WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan
pada setiap minggu?
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek
telinga anak hampir setiap
minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi
telinga dan memastikan telinga anak anda
sentiasa bersih.
Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan
mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan
telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan
pendengaran?
Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik
kapas, pengorek telinga
diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa
saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan
tahi telinga, hakikatnya, perbuatan
mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan.
Ini kerana, tahi telinga
mampu bertindak sebagai pelindung sama ada
terhadap serangga mahupun debu kotoran.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat
perubatan swasta di ibu
negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam
keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit
demi sedikit kerana lapisan kulit telinga
mempunyai mekanisme yang akan
mengeluarkannya secara berterusan. Justeru,
beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga
atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang
sering kali digunakan untuk tujuan itu.
"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan
terlihat, anda boleh
membersihkannya tetapi jangan pula mengorek
telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan
kesihatan telinga anakanda," katanya ketika
ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.
Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja
tidak perlu dilakukan di
kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak
sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata,
lazimnya, ibubapa menggunakan putik kapas
untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi
bahan itu boleh
menyebabkan tahi telinga semakin terbenam,
melecet atau luka pada kulit telinga dan putik
kapas tertinggal di dalam telinga.
Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga
diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya
kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri
boleh tertembus pada gegendang
telinga dan seterusnya pendengaran. "Mengorek
telinga memang boleh menyebabkan seseorang
menjadi khayal keranatelinga mempunyai
banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru,
mengorek telinga kadangkala
menjadi amalan atau tabiat seseorang. "Sebaik-
baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri
boleh menjejas atau kesihatan telinga, terutama
gegendang telinga", katanya.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu
bahan di dalam telinga yang
terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar
yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil
campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu
telinga akan membentuk tahi telinga. Dr
Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi
kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai
tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi
telinga bergantung kepada faktor genetik dan
lelemak yang terkandung didalam tahi telinga,"
katanya.
Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai
pelindung kepada telinga
anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di
dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat,
kesukaran dimasuki serangga dan
mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu,
beliau menasihatkan
ibubapa supaya tidak mengorek telinga anak
mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia
boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan
untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang
terluka
akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta
bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga
dikhuatiri boleh menyebabkan
kerosakan pada gegendang telinga," katanya.
p/s saya cuma copy paste saja..apa pendapat anda semua???