Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 4 hari yang lalu
Martyr: 8 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 12 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: nak jadi wanita solehah??


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» nak jadi wanita solehah??

Please Mendaftar To Post


Oleh nak jadi wanita solehah??

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 19:38


perempuan suka berkongsi masalah dengan lelaki??adakalanya dia suka,adakalanya perempuan tidak suka...bergantung kepada jenis masalah..bergantung kepada peribadi seseorang...dan banyak lagi faktornya..benda ni terlalu subjektif..
tapi kalau perempuan yang punya keimanan tinggi..dia takkan sekali2 berkongsi masalahnya dengan lelaki yang bukan muhrimnya...even se'soleh' mana pun lelaki tersebut..kerana ia tahu itu adalah salah satu pintu kepada zina..benda ini sangat jelas bagi wanita solehah itu...dia takut kepada ALLAH..wanita solehah tidak akan berhubung dengan laki yang bukan muhrimnya tanpa ada keperluan..wanita solehah tahu dirinya adalah fitnah dan anak panah syaitan..so,apakah perlu dia berkongsi masalah dengan lelaki yang bukan muhrimnya even hanya dengan berbalas sms atau email???dia tahu itu hanyalah bujukan syaitan dan hawa nafsu semata...mungkin wanita-wanita lain biasa berkongsi masalah dengan laki lain yang bukan muhrimnya..tetapi tidak untuk wanita solehah...wanita solehah tahu kebiasaan masyarakat bukannya kayu ukur maksiat atau tidak sesuatu perbuatan itu tetapi kayu ukur kepada sesuatu perbuatan adalah al-quran dan as-sunnah..baik pada allah dan rasulNya,baik jugalah untuk wanita solehah..buruk pada allah dan rasulNya,buruk jugalah pada wanita solehah walaupun masyarakat memandang baik perbuatan tersebut...wanita solehah sedar bahawa tiada istilah ber'sahabat' dengan lelaki yang bukan muhrim selagi belum menikahi lelaki itu...wanita solehah faham bahwa tiada dalam islam ber'kawan' dengan lelaki bukan muhrim sebelum menikahinya even hanya dengan ber'sms',ber'email' atau ber'chatting' tanpa berjumpa face to face..wanita solehah sedar bersms,beremail dan berchatting dengan lelaki bukan muhrimnya tanpa ada keperluan samalah juga seperti berdating...dan wanita solehah tahu jika dia berbuat perkara seperti ini bermakna dia telah merendahkan maruahnya sebagai wanita islam..dan bermaksiat kepada allah....wanita solehah juga sedar yang dia takkan bermesyuarat begitu lama dalam tugasan assignment di universitinya bersama ahli kumpulan yang terdiri dari laki2..dia bermesyuarat tetapi straightforward speaking,tegas,tidak memanjakan suara,bergelak ketawa,bertepuk-tepuk mahupun memegang-megang badan lelaki,tidak bercakap hal2 yang tiada kena mengena dengan tugasan,terus balik apabila habis mesyuarat..bukannya bersidai bersama laki2 tadi..wanita solehah sedar yang dia punya izzah yang perlu dijaga...dirinya hanya untuk bakal suaminya sahaja...wanita solehah sedar bahawa kemana sahaja dia pergi,dia perlu berteman,bukannya berseorangan..berteman dengan wanita lain atau muhrimnya..wanita solehah sedar bahawa tiada istilah bermain cinta sebelum kahwin kerana ia adalah haram..cinta suci wanita solehah hanya untuk suami yang telah dinikahinya...wanita solehah sangat maklum bahawa bergambar dengan lelaki yang bukan muhrimnya boleh menimbulkan fitnah walau se'soleh' mana pun lelaki itu..boleh menimbulkan syahwat..maka wanita solehah tidak akan bergambar dengan lelaki yang bukan muhrimnya..wanita solehah tidak akan melayan lelaki yang menyatakan keinginan bersahabat dengannya..meminta no telepon,alamat email dan sebagainya walau sesoleh manapun lelaki itu kerana wanita solehah sedar ia juga adalah pintu kepada zina..so bagaimana nak kahwin begini???
wanita solehah sedar bahawa gurunya atau ustazahnya atau ibubapanya boleh mencarikan jodoh untuk nya..wanita solehah sangat berkeyakinan dengan pilihan ibubapa atau ustazahnya itu..
tapi tak kan terus kahwin saja tanpa mengetahui background lelaki itu??islam telah menggariskan caranya..
wanita solehah akan bertaaruf dengan lelaki tadi dengan ditemani oleh muhrimnya atau rakan wanitanya..lelaki dibenarkan melihat tapak tangan dan muka wanita solehah itu..tetapi adab berta'aruf perlu dijaga..wanita solehah tidak memanjakan suaranya,bernada tegas dan straightforward..selepas selesai bertaaruf dan setuju untuk bernikah..wanita solehah tidak akan berhubung dengan lelaki tersebut kecuali ada keperluan mendesak seperti penetapan tarikh akad nikah dan sebagainya..itupun bukannya call lelaki tersebut sebaliknya melalui medium yang kurang penimbulan nafsu syahwat seperti sms atau email...indahnya saat menikah untuk wanita solehah tidak dapat digambarkan...menikah itu tersangatlah indah hanya apabila islam itu diamalkan sepenunya..indahnya pernikahan islami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 20:32


