Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 21 jam, 1 minit yang lalu
wyd1014: 9 hari yang lalu
haykal77: 17 hari yang lalu
Kakngah: 17 hari yang lalu
lidah-penghunus: 18 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Tips Mengatasi Perut Buncit


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Tips Mengatasi Perut Buncit

Please Mendaftar To Post


Oleh Tips Mengatasi Perut Buncit

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-08-03 13:37


Tips Mengatasi Masalah Perut Buncit

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah...dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
Jika  perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.
Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Makan perlahan-lahan
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Mengurang Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan  dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya  perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan  serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman  yang disarankan seperti aerobik.

p/s: jgn biarkan kebuncitan menyelubungi idup anda
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-03 12:28


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

inilah antara masalah yang sering dihadapi.. ana berpendapat perkara ini sukar di elakkan sebab.. ntahlah yang penting jaga lah kesihatan dan dalam hadis pun ada mengatakan "Mukmin yang kuat amat disukai oleh Allah berbanding dengan mukmin yang lemah"

tapi boleh tak antara ikhwah dan akhwat kat sini definasi kan apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan KUAT adakah badan seperti ahli bina badan atau kurus err ukhtie darul_numan81 berat ana 63kg tinggi 173cm boleh tak ente spesifikasikan kedudukan ana adakah normal atau kurus atau gemuk.. ?

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-03 01:05


Assalamualaikum..

Cheewah.. Kak alin jadi doktor, aidilshah jadi pesakit, ana jadi nurse.. Ekekekeke..

Erm. Satu kemusyikilan. Ana dapati ramai orang berpendapat bahawa mandi selepas baru makan akan mengakibatkan perut buncit. Kalau benarlah, apakah faktor2 yang menyebabkan mandi selepas makan membuncitkan perut? Boleh doktor jawab?? Ekekeke..

Lagi satu, perut akan buncit kalau makan diselang seli dengan minum. Kenapa ya makan tak boleh diselang seli dengan minum??

Ada diantara kalian boleh meleraikan perkara ini? Syukran. Wassalamun alaikum.

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

dalila2501
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3466
Posting: 193
Dari: sungai buloh

Selangor  


posticon Posting pada: 15-09-03 18:28


Assalamalaikum
Tips dia mudah je...
Ambil air kosong, masukkan limau nipis dan biarkan dalam peti sejuk sampai air tu sejuk dan minum setiap kali anda makan.
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For dalila2501Profil   Hantar PM kepada dalila2501   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-03 13:30


Quote:

On 2003-09-14 01:05, MuSaFiR_SaYYaFF wrote:
apakah faktor2 yang menyebabkan mandi selepas makan membuncitkan perut?


ana ada terbaca satu artikel tp ana pun kurang jelas mengenainya. Menurut artikel tu.. apabila kita mandi, sel akan mengembang ditambah lagi dengan perut yg kenyang yg juga mengandungi air di dalamnya. Wallahualam.

Quote:

Lagi satu, perut akan buncit kalau makan diselang seli dengan minum. Kenapa ya makan tak boleh diselang seli dengan minum??


Org2 dulu pun melarang kita "makan berulam air". Bila dikaji dari segi sains.. mmg ada kebaikannya. Apabila banyak minum air, ia akan mencairkan enzim di dalam perut, hasilnya, makanan tidak dapat dicernakan dgn sempurna. Cuba kita fikirkan, enzim yg ada dlm perut mencernakan makanan dan membuatkan makanan itu tidak busuk didalam perut, tp jika kepekatannya berkurangan, tindakannya juga akan berkurangan dan makanan tidak dapat diserap dengan betul. Akhirnya pelbagai penyakit akan kita perolehi.

"Makan berulam air" juga menyebabkan buncit kerana ianya akan mengembangkan sel2 dinding perut di samping mengembangkan makanan2 yg telah berada di dalamnya.

