima hanya kerana beliau (Dr Mahathir) marahkan seorang yang muda, dia sanggup membakar seluruh parti. Tidak ada apa yang tidak kena dengan dia (Khairy).

“Orang berusia 81 tahun nak bergaduh dengan orang muda berusia 31 tahun, carilah lawan lain yang sesuai,” katanya sambil menyanggah dakwaan beliau dan menteri lain mengikut telunjuk Khairy.


Dipetik dari: Berita Harian Online


p/s: Dr. M dah jadi ketua pembangkang sekarang ni ye... :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 27-06-06 20:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 20:30


kerajaan yang macam cacing kepanasan....setiap hari disogokkan dengan propaganda..."jangan pertikaikan keikhlasan saya"...aduhai...kononnya lah..."sekejam" mahathir dulu..tak pula beliau sebarkan propaganda tentang apa yang beliau buat untuk negara..dulu kata buat highway membazir sekarang tengok siapa yang untung..pertanyaan mahathir tak juga dijawab tu....

kalau kerajaan tak boleh dikritik bila melakukan kesalahan...habislah....lingkup negara......

kena jaga adab ketimuran sedangkan dahulu menteri ni yang melenting bila dikaitkan dengan permit teksi dan tuduhan rasuah oleh pegawai BPR...


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 27-06-06 21:06


dunia kian tua....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 21:53


gamat sih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 22:19


Pak Lah dah sebut nak jihad dalam ekonomi dan jihad banteras dadah.

nak tunggu pak Lah isytihar jihad ke atas Dr. M pula :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 22:34


entah apa benda....

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 23:16


Assalamualaikum.

     Sepatutnya nazri dan umno mengisytiharkan perang terhadap punca2 yang membawa kepada sengketa ini iaitu fahaman kebangsaan yang mengambil islam separuh2 dan amalan kronisme, korupsi dan pembaziran serta kembali kepada islam.

sesungguhnya amaran Allah itu adalah benar iaitu jika kamu mengikut jalan yang selain daripada jalanKu nescaya kamu akan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 23:25


Alhamdulillah, sama-sama kita berdoa supaya Tun bersama-sama dengan Barisan Alternatif.

Pembangkang sebelum ini bukan menghina dan mencerca Tun tapi ingin mengingatkan dan menyedarkan Tun tentang kesilapannya.

Semoga Tun kembali sepenuhnya kepada Islam yang satu.

TAKBIR !!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 00:09


Pada 27-06-06 23:25 , AzmilMustapha posting:

!!! QUOTE !!!


Pembangkang sebelum ini bukan menghina dan mencerca Tun tapi ingin mengingatkan dan menyedarkan Tun tentang kesilapannya.


owh really? what about gelaran 'mahazalim', 'mahafiraun' dll yang diulang2 setiap kali berceramah atau dalam artikel2 yang dipaparkan di laman2 BA?

p/s: ibnu_musa, bukankah topik2 pertembungan Pak Lah & Tun M dah banyak dalam ni, Kenapa enta buka topik baru?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 28-06-06 00:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 00:32


Assalamualaikum.

    Nama asal abu jahal adalah abal hakim yang bermaksud bapa kepada orang bijaksana. namun begitu kerana dia ni kuat sangat menentang islam terang-terang maka rasulullah SAW sendiri telah memanggil bapanya sendiri dengan gelaran abu jahal, iaitu bapa bagi orang-orang jahil, bapa saudara baginda sendiri tu.

firaun adalah gelaran bagi mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh, tetapi mengunakan segala kekuatan kuasa pemerintahan, instrumen2 kerajaan untuk menindas rakyat jelata.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 01:07


Pada 28-06-06 00:09 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

owh really? what about gelaran 'mahazalim', 'mahafiraun' dll yang diulang2 setiap kali berceramah atau dalam artikel2 yang dipaparkan di laman2 BA?

p/s: ibnu_musa, bukankah topik2 pertembungan Pak Lah & Tun M dah banyak dalam ni, Kenapa enta buka topik baru?


saudara fathurrahman, saya ada cek juga tajuk2 yang lepas, tapi tak ada yang sesuai, tak jadi nak paste kat situ.

kali ni bukan pasal pertembungan saja, sekarang dah mula berperang dah!

memang menarik senario politik negara kita sekarang, bekas PM mengganas semula...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 28-06-06 01:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 28-06-06 01:41


-dalam isu ni aku baca harakah saja... dr M u right...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 28-06-06 01:59


betul ke Dr M right? bagaimana kalau pembangkang menang...pastue dia gabung dengan PAS dan suruh ikut cara dia??kita kan tau dia sekular sikit??Adakah dengan bersetongkol dengan dia untuk menang dan akhirnya kita gadai perjuangan yang kita pegag selama ini sebab ikut cakap dia dan dia dah berjaya menangkan pembangkang??

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 28-06-06 02:07


lah..awat hang nak BERSETONGKOL dengan dia... sekongkol lah bang oii... aku rasa lah dalam isu tertentu dia betul... pembangkang boleh guna kepakaran dia apa... apahal nak gadai2 pula... tak payah gadai² lah... dr M ™

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 02:14


bagi saya Dr. M memang di pihak yang benar tentang isu-isu yang dia bangkitkan, memang betul pun kerajaan sekarang banyak buat kesilapan dan pembaziran, lagipun dia tiada kepentingan lain selain membongkar dan mengkritik kesilapan2 yang kerajaan lakukan sekarang.

tapi kalau untuk menyertai pembangkang, atau mentadbir negara bersama pembangkang, dia pun tak berminat agaknya, dah 22 tahun dia perintah Malaysia, dah "lama" dah, lagipun dia sendiri yang letak jawatan tu.

p/s: nampaknya ahli2 Umno sekarang dah jadi macam cacing kepanasan, tak tahan dikritik oleh bekas mahaguru sendiri :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 28-06-06 02:19


Em ye lah agaknya..apa pun pendapat individu anda saja memandangkan ada statement 'agaknya'...

p/s : jadi sama-sama lah kita tunggu dan lihat

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 04:18


Pada 28-06-06 00:32 , lidah-penghunus posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.

    Nama asal abu jahal adalah abal hakim yang bermaksud bapa kepada orang bijaksana. namun begitu kerana dia ni kuat sangat menentang islam terang-terang maka rasulullah SAW sendiri telah memanggil bapanya sendiri dengan gelaran abu jahal, iaitu bapa bagi orang-orang jahil, bapa saudara baginda sendiri tu.

firaun adalah gelaran bagi mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh, tetapi mengunakan segala kekuatan kuasa pemerintahan, instrumen2 kerajaan untuk menindas rakyat jelata.


abu jahal, abu lahab tu kafir musyrikin & jahil muraqab. Tun M setaraf dengan depa ke? Nabi Musa pergi berdakwah pada firaun yang sezalim2 manusia tu pun Allah perintahkan guna perkataan yang lemah lembut, antum dah lupa?

bagaimana dengan menggelar mahafiraun boleh menyedarkan Tun M tentang kesilapannya?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 28-06-06 04:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 06:38


takkan tatau lagi agaknya pembangkang kat malaysia ni...

dulu kutuk sekarang sokong pulak...kalau ada yang boleh bagi kepentingan politik kat pihak sendiri....parti lalang...bila parti lain buat haram...sureheboh tu haram..tak boleh bersekongkol dengan parti bukan Islam..tapi bila parti Pas buat halal balik...yang sebelum ni kata haram lah maksiat lah tak kisah dah...janji Pas buat semuanya halal...tadi haram ni halal pulak..

iye ke mahathir diktator....dulu kata mahathir ni mahafiraun lah mahazalim...tak pulak mahathir ambil tindakan saman pun....ist ist ist...diktatornya mahathir pasal tak ambil tindakan terhadap apa yang dituduh oleh pembangkang.....

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 08:57


sebenarnya apa yang terjadi adalah hasil MAQBUL nya doa Allahyarham ustaz Fadzil noor. Allahyarham berdoa supaya TUN panjang umur dan dapat melihat KESAN pemerintahannya selama 22 tahun yang telah menghancurkan negara dari segi sosial, fahaman agama, ekonomi, demokrasi dan kebudayaan.

BIARLA tun melenting.dia telah lihat sendiri kesan pemerintahan BN yang buruk tu....

PEMBANGKANG bukan buta tuli....tetapi menyatakan hak pada yang benar dan salah pada yang batil...pembangkang tak pernah sanjung/sokong tun dalam hal ni...mereka cuma membenarkan apa yang tun cakap.

lagipun mereka dah cakap benda ni dah lama dah sejak zaman tun lagi.tun yang baru cakap hal ni sebab baru sedar yang pemerintahan BN ni teruk/korup...

lagipun pembangkang mereka hadir sebagai hadirin untuk mendengar sendiri ucapan tun....seperti mana pembangkang hadir ke majlis bersama tun masa di PM dulu (dah lupa ke majlis kat DBP,PWTC,Kota bharu tu)...

jomheboh HARAM kerana konsertnya dan aktiviti sosialnya yang bercanggah dengan syara'....bukan karnival jualannya...Kalau sekadar jomheboh dengan karnival jualan dan konsert nasyid apa salahnya....

dik oi jangan hentam keromo saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 28-06-06 09:19


Em biasala Dr M.. dia ingat dia PM lagi agaknya nak suruh semua orang ikut cakap dia? Dulu boleh lah dia buat macam itu...Ramai orang bawah dia...siapa berani lawan dia masa dia PM dulu..sekarang Sorry lah...lagipun anak2 sekutu dia yang tak nak ikut cakap dia..dulu pun dia yang ajar macam itu..suruh taat pada pemimpin terutama puncak tertinggi ahli MT UMNO...so sekarang orang taat lah pada Pak Lah..pastue yang nak melenting pasal apa??Hang yang ajar anak buah hang mcmtue...sekarang xikut nak join pembangkang pula....dulu PAS bukan main gila2nye kutuk..alahai Dr M..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Bi-klate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24818
Posting: 156
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 09:44


Tengok sekarang ni umno dah brpecah.Itu lah balasan orang yang menentang dan ingin menghncrkan pergerakan Islam.....dulu ckap macam-macam kat pembangkang. Cakap dia semuanya betul..sesiapa yang lawan cakap dia terus di Gam dan masuk thnan ISA...jadi orang macam ni tahan jugalah kat ISA...Allah akan beri balasn cash orang yang ingin menghancurkan pergerakan Islam. Ana nak bagi pesanan...tolong jangan kaitkan pertelingkahan Dr.M Vs Kerajaan dengan pihak pembangkang........

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bi-klateProfil   Hantar PM kepada Bi-klate   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 28-06-06 09:48


Islam Hadari lah katakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 28-06-06 10:36


Dr. Mahathir...ana tak kan lupa apa dia dah buat pada family ana... bukan dendam..tapi kenangan pahit tu tak kan luput dari ingatan... semoga beliau mendapat hidayah dariNYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 10:57


kita tengok apa jadi lepas ni....
dunia menuju akhir zaman....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 11:53


rasanya sebelum beri komen pasal dr M, ada baiknya jika sahabat sekalian dengar dulu ucapan dr M......memang ada benarnya apa yang dr M cakap "bagi Malaysia kat Pak Lah ibarat bagi bunga kat beruk"

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 11:55



    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 13:55


amboi ketawa besar nampak ibnu_musa...
suka sangat ke?
hmmm....entah apa-apa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 18:04


kita jangan ingat golongan2 yang memusuhi islam ni orang2 kafir saja. orang-orang dalam islam sendiri pun ramai yang memusuhi islam, menjadi musuh dalam selimut.

seperti yang telah saya sebut mahaday digelar mahazalim dan mahafiraun semasa beliau masih menjadi pemerintah dan bertindak zalim ketika zaman pemerintahan beliau. sekarang ini beliau bukan lagi sebagai penguasa, jadi tidak ada sebab untuk beliau digelar mahazalim atau mahafiraun, satu lagi yang perlu kita ingat, mahaday sendiri yang mengaku bahawa beliau adalah mahafiraun.

sampai sekarang ini Pas tak pernah setuju dengan pandangan sekular, liberal dan sikap beliau terhadap anwar ibrahim. namun begitu kita boleh senada dengan beliau dengan isu-isu yang menyentuh kepentingan nasional. malahan di zaman kita masih gelar beliau mahazalim dahulu pun kita masih lagi sependapat dengan beliau dalam hal2 kepentingan nasional, malahan al marhum ustaz fadhil noor sendiri pernah berucap satu pentas dengan beliau dalam isu umat islam palestin.

tidak timbul isu pas menyokong atau mengipas mahaday, pas hanya menyokong kebenaran. bagaimana pun Pas akan terus berpegang kepada dasar iaitu islam. bagi puak2 yang tak senang dengan pas ini biasa lah, apa juga yang pas buat mereka tetap tidak akan senang. sebab dah niat mereka memang tak senang dengan pas sebagai gerakan islam.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
[ Telah diedit oleh: lidah-penghunus pada 28-06-06 18:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 18:28


kasihan. Mari kita raikan Mahathir kerana isu ni, bukan kerana kita lupa 'penangan' beliau kepada pencinta Islam di Malaysia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

lebah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20760
Posting: 64
Dari: Fac Sc, UMKL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 18:48


“hendaklah kita menilai seseorang itu pada masa sekarang dan bukannya pada masa yang lalu”

begitulah kurang lebih kata-kata mutiara yang saya masih ingat. So kalau dulu tun mahathir pernah digelar firaun ke…abu lahab ke…etc… itu bukan alasan untuk kita terus menolok beliau dari dulu…kini dan selamanya….

Jika kita menyingkap sejarah silam ada juga raja-raja yang lebih zalim daripada tun mahathir tetapi akhirnya menjadi raja yang baik setelah mendapat hidayah. Kita sama-samalah berdoa semuga tun mahathir akan terus diberi hidayah dan bersama pula dalam perjuangan islam yang sebenar. Ada pun isu-isu yang dibangkitkan itu ada juga betulnya seperti kesilapan, pembaziran, penyelewengan etc yang sewaktu dengannya adalah satu realiti dan rakyat seharusnya menerima dengan terbuka tak kira siapa yang kata. pembangkang ke…pihak kerajaan ke dan sesiapa saja apa salahnya kalau perkara yang benar.

Apa yang penting isunya sekarang marilah kita semua dan mahathir sama-sama istihar perang kepada umno dan bn yang membawa fahaman sekular, mengambil islam yang berkepentingan materialistik saja dan meninggalkan sebahagian lain lagi yang tidak ada kepentingan materialistik disamping amalan kronisme, korupsi, penyalahgunaan kuasa, pembaziran etc...

berkenaan apa jua perbalahan diantara beliau dengan anak-anak buahnya pula, selesaikan secara baik dan sebaik-baik jalan penyelesaian ikutlah acuan islam sebagaimana dalam firman allah yang bermaksud :

“Hai orang mukmin, hendaklah kamu taati Allah dan hendaklah kamu taati Rasul dan mereka yang berkuasa di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu rujuk kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Ini lebih baik dan jalan penyelesaian yang elok.” (4:59)


-----------------
iCaM SeLaMat
"kalau kita boleh tunaikan apa yang allah mahu, nescaya allah akan tunaikan pula apa yang kita mahu".(H.Riw At-Tabrani)


Bookmark and Share

    


  Member Information For lebahProfil   Hantar PM kepada lebah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 18:50


huh.....
no komen....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 21:02


tengok juga kat berita hari ni,datuk seri nazri pun tujuk hebat bidas tun...