ini baru cerita adab dalam pergaulan.....banyak lagi syarat2 lain..
contohnya adab berpakaian...labuhkan tudung,besarkan pakaian,pakai stokin,tidak memakai pakaian yang terang...
hubungan dengan allah???mentadabbur quran,qiamullail,bersedekah,menangis ketika solat....
belum lagi cerita bab selepas nikah..adab dengan suami, ketaatan kepada suami,menjaga hati suami,mendidik anak dan lain-lain...
indahnya islam...
martabat wanita dinaikkan sampai ke tahap ini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 22:56


bertambah ilmu untuk saya hari ni..hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

syaz_muslimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.03.2006
Ahli No: 23112
Posting: 21
Dari: JOHOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 00:01


terima kasih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syaz_muslimahProfil   Hantar PM kepada syaz_muslimah   Quote dan BalasQuote

umeks17
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16966
Posting: 32
Dari: Gemencheh , NS

south_korea   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 00:16


ISLAM IS DA WAY OF LIFE..

ana nak minta pendapat antum semua...
macam mana kalau kita dah terlanjur buat perkara-perkara ini..apa tindakan yang perlu kita buat??

Bookmark and Share

    


  Member Information For umeks17Profil   Hantar PM kepada umeks17   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 18-06-06 00:52


salam.
saya tidak menidakkan apa yang dinyatakan oleh saudara jumaat cuma saya ingin bertanya adakah jika kita melakukan perkara yang dilarang seperti yang mana dinyatakan diatas kita bukan dikira wanita solehah.siapa kita untuk menentukan iman seseorang?menentukan sama ada dia wanita solehah ataupun tidak .
anda ataupun saya tidak berhak untuk menentukan kesolehahan seseorang.
ada beberapa perkara yang saya nak argue disini.
bagi saya tidak salah untuk kita bersms,berchatting ataupun beremail asalkan ia bukan berunsur perkara2 yang menghampiri diri kita kepada zina.saya juga bersms,berchatting dan beremail dengan kawan2 lelaki.tetapi email saya hanya bertanya pasal pelajaran dan juga tanya kabar.itu sahaja,tak lebih.....
bagi saya tidak salah berkawan dengan lelaki asalkan tidak melanggar batasan.saya juga minta pendapat sahabat lelaki saya mengenai sesuatu perkara dan mereka pun begitu juga.kami meletakkan guidelines sebagai kawan,kalau ingin berjumpa pun di cafe ataupun ditempat terbuka,bukan berdua tetapi ramai.lelaki dan perempuan ibarat lagu dan irama,kalau dipisahkan pincangla ia,mereka saling memerlukan satu sama lain.dalam pelajaran,dunia pekerjaan dll lagi.

sebagai contoh,course saya ict selalunya budak lelaki yang expert tentang computer,programming dll,so kena minta tolong mereka untuk bantu siapkan assignment.kena berhubung.


terpulang pada niat kita,walaupun niat tidak menghalalkan cara,bagi saya kita memang tak dapat nak elakan diri daripada lelaki ataupun perempuan,cuma pandai2 lah jadi diri,agama dll.

