Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 1 hari, 14 jam, 56 minit yang lalu
Martyr: 6 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 10 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: btulkah kaedah bercinta sekarang?pikirkan...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» btulkah kaedah bercinta sekarang?pikirkan...

Please Mendaftar To Post


Oleh btulkah kaedah bercinta sekarang?pikirkan...

buz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24727
Posting: 27
Dari: bangi

Johor  


posticon Posting pada: 16-06-06 08:03


"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan
tentang bolehkah sebenarnya bercinta dalam
Islam, mungkin dek kerana terpengaruh dengan
aluan nasyid nasyid longlai dan fatwa cinta di
dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan
nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu
soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi
bagi orang yang tak punyai pengalaman .

Cinta boleh menjadi fitnah
Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi
semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu
yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu
fitrah yang bersih, cuma bila dicemari oleh nafsu
dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang
mendorong ke arah maksiat besar, fitrah
boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan
diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji
perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah
dalam surah Al-Furqan: (( dan kami telah jadikan
sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain
fitnah, adakah kamu
melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah
menetapkan jalan yang halal mengikut syara'
untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan
perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan
lain selain perkahwinan supaya manusia tidak
terjebak dalam perkara haram
dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana
manusia itu secara semulajadinya memang
inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan
oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa
mengambil kesempatan mendorong mereka ke
jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal
dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah
bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara
yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila
larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas
mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di
dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini
sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma
lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin
sebati dikalangan remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram
Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30,
mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang
beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan
dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian
itu adalah lebih suci bagi mereka…).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok,
maka manusia akan terdorong untuk melakukan
maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah
mengharamkan memandang kepada wanita yang
bukan mahram dengan sengaja, maksudnya
dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti
kehakiman, muamalat harian tujuan untuk
menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-
syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari.
Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam
almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana
pandangan yang tidak bersebab itu boleh
membangkitkan syahwat serta menimbulkan
fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki
pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi
keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan
juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda
Rasulullah, "dua mata itu boleh berzina melalui
pandangannya"-riwayat Bukhari. Rasulullah pernah
berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib
Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu turuti
pandangan pertama (yang tidak disengajakan
dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya
pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang
kedua bukan haqmu.."-riwayat Tarmizi.

2. Berjumpa dan berjalan berdua-duaan
Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir
sendirian, dan bertemu lelaki ajnabi sendirian,
seperti sabda Nabi s.a.w: " Tidak bermusafir
seorang perempuan kecuali ada bersamanya
mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk
menemuinya kecuali ada mahramnya."- hadis
riwayat Imam Bukhari. Perempuan juga dilarang
berjalan bersama sama lelaki, dalam sunan Abi
Daud, diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w
memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi
laluan jalan, tidak di tengah kerana mengelakkan
mereka dari bercampur dengan lelaki. Sedangkan
percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan
berdua - duaan.

3. Berpegangan tangan
Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan
rojih, seorang muslim diharamkan
bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita
(iaitu dalam hal biasa, dibolehkan dalam hal
darurat seperti perubatan), kecuali dengan
mahramnya: ibunya, adik beradiknya,anaknya, ibu
mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya,
isterinya dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat
tegas menjauhi persentuhan lelaki perempuan,
hatta dalam hal penting sekalipun seperti bye'ah.
Bahkan rasulullah akan mengambil bye'ah wanita
melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah lah.a, katanya:
Nabi mengambil bye'ah para wanita dengan ikrar,
baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita
kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai
anak anak muda berpasangan berpegangan
tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w
pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu
mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu
adalah lebih baik baginya dari menyentuh
perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat
Tabrani dengan sanad yang soheh. Telah menjadi
fitrah pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan
keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati.
Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara
maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil
kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai
Allah agar kelihatan indah.

Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu,
dan hawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila
nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah
tangan. Bagi wanita pula,malu itu adalah ibarat
mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi
sekiranya mahkota ini tercabut dari
singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih
dahsyat daripada 70 ekor syaitan!