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 21:07


psstt....

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini (11 April 2005) diberitahu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan yang ditubuh semasa Pas melarikan sebuah kereta rasmi dan gagal memulangkannya hingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, IKS dan Peniaga Kecil Negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, mendedahkan Kerajaan Pas melantik rakyat luar Terengganu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Food Development Corporation Sdn Bhd (TEFDEC) yang diberi gaji pokok RM10,000 sebulan dengan kenaikan 12.5 peratus setahun.

Selain itu, beliau yang dilantik memegang jawatan itu mulai 1 Julai 2003 turut dibayar elaun apartmen RM1,300 sebulan dan kenderaan RM600 serta bonus RM20,000 setahun.

Beliau menjelaskan penubuhan syarikat tersebut tidak membawa sebarang keuntungan, tetapi membazirkan wang kerajaan semata-mata.

Selepas ditamatkan kontraknya, pegawai berkenaan membawa bersama-samanya sebuah kereta mewah rasmi milik kerajaan dan masih tidak memulangkannya sehingga hari ini.

Dalam perkembangan lain, sidang DUN turut diberitahun terdapat 17 premis di Kemaman menjalankan kegiatan snuker secara haram semasa Pas.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Ahmad Said menjelaskan Pas tidak mengeluarkan satu pun lesen snuker di daerah tersebut tetapi tidak mengambil tindakan bagi mencegah kegiatan itu kerana kepentingan politik mereka.

Selepas Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah mengambil tindakan mengeluarkan notis dan kompaun kepada pengusaha terbabit dan enam pengusaha dikenakan kompaun RM6,000.

psssttt.....

Akar Umbi Kecewa Pas Tidak Demokrasi

Oleh Mohd Zahani Sulong

KUALA TERENGGANU -- Dakwaan rencana pengarang Harakah keluaran terbaru bulan ini bahawa Pas lebih terbuka demokrasi dalam pemilihan kepimpinan berbanding Umno merupakan bukan datangnya dari akar umbi.

Keluh kesah akar umbi Pas yang disekat dan dihalang daripada mencalonkan tokoh muda dan professional bagi mengekal tokoh lama atau orang tua dalam Pas kedengaran dimana-mana di peringkat bawahan.

Dakwan rencana pengarang berteraskan pengampuan kepada pemimpim tertentu membuktikan Pas tidak telus dalam mengamalkan sistem demokrasi di negara ini dan bukannya realiti yang sebenar terjadi kepada ahli Pas diperingkat akar umbi.

Kebanyakkan mesyuarat ranting (Cawangan) dan Cawangan (Bahagian) tidak ubah seperti mesyuarat tertutup bagi memastikan pencalonan tidak diperolehi oleh golongan muda dan professional dalam parti itu.

Amaran demi amaran dan berulang kali dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kepada pemimpin peringkat akar umbi membuktikan terdapat unsur tidak telus dalam pemilihan kali ini.

Pencalonan barisan kepimpinan Pas dalam Muktamarnya ke-51 di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1 hingga 5 Jun depan sepatutnya melukiskan wajah baru dalam kepimpinan parti tersebut tetapi lain pula yang terjadi disebaliknya.

Barisan kepimpinan tua takut dengan kemaraan kepimpinan baru lagi muda dan professional lalu meletakkan Ketua Penerangan Muslimat Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud untuk bertanding Naib Presiden Pas bagi memecah menopoli undi barisan muda dikalangan perwakilan Muslimat Pas dimuktamar tersebut.

Inilah senjata terakhir bagi kepimpinan tua dalam Pas untuk mempertahankan kedudukan mereka dan jika berlaku perlawanan senjata tersebut tidak berkesan sudah pasti kepimpinan tua dalam Pas akan jatuh merudum.

Penampilan Dr Siti Mariah oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilihat dari politikmua Nik Aziz dan kepimpinan tua dalam keadaan terdesak hingga sanggup melanggar fatwa Dewan Ulamak Pas yang dibuat olehnya sebelum ini.

Lidah memang tidak bertulang, mereka sanggup membuat apa sahaja fatwa berasaskan kitab-kitab ada padanya dan mengetepikan ilmu orang lain menyebabkan kewibawaan Dewan Ulamak Pas menjadi seperti “tunggul kayu hanyut” cukup mudah dilanggar dan menafikan apa yang dibuat olehnya sendiri.

Percaturan pemilihan kali ini bukan sahaja dilihat sebagai “Pas mencari ubat kepada penyakitnya” akibat kalah teruk dalam pilihanraya umum 2004 tetapi juga mengekalkan perjuangan yang kenali sangat jumud dan ditolak oleh rakyat sehingga Pas hilang pemerintahan di Terengganu dan menang tipis di Kelantan.

Dalam pemilihan kali ini juga dilihat Datuk Mustaffa Ali, dari Terengganu, Naib Presiden Pas yang ditarik oleh kumpulan Datuk Dr Hassan dari kerusi nombor satu kepada kerusi nombor tiga dalam pemilihan lalu akan tersingkir dalam pemilihan kali ini.

Begitu juga dengan barisan pemimpin Pas dari Terengganu berada dalam Jawatankuasa Agong Pas, seperti Datuk Wan Mutalib Embong dan beberapa orang lagi yang dianggap “sekaki” dengan Hadi Awang akan ditumbangkan.

Usaha menumbangkan Mustaffa Ali dan mereka yang sekaki dengan Hadi memang jelas kerana bagi kumpulan muda yang aktif menjalankan adudumba dalam Pas kerana mereka menyifatkan Mustaffa Ali dan Wan Mutalib Embong merupakan “duri” yang merosakkan kerajaan Pas di Terengganu yang tidak harus dikenalkan.

Sekaligus akan memudahkan usaha golongan muda menumbangkan Hadi Awang sebagai Presiden, kalau tidak dalam pemilihan kali ini, akan berlaku dalam pemilihan di muktamar akan datang .

Perancangan begini permah dibuat oleh kumpulan Hadi Awang selaku Naib Presiden dan Mustafa Ali, selaku Ketua Dewan Pemuda Pas menggulimngkan Datuk Asri haji Muda dalam pemilihan di muktamar Pas 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur.

Nik Aziz juga terbabit bagi menggulingkan Datuk Asri ketika itu kerana beliau selaku Ketua Dewan Ulamak Pas tidak membuat kenyataan akhbar melarang atau menegur kumpulan muda, Hadi Awang dan Mustaffa bertindak keras mahu menggulingkan Datuk Haji Asri dengan tanpa perasaan belas kasihan.

Bagaimanapun apa yang terkandung didalam hati perwakilan Muktamar Pas kali ini tidak diketahui namun semangat radikal masih banyak terhimpun dalam jiwa ahli Pas, termasuk perwakilan pada 1 hingga 5 June ini.

Penulis juga tertarik dengan komen Pengarang veteran, saudara Said Zahari dalam akhbar Harakah keluaran bulan ini kerana menggambarkan Pas masih belum matang dan terbuka serta masih jauh daripada menuju hakikat dan realiti kepada agenda perjuangannya.

Katanya, Pas berjuang berteraskan apa yang sukar difahami oleh rakyat Malaysia seperti agenda Hukum Hudud dan Qisas dan Negara Islam, sebab itu Pas sukar mendapat kepercayaan rakyat.

Bagaimanapun, penulis harap saudara Said Zahari patut tahu secara mendalam bahawa perjuangan Pas yang dibawa oleh Hadi Awang dan Nik Aziz bukannya perjuangan yang berasaskan kepada mana-mana Negara dan bangsa didunia ini, sebab itu pergerakan politik Pas tidak dapat berpijak di bumi yang nyata di negara ini.

Pas tersepit dengan agendanya berpegang dan menaruh kepercayaan kepada bentuk dan corak perjuangan yang dibawa golongan “Attakfir Wak Hijrah” yang kononnya mahu menguasai dunia dengan kekuasaan dan pemerintahan Islam di seluruh dunia.

Pelbagai pendekatan yang dibuat oleh Pas dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat di negara ini, termasuk mengkafirkan ahli Umno selain menerusi pendekatan ganas, keras kepala tidak bertempat dan bersikap kasar secara membuta tuli.

Imej Pas memang tercalar dengan teruknya di Malaysia kerana sikap dan pembawaan perjuangan sonsang ke dalam negara Malaysia hinggakan rakyat Malaysia yang menyokong Pas tidak mengetahui kemana matlamatnya di negara ini.

Sebab itu golongan professional muda dalam Pas menyedari bahawa perjuangan Pas ala Hadi Awang dan Nik Aziz tidak releven lagi kerana ia tidak berpijak pada bumi Malaysia dan mahu mengubah senario tersebut supaya Pas menjadi releven berpijak di bumi Malaysia.

Kenyataan Hadi Awang dan Nik Aziz sebalum ini banyak membuktikan bahawa perjuangan Pas bukan untuk satu-satu bangsa dan satu-satu negara, malahan untuk semua bangsa dan negara di dunia ini.

Arah tuju Muktamar Pas ke 51 kali ini untuk meletakkan asas kukuh kepada Pas masih samar-samar kerana perjuangannya yang masih dikuasai golongan tua.

Ada pihak mendakwa tidak mustahil Pas akan meniru kaedah perjuangan Umno memberi tumpuan kepada membela nasib orang Melayu dan agama Islam selain bergerak seiring dengan hasrat pembangunan negara kerana keseluruhan kepimpinan Pas pusat dikuasai orang Melayu dan perjuangan Pas tidak harus terpesong terlalu jauh daripada asas kehidupan kaum keluarga kepimpinan dan ahlinya.

Perwakilan Muslimat Pas dalam Muktamar Pas ke 50 pada Ogos 2004, memperakukan kehebatan dan pendirian keterbukaan Puteri Umno menjalankan tugas dan tanggungjawab dan mengesyorkan Pas menubuhkan Serikandi bagi menyaingi Puteri Umno.

Hadi Awang yang terkenal dengan sikap ago dan angkuh, sombong dan keras hati untuk menerima pendapat orang lain sebagaimana diberitahu oleh beberapa pemimpin Pas yang menjadi Exco semasa Pas berkuasa di Terengganu dulu, terpaksa menerima cadangan tersebut.

Walaupun dengan pelbagai dalih bagi menyahut pandangan tersebut bagi menubuhkan “Serikandi Pas”, akhirnya Hadi Awang berjanji akan membawa isu itu dalam Munaqasyah (Konvensyen) Pas namun hingga sekarang tidak ada keputusan muktamad dibuat.

Isu tersebut mungkin dihiduplan semula dalam Muktamar Pemilihan Pas kali ini kerana desas-desus daripada anggota Dewan Muslimat Pas Terengganu dan Kelantan menyatakan, isu tersebut perlu diulangi semula.

Dewan Muslimat Pas Terengganu dan Kelantan perlu sedar bahawa Hadi Awang sangat tidak suka menyebut Umno atas nama kebaikan, dia akan menyebut Umno atas kepentingan bagi mengkafir ahlinya, kerajaan negeri dan seumpamanya namun terpulang kepada Dewan Muslimat Pas melembutkan hati dan mendinginkan perasaan Hadi Awang.

psst...kronisme....

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan memberi jawapan tidak relevan serta fakta yang salah berhubung kegiatan pembalakan dengan berselindung di sebalik pengeluaran lesen perlombongan.

Ketua Pembangkang, Datuk Annuar Musa (BN-Kok Lanas), berkata beliau mempunyai cukup bukti mengenai kegiatan itu yang turut mendapat kerjasama perunding bagi mengesahkan kawasan yang dipohon mengandungi emas bagi mempengaruhi Jawatankuasa Mineral Negeri untuk kelulusan.

“Sebenarnya, mereka yang memohon lesen perlombongan bukan untuk melombong tetapi untuk mendapatkan balak. Mereka yang terbabit adalah kroni dan wakil rakyat mereka sendiri.

“Penebangan balak cara ini di sisi negeri tidak kelihatan haram kerana kawasan itu digazetkan atas nama lesen dan kawasan perlombongan, maka ia menjadi halal,” katanya kepada pemberita ketika sidang Dewan Undangan Negeri berehat, di Kota Darulnaim, semalam.

Katanya, perkara itu adalah rahsia terbuka memandangkan syarikat yang memohon lesen perlombongan tidak mempunyai latar belakang perlombongan dengan modal berbayarnya juga tidak cukup untuk kegiatan itu,” katanya.

Semalam Annuar turut menamakan bekas Adun Gual Ipoh Mohamad Kamil Harun sebagai seorang daripada pemegang lesen perlombongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Husam Musa ketika menggulung perbahasan menjawab persoalan itu semalam berkata, lesen diberikan kepada Mohamad Kamil pada 1 Januari lalu, selepas tidak lagi menjadi wakil rakyat sebenarnya tidak tepat.

Annuar berkata, kerajaan negeri sebenarnya membuat tawaran lesen perlombongan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) seawal 2002 kepada syarikat, Kencana Tiara, yang dimiliki Mohamad Kamil.

“Dalam kertas dikemukakan kepada Lembaga (Pengarah PKINK) disebut dalam Perkara 4.3, pemilik syarikat ini (Kencana Tiara) Mohamad Kamil Harun dan ketika itu beliau adalah juga seorang Adun Gual Ipoh pada masa mempertimbangkan kawasan perlombongan yang diberi kepada syarikatnya.

“Kita ada cukup bukti, bekas YB ini terbabit membuat permohonan (lesen perlombongan tetapi bertujuan mengeluarkan balak) dengan kerajaan negeri.

“Tetapi, kerajaan negeri bila ditanya dalam soalan bertulis pada sidang DUN kelmarin, (Husam) menjawab tidak ada wakil rakyat (Pas) terbabit. Ini bermakna sekali lagi DUN digunakan untuk nak menutup perkara ini,” katanya.

Katanya, pada sidang DUN akan datang kita (wakil BN) mungkin mengemukakan usul mengenai perkara ini kerana kita tahu wakil kerajaan negeri sentiasa memberi jawapan tidak tepat dan tidak relevan dengan soalan yang diberikan wakil BN.

psst...

KOTA BHARU: Ketua pembangkang, Datuk Annuar Musa (BN-Kok Lanas) mendakwa tindakan Kerajaan Pas Kelantan menukarkan status 8,000 hektar kawasan rezab hutan kepada perlombongan sejak 1992, menyebabkan negeri ini kerugian hasil kira-kira RM80 juta.

Beliau mendakwa, lebih mengejutkan daripada 57 lesen melombong yang diluluskan kerajaan negeri sepanjang tempoh itu, hanya satu konsesi saja tanah lombong seluas kira-kira 200 hektar.

"Semua pemegang lesen lain sebenarnya adalah untuk mendapatkan balak di kawasan konsesi itu," katanya ketika membahaskan rang perbekalan tambahan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, semalam.

Annuar berkata, beliau percaya beberapa perunding turut bersubahat dengan pemohon bagi mengesahkan kawasan yang dipohon itu mengandungi emas kerana laporan kajian mengenainya mampu disiapkan dalam tempoh empat hari.

Katanya, kebanyakan pemegang lesen sekadar ejen kepada tauke dari luar Kelantan dan mereka hanya mendapat komisen antara empat hingga lima peratus daripada projek terbabit.

