Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Petua Warisan
Topik: SAYANGILAH DIRI KITA...


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» SAYANGILAH DIRI KITA...

Please Mendaftar To Post


Oleh SAYANGILAH DIRI KITA...

drnina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1444
Posting: 51
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-08-03 14:13


PENGENALAN KESIHATAN MENYELURUH ANDA

Badan manusia adalah satu ciptaan yang menakjubkan. Ia melaksanakan fungsi yang
paling kompleks. Tetapi kita bersikap tidak menghargainya ( sambil lewa ).
Seolah-olah, ia tidak akan mati......



Kita kerap beranggapan yang kemerosotan tahap kesihatan dan proses tua hanya
berlaku kepada orang lain. Malangnya ia tidak benar.
Imbas kembali anda, 5 hingga 10 tahun yang lampau. Apakah perbezaanya ~
sedikit atau banyak. Kehidupan sepatutnya bermula di umur " 50 " tahun.



BADAN MANUSIA DICIPTA UNTUK BERTAHAN SELAMA 125 TAHUN



Mengkagumkan, tapi ia benar.Kita sepatutnya hidup sehingga 125 tahun. Tapi
mengapa persaraan ditetapkan pada umur 55 tahun. Sebab kini, jangka hayat purata
ialah 65 tahun. Apakah terjadi pada baki 60 tahun. Hampir 50% hilang begitu
saja.

Apa yang terjadi dan mengapa?.



Untuk memahaminya - Perhatikan gaya hidup kita, yang mana satu punca utama.



Air - Kotor.

Udara - Tercemar.

Tekanan Jiwa - Setiap Hari.

Senaman - Malas, tak ada masa, sibuk.

Tidur - Tidak lena.

Merokok - Kesan langsung dari perokok berdekatan.

Alkohol - Menjejaskan hati dan membunuh sel otak.

Dadah - Ada kesan sampingan.

Makanan - Banyak racun serangga, hormon, antibiotik.

Penyakit akan melemahkan badan kita.

Nasib baik, kita hanya kehilangan 50%.

Daripada kehidupan kita, sepatutnya lebih.!!



GAYA HIDUP ADALAH PENYAKIT

Penyakit melemahkan badan kita.

Penyakit mengambil masa 5 hingga 15 tahun sebelum ia menimbul.



PENYAKIT BIASA

Ketakcernaan, sembelit, sakit kepala, sakit belakang, panas badan, keletihan,
tekanan darah, batuk dan demam.



Cuba kita fahami badan kita.



Badan kita terdiri kira-kira 75 trillion sel. Sel bukan bulat seperti telur
goreng.



Ia terdiri pelbagai bentuk dan saiz.

Setiap sel melaksanakan fungsi yang tertentu seperti sel hati, sel otot, sel
saraf,

sel lemak, sel sperma, sel tulang, sel darah merah dan sel kulit.



Sel adalah benda yang paling menakjubkan di dunia. Jika sel sperma tidak apa
yang dilakukannya. Jika ia terus berganda - Dalam masa 9 bulan, kita akan
mendapat " Seketul daging ' Dan bukanya seorang bayi. Ibu tidak berbuat apa-apa
untuk membantu, membentuk atau menentukan sesuatu. Dia juga tidak
dapat mengawal jantina bayi. Sel sperma pertama yang melaksana kan tugas dan
perancangan. Bayangkanlah fungsinya yang berjuta-juta darah, mata, hidung,
telinga, kepala, tulang, kuku, dan sebagainya. Dalam masa 9 bulan, satu tempoh
yang sungguh singkat, seorang bayi normal dilahirkan.



PEMBENTUKAN BADAN MANUSIA



Untuk memahami badan manusia, kita mesti mengetahui pembentukanya.



SEL ---> TISU ---> ORGAN ---> SISTEM ---> BADAN



Oleh itu, untuk membolehkan meneruskan kehidupan, sel juga mesti hidup. Sel
memerlukan oksigen, zat makanan, air dan PEMBUANGAN BAHAN SISA untuk terus
hidup. Sembilan sistem badan asas kita dicipta untuk menepati keperluan ini.
Tapi, sistem pula terdiri daripada sel, Ia satu penyusunan yang sempurna. Sistem
membantu sel, sel membantu sistem. Ia saling bantu membantu.



UNTUK MENIKMATI KESIHATAN MENYELURUH

Untuk badan berfungsi dengan sempurna dan menikmati kesihatan menyeluruh.
Sembilan sistem badan kita mesti berfungsi dengan seimbang dan hormoni.



1. Sistem pencernaan: - Menghancurkan dan mencernakan makanan dan menyerap zat
makanan.

2. Sistem usus: - Menyimpan dan mengkumuhkan bahan sisa.

3. Sistem peredaran: - Membawa zat makanan dan membuang bahan sisa dan toksin.

4. Sistem saraf: - Menghantar pesanan dan memberi deria lihat, dengar, rasa,
hidu,

mengimbangi dan memandu arah.

5. Sistem imun: - Mempertahankan badan dan melawan penyakit.

6. Sistem pernafasan: - Menyedut oksigen dan mengeluarkan bahan sisa dan karbon
dioksida.

7. Sistem kencing: - Menapis darah dan cecair.

8. Sistem kelenjar: - Melaraskan pertumbuhan badan, suhu dan keseimbangan
hormon.

9. Sistem struktur: - Meyokong struktur badan dan pergerakan.



Kesemuanya saling bergantung di antara satu sama lain. Jika satu sistem tidak
berfungsi - Ia akan menjejaskan sistem yang lain.





APAKAH KESIHATAN MENYELURUH

Kesihatan menyeluruh bermakna sihat sejahtera dari hujung rambut ke hujung kaki.