4. Berdua-duaan / dating/ khalwah ajnabiyah
Sesungguhnya Rasulullah saw telah
bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan
dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di
antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat
imam Ahmad). Tidak syak lagi bahawa berdua-
duaan satu perkara yang amat besar bahayanya.
Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya,
ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat
untuk menjerumuskan manusia ke jalan
kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan
keseronokan nafsu, seseorang baik lelaki
mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah,
kemurkaan dan azabNya. Mereka juga akan
melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat
terpuji. Dalam keadaan berdua-duaan amatlah
mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang
besar. Bahkan ianya merupakan satu peringkat
yang paling menghampirkan diri kepada zina, dan
ianya terbukti dengan kes-kes penangkapan
khalwat, dan muqaddimah zina serta zina itu
sendiri yang berpunca dari berdua-duaan.

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah daripada
berdua-duaan dengan perempuan, Demi diriku
yang berada dalam tanganNya, tidaklah
berkhalwat dua orang lelaki dan perempuan
kecuali ada syaitan diantara mereka.. dan jika
sekiranya seorang lelaki berhimpit dengan seekor
bab* yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih
baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu
dengan perempuan yang tidak halal baginya".
Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan
duduk berdua bersama, kalau di zaman kita ini
termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di
dalam bas, wayang dan sebagainya. Satu alasan
yang popular bagi mereka yang ingin berdua-duaan
ialah untuk mengulangkaji pelajaran. Menuntut
ilmu itu memanglah satu perkara yang dituntut,
tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas
muka bumi ini untuk belajar bersama sama. atau
sudah tiada pelajar yang sama jantina yang boleh
membantu dalam pelajaran.

Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-
Basri : "Jangan kamu berdua-duaan dengan
perempuan, walaupun kamu berkata. saya
mengajarkannya al-Quran". Demikianlah beberapa
hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para
ulama tentang larangan dan bahaya khalwah atau
berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram.

PERSOALAN : Telefon dan SMS - boleh atau
tidak Seperti yang kita tahu, telefon dan SMS
merupakan alat perantaraan komunikasi yang
tidak wujud di zaman rasul, sahabat mahupun
tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum
sesuatu perbuatan itu kepada asalnya, iaitu
mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada setiap
satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang
mengharamkannya. Atau dalam masalah telefon
barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar
percakapan wanita , satu bab yang ada dalam
kitab fiqh. Bercakap dan mendengar percakapan
antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram/ajnabi, dengan satu hajat atau tujuan
yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam,
selagimana ianya aman dari fitnah, tidak
menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari
mengingati Allah Ta'ala.

Di dalam Soheh Bukhari dan soheh muslim
misalnya, terdapat hadis yang menerangkan
bagaimana Rasulullah mengambil bye'ah dari para
muslimah dengan percakapan. Ibnu Hajar dalam
syarah Soheh Bukhari, kitab Fathul Bari
menyimpulkan dari hadis ini bahawa, mendengar
percakapan perempuan itu adalah harus, dan
suara mereka bukanlah aurat. Imam Nawawi pula
dalam syarah sahih muslim menyatakan: dalam
hadis ini kita dapati bahawa percakapan wanita itu
harus untuk kita mendengarnya dengan ada hajat
atau tujuan, dan suara mereka bukanlah aurat.
(rujuk Mufassal, Abd karim Zaidan, jilid 3, m/s
276/277)

Antara dalil lain yang mengharuskan percakapan
antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah
Al-Qur'an memperbolehkan laki-laki bertanya
kepada isteri-isteri Nabi saw dari balik tabir. Allah
berfirman: "Apabila kamu meminta sesuatu
(keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi),
maka mintalah dari belakang tabir ..."(al-Ahzab:
53) Permintaan atau pertanyaan dari para sahabat
itu sudah tentu memerlukan jawapan dari
Ummahatul Mukminin. Mereka memberi fatwa
kepada orang yang meminta fatwa kepada
mereka, dan meriwayatkan hadits-hadits bagi
orang yang ingin mengambil hadits mereka.
Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi
saw. dihadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa
keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak
melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal
pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di
atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak
mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran
wanita tersebut dan mengakui kesalahannya
sendiri seraya berkata, "Semua orang (bisa) lebih
mengerti daripada Umar." Di dalam Al-Quran juga
kita dapat mengikuti kisah seorang wanita muda,
putri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib
alaihissalam) yang bercakap dengan Musa,
sebagaimana dikisahkan dalam Al-Qur'an: "...
Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia
memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi
minum (ternak) kami ..." (al-Qashash: 25)
Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara
perempuannya juga berkata kepada Musa ketika
Musa bertanya kepada mereka: "... Apakah
maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita
itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan
(ternak kami), sebelum penggembala-
penggembala itu memulangkan (ternaknya),
sedangkan bapak kami adalah orang tua yang
telah lanjut usianya." (al-Qashash: 23)