Beliau turut menamakan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh, Mohamad Kamil Harun, sebagai seorang daripada pemegang lesen pelombongan di negeri ini.

Katanya, banyak permohonan dikemukakan sepanjang 2003 hingga 2005 dengan menggunakan taktik sama dan mahu Kerajaan Pas Kelantan menyiasat perkara terbabit.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberi maklumat salah apabila menyatakan tiada Adun diberikan lesen melombong apabila pertanyaan mengenai perkara dibangkitkan ketika persidangan Dewan Disember lalu.

"Sepatutnya, Exco kerajaan negeri yang memberi jawapan ketika itu dihadapkan kepada jawatankuasa khas untuk memberi penjelasan terhadap tindakannya itu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Husam Musa, ketika menggulung perbahasan berkata, ketika ini hanya dua syarikat menjalankan aktiviti melombong di negeri ini.

Beliau mengesahkan, 57 syarikat diberi lesen melombong sejak 1992 tetapi kebanyakannya sudah menyelesaikan kegiatan perlombongan mereka, manakala selebihnya baru mendapat kelulusan dan belum lagi memulakan perlombongan.

Katanya, lesen perlombongan yang dikeluarkan kepada Mohamad Kamil pula diberi pada 1 Januari lalu selepas beliau tidak lagi menjadi Adun.

lainkali jangan suka-suka nak label orang...dulu kata mahafiraun lah mahazalim lah....sekarang kan dah kena jilat balik apa yang dikata dulu..dah tu..tak mengaku pulak tu lagi...

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 21:31


sdra trouver_99, kalau nak copy & paste berita banyak-banyak pun letaklah sumber daripada mana enta dapat berita tersebut............isu balak tu setahu ana YB Husam dah jawab pun


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 23:19


sedari dulu saudara trouver_99 memang ada banyak koleksi artikel2 begitu, suka ye simpan artikel2 yang kutuk Pas tapi Kenapa tiada link? hurm, boleh percaya ka?

pelajar2 IPT diajar untuk membuat nota kaki supaya sumber rujukan yang diberikan boleh dipercayai, maybe ada di antara sabahat2 ukhwah yang belum masuk IPT sebab tu tak tau...

artikel kat atas tu semua isu yang dah lapuk, entah dari tahun berapa lagi, delete saja lah buat apa simpan lagi dalam stok :lol:

p/s: kita berbincang pasal parti Pas ke Umno ni? :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 00:03


Pokoknya dalilnya mana???


-----------------
Usahalh sepahit hempedu, insyaallah kejayaan datang semanis madu.... Muhammad s.a.w sudah tiada, tnggjawab kita smbng dkwah Islam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 00:39


Dr Mahathir nafi cetus perang terhadap kerajaan
Oleh Hassan Omar dan Wan Hazmir Bakar


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menafikan beliau cuba mencetuskan perang terhadap kerajaan, sebaliknya mendakwa hanya menyuarakan pendapat peribadi berikutan â€kesilapan yang dilakukan kerajaan,’ bertujuan membolehkan Malaysia mencapai Wawasan 2020.

“Tidak ada perang terbuka. Kritikan bukan peperangan. Mereka cuba kata ini perang antara saya dengan Perdana Menteri. Ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya juga dikritik,” katanya.

Memberitahu sidang media selepas Forum Pertukaran Global â€Menangani Cabaran Global dalam Dunia Tidak Menentu’ di sini semalam, Dr Mahathir menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai â€budak suruhan’ kerajaan dan Umno untuk memburuk-burukkan imejnya.

Malah, katanya, Nazri tiada hak untuk menyarankan beliau meninggalkan Umno dan menyertai pembangkang.

“Saya tidak menghiraukan pendapat Nazri. Memanglah dia â€hatchet’ (kaki pukul). Saya tahu, sekarang ada proses memburuk-burukkan saya seolah-olah saya ini syaitan. Apabila sampai ke tahap saya dianggap sebagai syaitan, saya akan dipecat daripada Umno.

“Mereka menuduh saya menggunakan landasan pembangkang. Saya cuma memberi syarahan dalam program (dialog anjuran gabungan badan bukan kerajaan dan Rakan Media Alternatif) itu. Saya bukan penganjur. Kalau orang Pas hendak datang, saya tidak boleh halang,” katanya.

Kelmarin, Nazri, yang mengisytiharkan perang terbuka dengan Dr Mahathir dan mempersoalkan tindakan bekas Presiden Umno itu kerana bersekongkol dengan pembangkang, mencadangkan beliau menyertai pembangkang jika ingin mengkritik kerajaan.

Dr Mahathir, yang diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Umno bukan milik Nazri, sebaliknya milik masyarakat Melayu.

“Siapa yang hendak kecewa dengan Nazri? Umno bukan milik Nazri. Parti milik Melayu. Dia tidak ada hak hendak suruh orang itu keluar, orang ini keluar. Dia belum beranak saya sudah jadi ahli Umno.

“Ini tidak akan menghentikan saya untuk mengkritik. Saya tidak ada cita-cita untuk kembali sebagai Perdana Menteri atau Ahli Parlimen. Umno adalah milik rakyat. Setakat ini saya tidak melanggar Perlembagaan Umno,” katanya.

Sementara itu, Nazri pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri berhubung kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan.

Nazri berkata, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sepatutnya menyanggah perkara yang beliau nyatakan kelmarin, bukan sekadar menggelarnya sebagai tukang pukul.

"Bagi saya, bila anda tidak dapat menyanggah perkara yang saya bangkitkan, anda sekadar memberi ulasan biasa seperti mengatakan saya tukang pukul. Sanggahlah apa yang saya cakap sebagai pembohongan. Katakan Nazri tidak bercakap benar, saya mahu mendengarnya.

"Saya tidak terjejas langsung dengan panggilan tukang pukul itu. Saya masih seorang menteri, saya mempertahankan kerajaan. Kita bercakap mengenai ekonomi merosot, ini semua kerana dia. Dia yang menyebabkan masalah. Seluruh dunia tahu bagaimana bekas Perdana Menteri mahu menumbangkan kerajaan sekarang," katanya.


Sumber: Berita Harian Online


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 03:14


â€Tindakan sudah sedikit melampau’


KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi platform dengan pembangkang dan mereka yang dipecat daripada Umno untuk mengkritik kerajaan dan kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, disifatkan sebagai â€sudah sedikit melampau’.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tindakan Dr Mahathir itu boleh menjejaskan kestabilan politik dan Umno serta menimbulkan prasangka kepada Perdana Menteri sebagai Presiden Umno.

“Jika dibiarkan berterusan, tindakan Dr Mahathir itu boleh menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan di kalangan anggota Umno sendiri,” katanya selepas merasmikan Seminar Pembentukan Jati Diri dan Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia di Port Dickson, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ketika ini pun sudah ada ahli Umno mula mempersoalkan kesetiaan Dr Mahathir kepada parti berikutan tindakan berterusannya menghentam kerajaan.

“Ramai ahli Umno kecewa... saya pergi mana-mana orang tanya... apakah benar Tun adakan majlis dengan pembangkang dan orang yang menentang dan dipecat daripada parti turut serta.

“Keadaan ini bukan sesuatu yang baik. Jadi, saya rayu supaya Tun fikir semula... jika tak puas hati dengan kepemimpinan, saya fikir tiada masalah berjumpa dan bincang,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata beliau berharap tindakan Dr Mahathir menghentam kerajaan tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik, demi kepentingan semua.

“Saya dukacita Dr Mahathir terbabit dengan pembangkang, kerana ia sudah tentu tidak elok bagi kerajaan dan Umno.

“Saya juga bimbang kenyataan Dr Mahathir itu akan memberi kesan terhadap kestabilan politik dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin positif ketika ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di Melaka, semalam.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka yakin ada dalang mengambil kesempatan menimbulkan suasana yang tidak elok itu dan mereka menggunakan bekas Perdana Menteri itu untuk meluahkan perasaan masing-masing.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno, dalam kenyataannya berkata, kehadiran Dr Mahathir dalam dialog yang dihadiri oleh pemimpin pembangkang itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya dielakkan.

“Masyarakat melihat Dr Mahathir bersekongkol dengan individu yang tujuan mereka hanya untuk menghancurkan Umno, lebih-lebih lagi apabila Dr Mahathir secara terang-terangan membidas kepimpinan parti.

“Ini tentunya tidak boleh diterima anggota Umno dan Pemuda akan terus mempertahankan Umno termasuk Presiden daripada kecaman dan tuduhan termasuk yang dilemparkan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin),” katanya.


Dipetik dari: Berita Harian Online


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 07:16


hehehehe

nak link ke rupanya...yang dulu di hari itu kasi punya banyak...tak tengok juga ke...di hari itu dah kasi...sekarang pun nak kasi jugak ke..minta mahap lah bebanyak..kalau rasa ketidaksenangan didalam hati kepada saya...tak larat dah nak kasi lagi kerana saya dah jadi kurang berminat kepada politik Malaysia..rasa macam membazir sahaja tapi bagus lah saudari insyirah_imtihan tu kat thread Pembangkang takkan menang tu...tak mengapa..insyaAllah kalau berkesempatan saya akan tanya kat thread tu.tak sedar pasal agak jarang sikit masuk dah portal ukhwah ni pasal ada perkara yang lebih aulia perlu dilakukan..dan thank you kepada ibnu_musa dan rakan kerana memperingatkan saya...apa saya nak tekan bukan soal UMNO atau PAS tapi soal...jangan suka cop orang sampai begitu teruk seperti mahazalim or mahafiraun macam tu..ok?kalaulah mahathir tu zalim,nescaya dia mesti guna duit rakyat untuk kepentingan peribadi tetapi Kenapa lah dia membazirkan duit rakyat nak buat highway,KLIA dan menubuhkan bermacam lagi prasarana?adakah untuk rakyat ataupun dirinya sendiri?beliau halang anaknya dari menyertai politik sewaktu pemerintahannya.baca buku "the malay dilemma"....

bukan niat saya nak memecahbelahkan ummah tetapi saya jadi hairan,sedih dan konfius dengan keadaan umat sekarang dengan apa yang telah diajarkan oleh Islam.Jadi sekali lagi saya minta maaf kalau dulu merasa tidak senang dengan posting saya yang berkenaan dengan senario politik dalam negara..kalau rasa tak puas hati...puaskanlah hati anda dengan mengkritik saya kembali...

ni saya dapat dari sebuah blog....agak best juga cerita dia pasal seorang pak menteri ni

BOLEHKAH DATUK SERI NAZRI DISIFATKAN SEBAGAI ANAK JANTAN...?

OLEH RUHANIE AHMAD

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, cari pasal sekali lagi. Kali ini, dia tuduh Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya bersekongkol dengan pembangkang. Kali ini, dia minta Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO. Kali ini, dia suruh Tun Dr. Mahathir, kalau mahu terus mengkritik kerajaan, sertailah parti pembangkang.

Waduh-waduh! Hebat betul Datuk Seri Nazri. Kenyataan akhbarnya pada 26 Jun 2006, seolah-olah memberikan mesej kepada seluruh rakyat Malaysia, dia benar-benar seorang anak jantan. Kenyataan itu juga cuba membuktikan seolah-olah dia telah mengangkat martabat dirinya sendiri sebagai manusia yang paling hebat, paling berani, paling lantang, paling tajam lidahnya, dan paling layak sekali untuk memerangi Tun Dr. Mahathir.

Sebab itulah agaknya Berita Harian 27 Jun 2006 melaporkan Nazri isytihar perang terhadap Dr Mahathir. Sebab itulah juga agaknya Utusan Malaysia pada hari yang sama melaporkan Nazri kesal Dr. Mahathir terus kritik kerajaan.

Apa pun, syabas. Kita semua ucapkan syabas kerana bukan calang-calang orang berani menentang Tun Dr. Mahathir. Hanya individu yang tidak pondan seperti Datuk Seri Nazri sahaja yang berani berbuat demikian.

Harap-harap ramai lagi jantan seperti Datuk Seri Nazri muncul dalam kabint Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama lagi. Kemunculan ini pastinya menjadikan peperangan terhadap Tun Dr. Mahathir yang diisytiharkan oleh Datuk Seri Nazri (bukan oleh Datuk Seri Abdullah atau Datuk Seri Najib Tun Razak) jadi lebih hangat dan lebih berkesan.

Tetapi, walau pun Datuk Seri Nazri hebat dan berani, beberapa pihak kini mempersoalkan kejantanan, kredibiliti, integriti, dan ketulusan hatinya di dalam siasah negara. Sesetengah pihak juga mempertikaikan kehalusan tutur katanya dan keluhuran budi bahasanya.

Persoalan mengenai kredibaliti dan integriti, serta pertikaian terhadap tutur kata dan budi bahasa ini kian rancak diperkatakan oleh rakyat jelata Malaysia sejak Datuk Seri Nazri mengisytiharkan dia mahu memerangi Tun Dr. Mahathir.

Contohnya, belum sempat tulisan saya memuji-muji Datuk Seri Nazri seperti di atas, disiarkan oleh Agendadaily, saya telah menerima dua SMS dan lima panggilan telefon yang marah-marah kepada Datuk Seri Nazri.

Penghantar pesanan ringkas dan pemanggil telefon itu masing-masing marahkah Datuk Seri Nazri kerana mengisytiharkan perang terhadap Tun Dr. Mahathir. Kesemuanya mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai manusia yang tidak bertimbang rasa, apatah lagi mengenang budi.

SMS pertama saya terima pada 3.30 petang, 27 Jun 2006. Mesejnya seperti berikut: “Bila orang tua tegur yang muda, itu nasihat. Bila orang muda tegur yang tua, itu adalah biadap. Tapi, (nota: ayat sebenar dipadam kerana sensitif dan prejudis terhadap Perdana Menteri) pada hari ini, bila orang tua tegur yang muda, itulah biadap. Bila orang muda tegur yang tua, itu adalah budi bahasa, budaya kita. Fikir-fikirkanlah, gila tak gilanya sekarang.”

Pengirim pesanan ringkas di atas bukan ahli UMNO biasa. Dia dikenali ramai. Pernah jadi Setiausaha UMNO Bahagian. Aktif dalam UMNO sejak tahun 60-an. Dia juga antara beratus-ratus hadirin di majlis dialog anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan Rakan Media Alternatif di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Sabtu, 24 Jun 2006.

Pada kira-kira jam 11.30 pagi, 27 Jun 2006, seorang sahabat saya melahirkan rasa marahnya kepada Datuk Seri Naztri. Dia menelefon saya daripada Petaling Jaya. Dengan suara manis, lemah lembut, tetapi marah, dia bertanya kepada saya mengenai Tun Dr. Mahathir. Dia ingin tahu, apakah hak Datuk Seri Nazri untuk mengisytiharkan perang terhadap Tun Dr. Mahathir?

Sahabat saya ini adalah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di zaman Allahyarham Tun Razak Hussein. Beliau orang kuat Allahyarham Datuk Harun Idris. Beliau juga penyokong setia Tun Musa Hitam. Dia kata, dia kesal dengan kenyataan Datuk Seri Nazri. Katanya, siapakah yang berikan mandat supaya Datuk Seri Nazri seolah-olah mewakili UMNO, rakyat Malaysia, dan Perdana Menteri, untuk menyerang Tun Dr. Mahathir?