Quote:

On 2003-09-15 18:28, dalila2501 wrote:
Ambil air kosong, masukkan limau nipis dan biarkan dalam peti sejuk sampai air tu sejuk dan minum setiap kali anda makan.


ini merupakan petua yg biasa digunakan utk menguruskan badan. petua ini tidak digalakkan kerana air limau ini bersifat asid. Enzim di dlm perut kita juga bersifat asid, iaitu Asid Hidroklorik. Mempunyai nilai pH 1(kategori asid pekat). Pengambilan yg kerap boleh menimbulkan kanser perut, gastrik dan ulser. erm..bukan tak boleh diamalkan..cuma dikurangkan kuantitinya.

p/s: perut adalah sumber bagi segala jenis penyakit
wassalam


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-03 14:18


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

ukhtie [B]darul_numan81[B] ana cukup terpegun dengan jawapan yang ente berikan, ana rasa seolah-olah ana membaca jawapan daripada pakar kesihatan bila baca jawapan ente .

teruskanlah usaha murni ente dalam memberikan kefahaman tentang kesihatan kepada ahli komuniti, sebuah hadith bermaksud "Allah sangat suka kepada Mukmin yang kuat berbanding dengan Mukmin yang lemah" al-muqtafaqun alaih.

dengan kefahaman yang ente berikan insyaAllah semoga ahli komuniti boleh mengikutinya untuk Islam demi agama Allah ini.

keep your good work, may Allah with ente always

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-09-03 15:19


Assalamualaikum...

Berdasarkan kajian saya, makan sebelum tidur boleh mengempiskan perut. Kajian ini telah dibuktikan dengan beberapa orang dalam kajian saya. Seorang perempuan mengamalkannya berjaya mengurangkan 7 kilo dalam masa 2 minggu. Dan seorang lelaki berjaya mengurangkan 40 kilo dalam masa 2 bulan setengah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

farisHaq
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1169
Posting: 212
Dari: s. alam

kuwait   avatar


posticon Posting pada: 21-09-03 19:50


hmm ni satu kajian yg menarik ni sdra. Jackie_uniten7

boleh terangkan dgn lebih detail lg tak... ?

apa yg dimaksudkan ngan makan sblm tidur. brapakah lamakah masa diantara kita ambil makanan dan tidur selepas tu. apakah jenis makanan yg dimaksudkan makan ringan ker, atau makan yg agak berat...
adakah maknanya kita makan malam lewat maknanya sblm tu kita jgn makan ape2?

-----------------
sudahkah anda melayari ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For farisHaqProfil   Hantar PM kepada farisHaq   Quote dan BalasQuote

airzat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.08.2003
Ahli No: 3047
Posting: 58
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-09-03 22:18


betul jugak tips yang diberikan.......sesiapa yang mengalami masalah perut buncit sila cuba amalkan tips itu...insya Allah......



-----------------
Duduk dan senyum dengan seikhlas hati anda akan rasa tenang...bersabarlah menanti kerana penantian itu satu harapan yang akan membawa satu pembaharuan yang mungkin menjadikan ia satu realiti hidup yang mungkin tidak dapat dilupakan..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For airzatProfil   Hantar PM kepada airzat   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-09-03 23:17


Tp pelikkan... biasa belum kawin kurus..
lepas kawin naik... then boroi..
kekadang tu ngalah kan bini dia yg pregnant tu..

p/s: haaiii.. bila le nak kawin niiihh....

[ Posting ini telah di edit oleh: MeowHidayah pada 2003-09-21 23:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

kakyong
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 01:03


Nak tanya doktor gak....

Doktor...kalau tak nak perut buncit...lepas makan..jgn terus minum air...tunggu dulu dalam ~15 minit..baru minum....

Apa rasionalnya erk doktor?....betul ke?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongProfil   Hantar PM kepada kakyong   Pergi ke kakyong's Website   Quote dan BalasQuote

syura
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 200
Posting: 109
Dari: :~:jalan sabak:~:

egypt  


posticon Posting pada: 22-09-03 09:54


assalamualaikum..
erm bagus topikni..

ana nak kongsi skit ilmu yg ana ada yg dapat dari seorang doktor dan juga seorang ustaz..

1.dia bg tau kandungan garam (secalit huung jari kelinking) sama banyak kandungan mineral satu liter air...dan bagus untuk elakkan racun @ sihir.. dari segi perubatan , sangat baik pengambilannya sebelum makan.

2.dan kunyahan yg terbaik ialah yg dapat menghasilkan makanan yg paling lumat .
(macam kata kak darul_nukman = makan perlahan2).