Selanjutnya, Al-Qur'an juga menceritakan kepada
kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman
a.s. dengan Ratu sabar, serta percakapan sang
Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula
peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita
menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak
menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang
terpilih. Yang dilarang bagi wanita ialah
melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki,
yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-khudhu
bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara),
sebagaimana disebutkan dalam firman Allah: "Hai
isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti
wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka
janganlah kamu melunakkan suara dalam
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang
ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah
perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang
bias membangkitkan nafsu orang-orang yang
hatinya "berpenyakit." Namun, dengan ini bukan
bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita
dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat
dari surat di atas: "Dan ucapkanlah perkataan
yang baik". Melalui hujah ini, maka harus untuk
seseorang bercakap melalui telefon, atau
menghantar SMS, dengan hajat dan tujuan yang
baik di sisi syara' seperti yang dibawakan dalam
contoh-contoh di atas serta aman dari fitnah,
syahwat dan tidak melalaikan kita dari mengingati
Allah Ta'ala. Semua ini hanya dapat ditentukan
oleh diri orang yang menelefon atau memberi sms
itu sendiri, samaada percakapannya itu
menimbulkan fitnah atau tidak, melalaikan atau
tidak, maka kalau dia berdusta pada dirinya sendiri
dan orang lain,maka itu antara dia dan Allah Ta'ala.

Cinta sebagai satu fitrah
Islam menggariskan satu sistem yang syumul
yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh
kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha
mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana
itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri
manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta.
Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari
Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-
Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi
ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan
bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan
mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan
begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk
lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap
wanita yang sememangnya dijadikan daripada
satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat
dari kisah kehidupan awal manusia, seperti
diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-
bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain,
bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian
ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah
menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup
Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka
bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka
lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman,
maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah
itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu
ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para
sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam
rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan,
mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup,
maka dibenarkan dia melihat perempuan itu
mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam
bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk
dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang
bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam
Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa
dia hendak meminang seorang perempuan, lalu
bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu
melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan
lagi kasih sayang antara kamu berdua
nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan
pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya
adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau
pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu
mereka barulah mereka bercinta sebagai suami
isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam
menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu
percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini
Islam meletakkan cinta itu sebagai satu
tanggungjawab, bukan satu permainan atau
keseronokan semata mata. Jika benar benar
mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki
hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika
sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang
sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah
berdoa pada Allah dan jangan sekali kali
melakukan perkara yang berlanggar dengan
syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta
sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita
mengawal fitrah yang indah ini agar tidak
terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya
cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti
lembah sunyi menuju firdausi.Wallahua’lam.

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk
siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada
siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang
Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia
kan pergi,
Cintakan Allah-lah cinta yang kekal abadi.
p/s: Artikel ini telah diriso dan diedarkan kepada
semua muslimin dan muslimat di Kolej Matrikulasi
Melaka sebagai langkah untuk mencegah
keruntuhan akhlak di kalangan pelakar yang kini
kian serius. Ingatlah “MATLAMAT TIDAK
MENGHALALKAN CARA”

Bookmark and Share

    


  Member Information For buzProfil   Hantar PM kepada buz   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-06-06 09:08


macam pernah baca.... tapi dimana ye???

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

hairani
Warga Rasmi
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24827
Posting: 9
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-06-06 11:42


em..orang islam zaman sekarang banyak terpengaruh dengan budaya barat. mereka lebih pentingkan keseronokan sementara yang berlandaskan nafsu semata2. mereka lupa dengan natijah nya lepas tu. tak sah kalau berjalan xpegang tangan. wanita harus memelihara kehormatan mereka daripada dicemari dan melindungi aurat mereka dr pndgn2 jahat. jangan mudah menyerah dan membiarkan lelaki sentuh sesuka hati mereka walaupun pegang tangan. selain tu, dah menjadi tanggungjawab lelaki untuk melindungi wanita. itu sebenarnya fungsi lelaki. bukan nya menghancurkan. islam dah menggariskan panduan yang cukup cantik dan sempurna. so, kita seharusnya berbangga dengan care hidup islam ni. bukan nya mengagungkan budaye barat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hairaniProfil   Hantar PM kepada hairani   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-06-06 12:51


