Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 248
Ahli: 0
Jumlah: 248




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam 22 saat yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Nak kahwin sekarang kena ada insurans?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Nak kahwin sekarang kena ada insurans?

Please Mendaftar To Post


Oleh Nak kahwin sekarang kena ada insurans?

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 03:37


Insurans untuk pengantin
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim


Ketua Hakim Syarie cadang sistem takaful jamin masa depan isteri, anak

MELAKA: Bakal pengantin lelaki Islam mungkin perlu mengambil insurans sebelum bernikah bagi menjamin masa depan isteri dan anak apabila berlaku perceraian atau kematian.

gambar
Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman (gambar) menyarankan sistem takaful insurans perkahwinan diperkenalkan dalam prosiding perkahwinan pasangan Islam di negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), berkata pelaksanaan sistem itu dapat membela nasib dan meringankan beban isteri serta anak selepas perceraian atau kematian suami.

“Sistem ini sudah diperkenalkan di Mesir dan berjaya membela kehidupan golongan terbabit,” katanya pada Majlis Mahabbah JKSM Bersama Masyarakat di sini, semalam.

Sementara itu, Hakim Rayuan Syarie, Datuk Muhamad Asri Abdullah, berkata takaful insurans perkahwinan boleh diwajibkan kepada bakal pengantin tanpa perlu meminda undang-undang berkaitan.

“Di Mesir, mereka memasukkan perkara itu dalam Undang-Undang Keluarga dan lelaki perlu menyediakan insurans yang saya difahamkan bernilai RM100 untuk sekali bayar yang dikelolakan bank.

“Bagaimanapun di negara kita, tak perlu pinda undang-undang sebaliknya boleh dibuat secara pentadbiran oleh Jabatan Agama Islam negeri. Ini sama seperti syarat mengikuti kursus khas bimbingan rumah tangga yang diwajibkan kepada bakal pengantin,” katanya ketika dihubungi.

Muhamad Asri berkata, walaupun bayaran insurans itu kecil, nilai sebenarnya besar kerana membabitkan insurans berkelompok.

“Saya berpendapat sudah tiba masanya kita melaksanakan perkara ini menerusi syarikat takaful kerana apabila berlaku perceraian, ibu lazimnya tidak dapat membesarkan anak-anak dengan sempurna.

“Urusan menuntut nafkah di Mahkamah Syariah pula mengambil sedikit masa. Jika ada insurans, mungkin bayaran boleh disegerakan dan wang itu dapat meringankan beban wanita dan anak mereka,” katanya.


Dipetik dari: Berita Harian Online


p/s: bagus tu, terjamin masa depan kita :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 24-06-06 11:25


pembelaan untuk kaum hawa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-06-06 15:53


hahahahahaha...macam-macam sekarang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Ketotoi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23510
Posting: 90
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 18:22


saya memang dah ada takaful, ada bahagian untuk waris, cuma orang rumah saja tak ada lagi. Nak kena carik ni..heeee

Bookmark and Share

    


  Member Information For KetotoiProfil   Hantar PM kepada Ketotoi   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-06 18:41


kepada sesiapa yang nak insurans takaful boleh registerkan nama anda kat saya, kalau nak buat pertemuan sila call atau mesej di nombor

0125467859 (untuk pengguna maxis)
0192039639 (untuk pengguna celcom)

Amrizal,
Serve the best
Takaful Nasional

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 00:01


hehehe, promote nampak :-di


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 00:02


Takaful insurans kahwin penyelesai beban keluarga
Oleh Nor Affizar Ibrahim


Syor Ketua Hakim Syarie disambut baik Pertiwi, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, jamin masa depan pasangan pengantin


CADANGAN agar bakal pengantin lelaki Islam perlu mengambil takaful insurans sebelum bernikah bagi menjamin masa depan isteri dan anak jika berlaku perceraian atau kematian, pada dasarnya satu perkembangan baik serta menunjukkan kepekaan untuk mewujudkan institusi kekeluargaan lebih mantap.

Saranan dikemukakan Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman supaya sistem takaful insurans perkahwinan diperkenalkan dalam prosiding perkahwinan pasangan Islam di negara ini dilihat membawa beberapa kebaikan dan memberi lebih jaminan masa depan jika dilaksanakan dengan betul.

Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi), Prof Datuk Nik Safiah Karim, berkata cadangan itu wajar disokong dan diterima baik masyarakat di negara ini kerana ia jelas bertujuan baik demi menjamin masa depan isteri dan anak yang mungkin kehilangan arah serta punca pendapatan bagi menyara keluarga selepas perkara tidak diingini berlaku.

“Cadangan ini datang daripada seorang ulama yang sudah tentunya tahu mengenai undang-undang dan syariat Islam. Jadi, saya fikir cadangan itu tentu berasas serta ada kebaikan. Jika sudah ada negara Islam lain melaksanakannya dan berjaya membela kehidupan golongan berkenaan, ini turut bermakna perkara ini bukan sesuatu yang baru,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Prof Nik Safiah berkata, cadangan itu juga tidak harus dianggap satu lagi bebanan kepada pasangan Islam yang ingin berkahwin dan sudah ditetapkan beberapa syarat lain sebelum ini jika ingin mendirikan rumah tangga termasuk diwajibkan mengikuti kursus khas perkahwinan dan ujian saringan HIV.

Katanya, pihak lelaki khususnya, yang dikatakan terpaksa menanggung bebanan hantaran dan mas kahwin tinggi di tetapkan keluarga pihak wanita, wajar mengambil kira cadangan berkenaan sebagai memenuhi sebahagian daripada tanggungjawabnya membuat persediaan untuk melangkah ke alam rumah tangga.