Pada kira-kira jam 5.30 petang, seorang lagi sahabat menelefon saya daripada Kota Bahru, Kelantan. Dia juga amat marah kepada Datuk Seri Nazri. Dengan loghat Kelantannya yang pekat, sahabat saya itu meluahkan kemarahannya dengan penuh emosi. Katanya, adalah tidak sopan untuk sesiapa berkasar terhadap Tun Dr. Mahathir.

Sahabat saya yang dari Kota Bharu ini juga bukan calang-calang orang. Dia seorang pesara Kerajaan. Dia pernah menyandang jawatan tinggi dalam sebuah kementerian yang rapat dengan rakyat akar umbi. Kini, dia jadi salah seorang penggerak Persatuan Veteran UMNO Kelantan.

Pada kira-kira jam 8.15 malam, salah seorang sahabat saya dari Seri Medan, dalam Parlimen Parit Sulong, Johor, pula mengirim SMS seperti berikut: “Kenapa pihak kerajaan yang ada sekarang macam takut saja Bang? Betulkah Tun Dr. Mahathir buat kenyataan yang Kabinet yang ada ikut telunjuk menantu PM?”

Pengirim pesanan ringkas di atas adalah seorang lulusan universiti tempatan. Dia memilih jadi usahawan tani. Dia juga pernah aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Kini, dia berdiam diri. Katanya, dia kebingungan dengan seluruh perkembangan politik UMNO di bawah kepimpinan mutakhir. Katanya lagi, Datuk Seri Nazri tidak perlu nak isytiharkan apa-apa terhadap Tun Dr. Mahathir.

Pada kira-kira jam 8.30 malam seorang lagi sahabat daripada Kluang, Johor, menelefon saya. Dia amat bersimpati kepada Tun Dr. Mahathir. Katanya, adakah salah untuk seseorang menyuarakan kebenaran? Katanya, adakah Datuk Seri Nazri mahu menghebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia, bahawa sesiapa yang hendak mengkritik kerajaan mutakhir ini mestilah jadi anggota parti pembangkang?

Sahabat saya itu salah seorang anggota UMNO. Dia masih muda. Tetapi, sejak di universiti lagi dia sudah aktif dalam UMNO. Dia bertanya kepada saya, tidakkah Datuk Seri Nazri sedar bahawa kenyataannya mengenai Tun Dr. Mahathir dalam akhbar-akhbar 27 Jun 2006 menyebabkan banyak pihak menyampah dan meluat?

Pada jam 11.15 pagi, 28 Jun 2006, seorang sahabat menelefon saya daripada Kedah. Dia bertemu banyak pihak di Business Class Lounge MAS di KLIA pada 27 Jun 2006. Katanya, rata-rata yang beliau kenali dan temui di lounge berkenaan dikatakan mentertawakan Datuk Seri Nazri.

Sahabat saya ini bekas Setiausaha Parlimen. Dia juga berpengaruh di dalam UMNO. Katanya, pihak-pihak yang beliau temui juga menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Nazri, sebenarnya menambahkan simpati rakyat jelata Malaysia kepada Tun Dr. Mahathir.

Pada kira-kira 3.15 petang, 28 Jun 2006, seorang sahabat yang mendakwa sebagai saudara kepada Perdana Menteri, menelefon saya. Dia dalam ketakutan kerana gambarnya bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir disiarkan oleh The New Straits Times 27 Jun 2006. Dia marahkan Datuk Seri Nazri kerana memerangi Tun Dr. ,Mahathir.

Sahabat saya yang ini mendakwa dirinya sebagai orang kuat Perdana Menteri. Dia juga hadir di majlis di mana Tun Dr. Mahathir berucap pada Sabtu 24 Jun 2006. Di majlis itu, saya lihat dia berwajah merah padam. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana kata-kata Tun Dr. Mahathir sangat-sangat dihayati olehnya.

Di majlis berkenaan, sebenarnya ramai lagi orang yang mendakwa dirinya sebagai orang Perdana Menteri dan orang Khairy hadir bersama. Jadi, tidak adillah kalau ada pihak cuba-cuba menganggap seluruh hadirin sebagai kelompok anti-kerajaan!

Demikianlah intisari dua pesanan ringkas dan lima panggilan telefon yang saya terima pada 27 dan 28 Jun 2006. Kesemuanya berkaitan dengan kenyataan Datuk Seri Nazri dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia pada Selasa 27 Jun 2006. Saya tidak memberikan apa-apa raksi kepada seluruhnya.

Bagaimanapun, kesemua intisari yang saya paparkan di atas mencerminkan rasa kurang hormatnya rakyat biasa terhadap Dauk Seri Nazri. Mereka marah dan kesal terhadap kenyataan Datuk Seri Nazri. Mereka kesal dan marah juga kerana Datuk Seri Nazri seolah-olah dibiarkan sahaja tanpa teguran oleh pemimpin-pemimpin besar negara.

Jadi, benarkah Datuk Seri Nazri boleh disifatkan sebagai anak jantan yang menganggap dirinya sebagai insan yang paling layak sekali untuk berperang dengan Tun Dr. Mahathir? Siapakah agaknya yang akan menjawab soalan: siapakah yang memberikan mandat kepada Datuk Nazri untuk berperang dengan Tun Dr. Mahathir? Dan, wajarkah Datuk Seri Nazri menonjolkan dirinya seolah-olah dia bertindak untuk memerangi Tun Dr. Mahathir bagi pihak Perdana Menteri Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan rakyat Malaysia seluruhnya?

Bagaimanapun, sebagai salah seorang jemputan di majlis yang dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir, pada Sabtu 24 Jun 2006, saya terpanggil untuk membetulkan beberapa kesilapan fakta, sebagaimana yang ditegaskan oleh Datuk Seri Nazri, dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen Malaysia, pada Isnin 26 Jun 2006.

Fakta pertama: Majlis berkenaan adalah anjuran gabungan NGO dan Rakan Media Alternatif. Ini termasuklah pelbagai akhbar berasaskan internet, bloggers dan juga akhbar-akhbar kecil. Para jemputan ke majlis itu termasuklah segolongan kecil anggota dan pemimpin parti pembangkang. Bagaimanapun, ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang turut hadir. Beberapa pesara kakitangan kerajaan juga ada.

Jadi, adakah NGO dan pengamal media alternatif boleh dikategorikan sebagai pembangkang? Kalau NGO dan pengamal media altrnatif bukan pembangkang, maka adalah tidak tepat untuk mana-mana pihak mendakwa Tun Dr. Mahathir yang berucap di majlis berkenaan sebagai “bersekongkol dengan pembangkang.”

Fakta kedua: Dalam majlis itu, Tun Dr. Mahathir tidak mempersenda-sendakan Islam Hadhari. Beliau hanya menjawab satu soalan secara bertulis mengenai Islam Hadhari, yang diterimanya daripada hadirin. Dalam jawapannya, Tun Dr. Mahathir mengatakan, dirinya adalah fundementalis Islam. Maksudnya, dia sentiasa berpegang teguh pada Quran dan Hadis. Jadi, tidak adillah kalau Tun Dr. Mahathir dituduh sebagai telah “memperlekehkan Islam Hadhari.” (Kalau masih tidak puas hati, layarilah lamanweb kamu.net. Lamanweb ini memberikan transkrip ucapan Tun Dr. Mahathir yang sepenuhnya)

Fakta ketiga: Dalam majlis tersebut, Tun Dr. Mahathir tidak langsung menyebut pasal Datuk Seri Najib. Jadi, mengapakah perlu ada pihak mendakwa kononnya Tun Dr. Mahathir marah kepada Datuk Seri Najib kerana setia kepada Datuk Seri Abdullah?

Apa yang saya tegaskan di atas bukan atas suruhan Tun Dr. Mahathir. Sebaliknya, adalah atas dorongan hati saya sendiri. Kesemuanya adalah kebenaran. Begitu pun saya insaf akan kata-kata Datuk A. Kadir Jasin yang duduk di sebelah saya pada majlis berkenaan. Di akhir ucapan Tun Dr. Mahathir, Datuk Kadir menyatakan kpada saya sesuatu yang memeranjatkan seperti berikut:

“You percaya tak? Pada saat dan ketika ini juga pihak-pihak yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tentu sedang menyediakan serangan balas terhadap apa yang Tun Dr. Mahathir kata dan huraikan sekejap tadi?”

Teringatkan kata-kata itu, saya pun tergerak untuk bertanyakan kepada diri saya sendiri: adakah kenyataan akhbar Datuk Seri Nazri, di lobi Parlimen Malaysia, pada Isnin 26 Jun 2006, satu daripada serangan balas yang dimaksudkan oleh Datuk Kadir?

Bagaimanapun, sebagai penutup, elok juga kita sama-sama renungkan kisah Teguran Yang Berfaedah yang membabitkan Hassan Al-Basri, seorang sufi besar, pada awal sejarah Islam. Kisah yang terkandung dalam Ensiklopedia PARA WALI adalah seperti berikut:

Pada suatu hari, Hassan Al-Basri berada di tebing Sungai Dajlah Irak. Tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki sedang duduk-duduk bersama seorang perempuan. Di hadapan mereka pula ada sebotol arak.

“Masya Allah, jahat betul orang itu. Kalaulah dia berkeadaan sepertiku adalah lebih baik,” kata Hassan Al-Basri dalam hatinya.

Sebentar kemudian, datang sebuah perahu belayar di sungai itu. Tanpa diketahui apa sebabnya, tiba-tiba perahu tersebut karam sedikit demi sedikit. Orang yang ada di dalamnya nyaris mati lemas. Maka, lelaki yang bersama orang perempuan tadi langsung terjun ke sungai untuk menyelamatkan para penumpang yang jumlahnya ada tujuh orang. Enam orang berjaya diselamatkan sementara yang seorang lagi mati lemas.

“Hai, jika engkau merasa lebih mulia dari saya, sila selamatkan yang seorang itu semata-mata kerana Allah. Kalau kamu berhasil, bererti engkau menyelamatkan nyawa seorang, sedangkan aku telah menyelamatkan enam nyawa,” kata lelaki berkenaan kepada Hassan Al-Basri.

Akan tetapi, Hassan Al-Basri tidak dapat menyelamatkan yang seorang tersebut. Maka, berkatalah lelaki itu kepada Hassan Al-Basri seperti berikut:

“Ketahuilah tuan, bahawa perempuan yang duduk-duduk bersama saya itu adalah ibuku sendiri. Sedangkan sebotol arak yang kau sangkakan itu sebenarnya air biasa. Hanya botolnya saja bekas botol arak. Ketahuilah sesungguhnya apa yang kamu saksikan itu hanyalah untuk menguji engkau sahaja.”

Mendengar itu, Hassan Al-Basri terkejut, jatuh terduduk, lalu berkata kepada lelaki tersebut seperti berikut:

“Wahai hamba Allah! Sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam jiwa, maka selamatkanlah jiwaku ini dari sifat membanggakan diri dan kesombongan.”

“Semoga Allah mengabulkan keinginanmu,” jawab lelaki itu.

Semenjak peristiwa itu, Hassan Al-Basri, seorang seorang sufi besar di zamannya, sentiasa merendah diri dan menganggap semua orang lebih baik dari dirinya. Bahkan pada suatu hari, ketika melihat seekor anjing, dia berkata: “Ya Allah, demi anjing yang baik ini, terimalah aku sebagai hamba Mu.”

Renungkan dan fahamilah iktibar daripada kisah di atas. Moga-moga semua pihak dapat mengambil iktibar daripadanya demi agama, bangsa, dan negara Malaysia yang tercinta. Mudah-mudahan hilang gelap, timbul terang, langit tidak terus bermendung, mentari juga kembali ceria seperti sedia kala. Insya Allah!


- Datuk Ruhanie Ahmad ialah bekas ahli parlimen BN kawasan Parit Sulong,Johor,bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di parlimen ( BNBBC ) dan bekas Pengerusi MARA

http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 29-06-06 07:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 07:40


Berikut ialah transkrip soal jawab Tun Dr Mahathir Mohamad dengan para wartawan dalam sidang akhbar selepas majlis dialog anjuran Gabungan NGO dan Rakan Media Alternatif di Kelab Century Paradise,Taman Melawati Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur pagi Sabtu.
(Sumber: Agendadaily.com)

Dalam sidang akhbar kira-kira setengah jam itu cakapnya kerapkali bernada sinis.Duduk diatas pentas sebelah beliau semasa sidang akhbar itu ialah bekas menteri pusat dan bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Megat Junid dan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas,Kelantan Datuk Ibrahim Ali.

Soalan:Kenyataan Azlan Hashim (Pengerusi Proton ) beliau sudah bagi penjelasan mengenai penjualan syarikat motosikal MV Agusta?

Dr Mahathir : Itu bukan penjelasan cuma mengulangi apa yang dia katakan sebelum ini terutama mengenai MV Agusta.Siapa Gevi Spa…apakah ia pernah berada dalam perniagaan ini (motosikal).

Bagaimana ia tahu itu perniagaan yang baik.Bagaimana cara penjualan sebenar dibuat.Apakah ada sebarang pengumuman mereka nak jual Agusta.Apakah ada pembida lain…adakah orang lain tahu tentangnya.

Adakah mereka (pengurusan Proton) minta harga yang lebih tinggi dari 1 Euro (RM4).

Soalan:Tentang ucapan tadi ( kurang jelas soalan) ?

Dr Mahathir : Saya tidak puashati dengan sesetengah isu..

Ada beberapa isu lain yang belum saya suarakan... yang juga saya tidak puashati... tetapi saya tidak payah pedulikan pasalnya.

Soalan :Azlan ( Pengerusi Proton) kata nak jumpa dengan Tun tapi dia kata Tun tak ada masa nak jumpa?

Dr Mahathir: Pada mulanya dia dilantik dia datang jumpa saya dan dia bincang cara macam mana dia nak urus Proton.

Dia bagi pengakuan kepada saya perlantikannya bukanlah untuk menyingkir Tengku Mahaleel.

Dia bagi pengakuan kepada saya.Lepas tu dia buat apa yang dia kata dia tak akan buat…tak bagitau langsung kat saya….datang tanya pun tak apa juga.

Jadi nak datang kat saya nak buat apa.Nak bagi laporan…laporan boleh tulislah.

Ni jual Agusta pun tak tanya saya..Semua buat sendiri.lah ni saya tak tau siapa dia CEO kerana nampak pengerusi kepada lembaga pengarah adalah CEO.

Dia buat keputusan semua. Selain dari Tengku Mahaleel beberapa orang dah berhenti dah…orang yang baik.

Tahniahlah boleh lancar kereta Proton yang baru ni...Satria Nio..tapi sepatutnya dilancar tahun lepas…Kenapa lewat?

Soalan : Tapi dia ada minta temujanji dengan Tun?

Dr Mahathir: Dia ada minta nak jumpa…saya fikir nak buat apa jumpa kalau hanya untuk memberitahu saya apa yang dia dah buat.Itu boleh ditulis.

Dia hantar kepada saya beritahu apa yang dia buat OK lah.Jadi apa gunanya datang jumpa saya.

Saya dah jumpa dia..dia bagi pengakuan dia bukan dilantik untuk menyingkir CEO tetapi itulah yang dilakukannya.Jadi bagaimana saya nak percaya orang yang macam tu.

Soalan (Agendadaily) :Adakan terdapat kemungkinan Tun boleh duduk balik elok-elok sembang dengan Pak Lah?