3.dan satu lagi sebelum terlupa.. pastikan tangan kitra betul2 bersih ..kalau dari segi perubatan cara basuhan tangan ada caranya..iaitu dengn cara buka celahan2 antara jemari..(tul tak kak darul nukman? )

nampak tak 3 point kat sini.. ade sape perasan??
.

ketiga2 ni adalah sunnah rasulullah..dari cara basuhan tangan...calit garam..cara makan (kunyah 40 kali)...pasal kunyah 40 kali tu..ade org tanya Dr tu..dia cakap kenape tak sampai kunyahan 40 pun dah tertelan ngn sendiri ..?..pastu Dr tu cakap.. itu tandanya makanan tu dah betul2 lumat.. .

harap kalau ade yg ana tersilap sila betulkan..

betapa akhlak rasulullah yg baginda bawa itu tidak sia2...sama2 kita muhasabah....wallahua'lam..

wassalam.

-----------------
"Maka Allah lah Pelindung yang terbaik dan Dia jugalah yang paling Penyayang di ntara yang Penyayang" (Yusuf : 64)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syuraProfil   Hantar PM kepada syura   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 24-09-03 11:23


Menjawab pertanyaan farisHaq

Saya menjaga perut dengan teknik makan sebelum tidur dan makan time tidur. Menu saya sebelum tido biasanya ayam separuh ekor distimkan + nasi + buah. Itu sayalah. Tapi manusia kajian saya makan secara normal sebelum tidur.

Biasanya apa yang saya makan memang kurang rasa. takde feel. Maksud berat disini ialah seperti apa kita makan time lunch. Yang boleh mengenyangkan kita.

Saya tak pernah dengar pulak pasal makan tak bleh campur air. Kalau tak masuk air susah makanan nak masuk. Rasanya benda ni tak berasas. Saya makan bedal je air tapi perut still lawa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-03 13:48


Quote:

On 2003-09-21 23:17, MeowHidayah wrote:
Tp pelikkan... biasa belum kawin kurus..
lepas kawin naik... then boroi..
kekadang tu ngalah kan bini dia yg pregnant tu..


Mana taknyer, masa bujang tu semua kena buat sendiri. kadang2 nak makan pun malas. tapi bila dah kawin, kena pulak ada yg jaga makan minum dan pakaian, kuranglah tenaga yg digunakan. lebih2 lagi jika dapat isteri yg pandai masak, dah tentu suami yg jadi mangsa nak kena habiskan masakan tu.

Quote:

On 2003-09-22 01:03, kakyong wrote:
kalau tak nak perut buncit...lepas makan..jgn terus minum air...tunggu dulu dalam ~15 minit..baru minum....
Apa rasionalnya erk?....betul ke?


erm...rasanya soalan ni lebihkurang sama dgn soalan yg ada sesebelum ni. kita tidak digalakkan terus minum kerana perbuatan ini akan menganggu proses pencernaan. ada pendapat yg mengatakan, cara ni juga boleh menjadikan kita awet muda.. wallahualam

Quote:

On 2003-09-24 11:23, Jackie_uniten7 wrote:
Saya menjaga perut dengan teknik makan sebelum tidur dan makan time tidur. Menu saya sebelum tido biasanya ayam separuh ekor distimkan + nasi + buah.


wow...macam mana makan time tidur tu?boleh ajarkan tak? erm..berapa berat & tinggi anta? berada dlm kategori berat ideal tak?

Quote:

On 2003-09-24 11:23, Jackie_uniten7 wrote:
Saya tak pernah dengar pulak pasal makan tak bleh campur air. Kalau tak masuk air susah makanan nak masuk. Rasanya benda ni tak berasas. Saya makan bedal je air tapi perut still lawa.


erm... ana rasa ini salah satu dari sunnah nabi, sepatutnya kita tahu. juga telah dianjurkan utk minum sedikit air sebelum kita mula makan bagi melancarkan proses penghadaman.

dlm usia awal 20an, mmg metabolism perut kita masih kuat tp kena ingat, apabila umur meningkat, jika tidak dijaga.. pelbagai penyakit boleh datang antaranya masalah perut buncit.

Allah Taala telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-A’raf ayat 31 :
Maksudnya : “Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”.

Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “Kami satu kaum yang tidak makan melainkan benar-benar merasa lapar dan apabila kami makan tidak pula sehingga kenyang”.