itu pandangan saya.....maaf kalau apa yang saya cakap tidak memuaskan hati orang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 01:13


kita sendiri yang menentukan nak jadi wanita solehah ke tak....diri kita sendiri yang menilainya...kalau saudari amilyn memang nak betul jaga izzah..maka janganlah buka walau sedikitpun pintu zina..kerana kita ini ada hawa nafsu...dan hawa nafsu cenderung kepada kemungkaran...
memang bukan saya atau sesiapa yang menentukan iman seseorang....sebaliknya iman seseorang diukur melalui kepatuhan dia kepada al-quran dan as-sunnah..so yang layak menentukan iman seseorang itu ialah islam itu sendiri...islam ialah ukurannya..
saya menyampaikan nasihat ini pun bukan main hentam kromo..tapi ikut apa yang islam ajar...so,sebagai seorang islam,no excuse untuk saya melanggar ajaran islam..kita perlu taat..sami'na wa ata'na...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 18-06-06 03:22


salam...
memang tiada excuse untuk melanggar agama,bak kata saya niat tidak menghalalkan cara,semua orang ingin menjadi soleh dan solehah termasuk saya
memang menurut islam, iman seseorang diukur melalui kepatuhan dia kepada al-quran dan as-sunnah tapi hanya Allah sahaja yang berhak mengukur keimanan kita.
menurut saya, dengan pemahaman diri dan ketakutan terhadap keimanan diri sendiri tersebut, adalah dalam keadaan yang tepat. Menurut saya, keimanan seseorang yang paling sempurna adalah orang yang selalu introspeksi terhadap dirinya. Seseorang yang senantiasa tidak puas bahwa dirinya belum sempurna “bersimpuh”, belum sempurna “mengabdi” kepada Allah, belum sempurna “menjadi penyembah” Tuhan, inilah kondisi ideal iman seseorang. Seseorang yang puas diri bahwa dirinya sangat beriman kepada Allah sesungguhnya adalah orang yang takabur. Seseorang yang senantiasa takut dan merasa dirinya rendah di hadapan Allah adalah seseorang yang memahami hakikat keimanannya.

kita memang perlu taat dengan perintah agama tttp bagi saya islam agama yang tidak membebankan umatnya,ia syumul dan konsisten hingga akhir zaman.

disini saya sertakan artikel mengenai pergaulan lelaki dan perempuan daripada Syeikh Yusof Al- Qaradhawi di dalam bukunya fatwa Mua’asharah vol.2

Persoalan:

Setengah ulama menyandarkan pendapat mereka dengan perkataan Aisyah lah.a: “Seandainya Rasulullah s.a.w mengetahui apa yang diperbuat kaum wanita sepeninggalan beliau, nescaya beliau melarangnya pergi ke masjid”.

Oleh itu, apakah setiap pergaulan lelaki dan perempuan itu terlarang atau ianya haram? Patutkah wanita selama-lamanya dikurung? Apakah semua peraturan yang ketat untuk wanita itu benar- benar berasal dari hukum Islam?



Jawapan:
Islam tidak menetapkan hukum secara umum mengenai masalah ini. Islam memerhatikannya dengan melihat tujuan atau kemaslahatan yang hendak diwujudkannya, atau bahaya yang dikhuwatirkan, gambarannya dan syarat- syaratnya yang harus dipenuhinya. Sebaik- baik petunjuk dalam masalah ini ialah petunjuk Nabi Muhammad s.a.w serta khalifah- khalifahnya yang lurus dan sahabat- sahabatnya yang terpimpin.

Pada zaman Rasulullah s.a.w kaum wanita biasa menghadiri solat berjemaah dan solat jumaat. Mereka juga menghadiri solat Idain (Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha). Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Athiyah, katanya:”Kami diperintahkan keluar untuk menunaikan solat dan mendengar khutbah pada dua hari raya, demikian pula wanita pingitan dan gadis- gadis”. Mereka juga memasuki pengajian- pengajian untuk mendapatkan ilmu dari Nabi s.a.w bersama kaum lelaki. Mereka biasa menanyakan beberapa persoalan agama yang umumnya malu ditanya oleh kaum wanita.

Selain itu, mereka turut serta dalam peperangan membantu mujahid- mujahid Islam. Diriwayatkan oleh Ummu Athiyah: “Saya turut berperang bersama Rasulullah s.a.w sebanyak tujuh kali, saya tinggal di khemah- khemah mereka, membuat mereka makanan, mengubati yang terluka dan merawat yang sakit”.