“Membuat perancangan dan persediaan awal untuk masa depan perlu disemai kepada pasangan yang ingin berkahwin. Begitu jugalah dalam hal ini dan beberapa syarat lain yang sudah diperkenalkan serta dilihat jelas ada kebaikannya. Kursus perkahwinan misalnya, wajib diikuti kerana pada masa ini ramai pasangan yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk mendirikan rumah tangga.

“Perkara ini sama halnya jika cadangan takaful insurans diwajibkan kepada bakal pengantin kerana untuk membina keluarga, mempunyai pendapatan dan pekerjaan adalah aspek utama perlu ditekankan. Jika pasangan yang ingin berkahwin berasa mengambil insurans takaful satu lagi bebanan kewangan, mungkin mereka boleh berpakat mengurangkan perkara lain dalam menguruskan perkahwinan seperti mengurangkan belanja hantaran dan membuat majlis perkahwinan sederhana,” katanya lagi.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar, berkata pada dasarnya cadangan itu adalah baik sebagai jalan penyelesaian sementara sebelum tuntutan nafkah dibuat di Mahkamah Syariah selepas perceraian berlaku pada pasangan.

Katanya, pengambilan takaful insurans juga boleh dianggap sebagai perlindungan kepada isteri dan anak yang terabai serta ada kala terpaksa menjalani kehidupan sukar sama ada selepas kematian ataupun diceraikan suami.

“Memang ada banyak masalah bagi isteri dan anak yang ditinggalkan tanpa nafkah. Begitu juga bagi pasangan bercerai dan ingin menuntut nafkah di Mahkamah Syariah, perlu ambil sedikit masa untuk diselesaikan. Apabila kes tuntutan nafkah di bawa ke Mahkamah Syariah, ada pula suami yang menafikan hak itu atau sengaja menggantungkan isteri tidak bertali. Jika ini terjadi, bagaimanakah isteri yang ditinggalkan suami itu ingin menyara diri dan anaknya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan itu perlu diperhalusi dan dikaji lebih lanjut dalam pelbagai aspek termasuk jumlah premium, tempoh matang dan syarat lain supaya tidak disalah tafsir atau disalah gunakan mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan.

Paling dibimbangi, ada pasangan yang mengambil insurans takaful itu mempunyai agenda tersendiri iaitu hanya ingin mengaut keuntungan dan mempermainkan ikatan perkahwinan dibina.

Maklum balas positif yang diberikan beberapa pihak mungkin satu petanda yang menunjukkan, cadangan pelaksanaan sistem takaful insurans perkahwinan itu ada beberapa manfaat kepada masyarakat Islam di negara ini. Apa yang diharapkan, pelaksanaannya kelak tidak dibuat secara terburu-buru sebaliknya, banyak lagi ruang dan sudut pandangan yang perlu diambil kira serta dikaji secara terperinci.

Jika di Mesir sistem seumpama ini sudah diperkenalkan dan dikatakan berjaya, ia tidak bermakna jika diperkenalkan di Malaysia, hasil yang sama dapat dicapai. Beberapa perbandingan perlu dibuat terlebih dulu kerana apa yang pasti, walaupun Mesir dan Malaysia adalah sama-sama negara Islam, masih ada jurang latar budaya dan nilai berbeza serta tidak sesuai dijadikan amalan mahupun contoh untuk diikuti.


Sumber: Berita Harian Online


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 00:08


pandangan ana secara peribadi,memang bagus cadangan ni. terutamanya bagi kaum wanita. Nasib mereka lebih terjamin dan boleh berdikari

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 09:37


:di saudara ketotoi berminat nak dengar lebih lanjutkan :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 10:53


macam dalam iklan TV pula.....
Sediakn INSURANS sebelum kawin.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 19:12


tak tau pulak..memang wajib ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 27-06-06 23:07


saya nak juga dapat insurans.. harap future husband dah beli.. hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

faina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 607
Posting: 151
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 00:39


cadangan yang paling bijak sekali...
khususnya untuk pembelaan kaum Hawa...apabila kematian suami atau berlaku penceraian...
bsiap sediala kaum Adam....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainaProfil   Hantar PM kepada faina   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-06-06 10:40


makin susah ke nak kawin......habis lah kaum lelaki...
kalau ada yang bercita-cita nak kawin lebih dari satu...tu lupakan lah......nanti dua-tiga insuran kena bayar.......gaji habis buat bayar insuran saja


-----------------
Whatever Happen life still go on
[ Telah diedit oleh: rasha_aleeya pada 28-06-06 10:42 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 11:07


Jangan risau duit insurans tu untuk masa depan jugak, mana tau something happened in the future, kalau kita tak plan dari sekarang susah nanti. Selain tu duit tu boleh disimpan/saving dan sedekah sekali.


-----------------

Koleksi Busana
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 28-06-06 16:32 ]



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

dhamiraqistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13287
Posting: 271

Selangor  


posticon Posting pada: 28-06-06 20:38


wah...ni kira bagus lah ni..ni yang nak kena khabar2kn kepada future husband saya spy cepat-cepat beli insurans takaful ni...bukan apa...kan senang nanti....heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhamiraqistinaProfil   Hantar PM kepada dhamiraqistina   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 00:16


Pada 26-06-06 18:41 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

kepada sesiapa yang nak insurans takaful boleh registerkan nama anda kat saya, kalau nak buat pertemuan sila call atau mesej di nombor

0125467859 (untuk pengguna maxis)
0192039639 (untuk pengguna celcom)

Amrizal,
Serve the best
Takaful Nasional

insurans perkahwinan ada tak? :-di :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 10:46


Insurans kawin tade, tapi kalau nak kawin free ada, siap dapat 10 000 lagi :)


-----------------

Koleksi Busana
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 29-06-06 10:46 ]



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118342 saat. Lajunya....