Saiyidina Umar r.a. pernah berkata :
“Awasilah dari perut buncit, jangan makan minum dengan banyaknya, sebab sesungguhnya ia merosakan tubuh, membawa penyakit dan menjadi malas sembahyang, bersederhanalah kamu dalam keduanya, sebab itulah yang lebih layak, lebih jauh dari melampau dan sesungguhnya Allah SWT mermbenci pendeta yang buncit perutnya dan gemuk badannya. Sesungguhnya seorang lelaki tidak akan binasa hingga ia mengutamakan hawa nafsu di atas agamanya”.

p/s: pencegahan awal adalah lebih baik dari mengubati..
wassalam


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-09-03 11:22


"jgn biarkan kebuncitan menyelubungi idup anda "

Hahaha,mcm misteri nusantara pulak......"jgn biarkan kebuncitan menyelubungi idup anda "temui saya,numan dlm misteri buncit nusantara"

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

utusis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.08.2003
Ahli No: 2865
Posting: 79
Dari: kedai makan

cambodia  


posticon Posting pada: 26-09-03 11:32


senang senang berpuasa je...selain tu dah juga pahala...

-----------------
***mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan***


Bookmark and Share

    


  Member Information For utusisProfil   Hantar PM kepada utusis   Pergi ke utusis's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-03 17:23


Quote:

On 2003-09-26 11:22, JoshuaIsfahan wrote:
"jgn biarkan kebuncitan menyelubungi idup anda "temui saya,numan dlm misteri buncit nusantara"


amboi2 joshua, pepandai je dia buat lawak yea. ni dah jaga pemakanan belum? entah2 anta juga sedang dilanda kebuncitan yg nyata..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-09-03 11:07


Rasanya berat badan saya ideal la kut. Saya merupakan bekas ahli bina badan. Kami biasa mengamalkan teknik bangun malam untuk makan untuk memastikan badan kami sentiasa full.

Saya tak tahu minum masa makan tak boleh kerana biasanya untuk menggalakkan pembakaran kalori, air diperlukan. Tanpa air lemak takkan mengalir. Saya seorang personal trainer. Saya banyak membuat kaijan dalam bidang pemakanan.

Memang kami makan banyak kerana keperluan untuk menggalakkan tumbesaran. Tetapi makan banyak pun kami dapat mengekalkan saiz perut, tak lebih dari 27 inci dan peratus lemak tak lebih 10 peratus. Pendek kata kalau taknak buncit, terus active.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 12:56


akhie Jackie_uniten7.. kalau tak keberatan, bagi nilaian berat dan tinggi anta,nnti ana kirakan nilai BMI.

erm... apa yg ana tahu, diet yg diamalkan oleh ahli sukan mmg tak sama dgn diet org biasa. dan diet di antara ahli bina badan dgn ahli sukan yg lain juga tidak sama. mereka2 ini memerlukan jumlah kalori yg tertentu utk membina otot2(muscle).

pada ana, kalau org biasa mengamalkan diet seperti anta, mungkin berat badan mereka akan bertambah ini kerana cara pembakaran kalori itu berlainan.. wallahualam.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

PreTTy_HappY
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 800
Posting: 27
Dari: presint 8,putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-09-03 14:47


ehehehehe.....tips nie elok untuk syera kawan ku,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For PreTTy_HappYProfil   Hantar PM kepada PreTTy_HappY   Pergi ke PreTTy_HappY's Website   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 15:17


in the name of Allah the most gracious the most merciful

ana nak kongsi sikit dengan ikhwah-ikhwah yang ada mengalami masalah perut buncit, cuba amalankan ini setiap hari selama tiga berturut-turut non stop!.

cara-caranya ialah:
i. buatlah sit up 50 kali sahaja sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur.

ii. minum air mineral selepas buat sit up sekurang-kurangnya 1 botol, kalau tak der duit nak beli boleh ambil air dalam tangki mineral pot / susah sangat minum air masak tapi pastikan air masak itu tak boleh lebih dari 1 hari.

tahu tak apa kelebihan bg orang yang buncit mengamalkan cara-cara di atas?! iaitu perut dia akan menjadi mantap berketul-ketul macam orang bina badan tapi tak ler sampai ahli bina badan cuma kesan dia macam orang bina badan. selamat mencuba dan istiqamah selama 3 bulan berturut-turut non-stop! amalkanlah sebelum kahwin kalau dah kahwin susahlah.