Dari penjelasan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan di antara lelaki dan perempuan tidak diharamkan malahan harus (jaiz). Kadang- kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan seperti dalam urusan ilmu yang bermanafaat, amal saleh, kebajikan dan lain- lain yamg memerlukan kerjasama di antara lelaki dan perempuan. Namun begitu tidak bererti kita meninggalkan segala batasan- batasan yang telah ditetapkan oleh syara’. Batas- batasnya ialah:

1- Menahan pandangan dari kedua pihak (melihat aurat dan memandang dengan syahwat). Firman Allah Taala: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakan kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30- 31)

2- Pihak wanita harus memakai pakaian yang sopan seperti yang dituntut syara’. Allah berfirman: “..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..” (An- Nur: 31)

3- Mematuhi adab dalam segala hal seperti dalam percakapan hindari dari perkataan yang meransangkan. Allah berfirman: “..Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Al- Ahzab: 32)

4- Jauhkan diri dari bau- bauan yang harum dan perhiasan- perhiasan.

5- Jangan berdua- duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dalam hadis sahih mengatakan, ‘kerana yang ketiga itu syaitan. Dan pertemuan itu hanya untuk keperluan yang dikehendaki sahaja.

ini sebagai tambahan daripada artikel saudara jumaat

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 07:48


seorang wanita ahli ibadat, taat kpt perintah Allah, jaga aurat dan segalanya....tidak memberi makan kepada kucing sehingga kucing tersebut mati.....maka ALlah memasukkan wanita ini ke dalam neraka....NAUZUBILLAH


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)
[ Telah diedit oleh: ridwan_daie pada 18-06-06 07:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 07:48


seorang wanita pembuat maksiat, hanya kerana sifat ihsan kepada seekor anjing yang dahaga kelaparan...wanita itu telah memberi anjing itu minum dengan bersusah payah mengambil air dari perigi yang dalam menggunakan kasutnya.....

amalannya ini disukai Allah (qabul indallah), maka ALlah memasukkan dia ke dalam syurga...SUBHANALLAAH


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)
[ Telah diedit oleh: ridwan_daie pada 18-06-06 07:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 07:59


whatever it is...kalau nak dapat yang solehah...diri sendirik kenalah jadi soleh dulu..... :-di
Janji Allah itu pasti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

Maisarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2803
Posting: 205
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 17:41


Pada 18-06-06 00:52 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

salam.
saya tidak menidakkan apa yang dinyatakan oleh saudara jumaat cuma saya ingin bertanya adakah jika kita melakukan perkara yang dilarang seperti yang mana dinyatakan diatas kita bukan dikira wanita solehah.siapa kita untuk menentukan iman seseorang?menentukan sama ada dia wanita solehah ataupun tidak .
anda ataupun saya tidak berhak untuk menentukan kesolehahan seseorang.
ada beberapa perkara yang saya nak argue disini.
bagi saya tidak salah untuk kita bersms,berchatting ataupun beremail asalkan ia bukan berunsur perkara2 yang menghampiri diri kita kepada zina.saya juga bersms,berchatting dan beremail dengan kawan-kawan lelaki.tetapi email saya hanya bertanya pasal pelajaran dan juga tanya kabar.itu sahaja,tak lebih.....
bagi saya tidak salah berkawan dengan lelaki asalkan tidak melanggar batasan.saya juga minta pendapat sahabat lelaki saya mengenai sesuatu perkara dan mereka pun begitu juga.kami meletakkan guidelines sebagai kawan,kalau ingin berjumpa pun di cafe ataupun ditempat terbuka,bukan berdua tetapi ramai.lelaki dan perempuan ibarat lagu dan irama,kalau dipisahkan pincangla ia,mereka saling memerlukan satu sama lain.dalam pelajaran,dunia pekerjaan dll lagi.

sebagai contoh,course saya ict selalunya budak lelaki yang expert tentang computer,programming dll,so kena minta tolong mereka untuk bantu siapkan assignment.kena berhubung
terpulang pada niat kita,walaupun niat tidak menghalalkan cara,bagi saya kita memang tak dapat nak elakan diri daripada lelaki ataupun perempuan,cuma pandai2 lah jadi diri,agama dll..



Setuju.. Ana dah selesai pengajian dip dalam ict.. itulah yang ana alami.. tapi alhamdulilah.. semua ok..

itu pandangan saya.....maaf kalau apa yang saya cakap tidak memuaskan hati orang lain.



-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For MaisarahProfil   Hantar PM kepada Maisarah   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 19:42


assalamualaikum...

nak jadi lelaki yang soleh.... :) :di :) :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 20:56


syukran. perbincangan yang menarik.. teruskan.. moga bertambah ilmu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110625 saat. Lajunya....