Dr Mahathir : Duduk bolehlah…sembang tak taulah…Kita kalau nak buat apa-apa pun jangan buat secara sosial saja.

Secara sosial…dia (Pak Lah ) datang jumpa saya di Jepun…tapi tak ada apa pun.Di Jepun datang tengah saya nak pergi meeting ..dapat 10 minit...itu saja.

Soalan (Agendadaily) : Banyak orang yang tertanya-tanya dah tak boleh buat elok-elok lagi ke supaya benda ni dapat diselesaikan dengan baik?

Dr Mahathir :Tak tau lah ..ada orang yang lebih kuat daripada saya…cakap sajalah…balik ..batallah.

Soalan (Agendadaily): Tentang dakwaan bekas Pengerusi Ekskutif TNB Tan Sri Ani Arope ( mengenai pemberian sewenang-wenangnya kontrak IPP masa zaman Tun Perdana Menteri ) Tun nak jawab dak?

Dr Mahathir: Saya tak nak jawab…lah ni pergi cari segala-gala yang berlaku masa saya dulu…nak burukkan nama saya.pergi cungkillah Ani Arope...cungkil Syed Ahmad Aidid…carilah lagi…banyak lagi…saya tau banyak dosa 22 tahun.

Nak tau bebas tak bebas…ni kritik yang ada sekarang ni…boleh kritik ke dak…tapi semua kita tengok…kami sokong…tak payah masuk suratkhabar…kita pakai semua sekali…duduk beratur tu semua menteri-menteri…kami sokong…angkat tangan saja.

Nak tanya seorang-seorang buat apa…buang masa saja.

Soalan:Tun Musa Hitam kata Tun mengalami sindrom selepas berkuasa?

Dr Mahathir: Dia ingat kita macam dia...dia memanglah sakit tu.

Sebab tu saya kena bagi job kat dia.Bila dia berhenti tu…walaupun dia cuba nak menjatuhkan saya…saya pilih dia hantar pergi Bangsa-bangsa Bersatu…angkat dia bagi jawatan macam-macam.

Saya tak minta jawatan apa-apa pun…melainkan jadi penasihat.Penasihat pun saya tak minta duit…tapi Petronas ni jahat sangat (secara berjenaka) …bagi duit kat saya.Proton seduit pun tak bagi.

Soalan: ( Dalam ucapan tadi) Tun ada sebut ada satu kes rasuah tertentu yang Tun dah minta pendakwaan dijalankan sebelum bersara dulu?

Dr Mahathir: Saya tidak boleh sebut nama..tapi saya yakin BPR tahu ini.Ada kes yang sudah diputus untuk diambil tindakan…tapi tak diambil tindakan.Tah Kenapa saya tak tau lah.

Soalan ( Agendadaily) Tun tadi dalam ucapan ada bagi gambaran macam ada pihak ketiga mempengaruhi kerajaan…boleh Tun sebut secara terbuka siapa?

Dr Mahathir :Oh… saya tak tahu..orang cerita saya dengarlah…betul tak betul saya tak tau.

Saya dengar kata di Tingkat Empat… ( di Jabatan Perdana Menteri).You pergi cari tengok ada kerusi meja ke …siapa ada...ada ofis boy ke … dari Oxford…dari Cambridge..

Soalan: Apakah Tun kecewa Datuk Seri Rafidah kata dia sudah bagi semua penjelasan dan tak akan bagi apa-apa penjelasan tambahan?

Dr Mahathir: Dia tidak ada bagi apa-apa penjelasan kat saya..Kenapa dia bagi AP kepada bekas pegawainya (MITI) dalam jumlah yang banyak…dan AP itu dijual…sekarang jelaskan itu.

Apakah itu selaras dengan dasar kerajaan..dia belum lagi bagi penjelasan..dia cuma kata ya betul saya beri…jangan tanya lagi soalan.

Kata telus…terbuka…jelaskanlah.Kenapa dua orang ini masih menerima dan masih impot kereta.…saya tau model apa mereka impot.

Sepatutnya pemberian AP kepada mereka harus dibatalkan.

Soalan: Sejauh mana Tun akan bertindak sekiranya penjelasan yang diberikan oleh kerajaan tidak memuaskan hati?

Dr Mahathir: Seperti kata mereka…sampai lubang cacing lah.Ia bukan soal penjelasan saja…juga kena dibetulkan apa yang tidak dibetul.

Jambatan…misalnya…Kenapa kita tak boleh bina jambatan di Malaysia….saya nak tahu.Jika kata tak boleh…saya hendak mempertikaikannya.

Soalan (Agendadaily) Bila kata begitu ( sampai ke lubang cacing) apakah sampai ke peringkat bergabung tenaga dengan parti pembangkang?

Dr Mahathir: Tidak…saya tak terlibat dengan pihak pembangkang. Saya sendirian saja.

Soalan:Tun dah kritik kerajaan….ada orang kata terdapat ura-ura nak pecat Tun dari UMNO?

Dr Mahathir: Dia nak pecat..pecatlah.Orang yang ada kuasa boleh pecat…pecatlah.Apa salahnya…saya (pernah) kena pecat dulu.

Ada juga yang kata masa saya kena pecat dulu…saya naik atas pentas PAS..sedangkan orang yang sekarang ni tak pernah masuk parti lawan…cuba juga nak bagi saya jatuh…itupun saya tak marah... saya ambil balik.

Berapa orang yang lawan dengan saya dulu…sayalah yang bawa dia orang balik…bagi pangkat sampai ke puncak.

Saya bukan nak ungkit…tak ada terima kasih pun tak apa.

Soalan: Kelihatan macam di Malaysia ni bila ada sesuatu isu…benda tu cepat sejuk.Bila ada satu isu keluar orangramai tak nak kaji...terus diam begitu saja.Apa pandangan Tun lepas suarakan ini semua…seminggu dua lagi orang sudah lupa bila timbul isu lain pula ?

Dr Mahathir: (Secara berjenaka) Bergantung kepada anda ( wartawan) untuk buat ia terus panas...sekarang ni walaupun dikatakan suratkhabar ni bebas tetapi mereka padam…sebaliknya pergi cungkil tentang kekotoran saya…banyak lagi…ada..saya buat projek mega…Ani Arope marah kat saya…

Soalan : (Dalam ucapan tadi) Tun ada kata ada syarikat yang nak jual pasir ( kepada Singapura sebelum projek jambatan dibatalkan ) . Apakah Tun ada bukti?

Dr Mahathir : Saya tak adalah dokumen…tapi saya taulah nak jual pasir tentulah ada orang yang akan dapat duit ..siapa dia saya tak taulah.

Soalan : Lagi Tun mempersoalkan penjualan MV Agusta kepada Gevi Spa?

Dr Mahathir :Kita dapat maklumat melalui saluran asing…bahawa Gevi ni dia sebuah syarikat yang tak terkenal sama sekali.Kita tak tau apa latar belakang dia.

Siapa pemegang saham..apa perniagaan dia…Kenapa daripada banyak syarikat dalam dunia ni pergi pilih dia.yang ini kita hairan.

Bagitaulah supaya saya tak hairan lagilah.

Soalan : Tun ada sebut tadi ( dalam ucapan) tentang penglibatan menantu Pak Lah ?

Dr Mahathir : ( dengan wajah sinis ) eh..eh ..saya tak sebut …saya bercakap tentang orang yang dapat kelulusan tinggi.

Soalan: Tun ada sebut pasal berhinguslah?

Dr Mahathir :Yang tu berhingus…banyak orang yang berhingus..

Soalan: Tun dulu suka mengadakan pelapis.Apa pandangan Tun tentang orang lebih tertarik kepada orang muda semata-mata.Apakah wajar letak orang-orang muda pada jawatan penting?

Dr Mahathir: Mereka sungguh bijak pandai( very brilliant ) ….anda tak boleh tolak dia punya nasihat.

Orang bijak pandai…anda boleh nampak terang cerah..kita boleh tengok dalam surakhabar pun tulisan-tulisan dia tu …luarbiasa…saya tak pernah tengok tulisan-tulisan macam tu.

Soalan:Tentang kritikan Tun tidakkah ia akan mengugat kestabilan negara?

Dr Mahathir: Saya percaya kepada rakyat Malaysia..mereka berfikiran waras tetapi masa saya jadi Perdana menteri ada orang yang cabar saya..sampai saya hampir kalah…tapi sekarang ini tak boleh langsung pasal nak jaga stabiliti ....jangan kata apa langsung.

Sampai buat yang salah pun…jual maruah negara pun saya tak boleh tegur…pasai nak stabiliti.

Ini semua tidak akan berlaku begini jika ia dijawab dengan cara betul …ini asyik bagitahu orangramai tak boleh kritik.

Manusia ni selalu dia banyak dosa…kita kenalah tegur kadang-kadang.Tak boleh tegur langsung tak baiklah.

Soalan :Pada waktu Tun jadi Perdana menteri dulu…Tun Ghafar jadi timbalan…ada seorang pegawai yang mendapat vetting daripada Special Branch (SB)... dia ni sikit sebanyak dikatakan jadi ajen pada satu kuasa asing.Mengapa orang ni tak diambil tindakan ISA pada waktu itu masa Tun berkuasa dulu?

(CATATAN: DIPERCAYAI SOALAN ITU MERUJUK KEPADA SESEORANG YANG KINI DIKATAKAN BERPENGARUH DI SE0BUAH AKHBAR TEMPATAN.)

Dr Mahathir : Kita bukan ambil tindakan ISA dengan begitu mudah hanya kerana dia berminat dengan sebuah negara lain…itu tidak menjadi kesalahan.

Tapi kalau kita ambil dia jadi ' pemerintah' ..itu salahlah..itu orang yang tak ada kesetiaan kepada negara kita…kita bagi dia jadi ' pemerintah' tu salah.Sebab tu kita tak bagi dia pegang jawatan itu.

Tapi tentang diri dia nak syok dengan siapa..itu dia punya hal lah.

Soalan:Ramai juga yang hadir majlis hari ini terdiri dari penentang utama Tun dulu?

Dr Mahathir: Saya dah bercakap dengan penentang utama saya banyak kali.Sebab tu masa saya go around ada banyak soalan…ada yang tak friendly questions .

Di satu pertemuan ada yang bertanya saya Kenapa saya tidak letak jawatan (tak dijelaskan letak jawatan apa) .Saya tidak saja bercakap kepada kawan tetapi saya juga bercakap kepada orang yang tak suka saya juga.

Saya bercakap untuk diri saya…saya tak suruh menteri-menteri saya bercakap untuk diri saya.

Soalan: Masa Tun Perdana Menteri ada ke tidak pegawai-pegawai yang tidak diberi gaji oleh kerajaan tetapi oleh pihak swasta untuk 'berkerja' di kementerian?

Dr Mahathir : Saya tak ada…tapi timbalan saya ada (pegawai) ..gaji yang dibayar oleh orang lain tapi berkerja untuk dia…itu timbalan saya bukan saya.

Soalan :Sekarang ni Tun dengar ada?

Dr Mahathir: saya dengar adalah…tapi itu khabar angin…kita tak boleh percaya khabar angin.

Soalan: Apa komen Tun mengenai penjualan syarikat Airod kepada Singapura…apakah pandangan Tun mengenai penjualan saham kepada Singapura?

Dr Mahathir: Kita bebas nak jual kepada sesiapun sekarang ni..boleh jual negeri ini pun kepada Singapura…maruah kita pun kita boleh jual..apa sangat nak jual Airod.

Soalan:Apakah Tun bercadang nak buat comeback ?

Dr Mahathir: Tidak…tidak sekali…22 tahun dah cukup.

Soalan: Kritikan Tun telah mencetuskan keraguan dikalangan orangramai ?

Dr Mahathir :Anda kata ada orang yang merasa disturbed dengan apa yang saya kata…tetapi saya tengok semuanya sokong….bukannya sokong saya..saya semuanya tak kena…dan saya tak cakap apa-apa... dah keluar dah …sokong.

Soalan:Tentang satu tulisan di kolum (tulisan Datuk Kalimullah Hassan di akhbar NST) mengenai pertemuan Tun dengan Pak Lah di Jepun ?

Dr Mahathir: Dia buat laporan pun tak betul.Katanya saya yang minta nak jumpa…bukan saya yang minta…jadi semuanya diurus oleh orang yang sekarang dikenal sebagai spindoctor …macam mana nak spin story supaya dapat sesuatu manafaat.

Orang-orang yang kolot dalam Straits Times (NST) semuanya dah berhenti dah..mereka pilih untuk berhenti…tak boleh kerja. Mereka sedar mereka kolot tak boleh jadi editor. Mereka berhenti…jadi yang ada sekarang (dalam akhbar itu) semuanya pakar-pakar saja.

Soalan : Tun nak apa sekarang?

Dr Mahathir: Supaya dibetulkan benda yang tak betul…janganlah kata saya jangan kritik…pasal saya dah bekas…bukan lagi Perdana Menteri…senyap saja sudahlah..

Jadi saya nak tau pasal apa gadai kita punya maruah (batal projek jambatan) .Tentu ada sebab.Adakah ini pasal nak jual pasir..kita nak tau.

Soalan: Tun ada kata Pak Lah ada mungkir janjinya kepada Tun.Apakah janji-janji itu?


Dr Mahathir :diia tahu…saya tahu.

Soalan: Bila?

Dr Mahathir: Sejurus sebelum saya melepaskan jawatan.

Soalan: Adakah janji itu dimungkiri tahun ini?

Dr Mahathir: Dimungkiri dua minggu setelah saya lepas jawatan…sungguh cepat.


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 08:57


Dr Mahathir pernah kritik Rafidah bagi AP kat bekas pegawai MITI dan bekas pegawai MITI tersebut jual AP kepada pihak lain. Sampai sekarang Tun suruh kerajaan dan Rafidah jawab, tapi depa tak jawab. Walau pun banyak tak setuju dengan Tn ketika pemerintahannya tapi dalam hal kritikkannya kepada kerajaan sekarang memang banyak kebenarannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 10:34


Menteri berhak jawab Dr M
Oleh Wan Hazmir Bakar,Shamshul Azree Samshir dan Mohd Feroz Abu Bakar


Mesyuarat Kabinet sebult suara ambil keputusan pertahan kerajaan


KUALA LUMPUR: Kabinet semalam memutuskan semua anggotanya perlu mempertahankan kerajaan dengan menjawab kritikan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar).

gambar
Keputusan sebulat suara itu dibuat pada akhir mesyuarat mingguan Kabinet di Putrajaya selepas perbincangan panjang lebar Jemaah Menteri berhubung serangan terbaru Dr Mahathir pada satu majlis yang turut dihadiri pemimpin pembangkang, Sabtu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata menteri Kabinet tidak akan membiarkan Abdullah menjawab sendiri kritikan bekas Perdana Menteri itu.

“Kita pegang pendapat bahawa Kabinet berhak, mana-mana ahli berhak, untuk mempertahankan kerajaan dan keputusan kita. Maka tidaklah berbangkit soal kita tak perlu bagi jawapan.

“Malah, itu menjadi hak kita, seperti Tun (Dr Mahathir) berhak meneruskan kritikan. Takkanlah kita duduk diam, menjadi hak kita membela diri daripada tuduhan.

“Ini keputusan Kabinet yang perlu diterima semua dan bukan menjadi tanggungjawab saya seorang,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen selepas menghadiri mesyuarat Kabinet.