selamat ber sit-up.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-09-03 19:25


aik numan?saya gi gym,main tennis,mana nak kena buncit...uniknya isu buncit ni..selalu kaum lelaki yg dinudingkan pemasalahan buncit ni..kaum perempuan buncit tak?nak tau jugak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 21:34


in the name of Allah the most gracious the most merciful

akhie JoshuaIsfahan enta pandai main tennis ker, lama betul ana tak main tennis err apa kata kalau kita lawan nak tak.

ana suka main tennis tapi semenjak ana tinggal seremban ni susah nak main sebab tak ada lawan dan tak ada yang pandai main, kalau enta sudi bolehlah kita lawan..

dah lama ana tak cuba pukulan permulaan ana.. dah hampir 2 tahun dah tak cuba tapi ana selalulah juga main pukul dinding kira on the net! lah selalu, cam ner nak tak kita try lawan err kita perlawanan persahabatan. OK!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

-cinta-
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 696
Posting: 27
Dari: eArTh

spain  


posticon Posting pada: 28-09-03 17:20


assalaumualaikum....
bincang bab buncit ni...-cinta- nak tao gak...member cinta ader amik krim/gel yg ader dijual kat pasaran skang...macam2 la...benda2 tu ader bg kesan tak?
pastu nak tao...buncit ngan gemuk...tafsiran dia berbeza ke?


-----------------
LifE iS LikE A puZZLe,taKes TimES to SOLve And THink,if WE puT iT wrONg,tRy to MAThc iT!iF We gIve up,bcoz We doNT unDERstaND,wE woNT see thE finISHing..JusT lIKE ouR liFE,If wE doNT FacE it,wE miGHt LOst It,MisS thE thiNG tHAt we NEVer KNew B4...

Bookmark and Share

    


  Member Information For -cinta-Profil   Hantar PM kepada -cinta-   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-09-03 20:50


Tinggi saya 176 cm, dan berat saya 83 kg. Sekarang ni dalam perancangan nak tambah ke 90 kg. Insyaalllah sebelum puasa ni.

Diet yang saya maksudkan bukanlah makan makanan yang menggemukkan. Carilah makanan yang tidak menggemukkan sebelum tidur.

Diet yang saya cakap ni bukan hanya untuk ahli bina badan tapi sesuai gak untuk orang perempuan yang ingin menguruskan badan. Sepanjang saya jadi trainer, ada 2 orang je yang gagal capai sasarannya kerana taknak dengar nasihat saya. Mungkin nasihat saya nampak tak berasas. Saya berpengalaman sebagai trainer untuk kelab diraja selangor, sweat club, zuan fitness center dan terbaru di uniten.

Kalau nak ikut diet saya rasanya kebanyakan yang lihat cara saya makan pun tak lalu. Kebanyakan makanan saya distimkan. Free Colestrol.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-09-03 20:56


hmm...sit up 50 je tak cukup. buat reverse crunch sekali, untuk lower abs.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-03 15:31


assalamualaikum..

Index Berat Badan/ Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yg digunakan utk menentukan berat badan yg sihat. Berat badan yang ideal (sihat) berada pada angka 20 hingga 25 pada index tersebut.

Jika BMI anda > 25 maka anda dianggap gemuk. Mereka yang gemuk perlu cuba menguruskan berat badan mereka bagi mencapai berat badan unggul (Ideal body weight).

Quote:

On 2003-08-29 12:28, aidilshah wrote:
berat ana 63kg tinggi 173cm boleh tak ente spesifikasikan kedudukan ana adakah normal atau kurus atau gemuk.. ?


Index BMI = 22 : BERAT ANTA UNGGUL, KEKALKAN

Quote:

On 2003-09-28 20:50, Jackie_uniten7 wrote:
Tinggi saya 176 cm, dan berat saya 83 kg. Sekarang ni dalam perancangan nak tambah ke 90 kg.


Index BMI = 27 : ANTA GEMUK!! PERLU DIKURANGKAN

Akhie Jackie_uniten, jgn marah yea. ana kira ikut apa yg ana belajar. ikut kiraan ana, paling banyak pun berat anta hanya perlu dlm 78kg. tak perlulah nak tambah lagi.