kawin terus saja!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 18-06-06 10:11


kawin adalah jalan paling selamat

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

PuteriDesa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 14:28


emm..betul..kahwin adalah jalan selamat.tapi sejauh manakah remaja/muda-mudi hari ini bersedia mengharungi ranjau dan duri dalam alam rumah tangga. mereka lebih senang beri alasan nak kenal2 dulu, tak ready, berkawan biar seribu bercinta biar satu, then daripada pihak ibu bapa pula. bukan semua ibu bapa dan juga kaum keluarga yang berfikiran terbuka dalam soal perkahwinan.tapi saya selalu harap dapat kahwin cepat..sebab nak ada orang jaga saya dan nak cinta yang dibenarkan oleh islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteriDesaProfil   Hantar PM kepada PuteriDesa   Quote dan BalasQuote

era
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15229
Posting: 129
Dari: b.baru bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 16:35


emm..betul-betul...kawin jalan terbaik...
cinta selepas kawin adalah lebih baik dan manis... :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For eraProfil   Hantar PM kepada era   Quote dan BalasQuote

rajanazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24728
Posting: 123
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-06-06 14:21


buz artikel awak terlalu panjang...boleh pendekkan.... saya tak mahu baca yang panjang2 ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rajanazriProfil   Hantar PM kepada rajanazri   Quote dan BalasQuote

nmz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5323
Posting: 226
Dari: shah alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 00:43


Pada 19-06-06 14:21 , rajanazri posting:

!!! QUOTE !!!

buz artikel awak terlalu panjang...boleh pendekkan.... saya tak mahu baca yang panjang2 ni.


saudara rajanazri, inikan copy dan paste...:-di:-di
benda yang kita cari, lebih manis dr benda yang diberi :-) :-) :-)


-----------------
SesaAt MenAriK naFaS....SElanGkaH meNuJu mAuT....


Bookmark and Share

    


  Member Information For nmzProfil   Hantar PM kepada nmz   Quote dan BalasQuote

rajanazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24728
Posting: 123
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-06-06 10:50


copy paste pun.. kalau orang tak baca tak guna juga.. ni mesti tak panah fikir bagaimana nak tarik orang baca tulisan sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rajanazriProfil   Hantar PM kepada rajanazri   Quote dan BalasQuote

buz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24727
Posting: 27
Dari: bangi

Johor  


posticon Posting pada: 20-06-06 10:56


Pada 20-06-06 10:50 , rajanazri posting:

!!! QUOTE !!!

copy paste pun.. kalau orang tak baca tak guna juga.. ni mesti tak panah fikir bagaimana nak tarik orang baca tulisan sendiri..


terima kasih for da comment da.....
i'll bear your advise in my mind k....

Bookmark and Share

    


  Member Information For buzProfil   Hantar PM kepada buz   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-06-06 10:56


ye la..panjang sangat.....malas nak baca....macam baca novel pula

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

astina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.08.2005
Ahli No: 18487
Posting: 96
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 12:25


fuyoo...
pnjgnyer.........
sbnrnyer cinta pada ALLAH adalah kekal abadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For astinaProfil   Hantar PM kepada astina   Quote dan BalasQuote

nazran7
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 13:16


kawin cepat-cepat.. jangan tunggu lelama

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazran7Profil   Hantar PM kepada nazran7   Quote dan BalasQuote

rajanazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24728
Posting: 123
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-06-06 16:21


hai buz senyap saja... lama tak dengar artikel u... busy ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For rajanazriProfil   Hantar PM kepada rajanazri   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 16:59


PANJANGNYER/....TAK BACA PUN....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 17:02


NAK KAHWIN...fulus tak cukup lagi...lah...kena kerja dulu dan memastikan ikhlaskah dia...hanya kerana ALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

snawan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2006
Ahli No: 24573
Posting: 152
Dari: kiri ke kanan

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 17:13


Pada 16-06-06 08:03 , buz posting:

!!! QUOTE !!!


Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk
siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada
siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang
Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia
kan pergi,
Cintakan Allah-lah cinta yang kekal abadi.


herm.....begitulah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For snawanProfil   Hantar PM kepada snawan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126648 saat. Lajunya....