Sebelum ini, Perdana Menteri memutuskan kementerian berkaitan menjawab persoalan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, seperti isu pembatalan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor, penjualan MV Agusta oleh Proton dan pemberian permit import (AP) kenderaan.

Dr Mahathir yang sebelum ini mempertikaikan beberapa keputusan kerajaan, mula melemparkan kritikan paling keras terhadap pentadbiran Abdullah termasuk menuduh penggantinya itu menikam beliau dari belakang pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, 7 Jun lalu.

Sidang media itu diadakan bagi memberi taklimat mengenai satu forum keamanan, tetapi Dr Mahathir, apabila ditanya wartawan asing mengenai hubungannya dengan Abdullah, tanpa berselindung menyuarakan kekecewaannya terhadap pentadbiran sekarang.

Sabtu lalu pula, beliau mengulangi kritikannya di depan pemimpin pembangkang pada majlis dialog anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan Rakan Media Alternatif di Kelab Century Paradise, Taman Melawati.

Berikutan serangan terbaru itu, Mohamed Nazri mengisytiharkan perang terhadap Dr Mahathir yang didakwa bersekongkol dengan pembangkang.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin, berkata jemaah Menteri berpendapat anggota Kabinet sendiri harus menjawab kritikan Dr Mahathir dan tidak perlu Abdullah berbuat demikian.

“Sebenarnya ini bukan keputusan baru kerana kita sudah buat keputusan ini (dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini). Keputusan hari ini (semalam) satu peringatan pada kita sebagai menteri,” katanya ketika dihubungi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, pula berkata beliau berkongsi pandangan dengan anggota Kabinet lain berhubung semua keputusan yang dicapai jemaah menteri.

“Apa saja yang diputuskan, diputuskan oleh Kabinet dan ada perkara yang Perdana Menteri sendiri dipujuk oleh anggota Kabinet untuk tidak meneruskan perkara tertentu,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang kini berada di luar negara berkata rakannya dalam Kabinet sudah memaklumkan hasil mesyuarat semalam.

Beliau berkata, semua menteri mesti menunjukkan sokongan secara terbuka dan berdiri teguh di belakang Abdullah kerana kritikan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri â€sudah melebihi batas’.

“Beliau (Dr Mahathir) menghina kerajaan, parti dengan pelbagai tuduhan yang sebenarnya tidak adil bagi kami. Jika jemaah Menteri tidak menyokong Perdana Menteri, kewibawaan kerajaan akan terjejas,” katanya.

Syed Hamid juga berkata, jawapan mengenai pembatalan projek jambatan indah yang dibangkitkan Dr Mahathir, sudah disiapkan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai keputusan Kabinet semalam.


Sumber: Berita Harian Online


p/s: Kenapa Pak Lah masih membisu seribu bahasa? takut ek kat Dr. M :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 29-06-06 10:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 29-06-06 10:48


yang agak hairanla,dulu mahfuz omar,mat sabu dok kutuk mahathir,sekarang sokong pulak...lawak jugak...katala mahathir ni itu ini,last2....:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-06-06 10:59


Pada 29-06-06 10:48 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

yang agak hairanla,dulu mahfuz omar,mat sabu dok kutuk mahathir,sekarang sokong pulak...lawak jugak...katala mahathir ni itu ini,last2....:-)


sokong ke? macamana diaorang sokong tu?tolong bagitahu sikit.

dari dulu lagi memangla pelik trouver_99 ni.orang sibuk pasal UMNO vs UMNO dia dok pusing pasai PAS pulak.kalau tak suka pas takpa... tapi jangan membodohkan dan memalukan diri sendiri macam tu sebab nampak sangat janggalnya orang cerita pasal UMNO tengah perang dengan UMNO dia nak bawak isu pas pulak....

kalau hangpa kata pembangkang sokong memang buta agaknya... kan tun mahathir yang menjadi sanjungan trouver_99 dah jawab sendiri. tak tau baca ka? pembangkang mai dengaq tak mesti sokong.NGO dan UMNO lebih ramai yang mai.tak tahulah kalau hangpa anggap sama umno dan ngo tu pembangkang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

hanif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4144
Posting: 300
Dari: muar

Johor  


posticon Posting pada: 29-06-06 11:14


tu, biasa lah... siapa Tun mahathiir tu ??? pun rakyat biasa.. macam kita juga.. buat apa yaang nak panjang2 sangat... kita kan ada ketua biar lah PM saja yang tentukan.. buang masa saja layan cakap mereka.. dah tua2 ni, banyak-banyak lah buat amal.... kalau tak sokong ketua, macam mana mahu tadbir negara.. hancur lah negara kita.. beri lah sokongan kat ketua negara, tak kira siapa yang jadi ketua.. ummo ke.. pas ke.. jangan sampai bangsa lain yang ambil pula..

kita ni sering bertekak saja, tindakan tiada... siapa mahatir tuuu, pangkat dia dah tiada, so jangan lah perbesorkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanifProfil   Hantar PM kepada hanif   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 12:05


macam macam

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-06 12:51


:roll:
[ Telah diedit oleh: ladybirdy pada 29-06-06 12:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

Asmiedi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.08.2005
Ahli No: 18490
Posting: 39
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 13:03


hehehhehehe... nampak sangat mcam - macam hal yang tak betul dalam umno... sokong lah lagi !!!!!!!! :lol: :-P


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For AsmiediProfil   Hantar PM kepada Asmiedi   Pergi ke Asmiedi's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 29-06-06 13:26


tak setia = tak guna

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 29-06-06 13:36


kalau Tun Dr M korupsi tentu dia tak berani nak kritik macam ini.. tentu dia dah duduk senyap²... pergi lepak oversea ke mana² island ke... tentu tak gaduh nak fikir hal rakyat..hal politik... tu lah... sebab tu aku yakin dr m always right... cuma bab agama tu memang dia kurang beri penekanan sikit... tapi jasa dia tetap ada.. cuma kalau masih ada nak pertikaikan jasa dia pada ekonomi orang melayu khususnya.. memang haprak betul lah anda... dr M dah buat banyak kebaikan untuk ekonomi dan politik negara... beliau pemimpin yang berani menyuarakan hasrat dan perkara yang beliau rasakan benar pasti beliau pertahankan... beliau ada prinsip serta kebolehan... dan yang pastinya sapa yang duduk kata dia korupsi tu boleh telan balik lah kata² tu... semoga Tun diberi hidayah dan kemenangan...

-disaat tun mula membangkang mana pergi nya datuk seri Anwar

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 21:07


dalam dok kalut2 ni ada juga gang depa yang sokong orang tua tu....hmmm... dulu depa kondem habis, semua tak kena! sekarang depa pulak yang dok mengangguk2 apa yang orang tua tu cakap! kacau........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 23:00


tak salah kalau sokong dalam perkara kebaikan...

masa dia masih PM dulu, saya suka dengan cara pentadbiran yang dia jalankan, tegas dan lantang bersuara, pendek kata dalam bidang pentadbiran dia memang seorang yang pakar.

tapi dalam soal agama saya tetap tak sokong dia, sepandai mana pun dia mentadbir tapi kalau dalam hal agama "fail" tak guna juga...

dalam kes2 yang Dr. M bangkitkan sekarang, memang saya setuju dengan dia, kerajaan sekarang macam tak pandai nak mentadbir, orang setua Dr. M takkan ada hati lagi nak rampas kuasa sedangkan dia juga yang letak jawatan dulu, fikirlah sendiri.

yang menjadi masalahnya sekarang, kerajaan kita ni keras kepala sangat, pantang ditegur mesti melenting, bak kata saudara Kang, mesti akan ada hero hindustan yang akan berlagak menjadi hero, nak selesaikan masalah kononnya (walaupun sebenarnya dia tambah masalah lagi) :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 13:51


Bekas PM pertikai penjelasan Syed Hamid


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mempertikaikan penjelasan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar di Dewan Rakyat, Khamis lalu berhubung isu penjualan pasir dan penggunaan ruang udara Malaysia oleh Singapura.

Beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan itu menuntut Syed Hamid menunjukkan bukti bertulis, termasuk mendedahkan minit mesyuarat dan draf perjanjian cadangan penjualan pasir dan penggunaan ruang udara berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu mencadangkan kerajaan mengklasifikasikan semula dokumen berkaitan rundingan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek jambatan yang dibatalkan itu.

Ini, katanya, membolehkan Syed Hamid memberikan bukti dalam bentuk dokumen bagi menyokong dakwaan beliau Malaysia dalam usaha membina sebuah jambatan baru ke Singapura, tidak menawarkan untuk menjual pasir dan kebenaran menggunakan ruang udara kepada republik itu.

“Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak seharusnya digunakan untuk menyembunyikan kebenaran. Kegagalan mengemukakan dokumen itu memperlihatkan cadangan penjualan pasir dan penggunaan udara dibuat Malaysia. Tiada dokumen bertulis menunjukkan permintaan itu berasal dari Singapura,” katanya pada satu kenyataan sebagai menjawab penjelasan Syed Hamid itu.

Kenyataan Dr Mahathir itu dikeluarkan pegawai medianya, Sufi Yusoff, semalam.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, Syed Hamid pada Khamis lalu, berkata Malaysia tidak membuat tawaran itu kepada Singapura seperti didakwa Dr Mahathir.

Mengenai dakwaan Syed Hamid pasir sudah dijual kepada Singapura sejak zaman pemerintahan beliau lagi, Dr Mahathir berkata, kuantitinya pada masa itu sangat kecil berbanding ditawarkan kepada Singapura sekarang berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun.

Beliau berkata, walaupun pasir dijual kepada Singapura ketika zaman pemerintahannya dulu, amalan itu sudah berlanjutan, malah sejak sebelum beliau menjadi Perdana Menteri lagi.

Dr Mahathir mendakwa beliaulah yang menghentikan amalan itu yang ketika itu dilakukan entiti swasta, selepas mendapati ia memudaratkan integriti kawasan pesisir dan kedaulatan Malaysia.

Mengenai soal memberi kebenaran menggunakan ruang udara kepada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Dr Mahathir berkata, tentera udara republik itu pernah diberi kebenaran untuk menggunakan ruang udara Malaysia pada masa lalu.

Bagaimanapun, beliau memutuskan menarik balik kebenaran itu apabila RSAF menyalahgunakan kebenaran itu dengan mengadakan penerbangan melebihi ruang udara Johor dan latihan mencari dan menyelamat tanpa memaklumkan atau meminta kebenaran daripada pihak berkuasa Malaysia.

“Untuk membenarkan RSAF menggunakan ruang udara sekali lagi sebagai satu aturan quid-pro-quo (tukar ganti) dalam mengejar hasrat membina sebuah jambatan tidak dapat diterima sama sekali, terutama apabila tiada timbal balas diterima daripada republik itu untuk memberi kebenaran kepada jet Tentera Udara Diraja Malaysia menggunakan ruang udara Singapura,” katanya.


Sumber: Berita Harian Online


p/s: nampaknya Dr. M takkan mengalah :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

cahayakekasih
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25026
Posting: 16
Dari: Kota Tinggi

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 20:23


Pada 28-06-06 02:14 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

bagi saya Dr. M memang di pihak yang benar tentang isu-isu yang dia bangkitkan, memang betul pun kerajaan sekarang banyak buat kesilapan dan pembaziran, lagipun dia tiada kepentingan lain selain membongkar dan mengkritik kesilapan2 yang kerajaan lakukan sekarang.



dulu puak2 pembangkang kutuk dr M bazir bina KLCC dan Twin tower...sekrang sokong pula...aku pening ar .... hidayah? itu semua allah yang tau...


-----------------
U are my friends....


Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayakekasihProfil   Hantar PM kepada cahayakekasih   Pergi ke cahayakekasih's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 20:28


Dr M ini mengarut saja... betul lah pendapat mengatakan bila kita dah berada di atas susah untuk kita terima hakikat yang kita dah dibawah...sedarla sikit Dr M, awak tu rakyat hamba saja kat Malaysia ini...nasib Pak Lah tu baik...buat dunno saja...kalau dia buat macam hang buat kat Anwar..baru hang tau langit tinggi rendah!mencabar negara boleh kena ISA..uhuhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

cahayakekasih
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25026
Posting: 16
Dari: Kota Tinggi

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 20:45


Pada 02-07-06 20:28 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Dr M ini mengarut saja... betul lah pendapat mengatakan bila kita dah berada di atas susah untuk kita terima hakikat yang kita dah dibawah...sedarla sikit Dr M, awak tu rakyat hamba saja kat Malaysia ini...nasib Pak Lah tu baik...buat dunno saja...kalau dia buat macam hang buat kat Anwar..baru hang tau langit tinggi rendah!mencabar negara boleh kena ISA..uhuhuhu...


bijak bijak....mengarut tak tentu hala...dulu dia kata tak mo campur urusan kerajaan tapi bila jambatan tak buat, dia bising pula... orang buat baik tak terima, orang buat tak baik lagi dia tak terima....gila.....

PS : aku tak mo jadi orang pertama kena serang tentera singapore...(dah hari2 tengok capsule tentera kat tv dia, naik seram aku) anda yang tak dok johor apa tau....


-----------------
U are my friends....


Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayakekasihProfil   Hantar PM kepada cahayakekasih   Pergi ke cahayakekasih's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 20:57


Dulu sebab dia ada pengikut lagi memang lah tak nak campur..sekarang tak ada orang nak ikut dia, cari pembangkang pula suruh ikut dia...orang yang 'gila pengaruh' ini mana boleh dok diam kalau pendapat dia ditentang...macam-macam betul lah..

p/s : Ana pun ada tempias kat johor itu...S'pore anak angkat USA ini memang dasyat ketenteraan...negara saja kecik...tapi aset ketenteraan dia kalau kitanak beli silap2 kena jual Malaysia ini baru boleh beli..memang canggih2..atas laut bawah laut semua ada...Raenye Islam pun suruh umat dia bangunkan ketenteraan..tapi Barat pula kuat..kita ni harap Iran saja lah kalau nak bangga pun..bak kata penceramah yang ana dengar " Kita ni apa pun tak ada " orang sibuk2 tingkatkan ekonomi ketenteraan dan sebagainya kita pula sibuk isu mawi..sampai paper hari ini pun habis di pasaran
[ Telah diedit oleh: hafeezzul pada 02-07-06 21:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 02-07-06 23:11


KALAU TAK PAHAM BAIK JANGAN CAKAP... DR M BUAT BENDA BAIK untuk RAKYAT...DIA KRITIK DENGAN KRITIKAN yang MEMBUINA..DR M BUKAN CAKAP KOSONG..DIA TAHU APA yang DIA CAKAP...DIA BUAT APA yang DIA CAKAP...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 23:18


Pada 02-07-06 23:11 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

KALAU TAK PAHAM BAIK JANGAN CAKAP... DR M BUAT BENDA BAIK untuk RAKYAT...DIA KRITIK DENGAN KRITIKAN yang MEMBUINA..DR M BUKAN CAKAP KOSONG..DIA TAHU APA yang DIA CAKAP...DIA BUAT APA yang DIA CAKAP...