Kepada sahabat2 lain, kalau nak minta tolong ana kirakan nilai BMI, sila bagitau berat dan tinggi, secara pm pun boleh. Pastikan tinggi tu dlm sentimeter(cm).
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-03 16:47


Quote:

On 2003-09-27 19:25, JoshuaIsfahan wrote:
uniknya isu buncit ni..selalu kaum lelaki yg dinudingkan pemasalahan buncit ni..kaum perempuan buncit tak?nak tau jugak....


erm.. perempuan juga menghadapi masalah buncit. cuma bezanya mereka lebih peka dan prihatin terhadap kecantikan mereka. golongan wanita sanggup berlapar semata2 utk nampak slim dan kurus. Biasanya selepas melahirkan anak, para wanita tidak merasakan kebuncitan yg mereka alami adalah satu masalah malahan adalah fenomena yg biasa bagi org yg melahirkan anak. ini kerana rahim mereka telah mengembang.

so, lelaki, selepas kawin antum semua buncit. apakah alasan yg logik??

Quote:

member cinta ader amik krim/gel yg ader dijual kat pasaran skang...macam2 la...benda2 tu ader bg kesan tak?


kemusykilan yang timbul daripada ubat kurus tersebut ialah apabila seseorang itu berhenti menggunakannya selepas mencapai berat badan yang dikehendaki, dia akan menjadi gemuk semula seperti sebelumnya dan adakala dua kali ganda lebih berat.

Pakar pemakanan dan doktor telah mengesyorkan formula yang sama, iaitu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan senaman bagi memecahkan lemak

Quote:

pastu nak tau...buncit ngan gemuk...tafsiran dia berbeza ke?


Apabila kita sebut buncit, ianya lebih merujuk kepada perut. Gemuk pula merujuk kepada tubuh seseorang. Kesimpulannya, org yg gemuk dah semestinya buncit tapi org yg buncit tidak semestinya gemuk.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-09-03 09:39


BMI 27...hmm, istilah gemuk biasanya untuk lemak. Jadi kiraan tu rasanya tak tepat untuk saya. Saya bercadang untuk tambah muscle mass bukannya lemak. Go for size.

Bagi golongan perempuan yang suka berlapar untuk kuruskan badan. Berlapar boleh menyebabkan kadar metabolic turun sebanyak 17.11 peratus. Apabila berlapar secara automatic body kita akan respon craving dan akan menyimpan lemak untuk masa desperate. Pembakaran lemak lebih sukar kerana storage akan digunakan sebagai energy.

Pendek kata banyakkan makan untuk meningkatkan metabolic. Untuk toning amalkan diet high-protein + low-carb. Kalau berdiet pastikan ada cheat day dalam seminggu untuk boost metabolic. Saya sendiri pilih hari sabtu untuk cheat day. Cheat day ni kita makan makanan yang high-fat dan rehatkan diri.

-----Bakar lebih kalori dari masuk.-----



Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-03 10:32


Quote:

On 2003-09-30 09:39, Jackie_uniten7 wrote:
BMI 27...hmm, istilah gemuk biasanya untuk lemak. Jadi kiraan tu rasanya tak tepat untuk saya. Saya bercadang untuk tambah muscle mass bukannya lemak. Go for size.


erm.. ana pun rasa mcm tu. yg membuatkan anta berat adalah muscle yg terkumpul dan bukannya lemak.

erm, akhie Jackie_uniten7, anta ada formula tak dari segi pemakanan utk menambahkan berat badan seseorang. ini kerana nilai BMI ana just 17 bermakna terlalu kurus. do u have any idea for it?
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 30-09-03 21:16


akum..
faktor ni betoi..sebab penah jadi kat member..Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

jangan tak makan ubat pulak nanti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-10-03 10:55


assalamualaikum...
ana ada satu petua....
nak elak perut buncit, amalkanlah puasa sunat tetiap hari isnin dan khamis...
perut bukan sahaja kempis, malah pinggang pun ramping...
banyak pahala....

-----------------
Bilaku menjejak tapak ke pasir,
Ikutlah dibelakangku sebagai pejuang,
Bila kuseru,"Perjuangan itu pahit!!"
Maka kau sahut kembali,"Syurga itu manis!!!"
HADIAHKANKU DARAH SYAHIDMU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AyuHumairaProfil   Hantar PM kepada AyuHumaira   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-10-03 11:47


Tambah berat? makan + tido.

Untuk perempuan kita suggest high-protein cam ikan, ayam n so on. kalau boleh divide kepada beberapa meals. Like example, saya makan 7 kali sehari. n ada seorang perempuan under my coaching makan 5 kali sehari. n dia seorang peramugari yang terpaksa jaga badan. dia pun akui makan banyak boleh lawakan badan dia.

n kalau involve ngan training, make sure ur 1st target is good health.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-10-03 21:41


tidur dengkur apa penawarnya?ermm selain dari tekap muka pendengkur tu dengan bantal lah..ada tak cara lain......