Setiap bahagian badan mestilah sihat. Seperti juga kereta - kereta serba baru.

Setiap Sistem dan peralatan menampilkan prestasi cemerlang, tapi jika tayarnya
bocor kereta tidak boleh berjalan dengan lancar. Walaupun badan anda seperti
seorang bina badan, anda bersenam dan makan makanan berkhasiat tapi jika buah
pinggang anda tidak berfungsi, maka anda juga dianggap tidak sihat.



ANDA MEMPUNYAI KESIHATAN MENYELURUH

Semasa anda dilahirkan, anda seperti sebuah kereta baru, setiap organ dan sistem
berfungsi pada tahap yang optimum. Seperti kereta baru - " Yang berada di
bilik pameran '. Setiap sistem dan peralatan kereta berfungsi pada tahap yang
optimum.

Anda sihat sejahtra. Keadaan kereta baru sungguh mengkagumkan.



ANDA KEHILANGAN KESIHATAN MENYELURUH

Masa terus berlalu, anda telah "mendera" badan anda, selepas 30 tahun atau
lebih, badan anda semakin lemah. Kereta serba baru telah menjadi kereta
terpakai - semakin buruk. Darah anda kotor dan buah pinggang anda lemah.
Anda mula berasa penat dan sakit di sana sini. Seperti kereta terpakai, anda
telah kehilangan kesihatan menyeluruh anda.



BERITA BAIK DAN BERITA BURUK

Berita baik ialah apabila kereta anda rosak, anda boleh menukar alat ganti atau
bertukar kereta. Tapi, berita buruk ialah, apabila badan anda semakin uzur,
anda tidak boleh menukar darah atau buah pinggang begitu saja.



PERBUATAN YANG KURANG BAIK IALAH....

Mereka menjaga kereta lebih daripada badan mereka sendiri. Biasanya minyak
pelincir yang baik, petrol primium, servis selalu, memang tidak pakai minyak
tanah. Tapi bagaimana dengankanan dan air yang kita makan. " Tak apalah !!"
sekali sekala. Kalau begitu, bolehlah gunakan minyak tanah untuk kereta anda,
sekali sekala, apa salahnya ?.



SIKAP "TIDAK-APA" MEREKA

Sebelum penyakit serius menyerang... Kita makan dan minum apa saja, lidah kita
mendesak, menentukan dan mengawal apa yang kita makan dan minum. "DIET" bukan
persoalanya, buat apa menyusahkan saja. Ini tidak boleh, itu tak bole, kalau
begitu, hidup tak ada makna, tengok..! Saya sihat..!!. Tapi apabila penyakit
serius menyerang seperti sakit jantung, pembedahan pintasan diperlukan,
kemudian kita kata , "DOKTOR, buatlah apa saja. Wang tak jadi masaalah.''
Hakikat sebenarr.....kebanyakan daripada penyakit yang kita alami adalah
berpunca dari

perbuatan kita sendiri.



FAKTA YANG MESTI ANDA KETAHUI...

Sistem penjagaan perubatan tidak dapat mengubati kebanyakan penyakit masa kini.

Contohnya...Kanser, kencing manis, hipertensi, artritis, penyakit jantung, dan
sebagainya. Ia hanya boleh mengawal saja.



Amalkan langkah bijak - Bina badan untuk menjaganya sendiri.

Lebih banyak ubat baru beranika rupa dan warna.

Lebih banyak Hospital baru yang serba canggeh.

Lebih ramai doktor pakar berkelulusan tinggi

Malangnya" - Tapi hakikat sebenar, semakin banyak penyakit muncul.



MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT...

Jika anda sekeluarga tidak mengawal kesihatan sekarang, anda mugnkin tidak dapat

mengawalnya langsung. Anda perlu membuat pengorbanan, menggunakan wang ringgit
tapi anda tidak akan menyesal.



Jika anda sayangkan diri dan keluarga anda, berilah tumpuan terhadap kesihatan,
jika

tidak, anda terpaksa menanggung akibatnya, sampai masa kita dibawa ke hospital,
ia

sudah terlambat.



KESIHATAN YANG SEMPURNA MERUPAKAN SUATU KEKAYAAN.

Dari Abu Hurairah R.W berkata:

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Yang pertama sekali di tanyakan kepada seorang hamba pada hari kiamat adalah
mengenai nikmat sihat yang diperolehinya, di tanyakan kepadanya, ' Tidak kah
telah kami sihatkan badan mu dan telah kami berikan bekal kepada mu dari air
yang sejuk ".



Bookmark and Share

    


  Member Information For drninaProfil   Hantar PM kepada drnina   Quote dan BalasQuote

hani_fatiha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1111
Posting: 41
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 26-09-03 02:23


Hmm..panjang juga penerangan ttg. kesihatan diri dari drnina..tapi ...macam mana ye kita nak atasi masalah rokok???
Maksud ana ..menjauhkan diri dari perokok-perokok.
Biasanya,kalau kita keluar dari rumah utk. k suprmarket and so on..tak sah ..kalau tak lalu tepi org yg. merokok..
Macam mana ye???drnina

Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_fatihaProfil   Hantar PM kepada hani_fatiha   Quote dan BalasQuote

solehgall
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-10-03 03:44


bagusnya info nii

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehgallProfil   Hantar PM kepada solehgall   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.08.2003
Ahli No: 2858
Posting: 350
Dari: Johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-03 10:06


mak aiii... panjangnya pembuka forum..
kesimpulan... marilah kita sama2 simpulkan apa yang tersimpul....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-03 11:28



Terima kasih.. sayangilah diri kita kerana badan kita ni tak boleh patah tumbuh hilang berganti..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.398019 saat. Lajunya....