Emmm itu pendapat enta..enta rasa dia betul...betul lah agaknya..ana rasa dia xbtol..xbtol lah agaknya....bagaimana pula boleh timbul kalau tak faham baik jangan cakap??jadi enta saja lah yang paham agaknya... maybe enta kawan baik dengan dia agaknya...:-? ..tak apalah kalau enta saja faham..begitu ana tak boleh keluar pendapat ana lah ye takut nanti kalau ana tak setuju dengan Dr M enta kata ana tak faham pula... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 08:58


bila penjahat dan penyamun berbalah sesama sendiri..tandanya..tak lama lagi nak kena tangkap polis lah tuhhhh...hati hati penyamun-penyamun semua... :lol:



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 13:48


polis manaaaa lah yang nak tangkap depa tu???

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 14:27


Pada 03-07-06 13:48 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

polis manaaaa lah yang nak tangkap depa tu???
pernah dengar polis yang di panggil 'malaikat zabaniah'?

ps: tu polis neraka tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-07-06 15:45


BUKAN tak BOLEH BAGI PENDAPAT TAPI TAK BOLEH MERAPU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-07-06 15:50


Pada 02-07-06 20:45 , cahayakekasih posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-07-06 20:28 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Dr M ini mengarut saja... betul lah pendapat mengatakan bila kita dah berada di atas susah untuk kita terima hakikat yang kita dah dibawah...sedarla sikit Dr M, awak tu rakyat hamba saja kat Malaysia ini...nasib Pak Lah tu baik...buat dunno saja...kalau dia buat macam hang buat kat Anwar..baru hang tau langit tinggi rendah!mencabar negara boleh kena ISA..uhuhuhu...


bijak bijak....mengarut tak tentu hala...dulu dia kata tak mo campur urusan kerajaan tapi bila jambatan tak buat, dia bising pula... orang buat baik tak terima, orang buat tak baik lagi dia tak terima....gila.....

PS : aku tak mo jadi orang pertama kena serang tentera singapore...(dah hari2 tengok capsule tentera kat tv dia, naik seram aku) anda yang tak dok johor apa tau....




KITA BOLEH BUAT JAMBATAN TANPA BAGI PASIR...TANPA BAGI RUANG UDARA.... JADI APA SEBAB NAK KAITKAN PASIR DAN RUANG UDARA.. NI TENGOK BERITA TV saja agaknya.... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-07-06 15:50


Pada 02-07-06 20:45 , cahayakekasih posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-07-06 20:28 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Dr M ini mengarut saja... betul lah pendapat mengatakan bila kita dah berada di atas susah untuk kita terima hakikat yang kita dah dibawah...sedarla sikit Dr M, awak tu rakyat hamba saja kat Malaysia ini...nasib Pak Lah tu baik...buat dunno saja...kalau dia buat macam hang buat kat Anwar..baru hang tau langit tinggi rendah!mencabar negara boleh kena ISA..uhuhuhu...


bijak bijak....mengarut tak tentu hala...dulu dia kata tak mo campur urusan kerajaan tapi bila jambatan tak buat, dia bising pula... orang buat baik tak terima, orang buat tak baik lagi dia tak terima....gila.....

PS : aku tak mo jadi orang pertama kena serang tentera singapore...(dah hari2 tengok capsule tentera kat tv dia, naik seram aku) anda yang tak dok johor apa tau....




KITA BOLEH BUAT JAMBATAN TANPA BAGI PASIR...TANPA BAGI RUANG UDARA.... JADI APA SEBAB NAK KAITKAN PASIR DAN RUANG UDARA.. NI TENGOK BERITA TV saja agaknya.... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 03-07-06 15:53


bukan zaman dr. mahathir lagi ke ada perjanjian pasir dan ruang udara?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 15:56


Dr. M masih tak puas hati dengan kenyataan mereka. dia minta bukti tentang pasir tu, dia kata memang Malaysia pernah jual pasir kepada Singapura tapi dalam amaun yang kecil, tapi sudah diberhentikan pada zaman dia lagi.

pesawat juang Singapura memang pernah dibenarkan masuk ke kawasan udara Johor tetapi telah disekat sehingga sekarang kerana mereka tak ikut peraturan.

Dr. M tengah minta bukti bertulis, kita tengok apa pula yang akan jadi lepas ni.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-07-06 16:11


pergi lah tengok ucapan dr m kat malaysiatoday.... 2 jam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 03-07-06 16:43


Pada 03-07-06 15:45 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

BUKAN tak BOLEH BAGI PENDAPAT TAPI TAK BOLEH MERAPU...


Ooo..ok..ana xmerapu dah...tapi kalau Mahathir tu merapu boleh pulak ye?? anta tak kisah sangat ye... :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 03-07-06 16:51


Pada 29-06-06 13:36 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau Tun Dr M korupsi tentu dia tak berani nak kritik macam ini.. tentu dia dah duduk senyap²... pergi lepak oversea ke mana² island ke... tentu tak gaduh nak fikir hal rakyat..hal politik... tu lah... sebab tu aku yakin dr m always right... cuma bab agama tu memang dia kurang beri penekanan sikit... tapi jasa dia tetap ada.. cuma kalau masih ada nak pertikaikan jasa dia pada ekonomi orang melayu khususnya.. memang haprak betul lah anda... dr M dah buat banyak kebaikan untuk ekonomi dan politik negara... beliau pemimpin yang berani menyuarakan hasrat dan perkara yang beliau rasakan benar pasti beliau pertahankan... beliau ada prinsip serta kebolehan... dan yang pastinya sapa yang duduk kata dia korupsi tu boleh telan balik lah kata² tu... semoga Tun diberi hidayah dan kemenangan...

-disaat tun mula membangkang mana pergi nya datuk seri Anwar

anwar dah bagi komen dia dalam paper...dia kata kena bagi peluang untuk dr.m ketengahkan pendapat dr.m...macam biasalah dia pertahankan idea "kebebasan bersuara" dia tu...dia kata lagi jangan jadi ulang zaman dr. m yang tak ada "freedom of speech"....karpal singh pulak nak damaikn kedua belah pihak...sekadar komen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 20:31


perang jangan tak perang!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-07-06 20:54


Pada 03-07-06 15:53 , ladybirdy posting:

!!! QUOTE !!!

bukan zaman dr. mahathir lagi ke ada perjanjian pasir dan ruang udara?



RUANG UDARA KAN TUN DAH tak bagi MASUK DULU... PASIR MEMANG ada JUAL sikit-sikit... pergi lah DENGAR TUN EXPLAIN kat MALAYSIATODAY.NET ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-07-06 20:54


Pada 03-07-06 15:53 , ladybirdy posting:

!!! QUOTE !!!

bukan zaman dr. mahathir lagi ke ada perjanjian pasir dan ruang udara?



RUANG UDARA KAN TUN DAH tak bagi MASUK DULU... PASIR MEMANG ada JUAL sikit-sikit... pergi lah DENGAR TUN EXPLAIN kat MALAYSIATODAY.NET ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Niya_Shahana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12349
Posting: 65
Dari: Kelate

venezuela  


posticon Posting pada: 03-07-06 22:32


Pada 03-07-06 16:43 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-07-06 15:45 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

BUKAN tak BOLEH BAGI PENDAPAT TAPI TAK BOLEH MERAPU...


Ooo..ok..ana xmerapu dah...tapi kalau Mahathir tu merapu boleh pulak ye?? anta tak kisah sangat ye... :-P



merapu ke?? come on laaaa...tg dan lihat dulu... dan pada yang suruh tun dok diam-diam...kata dia da tak ada function dalam negara..memang silap... ni laa masalah orang malaysia..tak boleh terima kritikan... umno pun macam da takut jekk....heheh... da 2 dekad tun dalam kerajaan..mungkin masanya Allah bagi hidayah... bongkar segalenye... Allahuakbar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Niya_ShahanaProfil   Hantar PM kepada Niya_Shahana   Pergi ke Niya_Shahana's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 22:40


betul, mungkin Allah nak bongkar rahsia kerajaan satu persatu... dan wasilahnya adalah DR M. Allah Maha Berkuasa!

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-07-06 01:48


Em bagusla...memang dari dulu lagi dia patut bongkar tapi kalau bongkar time tu macam bunuh diri dan carrier pula kan..siapa yang tak tau perangai dia ini??tak mengapa jangan takut dia pun tengah main tarik tali lagi itu...ana pun harap-harap ALLAH bagi hidayah kat dia macam antum semua nak...kalau dia bongkar alhamdulilah..mudah-mudahan ramai yang dah bukak mata dengan parti tersebut banyak seleweng..tapi kalau dia xbongkar betul lah macam yang ana rasa..dia just suka sembang kencang saja...raih publisiti saja !!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-07-06 21:59


Dr Mahathir: Saya tidak peduli apa akan berlaku, perkara salah perlu dikritik    
itu | Jul 04, 06 | 12:56:29 PM
Oleh Abu Bakar Rahman


KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bukan legasi yang ditinggalkannya yang menjadi keprihatinannya tetapi beliau bersuara kerana berlakunya perkara-perkara yang "salah".

"Bukan legasi, sebenarnya, beberapa perkara yang tidak dilakukan dengan betul, dan ia perlu dikritik, dibetulkan," katanya ketika ditemubual oleh Australia Broadcasting Corporation yang dikeudarakan pada 2 Julai lalu.

Apabila dihujjahkan kepadanya bahawa stail kepimpinan akan berubah apabila orang lain yang memimpin, beliau menjawab: "Selagi dia melaksanakan tugasnya dengan baik. Tetapi tidak".

Menjawab lebih lanjut tentang kritikan-kritikannya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak peduli apa akan berlaku kepada dirinya.

"Apabila saya merasakan ada perkara yang perlu diperbetulkan, saya tidak peduli apa akan berlaku kepada saya," tegas beliau.

Malah, beliau terus tidak mengendahkan sokongan yang diberikan oleh kabinet kepada Abdullah kerana kabinet telahpun menyatakan bahawa "mereka akan mengiakan apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri".

Dr Mahathir juga menolak tanggapan bahawa kritikannya boleh memudaratkan kerajaan dan imej negara kerana "kerajaan yang tidak boleh dikritik bukanlah kerajaan yang baik".

"Saya rasa kerajaan sepatutnya mempunyai kekuatan untuk menghadapi kritikan sedemikian," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, rancangan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin berhubung rancangan melantik "orang tengah" untuk mendamaikan Dr Mahathir dan Abdullah kelihatan tidak mendapat sambutan para pemimpin Umno.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai rancangan itu disifatkan oleh penganalisis sebagai menolak rancangan Zainuddin itu.

Usaha Zainuddin semakin dianggap tidak direstui apabila Zainuddin enggan menyatakan butir-butir pertemuannya dengan Najib selepas Najib menyatakan beliau tidak tahu menahu itu.

Beliau sekadar berkata; "Saya harap beliau memahami apa yang telah saya jelaskan."

Pemimpin Umno yang lain pula dilihat tidak senang dengan tindakan Zainuddin menghebohkan kepada media mengenai perkara itu.

"Kalau tak diberi publisiti lagi baik, kalau ada usaha-usaha hendak dilakukan," kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohamed Ali Rustam yang juga Naib Presiden Umno.

Manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang dilihat sebagai salah seorang leftenan Abdullah, terus mempersoalkan apa perlunya orang tengah untuk menamatkan pertelingkahan bosnya dengan Dr Mahathir.

"Mengapa pula kita perlukan pihak ketiga untuk berlagak sebagai juara?" beliau dipetik oleh The Star.

Jalan penyelesaian seperti yang dibayangkan oleh Zainuddin itu juga semakin tidak dipercayai apabila Dr Mahathir Sabtu lalu mencadangkan kepada kerajaan supaya mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen berkaitan rundingan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek jambatan yang telah dibatalkan.

Ini akan membolehkan Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar memberikan bukti dalam bentuk dokumen bagi menyokong dakwaan beliau bahawa Malaysia, dalam usahanya hendak membina sebuah jambatan baru ke Singapura, tidak menawarkan untuk menjual pasir dan kebenaran menggunakan ruang udara kepada republik itu, katanya dalam satu kenyataan.

"Jika tidak benar bahawa Malaysia telah menawarkan untuk menjual pasir kepada Singapura dan memberikan ruang udara bagi pesawat perang untuk mengadakan latihan, maka Menteri Luar itu mesti menunjukkan dokumen bukti, termasuk minit mesyuarat-mesyuarat dan draf perjanjian-perjanjian di mana cadangan-cadangan itu dibuat.

"Ini boleh dilakukan dengan cara mengklasifikasikan semula minit mesyuarat-mesyuarat antara pasukan-pasukan Malaysia dan Singapura yang berunding untuk membuktikan secara melampaui keraguan kenyataan menteri berkenaan. Akta Rahsia Rasmi tidak seharusnya digunakan untuk menyembunyikan kebenaran," kata Dr Mahathir, menjawab kenyataan Syed Hamid di Parlimen Khamis lepas.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, Syed Hamid berkata Malaysia tidak membuat kedua-dua tawaran itu kepada Singapura seperti yang didakwa oleh Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata tanpa dokumen-dokumen berkenaan, hendaklah diandaikan bahawa Malaysia, yang berusaha untuk membina jambatan lurus bagi menggantikan jambatan bengkok atau jambatan indah seperti yang telah diputuskan oleh pentadbiran terdahulu yang pembinaannya sudahpun bermula sebelum ia dibatalkan, telah membuat tawaran itu.

Dr Mahathir berkata berdasarkan pemahaman beliau, cadangan itu datang daripada Malaysia dan bahawa tiada apa-apa bukti bertulis yang menunjukkan bahawa permintaan itu sebenarnya berasal dari Singapura.

Mengenai dakwaan oleh Syed Hamid bahawa pasir telah dijual kepada Singapura sejak zaman pemerintahan beliau lagi, Dr Mahathir berkata kuantitinya pada masa itu sangat kecil berbanding apa yang ditawarkan kepada Singapura sekarang yang berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun.

Beliau berkata walaupun pasir dijual kepada Singapura semasa zaman pemerintahannya dahulu, amalan itu telah berlanjutan malah sejak sebelum beliau menjadi Perdana Menteri lagi.

Dr Mahathir menegaskan bahawa beliaulah yang telah menghentikan amalan seumpama itu, yang pada masa itu dilakukan oleh entiti swasta, selepas amalan seumpama itu terbukti memudaratkan integriti kawasan pesisir dan kedaulatan Malaysia.

"Ini kerana kerja-kerja menebus guna tanah yang meluas yang dilakukan oleh Singapura telah menjejaskan laluan air di Selat Tebrau," jelas beliau.

Mengenai isu memberi kebenaran menggunakan ruang udara kepada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Dr Mahathir berkata tentera udara republik itu pernah diberi kebenaran untuk menggunakan ruang udara Malaysia pada masa lepas.

Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk menarik balik kebenaran itu apabila RSAF menyalahgunakan kebenaran itu dengan mengadakan penerbangan melebihi ruang udara Johor dan mengadakan latihan mencari dan menyelamat tanpa memaklumkan atau meminta kebenaran daripada pihak berkuasa Malaysia.

"Untuk membenarkan RSAF menggunakan ruang udara sekali lagi sebagai satu aturan quid-pro-quo dalam mengejar hasrat membina sebuah jambatan adalah tidak dapat diterima sama sekali terutama apabila tiada apa-apa balasan yang diterima daripada pihak republik itu untuk memberi kebenaran kepada jet-jet Tentera Udara Diraja Malaysia untuk menggunakan ruang udara Singapura," kata beliau.