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-10-03 09:38


in the name of Allah the most gracious the most merciful

teringat ana kisah sahabat Rasulullah, yang ketika saidina Omar hendak pergi menawan kota Rome dia telah memilih tenteranya yang terdiri daripada mereka yang bangun malam solat tahajjud sahaja dan yang lena di ulik malam di tinggalkannya sahaja dan alhamdulillah akhirnya berjaya menawan kota Rome,

persoalannya di sini amatlah bagus jika kita dapat menjaga bentuk badan kita dengan membangunkan muscle dan yang sewaktu dengnannya dan Allah lebih suka mukmin yang kuat berbanding dengan mukmin yang lemah. tetapi cuba kita fikirkan mengapa saidina omar tidak pilih kekuatan individu terhadap bentuk tubuh badan tentera-tenteranya tetapi memilih kekuatan keimanan tentera-tenteranya.

ingat ikhwanulmuslimin kita sibuk dengan urusan peribadi jangan sampai kita lupa urusan kita dengan Allah.

wallah hu 'alam

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-03 01:50


assalamualaikum..

thanks akhie Jackie_uniten7 atas suggestion tu.. insyaAllah, ana akan cuba. erm.. apa pula suggestion akhie jika seseorang wanita tu mempunyai berat badan yg berlebihan? (maksud ana mass of fat). sila bagi pandangan tanpa menggunakan perubatan moden yg ada skrg ni.. maksud ana dari segi pengawalan makanan.

akhie Joshua.. klau kawan anta berdengkur.. baik kejutkan sahabat anta tu sbbnya, bila seseorang berdengkur, itu bermakna salur pernafasan telah terhalang. mungkin kerana posisi tidur yg tidak betul. kejut dan betulkan lah tidur org yg berdengkur tadi.
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-10-03 08:43


Bagi yang terlebih berat badan.
Kalau boleh cuba avoid makanan yang mengandungi minyak, gula dan garam. Memang susahlah nak avoid jadi cuba kurangkan. Tapi janganlah tetiba kurangkan secara mendadak. Body kita akan respon craving dan menyebabkan pembakaran lebih tertumpu pada storage bukan lemak.

Biasanya orng yang berlebihan berat badan ni susah nak jaga makan kerana sering rasa lapar. Untuk atasi ni lebihkan makanan yang high fiber seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Makanan high fiber juga berfungsi untuk pengabsorban protein yang lebih baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-10-03 09:05


Bagi sesiapa yang mengambil ubat melangsingkan badan diharap berhati2 dengan product yang berada di pasaran. Kebanyakan darinya memang tak bleh pakai. Contohnya teh2 n pil2 yang boleh didapati di farmasi dan pasaraya. Mungkin bleh dapat keputusan tp biasanya hanya bertahan sementara.

Memang tak dinafikan ada product yang bagus. Dimana boleh mengurangkan berat purata 1 pound sehari. Ada 1 product tu yang saya guna dulu, bleh timbulkan 6 packs dalam masa 1 seminggu (dijamin). Saya tak nafikan kesannya tapi harganya pun sedaplah. Biasanya product ni memang than kerana disertai ngan workout. Product terbaik sekarang ialah hydroxycut, Xenadrine, Deca. Kesan dia memang ketara. Product ni di Malaysia hanya terdapat di kedai supplement GNC.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

muiz
Warga Rasmi
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8297
Posting: 5
Dari: min aina ila aina

Pahang  


posticon Posting pada: 19-06-04 13:04


perut oh perut kenapa engkau buncit ! macam ana aku tak buncit, menu banyak sangat, menu oh menu kenapa byk sangat, mcm mana aku tak banyak, .........................???

Bookmark and Share

    


  Member Information For muizProfil   Hantar PM kepada muiz   Quote dan BalasQuote

iman7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8907
Posting: 265
Dari: Gunung Ledang

hong_kong   avatar


posticon Posting pada: 09-09-04 16:23


macam mane nak kira BMI tu saya lupe plak

Bookmark and Share

    


  Member Information For iman7Profil   Hantar PM kepada iman7   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117084 saat. Lajunya....