Malaysia Today pula melaporkan Dr Mahathir meletakkan syarat utama sekiranya kerajaan berhasrat menjernihkan hubungan beliau dengan kepimpinan negara sekarang - iaitu memecat menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz .

Menurut Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua, Dr Mahathir mahukan Abdullah memenuhi prasyarat itu sebagai bukti komitmen beliau sebelum memulakan proses damai.

"Dr Mahathir mahukan menantu Abdullah dan rakan-rakannya di 'tingkat empat' di Jabatan Perdana Menteri (JPM) disingkirkan dan digantikan dengan orang lain bagi membantu pentadbiran Abdullah," jelasnya.

Perlantikan kumpulan gantian itu kelak hendaklah dipersetujui oleh barisan kabinet.

Tambah Tian, Dr Mahathir juga mahukan Nazri dipecat kerana bersikap biadap dengan bekas Perdana Menteri itu.

Maklumat tersebut, dakwa Tian diperolehinya daripada 'orang Dr Mahathir'.


Dipetik dari: Harakahdaily.net


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 08:22


Pada 03-07-06 13:48 , mawa posting:

!!! QUOTE !!!

polis manaaaa lah yang nak tangkap depa tu???



polis kuasa rakyat lah...bila dosa dan skandal dah pakat-pakat declare..rakyat akan tahu perkara sebenar..makhluk yang kita jadikan idola, yang kita dok agung-agungkan itu..rupanya penyangak khazanah negara :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 05-07-06 11:08


Haa...inilah dunia politik namenya. Semuanya ada kepentingan masing-masing, setiap projek mesti ada profit sharing. Tengok kes proton sudahle. Kalau tidak kenapa tetiba saja melenting kan? Pembangkang yang ikut dia tu semua kena main saja nanti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

Jongos
Warga Rasmi
Menyertai: 05.01.2006
Ahli No: 21693
Posting: 17
Dari: Kelate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 17:02


dalam kes Tun Dr mahathir ni..kelakarla tengok orang pas:)....
entahlah...pandai2la pkir sendiri...:)..yang pentingnya ambo boleh cakap...Tun 2 bukan macam anwar berahim.....tapi ambo gembira tengok ramai dah orang-orang pas sedar betapa berjasanya dia kepada negara dan bangsa melayu....oopsss...bukan bangsa melayu...orang islammm:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For JongosProfil   Hantar PM kepada Jongos   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 22:02


ana setuju dengan Qibas...ni lah hakikat umat akhir zaman,umat islam berpecah-belah...semoga Allah lindungi kita dari bala' yang mendatang...amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 06-07-06 03:32



    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 09:45


UMNO bawa M-16,mahathir guna styer.
UMNO bawa F-16,mahathir guna F-18.
UMNO bawa kereta perisai,mahathir guna kereta kebal.
siapa yang menang?entah..yang penting,orang cina tergelak berdekah2,tergolek2 pecah perut tengok melayu gaduh kat tanah air sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

hanif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4144
Posting: 300
Dari: muar

Johor  


posticon Posting pada: 06-07-06 15:06


anda semua gaduh kat sini, tak tahu, bekas Pm pun ada kepentingan juga...
kata dulu kalau ada beri cadangan melalui lalauan yang betul.. apa dah jadi sekarang????..
kalau kepala dihemtam kita juga sokong.. he..he..he..
dunia.. dunia... manusia tak kan puas....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanifProfil   Hantar PM kepada hanif   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 16:10


Bagi saya apa yang dikatakan oleh Tun itu ada merit atau sandaran yang kukuh. Beliau bercakap atas pengalaman. Beliau mengakui bahawa beliau melakukan dosa-dosa semasa pemerintahan beliau.

PAS dilihat seolah-olah mengampu atau berharap pada Tun M kerana PAS tidak punya kekuatan untuk berlawan dengan UMNO. Lihat saja ketika Ku Li menubuhkan S 46, Pas bersungguh cuba menggunakan Ku Li dengan APU. Maka wujudlah istilah tahaluf siasi kerana pada waktu itu ketokohan ustaz Fadzil tidak cukup kuat memberikan impak pada UMNO. Begitu juga pada isu DSAI, PAS cuba berkerjasama dengan menubuhkan GERAK hinggalah kepada BA dan inilah sikap yang saya lihat bakal terjadi pada PAS.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

hanif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4144
Posting: 300
Dari: muar

Johor  


posticon Posting pada: 06-07-06 16:27


tu tak boleh...sebab sekarang bukan dia yang memerintah, PM ada cadangan yang lain ke?? atau boleh dibuat tapi bukan masa sekarang dan rakyat tak harus ambil tahu...
tu kena fikirkan jugak.. kalau kita tak sikong gan apa yang kita buat terhadap kerajaan yang dipilih.. macam mana mahu perlaksanaan tersebut berjalan dengan lebig lancar...
bagi saya tun tak boleh komen secara terbuka..
sebab tun dah lepaskan jawatan!!! so buat apa lagi...

: "siapa pun piminpin kita kena sokong, selagi tak bertentangan dengan ajaran islam"

di mana letaknya kita jika asyik salahkan kerajaan saja... fikirkan apa kerajaan dah fikirkan lah apa sumbangan kita pada kerajaan..

siapa pun Pm tak pebting yang penting Negara TU...ingat lah kawan-kawan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanifProfil   Hantar PM kepada hanif   Quote dan BalasQuote

ummuazzahra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.07.2006
Ahli No: 25096
Posting: 31
Dari: utara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 19:14


Allah lah segala-galanya bagiku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuazzahraProfil   Hantar PM kepada ummuazzahra   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 20:38


assalamualaikum...

sekadar pandangan sahaja...

apa yang anak saksikan dari senerio perbalahan ini... berkemungkinan kedua2 belah pihak ingin mengambil keuntungan dari permasalahan ini...

kalau dr m benar.. tetapi apakah motif beliau untuk mengkambing hitamkan abdullah badawi dengan najib?? mengapa beliau mengatakan tersalah pilih pengganti.. ianya jelas merendah2kan kemampuan orang yang dia pilih sendiri.. secara tidak langsung seolah-olah mahu abdullah dan najib bertengkar dalam merebut kuasa...

tentang kritikan dr m berkenaan dengan pembatalan jambatan bengkok itu.. saya setuju,Kenapa kita perlu takutkan kepada permintaan singapura. malahan kalau dikaji pembinaan tersebut akan membawa banyak faedah kepada rakyat malaysia kerana kapal boleh lalu dibawah jambatan dna ini membolehkan tentera laut kita menguatkan pantauan di sempadan perairan antara bangsa kita... tambak johor yang sekarang ini lebih menguntungkan singapura sebenarnya.. sebab bila polis laut kita tak boleh pantau poerairan antara bangsa. maka ketenteraan singapura seolah-olah akan menjadi kuat...

dan apa yang saya lihat,emang pemerintahan sekarang ini agak lemah dalam segi pentadbirannya.. namun insya ALLAH boleh diperbaiki dimasa akan datang.. dan saya berharap tampok kepimpinan sekarang dapat memperbaiki cara mentadbir.. kerana dalam tempoh 1 tahun sebelum parlimen dibubarkan untuk menjalankan pilihan raya.. rakyat akan menderita sekiranya pemerintah bersikap sambil lewa terhadap kebajikan rakyat...

sekadar pandangan...

salam ukhwha dan perjuangan..

wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 15:59


Khairy perlukan Anwar untuk halang Najib    
Fri | Jul 14, 06 | 09:34:39 AM
Oleh Abu Bakar Rahman


KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Tidak ada cara yang praktikal bagi menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin untuk menjadi Perdana Menteri melainkan dengan membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim menyertai Umno semula, kata akhbar Singapura, Today Online.

Membayangkan bahawa Khairy tidak akan dapat bersabar menunggu terlalu lama, akhbar itu menyatakan jika Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkhidmat untuk dua penggal, ia bermakna lagi tujuh tahun sebelum Dato' Seri Najib Tun Razak mengambilalih.

Akhbar itu menjangkakan, Najib akan menjadi Perdana Menteri sekurang-kurangnya tiga penggal atau 15 tahun.

Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishamuddin Hussein pula, yang dianggap orang ketiga yang menunggu, dijangka oleh akhbar itu akan mengambilalih dari Najib dan akan menjadi Perdana Menteri selama dua penggal atau 10 tahun.

"Ini bermakna Khairy terpaksa menunggu 32 tahun untuk berkuasa, sesuatu yang tidak dapat dibayangkan untuk pemuda berumur 31 tahun yang tidak sabar ini yang berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang termuda," kata Today Online.

Khairy tahu, kata akhbar itu, kerjaya politiknya akan terpancung jika tempoh Abdullah memegang jawatan dipendekkan kepada satu penggal.

"Khairy memerlukan Abdullah terus berkuasa sekurang-kurangnya sepenggal lagi supaya beliau boleh mengukuhkan pengaruh dan kuasanya yang semakin berkembang di dalam Umno," kata akhbar itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad pula, yang kini terus menyerang Abdullah, disifatkan oleh Today Online sebagai berusaha untuk memastikan Abdullah menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja.

"Beliau (Dr Mahathir) telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau lebih sukakan timbalan Abdullah, Najib," kata akhbar itu dalam keluaran 13 Julainya.

Tanpa kuasa di dalam kerajaan atau parti, akhbar itu melihat satu-satunya cara Dr Mahathir boleh mencapai matlamat itu ialah dengan meyakinkan Najib mencabar Abdullah dalam pemilihan Umno akan datang.

Tetapi, walau dengan apa cara pun, Today Online menjangkakan Khairy mesti menghalang Najib dari mencabar Abdullah.

Jika Najib menunjukkan bahawa beliau mahu mencabar Abdullah, akhbar itu menjangkakan Abdullah, dengan bantuan Khairy, dengan mudah akan dapat mengatur penyertaan semula Anwar ke dalam Umno - dengan persetujuan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah, tetapi bebas mencabar sesiapa sahaja - maksudnya, Najib.

Anwar kemudiannya, kata Today Online, boleh menggantikan Abdullah dan menjadi Perdana Menteri sehingga dua penggal sebelum Khairy mengambilalih.

"Pada masa itu, Khairy baru berumur 48 tahun, masih lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling muda," kata akhbar itu.


Sumber: Harakahdaily.net


p/s: semakin lama semakin konfius dengan senario politik negara kita :roll:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 14-07-06 16:18


kenapa nak konfius??Politik Malaysia memang macamnie...dr dulu sampai sekarang ada saja tak kena...Senyum sajalah dengar..nak buat apa lagi..takkan nak tukar kerakyatan pula??

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 18:58


Tun M, Pak Lah, KJ, Anwar, PAS semuanya orang-orang politik, bercakap pun atas kepentingan politik. dalam politik biasalah tu, hari ni kawan esok lusa jadi lawan, hari ni lawan esok2 jadi kawan

melayu sama melayu bergaduh sampai 'perang besar' kat newspaper, siapa yang bertepuk tangan?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 14-07-06 18:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

nuzul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21199
Posting: 48
Dari: pahang

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 14-07-06 19:07


dalam hal yang macam ni ana pun keliru hari makin hari, makin bercelaru isunya....pada pendapat ana biasalah... bila kita berada diatas pandangan kita akan tertumpu pada orang yang bawah.dalam bab dr mahathir masa dia jadi perdana menteri kemungkinan dia hanya nampak kesalahan orang kat bawah dia saja tapi dia lupa untuk cermin diri aku ni ok ke tak?macam tu juga dengan PM sekarang pak lah tak sedar kesalahan dia bila dia berada di atas so bila ada orang yang dibawahnya tegur akan kepimpinannya maka dia akan cepat melenting(even dr mahathir bukan orang bawahan pak lah ironinya dia bukan PM lagi)

tapi pada pandangan ikhlas ana lah mahathir hanya menegur kerana bila dia tahu pak lah buat silap of sebab dia kena tegur and paklah sepatutnya lebih berfikiran terbuka jagan dikelam kabutkan keadaan try maintain and cool.



Bookmark and Share

    


  Member Information For nuzulProfil   Hantar PM kepada nuzul   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 19:07


ini lah masalahnya orang melayu....kita kena bersatu padu...yang tak elok itu harus di banteras jangan esok lusa anak cucu kita hidup dalam keadaan yang tidak aman dan tenteram...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

mieIKIM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2006
Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable

italy   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 19:15


INI KERJA DUNGU!SERAHKAN SAJA ANAK KUCING PADA IBUNYA,BUKAN PADA SARANG BUAYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For mieIKIMProfil   Hantar PM kepada mieIKIM   Pergi ke mieIKIM's Website   Quote dan BalasQuote

armien
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2005
Ahli No: 20238
Posting: 56
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 16:39


Marilah kita sama-sama saksikan propaganda politik yang di mainkan oleh Tun kita ni....Saya ada dengar yang ada kata-kata bahawa "ORANG YANG PERNAH MEMIMPIN TIDAK BOLEH DIPIMPIN ORANG"...sama-sama kita renungkan benar atau salah kata-kata ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For armienProfil   Hantar PM kepada armien   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 17:03


:roll: Hmmmm...kadang-kadang tak faham lah dengan perangai mereka ini...masa dulu bukan main sayang lagi...tapi bila dah jadi macam ini....pelik betul lah denagm perangai ahli2 UMNO ini...

:oops: Adakah ahli2 PAS merelakan Tun join parti mereka....KITA TUNGGU DAN LIHAT....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

daei_fi_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 04-08-06 18:31


Pada 14-07-06 18:58 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

... dalam politik biasalah tu, hari ni kawan esok lusa jadi lawan, hari ni lawan esok2 jadi kawan....



salam!!!...ana pun tak paham dengan dunia politik ni... bagi ana, dunia politik ni penuh dengan kepura-puraan saja... tolong betulkan pendapat ana ini jika salah...afwan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For daei_fi_islamProfil   Hantar PM kepada daei_fi_islam   Pergi ke daei_fi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

ahlifikir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.07.2005
Ahli No: 17015
Posting: 45
Dari: kl

japan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 19:50


maybe dia dah insaf agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahlifikirProfil   Hantar PM kepada ahlifikir   Pergi ke ahlifikir's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-08-06 19:58


Pada 04-08-06 18:31 , daei_fi_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-07-06 18:58 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

... dalam politik biasalah tu, hari ni kawan esok lusa jadi lawan, hari ni lawan esok2 jadi kawan....



salam!!!...ana pun tak paham dengan dunia politik ni... bagi ana, dunia politik ni penuh dengan kepura-puraan saja... tolong betulkan pendapat ana ini jika salah...afwan...


itulah dunia politik....so ...apa patut kita yang jadi penonton kepada drama politik ini buat??...takkan hanya tengok sahaja??

jadilah kita orang-orang yang tak jolok sarang tebuan dua kali....jangan biarkan pisang berbuah 2 kali....ambil iktibar atas peristiwa2 politik yang berlaku....jangan jadi pak turut kepada orang-orang politik....jangan percaya bulat2 apa yang pemimpin2 negara cakap...sebabnya mereka memang cakap tak serupa bikin....hanya bercakap bagi nampak gah diri, cakap macam diri berkarisma tapi yang sebenarnya hampeh....

fahami dunia politik....jangan jadi orang yang tertipu atau mudah ditipu.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 01:07


jihad ke ni..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» UMNO isytihar perang terhadap Dr Mahathir??

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.282497 saat. Lajunya....